26
Account Options> Log Masuk Tetapan Laporkan penyalahgunaan PROJEK GIFTED LINDA, NORA, MIZA.doc Tiada penonton lain Ulasan Kongsi Ulas Anda tiada kebenaran untuk menambah ulasan. Anda sedang menggunakan versi Internet Explorer yang tidak disokong. Sesetengah ciri mungkin tidak berfungsi dengan betul. Sila kemas kini penyemak imbas anda atau cuba Google Chrome.Ketepikan Fail Edit Lihat Bantuan Lihat sahaja Cari dalam m 100%

Luas dan perimeter

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Luas dan perimeter

Account Options>

Log Masuk

Tetapan

Laporkan penyalahgunaan

PROJEK GIFTED LINDA, NORA, MIZA.doc

 

Tiada penonton lain

 

Ulasan

 Kongsi

Ulas

Anda tiada kebenaran untuk menambah ulasan.

Anda sedang menggunakan versi Internet Explorer yang tidak disokong. Sesetengah ciri mungkin tidak berfungsi dengan betul. Sila kemas kini penyemak imbas anda atau cuba Google Chrome.Ketepikan

Fail

Edit

Lihat

Bantuan

Lihat sahaja

 

 

Cari dalam menu (Alt /)

Page 2: Luas dan perimeter

 

 

Untuk mendayakan sokongan pembaca skrin, tekan CTRL + ALT + Z. Untuk mengetahui tentang pintasan papan kekunci, tekan CTRL + TANDA CONDONG DEPAN.

Pengenalan

Definisi pembelajaran secara umumnya, “learning is about how we perceive and

understand the world, about making meaning” (Marton & Booth, 1997; dirujuk oleh Fry et al.,

2003) dan oleh itu pembelajaran merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan

kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi

situasi tertentu, mengenali sesuatu, dan penaakulan (reasoning) (Fry et al., 2003).

Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil

daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002).

Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, guru

perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kaedah dan strategi pengajaran

yang efektif untuk memaksimakan pencapaian kanak-kanak mereka. Terdapat pelbagai

kaedah yang dapat digunakan antaranya kaedah pecutan, penggayaan, pengelompokan dan

pembelajaran koperatif. Oleh itu, setiap pendidik memerlukan pengetahuan dan kemahiran

dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya melalui strategi berkesan.

Sally (2007) menyenaraikan tiga kaedah mengajar pelajar-pelajar pintar iaitu yang pertama

menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan memberi tugasan yang

mencabar, yang kedua memulakan unit pelajaran dengan memilih konsep dalam kurikulum

atau disiplin teras, mengenal pasti satu atau lebih generalisasi yang sesuai, dan mereka

bentuk tingkat pelajaran yang berkaitan dengan generalisasi tersebut. Tingkat pelajaran

adalah strategi pelajaran di mana guru-guru mentaksir tahap kesediaan minat, pengetahuan

sedia ada dan tahap kemahiran pelajar-pelajar dan mengumpulkan mereka mengikut

100%

Page 3: Luas dan perimeter

pengajaran dan penghasilan yang sewajarnya.

Keperluan yang ketiga pula ialah, bagi pelajaran atau unit yang diberi, guru boleh

merancang dari tiga hingga enam latihan yang berlainan yang memfokuskan kepada konsep

dan generalisasi yang sama tetapi menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pelajaran

yang aras kesukaran yang meningkat dan semakin kompleks. Disebabkan tahap kesediaan

pelajar akan berbeza bagi setiap topik, kumpulan pelajar dalam kelas akan berbeza

bergantung pada perubahan kurikulum. Tingkat pelajaran menyesuaikan semua pelajar

dengan tahap kesediaan individu dan tahap kandungan, dan menyediakan peluang kepada

pelajar untuk mencabar diri mereka sendiri.

13

Objektif:

Objektif projek yang akan dijalankan ialah:

a.Untuk mengkaji sejauh mana murid dapat mengaplikasikan kreativiti mereka dalam

memahami konsep perimeter dan luas.

b.Membina pemikiran matematik murid melalui aktiviti yang melibatkan pelbagai deria.

c.Menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk perimeter dan luas.

Persoalan Kajian:

Secara khususnya, projek ini akan menjawab persoalan yang berikut:

a.Bagaimanakah pemahaman murid tentang konsep perimeter dan luas?

b.Bagaimanakah pemikiran matematik murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang

dijalankan?

c.Sejauhmanakah kepelbagaian pendekatan pengajaran mempengaruhi pembelajaran

murid pintar cerdas?

13

Kajian Literatur

Kaedah Inkuiri Penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat,

menganalisa dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan

Page 4: Luas dan perimeter

kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri sama untuk

membuat generalisasi. Dalam pembelajaran matematik, murid-murid boleh memahami

sesuatu konsep matematik melalui aktiviti menyiasat, mengumpul maklumat dan

menganalisa maklumat ( Mok Soon Sang, 1996 ).

Konsep pembelajaran matematik kini dikonsepkan sebagai sesuatu proses dimana

kanak-kanak membina dan membentuk ilmu di dalam bidang matematik dengan

memperkaitkan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka. Ini dapat disokong dengan

pandangan yang dikeluarkan oleh NCTM, 1989 yang mengatakan bahawa antara perkara

yang perlu diambil kira dalam menggunakan konsep konstruktif dalam pengajaran

kanak-kanak ialah konteks pembelajaran, peringkat perkembangan kognitif dan interaksi

sosial yang berlaku semasa pembelajaran

Pengetahuan yang diperolehi melalui persekitaran dan juga pengalaman harian ini

dikenali sebagai pemikiran informal. Kanak-kanak secara amnya belajar konsep-konsep

informal daripada ahli keluarga, rakan, TV dan permainan mereka. Pengetahuan informal

yang mereka perolehi ini akan mempengaruhi bagaimana mereka belajar dan memahami

matematik formal yang mereka akan pelajari di peringkat sekolah secara formal. Pernyataan

ini juga selaras dengan kajian yang telah dijalankan oleh Ginsburg (1977), dimana dalam

kajiannya beliau mencadangkan bahawa pemikiran informal tentang matematik telah wujud

dalam kanak-kanak sejak sangat awal lagi.

Setiap individu akan mengalami proses penambahan dan pengembangan konsep

dalam minda yang mana akan dimanafaat apabila berhadapan dengan sesuatu situasi baru

(Klausmeir, Ghatala & Frayer, 1974). Dalam matematik, konsep adalah merupakan bahagian

yang terpenting , khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah. Pada awalnya, perbincangan tentang konsep banyak dilakukan oleh ahli-ahli psikologi

samada dari ahli psikologi abstraksi, ahli-ahli psikologi fungsional, ahli psikologi prototaip atau

pun ahli ahli kunstruktif (Nik Azis, 1989).

Page 5: Luas dan perimeter

Ahli-ahli psikologi abstraksi mengatakan bahawa kanak-kanak membina konsep

13

dengan memerhatikan objek-objek yang berada di persekitarannya. Mereka mengabstrak

keluar sebarang unsur-unsur biasa iaitu sebarang objek yang mempunyai sifat-sifat yang

sama dan mengumpulkannya dalam kumpulan ciri-ciri yang sama. Bagi ahli psikologi

fungsional, konsep ditakrifkan sebagai ' terms ' proses perpindahan. Ahli psikologi prototaip

pula menyatakan pembentukan konsep adalah berdasarkan idea yang dibina melalui

memerhatian terhadap objek-objek dan peristiwa di persekitarannya (Daehler & Bukatko,

1985). Manakala bagi ahli-ahli konstruktif, mereka berpandangan bahawa konsep adalah

sesuatu yang dibina sendiri oleh individu berdasarkan pengalamannya yang unik (Mohd Nor ,

1995). Dari sudut pandangan tradisional pula seseorang kanak-kanak membentuk sesuatu

konsep bila dia berkebolehan membandingkan atau membezakan ciri-ciri sesuatu objek atau

peristiwa dan dapat memadankan dapatannya kepada sebarang keadaan yang akan

ditemuinya ( Lovel, 1971 ).

Perkataan konsep digunakan untuk membentuk kedua-dua pembinaan mental

seseorang individu dan pengkelasan entiti umum yang mengandungi unsur-unsur dari

pelbagai disiplin. Oleh itu perkataan konsep digunakan dalam dua konteks yang berbeza.

Seterusnya Klausmeier (1974) mendefinisikan konsep sebagai;

" a concept as ordered information about the properties of one or more

things -objects, events or processes -that enables any particular thing

or classes of things " (m.s 4)

Dalam hubungan konsep sebagai pembinaan mental , Klausmeier menyatakan;

" It is noted that each maturing individual attains concepts according to

his unique learning experiences and maturational pattern " (m.s 4)

Manakala konsep sebagai entiti umum didefinisikan sebagai :

" The organized information corresponding to the meanings of words "

(m.s 4)

Page 6: Luas dan perimeter

Sebenarnya konsep matematik agak sukar ditakrifkan (Skemp, 1987). Walau

bagaimanapun Skemp menyatakan bahawa konsep matematik boleh dibahagikan kepada

konsep primer dan konsep sekunder. Konsep primer dibentuk menggunakan deria dan

13

kaedah induksi, iaitu mengabstrakkan melalui pemerhatian ciri-ciri yang sama daripada

pelbagai objek atau peristiwa. Konsep sekunder pula dibentuk daripada pelbagai konsep

primer yang mempunyai ciri-ciri yang sama.

Gagne (1975) telah menghuraikan pembelajaran konsep sebagai proses mengenal

ciri yang sama daripada objek atau konsep. Pembelajaran ini adalah bertentangan dengan

pembelajaran pembezaan yang berusaha untuk mencari ciri-ciri yang berbeza.

Pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik

penyampaian iaitu:

i.memberi berbagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi

ii.memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan

iii.memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajar untuk

membuat pembezaan dan generalisasi

iv.memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep yang tepat.

Vinner (1991) menyatakan bahawa setiap pelajar mempunyai imej konsep yang

berbeza.  Imej konsep ialah sesuatu yang bukan verbal yang disatukan dalam minda. NCTM

(1989) pula telah meletakkan beberapa petunjuk bagi seseorang individu yang memiliki

konsep terhadap sesuatu, di mana seseorang itu mestilah dapat :

" label, verbalize, identify and generate examples and nonexamples,

use diagrams or model, translate from one mode of representation to

another, recognize the various meaning and interpretations, identify

properties, compare and contrast " (m.s: 223)

Kenyataan di atas bertepatan dengan definisi konsep yang diberikan oleh Souviney

(1988):

Page 7: Luas dan perimeter

" a mathematics concept can be defined as the underlying pattern that

relates sets of objects or actions to one another" ( m.s 16 )

Berdasarkan beberapa penjelasan yang telah dibuat maka dapat disimpulkan bahawa

konsep adalah rupa bentuk kefahaman terhadap sesuatu benda atau peristiwa. Sesuatu

konsep dibina dalam minda dan boleh digunakan untuk menilai atau menafsir sesuatu benda

13

atau situasi.

Kerangka Konseptual

Pemahaman Murid dalam Konsep Perimeter dan Luas

Murid dapat mengaplikasikan konsep dengan betul dalam setiap aktiviti.

Pendekatan

 Pengajaran

13

Metodologi Projek

Bahagian ini akan membincangkan metodologi projek yang akan digunakan semasa

projek dijalankan. Perbincangan ini akan merangkumi reka bentuk projek, populasi serta

sampel projek, instrumen projek, dan prosedur pengumpulan data dan maklumat. Reka

bentuk projek adalah kuantitatif. Data projek diperolehi melalui aktiviti-aktiviti pengajaran yang

dijalankan. Didalam projek ini, sampel terdiri daripada 12 orang murid dari tahun 4 di sebuah

sekolah di daerah Kuala Kangsar. Guru telah mengagihkan sampel ini kepada 4 kumpulan.

Guru memilih kumpulan murid tersebut kerana mereka merupakan kumpulan murid yang

diajar oleh guru sendiri dan dianggap berbakat. Perkara ini akan memudahkan lagi guru untuk

mengumpul data kerana guru akan sentiasa berada bersama mereka sepanjang projek ini

dijalankan.

Guru telah memilih tajuk perimeter dan luas matematik tahun 4. Di dalam projek ini

murid akan diberi 5 peringkat tugasan. Pada peringkat pertama, murid dikehendaki mencari

Page 8: Luas dan perimeter

ukuran standard gelanggang bola jaring, bola tampar, bola sepak, sepak takraw, lontar

peluru, bola baling dan badminton. Seterusnya, pada peringkat kedua, murid akan

membanding perimeter dan luas bagi setiap gelanggang dan pada peringkat ketiga pula,

murid akan bergerak secara berkumpulan untuk membuat gelanggang yang diberikan. Pada

peringkat keempat, murid akan diberi cabaran untuk melakarkan luas gelanggang yang paling

maksimum daripada seutas tali yang berukuran 100cm dan akhirnya, pada peringkat kelima,

murid dikehendaki menjawab soal selidik berkenaan pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang telah digunakan oleh guru.

Melalui peringkat-peringkat yang telah dijalani oleh murid, guru akan membuat

kesimpulan tentang sejauhmanakah murid dapat menyampaikan pemahaman mereka

terhadap konsep perimeter dan luas menggunakan kreativiti dan pemikiran kritikal mereka

sendiri. Berfikir secara matematik dapat membantu murid belajar matematik dengan penuh

yakin dan boleh mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam semua situasi yang berkaitan

dengan kehidupan harian mereka. Menurut James Dunlap ( 2001 ), berfikir secara matematik

13

merupakan satu pendekatan kognitif kepada permasalahan yang melibatkan pemikiran logik

dan secara matematik. Definisi ini membolehkan kita menggunakannya secara kondusif

dalam menyelesaikan masalah matematik yang mana menggunakan pendekatan yang tidak

memaksa murid untuk menggunakan satu kaedah atau strategi sahaja semasa

menyelesaikan masalah atau mereka mesti menggunakan kaedah penyelesaian yang

ringkas dan cepat.

Dapatan Projek

Di dalam projek yang telah dijalankan ke atas 4 kumpulan sampel, didapati bahawa

hasil dapatan daripada setiap sampel murid ini, mereka mempunyai idea yang sama dan

13

berbeza-beza terhadap tugasan yang diberikan.

Dapatan projek adalah seperti berikut:

Page 9: Luas dan perimeter

1)Sampel Pertama

Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan ukuran perimeter dan luas

setiap gelanggang. Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami konsep

perimeter dan luas. Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu ”bagaimanakah

pemahaman murid tentang konsep perimeter dan luas”. Murid dapat menunjukkan dengan

jelas bahawa perimeter adalah ukur keliling setiap gelanggang dengan menambah panjang

setiap sisi. Konsep luas pula dapat diterjemahkan oleh sampel ini sebagai ukuran panjang

yang didarabkan dengan lebar. Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu ”bagaimanakah

pemikiran matematik murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan”, didapati murid

berjaya melakarkan tiga ukuran gelanggang yang mempunyai ukur keliling 100m pada

peringkat keempat projek. Sampel ini menyatakan 625m2 adalah luas yang paling

maksimum.  (Lampiran 1)

2)Sampel Kedua

Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan ukuran perimeter dan luas

setiap gelanggang. Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami konsep

perimeter dan luas. Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu ”bagaimanakah

pemahaman murid tentang konsep perimeter dan luas”. Murid dapat menunjukkan dengan

jelas bahawa perimeter adalah ukur keliling adalah proses hasil penambahan sekeliling

setiap gelanggang. Konsep luas pula ditafsirkan sebagai besar sesuatu kawasan. Bagi

menjawab persoalan kedua, iaitu ”bagaimanakah pemikiran matematik murid dapat

diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan”, didapati murid berjaya melakarkan empat ukuran

gelanggang yang mempunyai ukur keliling 100m pada peringkat keempat projek. Sampel ini

menyatakan 600m2 adalah luas yang paling maksimum. (Lampiran 2)

3)Sampel Ketiga

Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan ukuran perimeter dan luas

setiap gelanggang. Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami konsep

Page 10: Luas dan perimeter

perimeter dan luas. Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu ”bagaimanakah

pemahaman murid tentang konsep perimeter dan luas”. Murid dapat menunjukkan dengan

jelas bahawa perimeter adalah ukur keliling setiap gelanggang dengan menambah panjang

setiap sisi. Konsep luas pula dapat diterjemahkan oleh sampel ini sebagai hasil gabungan

13

perimeter-perimeter di dalam kawasan itu. Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu

”bagaimanakah pemikiran matematik murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang

dijalankan”, didapati murid berjaya melakarkan tiga ukuran gelanggang yang mempunyai ukur

keliling 100m pada peringkat keempat projek. Sampel ini menyatakan 625m2 adalah luas

yang paling maksimum. (Lampiran 3)

4)Sampel Keempat

Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan ukuran perimeter dan luas

setiap gelanggang. Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami konsep

perimeter dan luas. Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu ”bagaimanakah

pemahaman murid tentang konsep perimeter dan luas”. Murid dapat menunjukkan dengan

jelas bahawa perimeter adalah ukur keliling setiap gelanggang dengan menambah panjang

setiap sisi. Konsep luas pula dapat diterjemahkan oleh sampel ini sebagai ukuran panjang

yang didarabkan dengan lebar. Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu ”bagaimanakah

pemikiran matematik murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan”, didapati murid

berjaya melakarkan lima ukuran gelanggang yang mempunyai ukur keliling 100m pada

peringkat keempat projek. Sampel ini menyatakan 625m2 adalah luas yang paling

maksimum.

Bagi menjawab persoalan ketiga iaitu, ” sejauhmanakah kepelbagaian pendekatan

pengajaran mempengaruhi pembelajaran murid pintar cerdas”, berdasarkan maklumat

daripada soal selidik yang diperolehi, guru mendapati kaedah pengajaran yang berkesan

merupakan tonggak kejayaan seseorang pelajar. Jika pelajar merasakan kaedah pengajaran

Page 11: Luas dan perimeter

yang diterima adalah berkesan maka ini akan secara tidak langsung mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang pelbagai akan

menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan

pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan

bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat,

terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang

demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara teliti supaya

kanak-kanak dapat mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka.

13

Perbincangan dan Kesimpulan

Dari hasil projek yang telah dijalankan guru mendapati pemahaman konsep

matematik lebih mudah diterapkan kepada murid jika mereka sendiri yang melakukan aktiviti

untuk membina kefahaman mereka sendiri. Menurut Mohamad Daud Hamzah (1990),

setiap murid mempunyai skema pengetahuan mereka sendiri. Mereka menghimpunkan

pelbagai maklumat dalam ingatan mereka. Apabila mereka mentaakul sesuatu kejadian,

mereka akan mengaktifkan sesuatu konsep. Konsep yang diaktifkan ini akan mengaktifkan

konsep lain yang berkaitan melalui proses rebakan gegaran. Mengikut Jean Piaget,

kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 10 tahun, perkembangan kognitif mereka masih

pada peringkat operasi konkrit dan semi konkrit. Untuk menerapkan konsep matematik

dengan berkesan aktiviti yang melibatkan penggunaan deria motor seperti melukis

gambarajah sangat sesuai dalam membantu mereka memahami sesuatu konsep matematik

tersebut dengan jelas.

Topik bentuk dan ruang dimasukkan ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

13

Rendah (KBSR) kerana pakar pendidikan merasakan ilmu geometri perlu di ajar di peringkat

kanak – kanak lagi supaya pada peringkat ini mereka akan mendapat pendedahan awal.

Dalam projek ini, guru mendapati bahawa murid mempunyai pemahaman yang tersendiri

Page 12: Luas dan perimeter

tentang konsep perimeter dan luas. Melalui projek ini guru dapat melihat bagaimana

murid-murid ini memberi reaksi yang sebenar apabila mereka diberi peluang untuk

menjalankan aktiviti mencari maklumat, mengukur, melakar dan melahirkan idea yang kreatif,

bernas dan logik. Dapatan guru, murid-murid yang pintar cerdas ini mempunyai idea yang

melangkau tahap pemikiran yang sepatutnya.

Cadangan

Jadi untuk menggalakkan sikap positif terhadap matematik dan menggalakkan

perkembangan pemikiran matematik di kalangan kanak-kanak, guru perlulah mengetahui

peringkat perkembangan murid. Kanak-kanak akan belajar dengan seronok jika mereka

boleh melihat dengan jelas dan memahami apa yang disampaikan oleh guru terutama sekali

apabila melibatkan pengalaman sebenar mereka.

Bagaimana untuk menerapkan pemikiran matematik dalam proses pengajaran?

Berikut merupakan beberapa cadangan lain yang mungkin dapat membantu guru:

a)Menggalakkan pelajar mempelajari matematik daripada konteks yang spesifik,

menggunakan grafik-grafik berkaitan, menggunakan simbol-simbol matematik untuk

menerangkan sesuatu dalam usaha menerapkan pemikiran matematik mereka.

b)Menggalakkan murid untuk menggunakan grafik bagi pemikiran visual dan

matematik.

c)  Menggalakkan murid meningkatkan kesedaran kepentingan pemikiran matematik.

d)  Galakkan pelajar supaya sentiasa berusaha untuk membuat pembuktian secara logik

13

Togol sokongan pembaca skrin

Afrikaans

Bahasa Indonesia

Bahasa Melayu

Page 13: Luas dan perimeter

Català

Čeština

Dansk

Deutsch

Eesti

English (United Kingdom)

English (United States)

Español

Español (Latinoamérica)

Euskara

Filipino

Français

Français (Canada)

Galego

hrvatski

Isizulu

Íslenska

Italiano

Kiswahili

Latviešu

Lietuvių

Magyar

Malti

Netherlands

Norsk

Polski

Português (Brasil)

Page 14: Luas dan perimeter

Português (Portugal)

Română

Slovenčina

Slovenščina

Suomi

Svenska

Tiếng Việt

Türkçe

Ελληνικά

Български

Русский

Српски

Українська

עברית

اردو

العربية

فارسی

ने�पा�ली�

मरा�ठी

हि�न्दी�

বাং��লা�

ગુ�જરા�તી�

தமி�ழ்

తెలు�గు�

ಕನ್ನ�ಡ

മലയാ�ളം�

සිං�හල

Page 15: Luas dan perimeter

ไทย

ລາວ

አማርኛ

ខ្មែ��រ

中文(中国)

中文(台灣)

中文(香港)

日本語

한국어

Kongsi...

Baru(N)►

Buka...(O)Ctrl+O

Namakan semula...(R)

Edit keterangan...(Y)Ctrl+Shift+E

Buat salinan...(C)

Alih ke folder...(M)

Alihkan ke sampah(T)

Lihat sejarah semakanCtrl+Alt+Shift+G

Bahasa(L)►

Muat turun sebagai(D)►

Terbitkan ke web...

E-mel kolaborator...

E-melkan sebagai lampiran...

Persediaan halaman...(G)

Pratonton cetak(V)

Cetak(P)Ctrl+P

Buat asalCtrl+Z

Page 16: Luas dan perimeter

Buat semula(R)Ctrl+Y

PotongCtrl+X

Salin(C)Ctrl+C

TampalCtrl+V

Papan klip web►

Pilih semuaCtrl+A

Pilih tiada(N)Ctrl+Shift+A

Padatkan kawalan(O)Ctrl+Shift+F

Skrin penuh

Bantuan Dokumen(H)

Laporkan isu

Laporkan penyalahgunaan

Pintasan papan kekunciCtrl+/

Sebaris

1.15

1.5

Dua baris

Tersuai

Tambah ruang sebelum perenggan

Alih keluar ruang selepas perenggan

Jarak langkau tersuai…

Setiap perubahan yang anda buat disimpan secara automatik dalam Drive.

  Umum di web

Sesiapa sahaja di Internet boleh mendapatkan dan mengakses. Tiada log masuk diperlukan.

« Tutup pratonton

Cari dalam menu (Alt /)

Page 17: Luas dan perimeter

 

 

 Cetak

Sedang dijalankan

Memperkenalkan konsep luas

Formula Segi Empat Sama Sisi

Page 19: Luas dan perimeter

Maka luas setiap segi empat sama sisi ialah 4cm2

2 cm x 2 cm =4 cm2

Page 20: Luas dan perimeter

Kepentingan ukurabn panjang

Ukuran panjang memainkan peranan dalam kehidupan harian kita. Sebagai murid kita perlu tahu bagaimana untuk mengukur panjang sesuatu benda dan berapakah ukurannya.Kali ini kita akan belajar tentang ukuran.

Murid-murid perlu mengetahui unit ukuran. Apakah nama-nama ukuran tersebut. Berikut adalah antara unit ukuran yang perlu dipelajar iaitu milimeter, sentimeter, meter dan kilometer.

Milimeter Unit milimeter  lazimnya digunakan untuk mengukur panjang yang sangat kecil. Sebagai contoh, tebal sekeping duit syiling.

Simbol yang digunakan ialah mm

Alat untuk mengukur unit milimeter ialah pembaris.

Kilometer Unit kilometer biasanya digunakan untuk mengukur jarak sesuatu benda atau tempat.

Simbol yang digunakan ialah km.

Alat yang digunakan untuk mengukur unit kilometer ialah pita ukur.

Page 21: Luas dan perimeter

Unit Ukuran PanjangUnit ukuran panjang yang digunakan adalah seperti berikut:

 1 km = 1000 m

   1 m = 100 cm

 1 cm = 10 mm

Unit ukuranDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pejabat Timbang dan Ukur dahulu di Middlesex, England.

Takrif, persetujuan dan kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang utama dalam usaha

manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem-sistem ukuran yang berbeza sama sekali

amat biasa pada suatu ketika, tetapi kini terdapat satu piawai sejagat, iaitu Sistem Unit

Antarabangsa (SI), yang merupakan bentuk sistem metrik yang moden yang telah atau

sedang diiterimaguna di seluruh dunia. Amerika Syarikat hampir pasti merupakan negara yang

terakhir untuk menerimaguna sistem ini, walaupun sistem ini semakin digunakan di sana.

Dalam perdagangan, timbang dan ukur seringnya dikawal oleh peraturan kerajaan untuk

memastikan keadilan dan gambaran. Bureau international des poids et mesures (BIPM) telah ditugasi

untuk memastikan keseragaman ukuran-ukuran di seluruh dunia serta kebolehkesanan kepada

Sistem Unit Antarabangsa (SI). Metrologi ialah sains untuk mengembangkan timbang dan ukur

negara, serta timbang dan ukur antarabangsa yang boleh diterima.

Dalam bidang-bidang fizik dan metrologi, unit-unit merupakan piawai-piawai untuk mengukur kuantiti

fizikal dan yang perlu diberikan takrif yang jelas supaya berguna. Kebolehulangan ujian merupakan

pokok kaedah saintifik dan oleh itu, satu sistem unit yang piawai dapat memudahkan pelaksanaan ini.

Sistem-sistem unit saintifik merupakan perbaikan konsep timbang dan ukur yang dikembangkan untuk

tujuan perdagangan sejak lama dahulu.

Sains, perubatan, dan kejuruteraan seringnya menggunakan unit-unit ukuran yang lebih besar atau

lebih kecil daripada unit-unit yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari, dan merujuk kepada unit-

unit mereka dengan lebih tepat. Pemilihan unit-unit ukuran yang bijak boleh membantu para penyelidik

dalam penyelesaian masalah (sila lihat, umpamanya analisis dimensi).

Page 22: Luas dan perimeter

Isi kandungan

  [sorokkan] 

1 Sejarah

2 Sistem ukuran

3 Unit asas dan terbitan

4 Pengiraan dengan unit

o 4.1 Unit-unit sebagai dimensi

o 4.2 Garis panduan

o 4.3 Menyatakan nilai fizikal dalam unit yang lain

5 Implikasi dunia nyata

6 Lihat juga

7 Rujukan

8 Pautan luar

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah ukuran

Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan

kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia.

Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman

bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan.

Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta

pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah

Indus, dan mungkin juga Elam di Parsi.

Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling

sebagai alat pengukur. Pengetahuan kita tentang berat dan ukuran muncul dari banyak sumber.

Sistem ukuran[sunting | sunting sumber]

Sebelum penggunaan sejagat akan sistem metrik, banyak sistem ukuran yang berbeza

digunakan. Kebanyakannya dikaitkan dengan sesuatu takat atau yang lainnya. Lazimnya, ia

dikaitkan dengan matra jasad manusia. Sebagai kesannya, unit ukuran boleh berbeza bukan

sahaja dari tempat ke tempat, tetapi turut daripada orang perseorangan.

Beberapa sistem metrik bagi unit telah berkembang sejak penggunaan sistem metrik asli

di Perancis pada tahun 1791. Sistem metrik piawai antarabangsa kini adalah Sistem unit

antarabangsa. Ciri penting bagi sistem moden adalah pemiawaian. Setiap unit mempunyai saiz

yang sama semuanya.

Kedua-dua unit imperial dan unit kebiasaan Amerika Syarikat terbit daripada unit Inggeris. Unit

imperial dahulunya sering digunakan oleh Komanwel British dan bekas Empayar British. Unit

kebiasaan Amerika Syarikat adalah sistem ukuran utama di Amerika Syarikat. Walau

bagaimanapun, beberapa langkah pemetrikan telah dibuat.

Page 23: Luas dan perimeter

Sistem di atas adalah berdasarkan unit sembarangan yang dijadikan rasmi dan piawai. Beberapa

nilai unit adalah semula jadi dalam sains. Sistem unit yang berdasarkan unit-unit yang tersebut

dipanggil unit semula jadi. Sama juga dengan unit semula jadi, unit atom (au) adalah sistem

unit ukuran yang sesuai digunakan dalam fizik atom.

Juga terdapat banyak unit yang pelik dan tidak piawai yang ditemui. Ini termasuklah:

tan TNT, bom atom Hiroshima dan berat seekor gajah.

Unit asas dan terbitan[sunting | sunting sumber]

Sistem unit yang berbeza diasaskan oleh pilihan set unit asas yang berbeza. Sistem unit yang

paling luas digunakan adalah Sistem Unit Antarabangsa, atau SI. Terdapat tujuh unit asas SI.

Semua unit SI lain boleh diterbitkan dari unit asas tersebut.

Bagi kebanyakn kuantiti, unit amatlah diperlukan untuk membicarakan sesuatu nilai kuantiti fizik.

Sebagai contoh, memberi seseorang kepanjangan tertentu tanpa menggunakan sesuatu unit

amatlah mustahil kerana kepanjangan tidak boleh diperihalkan tanpa menggunakan sebarang

rujukan bagi nilai tersebut.

Tidak semua kuantiti memerlukan unit mereka masing-masing. Dengan menggunakan hukum

fizik, unit kuantiti boleh dinyatakan sebagai gabungan unit bagi kuantiti lain. Maka, hanya satu set

kecil unit diperlukan. Unit-unit ini dianggap sebagai unit asas. Unit lain adalah unit terbitan. Unit

terbitan adalah untuk kemudahan, memandangkan unit-unit itu boleh dinyatakan dalam unit asas.

Unit yang mana menggunakan unit asas adalah satu pilihan.

Unit asas SI bukanlah set unit terkecil. Set terkecil telahpun ditakrifkan. Terdapat set yang medan

elektrik dan magnet berkongsi. Ini bergantung kepada hukum fizik yang menunjukkan bahawa

medan electrik and magnet adalah manifestasi yang berbeza bagi fenomena yang sama. Dalam

beberapa bidang sains, sistem unit lebih digunakan berbanding sistem SI.

Pengiraan dengan unit[sunting | sunting sumber]