21
FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN SEMESTER 5/ MEI 2013 CBFC1103 PENGANTAR KOMUNIKASI

peranan komunikasi massa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

peranan komunikasi massa terhadap masyarakat berkaitan isu di lahad datu malaysia

Citation preview

CBFC1103

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSANSEMESTER 5/ MEI 2013CBFC1103PENGANTAR KOMUNIKASIISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2 2.0 FUNGSI MEDIA MASSA

33.0 ANALISIS RESPON DAN MAKLUM BALAS PENERIMA

64.0 ANALISIS BERITA BERTULIS OLEH PENGAMAL MEDIA

9DALAM AKHBAR ARUS PERDANA DAN MEDIA DIGITAL5.0 KESIMPULAN

116.0 RUJUKAN

12PERANAN KOMUNIKASI MASSA TERHADAP MASYARAKAT

Analisis kewujudan minda kritikal: maklum balas masyarakat, berita bertulis dalam akhbar arus perdana dan media digital berhubung konflik Lahad Datu.

1.0PENGENALAN

Perkembangan media komunikasi masa kini telah membolehkan berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk dapat berhubungan dengan sesiapa sahaja di hampir setiap sudut dunia. Konsep komunikasi massa itu sendiri pada satu sisi mengendungi pengertian suatu proses di mana organisasi media menghasilkan dan menyebarkan mesej kepada awam secara meluas dan pada satu sisi lain merupakan proses di mana mesej tersebut dicari dan digunakan oleh masyarakat. Secara umumnya,komunikasi massa melibatkan proses perkongsian maklumat dengan menggunakan pelbagai media perantara ke arah penonton yang besar. Pengantara yang dimaksudkan di sini merujuk kepada fungsi media sebagai saluran untuk menyampaikan mesej kepada penonton dan dikenali sebagai media massa. ( Hamzah, M., & Yusof, A.,2011). Ini disokong oleh Branston dan Stafford (2003),menurut mereka media dalam ilmu komunikasi diterjemah dari istilah latin medium yang bermaksud tengah atau pengantara. Wikipedia pula menyatakan komunikasi massa sebagai kajian bagaimana individu dan entiti mengutarakan maklumat melalui media massa kepada sebilangan besar penduduk pada masa yang sama. Terdapat juga beberapa definisi lain yang menerangkan maksud komunikasi massa. Antaranya :

Komunikasi massa adalah satu proses menghantar mesej oleh institusi yang kompleks kepada orang awam yang luas, yang berbeza-beza dan dari pelbagai lokasi. (Dominick, J. R.,2002)

Komunikasi massa sebagai satu proses menghantar mesej yang telah diproses oleh pengawal sebelum dihantar kepada orang awam melalui saluran yang luas termasuk cetak,audio dan media visual (Gamble,TK., & Gamble, M.,2002).

Media komunikasi secara amnya boleh diklasifikasikan sebagai alat,bahan atau produK yang mengandungi mesej; maklumat atau ilmu pengetahuan yang diterbitkan oleh pihak tertentu bagi tujuan komunikasi ( Musa Abu Hassan,1996). Sejajar dengan perkembangan teknologi penerbitan masa kini,media yang mendominasi arus perkembangan komunikasi negara boleh dibahagi kepada dua sumber iaitu media cetak dan media digital. Salah satu indikator pengukur terhadap kemajuan komunikasi sesebuah negara adalah melalui peranan media massa. Baru-baru ini iaitu sekitar bulan mac 2013, negara telah dikejutkan dengan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. pelbagai berita dan kabar angin telah disebarkan mengenai konflik ini. Oleh itu,media massa; media cetak dan media digital perlu memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat yang betul kepada masyarakat.

2.0FUNGSI MEDIA MASSA

Dengan menggunakan media sebagai pengantara,mesej boleh disalurkan kepada orang ramai. Hal ini kerana sebagai masyarakat maju,keperluan komunikasi akan terus meningkat untuk membentuk hubungan antara ahli dalam masyarakat. Jarak antara berkomunikasi dan penerima maklumat tidak menjadi halangan kerana maklumat boleh disalurkan oleh media massa dalam tempoh masa yang tertentu. Media massa memainkan peranan sebagai pengantara yang membolehkan kejayaan komunikasi tersebut. Media massa turut merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi informasi dan komunikasi. Perkembangan media massa yang semakin banyak membolehkan informasi disebarkan dengan mudah dalam masyarakat. Informasi ini yang disebarkan dengan mudah dan cepat dalam apa bentuk sekalipun mampu mendatangkan kesan yang positif dan negatif bergantung kepada cara penerimaan masyarakat terhadap fungsinya. Dominick (2002) melihat fungsi media massa terbahagi kepada dua perspektif iaitu analisis makro; dalam masyarakat secara keseluruhan dan analisis mikro; individu sebagai penerima maklumat.

Antara fungsi media massa adalah seperti berikut :

2.1Pengawasan ( surveillance )Fungsi pengawasan komunikasi massa dibahagi kepada dua bentuk utama iaitu :

Pengawasan peringatan

Pengawasan peringatan adalah dalam bentuk amaran yang mana digunakan untuk mengingatkan masyarakat mengenai sesuatu peristiwa yang dijangka. Media sering memberi amaran ancaman seperti bencana alam, gempa bumi,kemelesetan ekonomi dijangka mahupun perang. Oleh itu,maklumat dalam bentuk amaran disalurkan untuk peringatan masyarakat tentang ancaman pada masa tertentu. Contohnya, beberapa siaran televisyen di negara kita telah memainkan peranan penting dalam menyiarkan program dan berita mengenai isu di Lahad Datu.

Pengawasan Instrumental

Fungsi pengawasan instrumental adalah penyampaian dan penyebaran informasi yang mempunyai kegunaan atau mampu membantu masyarakat dalam kehidupan seharian. Antara maklumat yang diperlukan masyarakat ialah harga bursa saham, resipi masakan, fesyen terbaru malahan juga dalam bentuk majalah teknikal dan penerbitan pendek. Majalah Readers Digest antara yang menampilkan peranan pengawasan instrumental.

2.2Penafsiran ( Interpretating )Fungsi penafsiran adalah hampir sama dengan fungsi pengawasan. Media massa tidak hanya menyalurkan maklumat atau data-data penting,tetapi juga memberikan penafsiran terhadap kejadian-kejadian penting. Organisasi pengawal akan menentukan berita yang layak untuk disalurkan berdasarkan keutamaan.oleh itu,tidak semua berita yang diterima disiarkan melalui televisyen, radio mahupun akhbar perdana. Hybels dan Weavers (1989) menyatakan komunikasi sebagai apa saja proses di mana melibatkan seseorang berkongsi maklumat,idea dan perasaan.oleh itu,untuk memastikan komunikasi yang efektif, media juga menyediakan ruang untuk komen penerima selain daripada penyebaran maklumat semata-mata. Artikel ataupun berita yang membincangkan implikasi sesuatu perkara juga mampu membentuk tafsiran penonton. Tafsiran, komen dan pendapat disediakn supaya penerima boleh mendapat perspektif yang lebih mendalam mengenai laporan sesuatu berita.tujuan penafsiran ini ialah mengajak penerima untuk memperluaskan pemikiran dan selanjutnya membahaskan lebih lanjut dalam komunikasi secara kelompok. Sepanjang konflik di Lahad Datu,jika dilihat di surat khabar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa surat khabar lain terdapat banyak tafsiran dan komen dari pembaca.

2.3Pertalian ( Linkage)Media massa dapat menyatukan anggota masyarakat yang berbeza sehingga membentuk pertalian berdasarkan kepentingan dan minat yang sama terhadap sesuatu. Hal ini kerana media mampu untuk menggabungkan unsur-unsur yang berbeza dalam masyarakat. Contohnya,pengiklan menggabungkan keperluan penjual dan pembeli produk. Selain itu, media juga memainkan peranan dalam menghubungkan kelompok yang terpiasah secara geografi. Era teknologi media kini menyediakan pengantara hubungan yang pesat mengatasi masa dan sempadan. Pelbagai laman web dengan kemudahan yang beraneka menghubungkan pelbagai komuniti untuk berhubung sterusnya membentuk kmuniti maya. Fungsi untuk menghubungkan ini menunjukkan keupayaan media untuk menyediakan akses kepada masyarakat untuk menyuarakan kepentingan mereka.

2.4Pengaruh dan Pujukan ( Influence and Persuasion)Pengaruh dan pujukan adalan fungsi yang sering berkaitan. Fungsi memujuk media boleh dilihat melalui cara pengiklan mempengaruhi penonton untuk mengambil tindakan tertentu. Menurut Devito (2000), pujukan boleh datang dalam empat bentuk iaitu mengukuhkan atau memperkuatkan sikap,kepercayaan atau nilai seseorang; mengubah sikap,kepercayaan atau nilai seseorang; menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu dan memperkenalkan atika atau menawarkan sistem nilai tertentu. Pujukan dan pengaruh adalah bergantung kepada sikap seseorang. Marat (1984) menyatakan sikap sebagai kecenderungan berperilaku dengan cara tertentu. Sikap merupakan produk dari proses pembudayaan,iaitu di mana seseorang bertindak sesuai dengan ransangan yang diterimanya. Justeru, media menyalurkan mesej (ransangan) yang ingin dikongsi dan akan mempengaruhi masyarakat untuk bertindak ke atas isu yang dibangkitkan. Dalam situasi,media membantu untuk memberi pujukan dan mempengaruhi pandangan mereka dalam isu tersebut.

2.5Sosialisasi dan Pengagihan Nilai ( Socialisation and Value Distribution)Proses mengagihkan dan menerapkan nilai-nilai dalam masyarakat dikenali sebagai proses sosialisasi. Fungsi sosialisasi merujuk kepada cara individu untuk menerima tingkah laku dan nilai-nilai dalam kumpulan. Media massa memainkan peranan dalam memaparkan pelbagai nilai-nilai masyarakat dan amalan yang berbeza. Oleh itu,melalui pemerhatian,bacaan dan pendengaran, seseorang boleh belajar mengenai amalan dan pegangan masyarakat. Dewasa ini,terdapat banyak iklan di televisyen yang bertujuan untuk memupuk nilai-nilai tertentu seperti iklan keselamatan topi keledar dan penjagaan kesihatan. Informasi yang disalurkan media dengan cara-cara tertentu boleh menerapkan nilai-nilai yang berbeza bergantung kepada budaya masyarakat tersebut. Terdapat beberapa cara yang ditempuh oleh media dalam menerapkan norma-norma budaya. Pertama,informasi yang disampaikan dapat mamperkuatkan pola budaya yang berlaku serta mampu meyakinkan masyarakat bahawa nilai dan budaya tersebut masih boleh dipatuhi. Kedua ,media massa dapat menciptakan budaya baru yang dapat melengkapi atau menyempurnakan budaya lama yang tidak bertentangan dan yang ketiga,peranan media mampu merubah norma-norma budaya secara keseluruhan yang berlaku sejak lama serta mengubah perilaku masyarakat itu sendiri berdasarkan nilai-nilai yang cuba diterapkan.

3.0ANALISIS RESPON DAN MAKLUM BALAS PENERIMA (Audience)Konflik di Lahad Datu bermula pada 9 Februari apabila sekumpulan pengikut setia Sultan Jamalul Kiram III (yang mengaku sebagai askar diraja kesultanan sulu) memasuki perairan negara dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. (Akhbar Sinar Harian,2 Mac 2013). Seterusnya kumpulan ini menuntut Sabah untuk kembali sebagai satu wilayah jajahan Kesultanan Sulu. Konflik ini telah mendatangkan pelbagai respon dan maklum balas dari penduduk Sabah, Sarawak malah pengurusan tertinggi pentadbiran negara.

Konflik ini membangkitkan kemarahan rakyat di seluruh negara. Tidak terkecuali ialah masyarakat Suluk Sabah yang telah lama menetap di Sabah kerana penceroboh ialah sebangsa dengan mereka. Memetik laporan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Mac 2013, Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS), Mohd. Zaki Harry Susanto menegaskan seluruh masyarakat Suluk Sabah sangat terkilan dan terhina dengan pencerobohan itu yang dianggap suatu tindakan bodoh dan tidak bertamadun. Selain itu beliau memberitahu bahawa masyarakat Suluk amat bersyukur dengan tindakan kerajaan dalam menangani habis-habisan penceroboh ini. Ini menunjukkan yang masyarakat Suluk berfikiran kritis dimana telah mampu untuk berfikiran secara logik dan tanpa mengikut emosi meneliti konflik ini dari segala sudut. Ini disokong oleh Nik Aziz (1994) yang menyatakan pemikiran kritis jika dilihat secara kasar ialah pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dan tindakan. Pemikiran kritis juga akan menganalisis isu,tetapi berfikir secara holistik dan melihat maslah dari semua dimensi.

saya fikir selepas peristiwa di Lahad datu, wujud kesedaran baru dalam kalangan rakyat terutama di Sabah, kalau tidak ada kerajaan yang kuat mereka tidak boleh hidup aman damai

Berikut merupakan respon dari bekas menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam akhbar Berita Harian bertarikh 26 April 2013 yang percaya konflik di Lahad Datu telah membangkitkan kesedaran baharu di kalangan rakyat akan kepentingan sebuah kerajaan yang kuat. Kenyataan ini menyokong kenyataan sebelumnya dari Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar sama seminggu sebelumnya yang percaya konflik ini mendatangkan kesedaran kepada rakyat mengenai pentingnya nilai keamanan yang dipertahankan oleh kerajaan sedia ada. Beliau percaya yang peristiwa ini mempunyai hikmah apabila ia mengukuhkan tahap keselamatan supaya insiden sebegini tidak berulang melalui penubuhan Kawasan Keselamatan khas Timur Sabah (ESSCOM). Kenyataan beliau ialah :

Ketika rakyat hidup dalam suasana harmoni,tiba-tiba berlaku peristiwa luar jangkaan yang memberi kesedaran kepada kita untuk menilai kembali tahap keselamatan negara.Kenyataan dari dua anggota pengurusan tertinggi pentadbiran ini menekan kepada kepentingan keamanan dan keharmonian yang selama ini dipertahankan. Kerajaan turut memfokuskan kepada kesejahteraan negara dengan mengambil tindakan melancarkan serangan untuk mempertahankan negara setelah pihak penceroboh enggan mengundur diri dan enggan mengadakan rundingan. Sudah pasti kerajaan telah menimbangkan dan menganalisi perkara ini secara mendalam. Pihak kerajaan telah berfikir secara kritis dengan menganalisis isu ini secara serius dan seterusnya membuat pertimbangan berhubung konflik ini. Dewey (1933) berpendapat pemikiran kritis adalah berfikir secara mendalam dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Ini disokong pula oleh Jaafar (1995) yang berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah pemikiran secara sistematik, secara universal dan secara radikal dalam menganalisis sesuatu secara mendalam.

Pemikiran yang tidak kritis pula adalah tidak menganalisis isu secara mendalam dan terperinci: punca, kesan dan justifikasi tindakan. Antara maklum balas berkaitan konflik ini yang tidak menunjukkan sebarang unsur pemikiran kritis ialah maklum balas dari Bekas Naib Presiden sebuah parti pembangkang, Tian Chua yang berkata konflik di Lahad Datu adalah hanya sandiwara kerajaan untuk menakutkan rakyat,seolah-olah wujudnya suasana tidak aman di Sabah. antara lain kenyataan beliau ialah ada konspirasi oleh kerajaan untuk mengalih pandangan rakyat Sabah,terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing(akhbar Sinar Harian,10/3/2013). Di sini jelas sekali bahawa beliau tidak berfikir secara wajar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kerana Sabah bukan hak mereka. Tanah borneo milik Dayak! Andai askar tidak mampu menghabiskan Suluk,bagi sahaja kami dayak ini kepala Suluk itu untuk dijadikan hiasan di rumah panjangBerikut merupakan reaksi daripada salah satu etnik di Kalimantan yang didapati daripada Blog Laksamana Bukit Bintang hasil tulisan Roslan Alan pada 20 Februari 2013. Semangat yang berkorbar-kobar untuk membantu rakyat Sabah telah menyebabkan etnik ini bertindak mengeluarkan maklum balas berikut. Sikap terburu-buru etnik ini dalam mengeluarkan kenyataan memungkinkan mereka memandang rendah tahap keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani konflik ini.

Siapakah Tentera Sultan Suluk yang berani mengumpil sebahagian Tanah Borneo di Lahad Datu Sabah?, Mungkin kepala pemberontak Suluk bakal menjadi Koleksi di tiang adat kami setelah kepala Madura kami tawan semasa kejadian sampit dahulu di Kalimantan

Maklum balas ini agar bersifat negatif dan kasar namun itulah reaksi perbualan dengan masyarakat Dayak di Kalimantan berdasarkan penulisan dalam blog Laksamana Bukit Bintang. Jelas sekali ini adalah reaksi sangat marah dan terlalu mangagungkan kejayaan lampau tanpa menjalankan analisis mendalam terhadap isu ini dan apa yang bakal mereka tempuhi sekiranya niat mereka itu menjadi realiti.

4.0ANALISIS BERITA BERTULIS OLEH PENGAMAL MEDIA DALAM AKHBAR ARUS PERDANA DAN MEDIA DIGITAL

Terdapat pelbagai ulasan mengenai konflik di Lahad Datu di paparkan di akhbar arus perdana mahupon media digital.

4.1Akhbar Arus Perdana

Akhbar arus perdana telah melaporkan tentang konflik Lahad Datu dari segala aspek. Antaranya ialah mengenai kronologi secara keseluruhan isu ini bermula dari kemasukan penceroboh melalui perairan negara sehingga tercetus pertempuran antara pasukan keselematan negara dengan pihak penceroboh (utusan Malaysia,10/3/2013). Hal ini menunjukkan bahawa Utusan Malaysia amat teliti dan terperinci dalam melaporkan isu ini. Sehubungan itu, pelaporan Berita Harian mengenai pertempuran ini menyatakan keyakinan peerdana Menteri Malaysia bahawa ianya adalah satu tindakan yang tepat untuk menjaga maruah dan kedaulatan negara (Berita Harian,5/3/2013). Tindakan serangan offensif ini dilakukan selepas kegagalan dalam mencapai menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Sebaliknya anggota keselamatan negara diserang dan dibunuh terus mendatangkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan rakyat malaysia khususnya di Sabah. Serangan ini telah bermula seawal jam 7 pagi di Kampung Tanduo (Berita Harian,5/3/2013).

Berita Harian bertarikh 19 April 2013 turut melaporkan kenyataan dari Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa peristiwa ini mendorong ke arah penubuhan Kawalan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM). Usaha kerajaan dalam meningkatkan kawalan keselamatan negara ini disokong oleh bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan ianya satu tindakan yang wajar diambil untuk mempertahankan kedaulatan negara(Berita Harian,28/3/2012).

4.2Media Digital

Laporan mengenai kronologi konflik Lahad Datu dalam blog Belia Bangkit juga turut melaporkan yang kemasukan penceroboh adalah melalui perairan negara menggunakan bot pancung pada 9 Februari seperti dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Seterusnya The Malaysian Insider bertarikh 5 Mac 2013 ada menyatakan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam satu sidang akhbar berkata bahawa pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan berupa serangan offensif terhadap kumpulan pengganas. Menurut beliau lagi, operasi dilancarkan bermula seawal jam 7 pagi menggunakan jet pejuang. Dalam laman media yang sama dinyatakan kenyataan bekas Perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kewajaran tindakan kerajaan dalam memperkuatkan pertahanan negara di kawasan Timur Sabah untuk menjaga keselamatan rakyat dan tanah air daripada anasir luar yang cuba mencabul kedaulatan negara dan merupakan tindakan yang tepat untuk melindungi rakyat daripada sebarang ancaman.(The Malaysian Insider,28/3/2013).

5.0KESIMPULAN

Dalam kehidupan kita hari ini, media mempunyai visibiliti yang sangat tinggi. ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan media telah menyebabkan wujudnya kesan terhadap masyarakat sam ada aspek positif mahupun negatif. Tidak dinafikan peranan media selama ini banyak mencorakkan pemikiran sesuatu masyarakat, namun sejauh mana kewajaran isu yang dilaporkan perlu dinilai oleh penerima itu sendiri. Isu pencerobohan di Lahad Datu telah mendatangkan pelbagai bentuk maklum balas dari masyarakat. Masyarakat mampu untuk menilai secara logik dan mendalam mengenai isu ini namun terdapat juga segelintir golongan masyarakat yang bertindak bersahaja dalam mengeluarkan kenyataan dan maklum balas tanpa mengira kesan dan akibat tindakan tersebut.

Jika dilihat kedua-dua sumber media sama ada akhbar arus perdana dan media digital terdapat persamaan dan sedikit sahaja jurang perbezaan mengenai laporan berkaitan konflik Lahad Datu ini. Kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan maklumat yang benar dan tepat kepada masyarakat di Malaysia. Keberkesanan sumber-sumber media massa ini pula bergantung kepada cara penerimaan dan pemikiran masyarakat itu sendiri. Jika baik penerimaannya,maka positif kesannya,begitu juga sebaliknya.

(2513 patah perkataan)

6.0RUJUKAN

Branston, G., & Stafford, R., (2003). The Media Students Book : 3rd edition. Routledge.

Devito,J. A., (2000). Human Communication: The Basic Course: 8th edition. New York: Longman.

Dominick, J. R. (2002). The dynamics of mass communication: Media in the digital age. New York: McGraw Hill Companies Inc.

Gamble, TK., & Gamble, M. (2002). Communications. New York: McGraw-Hill.

Hamzah, M., & Yusof, A. (2011). Introduction to Communication: 2nd edition(CBFC1103). OUM: Meteor Doc Sdn Bhd.

http://beliabangkit.blogspot.com/2013/03/kronologi-pencerobohan-bersenjata-di.html capaian 16 Julai 2013.

http://en.wikipedia.org/wiki/Mass_communication capaian 12 julai 2013.http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2013/02/kaum-dayak-ancam-potong-kepala.html capaian pada 16 Julai 2013.http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130310/re_03/Suluk-Sabah-bukan-Sulu capaian pada 16 Julai 2013.Hybels, S., & Weaver, R. L. (1989). Communicating Effectively: 2nd edition. Random House.

Laman web akhbar Berita Harian capaian pada 16 Julai 2013:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KejadiandiLahadDatusedarkanrakyatperlunyakerajaanyangkuat-Zahid/Article/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PencerobohanLahadDatuberipengajaran/Article/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SerangandiLahadDatubagimenjagamaruah_kedaulatannegara_Najib/Article/Laman web akhbar Sinar Harian capaian pada 16 Julai 2013:

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kenyataan-tian-chua-polis-panggil-2-wartawan-keadilan-daily-1.138316 http://www.sinarharian.com.my/nasional/kronologi-pencerobohan-di-lahad-datu-1.135824Laman web The Malaysian Insider capaian pada 17 Julai 2013:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-kerajaan-ambil-keputusan-wajar-kuatkan-pertahanan-negara-di-timur-sabah http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kpn-tindakan-ofensif-di-kampung-tanduo-capai-objektifMarat. (1984). Sikap Manusia Perubahan serta Pengukurannya. Jakarta.Ghalin Indonesia.Musa Abu Hassan. (1996). Pengunaan Media Komunikasi dalam Aktiviti pemindahan Pengetahuan. Dlm. Mazanah Mohamad & Ezhar Tamam (peny). Rakan Kongsi, Komunikasi dan Media dalam Pembangunan. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.Pemikiran Kritikal Oleh Shahrin Hashim dicapai pada 16 julai 2013 daripada http://eprints.utm.my/10356/1/bab9.pdfPAGE 13

_1253083327.bin