6
Instrumen adalah suatu alat yang memenuhi persyaratan akademik, sehingga dapat dipergunakan sebagai alat untuk mengukur suatu objek ukur atau mengumpulkan data mengenai suatu variable. Dalam bidang pendidikan instrumen digunakan untuk mengukur prestasi belajar murid, faktor-faktor yang diduga mempunyai hubungan atau berpengaruh terhadap hasil belajar, perkembangan hasil belajar murid, keberhasilan proses belajar mengajar guru, dan k eberhasi lan pencapaian suatu program t ertentu. Instrumen dapat dibagi dua iaitu penilaian dan bukan penilaian. 2.0 Konsep Penilaian Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Dengan demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasildaripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. Contohnya, Nazrin yang mendapat markah sebanyak 90% dalam sesuatu kemahiran bahasa mungkin dinilai sebagai mencapai tahap cemerlang dan Fiqah pula yang mendapat jumlah markah sebanyak 10% mungkin dinilai sebagai berada pada tahap yang sangat lemah. Jadi, perkataan cemerlang, baik,sederhana, lemah atau sangat lemah yang digunakan dalam konteks ini adalah sebenarnya istilah penilaian yang diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markat yang diperoleh dalam bentuk kuantitatif. Dari itu penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kualitatif dan / atau kuantitaif. Secara kuantitatif, maklumat yang diperoleh melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh dikumpul, disusun, diperkemas dan diringkaskan dalam kaedah atau gambaran yang lebih mudah difahami. Secara kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan, mungkin tidak mengikut angka yang tepat, tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata. Dalam contoh di atas, Nazrin telah menunjukkan kemajuan yang amat baik atau cemerlang dalam kemahiran bahasa. Penilaian juga merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan berkenaan dengan kemajuan, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid dalam

Nota BMM 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bmm 3104

Citation preview

Instrumen adalah suatu alat yang memenuhi persyaratan akademik, sehingga dapat dipergunakan sebagai alat untuk mengukur suatu objek ukur atau mengumpulkan data mengenai suatu variable. Dalam bidang pendidikan instrumen digunakan untuk mengukur prestasi belajar murid, faktor-faktor yang diduga mempunyai hubungan atau berpengaruh terhadap hasil belajar, perkembangan hasil belajar murid, keberhasilan proses belajar mengajar guru, dan keberhasilan pencapaian suatu program tertentu. Instrumen dapat dibagi dua iaitu penilaian dan bukan penilaian.

2.0 Konsep PenilaianPenilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.Dengan demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasildaripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. Contohnya, Nazrin yang mendapat markah sebanyak 90% dalam sesuatu kemahiran bahasa mungkin dinilai sebagai mencapai tahap cemerlang dan Fiqah pula yang mendapat jumlah markah sebanyak 10% mungkin dinilai sebagai berada pada tahap yang sangat lemah. Jadi, perkataan cemerlang, baik,sederhana, lemah atau sangat lemah yang digunakan dalam konteks ini adalah sebenarnya istilah penilaian yang diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markat yang diperoleh dalam bentuk kuantitatif.Dari itu penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kualitatif dan / atau kuantitaif. Secara kuantitatif, maklumat yang diperoleh melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh dikumpul, disusun, diperkemas dan diringkaskan dalam kaedah atau gambaran yang lebih mudah difahami. Secara kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan, mungkin tidak mengikut angka yang tepat, tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata. Dalam contoh di atas, Nazrin telah menunjukkan kemajuan yang amat baik atau cemerlang dalam kemahiran bahasa.Penilaian juga merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan berkenaan dengan kemajuan, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penilaian boleh dijalankan secara formatif dan sumatif.Oleh yang demikaian, guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.2.1 Definisi PenilaianMenurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.Penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. (Gray,1985)Jika digunakan begini, maksud penilaian merangkumi dan menjangkau lebih daripadapengujian dan pengukuran. Definisi lain pula mengklasifikasikan penilaian sebagai pertimbangan profesional atau sebagai satu proses yang membenarkan seseorang membuat pertimbangan tentang kebaikan atau nilai sesuatu. Begitu juga, penilaian boleh dijelaskan sebagai satu proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat bagi menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran.Terry D. TenBrink (1974:8), pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.Penilaian merupakan perihal atau perbuatan, menilai dan menaksir (Kamus Dewan,1994:930). Justeru penilaian ialah suatu proses yang berterusan bagi mendapatkan maklumat semula dengan tujuan supaya penggubahan kepada pelajar dalam aspek pemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat dilakukan dengan sempurna (Abu Bakar Nordin,1990:4). Proses ini amat penting bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran selain memastikan para pelajar tidak tergelincir daripada mengikuti sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan. Adalah penting usaha membentuk pelajar mencakupi segala aspek ini sentiasa dikaji bagi memastikan keberkesanan sukatan dan aktiviti yang dijalankan dapat memenuhi kehendak dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Oleh itu penilaian merupakan satu aktiviti yang amat bermakna dan bermanfaat yang perlu dilakukan seiring dengan proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P).Dalam konteks dunia pendidikan, prosese penilaian membabitkan banyak perkara kerana terangkum di dalamnya proses ujian, peperiksaan, pengukuran yang bertujuan untuk melihat kemampuan pelajar menguasai apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Phopham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.Penilaian juga merupakan satu proses memperolehi maklumat secara bersistem dalam usaha membuat keputusan tentang tindakan susulan yang paling wajar. Justeru penilaian yang dilakukan di sekolah adalah satu usaha berstruktur dan bersistem bagi mengkaji perubahan, penguasaan, pencapaian para pelajar dalam ujian dan peperiksaan yang diadakan bagi mengatasi masalah yang timbul sebelum pelajar menduduki peperiksaan sebenar kelak (Gay:1985).2.1.2 Penilaian FormatifPenilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.2.1.3 Penilaian SumatifPenilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.3.0 Definisi dan Konsep Kemahiran LisanKemahiran mendengar dan bertutur atau kemahiran lisan adalah komunikasi bahasa yang paling asli. Perkara ini disebabkan oleh, seseorang itu telah dianggap sebagai fasih berbahasa tenpa perlu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Lebih menarik lagi, seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur didapati turut menguasai aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi, semantik dan idiom bahasa, iaitu yang diserap dan dipelajari melalui aktiviti mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan bertutur sebagai proses menghasilkan bahasa (Abdul Aziz Abdul Talib, 1993:65). Oleh yang demikian, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kemahiran yang saling lengkap-melengkapi. Kedua-dua kemahiran ini diajarkan kepada murid-murid supaya mereka boleh memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi. Seterusnya mereka dapat bertindak balas melalui pengucapan yang gramatis.4.0 Definisi dan Konsep Kemahiran MembacaBerdasarkan Kamus Dewan membaca membawa maksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Makna lain ialah mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda dan sebagainya secara lisan dengan kuat, memahamkan makna sesuatu seperti tanda, huruf dan sebagainya tidak dengan mata tetapi dengan jari yang juga dikenali sebagai braille.Selain makna di atas membaca juga membawa maksud melihat dan mencatatkan angka yang ditunjukkan pada meter seperti termometer, meter elektrik dan sebagainya. Makna seterusnya meneliti garis-garis pada tapak tangan untuk meramalkan nasib seseorang. Dengan penjelasan makna membaca di atas menunjukkan bahawa membaca merupakan kemahiran yang mesti dikuasai oleh murid bagi membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup.Ringkasnya membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara untuk menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Dengan kata lain membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan memahamkan kandungan. Mengajarkan membaca bererti mengajarkan murid-murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu. Ini bermakna seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika murid tidak memahami apa yang disuarakan, maka seseorang murid itu tidak boleh dikira atau dianggap sebagai pandai membaca.Kesimpulannya konsep membaca berdasarkan pendapat beberapa tokoh pendidikan dalam dan luar negara dapatlah dirumuskan seperti yang berilut: Melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemahkan lambang-lambang kepada bunyi-bunyi yang disampaikan oleh tulisan (Atan Long) Menyuarakan tulisan, kemudian mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungan bahan (Kamarudin Husin) Membaca melibatkan pemahaman dan dan interpretasi idea-idea yang disimbolkan melalui penulisan atau simbol tertulus (Dallman) Reading is purposeful reconstruction of an authors printed message for recreational aesthetic or functional purpose (Duffy ang Roehler, 1993) Satu proses psikologi yang berlaku apabila pembaca membetuk semula dalam fikirannya erti yang diterapkan oleh penulis dalam bentuk tulisan yang kemudiannya dibaca oleh pembaca (Goodman 1975, Smith 1978) Memerlukan komunikai mesej atau makna dan sedutan makna, iaitu makna yang wujud pada beberapa peringkat, daripada pemahaman yang paling rendah kepada interpretasi yang tinggi, daripada yang nyata atau konkrit kepada yang abstrak, daripada penilaian yang senang kepada penilaian yang lebih kompleks (Juriah Long)