rph ulaq

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rph ulaq

Citation preview

Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual KSSR Tahun 3

Tahun: 3A2

Bidang:: Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti:: Arca Mobail

Tema: Alam semula jadi

Tajuk: Lingkaran Ular

Masa: 12.15 tengah hari - 1.15 petang (60 minit)

Media: Alat: Gunting, Bahan: Kertas lukisan,tali,pensil warna

Bahan Bantu Mengajar:Contoh gambar lingkaran ular,

EMK : TMK, Keusahawanan , Kreativiti dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN :

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti bentuk, ruang, imbangan dan harmoni serta pergerakan yang terdapat pada alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan mobail.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan mobail.

3. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penghasilan mobail.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya

STANDARD PEMBELAJARAN3.1 Persepsi Estetik: Murid boleh membuat pemerhatian dan mengetahui bahasa seni visual dari segi bentuk, ruang, imbangan dan harmoni. 3.1.1 Unsur Seni3.1.1.1 Bentuk - konkrit3.1.1.2 Ruang nyata 3.1.2 Prinsip rekaan 3.1.2.1 Kepelbagaian bentuk3.1.2.2 Imbangan semetri atau tidak simetri3.1.2.3 Ritma dan pergerakan susun atur atau objek pada mobail

3.2 Aplikasi Seni:Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan mobail. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya 3.2.1.1 Alat gunting 3.2.1.2 Bahan gam, tali/benang dan kad manila, kertas warna, dawai kasar, bahan yang difikirkan sesuai. 3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya.

3.3 Ekspresi Kreatif:Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media serta kemahiran teknik dan proses dalam menghasilkan mobail dalam bentuk 3D.3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif 3.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan mobail.3.3.3 Menggunakan bahasa seni visual : bentuk, ruang, imbangan dan harmoni dalam penghasilan karya.

3.4 Apresiasi Seni :Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Menyiapkan karya dengan hasil sendiri2. Mengetahui maksud arca mobail dalam proses penghasilan lingkaran ular.STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITICATATAN

PERSEPSI ESTETIK (5 minit)

Guru menyanyikan lagu

`Ada seekor ular cuba panjat pokok bila hujan turun ular cepat lari terbit matahari hujan tiada lagi Ular yang comel panjat sekali lagi

1. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini. - Menghasilkan mobail ular

Mobail ular

Soalan: Dalam lirik lagu tadi, ada tak haiwan?Jawapan : ada, ular

Soalan : Apakah haiwan lain yang boleh kita jadikan seperti ular ini juga?Jawapan: Ulat beluncas, lipan

BBM : Mobail ular

KBKK:Kecerdasan pelbagai interpersonal

APLIKASI SENI (Perkembangan 10 minit)

1. Guru menunjukkan alat dan bahan yang digunakan untuk membuat mobail ular.

2. Guru menerangkan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan ular.

3. Guru menerangkan kepada murid-murid bahawa mereka akan membuat mobail yang diperbuat daripada kertas lukisan.

4. Guru menunjuk cara untuk menghasilkan mobail ular.

5. Guru memberi penerangan mengenai bahan yang diperlukan untuk menghasilkan mobail ular.

6. Murid mendengar penerangan guru berdasarkan tunjuk cara yang ditunjukkan melalui carta alir

Senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan lingkaran ular iaitu: Gunting, pensel warna Kertas lukisan atau Kad Manila Benang / taliLangkah 1Lukiskan rupa ular di atas kertas lukisan / kad manila

Proses PenghasilanLangkah 2Kemudian, warnakan rupa ular dengan menggunakan pen marker dan pensel warna mengikut kreativiti

Langkah 4Sedia untuk di pamerkanLangkah 3Akhir sekali, gunting dengan kemas.

Strategi : Penerangan, Pemudahcara

EMK : Kreativiti, Keusahawanan

EKSPRESI KREATIF (Perkembangan 25 minit)

1. Guru memberi arahan supaya murid mula menghasilkan mobail ular

2. Murid menyediakan alat dan bahan yang dibawa sendiri.

3. Murid menghasilkan mobail ular dengan pelbagai saiz dan bentuk

4. Murid menghasilkan mobail ular dengan kreativiti mereka sendiri.

5. Murid mewarna dan menghias mobail ular yang dihasilkan dengan warna yang menarik.. Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

APRESIASI SENI (10 minit)

6. Murid mempamerkan hasil karya mereka

7. Guru mengarah murid mempamerkan hasil karya masing-masing di hadapan kelas.

8. Murid menceritakan perihal mobail ular yang dihasilkan kepada rakan sekelas.

Mobail ular telah siap

Membuat penilaian berdasarkan bahasa seni visual, kekemasan, kekreatifan dan kebersihan. Unsur seni Prinsip rekaan

Kriteria: Penggunaan alat bahan Kemahiran teknik Keaslian idea berdasarkan tema Kreativiti Kemasan

PENUTUP (5 minit)

10. Guru mengulangi tajuk pada hari ini dan menerapkan nilai murni yang bersesuaian. Merumuskan tajuk dan menerapkan nilaiKBKK- Membuat Rumusan