8
BAHAGIAN A Pengalaman mengendalikan aktiviti kokurikulum Sepanjang pengalaman saya mengendalikan aktiviti kokurikulum selama 2 hari 1 malam bertempat di Pusat Kokurikulum, Jalan Muhibbah ,Bukit Mertajam pada 31 Oktober dan 1 November 2013 yang lalu, terdapat pelbagai pengalaman dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum. Antara pengalaman- pengalaman yang saya dapati adalah dapat memperaktikkan semangat berpasukan di kalangan guru. Aktiviti yang dijalankan secara kerjasama yang erat atau gabungan mantap antara satu sekolah dengan sekolah yang lain, dapat mengeratkan silaturrahim dan menjadikan kem ini lebih beraspirasi dan mantap dengan adanya gabungan guru-guru yang berpengalaman serta berketrampilan dalam menjayakan kem ini. Dua kepala adalah lebih baik dari satu kepala, maksudnya bekerja secara berpasukan adalah lebih baik daripada bekerja sendirian. Pengurusan kendiri yang diatur dan disusun dengan teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program ini. Contohnya kemahiran mengurus diri dari sudut berpakaian , pemakanan dan yang

REFLEKSI PERKHEMAHAN (siap)

Embed Size (px)

Citation preview

BAHAGIAN APengalaman mengendalikan aktiviti kokurikulum

Sepanjang pengalaman saya mengendalikan aktiviti kokurikulum selama 2 hari 1 malam bertempat di Pusat Kokurikulum, Jalan Muhibbah ,Bukit Mertajam pada 31 Oktober dan 1 November 2013 yang lalu, terdapat pelbagai pengalaman dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum. Antara pengalaman-pengalaman yang saya dapati adalah dapat memperaktikkan semangat berpasukan di kalangan guru. Aktiviti yang dijalankan secara kerjasama yang erat atau gabungan mantap antara satu sekolah dengan sekolah yang lain, dapat mengeratkan silaturrahim dan menjadikan kem ini lebih beraspirasi dan mantap dengan adanya gabungan guru-guru yang berpengalaman serta berketrampilan dalam menjayakan kem ini. Dua kepala adalah lebih baik dari satu kepala, maksudnya bekerja secara berpasukan adalah lebih baik daripada bekerja sendirian.

Pengurusan kendiri yang diatur dan disusun dengan teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program ini. Contohnya kemahiran mengurus diri dari sudut berpakaian , pemakanan dan yang paling utama adalah sikap murid yang berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari akar umbi. Dalam pengalaman mengendalikan aktiviti ini murid yang tidak berdisiplin dan tidak tahu menguruskan diri menghadapi masalah yang besar kerana tidak dapat menepati masa serta sentiasa lewat menghadiri aktiviti. Masalah yang timbul apabila tidak dapat menguruskan diri, murid akan menangis dan merasa tertekan dengan keadaan tersebut dan terjadilah histeria dan sebagainya.

Program ini memberi banyak pengalaman serta pengajaran kepada saya. Secara keseluruhannya program ini telah banyak mendidik saya agar sentiasa berfikiran positif, berani menghadapi cabaran , tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa bersabar dengan karenah pelajar. Kem ini juga mengajar saya menilai diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk mengatasi kelemahan agar dapat bersama-sama menjalankan tugas serta dapat bersaing secara sihat dengan rakan-rakan yang lain disamping menjadi seorang pendidik yang lebih berketrampilan dan berkualiti.BAHAGIAN BPerkara-perkara baru yang diperolehi dan dipelajari dari aktiviti kokurikulum yang dikendalikan.

Antara perkara baru yang diperolehi dan dipelajari dari aktiviti kokurikulum adalah, menyediakan kertas kerja berkaitan dengan aktiviti ini. Sebelum ini hanya melihat sahaja rakan-rakan yang menyediakan kertas kerja kem. Pada awalnya tugasan ini amat sukar difahami kerana saya belum pernah lagi membuat kertas kerja. Banyak sumber perlu di cari dan diteliti. Banyak maklumat yang perlu difahami. Dengan bantuan dan bimbingan rakan-rakan, saya telah dapat belajar banyak perkara tentang bagaimana menyusun jadual disamping meningkatkan dan mengembangkan idea dengan menggunakan data yang diperolehi bagi melaksanakan program aktiviti kokurikulum ini sehinggalah terhasilnya kertas kerja bagi aktiviti kokurikulum ini.Selain daripada itu, perkara baru yang diperolehi dan dipelajari dari aktiviti program kokurikulum ini adalah di bahagian pengurusan kewangan di mana jika tersilap kiraan aktiviti ini tidak akan berjalan dengan lancar menyebabkan segala hal yang berkaitan dengan kewangan akan terganggu. Bukan mudah untuk menguruskan atau mengendalikan hal kewangan sepanjang tempoh perkhemahan kerana setiap satunya harus diperinci bagi menjayakan aktiviti kokurikulum ini. Setiap wang yang diperuntukkan harus dirancang dengan teliti agar bajet mencukupi mengikut keperluan.

Perancangan yang teliti dari segi keselamatan pelajar juga mesti dititikberatkan terutamanya ketika musim hujan. Jika perancangan tidak dijalankan dengan teliti maka semua pelajar akan menghadapi masalah terutamanya jika tapak perkhemahan mudah dinaiki air. Pangkin atau pelantar yang agak tinggi harus digunakan sebagai tempat tidur pelajar bagi mengelakkan agar pelajar tidak basah ketika hari hujan dan juga bagi mengelakkan serangga berbisa . Disamping itu kedudukan khemah yang agak terpencil dalam hutan dapat mengundang pelbagai serangga berbisa jika tidak dipantau dengan baik. Kotak rawatan harus diletakkan dalam setiap khemah bagi persediaan jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Pengalaman yang diperolehi semasa perkhemahan ini haruslah dijadikan ikhtibar di mana seorang murid digigit lipan ketika tidur. Kotak rawatan berada di khemah lain, proses untuk mengambil kotak tersebut menyebabkan pelajar itu pengsan kerana lambat diberi rawatan.

BAHAGIAN CCadangan penambahbaikan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan.

Dalam hal ini, saya ingin memberi cadangan bagi penambahbaikan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan. Antaranya ialah menambah aktiviti seperti ikatan dan simpulan, kelas tarian tradisional, kraftangan serta membina sesuatu daripada bahan-bahan terbuang akan menambahkan lagi keseronokan serta kemeriahan disamping meningkatkan psikomotor pelajar serta menambah pengetahuan pelajar tentang hal-hal yang dinyatakan.

Gerak kerja luar merupakan satu cara pemimpin boleh meningkat kesedaran ahli terhadap alam sekitar. Pelbagai pendekatan boleh digunakan termasuklah aktiviti rekreasi dan permainan. Tujuannya bagi menambah kesedaran pelajar terhadap alam sekitar itu disamping memberi kefahaman kepada murid bahawa kegiatan luar adalah keperluan yang dapat meningkatkan jasmani, emosi, rohani dan intelek kerana aktiviti ini merupakan langkah awal bagi melatih murid hidup berdikari. Aktiviti yang sehala atau sedikit akan menyebabkan murid cepat berasa bosan dan mematikan semangat mereka bagi mengikuti aktiviti-aktiviti kokurikulum yang akan dijalankan kelak.Penambahbaikan juga harus dilakukan dengan menambah atau memperbanyakkan bilik air serta kemudahan tandas. Perkara ini harus diambilkira kerana jumlah pelajar yang terlibat dengan aktiviti ini adalah ramai. Jika bilangan bilik air tidak mencukupi maka masalah berebut bilik air akan berlaku. Maka kelewatan menghadiri sesi taklimat serta aktiviti yang lain akan terjadi. Sikap berdisiplin yang ingin diterapkan dalam diri pelajar ini akan gagal dengan sendirinya. Dan mungkin juga akan berlaku pergaduhan serta kecederaan kerana semua pelajar ingin menggunakan bilik air pada masa yang masa. BAHAGIAN D

Penghargaan kepada pihak yang terlibat

Adalah diharapkan agar aktiviti kokurikulum ini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang memiliki semangat perpaduan, kepimpinan dalam mencakupi rutin harian, berketrampilan dalam pelbagai bidang, kritis dan kreatif. Dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Juga dapat melahirkan murid yang mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, patriotik malah mampu memainkan peranan dalam masyarakat.Terima kasih tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamad, KB;PA, sebagai Penyelaras Kursus CMP 2011 (Kokurikulum), PPG USM, Guru Besar SK. Bukit Minyak, Encik Jamil B. Omar, Pengelola kursus yang menyediakan penginapan serta makan dan minum pelajar pada hari tersebut. Ucapan terima kasih juga kepada pihak sekolah yang telah banyak menyumbang masa dan tenaga dalam menjayakan aktiviti kokurikulum ini. Tidak lupa juga kepada guru-guru dan fasilitator yang bertungkus lumus dalam merangka pelbagai aktiviti yang menarik. Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat guru-guru yang menguruskan sijil penyertaan, sijil penghargaan serta hamper pertandingan. Sekalung penghargaan juga kepada jawatankuasa penganjur , jurulatih-jurulatih Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam, pihak polis yang telah datang memantau keselamatan pelajar-pelajar di sini serta semua pihak yang terlibat bagi menjayakan aktiviti kokurikulum 2013. Semoga Allah memberkati setiap jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh semua pihak yang terlibat.Sekian , terima kasih.