28
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN NAMA : AZLINA BINTI ISMAIL NO KAD MATRIK: 800206025322001 NO K/P: 800206025322 NO TELEFON: 0125415059 E-MAIL: [email protected] TUTOR : EN ZULKIFLI BIN MOHD YUSOF PUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE,KEDAH

Pendidikan Kesihatan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pemantauan kantin dan bilik rawatan di sekolah.

Citation preview

Page 1: Pendidikan Kesihatan

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NAMA : AZLINA BINTI ISMAIL

NO KAD MATRIK: 800206025322001

NO K/P: 800206025322

NO TELEFON: 0125415059

E-MAIL: [email protected]

TUTOR : EN ZULKIFLI BIN MOHD YUSOF

PUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE,KEDAH

SEMESTER: MEI 2015

Page 2: Pendidikan Kesihatan

ISI KANDUNGAN M/S

1. TEKS CERAMAH

1.1 PENGENALAN 1

1.2 KEPENTINGAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

DI SEKOLAH 2-3

1.3 CADANGAN 3-4

1.4 PENUTUP 5

2. ANALISIS LAPORAN PEMANTAUAN KANTIN DAN

KESIHATAN SEKOLAH 6- 8

2.1 DATA YANG DIPEROLEHI DARIPADA PEMANTAUAN 9-10

2.2 LAPORAN PEMANTAUAN 11-12

2.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 13-14

3. PENUTUP 15

4. RUJUKAN

5. LAMPIRAN

Page 3: Pendidikan Kesihatan

1.TEKS CERAMAH

1.1 PENGENALAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan pengerusi

majlis, para jemputan dan hadirin yang dihormati serta murid-murid yang dikasihi. Pada kesempatan ini,

saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan kepada

saya untuk menyampaikan ceramah pada pagi yang berbahagia ini. Tajuk ceramah yang akan saya

sampaikan pada hari ini adalah berkaitan ‘kepentingan amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah’.

Tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid sekalian,

Isu kebersihan dan keselamatan di sekolah pada masa kini menjadi fenomena yang tidak asing lagi

dalam dunia pendidikan. Malahan isu ini menjadi perhatian yang serius bagi seluruh masyarakat, ini

kerana keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran malah turut

mengganggu kesihatan warga sekolah terutamanya murid-murid. Dengan itu, adalah menjadi

tanggungjawab kita semua menitikberatkan kepentingan amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah.

Di sini dapatlah saya tegaskan amalan kebersihan dan keselamatan sekolah wajarlah menjadi satu

wahana yang penting dalam menjamin kualiti insan. Malahan, menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam

Thye konsep “ Sekolah Selamat” tidak seharusnya terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman

kepada pelajar dan sikap gangster semata-mata, tetapi perlu meliputi aspek keselamatan bangunan,

peralatan dan kemudahan sekolah. Sekolah-sekolah perlu sedar tentang kewujudan dan kepentingan Akta

Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994 serta aplikasinya kepada institusi pendidikan bagi

kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan. Manakala menurut The National Education Association di

Amerika Syarikat, NEA (1996), sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran

yang selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana

guru, staf dan murid-muridnya selamat dari sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologi.

Dengan ini, amat jelaslah bahawa persekitaran sekolah yang bersih dan selamat memainkan

peranan penting dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta melahirkan insan yang

cemerlang dari segi sahsiah dan juga rohani yang menepati nilai JERI.

Page 4: Pendidikan Kesihatan

Tuan, Puan dan hadirin sekalian,

1.2 KEPENTINGAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH

Sebagaimana yang diketahui, pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin

kehidupan manusia dan sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak mempengaruhi

perkembangan dan pertumbuhan manusia. Proses pembelajaran formal yang berterusan akan

mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap pencapaian, bentuk aspirasi dan lain-lain bentuk

kemahiran sosial serta psikologi yang diperlukan dalam kehidupan murid-murid. Persekitran sekolah yang

bersih dan selamat inilah yang akan menjamin kemenjadian personaliti murid-murid tersebut. Dengan

itu, amalan kebersihan ini haruslah dijadikan budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan

seharian. Ini kerana persekitaran sekolah yang bersih dan selamat dapat membentuk sikap dan amalan

serta membina sahsiah pelajar ke arah yang lebih baik. Malahan ianya turut membantu perkembangan

mental yang sihat dan mengurangkan tekanan dikalangan warga sekolah.

Dalam pada itu juga, kebersihan bangunan memberi maksud seluruh bangunan dan kawasan

sekitarnya termasuklah lantai, longkang, dinding dan syiling perlu dibersihkan manakala tempat makan

juga perlu sentiasa bersih, teratur dan selamat (Salleh et al, 2004). Lantaran itu, kita haruslah membuang

sampah basah dan sampah kering secara berasingan bagi menjauhkan binatang yang membawa penyakit

terutamanya lalat dan tikus. Ini kerana kawasan sekolah yang bersih akan mewujudkan suasana kondusif

kepada para pelajar untuk menimba ilmu. Oleh itu, semua warga sekolah haruslah berganding bahu

memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih bagi menjamin kualiti persekitaran yang sihat dan

terhindar dari pencemaran bau dan suasana yang kotor. Dengan ini, kita akan dapat melahirkan generasi

yang sihat dari segi fizikal dan mental serta menanamkan nilai murni dalam diri murid-murid untuk

menjaga kebersihan tanpa mengira tempat dan masa. Malahan ini juga akan mewujudkan cintakan sekolah

dan menjadikan sekolah sebagai syurgaku serta menarik murid-murid agar menghapuskan budaya ponteng

sekolah.

Page 5: Pendidikan Kesihatan

Hadirin yang saya hormati,

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, kebersihan dan keselamatan sekolah amat penting

kerana sebarang kecelakaan yang terjadi di kawasan sekolah mencerminkan imej negatif

kepada sekolah. Sekiranya kawasan sekolah tidak diselenggara dengan baik contohnya seperti

tidak menyediakan penutup longkang atau pun sisa buangan pembinaan dan pembaikpulihan

bangunan seperti zink, papan ataupun serpihan kayu, ini akan mendatangkan bahaya kepada

warga sekolah terutamanya murid-murid. Malahan kemalangan atau kecederaan mungkin akan

berlaku dan akan mengakibatkan sekolah berada dalam risiko keselamatan dan kebersihan.

Dalam pada itu juga ianya akan menjadi punca tempat pembiakan nyamuk aedes dan

seterusnya wabak denggi akan merebak dalam kawasan sekolah. Oleh itu, ianya amat penting

kepada semua warga sekolah menitikberatkan soal kebersihan dan keselamatan. Ini supaya

ianya tidak merosakkan imej atau status sekolah disamping turut menjejaskan tahap

kesihatan dan keselamatan warga sekolah. Bak kata pepatah “mencegah lebih baik daripada

merawat”, ini memberi peringkatan agar tidak menyesal apabila perkara yang tidak diingini

terjadi dan menyelamatkan keadaan sebelum terlambat.

Hadirin sekalian,

1.3 CADANGAN

Langkah utama yang harus dilakukan oleh kita semua warga sekolah dalam memastikan

persekitaran sekolah bersih dan selamat ialah dengan mengadakan gotong-royong berkala.

Ini adalah sejajar dengan saranan kementerian agar persekitaran sekolah sentiasa bersih bagi

mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Melalui gotong-royong berkala ini setiap

warga sekolah terlibat mengikut jadual dan kawasan yang telah ditetapkan. Ini adalah sebagai

salah satu langkah dalam memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dan selamat untuk

warga sekolah. Dalam pada itu juga, ianya akan dapat menerapkan nilai kerjasama dikalangan

warga sekolah seterusnya menjadikan ianya sebagai pengajaran dan pembelajaran merentas

kurikulum. Dengan ini warga sekolah akan berada dalam keadaan selesa serta perasaan

bimbang ibu bapa dapat dihindarkan.

Page 6: Pendidikan Kesihatan

Selain itu, pihak sekolah perlu menyediakan sistem dan prosedur keselamatan bagi

pelajar dan sekolah. Pihak pentadbir sekolah perlulah menjadikan peraturan mengenai

keselamatan sebagai sebahagian daripada Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi

oleh semua pihak termasuk guru-guru,pekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan peraturan

keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan

keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, peraturan di bangunan sekolah seperti

bilik darjah, bengkel, kantin, makmal, disiplin murid dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan

pelajar. Bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah, talian bantuan kecemasan yang

menghubungkan sekolah dengan balai polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat

dan hospital berhampiran perlu diwujudkan sepertimana yang dilakukan oleh bank-bank

perdagangan. Dalam pada itu, usaha pencegahan kebakaran juga perlu dipertingkatkan,

antaranya seperti sistem loceng kecemasan, pelan pencegahan kebakaran, alatan penyembur

api dan sebagainya. Malahan Stephen (1996) mencadangkan supaya pengurusan sekolah

menjalankan program latihan kebakaran sekurang-kurangnya tiga kali.

Seterusnya, adalah mempertingkatkan mutu disiplin pelajar yang mana disiplin

memainkan peranan utama dalam memastikan persekitaran sekolah bersih dan selamat. Ini

kerana disiplin yang konstruktif akan dapat mempengaruhi para pelajar berasa

bertanggungjawab terhadap setiap tingkah lakunya . Keadaan ini akan lebih berkesan apabila

para pelajar telah menerima struktur peraturan dan disiplin sekolah sebagai satu undang-

undang dan bukannya semata-mata mesti dipatuhi kerana dikuatkuasakan oleh pihak pentadbir

sekolah. Dengan ini sedikit sebanyak akan membantu semua warga sekolah berada dalam

persekitaran yang sihat dan selamat. Ini amat penting dalam dunia pendidikan kerana

cerminan generasi pada masa akan datang adalah daripada nilai yang diterapkan pada masa

kini. Malahan melalui disiplin yang konstruktif ini akan dapat melahirkan insan yang

cemerlang dari segi fizikal, mental dan sahsiahnya.

Page 7: Pendidikan Kesihatan

Hadirin sekalian,

1.5 PENUTUP

Secara kesimpulannya, kebersihan dan keselamatan sekolah adalah penting bagi melahirkan

individu yang sihat dan selamat untuk meransang kecemerlangan pembelajaran dari segi JERI selaras

dengan Falsafah Pendidikan Negara. Malahan iklim sekolah selamat diperlukan untuk menggalakkan

perkembangan JERI yang selamat bagi peringkat awal murid-murid. Selain itu, sekolah yang bersih dan

selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan

ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses

pendidikan di sekolah.

Oleh itu, ianya amat penting bagi kita semua warga sekolah berganding bahu dalam memastikan

persekitaran sekolah kita sentiasa bersih dan selamat terutamanya kawasan kantin, bilik darjah, padang

sekolah dan juga stor sukan. Ini bagi menggelakkan isu ini menjadi lebih kronik, ibarat nasi sudah

menjadi bubur. Maknanya ianya sudah terlambat untuk kita mengatasi masalah tersebut. Ini adalah untuk

menjamin tahap kebersihan dan keselamatan sekolah berada pada lebih baik pada masa akan datang

seterusnya meningkatkan imej dan status sekolah di mata masyarakat serta yakin murid-muridnya akan

selamat sepanjang waktu persekolahan. Dengan ini jelaslah bahawa amalan kebersihan dan keselamatan

sekolah memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan pada masa kini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: Pendidikan Kesihatan

2. ANALISIS LAPORAN PEMANTAUAN KANTIN DAN KESIHATAN SEKOLAH

Perkhidmatan makanan sekolah iaitu kantin merupakan tempat utama di mana pelajar-pelajar

memperolehi makanan pada sesi persekolahan. Dengan itu, pihak sekolah tidak boleh mengabaikan

kebersihan dan keselamatan kantin. Sebagaimana tumpuan diberikan kepada kelas dengan pengajaran dan

pembelajarannya, tumpuan juga harus diberikan kepada kantinnya. Ini kerana kantin bukan sekadar

tempat makan, tetapi sebagai tempat di mana pelanggan harus mendapat apa yang dihajati dan berpuas

hati dengan adanya makanan yang bersih, selamat, berkhasiat, segar dan mengenyangkan (Panduan

Pengurusan Kantin Sekolah, 2004). Oleh itu, perkhidmatan makanan di sekolah perlu menyediakan

makanan yang selamat, sesuai dan berkhasiat (Neill, 1980). Pernyataan ini disokong oleh Cleland et al

(2004), menyatakan bahawa makanan yang dijual di kantin sekolah memainkan peranan penting dalam

memastikan pelajar mendapat makanan yang seimbang, berkhasiat, bersih serta selamat. Jeannies (2002),

juga mengatakan bahawa kebersihan dan keselamatan makanan merupakan perkara penting dalam

menyediakan makanan yang sesuai, selamat dan berkhasiat kepada pelajar sekolah.

Dengan ini amatlah wajar pihak sekolah sentiasa memastikan kebersihan dan keselamatan kantin

sekolah berada pada tahap yang cemerlang. Ini bagi memastikan kualiti makanan dan perkidmatan kantin

yang disediakan tidak akan menggugat kesihatan warga sekolah. Berikut adalah senarai semak

pemantauan kantin sekolah dan senarai semak pemantauan kesihatan sekolah yang perlu dipatuhi oleh

pihak sekolah.

SENARAI SEMAK PEMANTAUAN KANTIN SEKOLAH(Penilaian sendiri dan diisi oleh sekolah)

NAMA SEKOLAH: NAMA PENGETUA/GB:NAMA GPK HEM:

NO TEL(P): SESI: ZON: JUMLAH MURID:

Nama guru kesihatan: Nama S/U kantin: Nama S/U 3K:

ASPEK PEMANTAUAN (Tandakan ( pada√ ruang) berkaitan)

BIL PERKARA 0 1 2 3 4 5 Catatan

1. PENGURUSAN KANTIN1.1 AJK Kantin

Page 9: Pendidikan Kesihatan

1.2 Carta Organisasi1.3 Papan kenyataan1.4 Bayaran sewa kantin (bil bayaran)1.5 Bayaran air & api (bil bayaran)

2. SEBUT HARGA KANTIN2.1 AJK Sebut harga2.2 Perjanjian Kantin (2 tahun, atau pelanjutan1 tahun)

2.3Sijil SSM & Sijil Kewangan

2.4 Pendaftaran On Line dengan Kem.Kesihatan Malaysia2.5 Lesen DBKL2.6 Maklumat diri & no tel pengusaha dan pengendali makanan2.7 Sijil suntikan TY2 (pengusaha & pengendali makanan)2.8 Permit/passport bukan warga negara2.9 Sijil kursus pengendalian makanan pengusaha & pengendali

3. SURAT MENYURAT3.1 Pekeliling /surat menyurat/surat siaran/kursus/taklimat3.2 Panggilan mesyuarat/minit mesyuarat3.3 Surat peringatan/teguran/bimbingan /amaran

4. JADUAL PEMANTAUAN4.1 Jadual tugasan guru/AJK kantin4.2 Buku rekod/laporan kantin

5.LAPORAN KENDIRI KANTIN5.1 Borang kendiri 1A (Laporan harian pengusaha kantin)

5.2Borang kendiri 2(Laporan bulanan oleh GPK HEM /ajk kantin)

6. ADUAN KANTIN7. FAIL KES KERACUNAN MAKANAN

8. FAIL AKTIVITI KANTIN8.1 Pertandingan kantin bersih8.2 Hari kantin

8.3Rekod kejayaan (anugerah/sijil penyertaan)

Pemarkahan: 0=Tiada , 1=lemah, 2=kurang memuaskan, 3=memuaskan ,4=baik,5=cemerlang

T.T Pemantau/cop: Tarikh pemantauan:

SENARAI SEMAK PEMANTAUAN KESIHATAN SEKOLAH(Penilaian sendiri dan diisi oleh sekolah)

NAMA SEKOLAH: Alamat: ZON:

NO TEL SEK : SESI: JUMLAH MURID:

Pengetua/GB: PK HEM: Guru Kesihatan:

Page 10: Pendidikan Kesihatan

ASPEK PEMANTAUAN(Tandakanpadaruang(berkaitan)√ )

BIL PERKARA 0 1 2 3 4 5 Catatan

1. PENGURUSAN KESIHATAN

1.1 Jawatankuasa

1.2 Minit Mesyuarat

1.3 Perancangan Tahunan/ Bulanan

1.4 Surat Pekeliling /Siaran

1.5 Buku Panduan/Rujukan/poster/risalah/

1.6 Kotak First Aid

2. BEBAS DENGGI

2.1 Fail Senarai Murid /guru/pekerja positif denggi

2.2 Tindakan sekolah

2.3 Aktiviti program bebas denggi (Hari kesihatan)

2.4 Senarai semak bulanan membasmi wabak denggi

2.5 Tugas flying skuad

3. BILIK RAWATAN

3.1 Peralatan Kesiahatan (Thermometer,ukur tinggi/berat)

3.2 Disediakan katil,cadar,bantal,selimut

3.3 Buku rekod penggunaan

3.4 Tatacara penggunaan Bilik Rawatan

3.5 Jadual tugas AJK

Page 11: Pendidikan Kesihatan

3.6 Kebersihan dan keceriaan Bilik Rawatan

4. FAIL PENYAKIT BERJANGKIT

4.1 HFMD (Tangan Kaki dan Mulut)

4.2 H1N1

4.3 Campak,sakit mata ,beguk,cacar air,malaria,kolera dll

5. FAIL PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

5.1 Kanser,Kencing manis ,Darah Tinggi ,jantung dll

6. PERKHIDMATAN KESIHATAN

6.1 Jadual Imunisasi (Tahun 1,Tahun 6 dan Tingkatan 1)

6.2 Buku Rekod Kesihatan (RKM 1) simpan di tempat khas.

6.3 Jadual lawatan / pemeriksaan kesihatan dan pergigian

7. KES KECEMASAN

7.1 Keracunan makanan

7.2 Melecur (terbakar) Histeria,gigitan serangga,luka ringan.

8. Fail Program Susu 1 MalaysiaPemarkahan: 0=Tiada,1=Lemah,2=Kurang memuaskan,3=Memuaskan,4=Baik,5=Cemerlang.

T.T Pemantau /Cop Tarikh Pemantauan

Page 12: Pendidikan Kesihatan

2.1 DATA YANG DIPEROLEHI DARIPADA PEMANTAUAN

BIL PEMANTAUAN TIADA LEMAH KURANG MEMUASKAN MEMUASKAN BAIK CEMERLANG1 PENGURUSAN KANTIN 52 SEBUT HARGA KANTIN 43 SURAT MENYURAT 34 JADUAL PEMANTAUAN 35 LAPORAN KENDIRI KANTIN 26 ADUAN KANTIN 27 FAIL KES KERACUNAN MAKANAN 38 FAIL AKTIVITI KANTIN 2

PEN

GU

RUSA

N K

AN

TIN

SEBU

T H

ARG

A K

AN

TIN

SURA

T M

ENYU

RAT

JAD

UA

L PE

MA

NTA

UA

N

LAPO

RAN

KEN

DIR

I KA

NTI

N

AD

UA

N K

AN

TIN

FAIL

KES

KER

ACU

NA

N M

AKA

NA

N

FAIL

AKT

IVIT

I KA

NTI

N

1 2 3 4 5 6 7 8

0123456

TIADALEMAHKURANG MEMUASKANMEMUASKANBAIKCEMERLANG

Rajah Pemantauan Kantin Sekolah Keb. Yan Kechil, Yan.

14

Page 13: Pendidikan Kesihatan

BIL PERKARA

TIADA

LEMAH

KURANG MEMUASKAN

MEMUASKAN

BAIK

CEMERLANG

1 PENGURUSAN KESIHATAN 52 BEBAS DENGGI 43 BILIK RAWATAN 3

4FAIL PENYAKIT BERJANGKIT 4

5FAIL PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT 4

6PERKHIDMATAN KESIHATAN 4

7 KES KECEMASAN 3

8FAIL PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA 5

PEN

GU

RUSA

N K

ESIH

ATA

N

BEBA

S D

ENG

GI

BILI

K RA

WA

TAN

FAIL

PEN

YAKI

T B

ERJA

NG

KIT

FAIL

PEN

YAKI

T TI

DA

K BE

RJA

NG

KIT

PERK

HID

MA

TAN

KES

IHA

TAN

KES

KECE

MA

SAN

FAIL

PRO

GRA

M S

USU

1 M

ALA

YSIA

1 2 3 4 5 6 7 8

0123456

TIADALEMAHKURANG MEMUASKANMEMUASKANBAIKCEMERLANG

Rajah Pemantauan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Yan Kechil, Yan.

14

Page 14: Pendidikan Kesihatan

2.2 LAPORAN PEMANTAUAN KANTIN DAN KESIHATAN SEKOLAH

KEBANGSAAN YAN KECIL, YAN.

Sekolah kebangsaaan Yan Kechil merupakan sekolah dalam kategori bandar bagi daerah

Yan, Kedah. Jumlah pelajarnya adalah seramai 492 orang dan guru 41 orang bersama 11 orang

staff termasuk pekerja sekolah. Oleh kerana bilangan warga sekolah yang agak ramai, isu

kebersihan dan keselamatan kantin dan kesihatan sekolah perlu dititikberatkan dalam menjamin

kualiti pengajaran dan pembelajaran menepati aspek abad 21 yang disarankan oleh pihak

Kementerian Pendidikan.

Ekoran daripada itu, dapatan daripada hasil pemantauan yang dijalankan pada 26hb Jun

2015 dengan menggunakan senarai semak pemantauan kantin sekolah dan senarai semak

pemantauan kesihatan sekolah mendapati hampir keseluruhan Sek. Keb. Yan Kechil, Yan

mematuhi piawaian yang ditetapkan. Malahan ianya meliputi pada tahap yang memuaskan bagi

setiap kategori pemantauan. Namun terdapat juga kategori yang perlu penambahbaikan dan

diperbaiki kualitinya bagi memastikan keadaan kantin dan tahap kesihatan warga sekolah

terjamin daripada sebarang risiko yang boleh memudaratkan warga sekolah. Jika ditinjau dari

segi pemantauan kantin, pihak sekolah perlu memberi perhatian yang lebih khusus kepada

laporan kendiri kantin yang meliputi laporan pengusaha kantin dan laporan bulanan oleh GPK

HEM atau AJK Kantin yang mana ianya terletak pada tahap kurang memuaskan berdasarkan

daripada pemantauan yang dijalankan. Walaupun pihak sekolah menyediakan borang kendiri 1A

dan Borang kendiri 2, namun ianya tidak dicatatkan laporannya secara terperinci pada setiap

butiran. Malahan terdapat juga ruangan tersebut tidak diisi oleh pengusaha kantin mengikut

tarikh yang ditetapkan.

Dalam pada itu juga, tiada peti aduan kantin yang disediakan oleh pihak sekolah dalam

memastikan ketidakpuashatian warga sekolah menyuarakan pendapat atau pun permasalahan.

Berdasarkan daripada pemantauan juga pihak pentadbir hanya menyediakan borang aduan yang

hanya boleh didapati di pejabat sekolah jika terdapat sebarang aduan terhadap pengusaha kantin.

Ini akan menyukarkan murid-murid atau pelajar membuat sebarang aduan terhadap

permasalahan yang mereka hadapi ketika berurusan dengan pihak kantin. Malahan berdasarkan

borang aduan yang diterima oleh pihak pentadbir juga tiada tindakan susulan yang diambil

menangani aduan tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan warga sekolah terpaksa menerima

apa yang disediakan oleh pengusaha kantin dan pihak pentadbir sekolah.

14

Page 15: Pendidikan Kesihatan

Selain itu, aktiviti kantin seperti pertandingan kantin bersih, Hari Kantin dan rekod

kejayaan kantin juga berada pada tahap kurang memuaskan, di mana aktiviti tersebut tidak

dijalankan seperti mana yang sepatutnya mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh

kementerian. Di sini juga terdapat keciciran maklumat yang sepatutnya direkodkan dan diambil

tindakan oleh pentadbir sekolah dan juga ahli jawatankuasa kantin sekolah. Malahan aktiviti

kantin tersebut tidak dijalankan oleh pihak sekolah. Ini mendatangkan kekecewaan dalam diri

pemantau terhadap pihak sekolah yang tidak menitiberatkan isu tersebut.

Dalam pada itu juga, berdasarkan jadual dan rajah data tersebut, pemantau mendapati

hanya dua item yang kurang memuaskan dalam pemantauan kesihatan Sekolah Kebangsaan Yan

Kechil, Yan. Ianya meliputi bilik rawatan dan kes kecemasan. Ini berikutan daripada hasil

pemantauan, bilik rawatan yang disediakan tidak diselenggara dengan baik dan berkongsi ruang

dengan bilik JQAF. Malahan kedudukannya juga tidak bersesuaian kerana bilik tersebut

bersebelahan dengan tandas murid. Selain itu, akibat keusangan bangunan bilik tersebut

mengalami kemendapan daripada air kumbahan tandas murid. Dengan itu, ianya memberikan

ketidakselesaan kepada pelajar yang sakit ditempatkan di bilik tersebut. Selain itu, peralatan

kesihatan juga tidak terdapat di dalam bilik rawatan tersebut, sebaliknya hanya terdapat katil,

bantal, cadar dan selimut sahaja. Malahan buku rekod penggunaan serta tatacara penggunaan

bilik rawatan juga tidak ada sebaliknya bilik tersebut dipenuhi dengan bahan-bahan JQAF. Di

sini mencerminkan ketidakprihatinan pihak pentadbir sekolah dalam menangani isu kesihatan

warga sekolah dan memandang remah terhadap penggunaan bilik rawatan.

Seterusnya adalah kes kecemasan yang melibatkan keracunan makanan, histeria, gigitan

serangga dan luka ringan. Kebanyakkan kes-kes tersebut tidak direkodkan di dalam fail

terutamannya kes gigitan serangga. Malahan daripada pemantauan juga mendapati kes-kes

kecemasan ini tidak dititikberatkan sebaliknya pihak sekolah melepaskan tanggungjawab

tersebut kepada pihak hospital, memandangkan lokasi sekolah tersebut berdekatan dengan

hospital. Dalam pada itu juga, warga sekolah tidak didedahkan dengan kemahiran bantu mula

jika terdapat kes-kes kecemasan. Ini akan memberi risiko kepada warga sekolah jika kemalangan

berlaku. Dalam pada itu juga, rekod-rekod kes kecemasan yang tidak dikemaskini

berkemungkinan akan memberikan impak yang berisiko tinggi jika sesuatu perkara berlaku pada

murid yang sama berulang kali. Ini akan menjejaskan tahap kesihatan dan keselamatan murid

tersebut. Oleh itu, pihak sekolah perlu memandang serius terhad kes-kes kecemasan ini bagi

14

Page 16: Pendidikan Kesihatan

mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

2.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BERDASARKAN SENARAI SEMAK

PEMANTAUAN KANTIN DAN KESIHATAN SEKOLAH.

Ekoran daripada pemantauan yang dijalankan berdasarkan senarai semak pemantauan

kantin dan kesihatan sekolah beberapa tindakan wajar diambil oleh pihak sekolah bagi

memastikan kualiti kantin dan kesihatan sekolah berada pada tahap cemerlang. Antaranya adalah

dengan melaksanakan tindakan yang tegas dan konsisten terhadap pengendalian pengurusan

kantin. Ini kerana kantin sekolah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan warga

sekolah, oleh itu tahap kebersihan dan pengurusannya perlu dititikberatkan oleh pihak sekolah.

Malahan pihak sekolah terutamanya guru besar perlu memainkan peranan yang penting dalam

memastikan ahli jawatankuasa kantin dalam memastikan laporan kendiri kantin direkodkan

dengan sistematik dan terperinci. Ini bagi memastikan tiada keciciran maklumat yang boleh

menyebabkan kesihatan murid-murid terjejas. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Dudley (1998),

bahawa haiwan merupakan pembawa bakteria dan boleh menyebabkan pencemaran makanan.

Begitu juga dengan binatang tidak dibenarkan berada di dalam premis makanan (Jurnal

Pengguna Malaysia, 2002). Jika maklumat ini tidak direkodkan dalam laporan kendiri kantin,

maka penyebaran wabak penyakit akan berlaku dan seterusnya menjejaskan kesihatan warga

sekolah.

Selain itu pihak sekolah juga perlulah mengadakan gotong- royong perdana bersama

sarana ibu bapa bagi membaikpulih bilik rawatan yang kurang memuaskan serta melengkapkan

keperluan bilik rawatan. Ini bagi memastikan keselesaan murid-murid yang sakit ketika berada

dalam bilik tersebut. Dengan ini juga ibu bapa akan menyedari keperluan-keperluan anak-anak

mereka ketika berada dalam kawasan persekolahan. Begitu juga dengan keceriaan bilik rawatan

tersebut yang mana ianya akan dapat menenangkan emosi pesakit ketika berada di dalam bilik

rawatan. Oleh itu, amat penting dan wajar pihak sekolah bekerjasama dengan pihak PIBG dalam

mengatasi masalah bilik rawatan yang uzur dan kedudukan yang tidak bersesuaian. Daripada

kerjasama gotong –royong perdana ini juga akan sedikit sebanyak dapat memperbaiki

kelemahan bilik rawatan tersebut memandangkan Sekolah Kebangsaan Yan Kechil kekurangan

bilik sedangkan bilangan pelajar makin bertambah.

14

Page 17: Pendidikan Kesihatan

Seterusnya, mengadakan kursus latihan kecemasan atau bantu mula kepada warga

sekolah dengan kerjasama pihak hospital dan bomba. Ini amat penting kepada warga sekolah

jika sebarang kecemasan berlaku, warga sekolah dapat mengatasinya dan tidak mudah panik.

Malahan melalui kursus dan latihan ini juga akan dapat membantu warga sekolah memahami dan

mematuhi peraturan keselamatan ketika berada di dalam kawasan sekolah. Ini kerana kecelakaan

boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira temapat dan situasi. Jika langkah awal

tidak diambil maka risiko bahaya dalam persekitaran sekolah akan meningkat dan seterusnya

menjejaskan kualiti persekitaran pembelajaran murid-murid. Bak kata pepatah “ menyesal

dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya lagi”, malahan ini juga jelas berdasarkan

teori Motivasi Maslov, setelah tahap keperluan mendapatkan makanan seseorang itu dipenuhi

maka seseorang itu juga perlukan keselamatan. Dengan itu, amatlah wajar pihak sekolah

memastikan semua warga sekolah mengikuti latihan kecemasan sebagai langkah keselamatan

ketika berada di kawasan sekolah.

Dalam pada itu juga, penubuhan jawatan kuasa khas melibatkan guru dan ibu bapa

bagi memantau dan mengkaji tahap kebersihan, keselamatan dan kesihatan sekolah pada tahap

yang memuaskan. Malahan melalui jawatankuasa ini juga pelbagai pandangan dan pendapat atau

pun permasalahan yang dihadapi dapat disuarakan serta ketirisan maklumat dapat dielakkan.

Selain itu, ianya juga akan membantu pihak sekolah untuk membuat penambahbaikan terhadap

struktur pentadbiran dalam memastikan kebersihan, keselamatan dan kesihatan warga sekolah

dalam keadaan terkawal seterusnya meningkatkan imej sekolah di sekitar komuniti dan kawasan

setempat. Di sini jelaslah bahawa, isu ini tidak boleh dipandang remeh oleh warga sekolah

kerana ianya akan memberikan perpekstif yang buruk terhadap sekolah. Dengan adanya

jawatankuasa ini akan sedikit sebanyak membantu memudahkan urusan pengurusan sekolah di

samping meningkatkan kualiti kebersihan, keselamatan dan kesihatan sekolah.

14

Page 18: Pendidikan Kesihatan

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

3. PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa kebersihan, keselamatan dan

kesihatan sekolah memainkan peranan yang penting dalam membentuk warga sekolah yang sihat

dari segi emosi, jasmani dan psikologi. Malahan ianya juga bertepatan dengan matlamat dan

Falsafah Pendidikan yang mementingkan JERI. Malahan keselamatan di sekolah adalah satu

aspek penting yang perlu diberikan perhatian serta menjadi tanggungjawab utama semua warga

sekolah. Ini kerana kemalangan yang dialami boleh mengakibatkan kecederaan ke atas tubuh

badan, gangguan pemikiran, tekanan jiwa atau kemungkinan membawa maut. Oleh itu aspek

keselamatan sekolah perlu menjadi isu yang serius dan perlu ditangani oleh semua pihak

terutamanya warga sekolah. Begitu juga dengan kebersihan persekitaran sekolah yang mampu

meransang emosi pelajar untuk belajar dan menguasai ilmu.

Tidak disangkalkan lagi ketiga-tiga komponen ini amat penting kepada warga sekolah

dalam melahirkan generasi yang sihat dan berketrampilan pada masa akan datang di samping

menerapkan nilai-nilai murni.Oleh itu, kita perlu memainkan peranan dalam semua aspek bagi

memastikan tahap kebersihan, keselamatan dan kesihatan sekolah sentiasa terjamin sebagaimana

yang termaktud dalam piagam pelanggan dan pekeliling sekolah.

Page 19: Pendidikan Kesihatan

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

Rujukan

Dr Norkhalid Salimin, et.al (Disember 2012), Open Universiti Malaysia, HBHE 2203Kesihatan

Diri dan Keluarga.Meteor Doc Sdn. Bhd.

Mohd Noorazam, et.al (Disember 2013), Open Universiti Malaysia, HBHE 3203 Kebersihan

Dan Keselamatan Persekitaran.Meteor Doc Sdn. Bhd.

Norazhan Che Lan, et.al (Ogos 2012), Open Universiti Malaysia, HBHE 2103Program

Bersepadu Sekolah Sihat.Meteor Doc Sdn. Bhd.

Raminah Hj. Sabran (2013), Bahasa Melayu STPM, Contoh Karangan Terbaik.

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

http://terataksalju8182.blogspot.com/2011/04/amalan-kebersihan-sekolah.html

http://myxsement.blogspot.com/2012/03/f-bersyukur-kepadaallah-s.html

http://sipenmerah.blogspot.com/2013/03/3-k-kebersihan-keceriaan-dan-keselamatan.html-9/6/2015

Page 20: Pendidikan Kesihatan

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

LAMPIRAN