17
1.0 ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH 2.0 Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang yang sarat dengan info- info seperti tarikh,nama-nama tokoh, kronologi peristwa Sejarah itu berlaku dan hal-hal lain. Malahan, tidak ketinggalan juga, mata pelajaran ini, memberikan kita pendedahan mengenai peristiwa- peristiwa penting yang berlaku pada waktu terdahulu seperti peristiwa penubuhan Malaysia, Kedatangan British ke Tanah Melayu, Kemasukan Sabah dan Sarawak dalam membentuk persekutuan Malaysia, perjuangan para tokoh-tokoh terdahulu dan sumbangan kepelbagaian tamadun seperti Tamadun Mesir Purba, Tamadun Hwang Ho dan Tamadun Indus dalam membentuk peradaban dan tamadun yang sedia ada pada hari ini. Kesemua ini, sebenarnya merupakan suatu batu loncatan kepada kita untuk mempelajari apa yang tersirat dan tersurat disebalik peristiwa-peristiwa itu berlaku dan mengambil hikmah disebalik peristiwa-pertitiwa tersebut. Tidak hairanlah mengapa, kurikulum Sejarah pada tahun 2003 telah memasukkan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) supaya dapat membantu dan memudahkan murid agar dapat melahirkan perasaan empati terhadap peristiwa Sejarah dan rasa cinta akan negara (Rosy Talin & Mazlan Abdullah, 2014). Kewujudan KPS ini yang merangkumi kronologi peristiwa, penerokaan bukti, intepretasi, implementasi dan rasionalisasi adalah semata-mata untuk melahirkan rasa penghayatan terhadap peristiwa-peritstiwa yang berlaku pada masa itu dan hal inilah yang sebenarnya yang ingin digapai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga menjadikan mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran wajib diperingkat SPM. Selain itu, mata pelajaran sejarah ini mestilah bercorak kepada pemikiran sejarah iaitu suatu situasi dimana pelajar mampu berfikir secara kritis, mengaitkan satu peristiwa sejarah dengan peristiwa sejarah yang lain, membuat

Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

1.0 ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH2.0

Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang yang sarat dengan info-info

seperti tarikh,nama-nama tokoh, kronologi peristwa Sejarah itu berlaku dan hal-

hal lain. Malahan, tidak ketinggalan juga, mata pelajaran ini, memberikan kita

pendedahan mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada waktu

terdahulu seperti peristiwa penubuhan Malaysia, Kedatangan British ke Tanah

Melayu, Kemasukan Sabah dan Sarawak dalam membentuk persekutuan

Malaysia, perjuangan para tokoh-tokoh terdahulu dan sumbangan kepelbagaian

tamadun seperti Tamadun Mesir Purba, Tamadun Hwang Ho dan Tamadun Indus

dalam membentuk peradaban dan tamadun yang sedia ada pada hari ini.

Kesemua ini, sebenarnya merupakan suatu batu loncatan kepada kita untuk

mempelajari apa yang tersirat dan tersurat disebalik peristiwa-peristiwa itu

berlaku dan mengambil hikmah disebalik peristiwa-pertitiwa tersebut.

Tidak hairanlah mengapa, kurikulum Sejarah pada tahun 2003 telah

memasukkan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) supaya dapat membantu dan

memudahkan murid agar dapat melahirkan perasaan empati terhadap peristiwa

Sejarah dan rasa cinta akan negara (Rosy Talin & Mazlan Abdullah, 2014).

Kewujudan KPS ini yang merangkumi kronologi peristiwa, penerokaan bukti,

intepretasi, implementasi dan rasionalisasi adalah semata-mata untuk

melahirkan rasa penghayatan terhadap peristiwa-peritstiwa yang berlaku pada

masa itu dan hal inilah yang sebenarnya yang ingin digapai oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia sehingga menjadikan mata pelajaran ini sebagai mata

pelajaran wajib diperingkat SPM. Selain itu, mata pelajaran sejarah ini mestilah

bercorak kepada pemikiran sejarah iaitu suatu situasi dimana pelajar mampu

berfikir secara kritis, mengaitkan satu peristiwa sejarah dengan peristiwa sejarah

yang lain, membuat interpretasi, meneroka bukti, membuat justifikasi, ramalan

serta berimaginasi (Zahara & Nik Zaleena, 2007).

Hal ini bermakna, pengajaran Sejarah itu bukanlah setakat membuat nota,

menghafal fakta dan menjawab kertas peperiksaan semata, namun ianya lebih

daripada itu iaitu merungkai dan mengambil di sebalik peristiwa Sejarah itu.

Namun begitu, terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuh. Hal ini kerana,

cabaran-cabaran inilah sebenarnya, boleh menjadi batu penghalang kepada

pencapaian matlamat terhadap pembelajaran Sejarah. “ Batu Penghalang”

tersebut bagaimanapun boleh dipecahkan sedikit demi sedikit bagi memastikan

Page 2: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

pengajaran dan pembelajaran mengenai Sejarah dapat dilaksanakan mengikut

lunas-lunas yang sepatutnya.

Pembelajaran Sejarah memerlukan para penuntutnya agar mempunyai

rasa empati yang tinggi terhadap suatu peristiwa Sejarah. Namun begitu, setiap

pelajar mempunyai tahap kognitif yang berbeza dan kecerdasan yang berbeza

ada pelajar yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi, sederhana dan ada yang

ditahap rendah ataupun dalam erti kata lain pelajar yang kurang pandai . Pelajar

yang kurang pandai atau kurang tahu merupakan suatu istilah yang subjektif,

kerana ukuran bagi seseorang pelajar yang kurang pandai ataupun kurang tahu

itu boleh diukur dalam pelbagai aspek dari aspek kognitif, emosi, dan

psikomotor. Tapi, dalam hal ini, kita melihat tahap kognitif pelajar yang kurang

tahu itu dalam aspek pengajaran dan pembelajaran Sejarah itu sendiri. Secara

umumnya, pelajar yang kurang pandai atau kurang tahu ini dikategorikan oleh

Education Resources Information Center (ERIC) sebagai pelajar yang cenderung

untuk terdedah kepada kegagalan akademik dan kegagalan di sekolah dan

pelajar di bawah pencapaian (Wan, Sharifah, Siti, Othman, Kamariah, Arshad,

Ramlah, Rohani, Rasid & Hayat, 2009).

Hal ini bermakna, pelajar yang kurang pandai ini adalah merupakan

golongan yang cenderung untuk menghadapi keputusan atau kegagalan

akademik di bawah pencapaian yang dikehendaki. Oleh itu, kalau dilihat dari

aspek pengajaran dan pembelajaran Sejarah, berhubung dengan pendefinisian

itu, ianya sudah tentu membawa maksud bahawa pelajar yang kurang pandai

atau kurang tahu ini adalah pelajar yang tidak mampu menguasai pembelajaran

Sejarah yang sarat dengan informasi seperti yang telah dibincangkan di atas.

Berikut merupakan suatu kajian yang telah dijalankan terhadap pelajar

mengenai pengajaran dan pembelajaran Sejarah:

Page 3: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

(Sumber: Zahara Aziz & Nurliah Jair. (2009). Penggunaan Peta Konsep

Untuk Meningkatkan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Bagi Pelajar Tingkatan

Dua. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1), 3-15.)

Berdasarkan gambar rajah di atas, perkara penting yang ingin disampaikan

adalah, tahap kognitif pelajar itu boleh diukur melalui penggredan. Setiap gred

tersebut tersebut, mewakili tahap-tahap pencapaian yang dikehendaki oleh

sekolah. Seperti yang dilihat diatas, golongan pelajar yang kurang pandai atau

tidak tahu ini adalah berada dalam golongan yang mendapat gred C dan ke

bawah. Tapi harus diingat, golongan pelajar yang kurang tahu atau kurang

pandai ini, tidaklah secara totalnya tidak berkebolehan dalam mana-mana

cabang kecerdasan seperti yang tercatat dalam Teori Multiple Intelligences yang

dikemukakan oleh Gardner hal ini kerana, setiap pelajar itu mempunyai tahap

kecerdasan yang berbeza. Antara isu atau masalah dalam pengajaran dan

pembelajaran Sejarah ini adalah, seperti berikut berdasarkan Dr. Aminuddin.

(2012). Dalam artikel tersebut, ianya memuatkan mengenai permasalahan yang

menjadi isu kepada pengajaran dan pembelajaran Sejarah di Malaysia, dan

pendapat ini dikongsikan sendiri oleh guru yang telah berpengalaman mengajar

Sejarah selama 25 tahun.

Isu/permasalahan sejarah di Malaysia:

- Mereka belajar berkaitan tokoh yang sudah meninggal dunia (utusan

online)

- Adakah dapat menjamin menjadi seoang pakar sejarah mahupun ahli

arkeologi berbanding subjek sains dan matematik yang lebih mempunyai

peluang pekerjaan (utusan online)

Page 4: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

- Terlalu banyak perkara yang terlalu baca dan dihafal (utusan online)

- Pelajar terpaksa membaca dan menghafal sebanyak 19 bab tetapi hanya

menjawab dua soalan dalam peperiksaan

- Tidak mengetahui manfaat mempelajari sejarah

- bahan pengajaran dan pembelajaran atau bahan bantu mengajar tidak

menarik dan membosankan

- Mengambil masa yang terlalu lama untuk mempelajarinya

Hal di atas merupakan sebahagian daripada permasalahan yang berlaku di

Malaysia namun, bukan di Malaysia sahaja yang mengalami permasalahan

tersebut. Perkara yang sama turut berlaku di luar negara, sebagaimana yang

dinyatakan sendiri oleh Mohd Samsudin, and Shahizan Shaharuddin, (2012)

dalam kajian mereka iaitu Pendidikan dan pengajaran mata pelajaran sejarah di

sekolah di Malaysia. Berdasarkan Clark (2008), ada menyatakan didalam buku

beliau “A Comparative History Teaching In Australia and Canada” didalam kajian

Mohd Samsudin dan Shahizan Shaharuddin (2012), mengenai permasalahan

pengajaran dan pembelajaran Sejarah:

- Pengajaran mata pelajaran Sejarah di Australia, membosankan dan

berulangan seperti mana yang berlaku di Kanada

- Para pelajar di Australia semakin kurang pengetahuan mengenai sejarah.

Dan hal ini dapat dilihat melalui Perdana Menteri pada ketika itu John

Howard ketika ucapannya di Australia Day yang memberikan penekanan

mengenai keperluan pendidika Sejarah dan menjadikan subjek ini sebagai

subjek teras di Semua sekolah di Australia

- Ahli-ahli pendidikan di Kanada mengkritik pengajaran Sejarah, “overly

content driven, dan generally uninspiring”

- Hasil kajian yang dilakukan oleh badan-badan bertauliah di Kanada

menyatakan bahawa golongan muda disitu semakin kurang minat

terhadap sejarah Negara mereka sendiri.

- Di Australia, tajuk-tajuk yang berulang. Satu kaji selidik yang diadakan di

Australia, respon menyatakan bahawa, pembelajaran Sejarah yang

Page 5: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

mereka lakukan pada umur 9 tahun, terpaksa mereka mengulanginya

pada umur 11 tahun.

Hal-hal di atas ini merupakan antara isu yang merupakan batu penghalang

kepada pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam mencapai matlamatnya.

Jika diselidiki, dapat dilihat permasalahan pengajaran dan pembelajaran

Sejarah di Malaysia lebih kurang sama dengan apa yang terdapat di luar

negara. Rata-ratanya, menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran

Sejarah itu merupakan suatu subjek yang membosankan.

Oleh itu, berdasarkan keseluruhan isu diatas, masalah utama yang harus

dikenal pasti adalah mengenai cara pengajaran Sejarah itu sendiri yang agak

hambar dan membosankan serta kurang menarik. Hal ini kerana,

berdasarkan suatu kajian yang dijalankan didapati bahawa aspek kemahiran

mengajar Sejarah merupakan aspek penting berbanding aspek lain yang

menyumbang ke arah tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

Sejarah (Anuar, Siti Haishah & Nurul Hatiqah, 2009). Oleh itu, adalah amat

penting, bagi seorang guru itu untuk memberikan suatu pengajaran yang

menarik dan melibatkan semua pelajar, agar pelajar dapat memberikan

respon yang positif terutamanya para pelajar yang kurang tahu atau tidak

pandai.

2.0 Teori Pelaziman Klazik Pavlov (Teori Pembelajaran

Behaviourisme)

Teori pelaziman klasik pavlov ini menekankan mengenai perubahan tingkah laku

pelajar ketika proses pembelajaran sedang dijalankan (Mok Soon Sang,2013).

Dalam keadaan pelajar yang tidak tahu, seorang guru tidak dapat mengesan

sama ada pelajar tersebut dapat menerima pengajaran yang diberikan, namun

begitu hal ini dapat dilihat apabila seseorang pelajar itu sudah menjalani proses

pengajaran apabila mereka menunjukkan kesan yang positif terhadap terhadap

pengajaran yang diberikan. Berdasarkan teori ini, ahli-ahli behaviouris iaitu

termasuklah Pavlov meyakini bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan,

dikawal dan diramal (Mok Soon Sang, 2013).

Berdasarkan teori Pavlov ini, beliau telah menjalankan eksperimennnya

terhadap seekor anjing. Dan secara ringkasnya, implikasi teori pelaziman klasik

Page 6: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

Pavlov ini dapat dilihat berdasarkan gambar rajah berikut (Mok Soon Sang,

2013):

1) Sebelum Pelaziman

2) Semasa Pelaziman

3) Selepas Pelaziman

Oleh itu, berdasarkan gambar rajah diatas dapat dilihat, bahawa, pelajar

memberikan reaksi yang positif terhadap kehadiran guru, hal ini kerana, mereka

merasakan guru tersebut telah memberikan pengajaran secara menarik, yang

membuat pelajar tersebut menumpukan perhatian. “Menumpukan Perhatian” ini

merupakan tindak balas atau perubahan tingkah laku pelajar yang positif. Oleh

itu, gerak balas terlazim pelajar ini boleh dikekalkan dengan memberikan

rangsangan terlazim yang dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

Hal ini bermakna, cara yang menarik yang dimaksudkan itu adalah mempunyai

pelbagai pendekatan yang boleh dimaksudkan, yang boleh merangsang pelajar

untuk memberikan respon yang positif. Selain itu, berdasarkan teori ini, guru

boleh memberikan peneguhan skunder iaitu menggunakan rangsangan baru

Guru Matematik mengajar kelas untuk

kali pertama

Gerak Balas Tak Terlazim (Murid sekadar memberikan

perhatian)

Guru mengajar dengan cara

menarik (rangsangan

Terlazim)

Murid menumpukan perhatian (Gerak Balas tak terlazim

Kehadiran guru

(Menarik)Murid tumpukan perhatian (Gerak balas terlazim))

Page 7: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

sebagai rangsangan terlazim dalam proses memotivasikan pelajar semasa

aktiviti pembelajaran dijalankan (Mok Soon Sang, 2011). Hal ini bermakna,

sebagai seorang guru, haruslah kreatif dan inovatif dalam menghasilkan suatu

pendekatan yang menarik untuk memberi rangsangan yang positif kepada diri

pelajar.

Rumusan secara keseluruhan, teori ini dalam pengajaran dan

pembelajaran adalah guru haruslah memberikan aktiviti pembelajaran yang

memuaskan kepada pelajar agar perubahan tingkah laku pelajar itu dapat

dikekalkan. Dengan tindak balas positif yang diberikan oleh pelajar tersebut,

ianya mampu meningkatkan prestasi akademik mereka khususnya kepada

pelajar-pelajar yang tidak tahu.

3.0 Implikasi Teori Pelaziman Klasik Pavlov dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Mengaitkan konsep abstrak dengan objek Konkrit

Seperti yang diketahui, Sejarah merupakan suatu subjek yang penuh dengan

konsep yang abstrak. Tahap pencapaian pelajar dalam peperiksaan yang kurang

memuaskan adalah disebabkan keupayaan mereka dalam mengingati fakta

sejarah yang mereka pelajari (Tor Geok Hwa, 2004). Hal ini menunjukkan

bahawa pelajar sukar untuk mengingati fakta atau konsep-konsep serta istilah

yang terdapat dalam Sejarah. Oleh itu, pentingnya pengajaran yang menarik

untuk merangsang minat pelajar. Misalnya, dalam Sejarah, untuk menjelaskan

konsep hubungan antara kerajaan Siam dengan negeri Kedah, guru boleh

menggunakan gambar untuk menunjukkan simbolik kepada hubungan tersebut.

1) Sebelum pembelajaran

(Rangsangan Terlazim= RT)

Pelajar memberikan gerak balas terlazim (GBT)

RT=GBT

Page 8: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

Guru menjelaskan berdasarkan “orang lidi” bahawa, antara Siam dengan negeri

Kedah= Negeri Kedah memberikan bunga emas kepada Siam bermaksud negeri

Kedah ialah “negeri naungan Siam”.

2) Semasa pembelajaran

3) Selepas pelaziman

Pelajar: Bunga Emas bermaksud hubungan antara negeri Kedah

dengan Siam adalah negeri naungan

Kedah Siam

Pelajar: Hubungan antara Siam dan kedah=Kedah

negeri naungan Siam

Page 9: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

Guru memberikan rangsangan terlazim baru

Iaitu gambar “orang lidi” Siam dan Kedah. Lalu menanyakan

Hubungan antara kedua-dua negeri tersebut.

4.0 Pengaplikasian dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Penggunaan gambar/peta

Ketika memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, iaitu ketika set

induksi guru boleh menggunakan gambar sebagai langkah untuk menarik

perhatian pelajar. Sebagai contoh, penggunaan gambar pesuruh jaya tinggi

British melalui tayangan slaid. Dengan menunjukkan tayangan gambar slaid ini,

guru boleh mengadakan sesi soal jawab dengan pelajar sebagai langkah untuk

menyusun pengetahuan dalam skemata pelajar sekaligus membantu pelajar

dalam membina pengetahuan mereka untuk mengaitkan gambar tersebut

dengan perkara yang akan mereka pelajar pada hari tersebut.

Page 10: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

Penggunaan gambar ini juga secara tidak langsung, mampu merangsang

pelajar untuk memberikan tumpuan pelajar dengan pembelajaran yang akan

mereka pelajari pada hari tersebut. Di samping itu juga penggunaan peta

sebagai contoh, peta Asia Tenggara boleh digunakan guru untuk menjelaskan

suatu kronologi bagaimana kemasukan British ke kawasan Tanah Melayu.

Melalui hal ini terdapat penerapan unsur KPS, iaitu pelajar menyusun kronologi

peristiwa Sejarah. Dalam hal ini bermakna, juga, pelajar memberikan gerak balas

terlazim, bahawa penasihat British telah masuk ke kawasan negeri-negeri

Melayu melalui peta tersebut kerana, pelajar akan dapat memahami proses

kemasukan penasihat British dengan lebih jelas dan dapat menjelaskannya

kerana, proses kemasukan tersebut dijelaskan secara konkrit bukan sekadar

lisan semata. Hal ini akan dapat mengukuhkan lagi ingatan mereka.

Penggunaan “orang-orang lidi”

Penggunaan orang-orang lidi adalah suatu cara dalam memberikan kefahaman

kepada pelajar melalui simulasi orang-orang lidi tersebut. Orang-orang lidi

tersebut, bertindak sebagai pemudah cara untuk menyampaikan isi pengajaran

kepada pelajar. Sebagai contoh, untuk menyampaikan isi pengajaran Sejarah

iaitu hubungan antara kerajaan Siam dengan Negeri-Negeri Melayu Utara

(NNMU) iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Guru boleh menggunakan

pendekatan orang-orang lidi ini, melalui kaedah ini, Kerajaan Siam dilekatkan

gambar negara Thailand sebagai simbolik kepada negara Siam, manakala Kedah

pula diletakkan gambar padi sebagai simbolik kepada negeri Kedah, begitu juga

penggunaan gambar-gambar untuk negeri Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Seperti mana contoh berikut :

Page 11: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

“contoh, orang-orang lidi”

Berdasarkan orang lidi tersebut, guru boleh melakukan simulasi menggunakan

orang-orang lidi tersebut untuk menerangkan hubungan antara kerajaan Siam

dengan NNMU. Dengan menggunakan hal ini, ianya dapat merangsang minat

pelajar dalam mempelajari subjek Sejarah. Seperti yang dikatakan oleh Mok

Soon Sang (2013), dalam Teori Pelaziman Klasik Pavlov, guru yang mengajar

secara menarik dapat merangsang minat pelajar. Selain itu, memberikan

motivasi kepada pelajar untuk lebih bersemangat dalam mempelajari suatu

peristiwa Sejarah.

Penggunaan orang-orang lidi ini juga dapat menjelaskan konsep hubungan

Siam dengan NNMU yang berbentuk abstrak kepada konkrit. Sebagai contoh,

hubungan Siam dengan NNMU, adalah berbentuk negeri naungan Siam sebagai

balasan terhadap hubungan tersebut NNMU memberikan ufti berbentuk bunga

emas kepada Siam. Gambar bunga emas boleh dilekatkan di kepala orang-orang

lidi tersebut, sebagai simbolik kepada hubungan Siam dengan NNMU. Melalui

cara ini, pelajar dapat memahami hubungan tersebut secara lebih jelas

berbanding, konsep yang berbentuk abstrak. Secara tidak langsung, terdapat

penerapan KPS disini, pelajar dapat mengintepretasikan peristiwa sejarah itu

dengan menggunakan simulasi orang-orang lidi. Melalui hal ini, guru boleh

melakukan aktiviti pembelajaran pelajar dengan menggunakan simulasi orang-

orang lidi tersebut. Pelajar boleh melakukan simulasi orang-orang lidi tersebut

kembali untuk menjelaskan hubungan antara Siam dan Kedah.

Padi Sebagai simbolik bagi negeri Kedah

Bunga emas adalah simbolik kepada hubungan antara

negeri Kedah dengan Siam

Page 12: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

Rujukan

Rosy Talin & Mazlan Abdullah. (2014). Hala Tuju Memperkasakan Pendidikan

Sejarah dan Geografi. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Zahara Aziz & Nik Azleena Nik Ismail. (2007). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-

guru Malaysia Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para

Pelajar. Jurnal Pendidikan, 32, 119-137.

Page 13: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

Wan Zah Wan Ali, Sharifah Md Nor, Siti Suria Salim, Othman Mohamed, Kamariah

Abu Bakar,Arshad Abd. Samad, Ramlah Hamzah, Rohani Ahmad Tarmizi,

Rasid Jamian & HayatMarzuki. (2009). Persepsi Pelajar Berisiko Terhadap

Iklim Pembelajaran. JurnalPendidikan Malaysia, 34 (1), 17-36.

Zahara Aziz & Nurliah Jair. (2009). Penggunaan Peta Konsep Untuk Meningkatkan

Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Bagi Pelajar Tingkatan Dua. Jurnal

Pendidikan Malaysia, 34 (1), 3-15.

Dr. Aminudin Mansur. (2012). Menarik Minat, Memantapkan Pelajaran Sejarah di

Sekolah. Diakses daripada

http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20121015/re_05/Menarik-minat-

memantapkan-pelajaran-sejarah-di-sekolah pada 14 Oktober 2014.

Mohd Samsudin & Shahizan Shaharudin. (2012). Pendidikan dan Pengajaran

Mata Pelajaran Di Sekolah Malaysia. Jebat: Malaysian History, Politics and

Strategy, 39 (2), 116-141.

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abdul Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. (2009).

Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya Dengan

Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan

Malaysia, 34 (1), 53-66.

Mok Soon Sang. (2013). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Edisi

Kedua. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tor Geok Hwa. (2004). Masalah Pembelajaran Sejarah: Satu Kajian Tindakan.

Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan: Universiti Utara Malaysia

Page 14: Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

(BLOK PENDIDIKAN)

TH30603: KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH LANJUTAN

NAMA PENSYARAH: DR. ROSY TALIN

TUGASAN INDIVIDU

Nama Pelajar No. Matriks

Siti Hajar Binti Mhd Azir BT12110175