Upload
others
View
23
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦♦♦♦
������������������ ����
JUDUL: PENGURUSAN DATA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISTIMEWA SINDROM DOWN
SESI PENGAJIAN:2009-2010
Saya NOORASILAH BINTI MD SUANDI (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( ✔ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
___________________________ ___________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
KG. PT SERI MENANTI, DR. YEO KEE JIAR
83200 SENGGARANG, Nama Penyelia
BATU PAHAT, JOHOR.
Tarikh: _______________________ Tarikh: _______________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
�
i
PENGURUSAN DATA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ISTIMEWA
SINDROM DOWN
NOORASILAH BINTI MD SUANDI
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi
Sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2010
ii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ________________________
Nama Penulis : Noorasilah Binti Md Suandi
Tarikh : ________________________
iii
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini
dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai
dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
.
Tandatangan : ____________________
Nama Penyelia : Dr. Yeo Kee Jiar
Tarikh : ____________________
iv
DEDIKASI
Teristemewa buat,
Ayahanda dan bonda yang amat disayangi,
Md Suandi Bin Miskom
Zaiton Binti Ismail
Nasihat dan amanatmu sebagai azimat dan panduan,
Untuk semua ahli keluarga:
Noornazifah & Mohd Azman
Khairunnajihin & Normala
Mohd Aiezuddin & Norazila
Mohd Azhan
Ahmad Musleih
Nurhidayatusshamilah
Muhammad Arif Shakirin
Ahmad Nur Wafiq
Nur Inniqah Irdina
Segala jasa, doa dan sokongan kalian
Akan dikenang selamanya...
v
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. selawat dan salam buat
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Beribu-ribu kesyukuran dipanjatkan ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, maka akhirnya saya dapat
menyempurnakan penyelidikan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
ditujukan khas buat penyelia yang dihormati Dr. Yeo Kee Jiar di atas segala nasihat,
dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan
penyelidikan ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberikan
kerjasama serta pandangan semasa proses mencari bahan sehinggalah menyiapkan
penyelidikan ini.
Akhir sekali semoga semua insan yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung semasa menyiapkan penyelidikan ini, hanya ungkapan terima kasih
yang mampu diucapkan. Hanya Allah yang dapat membalasnya dan memberkati
kalian. Wassalam.
vi
ABSTRAK
Pengurusan data perkembangan kanak-kanak istimewa sindrom Down secara
sistematik adalah amat penting untuk memudahkan pihak perubatan dan kesihatan
dan pelbagai pihak yang terlibat dengan pendidikan dan latihan untuk mendapatkan
makluamt yang tepat agar dapat memberikan khidmat sokongan dan bantuan yang
sewajarnya kepada mereka. Sejajar dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal
pasti tahap pengurusan di pusat intervensi awal kanak-kanak istimewa sindrom
Down. Kajian ini melibatkan seramai 62 orang responden yang dipilih menggunakan
persampelan purposif. Sebuah pusat intervensi awal kanak-kanak di bawah
pengelolaan Yayasan Kiwanis iaitu sebuah badan bukan kerajaan di Johor Bahru, 4
buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Daerah Batu Pahat dan Persatuan
Sindrom Down Malaysia telah dijadikan tempat kajian oleh penyelidik. Instrumen
kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang menggunakan
skala likert 5 mata. Analisis data dilakukan menggunakan perisian computer
“Statistical Packages for Social Science” (SPSS 14.0). Hasil dapatan menunjukkan
bahawa tahap pengurusan data perkembangan kanak-kanak istimewa sindrom Down
adalah rendah dan perbincangan serta perkongsian maklumat antara ibu bapa dan
guru turut berada pada tahap yang rendah. Ini menunjukkan pengurusan data
perkembangan kanak-kanak istimewa perlu diambil berat dan dilakukan dengan baik.
vii
ABSTRACT
A systematic management of developmental data with accurate information
on children with Down syndrome enables various bodies and organizations involved
in providing education and training as well as medical and health care to provide
better support services to this group of special children. Parallel to this, a research
was carried out to identify the level of data management in early intervention centres
for children with Down syndrome. This research involved 62 respondents identified
through purposive sampling from Kiwanis Foundation, Johor Bahru, four centres of
Community Rehabilitation Centres (know as Pusat Pemulihan Dalam Komuniti,
PDK) in the district of Batu Pahat and Down Syndrome Association of Malaysia
(known as Persatuan Sindrom Down Malaysia). The instrument used in this research
was a set of questionnaire using the Likert scale. Data was analyzed by using
Statistical Packages for Social Science (SPSS 14.0) software. Results showed that the
management of developmental data for children with Down syndrome in this study
was not satisfactory and the sharing of information between teachers and parents was
also at low level. It implies that the management of data for children with Down
syndrome need to be improved and done systematically.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL
PENGAKUAN
PENGESAHAN PENYELIA
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JUDUL
SENARAI GAMBARRAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 10
ix
1.8 Skop/Batasan Kajian 12
1.9 Definisi Istilah 12
1.9.1 Pengurusan Data 12
1.9.2 Kanak-kanak 13
1.9.3 Sindrom Down 13
1.9.4 Motor Kasar 13
1.9.5 Motor Halus 13
1.9.6 Kognitif 14
1.9.7 Bahasa 14
1.9.8 Sosioemosi 14
1.9.9 Pengurusan Diri 15
1.10 Penutup 15
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Data Perkembangan Kanak-kanak 16
2.3 Data Perkembangan Kanak-kanak Sindrom Down 17
2.4 Perkembangan Kanak-kanak 18
2.4.1 Perkembangan Kognitif Dan Bahasa 21
2.4.2 Perkembangan Afektif (Sosioemosi) 25
2.4.3 Perkembangan Psikomotor (Motor Kasar Dan
Motor Halus) Dan Pengurusan Diri 28
2.5 Sindrom Down 31
2.6 Penilaian dan Latihan Perkembangan Kanak-kanak
Sindrom Down 34
2.7 Penutup 35
x
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 36
3.3 Sampel Kajian 37
3.4 Instrumen Kajian 38
3.5 Prosedur Kajian 40
3.6 Kajian Rintis 43
3.7 Kajian Sebenar 43
3.8 Analisis Data 44
3.9 Penutup 44
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 45
4.2.1 Jantina Responden 45
4.2.2 Hubungan Antara Responden Dengan
Kanak-kanak Istimewa Sindrom Down 46
4.2.3 Tempat Kajian Dijalankan 47
4.2.4 Umur Anak Istimewa Sindrom Down 47
4.3 Analisis Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian 48
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah Tahap Pengurusan
Data Perkembangan Kanak-Kanak Di Pusat
Intervensi Awal Sindrom Down? 49
4.3.1.1 Analisis Tahap Pengurusan Data
Pengenalan Diri Kanak-Kanak Sindrom
Down 49
4.3.1.2 Analisis Tahap Pengurusan Data Rekod
Kesihatan Kanak-Kanak Sindrom Down 50
4.3.1.3 Analisis Tahap Pengurusan Data
xi
Perkembangan Kanak-Kanak Sindrom
Down Mengikut Aspek Perkembangan
(Motor Kasar, Motor Halus, Kognitif,
Bahasa, Sosioemosi Dan Pengurusan
Diri) 51
4.3.2 Persoalan Kajian 2: Bagaimanakah Corak Latihan
Dan Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak
Sindrom Down Di Bawah Umur 6 Tahun Di Pusat
Intervensi Awal Sindrom Down? 57
4.3.2.1 Analisis Deskriptif Corak Latihan Dan
Penilaian Motor Kasar Kanak-Kanak
Sindrom Down Di Pusat Intervensi Awal
Sindrom Down? 57
4.3.2.2 Analisis Deskriptif Corak Latihan Dan
Penilaian Motor Halus Kanak-Kanak
Sindrom Down Di Pusat Intervensi Awal
Sindrom Down? 59
4.3.2.3 Analisis Deskriptif Corak Latihan Dan
Penilaian Kognitif Kanak-Kanak Sindrom
Down Di Pusat Intervensi Awal Sindrom
Down? 61
4.3.2.4 Analisis Deskriptif Corak Latihan Dan
Penilaian Bahasa Kanak-Kanak Sindrom
Down Di Pusat Intervensi Awal Sindrom
Down? 62
4.3.2.5 Analisis Deskriptif Corak Latihan Dan
Penilaian Sosioemosi Kanak-Kanak
Sindrom Down Di Pusat Intervensi Awal
Sindrom Down? 64
4.3.2.6 Analisis Deskriptif Corak Latihan Dan
Penilaian Pengurusan Diri Kanak-Kanak
Sindrom Down Di Pusat Intervensi Awal
Sindrom Down? 66
4.4 Pengujian Hipotesis 68
xii
4.4.1 Hipotesis 1: Tidak Terdapat Perbezaan Yang
Signifikan Antara Tahap Pengurusan Data
Pengenalan Diri Kanak-Kanak Antara Pusat
Intervensi Awal Sindrom Down Yang Dikaji. 68
4.4.2 Hipotesis 2: Tidak Terdapat Perbezaan Yang
Signifikan Antara Tahap Pengurusan Data
Perubatan Kanak-Kanak Antara Pusat Intervensi
Awal Sindrom Down Yang Dikaji. 69
4.4.3 Hipotesis 3: Tidak Terdapat Perbezaan Yang
Signifikan Antara Tahap Pengurusan Data
Perkembangan Motor Kasar Kanak-Kanak Antara
Pusat Intervensi Awal Sindrom Down Yang Dikaji. 69
4.4.4 Hipotesis 4: Tidak Terdapat Perbezaan Yang
Signifikan Antara Tahap Pengurusan Data
Perkembangan Motor Halus Kanak-Kanak Antara
Pusat Intervensi Awal Sindrom Down Yang Dikaji. 70
4.4.5 Hipotesis 5: Tidak Terdapat Perbezaan Yang
Signifikan Antara Tahap Pengurusan Data
Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Antara Pusat
Intervensi Awal Sindrom Down Yang Dikaji. 71
4.4.6 Hipotesisi 6: Tidak Terdapat Perbezaan Yang
Signifikan Antara Tahap Pengurusan Data
Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak Antara Pusat
Intervensi Awal Sindrom Down Yang Dikaji. 71
4.4.7 Hipotesis 7: Tidak Terdapat Perbezaan Yang
Signifikan Antara Tahap Pengurusan Data
Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Antara
Pusat Intervensi Awal Sindrom Down Yang Dikaji. 72
4.4.8 Hipotesis 8: Tidak Terdapat Perbezaan Yang
Signifikan Antara Tahap Pengurusan Data
Perkembangan Pengurusan Diri Kanak-Kanak
Antara Pusat Intervensi Awal Sindrom Down
Yang Dikaji. 72
4.4.9 Hipotesis 9: Tidak Terdapat Perbezaan Yang
xiii
Signifikan Antara Tahap Perbincangan Dan
Perkongsian Maklumat Antara Ibu Bapa Dan Guru
Antara Pusat Intervensi Awal Sindrom Down
Yang Dikaji. 73
4.5 Penutup 74
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 76
5.2.1 Latar Belakang Responden 76
5.2.2 Tahap Pengurusan Data Perkembangan Kanak-
kanak di Pusat Intervensi Awal Sindrom Down. 77
5.2.3 Corak Latihan Dan Penilaian Perkembangan Kanak-
Kanak Di Pusat Intervensi Awal Sindrom Down. 79
5.2.4 Tahap Pengurusan Data Perkembangan Kanak-
kanak Antara Pusat Intervensi Awal Sindrom Down.79
5.2.5 Perbincangan Dan Perkongsian Maklumat Di
Antara Ibu Bapa Dan Guru Antara Pusat Intervensi
Awal Sindrom Down. 81
5.3 Kesimpulan 81
5.4 Cadangan 82
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.6 Penutup 85
Bibliografi 86
Lampiran
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert Lima Mata. 39
3.2 Jenis Konstruk dan Bilangan Item dalam Soal Selidik 40
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.2 Taburan Hubungan Responden Dengan Kanak-kanak
Istimewa Sindrom Down 46
4.3 Taburan Tempat Kajian Dijalankan 47
4.4 Taburan Umur Kanak-kanak Istimewa Sindrom Down 48
4.5 Taburan Responden mengikut Pengurusan Data/Maklumat
Peribadi Kanak-kanak Istimewa Sindrom Down 50
4.6 Taburan Responden mengikut Pengurusan Rekod Kesihatan
Kanak-kanak Istimewa Sindrom Down 51
4.7(a) Taburan Responden Membuat Graf/Jadual Perkembangan
Kanak-kanak Istimewa Sindrom Down Mengikut Aspek
Perkembangan 52
4.7(b) Taburan Responden Mengikut Catatan Aktiviti Yang Dapat
Dilakukan Oleh Kanak-kanak Istimewa Sindrom Down
Mengikut Aspek Perkembangan 53
4.7(c) Taburan Responden Mengikut Catatan Maklumat Mengenai
Latihan yang Dijalani oleh Kanak-kanak Istimewa Sindrom
Down Mengikut Aspek Perkembangan. 54
4.7(d) Taburan Responden mengikut Penggunaan Penilaian yang
telah Disahkan. 55
4.7(e) Taburan Responden yang Membuat Catatan Lengkap
Mengenai Ujian Perkembangan Kanak-kanak Istimewa
Sindrom Down Mengikut Aspek Perkembangan 56
4.7(f) Taburan Responden mengikut Pengurusan Data Perkembangan
Kanak-kanak Istimewa Sindrom Down Mengikut Aspek
Perkembangan 57
xv
4.8(a) Corak Penilaian Motor Kasar Kanak-kanak Istimewa Sindrom
Down Mengikut Pusat Intervensi Awal Kanak-kanak. 58
4.8(b) Corak Latihan Motor Kasar Kanak-kanak Istimewa Sindrom
Down Mengikut Pusat Intervensi Awal Kanak-kanak. 59
4.9(a) Corak Penilaian Motor Halus Kanak-kanak Istimewa Sindrom
Down Mengikut Pusat Intervensi Awal Kanak-kanak. 60
4.9(b) Corak Latihan Motor Halus Kanak-kanak Istimewa Sindrom
Down Mengikut Pusat Intervensi Awal Kanak-kanak. 60
4.10(a) Corak Penilaian Kognitif Kanak-kanak Istimewa Sindrom
Down Mengikut Pusat Intervensi Awal Kanak-kanak. 61
4.10(b) Corak Latihan Kognitif Kanak-kanak Istimewa Sindrom
Down Mengikut Pusat Intervensi Awal Kanak-kanak. 62
4.11(a) Corak Penilaian Bahasa Kanak-kanak Istimewa Sindrom
Down Mengikut Pusat Intervensi Awal Kanak-kanak. 63
4.11(b) Corak Latihan Bahasa Kanak-kanak Istimewa Sindrom
Down Mengikut Pusat Intervensi Awal Kanak-kanak. 64
4.12(a) Corak Penilaian Sosioemosi Bagi Setiap Pusat Intervensi Awal
Yang Dikaji. 65
4.12(b) Corak Latihan Sosioemosi Bagi Setiap Pusat Intervensi Awal
Yang Dikaji. 66
4.13(a) Corak Penilaian Pengurusan Diri Bagi Setiap Pusat Intervensi
Awal Yang Dikaji. 67
4.13(b) Corak Latihan Pengurusan Diri Bagi Setiap Pusat Intervensi
Awal Yang Dikaji. 68
4.14 Analisis Anova untuk Perbezaan Antara Tahap Pengurusan
Data Pengenalan Diri Kanak-kanak antara pusat intervensi
awal sindrom Down. 69
4.15 Analisis Anova untuk Perbezaan Antara Tahap Pengurusan
Rekod Kesihatan Kanak-kanak antara pusat intervensi awal
sindrom Down. 69
4.16 Analisis Anova untuk Perbezaan Antara Tahap Pengurusan
Data Perkembangan Motor Kasar Kanak-kanak antara pusat
intervensi awal sindrom Down. 70
4.17 Analisis Anova untuk Perbezaan Antara Tahap Pengurusan
xvi
Data Perkembangan Motor Halus Kanak-kanak antara pusat
intervensi awal sindrom Down. 70
4.18 Analisis Anova untuk Perbezaan Antara Tahap Pengurusan
Data Perkembangan Kognitif Kanak-kanak antara pusat
intervensi awal sindrom Down. 71
4.19 Analisis Anova untuk Perbezaan Antara Tahap Pengurusan
Data Perkembangan Bahasa Kanak-kanak antara pusat
intervensi awal sindrom Down. 71
4.20 Analisis Anova untuk Perbezaan Antara Tahap Pengurusan
Data Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak antara pusat
intervensi awal sindrom Down. 72
4.21 Analisis Anova untuk Perbezaan Antara Tahap Pengurusan
Data Perkembangan Pengurusan Diri Kanak-kanak antara
pusat intervensi awal sindrom Down. 72
4.22 Analisis Anova untuk Perbezaan Antara Tahap
Perbincangan dan Perkongsian Maklumat diantara Ibu Bapa
dan Guru Antara Pusat Intervensi Awal sindrom Down. 73
xvii
SENARAI GAMBARAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Tiga domain perkembangan manusia. Domain ini
sentiasa berkait antara satu sama lain. 19
2.2 6 Aspek Perkembangan Manusia. 21
2.3 Gambarajah menunjukkan keadaan kromosom yang
normal bagi lelaki (kiri) dan perempuan (kanan). 32
2.4 Gambarajah menunjukkan terdapat tambahan
kromosom (bagi lelaki) pada pasangan kromosom ke-21. 32
xviii
SENARAI SINGKATAN
K - Kerap
KOG - Kognitif
MK - Motor Kasar
MH - Motor Halus
PD - Pengurusan Diri
PDK - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
PSDM - Persatuan Sindrom Down Malaysia
SE - Sosioemosi
SK - Sangat Kerap
T - Tidak Pernah
TK - Tidak Kerap
TP - Tidak Pasti
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Analisis Statistik Deskriptif
C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian
- Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Individu
Daripada Fakulti
- Su rat Kebenaran Menjalankan Kajian Berkumpulan
Daripada Fakulti
- Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Yayasan
Kiwanis Johor Bahru
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kanak-kanak sindrom Down merupakan insan yang istimewa. Golongan ini
dilahirkan dengan kecacatan genetik iaitu terdapat 3 salinan kromosom 21 yang
biasanya hanya dua salinan terdapat dalam satu sel. Sindrom Down merupakan
kelainan kromosom yang paling kerap menyebabkan ketidakupayaan intelektual.
Sindrom ini mengambil nama seorang doktor iaitu Dr. Langdon Down yang
menjelaskan ciri sindrom ini pada tahun 1866.
Sindrom Down boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan individu sindrom
Down boleh ditemui di serata dunia. Menurut laporan Kementerian Kesihatan
Malaysia (2009), sindrom berlaku lebih kurang 1 dalam setiap 800 kelahiran.
Bilangan ini meningkat berbanding pada tahun 2003, sindrom ini berlaku lebih
kurang 1 dalam setiap 1000 kelahiran (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2003). Di
Hong Kong, sindrom ini berlaku lebih kurang 1 dalam setiap 767 kelahiran
(Greenfield Integrated Child Health and Neurodevelopmental Centre, 2005) dan di
Negara maju seperti Amerika Syarikat sindrom Down berlaku lebih kurang 1 dalam
setiap 733 kelahiran (National Syndrome Down Society, 2009). Sehubungan itu, satu
rekod pengumpulan data mengenai bilangan, pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak yang mengalami sindrom ini perlu diwujudkan bagi mengetahui jumlah
sebenar kanak-kanak yang menghidapi sindrom Down serta pencapaian yang mereka
dapat lakukan mengikut usia.
��
Pengumpulan serta penyimpanan data melibatkan pengurusan dan
penyimpanan data yang baik agar data yang dikumpulkan dapat membantu pihak
tertentu mendapatkan maklumat serta memberi penerangan secara tidak langsung
mengenai perkara yang berkaitan. Sebagai contoh sejak lahir, golongan sindrom
Down ini menghadapi ketidakupayaan atau kekurangan dari segi kognitif, afektif dan
psikomotor. Berdasarkan pengukuran kecerdasan (Intelligence Quotient, IQ),
individu sindrom Down dikatakan berada di bawah aras 90, manakala kanak-kanak
tipikal pula mempunyai IQ 100 ke atas (O’Donnell, 2009). Individu yang
menghadapi sindrom Down berada pada aras sederhana dan sederhana rendah
berdasarkan pengukuran kecerdasan, IQ (National Syndrome Down Society, 2009).
Namun, skor pengukuran kecerdasan ini berbeza mengikut tahap sindrom Down
yang dialami seperti trisomy 21, mosaic atau traslocaiton. Maklumat ini sedikit
sebanyak dapat memberi maklumat berguna kepada individu tertentu mengenai
kanak-kanak istimewa sindrom Down.
Sekolah di Malaysia dan di negara maju telah mewujudkan sistem pendidikan
khas. Dalam sistem pendidikan khas ini terdapat program yang dikenali sebagai
Rancangan Pendidikan Individu (RPI). RPI adalah sebuah dokumen bertulis yang
bersifat individu bagi meningkatkan kualiti pendidikan bagi pelajar pendidikan khas
(K.A. Razhiyah, 2005). RPI merangkumi pelbagai aspek perkembangan manusia
iaitu aspek kognitif, afektif dan psikomotor. RPI diwujudkan mengikut kebolehan
pelajar. Pendekatan yang diambil untuk menjalankan RPI bergantung sepenuhnya
kepada perkembangan pelajar pendidikan khas. Antara kurikulum yang dijalankan
bagi menjayakan RPI ialah Pendidikan Muzik, Pendidikan Kesihatan dan
Keselamatan serta pergerakan dan latihan. Segala aktiviti dan tugasan yang
dijalankan oleh pelajar direkodkan dalam buku rekod RPI bagi tujuan semakan
semula. Pengurusan dan penyimpanan rekod RPI sangat membantu dalam
merancang aktiviti bimbingan kepada kanak-kanak istimewa.
Pengurusan dan penyimpanan data yang baik bagi kanak-kanak istimewa
sindrom Down terutamanya pengurusan data perkembangan perlu diambil berat.
Pengurusan dan penyimpanan data yang baik akan menghasilkan rekod mengenai
��
perkembangan kanak-kanak istimewa sindrom Down yang lengkap dan terperinci
disamping data yang dikumpulkan sentiasa dikemaskini.
Pengurusan data perkembangan kanak-kanak istimewa sindrom Down yang
terancang dapat membantu pihak yang terlibat menguruskan kanak-kanak ini
terutamanya ibu bapa, guru serta jurulatih yang membimbing mereka. Maklumat
yang direkodkan boleh dijadikan rujukan serta panduan bagi merancang aktiviti
latihan serta penilaian yang sesuai dengan kemampuan kanak-kanak istimewa
sindrom Down.
Pengurusan dan penyimpanan rekod yang sistematik memudahkan
perancangan dan pelaksanaan pelbagai aktiviti atau program bagi melatih kanak-
kanak istimewa sindrom Down.
Namun, persoalan yang timbul adalah peluang pendidikan dan latihan bagi
kanak-kanak istimewa sejak lahir hingga 6 tahun yang kebanyakannya tiada peluang
untuk memasuki tadika biasa. Menurut Sharifah Zainiyah (2007), anak-anak sindrom
Down agak terabai sekiranya mereka tidak diberi intervensi lebih awal. Oleh itu,
penubuhan pusat pendidikan dan latihan oleh pihak kerajaan dan Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) untuk membantu kanak-kanak istimewa dalam meningkatkan
perkembangan amat penting. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan
pusat yang diwujudkan oleh kerajaan manakala NGO pula menubuhkan Kiwanis dan
Chesihire Home. Program dan pelaksanaan yang berkesan pasti akan
memperlihatkan kemajuan pada kanak-kanak istimewa. Bagi kanak-kanak istimewa
sindrom Down, pertubuhan yang sudah sekian lama memberi khidmat pendidikan
ialah Yayasan Kiwanis Johor Bahru. Kanak-kanak sindrom Down yang dihantar ke
Kiwanis mendapat latihan yang afektif.
Bagaimana pula dengan ibu bapa yang tidak berkesempatan menghantar anak
mereka ke Yayasan Kiwanis Johor Bahru. Ini menyebabkan peluang pendidikan
kanak-kanak sindrom Down terjejas. Bagi kanak-kanak yang mendapat latihan di
Yayasan Kiwanis Johor Bahru pula, adakah sudah memadai dengan latihan yang
��
dilalui oleh kanak-kanak untuk meningkatkan perkembangan. Munginkah terdapat
cara tertentu untuk membantu kanak-kanak sindrom Down dalam meningkatkan
perkembangan atau cara untuk membantu ibu bapa yang mempunyai anak sindrom
Down membimbing dan menilai perkembangan anak di rumah.
Kajian ini dijalankan untuk meninjau pengurusan data perkembangan kanak-
kanak serta mengenal pasti latihan dan penilaian perkembangan dari aspek motor
kasar, motor halus, kognitif, bahasa, sosioemosi dan pengurusan diri kanak-kanak
sindrom Down.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sukar bagi ibu bapa, penjaga dan pengajar kanak-kanak sama ada kanak-
kanak tipikal atau pun Sindrom Down untuk mengetahui tahap perkembangan yang
dialami oleh seorang kanak-kanak itu. Latihan dan penilaian yang sesuai dapat
membantu dalam hal ini bagi mengukur tahap perkembangan kanak-kanak.
Kekurangan maklumat seperti maklumat peribadi dan rekod perubatan yang
dijalani oleh kanak-kanak sindrom Down membantutkan usaha untuk menghasilkan
program intervensi awal yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Menurut
Sharifah Zainiyah (2007), sebuah pengkalan data bagi sistem maklumat secara
geografikal untuk mengesan kedudukan anak-anak sindrom Down di seluruh negara
sedang dibangunkan. Menerusi pangkalan ini, kedudukan golongan sindrom Down
akan dikenal pasti di setiap negeri dan ini merupakan maklumat utama agar golongan
itu dapat diberikan bantuan yang sewajarnya. Sistem ini juga dapat membantu
individu atau pihak- pihak tertentu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai kanak-kanak sindrom Down dan
golongan istimewa lain. Kemudahan ini akan membolehkan pihak-pihak berkaitan
untuk bertukar-tukar maklumat dan pendapat yang dapat membina pengetahuan yang
lebih mendalam terhadap golongan istimewa.
��
Maklumat atau data mengenai perkembangan kanak-kanak yang direkod
dapat membantu dalam merancang program intervensi awal agar bersesuaian dengan
tahap perkembangan kanak-kanak. Selaras dengan tujuan program intervensi awal
iaitu menggalak dan meningkatkan perkembangan kanak-kanak; mengurangkan
perbelanjaan pendidikan dalam pendidikan khas apabila masalah dapat dikurangkan
melalui intervensi awal; mengurangkan keperluan kepada pusat penjagaan dan
menggalakkan kehidupan berdikari; dan meningkatkan kemampuan dan kemahiran
keluarga dalam memenuhi keperluan kanak-kanak berkenaan (Individuals with
Disabilities Education Act, 2008). Maklumat atau data juga dapat membantu
beberapa kes atau masalah yang dihadapi jika maklumat tersebut hampir sama atau
berkaitan dengan kes atau masalah yang dihadapi untuk mengendali atau mengurus
kanak-kanak istimewa sindrom Down khasnya.
Satu kajian yang telah dijalankan di Hong Kong mendapati bahawa golongan
sindrom Down berisiko menghidap masalah kesihatan yang tinggi. Masalah
kesihatan utama yang dihidapi oleh golongan sindrom Down ialah masalah jantung,
tulang, penglihatan dan enam masalah kesihatan lain termasuklah masalah neurologi
(Winnie Ka et al, 2008). Rekod perubatan bagi kanak-kanak istimewa sindrom Down
yang disimpan penting bagi mengoptimakan khidmat rawatan kesihatan kerana
rekod perubatan ini akan menjadi rujukan yang penting. Sebagai contoh, seorang
kanak-kanak sindrom Down terlibat dalam kemalangan dan memerlukan rawatan
dengan segera, rekod perubatan yang telah dibuat boleh membantu para doktor dan
paramedik untuk memberikan rawatan yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan
kanak-kanak sindrom Down tersebut.
Ketiadaan rekod terdahulu mengenai perkembangan kanak-kanak istimewa
sindrom Down membataskan proses perkembangan golongan ini. Sebagai contoh
rekod perubatan kanak-kanak sindrom Down yang lengkap mengandungi senarai
ubat-ubatan dan terapi yang dijalani oleh kanak-kanak tersebut boleh dijadikan
rujukan dan panduan dalam menangani masalah kesihatan kanak-kanak sindrom
Down lain. Rekod-rekod seperti itu dapat menjadi penyelamat kepada kanak-kanak
��
istimewa sindrom Down agar ibu bapa, penjaga dan pengajar dapat mengambil
tindakan awal jika terjadi sebarang kecemasan dan tidak panik semasa kecemasan
tersebut berlaku.
Rekod-rekod terdahulu mengenai perkembangan serta maklumat peribadi
kanak-kanak perlu disimpan dan disusun secara sistematik kerana rekod-rekod
seperti ini boleh dijadikan panduan kepada pihak-pihak tertentu.
1.3 Pernyataan Masalah
Pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh ibu bapa, pengasuh dan guru kanak-
kanak Sindrom Down dalam usaha mendidik mereka. Dengan pelbagai
ketidakupayaan yang dimiliki oleh kanak-kanak sindrom Down, program intervensi
perlu dilaksanakan untuk mencegah pelbagai kesukaran atau masalah menjadi lebih
rumit dengan perkataan lain, mengurangkan risiko dalam perkhidmatan pendidikan
dan kesihatan. Kesabaran dan ketekunan yang konsisten menjadi tunjang utama
dalam memastikan berlakunya perubahan positif pada kanak-kanak sindrom Down.
Walaupun program pendidikan khas banyak terdapat di Malaysia, namun
kesesuaiannya dari segi umur dan ciri-ciri ketidakupayaan masih belum sampai tahap
yang memuaskan, antaranya program pendidikan bagi golongan sindrom Down di
bawah umur 6 tahun atau sebelum mereka memasuki pendidikan formal di sekolah
rendah. Rekod mengenai perkembangan, latihan dan penilaian serta intervensi yang
dijalankan berdasarkan latihan dan penilaian yang dibuat juga tidak dapat dipastikan
dicatat atau tidak. Program yang lebih sesuai bagi mereka ialah program intervensi
tetapi amat terbatas di negara kita. Jika terdapat peluang menyertai program ini,
masanya amat terhad di pusat latihan sahaja, manakala ibu bapa pula tercari-cari
kaedah pengukuhan yang dapat dilakukan di rumah untuk anak mereka.
��
Oleh itu, program intervensi awal perlu disediakan untuk kanak-kanak
sindrom Down. Program intervensi awal penting bagi asas perkembangan kanak-
kanak terutamanya kanak-kanak istimewa. Menurut Ramey dan Haskin (1981) dalam
Blackwell Handbook of Early Childhood Development telah terbukti bahawa
intervensi awal dapat meningkatkan kebolehan kognitif dengan efektif. Bentuk
latihan dan penilaian yang sistematik juga sewajarnya disediakan untuk
membolehkan ibu bapa mendidik atau melatih anak mereka di rumah. Menurut
Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) dalam Bowe (2004), intervensi
awal merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan untuk bayi dan kanak-kanak
serta keluarga mereka bagi mengajar tentang keperluan khas yang diperlukan oleh
individu muda yang memiliki ketidakupayaan atau berisiko mengalami
perkembangan yang terbantut atau lambat. Kebolehan ibu bapa menyesuaikan
interaksi dengan tahap perkembangan dan motivasi anak-anak secara konsisten
dapat meningkatkan aspek perkembangan “sensitive-reponsiveness” kanak-kanak
(Ainsworth, Blehar, Water dan Wall, 1978).
Sejajar dengan penjelasan di atas, kajian ini dijalankan untuk mengetahui
pengurusan data perkembangan kanak-kanak serta mengenal pasti latihan dan
penilaian aspek perkembangan motor kasar, motor halus, kognitif, bahasa,
sosioemosi dan pengurusan diri kanak-kanak sindrom Down.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti:
1.4.1 tahap pengurusan data perkembangan kanak-kanak di pusat intervensi
awal sindrom Down.
1.4.2 corak latihan dan penilaian perkembangan kanak-kanak di pusat
intervensi awal sindrom Down.
��
1.4.3 perbezaan antara tahap pengurusan data perkembangan kanak-kanak
antara pusat intervensi awal sindrom Down.
1.4.4 perbezaan antara tahap perbincangan dan perkongsian maklumat
antara ibu bapa dan guru antara pusat intervensi awal sindrom Down.
1.5 Persoalan Kajian
Sehubungan dengan objektif kajian di atas, beberapa persoalan diutarakan:
1.5.1 Apakah tahap pengurusan data perkembangan kanak-kanak di pusat
intervensi awal sindrom Down?
1.5.2 Bagaimanakah corak latihan dan penilaian perkembangan kanak-
kanak sindrom Down di bawah umur 6 tahun di pusat intervensi awal
sindrom Down?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengurusan
data pengenalan diri kanak-kanak antara pusat intervensi awal
sindrom Down?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengurusan
data perubatan kanak-kanak antara pusat intervensi awal sindrom
Down?
1.5.5 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengurusan
data perkembangan motor kasar kanak-kanak antara pusat intervensi
awal sindrom Down?
1.5.6 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengurusan
data perkembangan motor halus kanak-kanak antara pusat intervensi
awal sindrom Down?
1.5.7 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengurusan
data perkembangan kognitif kanak-kanak antara pusat intervensi awal
sindrom Down?
�
1.5.8 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengurusan
data perkembangan bahasa kanak-kanak antara pusat intervensi awal
sindrom Down?
1.5.9 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengurusan
data perkembangan sosioemosi kanak-kanak antara pusat intervensi
awal sindrom Down?
1.5.10 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengurusan
data perkembangan pengurusan diri kanak-kanak antara pusat
intervensi awal sindrom Down?
1.5.11 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap perbincangan
dan perkongsian maklumat di antara ibu bapa dan guru antara pusat
intervensi awal sindrom Down?
1.6 Hipotesis Kajian
Kajian ini melibatkan hipotesis seperti berikut:
Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengurusan
data pengenalan diri kanak-kanak antara pusat intervensi awal
sindrom Down yang dikaji.
Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengurusan
data perubatan kanak-kanak antara pusat intervensi awal sindrom
Down yang dikaji.
Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengurusan
data perkembangan motor kasar kanak-kanak antara pusat intervensi
awal sindrom Down yang dikaji.
Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengurusan
data perkembangan motor halus kanak-kanak antara pusat intervensi
awal sindrom Down yang dikaji.