Organizational Behaviour

Embed Size (px)

DESCRIPTION

OB

Citation preview

Executive Diploma AssignmentModule : Organizational Behaviour

Prepared By: Mohamed Emusli Bin Mat EdrisDate Submitted : 10th June 2012Lecturer : Ahmad Halili

Table Of Contents

Question no. 1 What is Organizational Behaviour. Define and explain how it is used in organizational setting. (pg 2 pg3) Define and explain a. Individual behaviour

b. Group Behaviour(pg 5 pg 10) i. What are the challenges and opportunity for OB.

ii. Explain power and politics (pg 11 pg 14)

Write down all the theories contributed by these people

a) Myer Briggs

b) Maslow

c) Douglas McGregor

d) Herz Berg

e) Alderfer Erg

f) David Mc Clelland

(pg 15 pg 16) For your own personal gain, make a short summary in your own word, of what u had learned and understand all about OB from chapter 1 till chapter 10. and how this OB Module can help your career enhancement. (pg 17)1. What is Organizational Behavior. Define and explain how it is used in the organizational setting.

(20 MArks)

Jelaskan maksud tingkahlaku organisasi (OB) dan terangkan bagaimana ia digunakan diamalkan didalam sesebuah organisasi?

(20 Markah)

Tingkahlaku organisasi adalah gelagat individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi dimana ianya merupakan kajian tentang psikologi sosial antara individu dan gelagat yang dinamik dalam organisasi. Bagi memahami peranan sebagai seorang pengurus yang baik, amatlah penting untuk kita mendalami serta mengetahui tabiat organisasi.

Penting untuk kita mengetahui fungsi serta maksud sebagai seorang pengurus dan juga apakah yang dimaksudkan dengan organisasi?

Pengurus = ialah seorang yang menyempurnakan sesuatu tugas melalui orang lain. Pengurus adalah individu yang membuat keputusan, mengagihkan sumber organisasi dan seterusnay mengarah pekerja melakukan aktiviti yang tertentu untuk mencapai matlamat organisasi.

Organisasi = adalah suatu unit social yang mengandungi dua atau lebih individu yang bekerja bersama-sama bagi mencapai satu matlamat yang sama.

Tingkahlaku organisasi atau tabiat organisasi boleh ditakrifkan sebagai pengajian tentang individu dan kumpulan dalam organisasi. Namun ada juga yang ditakrifkan sebagai tindakan dan sikap individu dalam organisasi.

Menurut Robbins (2003) ; Tabiat organisasi adalah satu bidang yang mengkaji bagaimana individu, kumpulan dan struktur memberi kesan terhadap gelagat yang berlaku dalam organisasi dan seterusnya menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk meningkatkan keberkesanan organisasi.

Secara mudah takrif di atas bermaksud tabiat organisasi ialah pengajian tentang apa sebenarnya yang dilakukan oleh individu dalam organisasi dan bagaimana perlakuan mereka ini dapat mempengaruhi prestasi organisasi contohnya:-

Memahami apakah fungsi seorang pengurus adalah penting dalam kajian Tingkahlaku organisasi ini. Antara fungsi pengurus ialah :-

I. Merancang

II. Menyusun

III. Mengarah/memimpin

IV. Mengawal

Peranan sebagai seorang pengurus.

Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurus. Peranan merupakan jangkaan tabiat, tugas dan tindakan yang harus dimainkan oleh pengurus semasa melakukan tugasny. Berdasarkan teori Henry Mintzberg, pengurus mempunyai tiga peranan utama : antara perseorangan (Interpersonal skill), memberi maklumat (Informational) dan membuat keputusan (decisaional)

a) Peranan antara perorangan (interpersonal)

Ini merujuk kepada keperluan berkomunikasi sama ada dengan pekerja bawahan dan rakan sekerja yang lain. Terdapat tiga jenis peranan antara perorangan.

Menjadi tunggak kepada organisasi seperti mempengerusikan mesyuarat pagi atau bulanan atau melawat pekerja sakit di hospital.

Berperanan sebagai seorang pemimpin yang biasanya terserlah bila pengurus memotivasikan pekerja, memberi latihan atau memberi amaran serta tindakan disiplin kepada pekerja yang ponteng.

Sebagai penghubung apabila pengurus berinteraksi dengan pihak lain dan menjalin hubungan atau mewujudkan jaringan kerja dengan mereka.

b) Peranan memberi maklumat

Pengurus terlibat dalam proses mendapatkan dan menyebarkan maklumat sama ada dari dalam ataupun luar organisasi. Pengurus bertindak sama ada dari dalam ataupun dari luar organisasi. Pengurus juga bertindak sebagai pemantau iaitu mengumpul maklumat dimana maklumat yang diperoleh akan disampaikan kepada pekerja dan pihak lain dalam organisasi dan setrusnya menjadi wakil atau jurucakap kepada organisasi apabila berhadapan dengan pihak luar.

c) Peranan membuat keputusanDalam membuat keputusan pula, pengurus mungkin memberi idea untuk sesuatu projek baru, iaitu mempamerkan peranan sebagai usahawan, menangani masalah pekerja dan membuat keputusan yang berkaitan. Disamping itu, pengurus juga terlibat mengagihkan sumber-sumber yang ada dan seterusnya menjalankan perundingan serta tawar-menawar dalam pelbagai perkara.

Secara keseluruhannya bolehlah dirumuskan bahawa memahami tingkahlaku organisasi boleh membantu pengurus mengenalpasti masalah, memberi keyakinan dan memastikan perubahan yang dilakukan berjaya mencapai matlamat sesebuah organisasi.

2. Define and Explain :

a. Individual Behavior

(10 Marks)b. Group Behaviour

(10 Marks)

Jelaskan maksud dan terangkan

a. Gelagat Individu

Individu merupakan komponen utama dalam gelagat organisasi. Secara umumnya, kita boleh katakan setiap orang yang dilahirkan di dunia ini adalah sama tetapi hakikatnya berbeza. Apa yang membezakan kita dengan ketua jabatan, kita dengan rakan sekerja dan kita dengan ahli keluarga yang lain. Manakala jawatan yang disandang dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita juga berbeza. Tidak semua orang boleh menjadi doktor atau jurutera. Personaliti kita juga berbeza, ada yang pendiam dan ada yang peramah. Bagaimana kita diasuh serta cara didikan yang diperolehi juga menyebabkan diri kita berbeza dengan orang lain.

Semua perbezaan ini perlu dikenalpasti dan diambil perhatian oleh pihak pengurusan kerana ianya mempunyai kaitan dengan gelagat.

Ciri ciri biografi

Sifat biografi tersedia ada kepada pengurus. Pada umumnya ia termasuklah rekod peribadi pekerja.Rumusan yang amat penting dalam aspek biogafi ialah, bahawa umur tidak mempunyai hubungkait dengan produktiviti.

Sebagai contoh, pekerja tua serta pekerja tetap tidak mudah meninggalkan organisasi ; pekerja yang sudah berkahwin kurang menghadapi masalah ketidakhadiran (absenteeism) , kurang perpindahan tenaga kerja (turnover), dan melaporkan kepuasan kerja yang tinggi berbanding dengan mereka yang belum kahwin.

Perkara ini membolehkan pengurus untuk membuat keputusan dalam pemilihan dan pengambilan pekerja yang bersesuaian.

KemampuanKemampuan merujuk kepada kebolehan individu untuk melakukan pelbagai tugasan.Ia merupakan penilaian terkini terhadap apakah yang dapat dilakukan. Kebolehan individu terbahagi kepada dua faktor: kebolehan intelektual and fizikal. Kebolehan intelektual merupakan kemampuan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti melibatkan pemikiran atau mental. Contohnya ujian Intelligence Quotient (IQ) dibentuk untuk menentukan kebolehan intelektual seseorang .

Kebolehan fizik memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugasan rumit serta memerlukan stamina, kecekalan dan kekuatan.Pembelajaran

Setiap detik masa kita belajar. Misalnya, kita belajar tentang iklan yang kita baru tonton, memiliki perasaan terhadap seseorang, kita kecewa dengan sesuatu perbuatan dan sebagainya.

`Pembelajaran tidak terbatas kepada apa yang kita rancangkan sahaja, tetapi jua melibatkan pengalaman yang luar kawalan kita, seperti peristiwa kemalangan atau seorang yang jatuh cinta pada pandangan pertama (Love at first sight)

Secara umum pembelajaran disifatkan sebagai suatu prosesperubahanyang berlaku akibat daripada pengalaman individu berkenaan. Tumpuan perhatian ahli psikologi ialah mengkaji bagaimana, mengapa dan bila proses pembelajaran berlaku.

Manusia mempamerkan pelbagai tingkahlaku dan agak sukar untuk menentukan bagaimana tingahlaku-tingkahlaku itu dipelajari.

Pembelajaran tidak semestinya melibatkan penguasaan fakta atau konsep sesuatu bidang ilmu tetapi juga melibatkan perasaan-perasaan yang berkaitan dengan emosi, kasih sayang, benci, hasrat dengki dan kerohanian.Seterusnya perubahan haruslah sesuatu yang tetap.Perubahan sementara hanya akan berlaku dengan pantas dan tidak meliputi aspek pembelajaran.Beberapa kajian telah dilakukan bagi meneliti proses pembelajaran yang wujud .Antara hasil kajian tersebut termasuklah :

1. Classical conditioning (pelaziman klasik)

2. Pelaziman operan (operant conditioning)

3. Pembelajaran sosial

b) Group Behaviour / Gelagat kumpulan (10 Markah)Setiap individu merupakan ahli kepada pelbagai bentuk kumpulan. Kita merupakan ahli keluarga, ahli masyarakat, ahli persatuan, pertubuhan dan seterusnya ahli atau rakyat negara kita. Individu yang menyertai kumpulan di atas mempunyai beberapa sebab tersendiri, antaranya untuk mendapat jaminan dalam melindungi hak-hak mereka

Kelompok meliputi dua atau lebih individu yang berinteraksi antara satu sama lain bagi mencapai tujuan yang sama.

Ia merupakan pembelajaran tentang kelompok dan juga proses kelompok.

Ciri -ciri kelompok

Untuk memahami dengan lebih jelas mengenai kelompok , 4 perkara dapat dirumuskan mengenai ahli kelompok.

Interaksi sosial

Kestabilan

Keserasian dalam mencapai tujuan dan minat. Dihargai sebagai ahli kumpulan

Interaksi sosial

Perkara jelas yang dapat diperhatikan dalam kelompok adalah interkasi social yang melibat dua atau lebih individu.

Ahli dalam kelompok sentiasa berpengaruh antara satu sama lain. Interaksi boleh berlaku dalam bentuk lisan dan juga bukan lisan.

Kestabilan

Ahli dalam kelompok juga harus mempunyai struktur atau susunan yang sentiasa stabil dan kukuh.Kewujudan ahli dalam kelompok boleh berubah tetap harus wujud perhubungan yang membolehkan kelompok berfunsi sebagai satu unit untuk mencapai tujuan.

Maka, ahli kumpulan dalam kelompok yang sentiasa berubah tidak boleh dikategorikan sebagaii satu kelompok disebabkan tiada kekukuhan

Keserasian dalam mencapai tujuan dan minat.

Ciri seterusnya dikatakan ahli dalam kelompok berkongsi tujuan yang sama dalam organisasi.

Disamping perkongsian minat yang sama juga boleh membentuk kelompok.

Dihargai sebagai ahli kumpulan

Akhirnya untuk menjadi ahli kelompok, individu terlibat harus diterima dan dihargai sebagai ahli dalam kelompok tersebut.Ahli kelompok harus mempunyai keupayaan untuk membezakan antara ahli dan bukan ahli dalam kelompok mereka.

Mengapa membentuk kelopmok

Individu membentuk kelompok untuk:

Mereka mempunyai tahap motivasi yang berbeza bagi membentuk kelompok.

Individu membentuk kelompok bagi tujuan untuk mencapai sesuatu atau berkongsi minat yang sama.

Di samping itu pengelompokan juga wujud bagi memperolehi keselamatan daripada ahli lain.

Kelompok juga wujud disebabkan oleh keinginan manuasia untuk memenuhi keperluan asas untuk bersosial.Sebagai manusia kita mempunyai keinginan untuk berinteraksi dengan individu lain.Maka wujudnya kelompok memberi peluang kepada individu untuk memiliki sahabat dan seterusnya memenuhi keperluan sosial.

Seterusnya individu membentuk kelompok untuk tujuan harga diri dimana mereka ingin memajukan tahap kendiri mereka .Contohnya individu ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi agar dihargai mayarakat dan mendapat perhatian.

Jenis kelompok Kelompok terbahagi kepada kelompok formal dan informalKelompok formal bermakna penentuan kelompok ditentukan oleh struktur atau susunan organisasi, menerusi tugas yang diberi bagi mencapai sesuatu kerja.

Sebaliknya, kelompok informal pula, tidak berdasarkan kepada arahan

organisasi. Sebaliknya ia wujud akibat daripada hubungan sosial dan tidak terikat dengan arahan dan kawalan daripada organisasi.

3. i. What are the challenges and opportunity for OB.

ii. Explain power and politics

(20 marks)

a) Apakah cabaran dan peluang untuk OB?

Mengurus Globalisasi dunia tanpa sempadan

Organisasi kini bukan sahaja bertarung dengan persaingan tempatan tetapi juga dengan organisasi di luar Negara. Dunia tanpa sempadan yang dikaitkan dengan persekitaran global memerlukan pengurus berhadapan dengan sekurang-kurangnya dua aspek kemahiran kemanusian. Pertama seorang pengurus mungkin terlibat dengan tugasan di luar Negara. Contohnya kita dikehendaki bertugas di pejabat cawangan di Thailand. Disana kita akan berhadapan dengan tenag kerja yang mempunyai kehendak serta perangai yang amat berbeza berbanding pekerja tempatan. Ini adalah disebabkan perbezaan budaya, bahasa ,kaum serta agama.

Kedua, kita mungkin akan bersurusan dengan rakan sekerja atau pekerja lain yang berasal dari negara luar yang bekerja dengan kita di sini. Di samping itu cara berkomunikasi yang berbeza dan cara memotivasikan mereka juga akan berbeza. Mungkin cara mereka lebih berterus terang berbanding budaya kita yang lebih bersopan santun apabila menyampaikan sesuatu niat. Kita mungkin akan berasa kekok dan tidak selesa apabila berdepan dengan pekerja asing ini. Oleh itu kita hendaklah memahami dahulu budaya serta menyesuaikan cara pengurusan sejajar dengan perbezaan yang wujud.

Dengan itu organisasi perlulah menjadi sebuah organisasi yang mempunyai sikap yang globalisasi untuk boleh berdaya saing di pasaran dunia.

Mengurus tenaga kerja yang pelbagai.

Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh organisasi masa kini ialah menyesuaikan diri dengan pekerja yang berbeza. Tenaga kerja yang pelbagai bermaksud organisasi ini mempunyai pelbagai jenis pekerja yang berbeza bukan sahaja dari segi jantina, umur tetapi juga dari segi bangsa.

Jika suatu ketika dahulu kita jarang menemui kaum wanita memegang jawatan tinggi dalam organisasi tetapi kini ianya bukan sesuatu yang menghairankan. Disamping itu Orang Kurang Upaya (OKU) juga turut diberi peluang dalam dunia pekerjaan. Budaya dan latar belakang yang berbeza bukan lagi menjdai penghalang bagi para pekerja untuk berada di sesebuah organisasi. Malah tenaga kerja yang pelbagai ini dapat mempelbagaikan kan lagi idea dan kreativiti serta inovasi dalam organisasi. Ianya adalah asset kepada organisasi jika diiktiraf dan diberi layanan yang adil. Pengurus tidak boleh lagi beranggapan bahawa semua pekerja adalah sama tetapi perlu menghargai perbezaan yang terdapat pada setiap individu..

Mengurus perubahan Teknologi

Perubahan teknologi berlaku dengan sangat pantas sekali. Pengurus bertanggungjawab mencari dan memilih teknologi yang sesuai untuk digunakan oleh organisasi. Kegagalan pengurus mengenalpasti dan mengadaptasikan teknologi terkini mungkin boleh menyebabkan pesain mengambil kesempatan.

Walaubagaimanapun, inovasi teknologi akan membawa perubahan

dalam persekitaran kerja dan perubahan sebagai sumber kepada tekanan. Ramai pekerja akan melihat perubahan sebagai sesuatu yang negative kerana beranggapan perubahan akan menjejaskan kerjaya mereka. Sebagai pengurus anda perlu menukar persepsi ini dan ia bukanlah satu tugas yang mudah.

Diatas ini dapatlah dirumuskan bahawa 3 cabaran dan peluang bagi pengurus dalam mengamalkan konsep-konsep serta teori yang dikaitkan dengan OB. Jika pengurus-pengurus yang ada ini dapat menggunakan sebaik mungkin cabaran-cabaran yang ditukarkan kepada peluang-peluang yang akan melonjakkan lagi prestasi sesebuah organisasi. Disinilah dapat kita lihat bahawa pengajian atau kajian tentang kelakuan orgainisasi (OB) ini sangat penting.

b) Terangkan kuasa dan politik.Kuasa, ianya sering dikaitkan dengan pengaruh kepimpinan seseorang pemimpin.Untuk berjaya dalam kepimpinan, pemimpin mestilah bijak menggunakan pengaruh tersebut. Pemimpin perlu menunjukkan bahawa dia mempunyai kuasa tertentu supaya berjaya menguasai kepercayaan pengikut terhadapnya. Seterusnya, pemimpin perlu berkebolehan dalam memotivasi pengikut untuk melaksanakan tindakan-tindakan kearah mencapai objektif yang dikehendaki.

Dalam kontek organisasi, kuasa secara formalnya diletakkan kepada pemimpin, yang mana kuasa tersebut ditentukan mengikut struktur dan fungsi perjawatan. Namun begitu, terdapat juga kuasa yang tidak semestinya dimiliki oleh individu dari kategori pemimpin bilamana individu tersebut mempunyai pengaruh disebabkan kebolehan atau kedudukannya yang tertentu.

Umumnya, klasifikasi dan punca kuasa yang terdapat di organisasi boleh dibahagi kepada lima kategori berikut:

a) Kuasa autoriti

Kuasa autoriti merupakan kuasa yang dimiliki oleh pemimpin disebabkan autoriti yang terdapat pada peranan dan juga fungsi jawatan yang disandang. Kuasa ini biasanya telah ditetapkan mengikut hiraki struktur perjawatan organisasi.b) Kuasa kepakaran

Kuasa kepakaran adalah berasaskan kepada pengetahuan dan kebolehan. Ianya merupakan fungsi daripada kapasiti kemahiran dalam sesuatu bidang yang dimiliki oleh individu berbanding dengan orang lain. Oleh itu kuasa ini tidak semestinya terletak pada seseorang dari kategori pemimpin sahaja, malah pada kakitangan lain juga di organisasi.

c) Kuasa Rujukan

Kuasa rujukan merupakan potensi pengaruh yang dimiliki oleh individu disebabkan kekuatan hubungannya dengan orang lain di organisasi. Kekuatan hubungan tersebut terbentuk disebabkan rasa hormat dan tertarik terhadap personaliti individu berkenaan. Pemimpin atau individu yang berkarisma biasanya memiliki kuasa rujukan.d) Kuasa ganjaran

Kuasa Ganjaran merupakan potensi untuk mempengaruhi orang lain melalui berbagai sumberyang berbentuk ganjaran. Pemilikan kuasa ini adalah berasaskan kuasa kawalan oleh individuke atas sumber ganjaran tersebut. Umumnya, kuasa ganjaran terletak pada ketua (bahagian, seksyen atau unit pejabat) yang diberi kuasa untuk menilai prestasi kakitangan di bawahnya.

e) Kuasa Hukuman

Kuasa Hukuman merupakan potensi untuk mempengaruhi orang lain melalui perlaksanaan tindakan yang berupa hukuman apabila gagal mematuhi sesuatu arahan atau keperluan yang ditetapkan.

Definisi Politik

Politikadalahprosespembentukan dan pembagiankekuasaandalammasyarakatyang antara lain berwujud prosespembuatan keputusan, khususnya dalamnegara.Pengertian ini merupakan upaya penggabungan antara berbagaidefinisiyang berbeza mengenaihakikatpolitik yang dikenal dalamilmu politik.

Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan secarakonstitusionalmahupunnonkonstitusional.

Di samping itu politik juga dapat ditilik dari sudut pandang berbeda, yaitu antara lain:

politik adalah usaha yang ditempuh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama (teori klasik Aristoteles)

politik adalah hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan pemerintahan dan negara

politik merupakan kegiatan yang diarahkan untuk mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan di masyarakat

politik adalah segala sesuatu tentang proses perumusan dan pelaksanaan rakyat.4. Write down all the theories contributed by these people

a) Myer Briggs

b) Maslow

c) Douglas McGregor

d) Herz Berg

e) Alderfer Erg

f) David Mc Clelland

Myer Briggs- Tipologi Kepemimpinan Berdasar Kepribadian Tipologi kepemimpinan berdasar kepribadian dapat dikelompokkan ke dalam dua kelompok besar, iaitu tipologi Myers - Briggs dan tipologi berdasar skala CPI (California Personality Inventory). Myers - Briggs mengelompokkan tipe-tipe kepribadian berdasar konsep psikoanalisa yang dikembangkan oleh Jung, yaitu: extrovert - introvert, sensing - intuitive, thinking - feeling, judging - perceiving.Teori Keperluan Hirarki Maslow diperkenalkan oleh seorang psikologi, Abraham Maslow sekitar tahun 1943. Menurut Maslow dalam setiap diri manusia wujud lima keperluan yang tersusun mengikut hirarki, iaitu :

Mengikut maslow apabila satu tahap keperluan dipenuhi, seseorang individu akan bergerak meningkat ke tahap keperluan seterusnya sehinggalah individu tersebut mencapai tahap tertinggi, iaitu pencapai diri (self actualization). Menurut teori ini untuk memotivasikan seseorang, anda perlu memahami tahap keperluan hierarki semasa seseorang itu, dan fokuskan kepada memenuhi keperluan hierarki yang lebih tinggi daripada keperluan semasanya.

Douglas Mgregor Teori x dan teori Y diperkenalkan pada tahun 1960 melalui bukunya The Human Side Of Enterprise.Berdasarkan tentang sifat manusia, iaitu yang bersifat negatif dinamakan teori X dan yang bersifat positif dinamakan teori Y.Herzberg Teori dua faktor yang diperkenalkan oleh Frederick Herzberg juga dikenali dengan nama Teori Motivator-hygience. Teori ini adalah berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Herzberg terhadap 203 orang akauntan dan jurutera. Temu duga ke atas mereka dijalankan untuk menentukan faktor-faktor yang bertanggungjawab kepadakepuasan dan ketidakpuasan berkerja. Herzberg mendapati terdapat perbezaan nyata kepada faktor-faktor ini sebagai penentu kepuasan kerja serta ketidakpuasan kerja berlaku.

Elderfer Erg Diperkenalkan oleh Clayton Alderfer sekitar tahun 1970an. Teori ERG membahagikan keperluan manusia kepada tiga kategori iaitu kewujudan, pertalian dan perkembangan. Teori ini memasukkan proses regrasi kekecewaan dimana individu yang tidak berkeupayaan memuaskan keperluan yang lebih tinggi menjadi kecewa dan turun ke tahap yang lebih rendah terdekat.David Mclelland - McClelland telah mengemukakan 3 jenis tiga jenis keperluan individu dalam organisasi iaitu Keperluan individu kepada pencapaian atau prestasi (n-Ach (need for achievement)) Individu yang mempunyai keperluan pencapaian sentiasa ingin maju .Dalam hal ini mereka akan cuba sedaya upaya elakkan tugasan melibatkan risiko tinggi dan risiko rendah. Pencapai ingin megelak risiko rendah kerana mereka berpendapat pencapaian kejayaan dengan terlalu mudah bukanlah satu pencapaian yang benar.Manakala bagi pengelakkan risiko tinggi individu melihat hasil kejaayan sebagai peluang dan bukan usaha seseorang.5. For your own personal gain, make a short summary in your own word, of what u had learned and understand all about OB from chapter 1 till chapter 10. and how this OB Module can help your career enhancement.

Kelakuan organisasi adalah kelakuan individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi. Kajian tentang kelakuan organisasi menekankan kepada kajian psikososial antara perorangan dan gelagat yang dinamik dalam organisasi. Bagi menjadi pengurus yang berkesan, penting bagi saya mengetahui dan memahami gelagat ataupun kelakuan organisasi.

Selain itu saya juga didedahkan kepada pembolehubah lain yang mempengaruhi kelakuan individu di tempat kerja yang perlu diberi perhatian dalam kajian gelagat/kelakuan organisasi. Antara pembolehubah yang dimaksudkan ialah seperti tugas, reka bentuk kerja, komunikasi, reka bentuk dan struktur organisasi dengan lebih baik. Kita perlulah mengetahui disiplin dan pembolehubah yang menyumbang kepada kajian gelagat organisasi.

Seterusnya saya perlu juga melihat bagaimana persekitaran dan perubahan memberi cabaran kepada pembangunan organisasi. Pengetahuan ini penting untuk saya memahami konsep kelakuan organisasi. Takrifan dengan terperinci serta perbincangan di dalam kelas juga dikaitkan dengan disiplin-disiplin yang terlibat dalam pengajian gelagat organisasi. Memahami nilai boleh membantu saya memahami sikap individu yang pelbagai terutama sikap terhadap kerja. Disamping itu juga saya berpeluang mengaitkan sikap dengan kepuasan kerja. Saya dapati juga kita taidak boleh membuat andaian umum tentang kepuasan dengan seperti produktiviti, pusing ganti kerja dan ketidakhadiran. Kajian tentang gelagat organisasi seperti yang dimaklumkan adalah satu pengajian yang kompleks yang melibatkan banyak faktor.

Untuk menjadi seorang pengurus yang baik kita hendaklah memahami proses-proses psikologikal ini sekiranya kita ingin berjaya memimpin para pekerja ke arah pencapaian objekti-objektif organisasi. Salah satunya ialah motivasi dimana ianya adalah proses-proses yang mengambil kira kesungguhan, arah tujuan dan usaha-usaha berterusan seseorang individu kearah pencapaian sesuatu matlamat.SUMBER RUJUKAN

www.netmba.comAngkasa training Centre Lecture notes

Leadership management website www.ucla.eduDeveloping the leaders John C. Maxwell 1994 castle editionOrganizational Behaviour - OUM

1