RPH Dengar Tutur KSSR

Embed Size (px)

DESCRIPTION

RPH

Citation preview

Rancangan Pengajaran Harian Mata pelajaran:Bahasa MalaysiaTarikh/Hari

:8. 11. 2013 /Jumaat

Tahun

:3 Hebat

Bil Murid

:30 orangMasa

:8.30-9.30 pagiTema

:KemasyarakatanTajuk

:Kisah Sang Buaya dan Sang KerbauStandard KandunganStandard Pembelajaran

1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat dengan menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid dapat:

1. menceritakan kisah Sang Buaya dan Sang Kerbau dengan sebutan, nada dan intonasi yang sesuai menggunakan ayat majmuk dengan betul.

2. Membuat lakonan spontan menggunakan ayat majmuk dengan betul.Pengetahuan sedia ada: Murid pernah mendengar atau menonton cerita haiwan. Sistem bahasa: tatabahasa:Ayat tunggal dan ayat majmuk kosa kata:Rezeki, menipu, bijakPengisian kurikulum/ Elemen merentas kurikulum

Ilmu

:Dunia Muzik, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual Nilai murni:Baik budi, hormat menghormati dan belas kasihan Pendidikan alam sekitar : Sayangi alam sekitar Teknologi maklumat dan komunikasi :Audio visual (Tayangan video dan rakaman lagu) Patriotisme dan kewarganegaraan :Cintakan kedamaian Peraturan sosiobudaya

:Kacang lupakan kulit Kreativiti dan inovasi

:Penghasilan peta buih Keusahawanan

:Penawaran khidmat nasihatKepelbagaian kaedah dan teknik:

Kemahiran berfikir

:Idea untuk menghasilkan peta buih Kecerdasan pelbagai

:Verbal linguistik Kemahiran belajar cara belajar :Mencari bahan Pembelajaran kontekstual :Hubung kait kisah Sang Buaya dan Sang Kerbau dengan kehidupan sendiriBahan Bantu Belajar:

BilJenisJumlah

1Komputer riba1

2LCD1

3Seni kata lagu20

4Gambar tunggal1

5Video Sang Kancil dan buaya4

6Kad arahan6

7Lembaran kerja 5

8Borang rekod penilaian

i. Membaca ayat tunggalii. Permainan bahasa4

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah mendengar atau menonton cerita haiwan.

Langkah dan MasaIsi pelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set induksi ( 5 minit)

Tayangan video mengenai haiwan.Guru bersoal jawab darihal gambarBBB

Tayangan video

Langkah 1 ( 10 minit)

Lagu Sang Buaya dan Kerbau (Lampiran 1)Soalan

1. Bagaimanakah cara kerbau membantu buaya?

2. Mengapakah Sang Buaya menggigit kaki kerbau?

3. Apakah yang terjadi kepada Sang kerbau selepas itu?1. Murid melihat lirik lagu Sang Buaya dan Kerbau.

2. Murid mendengar guru menyanyikan lagu Sang Buaya dan Kerbau.

3. Murid dan guru menyanyikan lagu itu bersama-sama.

4. Murid menjawab soalan guru berkaitan lagu yang dinyanyikan tadi.

BBBSeni kata lagu

Ilmu : Penerapan Dunia Muzik

Langkah 2 ( 15 minit)

Video Kisah Sang Buaya dan Kerbau.(Rujuk Video Sang Kancil dan buaya youtube) 1. Murid menonton video Sang Buaya dan Kerbau.

2. Murid bersoal jawab dengan guru tentang video yang ditonton.

3. Murid menceritakan semula berdasarkan gambar bersiri(slide) dengan menggunakan ayat majmuk.4. Setiap murid bersoal jawab dalam kumpulan mengenai watak haiwan yang dilihat.

Teknologi maklumat: : LCD/audio visual

Teknik:

Soal jawab

Perbincangan kumpulan

Ilmu : Pendidikan Seni Visual

Nilai:

baik budi, hormat menghormati dan belas kasihan

Langkah 3 ( 15 minit)

Cerita Sang Kerbau dan Sang Buaya secara lakonan spontan.

1. Setiap murid dalam kumpulan diberikan nombor satu hingga empat mengikut watak yang terdapat dalam cerita.

2. Setiap kumpulan diminta berbincang mengenai perwatakan haiwan mengikut kumpulan masing-masing.4. Setiap murid diminta membuat lakonan secara spontan.

Perbincangan kumpulan

Penilaian : Isi markah ikut rubrik yang disediakan.

Tatabahasa :

Ayat tunggal

Ayat majmuk

Langkah 4 (10 minit)

Perwatakan haiwan

-Buaya

-Kerbau

-Kancil

-Dahan1. Murid diberikan kertas A4.

2. Setiap kumpulan murid diminta berbincang dan melengkapkan peta buih berdasarkan perwatakan haiwan mengikut kumpulan yang diberi.

3. Hasil perbincangan semua kumpulan dipamerkan di hadapan kelas.

4. Wakil murid menerangkan mengenai perwatakan haiwan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang sesuai.

5. Murid-murid lain bersoal jawab mengenai hasil pembentangan.

Pendekatan koperatif

(Rujuk internet : one stay, three stray)

Terjemahan : Seorang tunggu, tiga bergerak)

Penutup (5 minit)

Kognitif:

Rumusan isi pelajaran

Sosial:

Nyanyian lagu Kisah Sang Buaya dan Sang Kerbau1. 1. Murid dan guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini.

2. Murid menyanyikan sambungan lagu Kisah Sang Buaya dan Sang Kerbau.

LAMPIRAN

(Lagu set induksi)

Kisah Sang Buaya dan Sang Kerbau(Ikut melodi Nenek-nenek si Bongkok Tiga)

Wahai kawan mari dengarkan

Kisah Sang Buaya dan Sang KerbauCerita haiwan di dalam hutan

Sangat menarik jadikan panduan

Kisah bermula suatu hari

Sang Kerbau berjalan mencari makan

Meragut rumput mengisi perut

Di tepi sungai yang banyak rumputtolongtolong.

Siapa tusiapa tu

Terdengar suara meminta tolong

Sang Kerbau pantas mahu menolong

Buaya ditimpa dahan yang condongDahan diangkat dengan tanduknya

Wahai Sang Buaya sabar dahulu

Akan kuangkat dahan kayu

Lepaslah buaya hilanglah bencanaKaki Sang kerbau digigit segera

Wahai Sang Buaya apa dah jadi

tolong lepaskan kakiku ini

Inikah cara membalas budi

Aku menolong seikhlas hati

Wahai kerbau engkau rezeki

Aku tak makan sejak dari pagi

Bukan tak mahu membalas budiPerut yang lapar perlu diisi

Lagu Penutup (Sila reka sendiri)****Masukkan watak Sang Kancil sebagai perunding khidmat nasihat

4