22
1.0 Pengenalan Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. 2.0 Perkembangan Kurikulum PSV Di Malaysia 1

PSV 3104 2013.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PSV 3104  2013.doc

1.0 Pengenalan

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.

Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah,

Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak

merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni

mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada

murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan

kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata

pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif

dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini

melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,

penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan

mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia

membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita

rasanya sendiri.

2.0 Perkembangan Kurikulum PSV Di Malaysia

Perbincangan tentang perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual di

Malaysia tidak dapat lari dari perbincangan tentang perkembangan sistem pendidikan

di Malaysia itu sendiri kerana Pendidikan Seni Visual mempunyai rentetan sejarah

yang seiring dengan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.Ianya meliputi

peringkat sebelum merdeka,awal merdeka , selepas merdeka sehinggalah

1

Page 2: PSV 3104  2013.doc

sekarang.Ianya juga sangat berkait rapat dengan kelahiran institusi seni dan

kemunculan pertubuhan seni lukis serta perkembangan seni halus di Malaysia.

a) Pendidikan Sebelum Merdeka

Sebelum kedatangan kuasa penjajah ,pendidikan di Tanah Melayu berbentuk

bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar-

pelajar.Corak pendidikan yang ada ketika itu berjalan seperti biasa dengan

pengajaran al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik,pengetahuan

kerohanian dan seni mempertahankan diri.Ini termasuklah pelajaran awal dalam

bidang kraf tangan serta perintis dalam bidang pertanian,perikanan dan

pemburuan. Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran al-Quran

dan pengetahuan asas membaca,menulis,dan mengira(3M) dan diadakan di

peringkat yang rendah sahaja.Jika ada anak-anak Melayu yang bercita-cita

tinggi dan ingin menyambung pelajaran,maka mereka terpaksa memasuki

sekolah menengah Inggeris di bandar.

Tujuan utama Sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke-19 dan awal

abad ke-20 adalah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa

dan mewarisi kemiskinan keluarga.Oleh itu ,pendidikan yang berbentuk sekular

dalam bahasa Melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan

kokurikulum yang terhad.Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup

orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak dalam kalangan

masyarakat Melayu.

2

Page 3: PSV 3104  2013.doc

Berdasarkan Laporan Winstedt, ’Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata

Pelajaran tahunan Negeri-negeri Selat 1885 adalah ’Cukup untuk kehendak-

kehendak biasa budak-budak Melayu,yang kelak akan menjadi pemandu kereta

lembu, penanam padi dan nelayan. Tujuan kerajaan bukanlah untuk

mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik. Pelajaran untuk orang

Melayu tidak boleh melewati batasan,kerana ia akan menimbulkan kesulitan

nanti’. Pada tahun 1916, Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan

rendah di Tanah Melayu.Sekolah Melayu dan maktab mengajar subjek

lukisan.Anyaman diletakkan di bawah subjek Sains Pertanian.

b) Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka

Selepas Perang Dunia Kedua,perkembangan politik negeri China, India,dan

negara jiran mengalami banyak perubahan. Masyarakat pendatang

menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka. Kebangkitan

nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum dalam

pendidikan. Orang Melayu mula mendesak supaya kerajaan membaiki mutu

pendidikan di sekolah-sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi

melanjutkan pelajaran. Sebuah jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa

Barnes. Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951. Laporan ini

mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa

berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar utamanya.Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar

secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan

aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang

3

Page 4: PSV 3104  2013.doc

Cina.Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah memburukkan lagi pertikaian kerana

menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu,bahasa

Inggeris dan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.

Pada Tahun 1960, Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur telah ditubuhkan

bagi membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing-masing antaranya

menawarkan kursus Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Guru

Kelas Buta dan Cacat Pendengaran, Kaunseling dan Kerjaya, Teknologi

Pendidikan dan sebagainya.Sebenarnya maktab ini merupakan sebuah sekolah

seni lukis dan juga maktab latihan perguruan . Peter Harris telah mengendalikan

kurikulum Jabatan Pendidikan Seni bagi latihan guru pada tahun 1961.Antara

kakitangan awal MPIK ialah ialah Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony

Lau, Lee Loo For, Cheong Lai Tong dan Jolly Koh. Peter Harris kemudiannya

diambil Alih oleh Syed Ahmad Jamal dan seterusnya oleh Yeoh Jin

Leng .Aspek-aspek kepakaran seni halus seni grafik dan kraftangan diberi

penekanan. Sukatan Pelajaran yang ditawarkan ialah Catan, Seni Halus, Seni

Arca, Seni Seramik, Seni Tekstil(Batik), Seni Anyaman/Tenunan. Antara guru

dan pelukis keluaran MPIK ialah Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman

Mansur, dan Ismail Hashim. Bagi guru cemerlang, mereka ditawarkan untuk

melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara (sekitar 60-an).

c) Perkembangan Pendidikan Selepas Merdeka

Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965,Kementerian Pelajaran Malaysia

telah menggubal dasar baru pendidikan.Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan

4

Page 5: PSV 3104  2013.doc

ini,murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan

mata pelajaran yang dikenali sebagai subjek wajib dan subjek elektif.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah memainkan peranan yang positif

dalam memperkembang Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat

berdasarkan semakan terhadap kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri

yang telah beberapa kali melalui proses perubahan .Perubahan-perubahan

tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi

kandungan subjek tersebut. Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat

dilihat seawall pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula

diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada

penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf(Carline, 1968) dalam Ibrahim Hassan

melalui karya Md.Nasir bin Hj.Ibrahim-Isu dan Pemasalahan Kurikulum

Pendidikan Seni Visual).

Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak

KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974-1979 oleh jawatankuasa yang

diketuai oleh Dr. Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR. Laporan

yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati KLSR sudah tidak relevan lagi

dan perlu diganti dengan kurikulum yang baru.Implikasinya ialah, Kurikulum

Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1982. Namun

begitu,pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti

kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali sebagai

Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum,subjek-subjek yang sedia ada telah

5

Page 6: PSV 3104  2013.doc

mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan

termasuklah Pendidikan Seni Visual.

Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada

melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi

individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari

serta sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan

budaya dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah,

matlamat, objektif, pendekatan, kaedah, dan isi kandungan yang lebih mantap

dan akan menarik minat lebih ramai pelajar.

Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan subjek wajib yang mesti

dipelajari oleh kesemua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal

selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Matlamat subjek Pendidikan Seni Visual sekolah

rendah sebagaimana yang digariskan oleh PFK pada tahun 2000 adalah untuk

melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi

pemupukan asas seni visual, Kandungan kokurikulum berupaya membantu

murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan, menghargai keindahan

alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat

menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara,

selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

6

Page 7: PSV 3104  2013.doc

Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa sejarah perkembangan PSV dapat

dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti mana yang telah dijelaskan di atas.

3.0 Perbandingan PSV KLSR, KBSR Dan KSSR

Kurikulum PSV telah melalui beberapa fasa perubahan menerusi pengenalan

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang kemudiannya diperbaharui menerusi

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR). Perbandingan di antara ketiga-tiga kurikulum PSV ini dapat dilihat seperti

mana yang dijelaskan di bawah:-

a) PSV KLSR

Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara

ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan.

Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dan dipelajari oleh murid-murid dalam

KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains,

Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan

Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-

lain. Mata pelajaran pendidikan seni dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan

dan Pertukangan Tangan semasa KLSR. Kurikulum Lama Sekolah Rendah

(KLSR) yang dilaksanakan sebelum tahun 80-an dirancang berasaskan isi

kandungan mata pelajaran. Namun, isi kandungan pelajaran kerap kali tidak

berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan

butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak.

7

Page 8: PSV 3104  2013.doc

Keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Antara kelemahan

terbesar dalam KLSR adalah isi kandunganya terlampau memberi penekanan

dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini

telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecermelangan

kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR memberi tumpuan kepada

aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak

langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviourisme. Aspek lain seperti

pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang

sewajarnya.

b) PSV KBSR

Matlamat utama PSV KBSR ialah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,

kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan

kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap

Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan

bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,

masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Dalam pada itu, objektif kurikulum PSV KBSR adalah seperti mana yang

berikut:-

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan

meyeronokkan

8

Page 9: PSV 3104  2013.doc

Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera

Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya

Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual

Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan

selamat

Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan

bertanggungjawab

Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air

Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni

visual

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti

kesenggangan yang berfaedah

Kurikulum PSV KBSR melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yang

mencakupi tiga aspek iaitu pemerhatian yang aktif dan terperinci, interaksi yang

inovatif dan kreatif dengan alat dan bahan serta penghayatan karya seni dan

alam sekitar. Untuk mencapai tujuan tersebut kurikulum PSV sekolah rendah

disusun dalam empat bidang kegiatan utama iaitu bidang menggambar, bidang

membuat corak dan rekaan, bidang membentuk dan membuat binaan serta

bidang kraf tradisional.

Dalam masa yang sama juga, pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi

empat aspek utama iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan

9

Page 10: PSV 3104  2013.doc

keratif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah, menghargai

nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

c) PSV KSSR

Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan

insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni

visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa

kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,

keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam pada itu, objektif kurikulum PSV

KSSR adalah seperti berikut:-

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan

menyeronokkan

Menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera

Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya

Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual

Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan

selamat

Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan

bertanggungjawab

Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air

10

Page 11: PSV 3104  2013.doc

Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni

visual

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti

kesenggangan yang berfaedah

Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu

menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan

serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang

tersebut disusun berasaskan kepada empat standard kandungan iaitu persepsi

estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni. Standard pembelajaran

digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran berasaskan

standard kandungan.

Oleh yang demikian, kurikulum PSV bagi KLSR, KBSR dan KSSR

mempunyai persamaan yang jelas dan hanya melibatkan beberapa perbezaan

yang disesuaikan dengan masa pelaksanaan kurikulum tersebut.

4.0 Konsep 5P Dan Peranan Guru PSV

Dalam mencapai matlamat PSV dan juga matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan,peranan guru amat penting terutamanya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.Guru PSV hendaklah sentiasa melaksanakan kurikulum yang telah

diselaraskan dan mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran.

Konsep 5P merupakan aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran

11

Page 12: PSV 3104  2013.doc

kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan

serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta

mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid.Konsep 5P terdiri daripada proses

penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai, pemulihan

dan pengayaan:-

a) Penggabungjalinan

Penggabungjalinan ialan satu proses yang menggabungjalinkan pelbagai bidang

kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu

pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Pengabungjalinan ini bertujuan

membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentakdalam

satu proses pengajaran dan pembelajaran.Ianya dapat meningkatkan

keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, lebih menarik

minat pelajara terhadap pengajaran dan pembelajaran,menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid dan memberi

ruang serta peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara

seimbanga dan menyeluruh.

Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai

kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemhairan daripada

mata pelajaran lain dan penggabungjalinan merentas kurikulum.

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran melibatkan kemahiran lisan atau

pertuturan, membaca, menulis, mengira, berfikir, melukis, mewarna dan lain-

lain. Contohnya guru meminta pelajar melukis lima buah-buahan tempatan,

12

Page 13: PSV 3104  2013.doc

kemudian mewarna buah-buahan tersebut. Oleh itu pelbagai kemahiran dapat

diterapkan dalam aktiviti tersebut antaranya ialah kemahiran berfikir,melukis dan

mewarna.Kemahiran utama yang guru tersebut perlu fokuskan ialah kemahiran

melukis iaitu objektif utama pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran

yang digabungjalinkan dengan kemahiran utama ialah mewarna dan berfikir.

Bentuk penggabungjalinan seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran

daripada mata pelajaran lain. Penggabungjalinan bentuk ini amat penting untuk

meningkatkan kemahiran murid. Contohnya bagi mata pelajaran Kajian

Tempatan pelajar perlu mengenali peta Malaysia. Oleh itu pelajar perlu melukis

dan mewarna peta Malaysia mengikut nama-nama negeri yang terdapat dalam

Malaysia. Kemahiran dalam PSV seperti melukis dan mewarna digabungjalinkan

dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

b) Penyerapan

Penyerapan pengetahuan pula adalah proses menyebatikan dan

menyatupadukan pengatahuan atau unsur isi pengetahuan daripada satu mata

pelajaran lain ke dalam isi pelajaran yang diajar.Penyerapan pengetahuan

melibatkan unsur pengetahuan dan bukan kemahiran. Antara kelebihan

penyerapan pengetahuan dalam PSV ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya

bersifat sebaliknya. Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi

lebih produktif dan efektif. Seterusnya dengan pemilihan isi pengetahuan yang

menarik daripada mata pelajaran lain akan menjadikan murid lebih ceria,

13

Page 14: PSV 3104  2013.doc

bersemangat dan progresif. Akhir sekali, murid-murid menjadi lebih faham

dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan,hubungkait dengan

pengetahuan daripada mata pelajaran lain.Dalam mata pelajaran PSV, guru

boleh menambahkan ilmu pengetahuan dari mata pelajaran lain dengan

mnceritakan serba sedikit tentang sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal

dalam esei. Oleh itu, guru tidaklah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran

mewarna dan melukis sahaja.

c) Penerapan nilai-nilai murni

Penerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam

pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Penyerapan nilai-nilai

murni berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan

pendekatan eksplisit.Melalui pendekatan implisit, guru-guru secara tidak

langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya guru berpakaian bersih dan

kemas menjadi contoh kepada para pelajar. Pendekatan secara eksplisit pula

ialah mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang bertulis

tentang sesuatu perkara yang diharapkan. Penerapan secara eksplisit adalah

lebih terancang,dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang

jelas. Dalam konteks PSV, guru tersebut boleh meminta sekumpulan pelajar

mengemas bilik seni sekolah. Secara tidak langsung ini dapat menerapkan nilai-

nilai murni seperti kerjasama,ambil berat dan sikap toleransi.

14

Page 15: PSV 3104  2013.doc

d) Pengayaan

Pengayaan ialah satu aktiviti yang lebih mencabar keboleham pelajar di

samping menambah minat dan pengalaman pelajar yang seterusnya dapat

membantu pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri. Pengayaan juga dapat

membuat pelajar berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sikap berdikari

bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta

melahirkan daya keativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja

mereka sendiri. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang untuk pelajar

mengembangkan minat,daya kreativiti, sifat ingin tahu, kepimpinan serta daapat

melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,kumpulan dan juga

masyarakat. Dalam mata pelajaran PSV,guru boleh mempelbagaikan aktiviti

pembelajaran mengikut bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan minat

pelajar dalam mata pelajaran PSV. Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta

menguji kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan daya kreativiti

tersendiri.

e) Pemulihan

Pemulihan pula bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Melalui

pendidikan pemulihan pelajar yang lemah dapat diasuh dan diberi tumpuan yang

lebih berbanding pelajar-pelajar lain. Contohnya dalam PSV pelajar yang kurang

berkemahiran dalam melukis akan diajar mengikut teknik-teknik yang sesuai

secara berulang kali. Pelajar juga turut diberikan peluang untuk mencuba

mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat untuk mencuba

sehingga ke tahap yang lebih maju.

15

Page 16: PSV 3104  2013.doc

5.0 Pengurusan Sumber dan Bahan Bantu Mengajar

Selain dari mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran,

guru PSV juga perlulah memainkan peranan dalam pengurusan terutamanya dari

segi menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang

maksimum kepada pelajar.Ini kerana kekuatan PSV di sesebuah sekolah terletak

kepada guru PSV itu sendiri dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio PSV. Perkara yang

ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang

melibatkan benda-benda yang dapat disentuh,dilihat dan diimaginasi bagi

menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.Dengan ini diharapkan

fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap PSV

dapat dikembangkan.Sebagai seorang pengurus,guru PSV juga perlu merancang

dan mengurus proses pengajaran dan pembelajaran termasuk menggariskan

matlamat pembelajaran,merancang strategi yang sesuai serta mengurus tingkah laku

pelajar, mentaksir serta menilai hasil pembelajaran. Guru PSV juga perlu

menguruskan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran,bertanggungjawab ke atas

bahan dan peralatan, serta menjalankan aktiviti luar.

16

Page 17: PSV 3104  2013.doc

Rujukan

Abu Sareh Haron, (2006). Figura Dalam Seni Halus. Sasbadi, Petaling Jaya, Selangor

Barnes, R. (1987). Teaching Art To Young Children, Routled, London

Efland., Arthur D. (2002). Art & Cognition, Teachers College Press, New York

Manan bin Sarbani, Mohd Taslim bin Abd. Rahim, Mohd Jamel bin Hj, Rausliluddin bin Ambia, (2007). Pengenalan Pendidikan Seni Visual, Meteor Doc. Sdn. Bhd

Mohd Azhar Abd Hamid, (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis & Kreatif, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor

Raja Baharudin Raja Husain, Mat Aris Suradi & Syed Rukaidar Syed Isa Al-Idroes. (2001). Panorama Teks Pendidikan Seni. Pan Asia, Subang Jaya, Selangor

Wankelman, W.F & Wigg, P. (1993). A Handbook Of Arts And Crafts, USA: Brown and Benchm

Zailani Yaacob & Azimah A. Samah. (2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual. Fajar Bakti, Shah Alam, Selangor

17