PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Embed Size (px)

DESCRIPTION

konstruktivisme

Citation preview

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISMEKonstruktivisme mengandaikan subjektiviti adalah kritikal kerana setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan/ membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya.

Konstruktivisme menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.

Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.

Pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sedia ada untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru.

Perkembangan proses meta kognitif, operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran secara kognitif. Melibatkan operasi membimbing pelajar untuk mencari makna, operasi merancang, mengarah dan menilai pemikirannya.

Pelajar perlu merancang strategi pembelajaran yang berkesan, menilai dan membuat refleksi tentang pembelajarannya. Proses ilmu konstruktivitisme mengandungi ciri perkembangan dan evolusi dan sering berubah.