17
TAJUK FOTO : SEKOLAHKU HIJAU Gambar ini telah dirakam pada 21 Jun 2013 iaitu sebelum saya menyertai kursus pengajian separuh masa di UTHM. Saya memilih gambar ini kerana saya berpendapat gambar ini ada kaitan dengan tajuk yang saya pilih untuk melengkapkan tugasan saya ini. Gambar ini diambil di sekitar bilik guru yang baru dibina di sekolah saya iaitu SMK Tun Ismail, Parit Raja. Kamera yang saya gunakan untuk mengambil gambar ini ialah Digital Kamera Olympus dengan Internal Memory xD-Picture Card (16 MB to 2 GB), 1/2 .33” CCD (primary color filter). Kamera ini mempunyai kelajuan (speed) 4 hingga 1/2000 sec. 1 Aktiviti penanaman pokok untuk penerapan nilai Pendidikan Alam Sekitar oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 Bestari 2013 SEKOLAHKU HIJAU

Phototalk 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Phototalk 2

TAJUK FOTO : SEKOLAHKU HIJAU

Gambar ini telah dirakam pada 21 Jun 2013 iaitu sebelum saya menyertai kursus pengajian separuh

masa di UTHM. Saya memilih gambar ini kerana saya berpendapat gambar ini ada kaitan dengan tajuk

yang saya pilih untuk melengkapkan tugasan saya ini. Gambar ini diambil di sekitar bilik guru yang baru

dibina di sekolah saya iaitu SMK Tun Ismail, Parit Raja. Kamera yang saya gunakan untuk mengambil

gambar ini ialah Digital Kamera Olympus dengan Internal Memory xD-Picture Card (16 MB to 2 GB),

1/2 .33” CCD (primary color filter). Kamera ini mempunyai kelajuan (speed) 4 hingga 1/2000 sec.

1

Aktiviti penanaman pokok untuk penerapan nilai Pendidikan Alam Sekitar oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 Bestari 2013

SEKOLAHKU HIJAU

Page 2: Phototalk 2

Tajuk: Integrasi Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum

Sebagai pendidik, sebahagian hidup saya diabadikan di sekolah. Setiap hari, saya berharap dapat

mengajar dalam persekitaran yang bersih dan kondusif agar saya dapat menyampaikan ilmu kepada

pelajar-pelajar pada tahap yang paling maksimum. Saya sangat gembira sekiranya pelajar faham apa

yang mereka pelajari dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian mereka. Saya sering

membayangkan, alangkah indahnya andai saya dapat membawa pelajar saya belajar di suatu kawasan

yang bersih, udaranya yang nyaman, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, dan dipenuhi dengan bunga-

bungaan yang mekar mewangi. Seolah-olah berada dia dalam taman syurga.

Saya percaya, semua pelajar di sekolah saya juga berharap agar mereka dapat menimba ilmu

dalam suasana yang menggalakkan agar mereka menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Namun begitu, dewasa ini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kesedaran pelajar terhadap kebersihan

persekitaran terutamanya kebersihan di dalam bilik darjah adalah sangat rendah. Kadang kala sya

mengambil masa lebih kurang lima minit untuk meminta pelajar membersihkan sampah sarap yang

berada di sekeliling mereka sebelum kelas dimulakan. Kadang kala pula, saya merasa sedih kerana meja

dan kerusi guru dibiarkan berhabuk dan dipenuhi sampah sarap. Seolah-olah, kami tiada nilainya di mata

pelajar walhal kami adalah orang yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu kepada mereka.

Mengimbau kenangan menjadi pelajar di sekolah yang sama 13 tahun yang lalu, saya dan rakan

rakan akan menyapu sampah, mengelap cermin tingkap, membersihkan papan putih dan menghias meja

guru setiap pagi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kami sangat takut sekiranya

guru naik marah akibat kelas yang kotor dan berhabuk. Malah kami berlumba-lumba menghias kelas

secantik yang mungkin agar menjuarai pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas yang diadakan

setiap minggu. Ini bermakna, kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan masih tinggi dalam diri

kami berbanding dengan pelajar masa kini.

Melangkaui batas persekitaran sekolah, dewasa ini kita dapati kemerosatan kualiti alam sekitar

berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Isu pencemaran alam sekitar terutamanya

pencemaran air, udara, tanah dan bunyi sering menjadi isu perdebatan yang hangat diperkatakan di

peringkat global. Fenomena pemanasan global, peningkatan suhu bumi, pencairan ais di kutub utara dan

selatan, pelebaran kawasan gurun, kepupusan flora dan fauna, dan paras laut meningkat akibat hakisan

2

Page 3: Phototalk 2

glasier di kutub mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia. Selain itu, pelbagai bencana alam seperti

banjir kilat, tanah runtuh, tsunami dan gempa bumi boleh berlaku secara tiba-tiba menyebabkan kita

sentiasa diletakkan dalam kedaan berjaga-jaga. Apa yang berlaku hari ini seolah-olah mengambarkan

yang Bumi kita kini sudah terlalu tua dan tidak mampu menanggung kesengsaraan yang diakibatkan oleh

perbuatan manusia.

Itu tidak termasuk kerakusan manusia melakukan penebangan hutan secara haram, meratakan

bukit bukau untuk dijadikan kawasan pertanian dan meneroka hutan simpan secara haram. Pembalakan

haram juga mampu menjejaskan kualiti alam sekitar. Selain itu, penipisan lapisan ozon, pencemaran

alam, kesan rumah hijau dan kepupusan spesis turut berlaku akibat sikap tamak dan haloba manusia

zaman teknologi ini. Tidak salah andai kita membangunkan sesuatu kawasan dengan syarat kita

pembangunan tersebut tidak menjejaskan kualiti alam sekitar. Malah dalam Islam juga ada menegaskan

supaya kita tidak melakukan sebarang kerosakan di muka Bumi ini. Tuntutan ini perlu dilaksanakan oleh

semua manusia kerana ia termaktub di dalam kalam Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam

Surah Ar-Rum ayat ke 41 yang bermaksud:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa

yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak

merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah

lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Alam sekitar yang terdiri daripada air udara dan tanah merupakan anugerah Allah yang sangat

tinggi nilainya kepada manusia. Manusia bebas menggunakan anugerah ini untuk tujuan meningkatkan

taraf hidup mereka, mendapatkan keperluan dan memenuhi keperluan masing-masing. Manusia perlu

sedar bahawa alam sekitar yang dianugerahkan kepada mereka ini adalah pinjaman semata-mata dan

perlu diwariskan kepada generasi akan datang dalam keadaan baik sebagaimana generasi terdahulu

mewariskan kepada mereka. Kadangkala manusia lupa bahawa Bumi yang diciptakan oleh Allah ini

adalah tempat persinggahan sementara dan mereka tidak berhak untuk melakukan kerosakan dan

kebinasaan terhadapnya.

Isu alam sekitar ini tidak pernah surut, malah semakin meningkat saban hari. Pelbagai usaha

telah dilaksanakan untuk membendung permasalah global ini. Jika diperhatikan bukan tiada usaha

3

Page 4: Phototalk 2

dilakukan untuk membendung semua isu alam sekitar yang timbul dewasa ini, malah semua pihak telah

berusaha sebaik mungkin bagi memastikan alam sekitar sentiasa berada dalam keadaan baik. Saban

tahun, begitu banyak program dan aktiviti kesedaran alam sekitar dilaksanakan. Namun demikian,

semua usaha ini dilihat seolah-olah kurang memberi impak yang besar kepada masyarakat. Buktinya,

kita masih mendapati ada segelintir daripada kita yang tidak peka dan tidak menghiraukan langsung

aspek penjagaan alam sekitar.

Menyedari hakikat itu, saya merasakan semua pihak harus bertanggungjawab dan memainkan

peranan mereka dalam penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar. Tanggungjawab ini terletak di bahu

kita semua sebagai khalifah Allah yang dikirimkan untuk mentadbir dunia ini dan dianugerahkan dengan

akal dan fikiran untuk berfikir. Allah s.w.t melalui ayat-ayatnya telah mengingatkan kita bahawa banyak

kerosakan telah berlaku di muka Bumi ini adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.

Sekiranya manusia tidak dapat mengawal hawa nafsunya, mereka merasakan segala yang ada tidak

pernah mencukupi dan menjadikan alam sekitar sebagai galang gantinya.

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa pendidikan memainkan peranan yang besar

dalam membentuk minda, pemikiran dan sikap manusia ke arah kebaikan. Pendidikan telah digunakan

sebagai medium asas untuk mengawal alam sekitar dan pembangunan lestari sejak dari persidangan

Tbilisi pada tahun 1977. Persidangan yang berlangsung di Tbilisi, Georgia pada 14 hingga 26 Oktober

1977 ini telah menggariskan beberapa kategori objektif Pendidikan Alam sekitar antaranya seperti

kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran dan penglibatan. Deklarasi Tbilisi (1978) telah

mendefinisikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai sebagai proses pembelajaran yang dapat meningkatkan

pengetahuan dan kesedaran orang ramai berkaitan alam sekitar dan cabaran-cabaran yang berkaitan

denggannya; membangunkan kemahiran dan kepakaran yang perlu bagi menangani cabaran berkenaan;

membentuk sikap, motivasi dan komitmen dalam membuat keputusan seterusnya mengambil tindakan

yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar (Tunku Khalkausar, 2006). Pendidikan berkaitan alam

sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang kualiti alam sekitar.

Tanggungjawab mendidik pelajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar seharusnya bermula

dari rumah dan seterunya diterapkan diperingkat sekolah. Ini kerana, sebagai pelajar masa mereka

banyak dihabiskan di rumah dan sekolah. Oleh itu, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang sangat

penting dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku pelajar dalam hal yang berkaitan dengan penjagaan

4

Page 5: Phototalk 2

kebersihan alam sekitar. Penampilan pelajar sahaja sudah mencerminkan sahsiah mereka. Sekiranya

pelajar mempunyai penampilan yang baik, tidak mustahil mereka mempunyai sahsiah yang baik dalam

apa jua perkara termasuklah dari aspek kebersihan diri dan persekitaran mereka.

Justeru itu, ibu bapa dan guru seharusnya berpimpin tangan dan berganding bahu untuk

memastikan generasi masa kini mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi dalam aspek

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Usaha berterusan dan proaktif diperlukan bagi mendidik

pelajar agar lebih peka terhadp kepantingan menjaga alam sekitar. Salah satu usaha yang bolah

dilaksanakan adalah dengan mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam pengajaran di sekolah

baik diperingkat pra sekolah, sekolah rendah, menengah, dan juga di institusi pengajian tinggi.

Tujuannya adalah untuk melahirkan generasi yang terdidik dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap

aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kesedaran merupakan komponen pertama yang

perlu ada dalam proses memberikan pendidikan yang berkaitan alam sekitar.

Kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar harus bermula dari dalam diri sendiri sejak

dari peringkat awal lagi. Pendidikan Alam Sekitar dilihat sebagai salah satu cara untuk meningkatkan

kesedaran masyarakat mengenai pentingnya alam sekitar yang bersih. Institusi pendidikan terutamanya

sekolah merupakan wadah yang penting untuk memberi kesedaran kepada pelajar, menerapkan nilai-

nilai yang baik dan membentuk pelajar yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar.

Pendidikan Alam Sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran individu terhadap kualiti kebersihan air,

udara dan tanah sebagai kesinambungan untuk manusia meneruskan kehidupan mereka. Pendidikan

alam sekitar membantu generasi akan datang untuk mengawal kehidupan mereka agar mereka

berupaya menikmati kehidupan yang lebih baik. Kita semua sedia maklum bahawa kebersihan alam

sekitar yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata-mata daripada anak cucu kita. Suatu hari nanti

kita perlu memulangkan kepada mereka dalam keadaan baik.

Memandangkan pendidikan telah diterima sebagai satu medium asas untuk mengawal alam

sekitar dan pembangunan lestari, sekolah dilihat mampu menangani masalah-masalah yang berkaitan

alam sekitar. Salah satu cara untuk melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar ialah dengan

mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam pengajaran di dalam kelas (Zahir & Nordin, 2007). Di

negara kita, Pendidikan Alam Sekitar telah diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1998. Pusat

Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan sebuah buku iaitu Buku Panduan Guru Pendidikan Alam

5

Page 6: Phototalk 2

Sekitar Merentas Kurikulum KBSR dan KBSM untuk sekolah rendah dan menengah. Manakala bagi

pelajar pra sekolah, Modul Pengajaran dan Pembelajaran Alam Sekitar Merentas Kurikulum Prasekolah

telah diterbitkan pada tahun 2005.

Pendidikan Alam Sekitar telah dilaksanakan merentasi kurikulum seperti proses pelaksanaan

untuk aspek nilai-nilai murni. Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum memerlukan semua mata

pelajaran terlibat dan menyumbang kepada Pendidikan Alam Sekitar. Pengajaran Pendidikan Alam

Sekitar berkait rapat dengan matlamat negara untuk membina masyarakat yang sensitif dan memiliki

pengetahuan, kemahiran dan nilai terhadap isu alam sekitar dan berkeupayaan untuk memberi

sumbangan kepada penyelesaian masalah alam sekitar. Elemen Pendidikan Alam Sekitar disepadukan

dan diajar secara jelas dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Geografi, Bahasa, Pendidikan

Agama Islam dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (Ministry of Education Malaysia, 2004). Banyak

aktiviti Pendidikan Alam Sekitar telah dicadangkan dan dimuatkan ke dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini objektif Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia masih belum

tercapai sepenuhnya. Buktinya, kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik tempatan

terdahulu menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, kesedaran, amalan dan sikap pelajar sekolah di

Malaysia masih tidak membanggakan (Rohana Othman et.all, 2013)

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi contohnya, elemen

Pendidikan Alam Sekitar dibincangkan di bawah tema sumber-sumber alam, iklim, tumbuh-tumbuhan

semulajadi, pengangkutan dan komunikasi. Manakala dalam Pendidikan Moral, nilai murni yang diajar

dan berkait rapat dengan alam sekitar adalah menyayangi dan menjaga alam sekitar, keharmonian

antara manusia dan alam sekitar, penjagaan alam sekitar dan sensitiviti terhadap isu alam sekitar. Dalam

bidang bahasa seperti bahasa Melayu dan Inggeris, pelajar-pelajar diberikan tajuk-tajuk yang berkaitan

dengan kesedaran alam sekitar seperti pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar, pencemaran,

pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber untuk kepentingan bersama.

Selain daripada pendidikan formal dalam bilik darjah, Pendidikan Alam Sekitar juga berlaku

secara tidak formal melalui aktiviti kokurikulum berbentuk program/projek seperti Kelab Alam Semula

Jadi dan projek 3K (Keselamatan, Keceriaan dan Kecantikan), pertandingan kuiz, Kempen Kitar Semula,

ceramah dan lawatan. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga sering bekerjasama dengan

pihak Jabatan Alam Sekitar dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain dalam mewujudkan

6

Page 7: Phototalk 2

aktiviti-aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah seperti Pertandingan

Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar, Kem Kesedaran Alam Sekitar, Kempen Kesedaran Alam Sekitar,

Kuiz Minggu Alam Sekitar, Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah),

Pertandingan Debat Alam Sekitar antara Institusi Pengajian Tinggi, dan aktiviti-aktiviti pendidikan alam

sekitar yang lain. Program-program sebegini dirancang dengan tujuan untuk meningkatkan tahap

pengetahuan dan kesedaran pelajar di Malaysia terhadap alam sekitar (Rohana Othman et. all, 2013)

Menurut Rosmidzatul Azila (2013), proses penyepaduan unsur Pendidikan Alam Sekitar dalam

kedua-dua kurikulum dan kokurikulum perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada proses

pembelajaran yang penting. Ini kerana, proses pembelajaran secara teori yang disusuli dengan

pembelajaran secara praktikal (iaitu memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar untuk

merasai sendiri pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar serta melihat segala permasalahan alam

sekitar yang berlaku) adalah lebih berkesan dan bermakna dalam memastikan kesedaran yang lahir

adalah betul-betul terkesan kepada jiwa mereka.

Menurut beliau lagi, dengan usaha penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dan aktiviti

kokurikulum, ia dapat menjadi tanda aras sejauh mana pendidikan alam sekitar yang diterapkan di

dalam bilik darjah difahami dan diaplikasikan oleh para pelajar. Malah melalui aktiviti kokurikulum juga

dapat dijadikan garis panduan untuk para pendidik menilai keberkesanan penyepaduan pendidikan alam

sekitar dengan subjek-subjek lain yang diajar di dalam kelas berdasarkan pengamatan terhadap para

pelajar dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran tentang alam sekitar semasa aktiviti luar kelas

dijalankan.

Namun begitu, Hotinli (2004) menegaskan, walaupun isu-isu alam sekitar yang perlu diajar di

sekolah telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, namun kualiti pelaksanaannya amat bergantung

kepada kesedaran dan minat guru secara individu. Menurut Ruslin Amir (2010), pada peringkat sekolah,

kejayaan Pendidikan Alam Sekitar banyak bergantung kepada keiltizaman guru. Guru berperanan

memberi pengetahuan, menimbulkan dan menyemai kesedaran, menunjukkan cara yang baik sewaktu

bertindak sebagai model dan penggerak kepada amalan dan program yang berkaitan dengan alam

sekitar.

7

Page 8: Phototalk 2

Oleh yang demikian, saya berpendapat, tidak kiralah kita mengajar apa jua subjek di sekolah,

kita boleh menerapkan elemen kebersihan alam sekitar di dalam kelas mengikut kesesuaian. Apa yang

penting bagi saya adalah minat sesorang guru itu untuk menerapkan dan membincangkan isu-isu alam

sekitar dalam sesi pengajaran mereka. Sebagai guru, kita perlu menggunakan kemudahan yang telah

disediakan, contohnya seperti menggunakan buku panduan yang telah dikeluarkan oleh PPK sebagai

panduan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan alam sekitar. Guru

juga sepatutnya menggunakan segala peluang yang ada untuk menyemai, memupuk dan melestarikan

Pendidikan Alam Sekitar melalui aktiviti di sekolah sama ada di dalam dan di luar bilik darjah. Dalam hal

ini, komitmen guru adalah sangat penting dalam merealisasikan kejayaan Pendidikan Alam Sekitar di

sekolah (Zahir & Nordin, 2007).

Menyedari hakikat itu, walaupun saya mengajar mata pelajaran Sains tingkatan satu di sekolah,

saya dapat mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam pengajaran di dalam kelas. Contohnya,

ketika mengajar tajuk yang keempat iaitu Kepelbagaian Sumber di Bumi, saya tidak melepaskan peluang

untuk menerapkan Pendidikan Alam Sekitar dengan membawa pelajar-pelajar saya keluar dari makmal

dan melakukan aktiviti luar bilik darjah. Memandangkan saya mengajar tingkatan satu, pelajar-pelajar

saya memang gemar menjalankan eksperimen di dalam makmal. Mereka sangat teruja apabila

eksperimen akan dijalankan pada hari tersebut. Namun begitu, aktiviti luar juga amat mengujakan

mereka. Mereka tertanya-tanya apakah eksperimen yang boleh mereka jalankan di luar bilik darjah.

Saya menerangkan kepada pelajar-pelajar saya bahawa pemeliharaan dan pemuliharaan sumber

di Bumi amat penting untuk menyokong kehidupan kita pada masa akan datang. Oleh itu, pelajar-pelajar

seharusnya tahu cara-cara untuk memelihara dan memulihara sumber-sumber di Bumi seperti air,

udara, tanah, hidupan, dan mineral serta bahan api fosil. Salah satu cara untuk memelihara dan

memulihara hidupan adalah dengan menanam semula pokok dan tanaman tutup bumi. Jadi, pada hari

itu, saya membawa pelajar ke kawasan bilik guru yang baru dibina untuk menanam beberapa pohon

pokok supaya pelajar-pelajar saya sedar bahawa hidupan merupakan salah satu daripada komponen

alam sekitar yang harus dipelihara. Kesannya, pelajar-pelajar saya sangat teruja dengan aktiviti tersebut

dan guru-guru lain juga menyokong usaha mereka.

Beberapa hari selepas itu, saya lihat beberapa orang pelajar menyiram pokok yang mereka

tanam sebelum sesi persekolahan sidang petang bermula. Malah sifat sayang terhadap pokok yang

8

Page 9: Phototalk 2

meraka tanam timul secara semulajadi. Buktinya mereka sering “menziarahi” pokok yang mereka tanam

walaupun hakikatnya pokok itu tidak boleh membesar dengan cepat. Oleh itu, saya membuat

kesimpulan bahawa sekiranya guru mempunyai komitmen untuk menerapkan Pendidikan Alam Sekitar,

suatu usaha yang kecil akan memberikan manfaat yang lebih besar kepada sekolah khususnya. Malah

sesuatu yang dipandang remeh, apabila diberi perhatian dan penekanan dengan kaedah yang betul akan

memberikan impak yang positif kepada kita semua. Bak kata pepatah “ hendak seribu daya, tak hendak

seribu dalih”

Saya juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Koperasi merangkap Setiausaha Koperasi SMK

Tun Ismail Batu Pahat Berhad. Setiap tahun, koperasi sekolah saya akan mengadakan Sambutan Hari

Koperasi Sekolah (HKS). Antara perkara yang menarik perhatian saya mengenai sambutan ini ialah,

simbolik perasmian HKS biasanya dilaksanakan dengan melakukan aktiviti menanam pokok di kawasan

sekolah. Sejak tahun 2008, setiap tahun ada sahaja pokok baru yang kami tanam di sekolah sebagai

simbolik perasmian HKS. Ahli Lembaga Koperasi pelajar akan bergotong royong dengan guru koperasi

untuk menanan pokok tersebut. Secara peribadi, saya sangat gembira dengan usaha ini kerana secara

tidak langsung, pelajar-pelajar saya mempunyai sikap sayang akan tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.

Saya sendiri sangat gembira kerana pokok mangga yang kami tanam sebagai simbolik perasmian HKS

pada tahun 2009 telah mengeluarkan hasil.

Malah, dalam pengajaran dan pembelajaran Sains tingkatan 1, para pelajar digalakkan

menggunakan bahan kitar semula atau bahan terbuang untuk membina rakit atau kapal selam sebagai

melengkapkan band 6 Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi tajuk ketiga iaitu Jirim. Penggunaan bahan

kitar semula ini sekaligus dapat menyelamatkan alam sekitar dan dapat memupuk minat pelajar untuk

mengitar semula bahan terbuang agar boleh dijadikan bahan baru yang bermanfaat kepada kita semua.

Manakala dalam tajuk yang kelima iaitu Udara di Sekeliling Kita, pelajar diminta menyediakan sebuah

folio berkaitan dengan punca-punca dan kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia bagi

melayakkan pelajar mendapat band 6 dalam PBS mereka. Daripada maklumat ini, saya dapat membuat

kesimpulan bahawa dalam mata pelajaran Sains sahaja, beberapa tajuk telah disepadukan dengan

Pendidikan Alam Sekitar secara tidak langsung.

Kesimpulannya, kejayaan mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar sebenarnya sangat

bergantung kepada komitmen pendidik sebagai pelaksana dan kerjasama semua pihak yang terlibat

9

Page 10: Phototalk 2

sama ada secara lansung mahupun tidak langsung dalam usaha ini. Malah, matlamat akhir Pendidikan

Alam Sekitar untuk melahirkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar pastinya mampu

dicapai sekiranya semua pihak khususnya pihak-pihak berwajib memainkan peranan masing-masing

untuk memberi Pendidikan Alam Sekitar dengan lebih serius tanpa rasa dibebani dengan tanggungjawab

berkenaan.

10

Page 11: Phototalk 2

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim, Terjemahan Al-Quran Tajwid Rasm Uthmani dalam Bahasa Melayu, terbitan Al-

Hidayah House of Qu’ran Sdn. Bhd, 2009.

Chang See Leong, Choo Yan Tong, Fadhilah binti Muhamad & Quek Yoke Hua (2011). Sains Tingkatan 1.

Selangor: Karangkraf Network Sdn. Bhd.

Hazura Abu Bakar & Syarifah Norhaidah Syed Idros (2007). Pemeliharaan Alam Tabii Bersumberkan

Pengetahuan Islam. Jilid 7(1): 31-41.

http://www.gdrc.org/uem/ee/tbilisi.html dicapai pada 10 November 2013

Hotinli, Gulru. (2004). Environmental Education in Turkey. Dlm. Mohammad Zahir Ahmad & Nordin

Abdul Razak (2007). Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah : Komitmen Guru. Jilid 7(2): 74-81.

Jabatan Alam Sekitar (2011). Laporan Tahunan 2011. Kuala Lumpur: Jabatan Alam

Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

Ministry of Education Malaysia (2004). The Development of Education: National Report of Malaysia.

Dirujuk pada Disember 6, 2013, daripada

htthttp://www.ibe.unesco.org/International/ICE47/english/Natreps/reports/malaysia.pdf [06

Disember 2013].

Mohammad Zahir Ahmad & Nordin Abdul Razak (2007). Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen

Guru. Jilid 7(2): 74-8.

Rohana Othman, Rosta Harun, Azizi Muda & Ismi Arif Ismail (2013). Kesan Pengajaran dan Pembelajaran

Alam Sekitar Melalui Aktiviti Melukis Mural untuk Meningkatkan Pengetahuan dan Kesedaran

Pelajar Sekolah Menengah terhadap Alam Sekitar. Asian Pasific Journal of Educators and Education.

Vol. 28: 11-31.

11

Page 12: Phototalk 2

Rosmidzatul Azila Yamin (2013). Mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam Pengajaran. Dirujuk

pada Oktober 23, 2013, daripada www.beritaharian.com.my

Ruslin Amir, Norzaini Azman & Ibrahim Komoo (2010). Kesedaran, Kefahaman dan Nilai Sepunya Pelajar

dan Guru: Sumbangan Kepada Pendidikan Awam Langkawi Geopark. Jurnal Akademika 80 : 95-104

Shahrom Md Zain, Noor Ezlin Ahmad Basri, Fatihah Suja, Othman Jaafar & Hassan Basri (2007).

Pendidikan Alam Sekitar: Bagaimana Usaha-usaha Dilakukan dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran. Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejeuruteraan & Alam Bina, UKM.

Tunku Khalkausar (2006). Environmental Education and Awareness. Dlm. Shahrom Md Zain et. all(2007).

Pendidikan Alam Sekitar: Bagaimana Usaha-usaha Dilakukan dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran. Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejeuruteraan & Alam Bina, UKM.

12