22
PERBOMOHAN MENURUT ISLAM Menurut Islam, hukum menggunakan khidmat bomoh atau seumpamanya dalam perubatan tradisional terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram. Keharusan menggunakan khidmat bomoh dalam perubatan tradisional tidak bersifat mutlak. Ia dibatasi dengan syarat tertentu seperti; Perubatan bomoh itu menyebut nama Allah atau salah satu namanya. Menggunakan ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh nabi dan rasul. Menyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri, bahkan adalah dengan ketentuan Allah SWT. Perubatan bomoh menjadi haram jika; Cara rawatannya itu bertentangan dengan syarak. Misalnya, menggunakan khidmat jin, pemujaan, jampi, mentera dan sebagainya yang tidak mengikut cara rawatan yang diharuskan oleh Islam. Orang yang berubat benar-benar beriktikad bahawa bomoh itulah menyembuhkan pesakitnya tanpa bergantung kepada Allah. Kesan daripada amalan mempercayai bomoh ini sangat besar. Ia telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Jika ia terus diamalkan, akan mendatangkan imej buruk kepada Islam dari pandangan agama lain. Akidah adalah penentu kaitan seseorang dengan Islam, manakala syariah pula sebagai pengukur keteguhan dan kekuatan akidah. Akidah Islam adalah akidah yang bebas daripada sebarang unsur syirik dan khurafat. Syirik adalah pencemaran terhadap akidah, sementara khurafat adalah pencemaran terhadap kewarasan berfikir.

Perbomohan Menurut Islam

  • Upload
    hafimo

  • View
    1.203

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Perbomohan Menurut Islam

PERBOMOHAN MENURUT ISLAM

Menurut Islam, hukum menggunakan khidmat bomoh atau seumpamanya dalam perubatan tradisional terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram.

Keharusan menggunakan khidmat bomoh dalam perubatan tradisional tidak bersifat mutlak. Ia dibatasi dengan syarat tertentu seperti;

    Perubatan bomoh itu menyebut nama Allah atau salah satu namanya.

    Menggunakan ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh nabi dan rasul.

    Menyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri, bahkan adalah dengan ketentuan Allah SWT.

Perubatan bomoh menjadi haram jika;

Cara rawatannya itu bertentangan dengan syarak. Misalnya, menggunakan khidmat jin, pemujaan, jampi, mentera dan sebagainya yang tidak mengikut cara rawatan yang diharuskan oleh Islam.

Orang yang berubat benar-benar beriktikad bahawa bomoh itulah menyembuhkan pesakitnya tanpa bergantung kepada Allah.

Kesan daripada amalan mempercayai bomoh ini sangat besar. Ia telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Jika ia terus diamalkan, akan mendatangkan imej buruk kepada Islam dari pandangan agama lain.

Akidah adalah penentu kaitan seseorang dengan Islam, manakala syariah pula sebagai pengukur keteguhan dan kekuatan akidah. Akidah Islam adalah akidah yang bebas daripada sebarang unsur syirik dan khurafat. Syirik adalah pencemaran terhadap akidah, sementara khurafat adalah pencemaran terhadap kewarasan berfikir.

Menggunakan khidmat bomoh yang mengubati dengan cara yang salah seperti menggunakan khidmat jin, jampi mantera dan pemujaan bukanlah jalan penyelesaian yang hakiki bagi semua penyakit dan masaalah yang dihadapi. Usaha untuk menyelesaikan sesuatu masaalah digalakkan oleh Islam. Tetapi, biar bertepatan dengan fitrah kemanusiaan dan selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Page 2: Perbomohan Menurut Islam

Setiap bomoh hendaklah merasakan bahawa setiap sesuatu yang dilakukannya itu kerana takut kepada Allah. Pada masa yang sama, orang yang menerima rawatan daripada bomoh pula harus memastikan rawatannya tidak bercanggah dengan Islam.

JAMPI BOLEH GUNA AYAT AL-QURAN, BAHASA DIFAHAMI

Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah SWT dan sifat-Nya atau maksud disebalik kalimah atau nama Allah atau sifat-Nya. Contohnya, mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus daripada Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya. Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah SAW, malaikat, nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.

Mengikut Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang di keluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;

Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang. Contohnya seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih.

Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah atau tulisan yang tidak difahami seperti objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat Al-Quran. Jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

Penggunaan Jampi Dibolehkan Dan Digunakan Dengan Syarat;

Menggunakan ayat Al-Quran. Menggunakan bahasa yang difahami. Jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi

sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.

Mengikut garis panduan itu, tidak boleh mengamalkan bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya. Ia dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan Al-Quran. Selain itu, tidak boleh membaca mana-mana ayat Al-Quran secara songsang seperti Qul Huwallah.

Dalam perbomohan Islam, tidak boleh menggunakan Al-Quran secara tidak wajar menurut syarat. Contohnya, menggantung Al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alas an tertentu. Jika berpusing begini, dan jika tidak, begini pula maksudnya. Semuanya ini ttermasuk menghina Al-Quran ( Istihza’ ).

Page 3: Perbomohan Menurut Islam

Perkara lain yang dilarang adalah;

Meninggalkan ibadat wajib yang dituntut Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa Ramadhan ketika melakukan amalan perbomohan.

Tidak boleh menggunakan perbuatan ‘menurun’, memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengikut garis panduan itu adalah mengenai bayaran perkhidmatan atau pengeras. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik.

Bayaran perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan dengan tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa maksud tolong menolong.

Perbomohan mengikut Islam juga melarang upacara yang mengandungi penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa atau tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan dan menyembelih ayam.

BERUBAT HANYA KERANA ALLAH SWT

Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu di ingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit and sembuh adalah haknya. Manusia hanya disuruh berusaha dan berikhtiar.

Islam juga tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Sahabat bertanya: “Apakah tujuh perkara itu?”. Baginda menjawab: “ Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”. – Hadis riwayat Al-Bukhari, Kitab Sahih Al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 mukasurat 33.

Bagaimana pun umat Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir Bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah. Maka, berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi?. Baginda bersabda, “ Barang siapa yang mampu diantara kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”- Hadis riwayat muslim- Bab Istihbab Al-Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9, mukasurat 5905.

Page 4: Perbomohan Menurut Islam

Perubatan Kerohanian Al-Haz 

2.4. Takrif2.4.1. Bomoh, menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung (yang mengubati orang sakit dengan menggunakan tradisional atau cara jkampung dan jampi-jampi).2.4.2 Dukun ialah orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dan sebagainya) (Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL. 1989, m.s. 297)2.4.3. Pawang ialah:i) Orang yang mempunyai kebolehan yang istimewa untuk melakukan sesuatu (biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib).ii) Orang yang pandai mengubati orang sakit dan lain-lain (dengan menggunakan jampi mentera dan lain-lain) (Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, 1989 m.s. 920).2.4.4. Takrif Kita:Jampi ialah perlindungan yang dijampi keapda seseorang yang mengidap sakit seperti demam, pening dan lain-lain penyakit. Dalam bahasa Arab, jampi dikenali dengan al-Ruqa atau al-Ruqyah.2.5. http://www.ashtech.com.my/children/perubatan/panduan_bomoh_menurutislam.pdf Garis panduan bomoh ini mengandungi perkara-perk

http://perubatanalhaz.tripod.com/id12.html

AMALAN PERBOMOHAN

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Dunia perbomohan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu kerana ia dianggap dapat membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan seperti merawat penyakit, mendapatkan barang hilang, inginkan pangkat, kedudukan, digeruni dan nampak hebat, ilmu penunduk isteri atau suami, ilmu pendinding, ilmu kebal, ilmu pembenci, ilmu pengasih untuk mencari jodoh, mendapatkan nombor ekor dan bermacam-macam lagi.

Apa yang menjadi masalah ialah wujudnya amalan yang bertentangan dengan akidah dalam amalan perbomohan atau perdukunan yang dilakukan. Amalan perbomohan di kalangan masyarakat tidak berlaku sejak dahulu hinggalah sekarang ini di mana ada yang sanggup berkorban wang ringgit dengan jumlah yang besar asalkan hajat yang dikehendaki tercapai meskipun apa yang diperintahkan dan dilakukan oleh bomoh bercanggah dengan akidah, syariat mahupun undang-undang sehingga ada pesakit yang tertipu dan dipukau oleh kelicikan tipu daya bomoh yang meyakinkan para pelanggannya.

Terdapat banyak bukti adanya penyelewengan akidah dalam amalan perbomohan di negara ini, contohnya dalam satu kes, seorang bomoh yang menggunakan rawatan secara Islam pernah merawat seorang pesakit di negara ini. Sebelum memulakan rawatan, bomoh tersebut meminta pesakit menanggalkan azimat yang terdapat di lengannya. Pesakit itu enggan menanggalkan kerana azimat itu sangat mahal dan berharga iaitu bernilai $9,999.00 kerana keengganannya menanggalkan, bomoh berkenaan tidak mahu merawatnya yang akhirnya memaksanya membuka azimat tersebut dan mendapati azimat itu hanyalah berupa biji buah rambutan.

Satu kes lagi seorang bomoh yang mengamalkan perbomohan secara Islam mendapati pesakit

Page 5: Perbomohan Menurut Islam

diberikan dua biji benda bulat seperti tumbung kelapa yang bersaiz kecil oleh bomoh sebelumnya. Sebiji berwarna hitam mengandungi 40 ekor jin kafir dan sebiji berwarna putih mengandungi 10 jin Islam. Kononnya untuk menjaga diri dan rumah. Ternyata pesakit kedua-dua kes tadi telah diperdaya oleh bomoh untuk bergantung harap penjagaan diri dan rumah kepada benda-benda yang tidak mempunyai kuasa apa-apa.

Islam menegah penggunaan tangkal yang diiktikadkan boleh memberikan kesan dan boleh menolak bala. Walau bagaimanapun tangkal yang ditulis dengan ayat-ayat Al-Quran atau zikir-zikir adalah harus di dalam Islam, tetapi perlu diingat jabganlah mempercayai bahawa tangkal itu yang mempunyai kuasa kerana tiada sesuatu pun yang boleh memberikan manfaat dan mudarat melainkan Allah Subhanahu Wataala.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya :

"Dari Abdullah bin Mas'ud Radiallahuanhu katanya : Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya jampi, tangkal dan ilmu pengasih itu adalah syirik". (Riwayat Al-Imam Abu Majah).

Perbomohan adalah diharuskan dalam Islam dengan syarat amalan perbomohan itu mengikut cara yang telah ditetapkan dalam Islam dan tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah. Di negara kita memang terdapat bomoh yang mengikut landasan Islam dan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai penawar tetapi dalam masa yang sama terdapat juga sebilangan bomoh mengamalkan perbomohan yang salah dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti menilik, menggunakan jampi-jampi, berturun dan sebagainya yang boleh membawa syirik.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Thaaha ayat 69 yang tafsirnya :

"Ahli sihir itu tidak beroleh kejayaan di mana sahaja ia berada".

Kita telah diberikan pendedahan tentang berlakunya kes-kes penyelewengan akidah dalam amalan perbomohan melalui media massa, seminar, ceramah dan lain-lain lagi. Tetapi yang menghairankan bahkan mendukacitakan masih terdapat sebilangan yang mempercayai bomoh-bomoh tersebut walaupun sudah jelas penyelewengan yang mereka lakukan.

Sebagai peringatan dan pengetahuan orang ramai agar jangan sampai terpengaruh dan tertipu oleh bomoh-bomoh seumpama ini, maka di sini disebutkan di antara penyelewengan yang sering dilakukan oleh mereka seperti :

- Pemujaan terhadap satu-satu objek yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa untuk bantuan dan pertolongan yang dihajati.- Penggunaan jampi-jampi yang menyebutkan nama-nama selain daripada Allah dan tidak difahami maksudnya seperti 'lucu luci batang bertambah-tambah. Aku yang bersalah yang engkau sembah. Aku yang berdosa aku yang engkau puji'. Walaupun sesetengah jampi berkenaan ada diselitkan beberapa ayat Al-Quran, namun ia tidaklah boleh diterima kerana ayat-ayat yang diselitkan itu tidak tepat sebutannya serta salah ejaan dan ditulis pula dengan huruf rumi. Di samping itu ungkapan-ungkapannya banyak yang tidak difahami dan meragukan, contohnya 'ja leka luman as eya raban' lebih menyimpang lagi apabila Allah dijadikan objek seperti makhluk, padahal Allah itu adalah suci daripada sebarang kekurangan seperti makhluk, contohnya 'Allah yang dikunci'. 'Allah terbunuh baru aku terbunuh'.

Kaedah menyeleweng yang lain lagi ialah seperti :

- Menggunakan bahan-bahan terlarang dan najis seperti menggunakan darah arnab untuk diminum.-Terdapat unsur-unsur penipuan seperti meminta bayaran yang ditetapkan harga dan nilainya serta permintaan pekeras yang ditentukan. Jika tidak ditunaikan kononnya pesakit akan mendapat bala.- Melakukan perkara-perkara maksiat dan terkutuk seperti mencabuli pesakit-pesakit wanita. Terdapat dukun yang mengajak pesakitnya bernikah batin dan mendakwa bahawa dengan cara ini sahaja yang dapat menyembuhkan pesakitnya.- Memohon kepada kuasa-kuasa ghaib yang diabggap boleh menyembuhkan dan memberi pertolongan kepadanya.

Page 6: Perbomohan Menurut Islam

- Larangan membaca ayat-ayat Al-Quran seperti Surah Yaasiin ketika upacara pengubatan sedang dijalankan oleh bomoh berkenaan dan melarang dari menunaikan fardu haji.- Mendakwa pandai menarik roh ke dalam badannya.-Meminta pesakit supaya menjunjung atau menyembah gambar-gambar yang didakwa gambar orang kayangan yang dianggap boleh menolong serta dapat menunaikan hajat seseorang dan akan dapat membawa ke Syurga.- Mendakwa boleh mengetahui perkara-perkara ghaib seperti mengetahui bahawa pesakit itu dibuat orang (disihir) dan dapat pula diketahui pembuatnya atau barang-barang tersebut dengan terperinci.

Semua bentuk ajaran dan amalan yang dinyatakan tadi jelas menyeleweng dari segi akidah dan boleh menyesatkan pengamalnya serta menimbulkan fitnah dan ramalan-ramalan yang dilakukan boleh memecahbelahkan rumahtangga, keluarga dan masyarakat.

Demi menjaga akidah umat Islam, khususnya bomoh yang mengamalkan perbomohan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta mereka yang meminta khidmat bomoh tersebut, maka adalah menjadi kewajipan bagi kita umat Islam yang mengetahuinya memandu, membimbing dan memberikan kefahaman yang betul kepada mereka supaya menjauhi dan meninggalkannya.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Yunus ayat 106 yang tafsirnya :

"Dan janganlah engkau wahai Muhammad menyembah atau memuja yang lain dari Allah yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu, oleh itu sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu".

http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=176

 GARIS PANDUAN PERBOMOHAN

MENURUT ISLAM 

1. 1.         TUJUAN 

1.1. 1.1.           Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan perbomohan tradisional supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam yang sebenar.

 2. 2.                  PENDAHULUAN 

2.1. 2.1.           Islam amat menitikberatkan soal-soal aqidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara harus diingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah sahaja berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah hak-Nya, manusia hanyalah disuruh berusaha dan berikhtiar. Dalam hubungan ini, umat Islam di negara ini adalah kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tradisi tertentu dan sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh dari fahaman anamisme, dinamisme, Hindu dan lain-lain.

Page 7: Perbomohan Menurut Islam

 2.2. 2.2.           Garis panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya

dapat mengelakkan diri dari penyelewengan dalam aqidah dan syariat Islam. Allah sw.t. berfirman:

 وال تدع من دون الله ما ال ينفعك وال يضرك فان فعلت فانك اذا من الظالمين

( 106سورة يونس : ) 

Maksudnya: 

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka apda saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”.

 (Surah Yunus: 106)

    Di samping itu Islam tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir, kerana Rasulullah s.a.w. bersabda:

  عن ابى هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم : اجتنبوا السبع الموبقات قالوا

يا رسول الله وماهن قال الشرك بالله والسحر وقتل النفس التى حرم الله اال بالحق وأكلالربا واكل مال

اليتيم والتولى يوم الزحف وقذف المحصنات المؤمنات الغافالت (رواه البخاري)

 Maksudnya:

 “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Para sahabat bertanya, “apakah tujuh perkara itu?” Baginda menjawab: “menyengutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”. 

(Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 m.s.33).  

Selain itu Rasulullah s.a.w. bersabda: 

قال ابو الزبير : وسمعت جابر بن عبدالله يقول : لدغت رجال منا عقراب. ونحن جلوس مع رسول الله صلى الله عليه وسلم, فقال رجل : يا رسول الله ! أرقى؟ قال : من

استطاع أن.ينفع أخاه فليفعل

(رواه مسلم)

Page 8: Perbomohan Menurut Islam

 Maksudnya:

 Berkata Abu Zubair, aku dengar Jabir bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah s.a.w. Maka berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi? Baginda bersabda “Barangsiapa yang mampu di antara kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan" (Hadith riwayat Imam Muslim – Bab Istihbab al-Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, Jld.9, m.s. 5905)

2.3. 2.3.           Dalam sejarah Islam memang wujud cara perubatan tertentu sepertimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Selain dari cara pengubatan biasa, mereka juga telah menggunakan doa-doa, khusus bagi mengubati penyakit-penyakit sepertimana yang terdapat di dalam buku-buku perubatan ini. Walau bagaimanapun, mereka tidak menggunakan kaedah atau kepercayaan seperti yang difahami oleh sesetengah pihak yang tidak dikehendaki syarak seperti dengan memanggil roh datuk nenek, roh wali-wali, syeikh-syeikh dan khadam-khadam tertentu. Oleh itu, kita dibolehkan untuk melakukan jampi kepada diri, kaum keluarga atau orang lain yang ditimpa kesusahan, kerana jampi merupakan doa perlindungan berdasarkan syarak. Jika lain dari itu, perlu dilihat adakah ia berlawanan dengan syarak atau tidak.

 2.4. 2.4.           Takrif

 2.4.1. 2.4.1.     Bomoh, menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung

(yang mengubati orang sakit dengan menggunakan tradisional atau cara jkampung dan jampi-jampi).

 2.4.2 2.4.2       Dukun ialah orang yang mengubat orang sakit atau

memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dan sebagainya) (Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL. 1989, m.s. 297)

 2.4.3. 2.4.3.     Pawang ialah:

 i) i)                    Orang yang mempunyai kebolehan yang

istimewa untuk melakukan sesuatu (biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib).

 ii) ii)                  Orang yang pandai mengubati orang sakit dan

lain-lain (dengan menggunakan jampi mentera dan lain-lain) (Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, 1989 m.s. 920).

 2.4.4. 2.4.4.     Takrif Kita:

Page 9: Perbomohan Menurut Islam

 Jampi ialah perlindungan yang dijampi keapda seseorang yang mengidap sakit seperti demam, pening dan lain-lain penyakit. Dalam bahasa Arab, jampi dikenali dengan al-Ruqa atau al-Ruqyah. 

2.5. 2.5.           Garis panduan bomoh ini mengandungi perkara-perkara berikut:

 2.5.1. 2.5.1.     Asal usul Perbomohan 2.5.2. 2.5.2.     Matlamat Perbomohan 2.5.3. 2.5.3.     Syarat-syarat Perbomohan

 2.5.4. 2.5.4.     Mengenai Bomoh

 2.5.5. 2.5.5.     Ikrar dan Sumpah

 2.5.6. 2.5.6.     Pantang Larang

 2.5.7. 2.5.7.     Adab Semasa Perbomohan

 2.5.8. 2.5.8.     Pengamalan Perbomohan

 2.5.9. 2.5.9.     Bayaran Perkhidmatan>Pengeras

 2.5.10. 2.5.10.      Pengijazahan

 2.5.11. 2.5.11.      Tertakluk kepada Undang-undang Negara.

  3. 3.                  GARIS PANDUAN PERBOMOHAN 

3.1. 3.1.           Asal-Usul Perbomohan 

Setiap individu atau kumpulan itdak boleh mendakwa bahawa perbomohannya bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari al-Quran dan hadith atau berasal dari amalan para sahabat Nabi s.a.w. atau lain-lain jika tidak ada alasan yang kukuh berdasarkan nas al-Quran dan al-Hadith. 

3.2. 3.2.           Matlamat Perbomohan 

3.2.1. 3.2.1.     Matlamat perbomohan hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan tubuh badan, kerukunan hidup bermasyarakat dan berumahtangga.

 

Page 10: Perbomohan Menurut Islam

3.2.2. 3.2.2.     Dilarang sama sekali untuk membalas dendam, membuat aniaya, menakut-nakutkan, mengugut orang lain dan lain-lain.

  

3.3. 3.3.           Syarat-syarat Perbomohan 

3.3.1. 3.3.1.     Bagi mempastikan perbomohan tidak bercanggah dengan ajaran islam perkara berikut hendaklah dikenalpasti:

 i) i)                    Tidak menggunakan bentuk amalan sihir, ilmu

hitam, tilik tenung, tukang nujum, ramalan tapak tangan dan silap mata.

 ii) ii)                  Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras

dengan suatu akibat. 

iii) iii)                Tidak boleh percaya keapda sial dan mudarat yang menimpa seseorang atau diri.

 iv) iv)                Tidak boleh melakukan perkara-perkara yang

berunsur syirik seperti semah pantai, sembelihan binatang, buang ancak dan lain-lain.

 v) v)                  Tidak boleh menyembelih binatang untuk sesuatu

tujuan yang bukan syar’i. 

vi) vi)                Tidak boleh melakukan perbomohan atau bacaan tertentu yang menggunakan unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara perbomohan.

 vii) vii)              Tidak boleh menyajikan makanan untuk menjamu

penunggu. 

viii) viii)            Tidak boleh mentaati bomoh atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.

 ix) ix)                Menolak sebarang syarat yang diberikan yang

bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam. 

3.4. 3.4.           Mengenai Bomoh 

3.4.1. 3.4.1.     Bomoh hendaklah beragama Islam, aqil dan baligh serta mengetahui apa yang diucapkannya.

 3.4.2. 3.4.2.     Tidak melakukan perakra-perkara yang boleh membawa

syirik, sama ada melalui iktikad, perkaraaan atau perbuatan. 

Page 11: Perbomohan Menurut Islam

3.4.3. 3.4.3.     Tidak meninggalkan ibadat-ibadat wajib dalam Islam seperti sembahyang fardhu, puasa dan zakat.

 3.4.4. 3.4.4.     Tidak melakukan maksiat, jenayah dan yang

bertentangan dengan undang-undang negara. 

3.4.5. 3.4.5.     Tidak memecahbelahkan masyarakat dan keluarga. 

3.4.6. 3.4.6.     Tidak mentafsir ajaran agama islam mengikut hawa nafsu.

 3.4.7. 3.4.7.     Tidak memasukkan atau menggunakan unsur-unsur

yang bercanggah dengan islam seperti sihir, ilmu hitam dan menurun kerana pengamalnya termasuk dalam kategori penyeru iblis dan syaitan dengan ucapan-ucapan yang tidak wajar atau boleh membawa kepada kufur dan syirik.

 3.4.8. 3.4.8.     Tidak boleh bersahabat dengan makhluk ghaib seperti jin

dengan tujuan mendapat pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak walaupun dikatakan dengan jin Islam kerana kita tidak tahu sama ada betul Islam atau tidak.

 3.4.9. 3.4.9.     Tidak boleh meminta pertolongan jin dalam rawatan

perubatan sehingga membawa kepada syirik kerana dibimbangi wujud unsur menafikan kudarat Allah.

 3.4.10. 3.4.10.   Tidak harus meminta pertolongan jin untuk mencari

kekuatan dan kehebatan kerana dibimbangi wujud keyakinan bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa yang sama dengan Allah atau mengurangkan keyakinan kepada kuasa Allah semata-mata.

 3.4.11. 3.4.11.   Tidak harus meminta dan menggunakan khidmat jin

untuk ilmu sihir atau nujum atau ‘menurun’ kerana ia termasuk dalam amalan syirik atau dilarang oleh Allah dan boleh merosakkan aqidah orang yang terlibat dengnanya.

 3.4.12. 3.4.12.   Tidak boleh melakukan ramalan tentang buruk atau baik

pada masa akan datang dan tidak harus menyatakan pada ramalan yang telah lalu dengan cara tebakan, tenung dan lain-lain.

 3.4.13. 3.4.13.   Hendaklah mengikhlaskan hati dengan amalan, semata-

mata mencari keredhaan Allah S.W.T. 

3.4.14. 3.4.14.   Hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah. Kerana Allah sahaja yang memberi kebaikan dan pertolongan.

  

3.5. 3.5.           Ikrar Sumpah Dan Taat Setia

Page 12: Perbomohan Menurut Islam

 3.5.1. 3.5.1.     Sumpah tidak dibolehkan semasa perbomohan, hanya

ikrar saja boleh digunakan mengikut kesesuaian. 

3.5.2. 3.5.2.     Pengamal perbomohan tidak booleh taat secara membuta tuli kepada bomoh. Mereka boleh mengikut suruhan bomoh tertentu selama tidak bercanggah dengan hukum syarak.

 3.5.3. 3.5.3.     Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di

dalam pengakuan ikrar hendaklah tidak mengandungi perakra-perkara yang bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam seperti memuja dewa atau nama berhala.

 3.5.4. 3.5.4.     Di dalam upacara ikrar sama ada dari segi fizikal atau

mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai orang Islam.

 3.6. 3.6.           Pantang Larang

 3.6.1. 3.6.1.     Tidak boleh dikaitkan dengan pantang larang sesuatu

unsur pemujaan, meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk ghaib seperti hantu, jin, penunggu atau orang halus dan sebagainya.

 3.6.2. 3.6.2.     Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang bomoh

sehingga melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri, membuka aurat, bersunyian antara pesakit yang lain jantina dengan bomoh sahaja dan sebagainya.

 3.6.3. 3.6.3.     Perkara-perkara yang haurs dan halal dalam syariat

Islam tidak boleh dihukumkan haram atau sebaliknya. 

3.6.4. 3.6.4.     Tidak menurut apa-apa pendapat bomoh yang bertentangan dengan apa juga perkara yang berhubung dengan apa juga perkara yang berhubung dengan apa juga perkara yang berhubung dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

 3.7. 3.7.           Adab Semasa Perbomohan

 3.7.1. 3.7.1.     Tidak mendakwa perkara-perkara yang ghaib.

 3.7.2. 3.7.2.     Bomoh tidak boleh takbur dan tidak boleh menganggap

orang lain lemah dan lekeh. 

3.7.3. 3.7.3.     Bomoh hendaklah melarang pesakitnya memuja, mengagung dan taksub kepadanya.

 

Page 13: Perbomohan Menurut Islam

3.7.4. 3.7.4.     Bomoh hendaklah mengikut adab sopan dan tatatertib Islam ketika menolong seseorang sama ada bersendirian atau bersama pesakit.

 3.7.5. 3.7.5.     Hendaklah menjaga kesopanan susila adab sebagai

orang Islam.  

3.8. 3.8.           Pengamalan Bomoh 

3.8.1. 3.8.1.     Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifat-Nya seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau kudaratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya.

 3.8.2. 3.8.2.     Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai

maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.

 3.8.3. 3.8.3.     Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada

sesuatu kuasa atua peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuak nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih dan lain-lain.

 3.8.4. 3.8.4.     Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang

mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seprti objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayatnal-Quran dan jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

 3.8.5. 3.8.5.     Penggunaan jampi dibolehkan dan digunakan dengan

syarat: 

i) i)                    menggunakan ayat al-Quran 

ii) ii)                  menggunakan bahasa yang difahami 

iii) iii)                jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.

 3.8.6. 3.8.6.     Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang

tidak difahami maknanya dikhuatiari mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.

Page 14: Perbomohan Menurut Islam

 3.8.7. 3.8.7.     Tidak boleh membaca mana-amana ayat al-Quran

secara songsang, sepertiQul Huwallah dan lain-lain. 

3.8.8. 3.8.8.     Tidak boleh menggunakan Kitab al-Quran secara tidak wajar menurut syarat seperti menggantung al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu jika berpusing begini dan jika tidak, begini pula maksudnya. Semuanya ini termasuk menghina al-Quran (Istihza’).

 3.8.9. 3.8.9.     Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang

dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan perbomohan.

 3.8.10. 3.8.10.      Tidak boleh mengguna perbuatan ‘menurun’,

memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan.

 3.9. 3.9.              Bayaran Perkhidmatan/Pengeras

 3.9.1. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perbomohan

jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik. 3.9.2. 3.9.2.     Bayaran perkhdimatan hanya dibolehkan mengikut

kesesuaian perubatan dengan tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa maksud tolong-menolong.

 3.10. 3.10.      Pengijazahan

 3.10.1 3.10.1  Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang

mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembah sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.

 3.11. 3.11.      Tertakluk Kepada Undang-undang Negara

 Semua pengamal ilmu perbomohan perlu patuh kepada undang-undang negara.   

4. PENUTUP 

Dengan mengikuti garis panduan ini diharapkan apra pengamal ilmu perbomohan dapat menghindarkan diri dari ajaran sesat dan aqidah yang karut agar hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

 

Page 15: Perbomohan Menurut Islam

      My.Document/Garis Panduan Perbomohan/nhs.

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/bomoh.htm

Berubat perlu ikut batasan ajaran   Islam

Titisan Harapan: Berubat perlu ikut batasan ajaran IslamOleh Karim Sulaiman

MELIHAT keadaan fizikal dan kesihatan saya, ramai bertanya – tidak berubat kampung? Tidak kurang bertanya, tidak cuba rawatan secara Islam? Ada yang mengesyorkan supaya saya mengambil makanan kesihatan sampingan.

Saya faham mengapa mereka bertanya demikian, mungkin menyangka saya hanya mendapat rawatan di hospital semata-mata. Ada yang mendakwa saya tidak yakin dengan rawatan lain. Senang cerita pada firasat saya, mereka ingin berkata penyakit ini disebabkan buatan orang atau terkena gangguan makhluk halus.

Saya bukan tidak percaya dengan perkara ini. Malah, sejak sakit berpuluh-puluh tempat saya pergi untuk berubat. Saya reda, belum bertemu jodoh dengan penawarnya. Saya tidak pernah berputus asa dan terus berusaha supaya sembuh – tidak kira berubat di hospital, rawatan tradisional atau Islam. Cakap apa saja rawatan yang saya tidak buat.

Bukan setakat secara tradisional Melayu dan Islam, malah pernah mencuba rawatan perubatan Cina. Namun, saya begitu, berhati-hati dalam memilih cara rawatan kerana bimbang tersalah tempat dan orang yang mengubatinya. Perkara utama, saya mahu memastikan bahawa rawatan itu tidak menyalahi ajaran Islam.

Saya berpegang berubat kerana Allah. Saya membuat rujukan dengan berpandukan Garis Panduan Perbomohan Mengikut

Page 16: Perbomohan Menurut Islam

Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Selain itu, Jakim ada mengeluarkan garis panduan mengenai khurafat dan azimat sewaktu berubat. Saya juga mendapatkan pandangan dan penjelasan guru agama sebelum mendapat dan meneruskan rawatan secara tradisional atau yang didakwa mengikut cara Islam.

Di dalam garis panduan itu disebut bahawa Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu diingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah haknya.

Manusia hanya disuruh berusaha dan berikhtiar. Garis panduan itu turut menekankan perkara yang perlu diberi perhatian supaya tidak bercanggah dengan ajaran Islam iaitu :-l Tidak menggunakan sihir, ilmu hitam, tilik, tenung nasib, nujum, ramalan tapak tangan, astrologi atau ramalan menggunakan buruj bintang dan silap mata;

l Tidak mengaitkan pengeras atau bayaran dengan sesuatu dan meminta pengeras atau perkhidmatan yang tinggi dan melampau;

l Tidak percaya kepada fahaman sesuatu boleh membawa sial dan mudarat menimpa seseorang;

l Tidak melakukan perkara syirik, khurafat dan bidaah yang keji seperti sembah pantai, sembelih binatang untuk korban dan buang ancak;

l Tidak menyembelih binatang sebagai korban selain untuk Allah dan bukan untuk tujuan yang bukan syarie;

l Tidak mengamalkan amalan atau bacaan tertentu menggunakan unsur meminta izin serta bantuan daripada makhluk halus sebagai khadam;

l Tidak menyajikan makanan untuk menjamu penunggu atau jin yang tinggal di sesuatu tempat;

Page 17: Perbomohan Menurut Islam

l Tidak mentaati bomoh atau seseorang pengubat pada sesuatu perkara yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam. Matlamat tidak menghalalkan cara. Meskipun bertujuan baik seperti penggunaan haikal/jaljalut untuk menangkis serangan musuh, ilmu guna-guna, pencuri, kebakaran jin dan sebagainya. Isi kandungan haikal ini bertentangan akidah seperti mempercayai ada sesuatu yang dapat memberi manfaat dan menolak bencana, dan

l Menolak syarat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akidah Islam.

Saya berpegang kepada garis panduan itu sewaktu mendapatkan rawatan secara tradisional atau perbomohan. Namun, dalam berhati-hati pun ada kalanya kita tidak dapat mengelak daripada berjumpa dengan tukang ubat tidak mengamalkan cara rawatan Islam sebenarnya.

Kadang-kadang kita hanya mendengar daripada orang lain bahawa tukang ubat itu menggunakan rawatan secara Islam. Tetapi, apabila berubat sendiri, barulah tahu cara rawatannya. Jika saya mendapati cara rawatannya tidak berlandaskan Islam, itulah kali terakhir bertemunya.

Bagi saya jika hendak sembuh sekalipun, jangan sampai melakukan atau terjebak dengan perkara atau unsur yang menyalahi ajaran Islam. Namun, kita tidak boleh berputus asa kerana setiap penyakit yang diturunkan Allah kepada kita ada penawarnya.

DITERBITKAN DALAM:

UNCATEGORIZED

 ON FEBRUARI 27, 2010 AT 1:49 AM TINGGALKAN KOMEN

URI untuk TrackBack kemasukkan ini adalah:

http://husainputeh.wordpress.com/2010/02/27/berubat-perlu-ikut-batasan-ajaran-islam/

trackback/