24
OUM 87 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6 TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN PENGENALAN Dalam Topik 5, kita telah membincangkan tentang pengajaran yang berkesan. Guru yang berkesan adalah guru yang bertanggungjawab membantu pelajar mencapai kebolehan yang tertulis dalam kurikulum atau sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran. Jika seseorang guru mengharapkan pengajarannya akan dapat mengubah tingkah laku pelajar, guru tersebut perlu mengetahui bagaimana untuk menterjemah maklumat dalam sukatan pelajaran kepada pernyataan yang terperinci yang menerangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang guru harapkan pelajar perlu pelajari setelah mengikuti pengajarannya. Harapan guru juga perlu dikongsi dengan pelajar, supaya pelajar mengetahui hala tuju pengajaran guru dan jangkaan guru terhadapnya. Dalam topik sebelum ini, telah disebutkan bahawa objektif pengajaran adalah salah satu daripada perkara yang perlu ada dalam perancangan pengajaran. Dalam topik ini, kita akan mempelajari tentang objektif pengajaran dan bagaimana guru boleh menulisnya dalam perancangan pengajaran. Kita telahpun mempelajari cara merancang pengajaran. Topik ini akan menerangkan bagaimana anda hendak menyampaikan pengetahuan yang telah dirancangkan kepada pelajar.Terdapat pelbagai cara anda boleh menyampaikan pengetahuan berkenaan. Anda boleh memilih mengikut kesesuaian pengetahuan, pelajar dan kemudahan. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menghurai kepentingan objektif pengajaran; 2. menghuraikan elemen yang perlu ada dalam satu objektif yang lengkap; 3. mengenal pasti domain-domain dalam objektif pengajaran; 4. menentukan aras dalam penulisan objektif; 5. menulis objektif pengajaran dengan betul; 6. menghurai maksud strategi pengajaran; 7. menghurai bagaimana menggunakan kaedah pengajaran; 8. mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pengajaran; dan 9. menghurai jenis soalan dalam pengajaran.

Objektif Dan Kaedah Pengajaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu

Citation preview

  • OUM 87

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6

    TOPIK 6 OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAHPENGAJARAN

    PENGENALAN

    Dalam Topik 5, kita telah membincangkan tentang pengajaran yang berkesan. Guru yangberkesan adalah guru yang bertanggungjawab membantu pelajar mencapai kebolehan yangtertulis dalam kurikulum atau sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran. Jika seseorang gurumengharapkan pengajarannya akan dapat mengubah tingkah laku pelajar, guru tersebut perlumengetahui bagaimana untuk menterjemah maklumat dalam sukatan pelajaran kepadapernyataan yang terperinci yang menerangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang guruharapkan pelajar perlu pelajari setelah mengikuti pengajarannya. Harapan guru juga perlu dikongsidengan pelajar, supaya pelajar mengetahui hala tuju pengajaran guru dan jangkaan guruterhadapnya.

    Dalam topik sebelum ini, telah disebutkan bahawa objektif pengajaran adalah salah satudaripada perkara yang perlu ada dalam perancangan pengajaran. Dalam topik ini, kita akanmempelajari tentang objektif pengajaran dan bagaimana guru boleh menulisnya dalamperancangan pengajaran.

    Kita telahpun mempelajari cara merancang pengajaran. Topik ini akan menerangkanbagaimana anda hendak menyampaikan pengetahuan yang telah dirancangkan kepadapelajar.Terdapat pelbagai cara anda boleh menyampaikan pengetahuan berkenaan. Anda bolehmemilih mengikut kesesuaian pengetahuan, pelajar dan kemudahan.

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. menghurai kepentingan objektif pengajaran;

    2. menghuraikan elemen yang perlu ada dalam satu objektif yang lengkap;

    3. mengenal pasti domain-domain dalam objektif pengajaran;

    4. menentukan aras dalam penulisan objektif;

    5. menulis objektif pengajaran dengan betul;

    6. menghurai maksud strategi pengajaran;

    7. menghurai bagaimana menggunakan kaedah pengajaran;

    8. mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pengajaran; dan

    9. menghurai jenis soalan dalam pengajaran.

  • 88 OUM

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6

    PETA MINDA TOPIK

  • OUM 89

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6

    6.1 KEPENTINGAN OBJEKTIF PENGAJARAN

    Apakah itu objektif pengajaran? Objektif pengajaran adalah satu penyataan yang menentukantingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan pelajar setelah mengikuti sesuatupengajaran.

    Umumnya, kepentingan objektif boleh dilihat daripada tiga perspektif. Daripada perspektif pelajar,objektif pengajaran memberi maklumat jangkaan yang diharapkan daripada mereka tentangproses pendidikan. Daripada perspektif guru pula, objektif pengajaran memberikan rangkatindakan untuk proses pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Kepada pentadbirpula, objektif pengajaran berfungsi untuk menyemak sama ada guru telah menjalankan prosespengajaran seperti yang tercatat dalam sukatan pelajaran.

    6.1.1 Mengapakah Objektif Itu Penting?

    Objektif pengajaran penting kerana ia membantu guru:

    merancang pengajaran, supaya lebih terperinci dalam pengajarannya;

    mengenal pasti kaedah yang digunakan untuk mengajar;

    memilih dan mengenal pasti bahan pengajaran seperti sampel sebenar, peralatan amalidan lain-lain lagi;

    menentu tugasan yang sesuai bagi setiap pelajar;

    menentu aktiviti pembelajaran;

    memilih dan/atau membina ujian;

    menentu masa untuk mengumpul data penilaian pelajar ;

    menentu tahap pembelajaran pelajar sama ada mereka telah memperoleh pengetahuandan kemahiran tersebut;

    merancang dengan lebih teliti kerana mereka mengetahui bahawa pencapaian pelajarakan ditunjukkan di akhir pengajaran sesuatu kelas, unit atau kursus; dan

    menentu pencapaian pelajar dan ini merupakan tanggungjawab guru kerana objektifpengajaran mengandungi elemen kriteria.

    6.2 KOMPONEN OBJEKTIF PENGAJARAN

    Objektif ditulis mengikut di mana konteks objektif itu digunakan. Konteks bermaksud objektifditulis untuk keseluruhan program pendidikan, sesuatu kursus atau sesuatu pengajaran.Objektif untuk sesuatu program pendidikan selalunya ditulis dalam bentuk objektif umum.Dalam penilaian program pula, objektif ditulis dalam konteks untuk menerangkan apa yangpenilai itu ingin tahu dalam sesuatu jangka masa tertentu. Umumnya, objektif ditulis untukmenyatakan apakah pencapaian akhir yang akan diperoleh oleh sesuatu program ataukursus atau pengajaran. Untuk topik ini, perbincangan dikhususkan kepada objektifpengajaran.

  • 90 OUM

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6

    Sebagai permulaan, cuba perhatikan objektif di bawah:

    Untuk menunjukkan kepada pelajar bagaimana memasang peralatan perenjis ditapak semaian.

    Objektif di atas ditujukan kepada guru. Di samping itu, ia ditujukan kepada aktiviti pengajaran,bukannya pencapaian pembelajaran yang akan diperoleh oleh pelajar. Objektif di atas tercapaisetelah guru selesai mendemontrasi bagaimana memasang peralatan perenjis, tidak kirasama ada pelajar telah mempelajari ilmu itu atau tidak. Setelah selesai pengajaran,bagaimanakah guru tersebut boleh mengetahui bahawa pelajarnya telah boleh memasangalat perenjis? Apakah bukti yang boleh dilihat bahawa pelajarnya boleh melakukan tingkahlaku memasang? Setakat manakah yang dikatakan pelajarnya telah menguasai kemahiranyang ditunjukkan itu? Di sini kita lihat yang belajar bukannya pelajar tetapi guru! Oleh itucara yang paling baik untuk menulis objektif ialah dengan melihat pencapaian pelajar hasildaripada pengajaran guru.

    6.2.1 Apakah Elemen yang Perlu Ada dalam Satu Objektif Pengajaran yangLengkap?

    Objektif yang baik perlu mengandungi elemen-elemen berikut:

    (a) Tingkah laku atau kebolehan yang pelajar perlu ada di akhir sesuatu pengajaran.Tingkah laku ini hendaklah dalam bentuk perbuatan. Contoh: menganalisis, mengenalpasti, mengukir, membancuh dan lain-lain lagi.

    (b) Situasi, keadaan atau had-had di mana sesuatu tingkah laku akan dilakukan. Bahagianini menerangkan:

    apakah bahan atau peralatan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukantingkah laku berkenaan?Contoh: Dengan peralatan dan bahan yang diberi,

    persekitaran di mana tingkah laku itu ditunjukkan.Contoh: dalam situasi makmal, dalam bengkel di industri

    maklumat yang diberi kepada pelajar yang mengarahkan tingkah laku kepadakedaan tertentu.Contoh: Dengan kajian kes yang diberi

    masa yang dibenarkan untuk melakukan tingkah laku berkenaan.Contoh: Di akhir pengajaran ,

    (c) Kriteria atau piawai yang menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang perludicapai oleh pelajar untuk menunjukkan pencapaian objektif. Bahagian ini sukar ditulis,namun ia memberi maklumat kepada guru tentang bagaimana hendak menilaipencapaian pelajar.

    Contoh kriteria adalah seperti berikut:

    ketepatan;

    menjawab 5 daripada 7 soalan dengan betul; dan

    menyiapkan tugas/kerja dalam masa 5 minit.

  • OUM 91

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6

    Objektif di atas mengandungi ketiga-tiga elemen untuk objektif yang lengkap. Di akhirpengajaran adalah situasi, iaitu melabel sebagai tingkah laku dan dengan tepat sebagaikriteria. Dalam objektif ini guru telah mengajar tajuk bahagian luar katak dan untukmembuktikan kefahaman pelajar tentang tajuk ini, guru mahu pelajar menunjukkan tingkahlaku melabel. Adakah pelajar tersebut setakat hanya boleh melabel sahaja? Dalam objektifini guru mengharapkan pelajarnya boleh melabel dengan tepat.

    Di akhir pengajaran pelajar boleh melabel bahagian luar seekor katak dengan tepat.

    6.2.2 Bagaimana Menulis Objektif?

    Setiap elemen yang dinyatakan di atas perlu ada apabila menulis sesuatu objektif. Contohnya:

    6.3 DOMAIN OBJEKTIF PENGAJARANDalam pembelajaran, terdapat domain-domain pengajaran. Domain pembelajaran digunakanuntuk mengkelaskan pengajaran. Pengkelasan ini membantu guru menyusun pengajaranmereka supaya struktur pengajarannya lebih baik dan pengajarannya lebih jelas. Pencapaianpelajar akan meningkat jika pengajaran guru tersusun dan jelas. Untuk proses pengajarankita akan memberi tumpuan kepada taksonomi Benjamin Bloom. Dalam taksonomi ini, adatiga domain pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1. Sekarang kita lihatsetiap satu Domain Pembelajaran Taksonomi Bloom.

    Cuba kritik objektif di bawah dari segi elemen yang terdapat dalam satu objektifyang lengkap.

    (a) Pelajar boleh menerangkan maksud pensterilan dengan jelas.

    (b) Di akhir perbincangan, pelajar boleh menerangkan faktor yangmempengaruhi aktiviti organisma dengan betul.

    Cuba anda pula menulis objektif.

    Rajah 6.1: Domain pembelajaran Taksonomi Bloom

  • 92 OUM

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6

    (a) Pengetahuan mewakili tahap objektif yang paling rendah. Pengetahuan di tahap iniialah pengetahuan yang telah dipelajari. Keperluan untuk mencapai objektif ini ialahhanya dengan mengingat kembali fakta. Maklumatnya perlu diingat kembali, bermuladaripada yang mudah hingga kepada teori yang kompleks, tetapi semuanya memerlukanproses mengingat maklumat.

    Contoh tingkah laku:

    mendefinisi;

    menamakan;

    menyenaraikan; dan

    mengenal pasti.

    (b) Kefahaman adalah satu peringkat selepas tahap mengingat maklumat. Peringkat iniadalah peringkat yang menunjukkan kebolehan memberi interpretasi, menterjemah danmenerangkan dengan perkataan sendiri. Pada tahap ini pelajar boleh menggunakanmaklumat tersebut, tetapi tidak boleh menghubungkaitkannya dengan maklumat lain.

    Contoh tingkah laku:

    menyatakan semula;

    mengenal;

    melapor;

    menerang;

    mengulas;

    mentafsir; dan

    merumus.

    6.3.1 Domain Kognitif

    Domain kognitif adalah domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan sepertiprinsip, fakta, teori dan konsep. Ada enam peringkat pembelajaran kognitif yang disusunmengikut hierarki (Bloom, 1956):

    Rajah 6.2: Peringkat pembelajaran domain kognitif

  • OUM 93

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6

    (c) Aplikasi adalah kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi yang khusus ataukonkrit. Di peringkat ini, pelajar boleh menggunakan maklumat seperti prinsip, teori dankonsep kepada situasi baru dan dalam situasi yang berlainan. Di peringkat ini, pelajartelah mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang pengetahuan berkenaan.

    Contoh tingkah laku:

    menyusun;

    mengguna;

    menunjuk;

    mengira;

    mempraktik;

    menjangka;

    menterjemah; dan

    mengilustrasi.

    (d) Analisis adalah peringkat yang memerlukan lebih daripada pengetahuan, kefahamandan aplikasi. Analisis ialah kebolehan memecahkan perkara yang telah dipelajari kepadabahagian-bahagian tertentu sehingga kefahaman hubungan struktur organisasidiperolehi. Kebolehan yang diperlukan ialah pelajar mengenal pasti bahagian-bahagian,menjelaskan hubungan antara bahagian, dan mengenal keseluruhan organsisasi sistemyang dibahagi-bahagikan tadi.

    Contoh tingkah laku: menganalis; membanding; mengkaji; mengkategori; mengkelas; memeriksa; dan membeza.

    (e) Sintesis adalah peringkat yang menunjukkan kebolehan mengintegrasikan bahagian-bahagian kecil kepada satu bahagian besar yang baru. Kebolehan ini memerlukanpelajar menganalis elemen-elemen dalam sesuatu maklumat dan melihat hubung kaitantara elemen tersebut serta kebolehan mengenal dan mengesan susunan sistematikdan struktur yang eksplisit atau implisit yang menggabungkan sesuatu.

    Contoh tingkah laku: menggubah; menghasilkan; mereka bentuk; mengaitkan; menyusun; membina; mencadang;

  • 94 OUM

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6

    6.3.2 Domain Psikomotor

    Domain psikomotor pula mengintegrasi kemahiran intelektual dan fizikal untuk pembelajaran.Pembelajaran dalam domain ini adalah pembelajaran tentang pergerakan fizikal sepertimenggergaji, menjahit dan lain-lain. Pelajar yang telah menguasai pembelajaran domainpsikomotor akan menunjukkan kemahiran melakukan aktiviti fizikal berkenaan ataumenghasilkan sesuatu produk. Objektif domain psikomotor selalunya:

    menjangka; dan memodifikasi.

    (f) Penilaian merupakan tahap hasil pembelajaran yang paling tinggi dalam heirarki domainkognitif. Ia meliputi semua tahap dan ditambah dengan kebolehan membuat keputusandan penghakiman berdasarkan rasional dan kriteria tertentu.

    Contoh tingkah laku: menghakim; mentaksir; memilih; mengesah; menilai; mengkritik; menganggar; dan

    merumus.

    Antara contoh-contoh objektif domain kognitif adalah:

    (i) Di akhir perbincangan pelajar dapat menerangkan proses pengangkutan denganjelas.

    (ii) Berdasarkan gambar rajah yang diberi, pelajar dapat membezakan sel haiwan dansel tumbuhan dengan tepat.

    (iii) Dalam kelas amali, pelajar dapat menggunakan mikroskop untuk mengkaji sel pipidan sel bebawang dengan betul.

    Latihan 6.1

    Cuba anda menulis objektif dalam domain kognitif.

  • OUM 95

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6

    mengikuti sesuatu turutan prosedur;

    melakukan setiap prosedur kepada sesuatu paras kompeten; dan/atau

    membentuk produk akhir atau keputusan yang memenuhi kriteria tertentu.

    Ketiga-tiga objektif ini boleh dinilai melalui pemerhatian/cerapan. Objektif ini dapat dilihatdengan penggunaan kata kerja yang menunjukkan kemahiran yang spesifik. Tidak sepertidomain kognitif dan afektif, domain psikomotor mempunyai pelbagai bentuk pembahagianperingkat-peringkatnya. Untuk modul ini, penulis menggunakan peringkat yang dicadangkanoleh Simpson (1972). Beliau mencadangkan pembelajaran domain psikomotor melibatkantujuh peringkat. Peringkat ini juga disusun mengikut hierarki.

    (a) Persepsi adalah peringkat di mana pelajar mengenal pasti kiu yang signifikan danmengaitkan kiu dengan tingkah laku.

    Contoh tingkah laku:

    mengesan;

    mendengar;

    mengenal;

    melihat;

    memerhati; dan

    merasa.

    (b) Sedia adalah peringkat di mana pelajar mempamer kesediaan mental dan fizikal untukmelakukan sesuatu tingkah laku.

    Rajah 6.3: Peringkat pembelajaran domain psikomotor

  • 96 OUM

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6

    Contoh tingkah laku:

    merespons;

    meletakkan tangan dan badan;

    mempamerkan; dan

    menunjukkan.

    (c) Respons terbimbing adalah peringkat di mana pelajar meniru respon, melakukan dibawah bimbingan atau sesuatu model.

    Contoh tingkah laku:

    membina;

    memasang;

    mempraktik; melakukan di bawah bimbingan; meniru; dan mencuba.

    (d) Mekanisme adalah peringkat di mana pelajar melakukan sesuatu tugas yang sudahmenjadi kebiasaan dengan satu tahap keyakinan dan kecekapan. Tingkah laku hampirsama dengan peringkat respons terbimbing.

    Contoh tingkah laku: melengkapkan dengan yakin; menunjukkan memanipulasi; memasang; meningkatkan kecekapan; dan menjalankan.

    (e) Respons Kompleks Overts adalah peringkat di mana pelajar melakukan tingkah lakudengan kompeten dan cekap. Tingkah laku hampir sama dengan peringkat responsterbimbing.

    Contoh tingkah laku: melakukan dengan automatik; mengawal tangan dan badan; mempamerkan; dan menunjukkan.

    (f) Adaptasi adalah peringkat di mana pelajar menggunakan kemahiran yang telah dipelajariuntuk melakukan tugas yang baru tetapi berkaitan, menyesuaikan kemahiran kepadasituasi.

    Contoh tingkah laku: menyesuai; membentuk; menggubah; mengadaptasi;

  • OUM 97

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6

    6.3.3 Domain Afektif

    Pembelajaran bukan hanya mempelajari pengetahuan seperti fakta, konsep dan prosedur,tetapi pembelajaran juga bertujuan untuk membentuk sikap, kepercayaan atau nilai terhadappengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Cuba anda ingat kembali Falsafah PendidikanNegara. Salah satu penekanan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah pembentukan aspekkerohanian dan emosi. Oleh itu, domain afektif adalah domain pembelajaran yang bertujuanuntuk membentuk individu ke arah ini.

    Domain afektif adalah berkaitan perasaan, emosi minat, sikap, kepercayaan atau nilai danlain-lain yang berkaitan. Guru hari ini semakin prihatin tentang pembentukan aspek ini dikalangan pelajar mereka. Sebagai contoh, hari ini semakin ramai pelajar sekolah yang tidakbegitu berminat untuk mengikuti bidang sains dan matematik. Mereka mengatakan bidangini susah. Ada juga pelajar yang mengikuti bidang sains, tetapi menukar kepada bidang lainkemudiannya.

    Untuk mengubah perasaan, minat, sikap, kepercayaaan atau nilai, guru perlu merancangnyadalam perancangan pengajaran. Sebagai permulaan, guru perlu mengetahui danberkemahiran menulis objektif untuk domain afektif. Menulis objektif ini selalunya lebih sukardaripada menulis objektif dalam domain kognitif dan psikomotor. Guru perlu memikirkandengan mendalam bagaimana hendak membentuk kriteria untuk domain ini.

    Sebagai contoh, cuba guru fikirkan tentang masalah yang disebutkan di atas tentang minatpelajar terhadap sains dan matematik. Bagaimanakah guru boleh mengenal pasti pelajar

    meminda; dan

    menyusun semula.

    (g) Permulaan adalah peringkat di mana pelajar mencipta perlakuan baru selepasmembentuk kemahiran-kemahiran; mereka pola baru untuk situasi yang spesifik.

    Contoh tingkah laku: mereka bentuk; merumus;

    membina;

    membentuk; dan

    menggubah.

    Contoh objektif domain psikomotor:

    (i) Di akhir pengajaran, pelajar dapat menggunakan peralatan makmal dengan cekap.

    (ii) Di akhir demonstrasi, pelajar dapat membuat cantuman baju dengan betul.

    (iii) Di akhir kelas amali, pelajar dapat mengadaptasikan pola pakaian dengan tepat.

    Latihan 6.2

    Cuba anda menulis objektif dalam domain psikomotor.

  • 98 OUM

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6

    yang mempunyai sikap yang positif terhadap mata pelajaran sains dan matematik setelahmengikuti pengajaran tentang kedua-dua mata pelajaran ini?

    Domain afektif juga mempunyai beberapa peringkat (Krathwohl, Bloom & Masia, 1964).Peringkat ini berbentuk hierarki seperti berikut:

    (a) Menerima adalah peringkat di mana pelajar menyedari dan memberi perhatian secarapasif tentang sesuatu rangsangan dan fenomena. Ini merupakan tahap yang palingbawah dalam domain afektif. Apabila pelajar memberi perhatian atau mendengar tentangpengajaran guru, pelajar tersebut mungkin berada di tahap ini. Ada tiga tahappenerimaan, iaitu kesedaran, kesanggupan menerima maklumat dan perhatian yangterpilih.

    Contoh tingkah laku:

    menyoal;

    memilih;

    mengenal pasti;

    mendengar; dan

    memberitahu.

    (b) Merespons bermakna pelajar melakukan sesuatu dengan rangsangan dan fenomenayang dipilih. Pembelajaran akan menghasilkan tiga tahap respons iaitu:

    (i) PersetujuanPelajar membuat apa yang diarahkan atau yang dikehendaki.

    (ii) KesanggupanPelajar melakukan apa yang diarahkan dan lebih daripada itu.

    (iii) KepuasanPelajar mempelajari sesuatu kerana mereka suka dan minat.

    Contoh tingkah laku:

    menjawab;

    membantu;

    melengkap;

    Rajah 6.4: Peringkat pembelajaran domain afektif

  • OUM 99

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6

    melapor;

    memerhati; dan

    mendeklamasi.

    (c) Menghargai adalah peringkat di mana pelajar menunjukkan tingkah laku yang tekalterhadap sesuatu tanpa dipaksa. Peringkat ini juga terdapat tiga tahap iaitu:

    (i) persetujuan sesuatu nilai;

    (ii) mengutamakan atau lebih suka kepada sesuatu nilai; dan

    (iii) komitmen.

    Contoh tingkah laku:

    menerima;

    mendebat;

    melengkap;

    menerang;

    mencadang;

    melapor; dan

    mengkaji.

    (d) Mengorganisasi adalah peringkat di mana pelajar mengorganisasikan nilai kepada satusistem. Penekanan dilihat kepada membanding, mengait dan mensintesis antara nilai.Pada peringkat ini, pelajar komited untuk membentuk nilai yang dipamerkan sebagaitingkah laku. Pelajar mengkonsepsikan sesuatu nilai dan mengorganisasikannya kepadasesuatu sistem nilai.

    Contoh tingkah laku:

    berpegang teguh kepada sesuatu aktiviti;

    mengubah;

    mensintesis;

    menyusun;

    mengintegrasi;

    mendebat; dan

    mempertahan.

    (e) Mewatak bermakna keseluruhan tingkah laku tekal dengan nilai yang tersirat. Padaperingkat ini, pelajar menunjukkan tingkah laku yang selari dengan nilai yang telah sebatidengan dirinya.

    Contoh tingkah laku:

    bertindak;

    mengesah;

    mempamer;

  • 100 OUM

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6

    mempengaruhi;

    menyelesai;

    mempraktik; dan

    menyoal.

    Contoh objektif domain afektif:

    (i) Di sepanjang perbincangan dalam kelas, pelajar sanggup melibatkan diri denganmenjawab soalan secara suka rela.

    (ii) Di akhir kelas, pelajar akan menunjukkan minat terhadap sains dengan menunjukkaninisiatif untuk mencari bacaan lanjutan dalam Internet.

    (iii) Sepanjang kelas amali, pelajar menunjukkan sikap kerjasama dengan membantuahli dalam kumpulan untuk menyiapkan projek.

    Untuk memastikan anda memahami apa yang telah dipelajari, jawab soalan berikut. Selamatmencuba!

    Latihan 6.3

    Cuba anda menulis objektif dalam domain afektif.

    6.4 STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

    Konsep dan penggunaan istilah strategi dan kaedah pengajaran adalah pelbagai dan kadang-kadang mengelirukan. Para pendidik menggunakan istilah yang berbeza-beza.

    Strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan membuatkeputusan bagaimana menyampaikannya (Dick & Carey, 1996). Guru akan memikirkankeseluruhan proses pengajaran beliau. Kaedah pengajaran pula adalah cara menyampaikanmaklumat atau menjalankan aktiviti pengajaran, contohnya kuliah, perbincangan, mainperanan, simulasi dan lain-lain. Teknik pengajaran pula ialah kemahiran spesifik dalampengajaran seperti set induksi, peneguhan, kawalan suara, penggunaan papan hitam danlain-lain lagi. Teknik mengajar merujuk kepada satu kemahiran mengajar, manakala strategimengajar mewakili satu pendekatan yang kompleks dalam pengajaran dan selalunyamengandungi beberapa kaedah pengajaran yang menggunakan pelbagai teknik pengajaran.

    Contohnya, seorang guru hendak mengajar bagaimana untuk memperoleh pengetahuandan kemahiran bagi memandu traktor. Guru akan menetapkan objektif pengajaran peringkatkognitif, psikomotor dan afektif. Apakah strategi pengajaran guru tersebut? Guru ini akan

    Jika anda mahu mengetahui lebih mendalam tentang Domain ObjektifPengajaran, sila rujuk laman-laman web berikut:http://faculty.washington.edu/~krumme/guides/bloom.htmlhttp://www.tedi.uq.edu.au/Assess/Assessment/bloomtax.html

  • OUM 101

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6

    melihat pelbagai aspek, iaitu cara untuk memotivasikan pelajar untuk mempelajari pengetahuandan kemahiran memandu traktor. Untuk mengetahui ini, beliau akan meneliti pengetahuansedia ada pelajar dan latar belakang pelajar.

    Apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk memastikan objektif dalam domainpembelajaran tercapai? Anda mungkin menggunakan kaedah kuliah dan perbincangan untukmengajar perkara yang melibatkan fakta. Bagaimana pula dengan domain psikomotor? Andaakan menggunakan kaedah demonstrasi. Apa pula media dan bahan bantu mengajar yangdiperlukan? Mungkin carta atau maklumat dalam bentuk power point? Bagaimana dengankelas amali? Berapa kalikah pelajar dibenarkan mempraktik kemahiran sebelum anda menilaikemahiran psikomotor mereka? Bagaimanakah anda hendak memotivasikan pelajar supayaterus mempraktikkan kemahiran sehingga mereka mahir dan boleh dinilai? Bagaimanakahanda akan menilai pengetahuan dan kemahiran pelajar tersebut? Di sini anda boleh lihatbahawa strategi pengajaran melibatkan keseluruhan pengajaran.

    6.5 KAEDAH PENGAJARAN

    Ada banyak kaedah pengajaran yang boleh anda gunakan. Dalam modul ini akan diterangkankaedah kuliah, perbincangan, demonstrasi, sumbangsaran, main peranan, lawatan luar daninkuiri.

    6.5.1 Kuliah

    Bagaimanakah anda boleh menggunakan kuliah sebaik mungkin? Kaedah ini tidak sesuaidigunakan sepanjang waktu pengajaran kerana pelajar akan menjadi bosan dan tidak dapatmenumpukan perhatian. Waktu pengajaran yang menggunakan kaedah ini biarlah pendek.Selain itu, pastikan pelajar mengetahui cara mengambil nota. Penggunaan kaedah inimemerlukan perancangan. Apakah yang perlu diambil kira oleh anda semasa merancang?

    (a) Pengenalan kepada kuliah untuk menarik minat pelajar.

    (b) Nyatakan ulasan keseluruhan atau rangka isi kandungan kuliah. Ini boleh dinyatakansecara lisan atau ditulis di atas transparensi atau papan hitam.

    (c) Nyatakan kepada pelajar bagaimana maklumat yang diberikan dalam kuliah ini dapatdigunakan. Contoh maklumat ini akan digunakan sebagai asas semasa kelasperbincangan atau membuat rujukan untuk tugasan.

    (d) Beri definisi kepada terminologi yang pelajar tidak pernah dengar.

    (e) Pastikan masa kuliah fleksibel dengan maklumat yang akan dikuliahkan untuk memberipeluang soalan atau komen daripada pelajar.

    (f) Kenal pasti perkara penting yang akan dikuliahkan dan kemudian, kembangkan perkarapenting ini semasa kuliah supaya pelajar akan lebih jelas dengan apa yang dikuliahkan.

    Berdasarkan kefahaman anda, apakah kaedah pengajaran yangberkesan dan mengapa?

  • 102 OUM

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6

    (g) Susun maklumat yang hendak dikuliahkan mengikut susunan yang logik, iaitu sama adasecara topikal, masalah-penyelesaian, sebab-kesan, urutan masa, perbandingan danlain-lain lagi.

    (h) Sediakan contoh-contoh untuk menjelaskan idea utama.

    (i) Guna alat bantu mengajar, jika ia boleh memberi kesan yang baik kepada kuliah yangdiberikan.

    (j) Elakkan bercakap tanpa henti lebih daripada 15 minit dalam sesuatu masa. Tukar formatpengajaran anda. Kajian menunjukan tumpuan seseorang kepada sesuatu adalah lebihkurang 10-15 minit. Selepas 15 minit, pelajar mula tidak memberi perhatian; walaupunsesetengah mungkin akan terus mengambil nota, mereka tidak lagi memproses maklumatyang diterima.

    (k) Perhatikan komunikasi tanpa bahasa yang ditunjukkan oleh pelajar untuk menentukankefahaman mereka terhadap kuliah. Suara perlu ada intonasi untuk menunjukkankepentingan maklumat.

    (l) Libatkan pelajar dalam kuliah dengan menyoal atau berinteraksi dengan mereka untukmelibatkan komunikasi dua hala. Cara ini akan menyebabkan pelajar aktif di sepanjangpengajaran.

    (m) Buat kesimpulan di akhir kuliah.

    6.5.2 Perbincangan

    Untuk mendapatkan pengajaran yang baik, pembentukan kemahiran kaedah perbincanganmemakan masa, praktis dan maklum balas. Sesetengah orang mempunyai kebolehan semulajadi, tetapi kebanyakan orang perlu mempelajarinya sebelum mahir.

    Apakah panduan yang anda boleh ikuti untuk memastikan kaedah perbincangannyadilaksanakan dengan berjaya?

    (a) Kenali pelajar anda - perbincangan yang berkesan mengetahui kemahiran yang dipunyaioleh pelajar. Tentukan pelajar yang mana akan dipanggil bercakap untuk memastikanperbincangan berjalan seperti yang dirancangkan.

    (b) Perlu ada perancangan - perancangan perlu untuk memastikan perbincangan dibawakepada halatuju yang dikehendaki. Guru yang berkesan ialah guru yang mengetahuibagaimana menyesuaikan objektif pengajaran dengan perbincangan yang sedangberjalan. Tanpa perancangan, sukar untuk guru membuat keputusan.

    (c) Kenal antara satu dengan lain - bukan guru sahaja perlu mengenali pelajar, pelajar jugaperlu mengenali antara satu dengan lain, supaya berasa selesa apabila bercakap dihadapan rakan sebaya mereka.

    (d) Hargai semua soalan dan komen - adalah penting untuk kita membuat sesuatupenghakiman tentang respons pelajar supaya mereka tidak berasa malu apabilamenanya soalan.

    (e) Integrasikan respons pelajar dalam perbincangan - pelajar akan lebih berasa bebasuntuk melibatkan diri apabila mereka merasai idea dan perhatian mereka dapat memberisumbangan kepada perbincangan.

    (f) Mulakan dengan soalan terbuka - soalan terbuka boleh menggalakkan perbincangan.Sebagai contoh Apa pendapat anda tentang pencemaran air sungai di negara kita?

  • OUM 103

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6

    atau Apakah masalah yang kita hadapi dengan sungai di negara kita? Soalan ini memintapendapat pelajar dan menggalakkan pelbagai jawapan.

    (g) Tanya soalan yang boleh memberi pelbagai jawapan - cara ini boleh menggalakkanpenglibatan pelajar dalam perbincangan kerana pelajar kurang berasa takut jika jawapanmereka kurang tepat. Sebagai contoh, Mengapakah bidang pengeluaran pertanian dinegara ini masih dilakukan oleh orang tua? atau Apakah cara untuk menarik minatbelia dalam bidang pertanian?. Soalan ini memaksa pelajar mengintegrasikan maklumatyang mereka telah baca dan membuat satu kesimpulan untuk menyokong fakta tersebut.Ini boleh menggalakkan pemikiran kritikal.

    (h) Elakkan pelajar daripada hanya memberi maklumat - guru perlu mengelakkan soalanyang hanya memerlukan pelajar memberi maklumat. Ini kerana ia tidak menggalakkanpemahaman yang sebenar mengenai sesuatu pengetahuan. Bina soalan peringkat tinggiuntuk menggalakkan pelajar berfikir.

    (i) Setiap jenis soalan ada fungsinya - penyoalan adalah kemahiran yang sangat pentingdalam kaedah perbincangan. Guru perlu mengetahui tujuan dan fungsi soalan. Gurujuga perlu mengetahui teknik menyoal. Sebagai contoh, Ada sesiapa yang tahubagaimana fotosintesis berbeza? atau Adakah setiap anda tahu tentang prosestranspirasi?. Soalan begini mungkin tidak banyak mendapat respons daripada pelajar.Jika soalan itu hendak mendapatkan penglibatan pelajar, soalan ini lebih sesuai, Bolehsesiapa tolong rumuskan apakah perbezaan antara fotosintesis dan transpirasi? atauBoleh sesiapa tolong terangkan kepada saya apa dia fotosintesis?

    (j) Pastikan setiap orang mempunyai peluang melibatkan diri - setiap soalan yangdikemukakan kepada pelajar, mestilah diikuti dengan masa menunggu sekejap, dantidak semestinya pelajar yang mengangkat tangan mesti diberi peluang memberijawapan. Sekali-sekala, anda boleh menyuruh pelajar menulis jawapan yang diberikansupaya mereka dapat memikirkannya sebelum bercakap.

    (k) Susun, rumus dan sintesis, - sekali-sekala, guru membuat rumusan tentang perbincanganuntuk memastikan ia tidak meyimpang daripada tajuk. Buat hubungan antara tajuk atausub-tajuk di papan hitam. Dengan lain perkataan, dari semasa ke semasa, ingatkanpelajar tentang matlamat anda dan respons mereka. Di akhir kelas, rumusan fakta ataucara penyelesaian yang diperoleh hendaklah dihubungkan dengan soalan asal yangdikemukakan di permulaan kelas.

    Latihan 6.4

    Bandingkan kaedah pengajaran secara kuliah dengan perbincangan.

    6.5.3 Demonstrasi

    Demonstrasi adalah kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu kepada pelajaratau sekelompok pelajar. Jika pembelajaran itu bertujuan untuk membentuk psikomotordomain, demonstrasi guru tadi perlu diikuti dengan memberi peluang kepada pelajarmempraktikkan apa yang ditunjukkan oleh guru.

  • 104 OUM

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6

    Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan semasa merancang demonstrasi.

    (a) Kenal pasti konsep atau prinsip atau kemahiran yang hendak diajar. Tulis langkah-langkahkeseluruhan demontrasi tersebut.

    (b) Jika konsep atau prinsip atau kemahiran yang ada cuba ajar itu kompleks, bahagikankepada beberapa konsep atau prinsip atau kemahiran.

    (c) Pastikan supaya setiap pelajar terlibat di dalam aktiviti yang dirancangkan.

    (d) Kumpulkan bahan dan peralatan yang diperlukan.

    (e) Cuba demonstrasi tersebut sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bermula.

    (f) Sediakan soalan yang akan guru tanya semasa demonstrasi. Bahagian ini pentingterutamanya jika guru membuat demonstrasi secara induktif.

    (g) Fikirkan bagaimana guru akan menggunakan alat bantu mengajar semasa demonstrasi.

    (h) Tentukan bagaimana guru akan menilai pemahaman demonstrasi. Penilaian boleh dibuatsecara bertulis, lisan, atau pemerhatian. Jika ianya dalam bentuk kemahiran, guru perlumelihat setakat mana pelajar telah mahir melakukan kemahiran yang ditunjukkan.

    (i) Fikirkan faktor masa demonstrasi itu akan berlaku. Jika demontrasi melibatkankemahiran, pastikan guru menetapkan masa untuk pelajar mempraktikkan kemahiranyang ditunjukkan.

    Menjalankan Demontrasi

    Apabila menjalankan demonstrasi, ada beberapa panduan yang perlu diikuti.

    (a) Pastikan demonstrasi itu dapat dilihat oleh semua pelajar.

    (b) Timbulkan minat pelajar tehadap demonstrasi tersebut di peringkat awal demonstrasisupaya mereka dapat memberikan tumpuan sepanjang pengajaran guru. Salah satucara ialah dengan menunjukkan objek atau sampel yang telah siap, atau peralatan yangtelah siap dipasang atau peralatan yang berkaitan dengan demonstrasi. Ini akanmenimbulkan rasa ingin tahu pelajar. Guru boleh juga mengaitkan demonstrasi denganpengetahuan yang berkaitan yang telah dipelajari.

    (c) Terangkan langkah atau prosedur satu persatu. Guru perlu mengelakkan daripadamengambil jalan singkat dalam menerangkan langkah-langkah. Ulang langkah atauprosedur yang sukar.

    (d) Buat ulasan keseluruhan.

    (e) Beri peluang pelajar mencubanya - masa mesti diberikan untuk pelajar praktis danpengalaman diperlukan untuk membentuk kemahiran. Seseorang tidak akan jadi mahirtanpa praktis.

  • OUM 105

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6

    6.5.4 Sumbangsaran

    Sumbangsaran adalah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan banyak idea daripadapelajar dan kemudian menentukan idea yang mana paling sesuai untuk digunakan dalammenyelesaikan sesuatu masalah.

    Apakah langkah yang perlu diambil kira?

    (a) Definisikan masalah yang hendak dibincangkan. Pastikan masalah itu jelas dan difahamioleh pelajar. Tulis masalah di papan tulis dengan jelas.

    (b) Beri masa untuk membolehkan pelajar memberi idea. Lagi besar kumpulan, lebih banyakmasa yang diperlukan kerana peluang perlu diberi kepada sebanyak mungkin pelajar.

    (c) Setiap pelajar digalakkan memberi idea untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan.Tidak sesiapa dibenarkan mengkritik atau mentertawa idea yang diberikan oleh rakanmereka. Ini adalah untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam memberi idea. Ideayang kurang baik mungkin merupakan salah satu cara menyelesaikan masalah atauboleh dikembangkan dan membawa kepada idea yang lebih baik.

    (d) Setelah selesai, anda dan pelajar anda memberikan idea-idea, pilih idea yangdikehendaki dan pastikan semua yang terlibat setuju dengan idea yang dipilih.

    (e) Kemudian pilih idea yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

    6.5.5 Main Peranan

    Main peranan melibatkan interaksi manusia dan melibatkan perlakuan yang diimaginasikan.Lakonan dilakukan secara spontan, tanpa skrip. Selalunya main peranan sangat rapat dengansituasi sebenar dalam kehidupan seharian.

    Bagaimanakah kaedah ini boleh digunakan?(a) Nyatakan objektif pembelajaran.(b) Bincangkan peranan yang akan dimainkan termasuk, hubungan antara peranan.(c) Terangkan situasi dan latar belakang.(d) Lakonkan peranan.(e) Buat perbincangan.

    Latihan 6.5

    Apakah perbezaan yang terdapat antara kaedah pengajaran demonstrasidan sumbangsaran.

    6.5.6 Lawatan Luar

    Lawatan membawa maksud membawa sekumpulan pelajar ke tempat tertentu dengan tujuantertentu. Tujuan lawatan ialah untuk melihat sesuatu situasi atau sesuatu yang berlaku atausesuatu amalan yang tidak boleh dibawa ke dalam bilik darjah. Lawatan luar yang baik bolehmemberikan pelajar pengalaman untuk aktiviti kelas yang lain.

  • 106 OUM

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6

    Apakah yang perlu guru lakukan?

    (a) Kebenaran daripada pihak pentadbir.(b) Kebenaran daripada ibu bapa pelajar.(c) Penggunaan pengangkutan.(d) Disiplin pelajar semasa lawatan.(e) Nyatakan tujuan lawatan.(f) Buat susunan dengan tuan rumah.(g) Rancang lawatan supaya ianya berlaku yang sesuai dengan waktu pengajaran.(h) Sediakan pelajar untuk lawatan.(i) Tempah pengangkutan.(j) Ucap terima kasih kepada tuan rumah.(k) Rumus dan nilai lawatan.

    6.5.7 Inkuiri

    Kaedah seterusnya ialah inkuiri. Inkuiri merupakan kaedah saintifik yang digunakan dalampengajaran sains yang merujuk kepada proses penyoalan, mencari pengetahuan danmaklumat, atau mengkaji sebab sesuatu fenomena itu berlaku. Kaedah ini memberi tumpuankepada penyelesaian masalah. Ia dikatakan kaedah saintifik, kerana ia merujuk kepada aktivitidi mana pelajar membentuk pengetahuan dan pemahaman sebagaimana ahli sains mengkajifenomena yang berlaku.

    Apakah elemen yang terdapat dalam kaedah inkuiri?

    (a) Masalah merupakan asas kepada kaedah ini. Seboleh-bolehnya, masalah sepatutnyabenar berlaku, bermakna dan boleh dikaji. Masalah yang diperoleh daripada kelasadalah lebih baik.

    (b) Latar belakang maklumat maklumat yang berkaitan supaya pelajar memahamimasalah yang hendak dikaji. Ini boleh dibuat dengan perbincangan ringkas, ataumembaca bahan yang berkaitan, percubaan awal untuk memberi pemahaman umumkepada semua kelas.

    (c) Bahan peruntukan mesti diberi untuk bahan yang akan digunakan, peluang untukkerja individu dan peluang untuk pelajar memilih bahan-bahan untuk menyelesaikanmasalah.

    (d) Soalan memandu terdiri daripada soalan yang dijangkakan yang akan ditanya olehguru untuk mengarahkan proses pemikiran pelajar. Sediakan rangka dan juga ruanguntuk mendapatkan input daripada pelajar.

    (e) Hipotesis dibentuk hasil daripada perbincangan dan soalan memandu.(f) Memungut data dan analisis jalankan eksperimen. Beri penekanan kepada cara

    mengumpul data dan pendekatan yang sistematik dalam menyelesaikan masalah.

    (g) Kesimpulan buat kesimpulan dan generalisasi berdasarkan eksperimen tadi.

  • OUM 107

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6

    6.6 PENYOALAN

    Penyoalan adalah satu aspek penting dalam pengajaran dan ianya terlibat dalam semuakaedah pengajaran. Anda perlu berkemahiran dalam penyoalan. Menyoal merupakan carayang paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran dan pembelajaran.

    Ada pelbagai jenis soalan dan setiap soalan akan memberikan respons yang berlainan. Soalanboleh dibahagikan kepada beberapa tahap. Dalam modul ini, kami memilih penyoalanberdasarkan taksonomi Bloom. Terdapat enam tahap dalam taksonomi Bloom, dan soalanpada setiap tahap memerlukan pelajar menjawab dengan menggunakan tahap prosespemikiran yang berlainan. Anda perlu berupaya membina soalan pada setiap tahap supayadapat menggalakkan pelajar terlibat dalam pelbagai proses kognitif. Sebelum guru membinasoalan pada setiap tahap, mereka perlu memahami keenam-enam kategori.

    6.6.1 Pengetahuan

    Pengetahuan memerlukan pelajar mengenal pasti atau mengingat kembali maklumat. Pelajartidak dikehendaki memanipulasi maklumat, tetapi hanya mengingatinya sahaja. Untukmenjawab soalan ini, pelajar mesti mengingat kembali fakta, memerhati dan mendefinisi apayang telah dipelajari.

    Contoh:1. Definisikan fotosintesis.2. Bilakah pokok getah mula ditanam di Malaysia?

    6.6.2 Pemahaman

    Peringkat pemahaman memerlukan pelajar menunjukkan bahawa mereka telah mempunyaipengetahuan yang mencukupi untuk menyusun maklumat secara mental. Pelajar perlu memilihfakta yang penting untuk menjawab soalan. Bagi pemahaman, pelajar perlu pergi lebih jauhdaripada hanya setakat mengingat kembali. Pelajar perlu menunjukkan mereka memahamiapa yang telah dipelajari dan boleh menyatakannya dengan perkataan sendiri atau membuatperbandingan. Selalunya, soalan pemahaman memerlukan pelajar menterjemah ataumentafsir bahan pembelajaran yang ditunjukkan dalam bentuk carta, graf, jadual dan kartun.Perlu diingat bahawa pelajar perlu ada maklumat yang berkaitan sebelum mereka bolehmenjawab soalan peringkat pemahaman.

    Contoh:1. Terangkan apa yang anda lihat semasa lawatan kita di Pameran Sains.2. Apakah idea utama yang anda boleh dapati daripada sajak itu?3. Bagaimanakah fotosintesis berbeza daripada transpirasi?

    6.6.3 Aplikasi

    Soalan tahap ini mengkehendaki pelajar mengaplikasikan maklumat yang telah dipelajari.Soalan aplikasi memerlukan pelajar menggunakan peraturan atau proses untukmenyelesaikan masalah. Selalunya hanya satu jawapan yang betul dikehendaki.

  • 108 OUM

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6

    Contoh:1. Dengan menggunakan kaedah saintifik, selesaikan masalah ini.2. Klasifikasikan spesimen haiwan yang diberikan kepada serangga dan bukan serangga.

    6.6.4 Analisis

    Soalan peringkat ini adalah soalan peringkat tinggi dan memerlukan pelajar memikirkan dengankritikal dan mendalam. Untuk menjawab soalan peringkat ini, pelajar perlu mengenal pastisebab sesuatu perkara itu berlaku, menganalisis maklumat untuk membuat sesuatukesimpulan, inferens dan generalisasi berdasarkan maklumat tersebut. Selain itu, pelajarmenganalisis kesimpulan, inferens atau generalisasi untuk mendapatkan bukti bagimenyokong atau menyangkal hipotesis.

    Contoh:

    1. Apakah kesannya kepada pengeluaran hasil makanan, jika keadaan berjerebuberterusan?

    2. Bagaimanakah keadaan ekonomi negara maju boleh mempengaruhi keadaan ekonominegara ini?

    6.6.5 Sintesis

    Sintesis juga merupakan soalan peringkat tinggi. Pelajar dikehendaki menghasilkan pemikirankreatif dan asli. Pelajar perlu membuat jangkaan atau menyelesaikan masalah ataumenghasilkan satu komunikasi yang asli. Soalan sintesis tidak semestinya memberikan hanyasatu jawapan betul. Jawapannya boleh terdiri daripada pelbagai jawapan atau pelbagai carauntuk menyelesaikan masalah. Soalan sintesis memerlukan pemahaman yang terperincitentang sesuatu subjek. Pelajar tidak boleh hanya meneka untuk menjawab soalan sintesis.

    Contoh:

    1. Bagaimanakah kita boleh dapatkan sumber kewangan untuk membuat projek ini?

    2. Apakah yang anda jangka jika bilangan pelajar yang mengikuti aliran sains berkurangan?

    6.6.6 Penilaian

    Soalan peringkat penilaian ialah soalan tahap yang paling tinggi. Ianya juga seperti soalanperingkat sintesis dan analisis yang merupakan soalan peringkat tinggi. Soalan penilaiantidak mempunyai satu jawapan betul. Ia memerlukan pelajar membuat penghakiman sesuatuidea, penyelesaian kepada sesuatu masalah atau penilaian kepada sesuatu kerja estetik.Ianya juga memerlukan pelajar memberikan pendapat tentang sesuatu isu dan membuatpenghakiman. Untuk melakukannya, pelajar perlu mempunyai kriteria.

    Contoh:

    1. Bagaimana pandangan anda tentang disiplin bioteknologi membantu manusiamenghasilkan makan dengan efisien?

  • OUM 109

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARANTOPIK 6

    2. Bincangkan bagaimana bidang kejuruteraan genetik boleh membantu dan merosakkankesejahteraan kehidupan di dunia.

    Untuk membantu anda memahami topik ini, jawab soalan berikut.

    Latihan 6.6

    Cuba bina soalan-soalan untuk setiap tahap. Kemudian, perhatikansoalan tahap mana yang mudah dan sukar dibina?

    6.7 PEMILIHAN KAEDAH MENGAJAR

    Setelah mempelajari semua pendekatan pengajaran, berikut adalah beberapa panduan untukmemilih kaedah yang sesuai untuk memenuhi objektif yang tertentu.

    Sesuatu kaedah itu sesuai sekiranya ia mengambil kira faktor-faktor berikut:

    (a) Matlamat pengajarannya di akhir pengajaran apakah pengetahuan dan kemahiranyang akan diperoleh oleh pelajar?

    (b) Bilangan pelajar jika terlalu ramai bolehkah dibuat kaedah perbincangan?

    (c) Minat dan pengalaman sedia ada pelajar. Pelajar yang kurang pengetahuan asas sediaada yang berkaitan akan menyukarkan guru membuat kaedah perbincangan.

    (d) Masa jika masa singkat, kaedah perbincangan mungkin tidak sesuai.

    (e) Kebolehan dan pengetahuan guru dengan tajuk yang diajar.

    (f) Minat guru terhadap sesuatu kaedah ini bukan bermakna guru perlu mengetepikankaedah yang beliau tidak gemar. Beliau perlu terus menambah kebolehan beliaumenggunakan kaedah yang baru.

    (g) Kebolehan pelajar. Pelajar yang kebolehan bahasanya belum berkembang.

    (h) Untuk memberi peluang pelajar mempraktikkan kemahiran dan membentuk sikapterhadap kemahiran tersebut.

    (i) Pencapaian pelajar yang dikehendaki.

    (j) Sumber yang ada jika makmal dan peralatan tidak lengkap pengajaran yang melibatkanpsikomotor tidak dapat dijalankan.

    RUMUSAN

    Setelah mengikuti modul ini, guru akan mendapati terlalu banyak klasifikasi dalam setiapdomain pembelajaran. Guru tidak perlu bimbang atau terkongkong dengan pengkelasanobjektif. Pengkelasan tersebut adalah sebagai panduan guru untuk memahami prosespembelajaran dan mengapa objektif itu perlu ditulis mengikut arasnya. Yang penting ialahguru tahu bagaimana hendak mempraktikkannya dan bagaimana objektif pengajaran bolehmembantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan.

  • 110 OUM

    OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN TOPIK 6

    Strategi dan kaedah pengajaran berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke arahkeberkesanan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada pelajar. Kaedah pengajaran dapatdisampaikan secara kuliah, perbincangan, demonstrasi, sumbangsaran, main peranan,lawatan luar dan inkuiri. Guru juga boleh menentukan pelbagai soalan bagi mengetahui tahappencapaian dan kebolehan pelajarnya. Penyoalan boleh dilakukan dalam bentukpengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Guru juga hendaklahberkebolehan memiliki kaedah mengajar kerana ini ada kaitan dengan keberkesananpengajaran di dalam bilik darjah.

    GLOSARI

    Objektif Pengajaran Objektif pengajaran merupakan suatu penyataan yang menentukantingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan oleh pelajarsetelah mengikuti sesuatu pengajaran.

    Taksonomi Bloom Taksonomi Bloom merupakan senarai domain pengajaran yangdibahagikan kepada tiga kategori penting iaitu domain kognitif,domain psikomotor dan domain afektif. Setiap domain mempunyaiperanan masing-masing .

    UJIAN 1

    Huraikan ciri-ciri penting yang terdapat dalam domain kognitif. Berikan contoh-contoh yangsesuai.

    UJIAN 2

    Domain psikomotor mengintegrasikan kemahiran intelektual dan fizikal. Huraikan dari aspekpersepsi dan persediaan.