masalah tingkah laku murid

Embed Size (px)

Text of masalah tingkah laku murid

  • 8/7/2019 masalah tingkah laku murid

    1/10

    Ahad, 22 Februari 2009Tingkah Laku BermasalahPENGENALAN

    Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normaldan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan

    bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan

    tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang

    pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di

    kawasan pedalaman mahupun bandar.

    Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku

    bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam prosesmengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam

    persekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan

    individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya.

    Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah

    laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan

    pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah

    ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positifdan negatif.

    Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat

    belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif

    pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah

    laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.

    PRINSIP ASAS DISIPLIN

    Bagi melaksanakan disiplin yang baik dan berkesan, setiap sekolah hendaklah

  • 8/7/2019 masalah tingkah laku murid

    2/10

    berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut:

    Keadilan dan layanan yang sama rata.

    Pertimbangan minat dan keperluan murid.

    Kebebasan yang berdasarkan undang-undang.

    Amalan menghormati seseorang individu.

    Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis.

    Perpaduan masyarakat dan negara.

    Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif,

    ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

    dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera

    merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah

    laku yang negatif itu.

    Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang

    kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Esei ini akan cuba menerangkan jenis-jenis tingkah laku bermasalah dengan memberi

    contoh keadaan yang bersesuaian. Perbincangan terhadap teknik mengenal pasti atau

    metodologi mengenal pasti serta strategi untuk memodifikasi tingkah laku tersebut di

    sebuah sekolah yang dikaji akan di tunjukkan.

    MASALAH TINGKAH LAKU MURID BERKEPERLUAN KHAS (PKBP)

    Guru sering menghadapi masalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan

    pembelajaran pengurusan tingkah laku. Secara umumnya masalah tingkah laku atau

    disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara

    ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan

    yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung

    kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar,

  • 8/7/2019 masalah tingkah laku murid

    3/10

    motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan

    negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan

    hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.

    Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara

    faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti

    kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja,

    kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan

    mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang

    dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.

    Guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian dengan murid-

    murid keperluan khas ini. Terdapat sesetengah guru menggunakan muzik latar semasa

    membuat aktiviti. Hal ini menyebabkan kebisingan di dalam kelas, tindakan agresif,

    mengada-ngada dan sebagainya. Sekiranya mempelbagaikan suasana tempat belajar

    iaitu di luar bilik darjah. Oleh kerana mereka mudah tertarik kepada persekitaran,

    mereka akan hilang tumpuan untuk belajar di luar bilik darjah dan mereka lebih banyak

    bermain.

    TINGKAH LAKU BERMASALAH

    Sudah menjadi lumrah duniawi setiap menusia mengalami pertumbuhan dan

    perkembangan sehingga ke peringkat matang. Perkembangan manusia merujuk

    perubahan dari aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Hampir semua

    perkembangan tersebut berkaitan dengan faktor baka dan persekitaran. Berikut adalah

    berdasarkan pengalaman saya sepanjang mengikuti program Pengalaman Berasaskan

    Sekolah (PBS) di sebuah sekolah yang terlatak di sebuah bandaraya yang terkenal.

    Sekolah ini mempunyai kelas untuk murid masalah pembelajaran (PKBP) di dapati

    terdapat pelbagai tingkah laku di kalangan murid di sekolah tersebut. Walaupun secara

    puratanya tingkah laku normal murid-murid adalah lebih ketara di sekolah tersebut,

    namun tingkah laku bermasalah juga wujud sehingga menyukarkan proses pengajaran

    dan pembelajaran berlangsung dengan teratur. Supaya lebih mudah difahami, saya

    akan menerangkan dahulu tingkah laku bermasalah dan kemudian akan

  • 8/7/2019 masalah tingkah laku murid

    4/10

    menerangkannya di dalam perenggan tersebut beserta contoh agar dapat memahami

    dengan baik.

    Sepertimana yang telah dijelaskan dalam pengenalan, tingkah laku bermasalah

    diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah positif dan

    negatif. Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran dan

    pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan,

    cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil

    hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat

    baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia

    mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku.

    Sebagai contoh kes yang berlaku di sekolah, murid A yang berperilaku ingin tahu yang

    keterlaluan akan menyebabkan murid A itu suka bertanya tidak pututs - putus sehingga

    mengganggu proses penerangan sesuatu topik yang dipelajari semasa proses

    pembelajaran dan pengajaran berlaku . Begitu juga perilaku proaktif akan menyebabkan

    murid lain yang sedang cuba memahami atau memberi fokus terhadap sesuatu topik

    pembelajaran dan memerlukan kosentrasi serta suasana yang kondusif turut mengalami

    gangguan dari murid A.

    Selain itu, tingkah laku bermasalah positif cepat belajar dan pintar cerdas juga akan

    menyebabkan ketidakseimbangan dalam proses pembelajaran yang sedang

    berlangsung. Pemerhatian yang dapat dilihat ialah, apabila berlaku perlakuan murid

    seperti ini akan menyebabkan gangguan emosi bukan sahaja kepada murid dalam kelas

    itu sendiri, malah guru juga turut akan menerima kesannya. Perkara yang dapat dilihat

    ialah, murid yang bermasalah ini akan cuba untuk memperkatakan perkara yang

    mereka fahami dalam topik yang sedang diajar oleh guru. Hal ini menyebabkan murid-

    murid lain yang sama kelas kehilangan minat untuk belajar kerana berasa rendah diri

    melihat rakan sekelas telah mempunyai pengetahuan yang lebih dalam topik itu selain

    lebih berminat bertanya murid tersebut berbanding guru yang sedang mengajar.

    Dalam pada itu, tindak-tanduk pelajar yang mempunyai kelebihan positif pintar cerdas

    juga menyebabkan guru tidak selesa untuk mengajar. Hal ini dapat dilihat sekiranya

    guru tersebut kurang bijak mengawal murid-murid dan tidak tegas dalam mengawal

    murid-murid. Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid yang hiperaktif positif, ini

  • 8/7/2019 masalah tingkah laku murid

    5/10

    apabila diberi sesuatu tugasan yang perlu disiapkan akan mengganggu pelajar lain yang

    masih sedang menyiapkan tugasan yang diberi kerana dia mampu menyiapkannya

    dengan lebih awal.

    Murid pintar cerdas ini, bukan sahaja ada di sekolah aliran perdana namun ianya juga

    ada di aliran PKBP. Walaupun majoriti murid PKBP adalah murid yang berkeperluan

    khas namun ada sebahagian daripada murid-murid ini yang pintar cerdas. Pertanyaan,

    mengganggu,dan menjawab soalan sering berlaku sehingga menganggu proses

    pembelajaran dan pengajaran seperti aliran perdana. Murid yang menjadi pintar cerdas

    ini adalah murid yang mengalami masalah lembam kerana di dalam kalangan murid

    PKBP ini merekalah yang lebih berpengetahuan sikit, cuma kurang daya ingatan.

    Murid-murid ini bersifat demikian adalah kerana inginkan perhatian yang lebih

    daripada guru yang mengajar, malah murid ini juga cuba mengganggu rakan mereka

    dan menyebabkan rakan terasa terpinggir dan malu untuk menonjolkan diri ketika di

    dalam kelas.

    Penyelesaiannya, guru seharusnya lebih tegas agar murid lebih menghormati , dapat

    mengelak daripada murid lebih aktif dalam proses pe