Rph Ball Feeling

  • View
    58

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Rph Ball Feeling

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BOLA SEPAK (BALL FEELING)

BUTIRAN AMTarikh: 5 November 2012 Bilangan murid: 25 orang Tingkatan: 4 AdidasHari: Isnin Jantina : 24 Lelaki Minggu: 12 Masa: 40 minit1 Perempuan

BUTIRAN KHAS

Tunjang Pembelajaran: Kemahiran PermainanTajuk Pembelajaran: Bola sepakUnit/Fokus Pembelajaran: Kemahiran ball feelingPengetahuan Awal Pelajar: Pelajar telah mempelajari serba sedikit dalam teknik kawalan bola.Objektif Pembelajaran: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar akan dapat :

PSIKOMOTOR1. Semua pelajar dapat melakukan sekurang- kurangnya 4 daripada 5 percubaan untuk membuat sentuhan dan mengawal bola dengan teknik yang betul dalam jarak 10 meter.2. Semua pelajar dapat menguasai sekurang-kurangnya 4 daripada 5 percubaan dalam setiap aktiviti ball feeling .KOGNITIF1. Pelajar dapat menyatakan fasa-fasa yang terdapat dalam kemahiran ball feeling.2. Pelajar dapat menyatakan otot-otot yang terlibat semasa membuat ball feeling.AFEKTIF1. Memupuk sikap kerjasama antara ahli dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.2. Menunjukkan kesungguhan dan para pelajar mendapat keseronokan melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran.3. Menyemaikan sikap positif dan semangat keyakinan diri antara pelajar dan guru.4. Menitikberatkan aspek-aspek keselamatan dalam melakukan aktiviti.

KBKK/ NILAI: Pelajar dapat membezakan, membanding, menganalisis ,mengkelaskan, menghubungkaitkan setiap pergerakan dan cara mengawal bola dari segi teknik kemahiran yang betul seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran dalam permainan sebenar.

PERSEDIAAN PELAJAR : Pakaian sukan dan kasut yang bersesuaian, buku catatan jika perlu.PERSEDIAAN GURU : 1) 25 biji bola 2) 4 buah kon 3) 40 buah marker4) Wisel5) Alat bantu mengajar (ABM)

FASA / MASAAKTIVITIMAKLUMAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANORGANISASICATATAN

PERMULAAN( 5 minit)

PERKEMBANGANAktiviti 1(5 minit)

Aktiviti 2(5 minit)

Aktiviti 3(10 minit)

KEMUNCAKPermainan kecil(10 minit)

PENUTUP(5 minit)

Penerangan tentang fokus pembelajaran(ball feeling)

Memanaskan badan (warming-up)

Kemahiran asas dalam ball feeling

Kemahiran mengawal bola secara bergandingan

Latihan litar(circuit training)

Small sided game

Menyejukan BadanCooling Down

Refleksi Guru Dan Pelajar1. Guru mengarahkan semua pelajar berkumpul dan membentuk ladam kuda sebelum memberikan penerangan tentang pembelajaran pada hari ini.2. Guru menerangkan tentang maksud ball feeling kepada pelajar dengan bantuan gambarajah yang terdapat dalam ABM.

1. Guru mengarahkan semua pelajar untuk membentuk satu garisan lurus di sepanjang gelanggang futsal.2. Guru meminta pelajar untuk melakukan sesi pemanasan badan dengan kaedah pemanasan badan tanpa menggunakan bola.

3. Guru akan menunjukkan demo terlebih dahulu kepada pelajar sebelum pelajar melakukannya.

1. Guru memberikan bola kepada setiap pelajar.2. Pelajar yang telah memiliki bola hendaklah berada di tempat yang sama dalam barisan yang telah dibentuk semasa sesi memanaskan badan sebelum ini.3. Guru akan menunjukkan demo terlebih dahulu sebelum pelajar melakukannya.4. Guru perlu memantau setiap pergerakan pelajar dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan dengan menunjukkan teknik yang betul kepada pelajar.(RUJUK LAMPIRAN 1)

1. Guru mengarahkan pelajar membentuk dua barisan yang bertentangan iaitu barisan A dan barisan B.2. Pelajar yang berada dalam barisan A akan diberikan setiap orang sebiji bola manakala pelajar yang berada dalam barisan B tidak diberikan bola.3. Pelajar dalam barisan A akan memulakan aktiviti dengan menghantar bola dengan pelbagai variasi kepada rakan yang berhadapan dengannya. 4. Guru akan menunjukkan demo kepada pelajar tentang teknik / jenis-jenis hantaran bola yang akan dipelajari terlebih dahulu sebelum pelajar melakukannya.

5. Antara teknik yang akan dipelajari dalam aktiviti ini ialah : Control the ball with foot Control the ball with hip Control the ball with chest Control the ball with head(RUJUK LAMPIRAN 2)

6. Setelah semua pelajar barisan B selesai melakukan keempat-empat teknik tersebut, barisan A pula akan melakukan aktiviti yang sama dan barisan B pula akan membantu membuat hantaran bola.

1. Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada empat (4) kumpulan.2. Pembahagian pelajar dilakukan dengan menggunakan kaedah kiraan satu hingga empat dalam satu barisan lurus.3. Terdapat lima (5) stesen yang akan dilalui oleh semua kumpulan dan setiap stesen mempunyai drill yang berbeza-beza.4. Keterangan setiap stesen :(a) Stesen 1: Side to Side(b) Stesen 2: tab and Inside Cut(c) Stesen 3: tab and Roll Back (d) Stesen 4: Scissors(e) Stesen 5: control the ball(RUJUK LAMPIRAN 3)

1. Guru mengarahkan pelajar berada dalam kumpulan masing-masing iaitu ahli kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti 3.2. Small sided game ialah pertandingan kecil diantara empat(4) pasukan untuk menjaringkan gol.3. Semua pelajar perlu mengaplikasikan semua kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi permainan sebenar 4. Pasukan A akan bertanding dengan pasukan B, manakala pasukan C akan bertanding dengan pasukan D.

1. Guru mengarahkan pelajar berada dalam satu garisan lurus di sepanjang gelanggang futsal.2. Guru mengetuai sesi menyejukkan badan dengan beberapa aktiviti cooling down yang pelbagai.

1. Guru mengarahkan pelajar membentuk ladam kuda untuk sesi refleksi.2. Guru mengajukan soalan kepada pelajar, dan bertanya sekiranya pelajar mempunyai persoalan sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung.3. Guru memanggil beberapa orang pelajar untuk memberikan refleksi mereka terhadap aktiviti yang dilakukan pada hari ini.

Petunjuk: guru pelajar

Petunjuk: Guru pelajar Bola

A B

Petunjuk: Guru pelajar Bola

Petunjuk:

Pasukan A

Pasukan B Bola

Petunjuk: Guru pelajar

Guru menunjukkan beberapa gambar berkaitan dengan kemahiran yang akan dipelajari yang terdapat pada ABM.

Guru perlu memastikan setiap pelajar memiliki bola dan berada dalam satu barisan yang lurus sebelum melakukan aktiviti.

Guru perlu memastikan setiap pelajar melakukan keempat-empat teknik yang telah diajar.

1. Guru perlu memastikan semua pelajar terlibat sepanjang aktiviti dijalankan.2. Guru hendaklah memantau semua kumpulan sepanjang aktiviti dijalankan secara berperingkat

Penilaian kendiri :

Penilaian pensyarah :

Tandatangan Pensyarah/Penyelia :

................................................( )

LAMPIRAN 1:

LAMPIRAN 2:

LAMPIRAN 3:

STESEN 4STESEN 3

Roll the ball withRight foot

Roll the ball with Left footSTESEN 2STESEN 2

chesthipfootheadSTESEN 1

STESEN 5 (Change player)Rajah: Latihan litar

LAMPIRAN 1: