Upload
nur-syahida
View
251
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Â
Citation preview
2.3 Prinsip Operasi Pengurusan Islam
Nama Pensyarah : Encik Abu Bakar bin Zulkifli
Nama Ahli Kumpulan : Nor Fatihah Bt Mohd Tahir
(26DAT14F2027)
: Nor Fazila Bt Mohd Tahir
(26DAT14F2008)
: NorMarina Bt Taher
(26DAT14F2011)
: Che Farah Nur Azliza Bt Che
Meow
(26DAT14F2005)
: Nur Syahida bt Jafri
(26DAT14F2028)
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGENALAN
2.3 PRINSIP OPERASI PENGURUSAN
ISLAM
2.3.1 KETAATAN KEPADA ORGANISASI
2.3.2 MENGAMBIL KIRA MASLAHAH
2.3.3 PEMILIHAN KERJA YANG LAYAK
DENGAN KERJA YANG BAKAL
DILAKUKAN
2.3.4 PEMBERIAN KERJA ATAU
PENYERAHAN TUGAS YANG
BERPADANAN DENGAN KELAYAKAN
INDIVIDU
2.3.5 PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA
WAJAR DALAM PENGURUSAN TUGAS
2.3.6 PEMBERIAN GANJARAN YANG
BERPATUTAN
2.3.7 ARAHAN YANG BERPUSAT DARI
SEORANG KETUA
2.3.8 PENGAWASAN DAN KAWALAN
PEKERJA
2.3.9 AMANAH DALAM PENGURUSAN
2.3.10 LATIHAN BINA IHSAN
2.3.11 KEBAJIKAN PEKERJA
2.3.12 PENJAGAAN HAK WAJIB PEKERJA
ISLAM
2.3.13 SEMANGAT PERSAUDARAAN
DALAM KERJA BERPASUKAN
KESIMPULAN
PENGENALAN
Antara perkara asas dalam akidah Islam ialah Allah SWT tidak melakukan sesuatu secara
sia-sia. Bahkan semuanya diatur dengan bijaksana oleh Allah SWT untuk kebaikan umat
manusia. begitu juga dalam pensyariatan hukum dan pengurusan dalam Islam, Allah SWT tidak
mensyariatkan mana-mana hukum dengan sia-sia tanpa hikmah dan kebijaksanaan .
Begitu juga dalam bidang pengurusan Islam. Ia diatur dengan sempurna oleh Allah SWT
untuk membimbing manusia mengatur dan mengurus alam dengan tidak menyalahi syariat dan
sunnatullah. Matlamat pengurusan Islam tidak lain adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah
SWT , sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKU”.
2.3 Prinsip operasi pengurusan Islam
Pengurusan Islam telah memperluas prinsip operasi ini dengan membezakan pengurusan
Islam dan moden.Berdasarkan prinsip operasi pengurusan islam , pengurus melaksanakan kerja-
kerja pengurusan mengikut seperti yang dikehendaki oleh islam menurut Azman Che Omar
(2003) iaitu :
2.3.1 Ketaatan kepada organisasi
Ketaatan ini merujuk kepada seorang pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya.
Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak
bercanggah dengan islam, maka kewajipan pekerja mematuhi arahan . Meskipun begitu terdapat
lagi beberapa factor yang mesti diambil kira bersama bagi menjadikan arahan tersebut sebagai
sesuatu yang mesti diterima iaitu arahan tersebut mestilah berada dalam bidang kuasa pengurus
tersebut. Manakala kerja yang disuruh terdapat dalam deskripsi kerja dan kerja tersebut boleh
dilakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja.
Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk :
a. Kesetiaan kepada organisasi
Seorang pengurus mesti setia kepada organisasi. Beliau tidak boleh mengambil tindakan
yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya. Keputusan yang dibuat juga
perlu berhati-hati supaya tidak membawa kepada kerugian syarikat. Setiap yang diputuskan tidak
boleh membelakangkan kepentingan syarikat seperti membekalkan maklumat rahsia
organisasinya kepada organisasi pesaing atau bekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam
satu-satu masa.
b . Kepatuhan kepada disiplin
Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang
bekerja di dalamnya. Tanpa disiplin , operasi organisasi akan menjadi kacau bilau dan akibatnya
akan memusnahkan organisasi. Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan atau pihak atasan
bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerja
dan diri pengurus itu sendiri.
2.3.2 Mengambil kira maslahah
Maslahah ialah perniagaan kepentingan tertentu yang dimiliki atau sepatutnya dimiliki oleh
pihak tertentu. Abdul Wahab Arbain dalam manual UIS 304: pentadbiran islam 1 menitik berat
kepentingan maslahah ini yang perlu dijaga dalam islam ialah agama , keselamatan , intelektual ,
kehormatan dan harta benda. Dengan sendirinya dalam praktis pengurusan , kepentingan tersebut
wajib diambilkira apabila seorang pengurus mengambil sesuatu tindakan atau membuat
keputusan.Dalam pengurusan islam , maslahah besar perlu diutamakan daripada maslahah kecil.
Oleh itu, maslahah masyarakat lebih penting daripada maslahah organisasi.Manakala maslahah
organisasi pula perlu diutamakan daripada maslahah individu.
Individu mesti bekerja bagi menyara kehidupan sendiri. Dalam islam kerja menjadi sesuatu
kewajipan bagi lelaki yang berkahwin. Dengan bekerja seorang suami mampu menanggung
kehidupan keluarganya melalui upah yang diterima. Maka, beliau boleh menjaga pelbagai
maslahah tersebut demi kebahagian keluarganya di dunia dan akhirat. Oleh demikian , kehidupan
organisasi openting bagi mencapai maslahah individu yang seterusnya mewujudkan keamanan
dalam masyarakat.
Organisasi menyediakan peluang bagi penduduk tempatan bekerja
didalamnya.Walaubagaimanapun islam tidak mengiktiraf organisasi yang terlibat dengan
perniagaan haram meskipun ia menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir semua penduduk
disitu.Islam meletakkan perniagaan yang haram sebagai satu perniagaan yang tidak membawa
keuntungan kepada maslahah masyarakat.
Selain dari maslahah organisasi, sesebuah organisasi juga harus memikir maslahah individu
tertentu berdasarkan keperluan yang dikehendaki islam.Perbezaan yang jelas antara individu
ialah jantina.Islam mengiktiraf lelaki sebagai pencari dan pemberi nafkah kepada isteri dan anak-
anak. Maka , dengan sendirinya tanggungjawab seorang lelaki itu lebih berat berbanding dengan
wanita. Dengan demikian , islam menyarankan supaya ganjaran bagi pekerja lelaki yang
berkahwin diberi lebih dari pekerja wanita dan pekerja bujang.Islam menitikberatkan dan
mengamalkan prinsip memilih mudharat yang lebih kecil adalah lebih baik daripada mudharat
yang lebih besar iaitu lebih baik membuang sebilangan besar pekerja daripada menutup
organisasi tersebut yang akhirnya semua individu di dalam syarikat tersebut tidak bekerja.
Maka dalam perbezaan tanggungjawab lelaki dan perempuan juga mempengaruhi proses
memberhentikan pekerja yang dalam hal ini pekerja lelaki yang berkahwin dan mempunyai
tanggungan merupakan golongan terakhir sekali diberhenti selepas daripada golongan lain.
Sekiranya mereka diberhenti terlebih dahulu daripada golongan lain ,sudah tentu kehilangan
pendapatan akan mempengaruhi kehidupan rumah tangga. Keluarga yang porak peranda akan
merosakkan keharmonian masyarakat. Hakikat daripada pernyataan diatas jelas menunjukkan
bahawa maslahah masyarakat lebih diutamakan daripada maslahah organisasidan individu
perseorangan.
2.3.3 Pemilihan kerja yang layak dengan kerja yang bakal dilakukan
Dalam pengurusan islam majikan mempunyai hak dalam memilih pekerja .
Walaubagaimanapun , pekerja yang dipilih mestilah sesuai dan layak. Pekerja yang layak tidak
semestinya mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang baik ataupun pengalaman yang
luas. Organisasi hari ini telah meletakkan kriteria-kriteria tertentu bagi proses menyaring pekerja.
Diantara faktor yang diambilkira ialah:
i.kesesuaian sikap dan kelakuan pekerja
Sikap dan kelakuan ini merupakan akhlak yang menjadi rutin pekerja untuk
mempamerkannya. Apabila majikan mengutamakan nilai ini maka budaya kerja organisasi akan
mantap. Akhlak mendorong seseorang untuk tidak mengambil rasuah , curi tulang , mengampu
dan sebagainya. Ini bermakna pekerja yang akan dipilih perlu serasi dan sesuai dengan nilai dan
fahaman yang dikongsi bersama dalam organisasi.
ii.organisasi islam akan mengutamakan pekerja islam
Hal ini menyebab hanya pekerja islam yang faham dan boleh mempraktiskan kerja sebagai
satu ibadah untuk disesuaikan dengan budaya dan persekitaran dalaman sesebuah organisasi
islam.
Oleh hal yang demikian , pemilihan pekerja amat memberi kesan terhadap organisasi dan
penting dalam menjayakan visi dan misi organisasi. Sesebuah organisasi akan menghadapi
masalah jika tersilap memilih pekerja. Antaranya :
1. Pihak pengurusan perlu mengikuti prosedur yang tertentu sekiranya mereka mahu memecat
pekerja tersebut. Apa yang jelas ialah pihak pengurusan tidak boleh memecat pekerja dengan
sewenang-wenangnya dan sesuka hati. Jika pihak pengurusan memecat pekerja tanpa prosedur
yang betul , mereka akan menghadapi masalah sekiranya pekerja tersebut menyaman organisasi
tersebut terhadap tindakan pemecatan yang tidak sah dan mahkamah seterusnya membuat
keputusan supaya mengambil balik mereka bekerja semula di organisasi itu.
2 .Prestasi pekerja tersebutmenjadi lemah dengan hasil kerja yang dibuat mungkin kurang
sempurna dan tidak berkualiti. Prestasi yang lemah akan menjejaskan produktiviti organisasi dan
sekiranya pekerja tersebut terlibat dengan perkhidmatan pelanggan, kemungkinan hal ini akan
memberikan imej yang negatif bagi organisasi tersebut.
3. Kos operasi akan meningkat sekiranya sesebuah organisasi berusaha untuk memperbetulkan
kelemahan pekerja tersebut melalui latihan. Masalah utama latihan ialah kesukaran menentukan
sama ada latihan itu berjaya atau tidak untuk memperbaiki kelemahan pekerja terutamanya
latihan yang melibatkan perubahan sikap dan kelakuan.
.
2.3.4 Pemberian kerja atau penyerahan tugas yang berpadanan dengan kelayakan individu
Apabila individu tersebut diambil bekerja maka menjadi kewajipan majikan untuk
memberitahu jenis dan bentuk pekerjaan yang akan dilakukan. Ia lebih dikenali sebagai
penentuan bidang tugas. Pemberian kerja perlu diperhatikan betul-betul dengan melihat kepada
faktor-faktor berikut:
i.Bidang tugas perlu sesuai yang fitrah individu.
Dalam islam , tidak semua kerja sesuai untuk lelaki dan wanita. Bagi pekerjaan yang berat
yang memerlukan kekuatan fizikal sudah tentu ianya sesuai untuk lelaki. Manakala tugas yang
memerlukan pemerhatian peribadi seperti jururawat pula amat sesuai dengan fitrah wanita.
ii.Bekerja dengan syarat utama kelayakan akademik.
Setiap pemberian tugas perlu menitikberatkan juga kelayakan akademik. Menjadi kesalahan
jika bidang tugas jurutera diberi kepada tukang masak. Walaupun tukang masak mempunyai
identiti yang baik.
iii.Pengalaman , kebolehan dan personaliti pekerja.
Jika sekiranya pekerja diberi kerja yang berlainan dengan tugas dan kepakaranya , maka
pengurus perlu memberi latihan kepada pekerja yang sesuai supaya pekerja mampu melakukan
kerja tersebut.
iv.Boleh mematuhi arahan ketua dari semasa ke semasa.
Dalam pemberian tugas , majikan perlu menilai tahap kepatuhan pekerja kepada kontrak
pekerjaan yang menjadi asas penentuan hak bagi pihak pengurusan dan hak bagi pekerja. Arahan
tersebut hendaklah berkaitan dengan kerja dan tugas yang dilakukan supaya dengan sendirinya
menjadi kewajipan organisasi memberikan keterangan yang jelas tentang bidang dan tugasan
seorang pekerja agar arahan yang dilaksanakan tidak diingkari.
Menurut Ahmad Berek (1994)menyatakan bahawa setiap tugasan mempunyai tiga bahagian
utama yang diklasifikasikan kepada:
i.Tugasan rutin atau kebiasaan menurut skop bidang tugas.
ii.Peningkatan berterusan melalui keperluan produk ,perkhidmatan ,system, strategi,
prosedur,kualiti dan produktiviti.
iii.Inovasi bagi memenuhi keperluan pelanggan dan bersaing dengan pesaing.
Semua peringkat pengurusan perlu mengenalpasti bahagian tugas yang membawa kepada
kesan pengurusan. Rajah 2.1 di bawah menunjukkan tentang trend pengurusan tugas bagi
pelbagai peringkat pengurusan.
Pengurusan
Pengurus
Executives
Supervisors
Workers
1.Rutin 2.Peningkatan berterusan 3.Inovasi
3
2
1
2.3.5 Penurunan Autoriti dan Kuasa Wajar dalam Pengurusan Tugas
Seseorang pengurus tidak boleh melakukan semua kerja dalam jabatannya. Dengan
sendirinya pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja. Pengurusan akan
memilih kerja yang sesuai untuk diserahkan kepada pekerja. Setiap pekerja mempunyai
tanggungjawab tersendiri mejalankan tugas masing-masing.
Dalam memberikan kerja , seseorang pengurus mesti memberikan pekerja tersebut autoriti dan
had kuasa bagi membolehkan beliau menjalankan tugas dengan cekapdan berkesan. Sekiranya
kuasa yang diberikan itu kurang wajar dengan autoriti kerja , sudah tentu pekerja tersebut akan
menghadapi masalah dalam menjalankan tugas nanti. Kejayaan penurunan kuasa sama ada
kepada pekerja bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak sebahagian besarnya kepada
kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka.
Selepas sahaja sesuatu kerja diberikan kepada orang bawahan dengan penyerahan autoriti
yang berpadanan daripada pengurus , maka pekerja tersebut dipertanggungjawabkan kepada
pengurus terhadap prestasi kerja yang dibuat. Pertanggungjawaban ditakrifkan sebagai sesuatu
tugasan yang membawa bersama tanggungjawab tertentu bagi pekerja yang dalam hal ini mereka
bertanggungjawab terhadap pencapaian objektif kerja yang telah dinyatakan dalam bidang
tanggungjawab tersebut.
A .Autoriti
Seorang pengurus ialah seorang yang berautoriti dalam mengurus pekerjanya. Autoriti ialah
suatu hak untuk membuat keputusan ,hak untuk mengarah kerja orang lain dan hak untuk
memberi perintah .Autoriti merupakan faktor terpenting dalam pengelelolan menurut pengurusan
kerana pengurus mestilah diberikan autoriti dalam menjalankan kerja-kerja pengurusan.Oleh hal
yang demikian, autoriti mengikut pandangan pengurusan merupakan suatu hak bagi
melaksanakan kerja-kerja yang diberikan olehnya untuk mencapai arah tuju organisasi.Oleh itu
hak-hak bagi seorang pengurus yang berautoriti ialah:
1.Membuat keputusan dalam skop autoriti yang yang dibenarkan. Seseorang pengurus biasanya
mempunyai garis panduan tertentu dalam menjalankan tugas-tugas mereka terutamanya dalam
perkara yang melibatkan kewangan.Seseorang pengurus juga tidak boleh campur tangan dalam
pentadbiran bahagian atau jabatan lain disebabkan autoritinya hanyalah di dalam bahagian atau
jabatannya sahaja.
2.Menyerahkan dan memberikan tugasan kepada para pekerjanya. Seseorang pengurus perlu
menyerahkan sebahagian daripada autoritinya kepada pekerjanya.Tanpa autoriti yang cukup,
seseorang pekerja akan menghadapi masalah untuk menjalankan tugasan dengan sempurna.
3.Memerlukan dan mengharapkan prestasi yang memuaskan daripada para pekerjanya . apabila
pekerja diberi tugasan oleh pengurus , maka sudah sewajarnya pengurus tersebut berharap
pekerjanya akan menjalankan kerja yang diberikan sebaik mungkin .
Pandangan pihak pengurusan dalam autoriti menjelaskan kepada kita bahawa autoriti boleh
diserahkan dan diberikan kepada pekerja . walaubagaimanapun , setakat mana sesuatu autoriti itu
dapat diberikan mestilah dinyatakan dengan jelas dan terang oleh pengurus dan para pekerja
yang diberikan autoriti tersebut mestilah bertindak dalam had autoriti yang dibenarkan .
Pengurusan moden membahagikan autoriti rasmi kepada dua pandangan iaitu :
i. Pandangan klasik
ii. Pandangan penerimaan
I .Autoriti Klasik
mengikut pandangan klasik , autoriti mengalir dari atas ke bawah , iaitu daripada
pengurus atasan sehinggalah ke peringkat paling bawah iaitu pekerja . pandangan ini
menyatakan bahawa autoriti berpunca dari satu peringkat yang tinggi dalam masyarakat
dan disalurkan ke bawah dari satu peringkat ke peringkat yang lain dan seterusnya
meresap ke dalam organisasi . dengan demikian , kita menerima hakikat bahawa
seseorang yang berjawatan pengarah mempunyai autoriti yang lebih banyak dan penuh
jika dibandingkan dengan autoriti seorang pegawai tersebut tidak mempunyai autoriti dan
kuasa untuk mengarahkan pengarahnya . autoriti pengurus dalam pandangan klasik
bersifat mutlak . melalui autoriti klasik , pengurus akan menjadi bertambah ego dalam hal
ini beliau tidak mahu menerima pandangan orang bawahan .
bagi organisasi dan pengurus islam , penggunaan autoriti klasik perlulah dibuat
secara berhati-hati . seseorang pengurus beragama islam berhak memberikan arahan
selagi arahan tersebut tidak bertentangan dengan syariat islam . seorang pengurus islam
juga tidak seharusnya menerima pakai peraturan organisasi yang bercanggah dengan
syariat islam . beliau perlu memperbetulkan dasar yang bertentangan dengan islam seperti
pergaulan dan percampuran bebas pekerja lelaki dan wanita , penjualan arak di kafeteria
dan penganjuran program maksiat seperti pertandingan ratu cantik dan sebagainya .
I. Autoriti Penerimaan
Pandangan penerimaan diadakan untuk mengatasi kelemahan autoriti klasik . sumber
autoriti pengurus bergantung pada penerimaannya oleh orang bawahan . hal ini
disebabkan mereka mempunyai pilihan sama ada menerima atau menolak arahan
pengurus . selain mempunyai autoriti ,seseorang pengurus perlukan kuasa supaya kerja-
kerja pengurusan dapat dijalankan tanpa dipertikaikan oleh orang lain .
Kuasa lahir dalam suatu perhubungan yang melibatkan dua orang atau lebih yang
bermaksud seseorang individu atau sesuatu kumpulan mempunyai kebolehan dan
keupayaan yang menyebabkan seseorang individu atau kumpulan lain bertindak
mengikut atau mematuhi arahan yang sekiranya tanpa pengaruh , maka tindakan tersebut
tidak sepatutnya diambil . dengan itu , kuasa merupakan kebolehan seseorang untuk
menggunakan pengaruhnya .
Menurut Azman Che Omar (2003) French dan Raven telah mengenali lima asas
atau sumber kuasa yang terdiri daripada ;
i. Kuasa Ganjaran
Seseorang pengurus berkuasa memberikan ganjaran tertentu kepada pekerjanya . ganjaran
biasanya diberikan berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pekerja dalam
menjalankan kerja mereka . ganjaran dibahagikan kepada dua jenis iaitu ;
a) Ganjaran ekstrinsik iaitu ganjaran kewangan seperti kenaikan upah dan bonus
b) Ganjaran instrinsik iaitu ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil pekerja
cemerlang .
ii .Kuasa Hukuman
seseorang pengurus berkuasa mengenakan hukuman kepada pekerja yang gagal dari segi
prestasi . kuasa hukuman biasanya digunakan terhadap pekerja yang tidak mampu atau tidak
berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan atau gagal mencapai sesuatu keperluan yang
telah ditetapkan oleh organisasi . walau bagaimanapun , seseorang pekerja yang mempunyai
prestasi lemah perlu diberi peluang untuk memperbaiki prestasinya .pengurus juga berkuasa
untuk menghukum pekerja yang tidak berdisiplan seperti tidak mematuhi arahan organisasi .
hukuman bagi pekerja yang bersalah perlulah adil dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
.
iii .Kuasa Kepakaran
kuasa berdasarkan tanggapan atau kepercayaan bahawa seseorang individu itu mempunyai
kepakaran atau pengetahuan tertentu yang tidak dipunyai oleh si penerima . dalam bahasa yang
mudah , pengurus ialah seseorang yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan bidang-bidang
tertentu dan seseorang pekerja pula ialah seseorang yang tidak layak untuk mengurus kerana
tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan seperti yang diperlukan . oleh itu , seseorang pengurus
perlu pakar dalam menguruskan pekerja dan mentadbir organisasi .
iv . Kuasa Sahih
Makna yang hampir sama dengan autoriti . ia wujud apabila pkerja atau penerima arahan
mengetahui bahawa pemberi arahan iaitu pengurus mempunyai hak untuk menjalankan
pengaruhnya dalam lingkungan atau sempadan autoriti yang diiktiraf . kuasa sahih bergantung
kepada kedudukan rasminseseorang pengurus dalam organisasi .
V .Kuasa Rujukan
ia wujud apabila si penerima ingin menirun atau mengidentiti dirinya dengan
individu yang dirujuknya . seseorang yang mempunyai kuasa rujukan ialah
seseorang yang dihormati dan berpengaruh terhadap individu yang lain . pengurus
mempunyai kuasa rujukan kerana beliau menjadi model yang boleh diteladani
.antara perkara-perkara yang boleh dijadikan contoh adalah sikap dan perangai
pengurus yang komited dalam tugasnya . dalam perhubungan rasmi , seseorang
pengurus boleh mewujudkan peraturan organisasi untuk menghendaki seperti
memakai tali leher bagi urusan kaunter , datang awal bekerja , bekerja tekun tanpa
melakukan kerja peribadi .
1.3.6 Pemberian Ganjaran Yang Berpatutan
Definisi Ganjaran
Ia lebih dikenali sebagai upah atau gaji . menurut Muhamed Sulaiman , Aizuddinur Zakaria
(2010) menyatakan definisi upah adalah pembayaran yang dibuat majikan di atas usaha yang
terlibat dalam proses produksi .
Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W :
“berilah upah sebelum kering peluhnya dan beritahulah upah itu adalah hasil kerjanya “
Manakala maksud gaji dibawah akta pekerjaan 1955 didefinisikan gaji pokok dan semua bayaran
lain secara tunai yang mesti dibayar kepada seseorang pekerja untuk kerja –kerja berkaitan
dengan kontrak perkhidmatannya . bagaimanapun , bayaran ini tidak termasuk ;seksyen
2(1)(Goh Chen Chuan ,2010)
Bayaran penginapan atau pembekalan sebarang makanan , bahan api , lampu , air atau
peruntukan rawatan perubatan atau sebarang keperluan atau perkhidmatan yang
diluluskan .
Sebarang caruman yang dibayar oleh majikan kepada sebarang tabung pencen , kumpulan
wang , skim pencen kepada pekerja yang lanjut usia , penamatan , pemberhentian , skim
pemberhentian dan persaraan , skim jimat cermat atau sebarang tabung atau skim yang
ditubuhkan untuk kepentingan atau kebajikan pekerja .
Sebarang elaun perjalanan atau nilai sebarang konsesi perjalanan .
Sebarang jumlah yang mesti dibayar kepada seseorang pekerja bagi menanggung
perbelanjaan-perbelanjaan khas yang telah dibelanjakan oleh beliau menurut sifat
pekerjaannya.
Sebarang ganjaran yang mesti dibayar diatas pemberhentian atau persaraannya.
Sebarang bonus tahunan atau sebarang bahagian daripadanya.
Oleh hal yang demikian , gaji yang layak dibayar adalah gaji pokok yang telah
menjadi rundingan antara majikan dan pekerja berdasarkan kontrak perkhidmatan dan
majikan wajib memenuhi kontrak tersebut mengikut tempoh penggajian .
Tempoh penggajian ialah tempoh bagi gaji keatas kerja-kerja yang telah dilakukan
oleh seseorang pekerja perlu dibayar. Tidak terdapat peruntukan di dalam akta tersebut
yang menghalang majikan membayar gaji dalam tempoh yang lebih singkat kepada
pekerjanya. Kontrak perkhidmatan mesti menentukan satu tempoh penggajian yang tidak
boleh melebihi satu bulan. Ini bermakna seseorang pekerja mesti dibayar gaji sekurang-
kurangnya sekali sebulan. Semua gaji mesti dibayar tidak lewat daripada 7 haribulan
selepas tamat tempoh penggajian , (seksyen 19). Manakala lanjutan masa untuk
pembayaran sedemikian boleh didapati dengan memohon kepada Ketua Pengarah Buruh.
Menurut Azman Che Omar,(2003),upah yang berpadanan akan memotivasikan
pekerja dan memberi semangat untuk meningkatkan prestasi. Hakim Mohamad Said
dalam buku hubungan Majikan-Pekerja menurut Islam mengatakan kesesuaian upah yang
berpatutan biasanya berdasarkan keadaan pasaran semasa upah dan tanggungan kos sara
hidup seseorang pekerja.
Terdapat tiga faktor yang mengambil kira upah tersebut ;
1. Keadaan pasaran semasa upah yang didasarkan dengan kelayakan akademik
pekerja dan keadaan ekonomi Negara.
2. Tanggungan kos sara hidup semasa pekerja juga diambil kira sama ada
tanggungan perumahan dan kos sara hidup di Bandar. Praktikal upah
dilaksanakan ketika zaman Umar Al-Khattab yang mana termasuklah memberi
gaji pekerja lelaki yang berkahwin satu kali lebih banyak daripada gaji pekerja
bujang (Ahmad Ibrahim Abu sin ,1991)
3. Upah pekerja mengikut bidang dan kategori iaitu pekerja lebih mahal daripada
pekerja biasa yang mana pegawai yang mempunyai kuasa lebih seperti hakim
dan pegawai penguatkuasa undang-undang.
Elemen motivasi ini adalah elemen yang amat digalakkan dalam
pengurusan. Menurut Mustafa Haji Daud (1994) menyatakan bahawa
pembentukan budaya kerja cemerlang dalam pengurusan berkualiti hanya dapat
dicapai setelah terlaksana beberapa faktor penting iaitu wujudnya motivasi atau
dorongan untuk mencapai kecemerlangan kualiti. Asas kepada motivasi ialah
matlamat kerja yang benar , tepat dan jelas. Justeru itu , matlamat perlu
dianalisis , difahami dan diinsafi.
Teori motivasi Maslow menguasai motivasi dalam pengurusan organisasi
di barat. Teori ini banyak kelemahannya kerana dia menjadikan diri sebagai
fokus utama motivasi untuk membentuk budaya kerja cemerlang pengurusan
dan perkhidmatan berkualiti. Sedangkan Islam menyarankan pelbagai faktor
tambahan
a) Islam menjelaskan bahawa melaksanakan tugas dan tanggungjawab bekerja
dalam pengurusan sesuatu organisasi atau apa sahaja pekerjaan adalah untuk
menyempurnakan hidup seseorang iaitu untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
Rajah 2.3 berikut menjelaskannya ;
1 keperluan asas
2
keselamatan
3
cinta
4
untuk dipuji
5
memenuhi hasrat
6
keredhaan
Rajah 2.2 : Teori Motivasi Maslow
Rajah di atas menjelaskan matlamat hidup untuk mendapatkan keredhaan Allah
SWT dalam menentukan nilai hidup seseorang muslim. Dengan nilai itu ia
membentuk sikap ikhlas, jujur, amanah , dedikasi , mengutamakan budaya kerja
cemerlang dan pengurusan berkualiti dan sebagainya. Akhirnya ia menghasilkan
budaya kerja dalam bentuk kelakuan atau gelagat organisasi dan pengurusan.
b) Meningkatkan keupayaan ilmu setiap kakitangan dari peringkat atasan hingga ke
peringkat bawahan dalam pengurusan ilmu. Ilmu itu termasuklah ilmu umum iaitu yang
boleh meningkatkan keimanan , ketaqwaan dan amal salih serta ilmu khusus iaitu ilmu
yang berkaitan dengan bidang kepakaran dan kemahiran seseorang dalam pengurusan
organisasi.
c) Meningkatkan latihan dan kemahiran dari semasa ke semasa bagi membolehkan
seseorang pekerja meningkatkan kecemerlangan dalam dalam perkhidmatan dan hasil
Matlamat Hidup Nilai Hidup
Sikap Hidup Budaya Kerja
Rajah 2.3 Motivasi Budaya Kerja Islam
(Mustafa HaJi Daud, 1994)
atau produktiviti yang berkualiti tinggi. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-
quran yang bermaksud :
“…dan katakanlah ; Ya Tuhanku , tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan “
(surah taha 20:114)
Peningkatan penguasaan ilmu dan kemahiran mempengaruhi akauntabiliti seseorang
kakitangan dalam pengurusan sama ada di peringkat tinggi atau rendah terhadap tugas dan
tanggungjawabnya. Hal ini disebabkan tanggungjawabnya bukan sekadar kepada organisasi ,
pihak pengurusan atau majikan malah lebih dari itu akauntabiliti di dunia dan akhirat. Disinilah
letaknya motivasi budaya kerja cemerlang dan pengurusan berkualiti yang disarankan oleh islam
mengatasi teori Barat dan Jepun .
2.3.7. Arahan Yang Berpusat Dari Seorang Ketua
Prinsip ini menekankan tentang seorang pekerja perlu patuh kepada seorang ketua sahaja.
Sekiranya perintah itu datang dari dua orang ketua dalam satu masa yang sama sudah pasti
keadaan ini akan mengelirukan dan membingungkan pekerja. Menurut Bernard , seorang pemikir
pengurusan menyatakan seorang penerima atau orang bawahan dijangka akan mematuhi arahan
pengusrus sekiranya empat keadaan berikut wujud serntak iaitu :
i. Penerima berkebolehan dan berkemampuan untuk memahami komunikasi
tersebut. Sekiranya sesorang pekerja tersebut tidak faham tentang arahan
atau perintah daripada ketuanya, maka kemungkinan besar pekerja tersebut
tidak akan melakukan kerja tersebut ataupun tidak dapat menjalankan
tugasnya dengan baik seperti yang diharapkan oleh pengurus.
ii. Semasa membuat keputusan , penerima percaya bahawa arahan itu adalah
konsisten selari dengan tujuan organisasi bagi pekerja untuk melaksanakan
kerja, arahan tersebut mestilah berbentuk rasmi, iaitu kerja-kerja yang akan
dibuat nanti ialah kerja-kerja kebaikan organisasi dan bukannya bersifat
peribadi.
iii. Semasa membuat keputusan penerima percaya bahawa arahan itu sama dan
sehaluan dengan kepentingan peribadinya secara menyeluruh. Disini
pekerja akan menjalankan kerja sekiranya arahan tersebut berkaitan dengan
kerjanya sperti yang terdapat dalam deskripsi kerja. Contohnya seorang
pemandu kenderaan pejabat akan menolak kerja pengkeranian kerana kerja
tersebut bukan dalam bidang tugasnya .
iv. Penerima secara mental dan fizikal berkebolehan untuk mematuhi dan
memenuhi arahan tersebut. Dalam menerima arahan, pekerja yakin beliau
mampu menjalankan tugas berdasarkan keupayaan dan kebolehan yang
terdapat padanya. Seorang pekerja akan menolak kerja lebih masa
sekiranya beliau kurang sihat atau amat keletihan selepas bertugas dalam
waktu kerja biasa. Seorang pekerja wanita mengandung juga akan menolak
kerja-kerja yang berat atau tidak selamat.
2.3.8 . Pengawasan dan Kawalan Pekerja
Prinsip ini memberikan hak kepada pengurus untuk mengawas dan
mengawal prestasi dan kelakuan pekerja semasa mereka bekerja. Perangai
dan kelakuan pekerja perlu diawasi kerana kedua-dua faktor tersebut
mempengaruhi prestasi kerja seorang individu dan para pekerja yang lain.
Seseorang pekerja yang malas sekiranya tidak diawasi akan mengambil
kesempatan melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi
seperti melakukan kerja-kerja peribadi, tidak produktif atau sengaja
melengah-lengahkan kerja.
Seorang pengurus seharusnya bertanggungjawab memastikan pekerja
menjalankan kerja yang telah diamanahkan kepada pekerja tersebut.
Sekiranya seorang pengurus tidak mengawas dan mengambil berat
terhadap kerja yang dijalankan oleh orang bawahannya maka pengurus
tersebut dianggap tidak menjalankan tugasnya dengan baik dan cekap.
Pengawasan dan penyeliaan perlu untuk membolehkan seorang pengurus
merekod dan menilai prestasi kerja dengan sebaiknya bukan berdasarkan
budi bicara pengurus semata.
2.3.9. Amanah dalam Pengurusan
Menurut Suhailiza Md. Hamdani (2012), menjelaskan tentang konsep
amanah dalam kepimpinan yang mana pengurus juga perlu memiliki
amanah dalam mengurus sesebuah organisasi. Setiap yang dilaksanakan
dengan kawasan yang penyeliaan hendaklah lahir dari hati yang ikhlas dan
bukanlah semata-mata berorientasikan keuntungan semata-mata .
Menurut Robbins et.al(2008), beliau mentakrifkan amanah sebagai
satu kepercayaan terhadap amalan integriti, kompetensi, konsistensi,
ketaatan dan keterbukaan seseorang pemimpin. Manakala menurut
perspektif Islam dilihat sebagai satu bentuk tanggungjawab yang akan
diperhitungkan di akhirat kelak.
Dr. Ahmad Ibrahim Abu Sin ,(1997), beliau memberikan kriteria
amanah dalam pengurusan adalah seperti berikut :
1. Membuat kerja dengan jujur dan ikhlas
Apabila seseorang pengurus atau pemimpin amanah , maka dia tidak
melakukan penipuan ataupun penyelewengan dalam menjalankan
tugasnya. Menyiapkan atau menyempurnakan kerja semasa bekerja
adalah lebih penting daripada ganjaran yang bakal diterima. Oleh itu ,
seseorang yang telah dipertanggungjawabkan melakukan kerja dengan
amanah , akan menjalankan kerja sebagai suatu kepuasan bagi dirinya.
2. Menguruskan masa sebaiknya
Seorang pengurus seharusnya menjadi tauladan kepada para
pekerjanya. Sebagai contoh , sentiasa menepati masa atau memulakan
sesuatu mesyuarat pada masanya dan tidak akan membiarkan orang lain
tertunggu-tunggu.
3. Tidak menggunakan jawatan bagi kepentingan peribadi
Setiap pengurus tidak boleh sama sekali menjadikan jawatannya
sebagai tempat untuk mencari keuntungan peribadi seperti
menyalahgunakan kuasa kerana kewujudannya lebih ke arah
kemungkaran dan kefasikan yang akhirnya menghancurkan organisasi
itu sendiri.
2.3.10. Latihan Bina Ihsan
Seorang pekerja apabila bekerja di dalam sesebuah organisasi
dengan sendirinya memperhambakan dirinya pada waktu kerja yang
telah ditetapkan oleh organisasi tersebut. Apa yang berlaku disini ialah
seseorang pekerja itu biasanya tidak berpeluangmempelajari ilmu
pengetahuan lebih-lebih lagi menitikberatkan soal agama islam. Mereka
lebih mencorakkan latihan yang berbentuk kemahiran dan pengetahuan
tentang kerja. Maka dengan itu , setiap organisasi perlu meletakkan
latihan yang menitikberatkan tentang modifikasi kelakuan seseorang
individu sama ada pengurus ataupun pekerja yang bekerja kerana
ibadah dan bermotivasi dengan amalan islam.
Dalam hal ini ia mampu mengubah kelakuan sama ada pekerja
mahupun pengurus daripada akhlak mazmumah kepada akhlak
mahmudah. Bagi pekerja yang rajin mereka akan terus bermotivasi
supaya prestasi tersebut dapat dikekalkan secara berterusan. Manakala
bagi pekerja yang bermasalah maka pengurus perlu mengenalpasti
untuk diberi latihan bina insan.
2.3.11. kebajikan pekerja
Islam amat mementingkan kebajikan pekerja. Seorang majikan islam
tidak boleh meletakkan keuntungan maksimum semata-mata tanpa
mengambil kira kepentingannya terhadap masyarakat dalaman dan
luaran organisasi. Tujuan kebajikan di dalam islam adalah untuk
meringankan beban yang ditanggung dan mengurangkan tekanan
psikologi mental pekerja dalam menghadapi masalah peribadi yang
akan mempengaruhi prestasi kerja mereka. Antara aktiviti kebajikan
yang boleh diadakan oleh organisasi termasuklah :
1. Memberi cuti belas ihsan kepada pekerja wanita yang menghadapi masalah menjaga dan
merawat anak sakit. Bagi pekerja lelaki diberikan cuti apabila isteri bersalin.
2.Mengadakan pinjaman tanpa faedah bagi semua pekerja untuk membeli dan menyediakan
peralatan sekolah bagi anak-anak pekerja.
3.Memberi bantuan kewangan kepada pekerja untuk membeli dan menyediakan peralatan
sekolah bagi anak-anak pekerja.
4.Mengadakan pusat penjagaan bayi dan kanak-kanak yang elok dan selamat untuk kegunaan
pekerja.
5.Mempraktiskan waktu kerja yang fleksibel bagi keperluan tertentu dalam urusan yang perlu
dibuat dalam waktu bekerja seperti menghantar anak sakit ke klinik, membayar bil atau urusan
bank.
2.3.12 . Penjagaan Hak Wajib Pekerja Islam
Hak pekerja Islam adalah untuk menunaikan kewajipan dan tuntutan agama. Seseorang
pengurus mestilah memperakui hak ini dengan membenarkan pekerja islam mengerjakan
solatnya. Bagi memudahkan pekerja islam mengerjakan solat, majikan hendaklah menyediakan
satu tempat yang bersih dan tertentu untuk menunaikan solat terutamanya pekerja wanita dan
majikan perlu membenarkan pekerja lelaki menunaikan solat jumaat jika hari jumaat dikira
sebagai hari bekerja.
Selain dari kewajipan solat, hak menutup aurat juga wajib dititikberatkan. Hak-hak lain iaitu
hari kebesaran umat islam seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji merupakan hak bercuti
serta hak mendapatkan makanan halal yang disediakan oleh kafeteria dan kantin juga ditekankan
dalam pengurusan Islam.
2.3.13 Semangat Persaudaraan dalam Kerja Berpasukan
Kerja berpasukan merupakan syarat penting kejayaan sesuatu kumpulan,jabatan atau
organisasi. Pekerja biasanya tidak mampu untuk menyiapkan sesuatu kerja seorang diri
melainkan dengan kerjasama dan perhubungan dengan individu yang lain. Kebolehan
untuk bekerja dalam satu pasukan merupakan kebolehan berkualiti seseorang individu
pekerja. Hal ini disebabkan kerana kebanyakan kerja di dalam organisasi ini memerlukan
interaksi dan kerjasama yang rapat antara seorang pekerja dengan pekerja yang lain di
dalam kumpulan kerjanya seperti Kumpulan Kawalan Kualiti Kerja dan pasukan yang
diurus sendiri oleh ahli kumpulan.
Beberapa elemen dinamika kelompok menurut amalan Rasulullah diketengahkan
oleh Mohd Zaliridzal Zakaria (2012) dari Ismail (2000) lima elemen yang dinyatakan
ialah:
1. Kewibawaan diri
Menurut Ismail (2000) bahawa ada riwayat menyatakan Rasulullah SAW telah
membahagikan ruang hidup harian kepada tiga dimensi:
i. Koreksi diri untuk Allah SWT
ii. Menilai tugas-tugas harian
iii. Menggerak dan memikirkan keluarga dan ummah
Pembahagian masa yang berstruktur seperti di atas oleh Baginda SAW menjelaskan bahawa
Baginda SAW mempunyai wawasan yang jelas dan memstikan kesemua tanggungjawabnya
dilaksanakan dengan keadaan yang terbaik.
Kewibawaan diri Rasulullah SAW bukan sahaja terserlah sebagai seorang pemimpin, baginda
SAW juga bertindak sebagai perancang dan penilai terhadap keberkesanan dan kejayaan sesuatu
strategi yang dirancang. Elemen kewibawaan diri ini telah mendorong kelompok yang dipimpin
oleh Rasulullah SAW untuk terus menerima dan menyanjung Baginda SAW sebagai deorang
pemimpin yang berjaya. Elemen ini membentuk satu kelompok yang dinamik dan mampu
bertindak balas dengan baik dalam apa jua cabaran dan rintangan yang wujud dalam dan di
antara kelompok ketika itu
2 . Peningkatan hubungan antara manusia
Rasulullah SAW telah berjaya menggabungkan orang ramai dan berusaha
mengelak perpecahan dalam kalangan mereka. Baginda SAW sentiasa mengambil
berat tentang kebajikan mereka dan kelakuan para sahabat. Baginda SAW juga
gemar memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berhak menerimanya dan
mendorong serta menggalakkan amalan baik melalui ucapan yang positif.
Proses hubungan antara manusia ini juga merupakan satu elemen dinamik
kelompok yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam kepimpinannya. Apabila
hubungan yang wujud di antara kelompok dijaga dengan baik, ahli kelompok
pastinya akan memberi kerjasama yang sebaiknya untuk mencapai matlamat.
2. Keberkesanan kepimpinan
Keberkesanan seorang pemimpin itu lazimnya diukur dari sudut
keupayaannya untuk menjayakan sesuatu matlamat kelompok, mengurus sebarang
perubahan dan konflik di dalam dan di antara kelompok serta memastikan ahli
kelompok bersetuju dengan keputusannya.
Rasulullah SAW telah berjaya melaksanakan dan memimpin umatnya dengan
sangat berkesan. Seorang sarjana Barat Micheal H.Hart meletakkan Rasulullah
SAW sebagai individu yang paling berpengaruh di dunia ini dalam penulisannya
The 100: Ranking Of The Most Influential Person In History. Pengiktirafan ini
telah memperlihatkan keberkesanan kaedah dan sistem kepimpinan yang
diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Elemen Syura (perundingan bersama), kesamarataan dan kesaksamaan,
keadilan, ketegasan, kerendahan hati, keberanian dan hikmah ( ismail, 2000)
adalah amalan dinamika kelompok yang sangat lazim dipraktikkan oleh Baginda
SAW dalam menjayakan tugas kepimpinan. Sehubungan itu, Baginda SAW
berjaya menjadi pemimpin dan pentadbir yang disegani oleh semua kawan dan
lawan
3. Tatasusila yang beretika
Rasulullah SAW sentiasa memastikan kelompok yang dipimpinnya mematuhi
etika-etika yang wujud dalam ajaran Islam. Baginda SAW sendiri menjadikan
dirinya sebagai role model dalam memastikan kelompok pimpinan Baginda SAW
mengamalkan etika yang sama. Berasaskan prinsip ini sesuatu kelompok itu akan
lebih mudah dinamik jika pemimpin dalam kelompok tersebut berupaya
menjadikan dirinya sebagai contoh ikutan terhadap sesuatu elemen positif yang
dilakukan oleh pemimpin tersebut. Ahli kelompok lebih menghayati dan
memahami etika yang ditonjolkan oleh pemimpin dalam kelompoknya
berbanding pemimpin dari kelompok yang lain. Ini akan lebih memangkin lagi
senario dinamika di dalam kelompok tersebut.
4. Peningkatan moral melalui pengetahuan rohani
Keupayaan untuk mempertingkatkan nilai pengamalan moral amat berkait
dengan pengetahuan individu memahami dirinya dan diri orang lain. Rasulullah
SAW menggarapkan didikan Baginda SAW untuk memastikan kelompok yang
dipimpin olehnya mempunyai pengamalan moral yang tinggi di mana Rasulullah
SAW kerap ditohmah dan diuji dalam menjayakan elemen ini.
Pemimpin kelompok perlu mengamalkan prinsip yang mempunyai objektif
yang jelas dan tetap, memelihara maruah secara berperikemanusiaan,
mengamalkan sabar sebagai elemen kualiti, mempunyai kegigihan tanpa mengira
cabaran dan mempunyai perspektif dan focus yang jelas.
Kesimpulan
Berdasarkan dari topik-topik yang diketengahkan bahawa pengurusan Islam amat
menitikberatkan tentang penentuan matlamat pengurusan yang jelas dalam memahami konsep
pengurusan Islam yang sebenar. Di samping itu, ketua atau pengurus wajib meletakkan visi yang
mampu dicapai oleh pekerjanya dalam urusan pengurusan. Malah pengurus juga perlu melihat
secara langsung kebajikan pekerja dan hak yang patut ditunaikan oleh pengurus supaya pekerja
mendapat motivasi yang tinggi untuk terus memajukan diri dalam kerjaya.