5
PENGAKUANKU Namaku Mas XXXX , tapi teman-temanku di sekolah tempat aku mengajar memanggil Za sahaja. Umurku 31 tahun, walaupun guru- guru di sekolahku mengatakan umurku tak melebihi 25 tahun. Memang aku sentiasa bersenam yoga dan menjaga bentuk badanku agar sentiasa kelihatan ramping dan langsing. Cuma akhir-akhir ni aku taklagi ke kelas yoga. Dengar kata senaman yoga haram. Tak taulah aku. Ceritanya begini : Suamiku seorang guru, mengajar di sekolah lain. Telah enam tahun kami berkahwin tapi belum dikurniakan seorang anak pun. Keluarga suamiku dan keluargaku selalu bertanya bila kami akan menimang anak. Dengan selamba suamiku mengatakan mungkin tiada rezeki. Di rumah kami selalu berbincang mengenai perkara ini. Berbagai-bagai cara telah kami lakukan. Pelbagai petua telah kami ikuti tapi tidak juga menampakkan hasilnya. Suatu hari keluarga suamiku menyarankan agar kami mengambil anak angkat. Suamiku belum bersedia. Dia masih mengharapkan anak hasil zuriatnya sendiri. Masalahku bermula apabila aku terdengar percakapan suamiku dengan mertuaku. Mertuaku menyarankan agar suamiku kahwin lain. Dia kata aku mandul kot. Aku belum bersedia bermadu dan aku masih sayang suamiku. Aku menceritakan masalah yang aku hadapi kepada Hayati, kawanku. Hayati menyarankan agar aku mendapat bantuan dukun siam. Dia memberi alamat dan no. telefon dukun tersebut kalau-kalau aku bersedia. "Masalah akupun macam kau juga. Sepuluh tahun aku berkahwin, tak juga dapat anak. Selepas aku bertemu dukun siam tersebut aku mengandung. Sekarang aku ada anak dua," Hayati menceritakan panjang lebar. Aku tertarik juga dengan cerita Hayati, apalagi mengenangkan aku akan dimadu. Aku memberitahu suamiku perkara ini, suamiku bersetuju. Kita perlu berikhtiar, katanya. Malam itu aku menelefon bomoh siam tersebut dan dia sedia menerimaku petang esok selepas waktu sekolah. Suamiku tak dapat menemaniku kerana ada aktiviti di sekolahnya. Selepas sekolah keesokannya, aku memandu Civicku ke alamat yang diberi oleh Hayati. Jarak rumahku ke rumah dukun kira-kira satu jam perjalanan. Rumah dukun tersebut agak di hujung kampung di suatu penempatan masyarakat siam di utara Malaysia. Rumah sederhana besar itu merupakan rumah dua tingkat. Bahagian bawah berdinding simen sementara bahagian atas berdinding papan dan beratap asbestos. Setibanya di halaman rumah, aku disambut oleh seorang lelaki siam separuh baya. Dia hanya memakai kain pelikat dan baju T putih. "Nama saya Boonlert, tapi orang kampung memanggil saya Pak Boon sahaja," Pak Boon memperkenalkan dirinya dalam bahasa melayu pelat

PENGAKUANKU

  • Upload
    mawar

  • View
    133.210

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sebuah kisah rumah tangga yang menyinggahi tekanan perasaan si isteri yang terlalu terdesak akibat ketiadaan anak, dan sering disalahkan oleh keluarga suami. Bagi si suami, ini merupakan alasan atau lesen untuk berkahwin lagi sedangkan diri sendiri ada kekurangan batiniah.SESUAI UNTUK BACAAN ORANG DEWASA SAHAJA

Citation preview

Invalid document format