5
refleksi Literasi Bahasa Assalammualaikum dan salam sejahterah saya ucapkan. Alhamdulillah, Syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan projek bagi subjek Literasi Bahasa (WAJ 3104) ini dengan jayanya. Tugasan projek Literasi Bahasa ini saya laksanakan selama beberapa minggu dan pada masa itu pelbagai cabaran dan dugaan saya lalui. Namun ianya tidak mematahkan semangat saya malahan memberi ilmu baharu dan pengalaman yang amat bermakna kepada saya. Tugasan kali ini amat berbeza dengan tugasan subjek yang lain dimana bagi subjek ini kami banyak belajar tentang bahasa serta mengaplikasikannya kedalam bidang ICT. Dalam tugasan ini saya dikehendaki menghuraikan serta menjelaskan tentang konsep Teori Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak. Melalui penulisan esei saya berkaitan Teori Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak ini, saya dapati tiga teori yang terkandung dalam Teori Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak iaitu Teori Behaviorisme, Teori Mentalis dan Teori Kognitif. Teori Behaviorisme merupakan satu teori yang lebih menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang mana ianya adalah berlandaskan Teori Pelaziman Operan. Disini, ilmu baharu yang saya peroleh adalah saya dapat mengetahui bahawa pembelajaran bahasa kanak-kanak itu berlaku adalah disebabkan faktor persekitaran mereka seperti faktor ibu bapa atau individu lain yang terdekat yang telah mengajar kanak-kanak bercakap serta memberi galakan kepada mereka untuk mengembangkan lagi bahasa mereka. Teori Mentalis pula adalah teori yang berpendapat bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak itu adalah secara mentalis dimana seseorang kanak-kanak itu dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal serta berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja yang didedahkan kepada mereka. Disini menurut pendapat oleh Noam Chomsky (1959), saya dapat mengetahui

Refleksi Literasi Bahasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

qwertyuiop

Citation preview

Page 1: Refleksi Literasi Bahasa

refleksi Literasi BahasaAssalammualaikum dan salam sejahterah saya ucapkan. Alhamdulillah, Syukur  kehadrat

ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan projek bagi subjek

Literasi Bahasa (WAJ 3104) ini dengan jayanya. Tugasan projek Literasi Bahasa ini saya

laksanakan selama beberapa minggu dan pada masa itu pelbagai cabaran dan dugaan

saya lalui. Namun ianya tidak mematahkan semangat saya malahan memberi ilmu baharu

dan pengalaman yang amat bermakna kepada saya.

    Tugasan kali ini amat berbeza dengan tugasan subjek yang lain dimana bagi subjek ini

kami banyak belajar tentang bahasa serta mengaplikasikannya kedalam bidang ICT. Dalam

tugasan ini saya dikehendaki menghuraikan serta menjelaskan tentang konsep Teori

Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak. Melalui penulisan esei saya berkaitan Teori

Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak ini, saya dapati tiga teori yang terkandung dalam Teori

Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak iaitu Teori Behaviorisme, Teori Mentalis dan Teori

Kognitif.

            Teori Behaviorisme merupakan satu teori yang lebih menekankan kepentingan

persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang mana ianya adalah berlandaskan Teori

Pelaziman Operan. Disini, ilmu baharu yang saya peroleh adalah saya dapat mengetahui

bahawa pembelajaran bahasa kanak-kanak itu berlaku adalah disebabkan faktor

persekitaran mereka seperti faktor ibu bapa atau individu lain yang terdekat yang telah

mengajar kanak-kanak bercakap serta memberi galakan kepada mereka untuk

mengembangkan lagi bahasa mereka. Teori Mentalis pula adalah teori yang berpendapat

bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak itu adalah secara mentalis dimana seseorang

kanak-kanak itu dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal serta

berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja yang didedahkan

kepada mereka. Disini menurut pendapat oleh Noam Chomsky (1959), saya dapat

mengetahui bahawa setiap manusia itu telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik)

untuk berbahasa. Manakala, ilmu baharu yang saya peroleh melalui Teori Kognitif adalah

saya dapat mengetahui bahawa setiap pembelajaran bahasa kanak-kanak itu berkembang

mengikut peringkat umur sehinggalah mereka mencapai suatu tahap tertentu dimana

perkembangan bahasa mereka dapat dicapai serta dinilai.

            Selain itu, di dalam tugasan ini saya dikehendaki memilih satu kaedah membaca

untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak

prasekolah. Melalui pemilihan kaedah membaca tersebut, saya haruslah menghuraikan

serta menerangkan dengan lebih terperinci lagi berkaitan kaedah yang sya pilih

itu terutamanya penerangan tentang kekuatan dan kelemahan kaedah yang saya pilih itu.

Oleh yang demikian, saya telah memilih kaedah membaca kaedah pandang dan sebut

Page 2: Refleksi Literasi Bahasa

dimana kaedah ini merupakan satu kaedah pengajaran yang mana memerlukan murid-murid

menyebut perkataan yang disebut oleh guru setelah mereka diperlihatkan gambar atau

perkataan tersebut.

           

Kaedah pandang dan sebut

Melalui kaedah ini saya dapat mengetahui kebaikan dan kelemahan pengunaannya yang

mana kebaikan kaedah pandang dan sebut ini adalah seseorang murid itu dapat memahami

maksud perkataan semasa menyebutnya kerana adanya gambar-gambar yang dipaparkan

kepada mereka. selain itu, saya juga mengetahui bahawa kaedah ini merupakan suatu

kaedah terpantas untuk mempelajari kemahiran membaca khususnya bagi kanak-kanak

prasekolah dan kelemahan kaedah ini ialah kemahiran mengenal huruf yang membentuk

perkataan tidak muncul dengan cepat, dimana ia menyebabkan murid lambat mengenali

huruf-huruf. Hal ini demikian kerana, pada masa itu murid hanya tertumpu kepada aktiviti

menyebut sahaja berdasarkan kepada gambar atau kad imbasan yang dipaparkan kepada

mereka. 

Semasa melaksanakan tugasan projek ini, pelbagai kesukaran yang saya hadapi

terutamanya ketika membuat Bahan Bantu Mengajar (BBM) dimana saya menggunakan

bahan elektronik dalam menghasilkan BBM tersebut. Saya telah menghasilkan BBM untuk

membantu kanak-kanak membaca dan menulis dengan menggunakan kaedah pandang dan

sebut.  Oleh itu, saya telah membuat satu powerpoint yang mana ianya mengandungi

pelbagai gambar dan  kad imbasan yang saya gunakan untuk mengajar kanak-kanak

membaca dan menulis. Tidak dinafikan bahawa untuk membina suatu BBM yang

berasaskan bahan elektronik itu amatlah sukar dan memerlukan ketelitian untuk

Page 3: Refleksi Literasi Bahasa

menghasilkannya. Saya juga telah mengaplikasikan penggunaan screen o-matic dalam

powerpoint tersebut yang saya anggap boleh membantu memberi dengan pantas

kefahaman kepada kanak-kanak apabila melihatnya. Berikut merupakan BBM bahan

elektronik yang saya buat berdasarkan kepada kaedah pandang dan sebut.

Powerpoint BBM yang telah diprintscreen

Selain itu, dalam saya melaksanakan tugasan projek ini ianya secara langsung telah

memberi  ilmu pengetahuan kepada  saya mengenai bagaimana cara untuk mengajar

kanak-kanak prasekolah melalui bahan-bahan elektronik. Ilmu untuk menghasilkan suatu

BBM yang berasaskan bahan elektronik juga dapat saya peroleh melalui penghasilan

tugasan projek ini. Dengan pengalaman dan pengetahuan sepanjang melaksanakan

tugasan projek ini  dapatlah saya aplikasikan ketika saya berada di lapangan sekolah kelak.

Pada masa yang sama juga, pemikiran saya semakin berkembang kerana dalam

menyiapkan sesuatu tugasan terutamanya tugasan yang mengkehendak saya berfikir

dengan lebih jauh lagi seperti berfikir bagaimana kekreatifan saya sendiri untuk membina

satu BBM berasaskan bahan elektronik yang menarik dan boleh memberi kefahaman

kepada murid-murid prasekolah.

             Selain itu, pelbagai maklumat serta tambahan pengetahuan yang saya peroleh

dalam melaksanakan tugasan ini antaranya ialah saya dapat mengetahui tentang QR Code

Generator, Glogster, Machinima, Printscreen, Printcasting, screen o-matic dan banyak lagi

yang terkandung dalam dunia ICT berkenaan pengajaran dan pembelajaran Literasi

Bahasa.

Page 4: Refleksi Literasi Bahasa

                                                                  Gambar QR Code

            Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn. Mimma Sayuti

binti Mat Khalid dan Pn. Safinah binti Mohamad selaku pensyarah saya diatas bimbingan

dan tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang turut

membantu saya menghasilkan tugasan kerja kursus ini saya ucapkan terima kasih.

Sekian,