Pendidikan Jasmani_etika Dalam Sukan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Etika Dalam Sukan

Citation preview

Slide 1

PENDIDIKAN JASMANI(PJM 3112)ISU-ISU DALAM SUKAN-Etika Dalam Sukan-KeganasanInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa MelayuETIKA DALAM SUKANEtika sukan ialah suatu panduan tingkah laku yang harus diamalkan ketika bersukan.Ahli sukan yang beretika dapat mewujudkan suasana sukan dan permainan yang harmoni.Etika seharusnya menjadi pegangan setiap atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai kejohanan, pihak penganjur dan peminat sukan.

UNDANG & PERATURAN AMSetiap jenis sukan dan permainan mempunyai undang-undang dan peraturan amnya sendiri. Antara keperluan mengadakan undang-undang dan peraturan am adalah seperti yang berikut:

Menjadi panduan kepada pemain yang terlibat dalam sesuatu sukan dan permainan.Menjadi rujukan dan bagi pihak yang mengelola sesuatu pertandingan.Mengelakkan penipuan.Memastikan setiap individu atau pasukan mempunyai peluang yang sama untuk berjaya.

Etika atlet dan penonton dalam sukan dan permainanEtika dalam sukan dapat mewujudkan budaya besukan yang sihat. Atlet dan penonton perlu memahami dan mengamalkan etika ketika bersukan. Etika yang perlu diamalkan oleh atlet dan penonton dalam sukan dan permainan adalah seperti berikut:

AtletMematuhi undang-undang dan peraturan permainan.Bertanding dengan penuh semangat kesukanan.Mempamerkan mutu permainan yang tinggi.Bersikap amanah dan tidak mengamalkan rasuah.Menghormati pegawai sukan dan pihak lawan.Menjauhi sikap mementingkan diri dalam pertandingan.Mengawal emosi dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokasi pemain lawan dan penonton.Sentiasa berusaha meningkatkan presasi diri.

PenontonMematuhi peraturan tempat pertandingan.Memberikan sokongan padu kepada pasukan sendiri.Menghormati pegawai sukan dan penyokong pasukan lawan.Menjauhi unsur-unsur rasuah dan perjudian.Menghargai persembahan permainan yang berkualiti.Menerima keputusan pertandingan dengan semangat kesukanan.Mengelakkan provokasi.

SEMANGAT KESUKANANSemasa menyertai pertandingan, tentu ada pihak yang menang dan kalah. Kita sepatutnya dapat menerima kekalahan sebagaimana kita menerima kemenangan. Kita tidak patut mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung dan menyakiti hati mereka yang kalah. Jika kalah, kita perlu mengawal kekecewaan dan mengucapkan tahniah kepada pemenang.

Sebagai penonton, kita juga patut mengikuti acara sukan secara beretika. Sikap saling menghormati antara pegawai, ahli sukan dan penonton patut diamalkan. Melalui amalan ini, etika dan semangat kesukanan yang tinggi dapat diwujudkan dalam arena sukan kita.

Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi sukanAhli sukan perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi untuk mengekalkan pestasi yang cemerlang. Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kita dalam sukan adalah seperti menguasai teknik, mewujudkan persefahaman dan merancang strategi.

Menguasai teknik

Menguasai teknik perlakuan yang betul amat penting untuk meningkatkan kemahiran permainan. Teknik perlakuan ini boleh dikuasi melalui disiplin dan latihan yang sistematik.

Mewujudkan persefahaman

Persefahaman yang baik antara pemain perlu diwujudkan dalam pasukan. Sikap menghormati kebolehan rakan dan bekerjasama yang tinggi dapat meningkatkan mutu dan prestasi sukan.Merancang Strategi

Memberi tumpuan semasa latihan dapat membantu kita melaksanakan rancangan yang telah diatur dalam permainan. Merancang strategi permainan dengan teratur dapat membantu kita mencapai kejayaan.

Mengawal perasaan dalam sukanSeseorang ahli sukan yang beretika dapat mengawal perasaan dan menerima keputusan pertandingan dengan penuh semangat kesukanan. Ahli sukan perlu memberi tumpuan terhadap maklum balas jurulatih. Nasihat dan kata-kata peransang daripada jurulatih mampu mengekalkan semangat kesukanan ahli sukan.Semangat kesukanan dan disiplin diri patut ada pada ahli sukan. Etika ini penting bagi membolehkan ahli sukan mencapai prestasi cemerlang.

PERLAKUAN TIDAK BERETIKATerdapat atlet dan penonton yang mempunyai sikap tidak beretika.Antara tindakan atlet dan penonton yang tidak beretika termasuklah:

Bergaduh ketika pertandinganTerlibat dengan rasuah dan perjudian dalam sukanMerosakkan kemudahan awam di tempat pertandinganMenimbulkan provokasi

Kita perlu mengatasi masalah ini dengan bijak. Pendidikan ialah pendekatan yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah atlet dan penonton yang Tidak beretika.

Cara Mengatasi Masalah Tidak BeretikaAtlet

Program MotivasiSetiap peserta perlu mengikuti program motivasi secara berkala atau sebelum musim pertandingan. Penjelasan tentang peranan dan hala tuju penglibatan mereka dalam biang sukan perlu diberikan.

MentorSetiap atlet haruslah diberi peranan sebagai mentor kepada seseoang atlet atau sesebuah pasukan junior sekolah, daerah atau negeri. Peranan ini dapat mendidik atlet dengan sikap bertanggungjawab dan menjaga imej mereka sebagai role model kepada atlet junior.

Penonton

Mengedarkan risalahPihak penganjur bertanggungjawab menyediakan dan mengedarkan risalah tentang etika dalam sukan kepada penonton ketika membeli tiket. Risalah ini dapat memberikan maklumat tentang peranan mereka sebagai penonton.

Menyediakan papan tandaPihak pengurusan perlu menyediakan papan tanda tentang etika sebagai penonton di pintu-pintu masuk tempat pertandingan. Maklumat tersebut dapat menjadi panduan kepada penonton supaya menjaga tingkah laku semasa menyaksikan pertandingan.

ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKANKeganasan juga boleh dikenali sebagai keagresifan.Keganasan ialah sikap atau kelakuan yang membawa kepada tujuan untuk mencederakan individu atau benda hidup yang lain. (Baron dan Richardson,1984)Untuk satu tingkah atau tindakan yang diketagorikan sebagai keganasan, mesti menepati empat kriteria :Satu tindakan Melibatkan kecederaanSasaran kepada organisma hidupMelibatkan niat atau disengajakan. (Gill,1986)JENIS KEGANASAN Terbahagi kepada dua jenis :Keganasan InstrumentalKeganasan reaktif atau matlamat (hostile)

Keganasan InstrumentalNiat keganasan adalah untuk mendapat ganjaran atau mencapai kemenangan.Kecederaan mungkin berlaku namun ia tidak dikira melanggar undang-undang (cth.tinju)

Keganasan reaktif atau matlamat (hostile).

Matlamat utama adalah untuk mencederakan /mencacatkan orang lain supaya orang tersebut menderita.Tindakan tersebut didorongkan oleh rasa marah dan kecewa.Tindakan sebegini dikira sebagai sejenis kelakuan yang melanggar peraturan-peraturan.

CONTOH KEGANASAN DALAM SUKANDi Amerika Selatan, keganasan pemain bola sepak menyebabkan pembinaan pagar elektirk di sekliling padang bola untuk mengelakkan penonton daripada menyerbu pemain.Di Gautemala, penyokong sukan yang kalah menyerang penyokong pasukan yang menang dengan parang menyebabkan lima kematian.

Contoh-contoh kes keganasanPada tahun 1975, di Amerika, seorang pemain hoki dihukum kerana memukul pemain lain dengan kayu hoki.Seorang pemain bola keranjang,Kermit Washington telah menumbuk Rudy Tomjanivich di muka.Di Malaysia, agresifan berleluasa di kalangan ahli bola sepak. Contohnya Kejohanan Piala Malaysia. Pemain sebuah pasukan bertindak menyerang dan memaki Hamun, seorang pengadil kerana dikatakan berat sebelah.

Teori Keganasan/KeagresifanTerdapat empat punca keagresifan yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi iaitu :

Teori SemulajadiTeori Frustrasi agresifTeori Pembelajaran SosialTeori Perubahan Frustrasi-Agresif

Teori Semula Jadi Menyatakan setiap manusia mempunyai sifat keagresifan semulajadi. (Gill, 1986)Sifat ini adalah untuk melepaskan perasaan yang ada (Cathasis) pada manusia.Bidang sukan telah menjadi satu medan untuk melepaskan perasaan yang ada dalam diri seseorang.Bidang sukan juga telah menjadi satu tempat untuk seseorang untuk melakukan keganasan dan dapat diterima oleh masyarakat.

Teori Frustrasi AgresifMenyatakan bahawa keagresifan seseorang berlaku kerana berasa frustrasi atau kecewa (dollard,miller,doob,movres dan sears,1939)Tahap agresif berkait rapat dengan tahap frustasi dan kecewa.Tahap frustrasi dan kecewa yang keterlaluan akan menyebabkan seseorang melakukan keganasan dalam sesuatu permainan.

Punca-punca berlakunya keganasanPSIKOLOGIPERSEKITARANBIOLOGIProvokasi

Tekanan Emosi (STRESS)

Jangkaan Perlakuan Kasar

Kurang Pengetahuan

Lokasi Pertandingan

Cuaca

Keputusan Pertandingan

Jangka Masa Permainan

Aspek KeselamatanHrmon Adrenalin

Krbangkitan Fisiologi

Kesan Steroid

PUNCA PSIKOLOGI PROVOKASITindakan yang mencabar dari pihak lawan atau penonton akan menyebabkan seseorang pemain bertindak secara ganas.

TEKANAN EMOSI (STRESS)Mementingkan kemenangan.Prestasi pemain kurang baik.Tekanan daripada jurulatih.Provokasi daripada pihak lawan & penonton.JANGKAAN PERLAKUAN KASAR

Pemain berjangka bahawa pihak lawan akan bertindak secara ganas semasa permainan, jadi mereka juga bertindak secara ganas untuk mempertahankan diri.

KURANG PENGETAHUAN

Penonton tidak mengetahui undang-undang.

PUNCA PERSEKITARANLOKASI PERTANDINGANSokongan Padu pemain tuan rumah dapat penyokong yang lebih ramai daripada pihak lawan menyebabkan pihak lawan kekurangan sokongan dan lebih kecewa sehingga bertindak ganas.

CUACACuaca Panas memudahkan pemain bertindak agresif sebab ketidakselesaan.Hujan padang licin, pemain mudah jatuh.

KEPUTUSAN PERTANDINGANPemain dipengaruhi oleh keputus pertandingan, kumpulan yang lebih rendah kedudukan dalam liga dan markah akan bertindak dengan lebih agresif atas ketidakpuashatian.

JANGKA MASA PERMAINANPerlakuan agresif meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan

ASPEK KESELAMATAN

Tahap keselamatan yang longgar menyebabkan keganasan mudah berlaku.Bawa alatan bahaya - botol, kayu, payung, mercun dll.Penempatan Penonton iaitu penyokong tuan rumah dengan pasukan pelawat harus dipisahkan.

PUNCA BIOLOGIHORMON ADRENALINHormon ini meransang perlakuan ganas. Rembesan hormon ini meningkat dalam suhu tinggi, kelesuan dan keadaan bising.

KEBANGKITAN FISIOLOGINaik semangat.Respon Unik daripada penyokong atau jurulatih.

Penggunaan steroid

Keagresifan akan meningkat sekiranya seseorang mengambil steroid.Penggunaan steroid akan membawa kesan sampingan seperti mud seseorang sukar dikawal.

KESAN KEGANASAN DALAM SUKANMenonton kegiatan ganas dalam sukan sebenarnya menambahkan sikap agresif penonton. ( Isoahola dan Halfield,1986)Kecederaan berlaku di kalangan penonton dan juga para pemain.Menyebabkan sesuatu pertandingan terpaksa diberhentikan ataupun dibatalkan.Menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan pemain dan juga penonton.

Menyebabkan seseorang atlet mengalami kecederaan dan mungkin tidak dapat meneruskan permainan pada masa kelak.

Nama baik pasukan ataupun negara akan tercemar akibat berlakunya keganasan dalam sukan.

Seseorang atlet mungkin tidak mahu lagi terlibat dalam sukan tersebut.

Kos-kos yang tinggi akan dikenakan untuk membina kemudahan-kemudahan yang mengelakkan berlakunya keganasan contohnya pagar.

CARA-CARA MEGATASI KEGANASANJurulatih dan pemain haruslah mengawal emosi ketika di padang agar tidak menimbulkan sebarang tindakan keganasan.Singkarkan penonton yang bersikap agresif. Hentikan tindakan keganasan dengan cepat apabila ia dimulakan sebelum keadaan hilang kawalan.

Memberi amaran kepada pelatih bahawa tiada tolenrasi jikan keagrasifan berlaku dalam pasukan mereka.Bekerjasama dengan media supaya tingkah laku agresif tidak dimuliakan oleh penonton-penonton yang lain.Kawalan pada tindakan pada atlet dan juga termasuk penonton di padang.

Kawalan ketat ke atas minuman alkohol.

Para atlet harus didedahkan dengan model tingkah laku yang tidak agresif, penerapan disiplin dalam permainan oleh jurulatih.

Motivasi diri supaya tidak bertindak agresif.

KESIMPULANKeganasan dalam sukan merupakan satu lakuan yang bertentangan dengan peraturan dan norma permainan dan kurang disenangi (Anshel, 1997; Cox, 1998; Weinberg & Gould 1999). Para pendidik dan jurulatih bertanggungjawab menanamkan semangat kesukanan dalam setiap remaja supaya masalah ini dapat diselesaikan dan membantu peningkatan prestasi dan pencapaian atlit atau pasukan dalam bidang sukan.

Sudah habis..Thank you~~