Upload
cik-ikin
View
233
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
nota lompat jauh
Citation preview
PENGENALAN
SEJARAH
Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal tahun 708 s.m.
iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan pertama yang
dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta. Teknik
dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan
pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat
pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat secara berkali- kali sama ada
dalam bentukmul tiple, double triple atauqui ntriple.
Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah
dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah diterima dalam
kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan
teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan
yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk
dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan
lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan.
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau atlit
cuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan. Mereka yang bertanding
akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama
dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada
papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke
tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan
lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu
lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan
ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.
Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan mendapat
beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang
akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh pada
akhir pertandingan akan dikira sebagai juara.
Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh
itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut bertanding dan memenangi acara ini.
Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.
Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam
sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod
dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.
Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang
atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini
akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah
momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke
hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di
mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.
Peraturan lompat jauh
Dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan dibenarkan dahulu.
Selepas ini 8 peserta terbaik dipilih untuk membuat 3 lagi lompatan.
Sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6 percubaan diberi.
Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:
kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak
melonjak di luar kawasan papan lonjak semasa mendarat, berjalan keluar melalui
bahagian terdekat dari titik pendaratan.
Cara mengukur jarak
Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan yang terdekat
dengan kawasan mendarat. Kemudian jarak tersebut direkodkan kepada meter terdekat
iaitu 0.01 m di bawah ketinggian yang diukur. Ini bererti bahagian kurang daripada 1 cm
diabaikan.
Gaya lompatan
Pada amnya terdapat tiga gaya lompatan iaitu :
Gaya layar – biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam
acara ini.
Gaya gantung – digunakan oleh novis dan juga pakar.
Gaya tendang kayuh – gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.
Fasa lompat jauh
Lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti :
v Fasa penujuan – terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari
dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris
atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik
permulan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak
berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita
pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.
v Fasa lonjakan – setibanya di papan lonjak, pelompat pelompat seharusnya mencapai
kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit
untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan
mengangkat dada ke atas.
v Fasa penerbangan/layangan – dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk
meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang.
Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.
v Fasa pendaratan – apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan
kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke
belakang dan kemudian ke hadapan.
Latihan ansur maju
Ø Menentukan kaki lonjakan – pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat
mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.
Ø Latihan lonjakan
· Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi
yang boleh.
· Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak.
· Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.
· Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.
Ø Latihan mendarat
· Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.
· Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu) atau
papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
· Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).
Ø Mengukur penujuan
Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di
atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah
pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik
tersebut.
Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan
lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.
Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.
Ø Latihan gaya lompatan berbeza
· Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.
· Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar, gantung,
tendang kayuh).
· Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya gantung dan
gaya tendang kayuh.
Bahagian otot yang terlibat sewaktu aktiviti lompat jauh
Pergerakan dalam acara lompat jauh lebih tertumpu kepada bahagian bawah anggota
badan. Walau bagaimanapun bahagian lain badan turut berperanan untuk
menghasilkan lompatan yang baik terutamanya ketika fasa penujuan dan layangan.
1. Fasa Penujuan
Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps.
Otot yang terdapat diantara tendon dan patella.
Vastus lateralis, vastus intermedius, vastus medialis dan rectus femoris (femur).
2. Fasa Lonjakan
- Otot kuadrisep.
- Otot di bahagian betis seperti Fibularis Longus (Fibula), Tibialis anterior (Tibia)
3. Fasa Layangan
- Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps.
- Bantu kayuhan sewaktu berada di udara. Gastrocnemius, Calcaneal
4. Fasa pendaratan
Otot Kuadrisep, gluteus medius, gluteus Maximus
Calcaneal, Metatarsal, gluteus medius, gluteus Maximus
Faktor-faktor yang mempengaruhi perancangan pemakanan atlit.
Perancangan pemakanan atlit yang ideal perlu mengambil kira pelbagai aspek yang
mempengaruhinya bagi memastikan prestasi atlit dapat dipertingkatkan ke tahap
optimum. Faktor yang mempengaruhinya antaranya ialah :
• Lokasi latihan / pertandingan di altitude
• Suhu sejuk
• Suhu panas dan humiditi
• Intensity latihan
• Saiz badan atlit
• Jangka masa latihan / pertandingan
• Tahap kecergasan atlit.
Pemakanan mengikut fasa pertandingan
Fasa Pra Musim
Penggunaan kalori amat tinggi pada fasa ini. Kehilangan berat badan kerap terjadi
akibat dehidrasi dan perubahan bentuk latihan. Atlit seharusnya minum lebih banyak
iaitu tambahan 500 ml air sehari bagi setiap penurunan 420 gram berat badan.
Fasa Pra Pertandingan.
Penyediaan diet seharusnya berasaskan individu. Setiap individu seharusnya
mengambil kira aspek - aspek yang mempengaruhi pemakanan. Rancang program
pemakanan (karboloading ) seminggu sebelum pertandingan.
Fasa Pos Pertandingan
Kebanyakan atlit mengalami pertambahan berat badan ketika fasa ini. Ini berlaku akibat
aktiviti yang rendah intensitinya serta amalan pemakanan yang tidak menentu. Atlit
boleh mengamalkan cara merekod pengambilan makanan mereka
LATIHAN YANG SESUAI DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
LOMPAT JAUH
Lakukan bangkit tubi L-seat.Ø
Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal.
Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya,angkat kedua-dua kaki lurus dan
belakang badan rata di dinding.Ø
Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki semasa
mendarat).
HujungØ kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal.Naik dan turunkan tumit pada julat
yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa beratan).
Tujuannya:Menguatkan achcillies tendon.
Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki (cuba
naikkan badan setinggi yang boleh).Ø
Tujuannya:Menguatkan quadriceps.
LatihanØ plyometric. Lompat dari kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki.
Kemudian dengan pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan dan
bahu.
Tujuannya:Meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan.
Lakukan aktiviti juak lentik dinamik.Posisi duduk,lutut bengkok dan tangan di
belakang.Naikkan lutut kaki lonjakan.Ø
Tujuannya:Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki.
Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang
mungkin dengan ayunan kaki bebas.Ø
Tujuannya:Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan, layangan dan
koordinasi badan dan tangan (imbangan).
PERALATAN
Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun, sebenarnya ia
juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas.
Berikut adalah antara ruang dan peralatan yagn diperlukan untuk acara lompat jauh.
LORONG LARIAN (RUNAWAY)
Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat pecutan,
larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x 1.22 m. Ia hendaklah
bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh mengganggu peserta
membuat lompatan.
PAPAN PELEPAS (TAKE-OFF BOARD)
Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas
yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm lebar yang diletakkan satu
meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan. Papan ini biasanya
diwarnakan putih seluruhnya.
PETUNJUK PLASTISIN (PLASTICINE INDICATOR)
Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam
satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan
sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu
batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.
KAWASAN PENDARATAN (LANDING AREA)
Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasa ini
penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia diisikan
pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9 m panjang
dan 2.75 m lebar.
PITA PENGUKUR (MEASURING TAPE)
Pita pengukur digunakan unutk mengukur jaraj sesuatu lompatan. Jarak lompatan
diukur dari hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam
kotak pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita
pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang menjadikan
pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat.
PEENGUKUR HALAJU ANGIN (WIND VELOCITY INDICATOR)
Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu
lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan samada lompatan tersebut dibantu oleh
angin atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat sekolah atau kelab, alat
ini tidak digunakan.
BENDERA ISYARAT (FLAG)
Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua
jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih
untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan batal.
KASUT BERPAKU (SPIKE)
Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai perlindungan kepada
pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan untuk acara
ini.
Prinsip Asas Lompat Jauh
} Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum.
} Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian pantas dan disusuli dengan lonjakan yang
cukup kuat dan tinggi.
} Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa
pelompat berada di udara.
} Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu lingkungan
parabola di mana jarak lompatnya dapat ditentukan.
} Sebenarnya, gaya badan semasa berada di fasa layangan adalah untuk
mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persediaan untuk
mendarat dengan selamat dan berkesan.
} Gaya layar adalah suatu gaya lompatan yang popular kerana ia mudah diajar.
~Walaubagaimanapun, gaya layar kurang berkesan untuk dijadikan sebagai
satu teknik lompat jauh yang dapat dicontohi kerana teknik ini menyebabkan pelompat
cepat mendarat.
} Gaya selangkah diperkenalkan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani supaya para
pelajar mencapai objektif pembelajaran mereka.
~Gaya yang dicadangkan ini hampir sama dengan gaya tending kayuh, kecuali
tindakan “kayuh” itu tidak dilakukan di dalam gaya ini.
~Kelebihan gaya ini ialah dapat memudahkan para pelajar mempelajari gaya
tending kayuh apabila sampai masanya.
GAYA/TEKNIK LOMPAT JAUH
Terdapat tiga jenis gaya lompatan dalam lompat jauh iaitu :-
Gaya layar
Gaya gantung
Gaya tending
GAYA LAYAR
GAYA GANTUNG
GAYA TENDANG KAYUH
FASA LOMPAT JAUH
Semua gaya atau teknik lompat jauh menunjukkan empat fasa pergerakan. Keempat-
empat fasa itu ialah :-
fasa penujuan – lari menuju ke papan lonjak
fasa lonjakan – melompat dari papan
fasa layangan – badan berada di udara.
fasa pendaratan – (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan tempat
mendarat.
FASA PENUJUAN
Fasa ini memerlukan seseorang atlet berlari dengan kepantasan yang optimum dan
terkawal.
Bilangan langkah larian ini berbeza di antara setiap individu.
Faktor penting ialah bilangan itu mesti membolehkan peserta mencapai kepantasan
yang maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.
Gaya berlari untuk kompat jauh adalah sama dengan gaya lari pecut. Apabila hampir
sampai papan lonjak, dia mesti bersedia untuk melonjak.
Pada langkah terakhir atlet harus merendahkan sedikit bahagian badannya untuk
mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah bengkok.
FASA LONJAKAN
Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi.
Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan
tepat di mana hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.
Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumit-hujung kaki. Tolakan kaki hendaklah kuat
dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi.
Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke
hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.
Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan dihayun ke hadapan dan ke atas
untuk membantu mencapai lonjakan yang lebih tinggi.
FASA LAYANGAN
Gaya badan dan pergerakan pelompat di fasa ini bergantung kepada gaya yang hendak
digunakan.
Tujuan utama ialah supaya pelompat dapat berada di fasa ini lebih lama untuk
melambatkan pendaratannya.
Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:-
Bagi tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak.
Bagi gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke hadapan dan
badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga hujung kaki.
Bagi gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolah-
olah bergantung di udara.
Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang.
Bagi gaya selangkah, pelompat menhayunkan bahagian kakinya yang bebas ke
hadapan selepas lonjakan.
Tindakan seperti di dalam gaya tendang kayuh tidak dilakukan.
Kaki yang digunakan untuk melonjak mengikut dari belakang.
Ini bererti kaki pelompat berada di dalam keadaan terkangkang semasa membuat
layangan.
Sebelum mendarat, kaki lonjak pelompat akan dibawa ke hadapan supaya bersama
dengan kaki bebas.
FASA PENDARATAN
Ketika berada dalam fasa ini, pelompat mestilah memberi perhatian kepada imbangan
badan dan pencapaian jarak.
Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu)
lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan
dihayunkan ke atas.
Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke
hadapan.
LATIHAN ANSUR MAJU
Latihan ansur maju
· Menentukan kaki lonjakan – pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat
mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.
Latihan lonjakan
Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi
yang boleh.
Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak.
Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.
Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.
Latihan mendarat
Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.
Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu) atau
papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).
Mengukur penujuan
Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di
atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah
pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik
tersebut.
Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan
lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.
Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.
Latihan gaya lompatan berbeza
Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.
Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar, gantung,
tendang kayuh).
Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya gantung dan
gaya tendang kayuh.
Ansur maju 1 Larian menuju ke papan lonjak:
Dilakukan secara berpasangan.
· A mula berlari dari tempat permulaan menuju ke papan lonjak manakala B berdiri
berhampiran papan lonjak sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak.
· Sekiranya A menapak lebih atau kurang pada papan lonjakan, ubahsuai jarak
ukuran di tempat permulaan.
· Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat
permulaan ke belakang satu atau dua langkah.
· Jika menapak sebelum papan lonjak, anjakkan tempat permulaan satu atau dua
langkah ke hadapan.
· Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.
· Kawal kelajuan semasa berlari. Larian yang baik ialah lari pecut.
· Menggunakan jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian.
Ansur Maju Lonjakan
Ansur maju 1:
· Lonjak dari papan lonjakan.
· Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.
· Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
· Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat
dengan tumit
Ansur maju 2:
· Melonjak dari hujung bangku.
· Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.
· Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi
yang termampu.
· Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.
· Mendarat dengan tumit.
Ansur maju 3:
Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali
Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari
papan lonjakan.
Lari sejauh lima hingga enam langkah.
Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat
3. Ansur Maju Layangan dan Mendarat
Ansur maju 1:
· Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.
· Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan
lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.
Ansur maju 2:
· Mencecah bola dengan hujung tangan.
· Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di
kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.
· Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.
· Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.
· Mendarat dengan tumit.
Ansur maju 3:
· Mencecah bola dengan dahi.
· Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di
kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh.
· Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.
· Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta
tangan ke atas.
· Cuba sentuh bola dengan dahi.
· Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan
kepala ke atas.
· Mendarat dengan tumit dahulu.
· Hulurkan tangan ke hadapan dan gerakkan badan ke hadapan.
NOTA TAMBAHAN ^________^
FASA -FASA LOMPAT JAUH
Dalam keseluruhan gaya atau teknik acara lompat jauh boleh dibahagikan kepada
empat fasa:
• Lari landas
• Lonjakan
• Layangan
• Mendarat
TEKNIK-TEKNIK LOMPAT JAUH
1.Teknik Lompat Jauh Gaya Layar
Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana lompatan
mudah dilakukan.Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu mengimbangi badannya
dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.
Fasa lari landas§
=Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal.Lari 21-23 langkah atau jarak
35-45 meter.
=Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah ditandakan.
=Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi rendah
untuk mengatasi halangan graviti.
Fasa lonjakan§
=Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum.
=Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan
menegak.
Fasa layangan§
=Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dank e hadapan.
Fasa mendarat§
=Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh.
=Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah.
=condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.
2.Teknik Lompat Jauh Gaya Gantung
Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke atas
semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan dan kaki
semasa mendarat.
Fasa lari kandas§
=Sama seperti lari landas gaya layar.
Fasa lonjakan§
=Lonjak dengan kuasa kaki maksimum
=Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama
angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan.
Fasa layangan§
=Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan
keadaan seperti tergantung.
=Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.
=Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan
mendarat.
Fasa mendarat§
=Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.
=Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan pantas
serta badan dihamburkan ke hadapan.
3.Teknik Lompat Jauh Gaya Kayuh
Teknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana
seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah
langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat.
Fasa lari landas dan lonjakan§
=Sama seperti lari landas gaya layar dan gantung.
Fasa layangan§
=Lakukan pergerakan ‘tendang kayuh’ satu setengah atau dua setengah langkah.
=Pergerakan ‘tendang kayuh’ dua setengah langkah:
>Langkah 1-Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan.
>Langkah 2-Kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan 1.Kaki bebas dan
kaki lonjakan untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan. Tangan lurus ke
hadapan.
>Langkah setengah-Rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Baran
bongkok sedikit ke hadapan, tangan lurus ke hadapan.
Fasa mendarat§
=Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan.
=Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.
=Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk
mengimbangi pergerakan badan dan tumit.
MENENTUKAN KAKI LONJAKAN
Kita mesti menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki lonjakan.Ada beberapa cara
untuk menentukan kaki lonjakan:
>Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak jatuh. Secara
automatik satu kaki akan menyokong badan daripada rebah.Kaki itu adalah kaki yang
kuat untuk lonjakan.
>Berpasangan.A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan.B menolak A dari
belakang tanpa isyarat.Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat untuk
lonjakan.
Setelah mendapatkan kaki lonjakan, maka latihan boleh dijalankan secara ansur maju.
ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH
1.Ansur Maju Lari Landas
Berpasangan.A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan.
B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di
papan lonjak.
Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran di
tempat permulaan.
Jika kaki lonjakan manapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke
belakang satu atau dua langkah.
Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu atau dua
langkah ke hadapan.
Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas.
>Kawal kelajuan semasa berlari.
>Jarak langkah yang kosisten dalam setiap larian.Langkah pertama adalah sangat
penting dijaga jaraknya supaya sekata dalam setiap larian.
>Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam.
>Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut diangkat
tinggi.
>Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat yang tidak kurang dari jarak
empat langkah dari papan lonjakan.
>Ketika berada di penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan yang
terkawal.
>Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka
ganjil.
2.Ansur Maju Lonjakan
Ansur maju 1:
Lonjak dari papan lonjakan.
Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.
Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat
dengan rumit.
Ansur maju 2:
Melonjak dari hujung bangku.
Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.
Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang termampu.
Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.
Mendarat dengan tumit.
Ansur maju 3:
Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali
Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan.
Lari sejauh lima hingga enam langkah.
Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.
3.Ansur Maju Layangan dan Mendarat
Ansur maju 1:
Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.
Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan
dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.
Ansur maju 2:
Mencecah bola dengan hujung tangan.
Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat
dengan ketinggian yang boleh dicapai.
Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.
Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.
Mendarat dengan tumit.
Ansur maju 3:
Mencecah bola dengan dahi.
Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat
dengan ketinggian yang boleh disentuh.
Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.
Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke atas.
Cuba sentuh bola dengan dahi.
Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan kepala ke atas.
Mendarat dengan tumit dahulu.Hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan ke
hadapan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH
1.Kawasan Lari Landas
Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan
sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang.
2.Papan Lonjakan
Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga
1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100
milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari
kawasan permulaan mendarat.
3.Papan Penanda Plastesin
Diperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter
lebar dan 1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang
sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila
melakukan lompatan batal.
4.Kawasan Mendarat
Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar.Terletak di
penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan
mendarat.
5.Peraturan Umum
Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta,setiap peserta diberi tiga kali
percubaan lompatan.Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali
percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian.Jika terdapat lapan
peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan.Setiap peserta diberi
masa satu minit untuk melakukan lompatan.Sebarang keputusan seri dirujuk kepada
lompatan kedua terbaik.Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga terbaik.Jauh lompatan
diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak.
Contoh tempat mendarat dan lintasan lari yang digunakan dalam acara lompat jauh
Contoh teknik lompat jauh yang diguna pakai dimasa kini
Fasa Lompat Jauh
Terdapat empat fasa pergerakan iaitu:
Fasa Penujuan – lari menuju ke papan lonjak.
· Fasa Lonjakan – melompat dari papan.
· Fasa Layangan – badan berada di udara.
· Fasa Pendaratan – (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan tempat
mendarat.
Fasa penujuan
Fasa ini memerlukan:
Pelompat berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.
Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan maksimum
untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.
Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat mesti bersedia untuk melonjak.
Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan sedikit bahagian badan untuk
mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan.
Fasa Lonjakan
Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Fasa ini
memerlukan:
Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan
tepat.
Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.
Aksi lonjakan ini mengamalkan uruten tumit-hujung kaki.
Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu
lonjakan yang tinggi.
Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendakla dihayun dengan kencang ke
hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.
Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk membantu mencapai
lonjakan yang tinggi.
Fasa Layangan
Tujuan utama ialah supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan
pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:
Gaya Layar – pelompat melunjurkan kedua-dua kakinya ke hadapan dan
badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga ke hujung
kaki.
Gaya Gantung – pelmpat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolah-olah
bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang.
Gaya Tendang Kayuh – pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya
tegak.
Fasa Pendaratan
Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.
· Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu)
lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayun
ke atas.
· Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke
hadapan.
Prinsip Asas Lompat Jauh
Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum. Jarak
ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan yang
cukup kuat dan tinggi. Seorang pelompat yang handal mestilah berupaya berlari
dengan pantas, melompat dengan kuat dan mempunyai kelenturan badan serta daya
koordinasi yang baik.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa
pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak
mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak lompatannya dapat ditentukan.
Segala perlakuan oleh pelompat semasa berada di fasa layangan tidak dapat
membantunya memanjangkan masa dia berada di udara. Sebenarnya, gaya bada di
fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat
membuat persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.
Teknik dan Aspek Lompatan
Dalam acara lompat jauh, terdapat empat aspek penting yang harus diberikan
perhatian utama, iaitu kelajuan larian, pelepasan lomptan, lompatan di udara, dan
pendaratan. Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh, tidak kira samada
seseorang itu baru mempelajari acara ini ataupun yang sudah lama melibatkan diri
didalamnya.
Kelajuan larian
Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan
mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak begitu penting dalam
acra lompat jauh. Pendapat ini salah kerana tanpa larian deras yang sesuai, tidak
mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian yang tidak sesuai boleh
menyebabkan perkara tersebut:
· Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh menganggu lompatan.
· Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan yang dibuat.
· Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran di papan
pelepasan , yang boleh menyebabkan lompatan batal.
Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Penting juga diketahui bahawa kelajuan
larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat
semasa lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak,
konsentrasi dan ketepatan adalah penting.
Biasanya, larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau jarak 25-40 meter
diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, check-mark dilakukan
sebelum membuat lompatan. Check-mark ini dibuat untuk memudahkan serta
memberikan ketepatan antara larian mula dengan papan pelepas.
Tedapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat harus mencari
konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas. Untuk kelajuan ini,
seorang pembantu diperlukan untuk menanda titik yang paling sesuai dengan langkah
yang bakal dibuat. Kaedah kedua ialah mencari konsistensi melalui larian dari papan
pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu melakukan sebanyak larian sehingga ketepatan
diperoleh. Kaedah kedua ini bagaimanapun tidak sesuai sekiranya tiupan angin terlalu
kuat. Ini selanjutnya akan menjejaskan konsistensilarian yang telah diukur tadi.
Pelepasan Lompatan
Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak
maksimum, Dan seterusnya dalam membuat lompatan dengan baik dan berkesan.
Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang tinggi akan dapat
membantu menghasilkan pelepasan yang baik. Walaupun dianggarkan bahawa
pelompat akan berada selam 0.11 saat sahaja pada tahap ini, ia penting untuk
menentukan daya lompatan yang baik, atau lompatan yang batal.
Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa pakar sukan Amerika Syarikat menunjukkan
bahawa dalam jangka masa pelepasan ini, sebanyak 12% daripada momentum
mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat. Keadaan pengurangan
momentum ini dikenal sebagai sudut hentian. Penghasilan sudut hentian yang searas
dengan corak larian akan dapat mengurangkan kehilangan momentum apabila berlaku
perubahan pergerakan daripada mendatar kepada menegak. Penghasilan sudut
hentian yang sesuai dapat dilakukan melaluiaplikasi teknik yang baik. Melalui
pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh yang terkemuka
peringkat antrabangsa, Teknik berikut disarankan,
Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan lompatan.
Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah,
dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlulah diubah.
Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan , iaitu dengan kedua-duanya
diangkat ke atas.
Semasa Di Udara
Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil tempat
pada diri pelompat. Daya pergerakan menegak ini bagaimanapun telah dikurangkan
akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal pelepasan. Selanjutnya,
pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan, iaitu oleh daya graviti. Pusat graviti
semasa lompatan di udara adalah pada badan pelompat. Walaupun wujud rintangan
udara, tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti yang ada pada badan seseorang
pelompat. Untuk mengatasi rintangan ini, teknik larian di udara ( running in the air ) dan
mengayuh ( hitch-kick) biasanya digunakan untuk menghasilkan jarak yang maksimum.
Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh seseorang
pelompat jauh semasa berada di udara.
1. Pergerakan belayar ( sailing)
2. Pergerakan mengayuh (hitch-kick atau running in the air )
3. Pergerakan ayunan punggung ( hip-swing )
Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini, Mengayuh atau berlari di udara adalah yang
paling licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara lompat jauh pada
peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat antarabangsa.
Pendaratan
Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan pencapaian jarak yang
maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahaja mampu menghasilkan jarak, tetapi
dapat mengelakkan gangguan pada momentum, khususnya momentum menegak.
Teknik pendaratan yang dikenal sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini.
Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang
dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik lagi stabil. Teknik ini
dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui
cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat dipindahkan ke
bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.
Cara mengukur lompatan pada lompat jauh
Pada lompat jauh pengukuran sebetulnya sama dengan pengukuran pada loncat
jangkit. Pengukuran dilakukan oleh juri pengukur yang biasanya berjumlah 2 (dua)
orang. Pengukuran akan dilakukan apabila lompatan tersebut dinyatakan syah.
Pengukuran lompatan diambil dari balok ujung balok tumpu yang terdekat dengan bak
pasir, sampai pada tanda awal pendaratan. Bila pelompat berjalan mundur seusai
melakukan lompatan maka yang diukur adalah jarak ketika atlet tersebut mundur. Oleh
karena itu ketika seusai meloncat maka atlet harus berjalan maju. Pada pengukuran ini
diusahakan untuk seteliti mungkin sebab selisih satu cm saja akan berpengaruh. Selain
itu alat yang digunakan untuk mengukur juga harus sama ( hanya ada satu alat ukur).
Hasil lompatan akan dicatat oleh pencatat hasil perlombaan.
Penentuan pemenang dalam perlombaan lompat jauh
Penentuan pemenang lompat jauh bila kita lihat memanglah mudah karena ditentukan
oleh lompatan yang paling jauh. Sebetulnya tidak demikian sebab ada beberapa
prosedur yang harus dilalui oleh atlet, seperti tes doping.
Bila didalam sebuah perlombaan ada nilai yang sama maka untuk menentukan juara
maka harus diberikan kesempatan pada kedua peserta tersebut untuk melakukan
lompatan lagi. Dan bila masih sama maka dilihat dari prestasi atlet sebelumnya, dan
bila masih sama baru diadakan undian.
catatan
“Pada lompat jauh setiap peserta diberikan kesempatan untuk melakukan 3x lompatan
dari ketiga lompatan tersebut diambil jarak lompat yang terjauh”
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS
i. Setiap peserta hanya dibenarkan melakukan tiga atau enam lompatan sahaja
berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta yang ramai,
hanya tiga lompatan perlu di buat.
ii. Lompatan yang terbaik iaitu lompatan yang paling jauh akan dikira sebagai
pencapaian terbaik dan pemenang.
iii. Peserta perlu membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan dan
peserta tidak dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan pelepasan.
iv. Lompatan dikira batak jika peserta melakukan perkara-perkara seperti berikut;
· Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan pelepasan melepasi tanda
yang dibenarkan.
· Semasa mendarat, seluruh badan peserta berada di luar kawasan mendarat.
v. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan dan kebiasaannya jarak
yang digunakan adalah antara 15 hingga 40 meter.
vi. Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan
mendarat. Ukuran dilakukan antara dari hujung papan pelepasan dengan hujung
kawasan mendarat iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh
oleh peserta.
vii. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan dalah dilarang.
viii. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil diperlukan untuk
mengawasi lompatan iaitu mengawasi papan pelepasan, tempat mendarat dan sebagai
pencatat.
TEKNIK LOMPATAN
Terdapat empat aspek penting yang harus ditekankan dalam lompat jauh iaitu kelajuan
larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan.
i. Kelajuan larian
Kelajuan lompatan adalah penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan
jauh. Kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan
menegak yang kuat semasa lompatan di lakukan. Dalam menghasilkan larian mendatar
dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting. Kebiasaannya, pelompat
melakukan larian yang mempunyai 18 hingga 22 langkah atau jarak di antara 25 hingga
40 meter. Bagi mendapatkan ketepatan, check mark dilakukan sebelum membuat
lompatan bagi memudahkan pelompat untuk membuat larian mula dengan papan
pelepas. Terdapat dua kaedah untuk melakukan check mark iaitu kaedah pertama
pelompat perlu mencari konsentrasi melalui larian yang berulang-ulang dan
menandakan titik yang paling sesuai. Manakala kaedah kedua ialah mencari
konsentrasi melalui larian dari papan pelepas tetapi ia kurang sesuai jika tiupan angin
yang terlalu kuat.
Pelepasan lompatan
Ia penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak maksimum dan dalam
melakukan lompatan yang berkesan. Kelajuan larian dan daya konsistensi yang sesuai
dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik dalam lompatan. Dianggarkan
pelompat hanya berada selama 0.11 saat pada tahap pelepasan lompatan ini tetapi ia
penting dalam menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal. Melalui
pemerhatian corak dan teknik yang dilakukan oleh jaguh-jaguh peringkat antarabangsa,
teknik pelepasan lompatan berikut adalah disarankan iaitu:
· Pelompat perlu ada konsentrasi yang tinggi pada tahap pelepasan lompatan.
· Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke
bawah dan pada kaki sudut hentian perlu diubah.
· Bahu dan dada di angkat keatas untuk membantu dalam membuat pelepasan.
Lompatan di udara
Semasa pelepasan lompatan dilakukan, momentum menegak mula mengambil tempat
pada pelompat. Daya pergerakan menegak ini dikurangkan akibat daripada sudut
hentian yang berlaku di awal pelepasan. Pergerakan menegak ini juga dikurangkan
oleh daya graviti iaitu pusat graviti semasa di udara adalah pada badan pelompat.
Terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh pelompat semasa berada di
udara, iaitu:
· Pergerakan berlayar
Pergerakan mengayuh
Pergerakan ayunan punggung
Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini pergerakan mengayuh adalah paling licin dan
banyak digunakan dalam lompat jauh pada peringkat antarabangsa.
iv. Pendaratan
Dalam menentukan jarak pencapaian yang maksimum, aspek pendaratan memainkan
peranan penting. Pergerakan yang sesuai mampu menghasilkan jarak yang maksimum
dan dapat mengelakkan gangguan pada momentum menegak. Teknik pendaratan yang
sesuai digunakan adalah jack-knifing. Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke
hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ia dilakukan dengan membentuk ayunan
kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada
badan pelompat akan dipindahkan ke bahagian kaki dan tangan.
http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/06/lompat-jauh.html
http://rezasks.blogspot.com/p/lompat-jauh_14.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lompat_jauh
http://lompat-jauh.blogspot.com/