28
1 Latar belakang falsafah(Bab 1) Perkataan falsafah berasal dariapada gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein bermaksud „menyintai‟ dan Sophos bermaksud „hikmah‟.Falsafah bermaksud „kecintaan terhadap hikmah‟ dan ahli falsafah bermaksud „orang yang menyintai hikmah‟. Phytagoras diiktiraf sebagai pelopor perkataan falsafah, ungkapan ahli falsafah atau falsafah lebih bermakna setelah dipopularkan oleh dua ahli falsafah Yunani iaitu Plato dan Aristotle. Pengertian falsafah yang dikaitkan oleh Aristotle dengan setiap bidang kehidupan menunjukkan bahawa falsafah adalah suatu ilmu yang cuba memahami hakikat mengenai ketuhanan, struktur dunia fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam. Ahli falsafah islam, al-Kindi pula mengislahkan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai hakikat sesuatu yang berada dalam kemampuan manusia untuk menanggapinya. Al-Farabi pula, falsafah adalah „cintakan kebijaksanaan atau hikmah‟ dan ia merupakan pokok bagi segala ilmu. Russell cuba menyamakan falsafah dengan sains, terdapat tiga aspek utama yang membezakan antara keduanya. Pertama, berbanding dengan sains, kajian falsafah lebih umum.Kedua, sains hanya mengkaji fakta sedangkan falsafah mengkaji fakta dan system nilai.Ketiga, falsafah mengkaji kajian sains itu sendiri.Seorang saintis mengkaji pelbagai konsep seperti substance, benda, tenaga, ruang, masa dan sebab-musabab. Sifat falsafah Falsafah adalah suatu bidang ilmu yang menekankan konsep(idea). Konsep buat pertama kalinya diperkenalkan oleh Socrates dalam dialognya, Symposium yang menumpukan krpada konsep cinta. Galakan islam terhadap falsafah Di dalam al-Quran secara umumnya terdapat kalimah yang mengalakkan penggunaaan akal yang mana penggunaan akal merupakan ciri utama dalam pemikiran falsafah. Signifikan falsafah Falsafah adalah suatu bidang ilmu yang banyak mengemukakan masalah dan menunjukkan jalan penyelesaian untuk faedah individu, masyarakat, Negara dan tamadun.Hasil daripada kepentingan yang ada dalam falsafah ialah, falsafah membawa kebahagiaan, falsafah mempengaruhi kehidupan, falsafah menjelaskan fenomena metafizik, falsafah memantapkan individu, falsafah memahamkan kebudayaan luar, falsafah membezakan antara zahir dengan batin dan falsafah ilmu yang sentiasa berkembang. Pengkajian dalam falsafah (Bab2) Falsafah mempunyai bidang kajian yang begitu meluas dan mencakupi keseluruhan bidang hidup manusia. Maksud sebenar hikmah yang diketengahkan dalam falsafah lebih terserlah kerana ia sebenarnya merangkumi beberapa kompenan atau subjek utama, iaitu masalaha sikap, metodologi, aktiviti, kesimpulan dan kesan falsafah.

sejarah-falsafah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah pengantar falsafah

Citation preview

Page 1: sejarah-falsafah

1

Latar belakang falsafah(Bab 1)

Perkataan falsafah berasal dariapada gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein bermaksud

„menyintai‟ dan Sophos bermaksud „hikmah‟.Falsafah bermaksud „kecintaan terhadap hikmah‟ dan

ahli falsafah bermaksud „orang yang menyintai hikmah‟.

Phytagoras diiktiraf sebagai pelopor perkataan falsafah, ungkapan ahli falsafah atau falsafah lebih

bermakna setelah dipopularkan oleh dua ahli falsafah Yunani iaitu Plato dan Aristotle.

Pengertian falsafah yang dikaitkan oleh Aristotle dengan setiap bidang kehidupan menunjukkan

bahawa falsafah adalah suatu ilmu yang cuba memahami hakikat mengenai ketuhanan, struktur dunia

fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam.

Ahli falsafah islam, al-Kindi pula mengislahkan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai hakikat sesuatu

yang berada dalam kemampuan manusia untuk menanggapinya.

Al-Farabi pula, falsafah adalah „cintakan kebijaksanaan atau hikmah‟ dan ia merupakan pokok bagi

segala ilmu.

Russell cuba menyamakan falsafah dengan sains, terdapat tiga aspek utama yang membezakan antara

keduanya. Pertama, berbanding dengan sains, kajian falsafah lebih umum.Kedua, sains hanya

mengkaji fakta sedangkan falsafah mengkaji fakta dan system nilai.Ketiga, falsafah mengkaji kajian

sains itu sendiri.Seorang saintis mengkaji pelbagai konsep seperti substance, benda, tenaga, ruang,

masa dan sebab-musabab.

Sifat falsafah

Falsafah adalah suatu bidang ilmu yang menekankan konsep(idea). Konsep buat pertama kalinya

diperkenalkan oleh Socrates dalam dialognya, Symposium yang menumpukan krpada konsep cinta.

Galakan islam terhadap falsafah

Di dalam al-Quran secara umumnya terdapat kalimah yang mengalakkan penggunaaan akal yang

mana penggunaan akal merupakan ciri utama dalam pemikiran falsafah.

Signifikan falsafah

Falsafah adalah suatu bidang ilmu yang banyak mengemukakan masalah dan menunjukkan jalan

penyelesaian untuk faedah individu, masyarakat, Negara dan tamadun.Hasil daripada kepentingan

yang ada dalam falsafah ialah, falsafah membawa kebahagiaan, falsafah mempengaruhi kehidupan,

falsafah menjelaskan fenomena metafizik, falsafah memantapkan individu, falsafah memahamkan

kebudayaan luar, falsafah membezakan antara zahir dengan batin dan falsafah ilmu yang sentiasa

berkembang.

Pengkajian dalam falsafah (Bab2)

Falsafah mempunyai bidang kajian yang begitu meluas dan mencakupi keseluruhan bidang hidup

manusia. Maksud sebenar hikmah yang diketengahkan dalam falsafah lebih terserlah kerana ia

sebenarnya merangkumi beberapa kompenan atau subjek utama, iaitu masalaha sikap, metodologi,

aktiviti, kesimpulan dan kesan falsafah.

Page 2: sejarah-falsafah

2

Dalam aspek masalah, falsafah mengemukakan empat permasalahan utama iaitu permasalahan

hakikat atau kewujudan(metafizik, ontologi, dan kosmologi), ilmu(epistemologi, logic, falsafah sains

dan falsafah bahasa), masalah nilai(aksiologi, estetika, etika dan falsafah agama) dan masalah

kemasyarakatan(falsafah ekonomi, sosial, politik).

Metodologi

Metodologi kajian falsafah adalah berbeza daripada metodologi kajian sains.Falsafah mendasarkan

kepada akal yang rasional sebagai wadah mencari kebenaran terhadap suatu teori atau hipotesis yang

dibuat.Sebaliknya sains menumpukan kepada kaedah empirikal atau penentuan kebenaran sesuatu

teori yang dilakukan dalam makmal.

Diantara metodologi falsafah ialah,berfikir secara komprehensif, berfikir secara kritis, sikap

konsisten, mengemukakan bukti, kesejajaran idea, melakukan perbandingan dan membuat penilaian

atau kesimpulan.

Perkembangan falsafah zaman Pra-Socrates-Neoplatonisme (Bab 3)

Sejarah perkembangan falsafah dunia dibahagi kepada empat peringkat iaitu peringkat awal, zaman

pertengahan, zaman moden dan zaman kontemporari. Walaupun falsafah dibezakan dengan zaman

tersebut, namun dari segi sifatnya ia tetap sama iaitu mengutamakan akal dalam mencari kebenaran.

Falsafah zaman Pra-Socrates

Peringkat awal perkembangan falsafah diiktiraf bermula lebih kurang pada abad ke-6 S.M. Pada

peringkt awal falsafah dibahagi kepada tiga peringkat iaitu dengan falsafah Yunani, falsafah Yunani-

Rom dan Zaman Neoplatonisme.

Pada zaman pra-socrates, sebelum kemunculan dua tokoh utama ahlu falsafah Yunani iaitu Plato dan

Aristotle terdapat tiga isu utama- iaitu hakikat dan perubahan, akal dan etika- yang menjadi persoalan

pokok dalam falsafah yunani yang menjadi asas kepada corak dan pemikiran terkemudian.

Permasalahan hakikat dan perubahan

Sepanjang period 600-450 S.M. pemikiran falsafah yunani member penumpuan utama kepada

persoalan „mencari jawapan sebenar mengenai hakikat alam ini‟. Kecenderungan baru masyarakat

Yunani ini melahirkan beberapa tokoh ahli falsafah, Antaranya ialah:Thales, Anaximander,

Anaximenes, Heraclitus of Ephesus dan Parmenides of Elea.

Permasalahan akal

Peringkat kedua, perbincangan falsafah Yunani berubah daripada persoalan di sekitar alam fizik

kepada perbincangan alam akal.Dua tokoh utama yang membincangkan perkara ini pada zaman pra-

Socrates ialah Pythagoras dan Anaxagoras.

Permasalahan etika

Dua ilmu baru muncul iaitu retorika dan dialektika yang dikenal pasti boleh mendorong kea rah

pencapaian taraf kehidupan yang tinggi dalam masyarakat.

Lahirnya golongan Sophis(asalnya bermaksud orang yang mempunyai hikmah dan kemahiran

termasuk penyair, doctor dan pemerintah).

Page 3: sejarah-falsafah

3

Protagoras daripada Abdera

Beliau adalah pengasas pemikiran Sofisme dan dikatakan orang yang pertama menerima bayaran

daripada ilmu yang diberikan.Beliau menghasilkan karya berjudul The Truth.Protagoras terkenal

dengan kata-katanya “manusia adalah pengukur bagi semua benda”.

Falsafah zaman Socrates

Sumbangan terbesar Socrates kepada bangsa Yunani ialah keberaniannya mempertahankan kebebasan

berfikir dan keagungan kebenaran sehingga meragut nyawanya apabila dihukum meminum racun

hemlock.

Plato dan falsafahnya

Plato berketurunan aristocrat yang mana ayahnya berketurunan raja yang memerintah Bandar Athens.

Plato kemudian mengasaskan university pertama dalam sejarah yang dikenali sebagai Academy

sempena taman Academos. Antara muridnya yang terkenal ialah Aristotle.Plato meninggal dunia pada

348 S.M.

Dari segi keagamaan, Plato merupakan seorang ahli falsafah yang mempunyai kepercayaan

keagamaan dengan membawa pendekatan bahawa kewujudan tuhan boleh dibuktikan melalui aktiviti

taakulan atau secara rasional.Umpamanya beliau berpendapat bahawa dunia bersifat tidak sempurna

kepada sesuatu yang sifatnya lebih sempurna iaitu bentuk.

Sifat penulisan Plato

Secara keseluruhannya Plato merupakan seorang pemikir sistematik yang selalu member nafas baru

dalam penulisannya. Keseluruhan karyanya dihasilkan dalam bentuk dialog atau perbincangan drama

kecuali The laws.

Teori bentuk

Teori bentuk adalah teori utama Plato dalam menjelaskan sebab atau prinsip kejadian atau asas

sesuatu. Teori ini adalah reaksi beliau terhadap beberapa teori ahli falsafah pra-Socrates yang cuba

mencari hakikat sesuatu.

Menurut teori ini sifat alam dan objekdi dalamnya dibahagi kepada dua, iaitu juz‟iyyat dan

kuliyat(universal).

Teori ilmu

Pencapsian ilmu yang sebenar ialah perubahan ilmu daripada tahap mengetahui sesuatu yang bersifat

zahir atau luaran kepada bentuk dalaman atau batin; daripada yang tidak hakiki kepada hakiki atau

ilmu yang dipengaruhi oleh pancaindera kepada ilmu yang dicapai oleh proses taakulan.

Proses ini dijelaskan oleh Plato melalui dua teori utama iaitu kiasan gua dan pembahagian(garisan

pembahagi).

Teori Negara Ideal

Melalui karyanya The Rpublic, Plato mengemukakan sebuah teori kenapa dan mengapa sebuah

masyarakat atau negara(polis) di tubuhkan.

Page 4: sejarah-falsafah

4

Beliau menyatakan bahawa sebuah masyarakat terbentuk hasil keperluan manusia yang diasaskan

kepada konsep kerjasama.Pada umumnya manusia mempunyai dua keperluan utama; iaitu keperluan

material dan keperluan rohaniah.

Plato menegaskan konsep Negara ideal kepada tiga golongan masyarakat iaitu pekerja, tentera dan

pemerintah.

Ini berdasarkan kepada teorinya bahawa susunan sesebuah Negara sama sebagaimana struktur seorang

manusia yang terdiri daripada tiga unsur iaitu jasad, roh dan minda.

Disamping itu mengemukakan gagasan kea rah mewujudkan Negara Ideal, beliau juga

menggambarkan empat bentuk kerajaan yang mungkin terbentuk jika matlamat tersebut gagal iaitu

Timokrasi, Oligarki, Demokrasi, Despotisme.

Teori kekalan roh

Plato telah membahagikan tiga bentuk roh dalam diri manusia iaitu nafsu, emosi dan

rasional.Pembahagian ini kemudian diubah suai oleh Sigmund Freud dengan menamakan roh sebagai

ego dan dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu id, ego dan super-ego.

Roh merupakan prinsip utama (penyabab) kepada kegidupan dan pergerakan yang bersifat qadim dan

kekal.Ia juga merupakan penggerak utama bagi segala alam.

Plato mengemukakan dua metode bagi membuktikan kepastian kekalan roh akan berlaku. Metode

tersebut dikenali sebagai metode Mitos dan Perbandingan(Allegory).

Aristotle dan falsafahnya

Aristotle dilahirkan di Stagira di daerah Thrace pada 384 S.M. Selepas kematian Plato beliau

meninggalkan Athens kerana tidak bersetuju dengan idea yang dikemukakan pengganti Plato,

Speusippus dan menetap di Mysia selama tiga tahun.

Beliau berhijrah ke Mitylene di pulau Lesbos dank e Macedonia menjadi tutor Iskandar Zulkarnain.

Pada 334 S.M, Aristotle kembali ke Athens sebaik sahaja Iskandar Zulkarnain menaiki tahta

menggantikan ayahnya. Pada ketika itu beliau mengasaskan Lyceum yang terkenal sebagai Peripatetic

School sebagai pencabar idea yang dibawa oleh institute Academy.

Apabila Iskandar Zulkarnain meninggal dunia pada 332 S.M, Aristotle dimusuhi golongan anti-

Macedonia.Aristotle mengambil keputusan melarikan diri ke Chalcis yang mana setahun

kemudiannya beliau meninggal dunia.

Karya Aristotle

Aristotle menghasilkan lebih kuran empat ratus karya yang sebahagiannya dikaitkan dengan namanya

sedangkan sebenarnya ia adalah catatan muridnya dengan tujuan mendapatkan pretij.

Karyanya boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu, pertama karya popular yang

difokuskan kepada para pelajar dan orang awam. Kedua, karya ilmiah dalam bidang zoology, biologi

dan botani hasil daripada penelitiannya semasa merantau ke Asia Minor. Ketiga, bahan kuliah sama

ada catataannya sendiri atau muridnya yang mencakupi pelbagai bidang ilmu seperti logik, falsafah

semula jadi, metafizik dan falsafah praktikal.

Page 5: sejarah-falsafah

5

Karya Aristotle juga boleh dibahagikan berdasarkan tiga tahap perkembangan kehidupannya. Pertama

semasa menuntut di Academy. Kedua semasa merantau ke AsisMinor dan sekembalinya ke

Macedonia. Ketiga, semasa kembali ke Athens iaitu ketika mengajar di Lyceum.

Keseronokan

Konsep keseronokan menjadi suatu perkara penting kepada manusia dimana ia melibatkan persoalan

motivasi dan nilai. Sebelum dibincang dengan serius oleh Aristotle, Plato mengetengahkannya bagi

menentang doktrin hedonism psikologi dan etika hedonism yang menekan keseronokkan dalam

bentuk perbuatan.

Sebelum Aristotle mula mencari hakikat keseronokan, beliau terlebih dahulu membincangkan „apa

yang bukan keseronokan‟. Diantara perbincangannya ialah, keseronokan bukan sensasi, keseronokan

bukan suatu proses dan keseronokan bukan perasaan.

Akrasia

Akrasia merujuk kepada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan yang salah dari segi undang-

undang atau peraturan moral sedangkan dia mengetahui perbuatan itu salah. Pada peringkat awal

persoalan mengenai akrasia ditimbulkan oleh Scorates yang menyatakan sekiranya manusia

mempunyai ilmu dia tidak mungkin melakukan kesalahan.

Pandangan tokoh tersebut sukar diterima Aristotle berdasarkan dua alas an iaitu; pertama, secara jelas

teori tersebut menunjukkan bahawa „kepercayaan‟ letaknya dalam minda seseorang itu. Kedua,

Aristotle menyatakan pada umumnya kita menyalahkan perbuatan yang dilakukan oleh mereka yang

melakukan akrasia.

Jasad dan Roh

Roh yang dikenali sebagai psuche oleh Aristotle telah dibincangkan secara panjang lebar dalam

karyanya De Anima.

Pada peringkat awal perkembangan falsafah zaman pra-Socrates, hakikat psuche telah ditafsirkan

secara materialistik oleh ahli falsafah dengan menganggap ia sebahagian daripada unsur material

seperti api, udara atau atom.

Pandangan bersifat materialistik ini kemudiannya ditentang oleh tokoh falsafah idealis, Plato-yang

mempercayai wujunya alam idea-dengan menyatakan bahawa kewujudan roh adlah terpisah daripada

alam jirim.

Aristotle menegaskan bahawa setiap benda hidup termasuk tumbuhan, binatang dan manusia

mempunyai roh. Ia memberi keupayaan pemakanan(termasuk membesar dan membiak), persepsi,

pemikiran dan pergerakan secara bebas.

Berdasarkan interaksi antara bentuk dan jirim, Aristotle menyatakan bahawa kesan yang diterima oleh

roh tidak sempurna kecuali turut sama melibatkan anggota fizikal.

Keakraban hubungan antara jasad dan roh tidak dinafikan peranan roh yang dominan. Konsep roh

Aristotle didasarkan kepada teori jirim bentuk yang difahami dalam pelbagai maksud.

Page 6: sejarah-falsafah

6

Neoplatonisme

Neoplatonisme adlah pembentukan semula pemikiran Plato disekitar Alexandaria, pusat pertemuan

antara falsafah dan agama. Tokoh awal mempelopori falsafah ini ialah Philo seorang pemikir Yahudi

yang cuba mengharmonikan falsafah Yunani dengan agama Yahudi.

Beliau banyak mengetengahkan kembali pemikiran Plato dan membawa idea logos yang pernah

diperkenalkan oleh Heraclitus dan mneyatakan idea mengenai pembentukan alam secara proses dating

daripada tuhan.

Pengaruh falsafah Yunani terhadap falsafah Islam

Kesemua bentuk transaksi secara rasmi falsafah Yunani ke falsafah Islam berlaku setelah terhasil

gerakan perterjemahan di Baghdad pada abad ke-10 dan 11 Hijrah yang mendapat galakan daripada

pemerintah al-Makmun melalui penubuhan Bait al-Hikmah.

Perkembangan pengaruh falsafah Yunani ke atas pemikiran falsafah islam menggambarkan

keterbukaan sikap umat islam ketika itu terhadap budaya dan pemikiran asing dan kegigihan mereka

mengasimilasikan dengan neraca islam.

Perkembangan Falsafah Zaman Pertengahan-Moden (Bab 4)

Zaman pertengahan

1. Falsafah zaman pertengahan dirujuk pada abad ke-4M selepas kejatuhan Empayar

Rom dan penutupan Academy di Athens oleh Justinian I tahun 529M.

2. Pada zaman ini tiga kelompok agama dunia iaitu islam, yahudi dan kristian terdedah

kepada karya Plato, Aristotle dan Neoplatonis.

3. Ketiga-tiga agama berhadapan dilema utama samaada mengutamakan

agama.mengutamakan falsafah atau mengharmonikan kedua-duanya. Akhirnya jalan

yang ketiga dipilih.

4. Falsafah zaman pertengahan dibahagi kepada tiga zaman utama iaitu zaman

paderi,zamanskolastik dan zaman kebangkitan pemikiran Averoisme.

Zaman Paderi

Zaman pertengahan di dunia barat bermula dengan falsafah yang dipimpin oleh golongan

paderi kristian yang dikenali falsafah Patristik.

Mereka yang mendukung aliran ini bersifat apologistik dengan mempertahankan Kristian

daripada sebarang pengaruh pemikiran sekular dan gnosticism.

Unsur falsafah ini diambil daripada pemikiran Plato dan Neoplatonis dan sebahagian kecil

pemikiran logik Aristotle.

Ahli falsafah terbahagi kepada dua iaitu kelompok Yunani dan kelompok Latin.

Page 7: sejarah-falsafah

7

Zaman Skolastik

Perkataan skolastik(Scholasticism) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud

suasana keseronokan hasil renungan akal terhadap sesuatu perkara.

Muncul pada zaman Charlemagne sebagai merujuk kepada pengajaran disekolah yang

diasasnya.

Seseorang digelar skolastik apabila melalui pendidikan berbentuk trivium(grammar,

dialektika dan retorika) dan quadrivium(aritmetik, geometri, muzik dan astronomi) ayau

teologi.

Kemuncak falsafah skolastik diwarnai dengan kemunculan falsafah islam hasil pendedahan

orang islam kepada falsafah Yunani.

Peringkat awal perkembangan berdasarkan kepada pemikiran dogma ajaran Kristian yang

dipopularkan oleh golongan Church Fathers tetapi lebih beracuankan pemikiran falsafah

Yunani.

Zaman Skolastik dibahagi kepada dua peringkat iaitu pertama pengaruh pemikiran Neoplatonisme dan

kedua pengaruh karya Aristotle.

Ahli falsafah islam yang terkenal dengan masyaiyyun seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Bajjah

dan Ibn Rushd.

Ahli falsafah Yahudi yang terkenal pada Zaman Pertengahan ialah Moses Maimonides yang

menghasilkan The Guide of the Preplexed.Iaitu mengharmonikan pemikiran falsafah Yunani dengan

teologi perjanjian lama berdasarkan pemikiran Ibn Sina dan Ibn Rushd.

Aquinas tokoh ahli falsafah Kristian yang paling berpengaruh di barat banyak memperkatakan tentang

pemikiran Ibn Sina dan Ibn Rushd.

Menghasilkan dua karya yang terkenal iaitu Suma Contra Gentiles dan Summa Theologiae. Beliau

memperkenalkan teori lima kaedah untuk membuktikan kewujudan tuhan.

Lima kaedah didahului dengan teori gerak(Theory of Motion). Setiap bergerak mesti digerakkan oleh

penggerak lain yang menunjukkan adanya perubahan.

Setiap yang bergerak tidak mungkin digerakkan oleh dirinya sendiri atau bergerak secara infiniti

sehingga tiada penggerak yang pertama.Penggerak yang pertama dikenali sebagai tuhan.

Teori yang kedua sebagai penyebab cekap iaitu satu susunan penyebab cekap yang menjadi pelengkap

kepada penyebab yang lain. Dalam susunan penyebab cekap penyebab pertama adalah menjadi

penyebab pengantara kepada penyebab terakhir.Oleh itu, wajib ada penyebab cekap yang pertama

dikenali sebagai tuhan.

Teori yang ketiga dikenali teori perkaitan antara sesuatu yang mungkin dan wajib. Sifat setiap benda

menunjukkan bahawa ia berkeadaan mungkin akan wujud atau tidak akan wujud. Oleh itu bahawa

sesuatu yang wujud diwujudkan oleh sesuatu yang wujud dengan sendirinya iaitu tuhan.

Page 8: sejarah-falsafah

8

Teori keempat ialah tingkat perkembangan benda.Benda yang lebih atau kurang, atau baik, agak baik

dan paling baik.Yang paling sempurna adalah penyebab kepada yang kurang sempurna. Contoh api

penyebab kepada kepanasan.

Teori kelima ialah kewujudan tuhan diambil daripada pemerhatian susunan pentadbiran alam.

Zaman Kebangkitan Pemikiran Averoisme

Munculnya golongan averoisme yang mengutamakan falsafah berbanding teologi Kristian.Hasil

inspirasi pemikiran Aristotle dan Ibn Rushd dikenali sebagai commentator of Aristotle, pemisahan

falsafah daripada agama.

Para peminat pemikiran Ibn Rushd tanpa segan telah mengajar doktrin yang bertentangan dengan

ajaran agama mereka.Mereka dikenali heterodox Aristotelian.

Brabant mengemukakan idea baru dalam teologi Kristian seperti penafian alam terbentuk secara ex

nihilo, tuhan bukan pencipta secara langsung alam dan roh manusia tidak kekal selepas berlakunya

kematian.Penulisan Brabant diharamkan gereja pada 1270.

Pada abad ke-14 beberapa aliran baru seperti Thomisme, Scoticisme dan Ockhamisme dan Skeptisme.

Zaman Renaissance

Bermula selepas kejatuhan Constantinople pada 1453 M. Pada asalnya ia bermula di Itali pada abad

ke 15 M.

Zaman ini dikenali sebagai zaman penemuan dan pembebasan kerana ia adalah jangka waktu baru

bagi penerokaan kembali karya klasik.

Menggalakkan aktiviti intelektual sebagai sesuatu yang menarik bukannya sesuatu yang dikongkong

oleh pemikiran ortodoks.Perkembangan falsafah Renaissance terbahagi kepada dua iaitu zaman

falsafah kemanusiaan dan zaman falsafah tentang alam.

Zaman Falsafah Kemanusiaan

Tumpuan persoalan peranan dan kedudukan manusia di alam ini(man-centered). Wujud hubungan

mendatar menghubungkan hubungan manusia dengan social dan alam fizikal.

Kehidupan yang baik tidak hanya terbatas pencapaian hubungan manusia dengan tuhan tetapi juga

hubungan yang berkesan antara manusia.

Antara tokoh yang terkenal dengan karya agung mereka ialah Leornado da Vinci(1452-1519M), Pico

della Mirandola(1463-1494M)Niccolo Michiavelli(1469-1527M) dengan karyanya The Prince dan

The Discourse.

Zaman Falsafah Tentang Alam

Falsafah tentang hubungan alam dengan alam semesta(cosmos-centered) dan memggunakan

pendekatan sainstifik.

Page 9: sejarah-falsafah

9

Struktur alam fizik terbahagi kepada dua:pertama bersifat material dan sentiasa berada di dalam

keadaan bergerak tetapi tidak berakal dan kedua dikenali sebagai minda yang berupaya mengetahui

kebenaran termasuk kebenaran fizik, bebas memilih antara baik dan buruk dan bertanggungjawab

diatas segala perbuatan.

Kehidupan manusia pada zaman ini dari segi moral adalah rendah namun dari segi politik, seni bina,

seni dan puisi mencapai tahap yang mengkagumkan.

Falsafah Moden

Bermula di barat benua eropah pada abad ke-17 dengan kemunculan aliran rasionalisme.

Menyatakan bahawa kebenaran adalah bersumberkan taakulan lebih agung dan wujud secara bebas

daripada pengalaman pancaindera dan ilmu pengetahuan bersifat priori.

Falsafah moden dimulakan oleh Rene Descartes(1596-1650M) dan digelar sebagai bapa falsafah

moden kerana usahanya yang bersungguh-sungguh mencari suatu kaedah dalam seluruh cabang

penyelidikan.

Beliau telah mengubah corak pemikiran tradisi skolastik dan gerakan kemanusiaan pada zaman

renaissance.

Falsafah moden mempunyai tiga ciri utama, pertama bersifat rasional(dengan menjadikan akal

sebagai autoriti tertinggi dengan mencapai ilmu pengetahuan)naturalistic(menjelaskan fenomena

luaran dan dalaman alam tanpa andaian bersifat luar biasa dan sainstifik

Falsafah Abad ke-17:Falsafah Rasionalisme

Persoalan ini dimulai dengan aliran rasionalisme pada abad ke-17 di benua eropah dengan pimpinan

tiga ahli falsafah utama iaitu Rene Descartes, seorang katolik roman Perancis, Benedict Spinoza

seorang Belanda berbangsa Yahudi dan Gottfried Wilhelm Leibniz seorang Jerman berfahaman

Prostestan.

Aliran Rasionalisme banyak dipengaruhi oleh perkembangan sains dan matematik dengan membawa

pendekatan bahawa ketepatan falsafah menyamai ketepatan matematik.

Rene Descartes(1596-1650)

Dilahirkan di La Haye, sebuah bandar kecil di Touraine, Perancis dan mendapat pendidikan awal di

Jesuit College of La Fleche, sebuah pusat pendidikan yang berpegang kuat dengan fahaman skolastik.

Beliau meninggal dunia pada 11 Februari 1650 akibat penyakit pneumonia kerana cuaca

sejuk.Jasadnya dikebumikan di Perancis.

Beliau seorang yang berfahaman humanism yang menolak autoriti agama bagi mencapai ilmu sains

dan falsafah.Descrates berpegang kepada prinsip „mengelak sebarang prejudis dan penulisan yang

tidak tepat‟.

Benedict Baruch Spinoza

Spinoza berketurunan Yahudi dilahirkan di Amsterdam.Beliau mendapat pendidikan di sekolah

Tinggi Yahudi di Amsterdam.

Page 10: sejarah-falsafah

10

Spinoza banyak menumpukan masa mempelajari pemikiran yahudi di zaman pertengahan, falsafah

moden dan sains moden.

Dikatakan menyeleweng misal kerana bible tidak menyatakan bahawa tuhan mempunyai jasad,

malaikat wujud dan roh kekal.Spinoza meniggal dunia pada 1677 kerana sakit paru-paru.

Gottfield Wilhelm Leibniz

Dilahirkan pada 1 julai 1646 diLeipzig, Jerman. Selain falsafah Leibniz terkenal sebagai seorang ahli

matematik dan logik yang mencipta kalkulus dengan menghasilkan Nova Methodus Pro Maximus et

Minimus(kaedah baru untuk terhebat dan terlemah)

Leibniz terkenal pelbagai falsafah yang dihasilkan termasuk teori mengenai alam kemungkinan,

prinsip alasan cukup, prinsip harmoni prakukuh dan prinsip bukan penentangan.

Leibniz meniggal dunia pada 14 November 1716 di Hannover.

Falsafah Abad 18: Falsafah Empirisme

Bermula pada abad 18, falsafah Rasionalisme Continental mendapat tentangan daripada kalangan

Empiris British yang mendakwa tidak ada ilmu bersifat a priori sebaliknya ia mesti bersifat a

posteriori dan teori kewujudan ilmu secara idea lahiriah hendaklah ditolak.

Abad ini dikenali sebagai zaman pengajaran bagi falsafah barat.

John Locke

Digelar sebagai pengasas kepada pengasas kepada „falsafah minda analitik‟dan Bapa empirisme

Inggeris‟oleh John Stuart Mill dilahirkan di Wrinton,Somerset, England.

Antara karya yang penting ialah Essay Concerning Human Understanding yang membicarakan

tentang kepentingan pancaindera dalam mencapai ilmu pengetahuan berbanding dengan spekulasi

intuitif atau deduksi.

Karya Two Treatises of Government,menentang teori hak suci raja. Bagi beliau kuasa pemerintahan

adalah terletak pada rakyat bukannya negara.Kedudukan kerajaan adalah lebih tinggi hanya apabila

diikat oleh undang-undang sivil dan undang-undang tabii.

George Berkeley

Berkeley berketurunan Inggeris daripada mazhab Protestan. Dilahirkan di Dysert Castle,

Thomastown, Ireland.

Karyanya An Essay toward a New Theory of Vision,suatu usaha untuk menyatakan adalah sia-

siamenganggap suatu objek sebagai hakikat jika sekadar melalui deria penglihatan.

David Hume

Hume seorang ahlli falsafah dan sejarawan Scotland yang mengasaskan falsafah skeplismeagnostisme

yang berpengaruh dalam perkembangan intelektual Eropah.Dilahirkan pada 26 April 1711.

Pada 1775 beliau menghidap penyakit kanser dan meninggal dunia di Edinburgh pada 25 ogos 1776.

Page 11: sejarah-falsafah

11

Falsafah Abad ke19: Falsafah Romantisme dan Pasca Kantianisme

Muncul pada abad ke 19 reaksi terhadap falsafah rasionalisme, empirisme serta pengaruh pemikiran

golongan libertarian dan egalitarian Revolusi Perancis.

Faktor emosi memberi reaksi terhadap kemusnahan, kebimbangan terhadap anarki, keperluan

perasaan selamat dan pengorbanan.Antara contoh reaksi ialah fahaman Sosialisme Marx terhadap

penguasaan industry kapitalis.

Falsafah barat diwarnai falsafah Pasca Kantianisme reaksi kepada pemikiran Immanuel Kant(pelopor

falsafah Idealisme).

Menekankan kepada kebebasan memilih dan doktrin reality kepada hakikat tertinggi berbentuk

spiritual dengan menganggap alam tabii sebagai cermin roh.

Positivisme dan Auguste Comte

Positivisme suatu fahaman yang mengatakan(hasil daripada keyakinan)bahawa ilmu pengetahuan

adalah didasarkan kepada pancaindera dan hanya diperolehi melalui pemantauan dan ujikaji.

Konsep positivisme boleh difahami e\melalui teori the law of the three stages yang mengandungi tiga

peringkat perkembangan minda iaitu peringkat teologi, metafizik dan positif atau saintifik.

Falsafah Abad ke-20:Falsafah Pragmatisme

Falsafah ini dibahagi kepada tiga aliran iaitu pendukung falsafah Neo-Kantianisme dan Neo-

Hegelisme, kedua aliran pragmatism pimpinan Charles S.Pierce, William James dan John Dewey dan

yang ketiga mengutamakan sains dan berkeyakinan falsafah tidak membawa apa-apa.

Golongan ini dikenali sebagai realis dan lebih menonjol pada abad ke-20.Falsafah pragmatism berkait

dengan makna dan kebenaran yang perlu dilihat dalam bentuk praktikal.

Teori kebenarannya dimulakan dengan ungkapan „kebenaran terjadi kepada sesuatu

idea‟.Perkembangan falsafah pada abad ke-20 terbahagi kepada tiga tahap utama, iaitu sebelum

meletus perang dunia pertama dan lebih reaksi terhadap falsafah yang muncul pada akhir abad ke-19.

Peringkat kedua sains menguasai falsafah apabila muncul istilah sains kursus-falsafah tidak lagi

menjadi subjek yang agung dan primer kepada ilmu lain seperti yang berlaku sebelumnya, sebaliknya

menjadi subjek sekunder kepada sains.

Peringkat ketiga iaitu menghubungkan antara ptertentangan antara sains dan falsafah yang diistilahkan

sebagai coexistence of opposites-walaupun ada pertentangan tapi masih ada ruang untuk penyatuan

kedua-dua bidang ilmu.

Eksistensialisme

Falsafah yang menumpukan kepada kewujudan yang mengutamakan fakta terhadap kewujudan.Ia

suatu bentuk pemikiran yang terhasil daripada aliran falsafah fenomenologi.

Diasaskan oleh Soren Aabye Kiekegaard(1813-1955),seorang ahli falsafah Denmark yang banyak

mengkritik ajaran kristian dan menolak falsafah Hagel.

Page 12: sejarah-falsafah

12

Ungkapan perkataan wujud „exist‟ bermaksud kesedaran diri.Ia adalah aliran pemikiran yang

mengambil kewujudan kesedaran diri sebagai tema dan titik tolak falsafah.

Sartre tokoh yang menonjol dalam falsafah eksistensialisme, menumpukan kepada kewujudan diri

melalui karyanya Existentialism and Humanism dengan mendakwa manusia tidak mempunyai

sebarang sifat.

Pemikiran yang ditonjolkan Sartre menggambarkan falsafah abad itu berkisar dibawah persoalan logic

pemikiran, walaupun ia semakin serius mencari kebenaran bersifat praktikal.

Metafizik (Bab 5)

Metafizik(Yunani:meta ta phusika) bermaksud melangkaui alam fizik. Aristotle mendefinisikan

metafizk sebagai the study of the first principles and causes of the things, iaitu ilmu tentang

kewujudan sesuatu yang bersifat sejagat(kulliyat) berbeza dengan ilmu yang lain yang mengkaji

sesuatu yang bersifat khusus(juziyyat).

Al-Farabi membahagikan kepada tiga, yang pertama sebagai ontology iaitu ilmu berkaitan dengan

benda yang wujud dan sifatnya.Kedua, jenis mawjudat yang menghubungkan antara perkara pokok

dan teori sains dan ketiga, mawjudat yang tidak berjasad.

Dorongan mempelajari metafizik

Timbul apabila berlakunya kegagalan seseorang untuk menghuraikan hakikat sesuatu. Manusia

sentiasa memikirkan sesuatu yang abstrak seperti minda,benda fizikal, nilai, kejadian, proses, sifat dan

fakta.

Ontologi

Perbincangan kepada sifat sesuatu benda yang membentuk alam.Persoalan yang ditangani golongan

ontologis samaada materialis, idealis atau transendentalis.

Golongan ontology yang berfahaman materialis, jirim sebagai hakikat yang sebenar.Iaitu jirim adalah

sesuatu yang terikat dengan ruang dan masa.

Golongan ontologis idealism menganggap hakikat sesuatu itu terletak dalam minda seseorang.Ini

dapat dijelaskan bagaimana seseorang itu melihat sebuah buku yang berwarna biru sebagaimana yang

disampaikan oleh pancaindera kepada otak.

Golongan ontologis transendentalisme menganggap hakikat sebenar adalah berbentuk roh.Apa yang

melangkaui alam fizikal dianggap sebagi hakiki sebaliknya alam fizikal dianggap sebagai zahir atau

baying-bayang sahaja.

Kosmologi

Perbincangan berkait rapat dengan bidang astronomi, lebih menekankan kepada asal-usul kejadian

alam dan sifat peraturan atau hokum alam antaranya termasuklah persoalan bagaimana pembentukan

planet, bulan dan matahari.

Perbincangan bermula pada zaman pra-Socrates dan diubah suai dalam karya Plato dan Aristotle.

Generasi Heraclitus dan Permenides memperlihatkan bagaimana kebijaksanaan pemikiran cua

mendefinisikan system kosmos dan prinsip(penyebab utama) yang mentadbir alam.

Page 13: sejarah-falsafah

13

Zaman Pertengahan, perbincangan menjadi satu agenda utama dalam tradisi pemikiran falsafah

Kristian, Yahudi dan Islam.Pada zaman Renaissance, peranannya telah diambil alih olehilmu sains.

Teori Philo mempengaruhi pemikiran ahli falsafah islam, al-Farabi dalam teori kejadian alam dengan

menyatakan alam ini qadim terhasil proses al-sudur atau al-Faid(limpahan). Susunan kejaidian alam

ini dikenali sebagai teori Akal Sepuluh(al-„Aql al-Asyarah‟).

Gambaran proses emanasi/al-faid diringkaskan seperti berikut:

Akal pertama(„Aql, Aqil dan Ma‟qul)

Akal kedua

Akal ketiga Planer pertama

Akal keempat al-kawakib al-thabitah

Akal kelima Zuhal

Akal keenam Musytari

Akal ketujuh Marikh

Akal kelapan Matahari

Akal kesembilan Zuhrah

Akal kesepuluh Utarid

Bulan

Bumi, Hyle/bentuk,roh dan jirim(air, api, angina, tanah)

Psikologi Rasional

Psikologi rasional ialah manusia dianggap sebagai makhluk rasional(kerana mempunyai akal) dan

bersifat spiritual(kerana mempunyai roh).Terdapat tiga aspek yang ingin diselongkari oleh ilmu

psikologi rasional iaitu sifat manusia, identiti peribadi dan persoalan akal dan jasad(mind-body)

manusia.

Mengenali sifat manusia atau „siapakah manusia‟ pelbagai agama dan falsafah memberikan pelbagai

tafsiran yang berbeza. Menurut perspektif islam, manusia dilahirkan secara fitrah atau bersih dari

segala keburukan.

Persoalan kedua ialah mengenai indentiti peribadi dimana pentakrifan peribadi berdasarkan

memori(sama ada bertambah atau berkurang) pernah dikemukakan oleh ahli falsafah British John

Locke.

Persoalan yang ketiga ialah hubungan antara minda dan jasad secara umumnya adalah dua elemen

yang berlainan. Bagi golongan metaphysical monist, mereka akan berhujah samaada hanya jasad atau

Page 14: sejarah-falsafah

14

minda(roh) secara hakiki. Bagi golongan metaphysical dualist, kedua-duanya adalah nyata dan boleh

interaksi antara satu sama lain.

Teologi Rasional

Kajian mengenai ketuhanan atau perkara ghaib seperti tuhan, dewa, malaikat, syaitan dan jin. Teori

mengenai pembuktian kewujudan tuhan secara rasional berdasarkan sains moden seperti yang

dilakukan oileh A. Cressy Morrison yang mengemukakan tujuh bukti sainstifik.

Pertama hukum matematik alam dapat dibuktikan sebagai hasil ciptaan tuhan yang maha bijaksana.

Kedua adanya daya dalam kehidupan membuktikan wujudnya tuhan yang maha bijak.

Ketiga bintang mempunyai naluri yang diberi oleh tuhan. Contoh anak ikan Solomon beberapa tahun

hidup dilaut kemudiannyamenyusuri sungai dan kembali ke tempat asal ia dilahirkan.

Keempat keajaiban manusia mempunyai mempunyai akal.Tiada satu rekod yang menunjukkan

binatang mampu memahami atau dapat membilang sampai sepuluh.Sebaliknya manusia dengan akal

yang dimilikinya mampu melakukan demikian.

Kelima, peranan gen dalam semua benda hidup. Gen dan kromosom yang ada dalam setiap benda

hidup merupakan kunci utama yang membentuk manusia sebagai manusia, atau binatang sebagai

binatang.

Keenam, melihat keadaan alam semula jadi, kita dapat mengetahui bahawa hanya infinite wisdom

dapat melihat ke hadapan tentang kebaikan pertanian yang disusun dengan baik.

Ketujuh, manusia boleh menanggapi(mengenal) Tuhan dengan sendiri merupakan satu bukti tuhan

ada. Konsep tuhan lahir daripada fakulti imaginasi.Kuasa ini hanya manusia yang mampu mencari

bukti terhadap benda yang tidak dapat dilihat.

Epistemologi (Bab 6)

Gabungan dua perkataan Yunani, iaitu episteme bermaksud ilmu dan logos bermaksud sains atau

kajian.Epistemologi bermaksud sains atau kajian tentang ilmu.Ia merangkumi perbincangan mengenai

sifat ilmu dan bagaimana menjustifikasikan ilmu yang diperolehi.

Beberapa kumpulan ahli epistemologi keperluan bidang epistemology kepada metafizik. Pertama,

golongan epistemologi idealis mempercayai bahawa objek ilmu seseorang(data pancaindera) tidak

wujud secara bersendirian tanpa kesedaran.

Golongan epistemologi realis menyatakan objek pancaindera seseorang wujud secara bebas daripada

minda dan pengetahuan.

Golongan epistemologi dualis berpendapat antara yang mengetahui dan objek limu pengetahuannya

adalah dua hakikat yang berlainan.

Definisi ilmu atau pengetahuan

Falsafah barat ilmu dikaitkan dengan pengetahuan yang mana istilah pengetahuan berakar-umbikan

kepada tahu.

Page 15: sejarah-falsafah

15

Justifikasi kepercayaan dan sumber ilmu pengetahuan

Pada umumnya beberapa bentuk ilmu yang digunakan oleh manusia dalam menguji kepercayyan yang

dipegangnya sebagai benar.

Sensasi(Pengalaman pancaindera)

Maklumat yang diproses oleh otak hasil dari pengalaman melalui pancaindera. Ia sumber utama yang

digunakan bagi menjustifikasikan kepercayaan seseorang apa yang ditanggapinya di mana ¾ ilmu

adalah bersumberkan pancaindera.

Tiga jenis data bersumberkan pancaindera atau indera dalaman yang diproses oleh otak iaitu data

pancaindera, data somatic dan data halusinasi.

Pertama, data pancaindera ia melibatkan proses penerimaan maklumat daripada anggota pancaindera

yang kemudiannya dihantar ke otak untuk diproses, dikatalog dan dinilai.

Kedua, data somatic, maklumat yang terhasil apabila otak melakukannya dengan memproses data

yang dating dari dalam tubuh.

Ketiga, data halusinasi, maklumat yang terhasil dalam otak seseorang seperti mimpi, khayalan,

melihat atau mendengar sesuatu yang sebenarnya tidak ada.Data ini mungkin memberi keseronokkan,

menakutkan atau tidak dijangkakan.

Tiga ciri halusinasi iaitu pemikiran atau imej ingatan yang mungkin sangat jelas dan tiba-tiba muncul

dalam otak atau imej dating daripada luar dan pengalaman atau maklumat yang salah daripada otak

kerana kesahihannya tidak diuji dengan reality maklmat yang ada.

Intuisi

Proposisi atau pegangan yang dijustifikasikan melalui intuisi adalah diketahui secara langsung atau

segera dan secara mutlaknya dianggap sebagai betul dan benar.

Intuisi dalam konteks falsafah, ialah ilmu yang diperolehi secara langsung melalui proses taakulan

akal atau teknik inferensi(proses deduksi dan induksi).

Herbert Feigl yang menyertai Veinna Circle dan mengemukakan tujuh bentuk intuisi yang biasa

digunakan untuk menjustifikasikan kepercayaan.

Pertama, kesedaran pancainderaseperti kesedaran terhadap kualiti objek seperti merah dan

sebagainya.

Kedua, Garapan langsung terhadap idea.

Ketiga, kebenaran atau ilmu yang terbukti dengan sendirinya benar.Ia adalah suatu bentuk ilmu yang

didakwa sebagai tidak memerlukan pembuktian kerana kebenaran sedia wujud dalam premis taakulan

yang dibuat.

Keempat, ilmu berbentuk naluri.Ilmu dinamakan sebagai keupayaan dalaman oleh ahli psikologi dan

biologi.Dalam konteks haiwan boleh dilihat keupayaan dan pengetahuan burung membina sarang.

Kelima, perpepsi di luar jangkauan pancaindera. Ia merujuk kepada ilmu yang dikategorikan

sebagai,telepati dan precognition.

Page 16: sejarah-falsafah

16

Keenam, gerak hati atau firasat yang disertai dengan penilaian berdasarkan impresi lepas dan

memori.Ketepatan gerak hati ini banyak bergantung kepada pengalaman seseorang.

Ketujuh, pengalaman mistik atau trans-empirical intuition.Istilah ini popular di kalangan ahli tasawuf

sebagai kasyaf atau penglaman mistik.

Wahyu

Wahyu digunakan oleh individu untuk menjustifikasikan kepercayaan terutama sekali yang

melibatkab persoalankeagamaan. Terdapat dua kaedah bagaimana wahyu disampaikan, iaitu yang

pertama melalui penurunan kitab wahyu zabur, taurat, injil dan al-quran kepada rasulnya. Kedua

melalui ilham tuhan yang diwahyukan melalui seorang nabi kemudiannya disampaikan kepada

mereka yang lain.

Autoriti

Autoriti mempunyai dua pengertian, pertama ia merujuk kepada Tuhan yang menjadi „Author‟ kepada

wahyu. Kedua merujuk kepada maklumat yang diterima melalui fakta dengan bersumberkan majalah,

akhbar, televisyen, radio dan media massa yang lain. Ilmu dikatakan benar atau betul apabila ia

bersumberkan sesuatu atau seseorang yang pakar atau berautoriti.

Keimanan/kepercayaan

Justifikasi kepada yang benar dalam bidang kehidupan keagamaan, bidang perubatan ataupun

ungkapan harian.Keimanan secara umum digunakan dalam tiga aspek.

Pertama, merujuk kepada kepercayaan secara taklid kepada kumpulan atau mazhab agama

tertentu.Kepercayaan ini tidak mengandungi hujah atau pendalilan yang kuat.

Kedua, kepercayaan kuat berdasarkan harapan.Lebih bersifat psikologi dan memberi maksud

keinginan, harapan atau kehendak supaya keprcayaan itu menjadi kenyataan.

Ketiga, kepercayaan yang disertakan dengan proses taakulan dan ia diterima sebagai aspek kajian

bidang epistemologi.

Aliran pemikiran epistemologi

Sejarah epistemologi barat, terdapat tiga aliran utama, rasionalisme, empirisme dan skeptisme yang

cuba menjelaskan tentang sumber dan hakikat ilmu.

Pertentangan antara empiris dan rasionalis terhadap dua isu utama, sumber idea atau ilmu seseorang

dan bagaimana mengetahui kebenaran kerana sifatnya benar.

Rasionalisme

Rasionalisme mengandungi kepercayaan seperti untuk mencapai ilmu tentang sesuatu kewujudan

hanya melalui taakulan sahaja atau setiap benda hanya boleh dijelaskan melalui satu system sahaja

iaitu taakulan.

Teori Keraguan Descrates berdasarkan dua prinsip utama, pertama,penggunaan keraguan dilakukan

secara berhati-hati, tidak bersedia menerima sebarang perkara sebagai benar kecuali dapat dibuktikan

kebenarannya.

Page 17: sejarah-falsafah

17

Kedua, bermula dengan pembuktian jelas dan nyata dan dilanjutkan dengan cara yang betul mana

pada setiap tahapberdasarkan tahap sebelumnya.

Implikasi daripada falsafah rasionalisme Descrates ialah wujudnya kemutlakan minda manusia yang

mampu menjelaskan sesuatu fenomena alam.

Bagaimanapum pandangan akal adalah semata-mata sebagai sumber ilmu pengetahuan, bersifat

mutlak dan tepat menghadapi beberapa masalah.

Empirisme

Falsafah empirisme merupakan aliran falsafah yang berpendapat bahawa ilmu adalah berdasarkan

atau bersumberkan kepada pancaindera sahaja.

Ia menolak pandangan falsafah Platonisme, idealisme atau rasionalisme yang berpendapat bahawa

akal manusia mempunyai konsep atau gambaran terhadap sesuatu objek.

Falsafah empirisme tidak hanya berkisar dalam dunia epistemologi sahaja bahkan berkembang dalam

dunia falsafah akhlak.

Skeptisme

Skeptisme bermaksud suatu falsafah yang menyatakan bahawa ilmu yang pasti terhadap sesuatu

hakikat mungkin dapat dicari tetapi tidak akan dijumpai. Golongan skeptisme menggunakan hujah

daripada ilusi bagi menunjukkan bahawa maklumat yang dibawa oleh pancaindera tidak boleh

dipercayai.

Terdapat tiga jenis pengalaman pancaindera yang bersifat ilusi, Pertama, ilusi garapan pancaindera

iaitu ketidaktepatan yang berlaku apabila seseorang cuba mengenal pasti atau menjelaskan ojek yang

ditanggapinya.

Kedua, garapan pancaindera yang bersifat relative menyebabkan berlakunya komplikasi terhadap

perpepsi seseprang.

Ketiga, halusinasi-yang menganggap objek yang sebenarnya tidak wujud.Ketiga-tiga bentuk hujah

tersebut menjelaskan bahawa pengalaman pancaindera menipu daya seseorang.

Aliran falsafah skeptisme bermula pada zaman Yunani apabila ia dikemukakan oleh Xenophanes dan

kemudian dikembangkan oleh pemikir Sophis seperti Protagoras dan Giorgias.

Dalam tradisi falsafah islam, al-Ghazali merupakan seorang tokoh skeptisme yang menafikan peranan

dan kesahihan ilmu yang terhasil daripada pancaindera dan taakulan.

Dalam sejarah perkembangan falsafah moden, tokoh falsafah Scotland, David Hume yang skeptisme

tergadap maklumat yang digarap oleh pancaindera. Skeptisme beliau ini bertitik tolak daripada

prinsipnya yang ilmu semata-mata berdasarkan pengalaman pancaindera.

Page 18: sejarah-falsafah

18

Falsafah Etika (Bab 7)

Etika berasala daripada perkataan Yunani ethos bermaksud karektor ataupun sikap.Dari segi istilah,

etika didefinisikan sebagai suatu kajian yang bersifat falsafah tehadap moral.

Perbincangan etika lebih luas daripada ruag lingkup moral yang memfokuskan kepada individu dalam

dua aspek utama, iaitu mengenai nilai standard dan peraturan normative mengenai tingkah laku.

Persoalan etika paling banyak berkait rapat tingkah laku atau perbuatan individu yang diukur pada

tahap kerasionalan seseorang individu. Erti kata lain, falsafah etika menghubungkan antara tingkah

laku individu dengan akal.

Etika dalam tradisi islam iaitu persoalan ahklak-berbeza dengan maksud moral sperti biasa yang

difahami dalam falsafah barat. Akhlak adalah gambaran batin seseorang yang terpancar pada tingkah

laku zahirnya.

Faktor keperluan falsafah etika

Bidang falsafah ini menyediakan jawapan yang berkaitan dengan persoalan moral dan ahklak.

Untuk mencari kehidupan yang baik

Menurut ahli falsafah Yunani adalah pencapaian kehidupan yang baik serta mengkaji hakikat atau

istilah perbuatan seperti hikmah, baik, cinta dan sebagainya.

Mencari nilai mutlak tentang kebaikan

Etika mempunyai tujuan utama: Pertama, memberi jawapan kepada mereka yang skeptik yang

menafikan kewujudan nilai moral yang boleh dianggap sebagai benar. Kedua, menjawab persoalan

yang dikemukakan oleh golongan yang berfahaman relativisme yang menyatakan bahawa pendapat

seseorang tentang nilai moral adalah berbeza antara satu sama lain.

Menyediakan metode yang sesuai dalam membuat keputusan

Falsafah etika cuba menyelesaikan kes yang sukar diputuskan oleh individu yang menghadapi

dilemma atau konflik. Contoh, seorang pelajar yang belum bersedia menjadi seorang ibu, tiba-tiba

mendapati dirinya hamil akan menghadapi konflik dalaman dan kesan kepada hidupan luaran.

Etika Normatif

Ia berkaitan mengenai tingkah laku-prinsip ini dijadikan asas bagi menjadikan sesuatu perbuatan

tersebut sah dan betul. Ahli falsafah etika normative cuba membentuk suatu asas rasional bagi tujuan

obligasi moral oleh pelaku perbuatan.

Ahli falsafah normative juga menumpukan kepada asas moral yang digabungkan dengan faktor

rasional dalam sebarang bentuk tindakan bagi memastikan kebenaran atau kepalsuan terhadap

kepercayaan moral dipegang oleh seseorang.

Etika normative juga menumpukan kepada karektor individu yang melakukan

perbuatan.Dimaksudkan dengan karektor disini ialah keadaan peribadi seseorang dalam tindakannya

seperti keberaniaan, keegoan, ketakutan, sifat rendah diri, pengetahuan dan sebagainyamempengaruhi

corak tindakannya.

Page 19: sejarah-falsafah

19

Etika analitik

Etika analitik lebih ditumpukan kepada menyelidik dan mengkaji maksud istilah etika yang digunakan

dalam etika normatif.Umpamanya dalam kes menyelamatkan persahabatan atau menyatakan

kebenaran.

Berusaha menjelaskan dengan tepat tentang istilah seperti baik, tanggungjawab, apakah yang patut

dilakukan, memahami konsep moral dan bagaimana istilah tersebut berfungsi dalam perbincangan

mengenai moral.

Dua masalah utama yang menjadi tumpuan kepada etika analitik ialah: Pertama, terdapatkah apa yang

dianggap sebagai kebenaran moral atau pengetahuan mengenai moral?.Kedua, jika ada, bagaimanakah

seseorang itu boleh mendapatkannya?

Pada asasnya, etika normatif dan etika analitik tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.

Teori nilai dalam falsafah etika

Terdapat lapan teori atau aliran yang digunakan untuk menilai sama ada sesuatu tindakan itu baik atau

tidak untuk mengklafikasikan kriteria sesuatu akhlak. Teori yang dimaksudkan ialah Telelologi lawan

Deontologi, Subjektif lawan Objektif, Naturalisme lawan Bukan naturalism dan Relativisme lawan

Absolutisme.

Teori Teleologi

Perkataan teleology berasal daripada perkataan Yunani telos bermaksud akhir atau tujuan dan logos

bermaksud kajian.Teori ini melihat baik atau buruknya sesuatu tindakan berdasarkan hasil atau kesan

perbuatan tersebut.

Pelbagai dimensi teleology seperti mana Plato melihat perbuatan itu baik jika diakhir perbuatan

terhasil „kebaikan‟.

Hedonisme

Falsafah Hedonisme(perkataan Yunani hedone bermaksud keseronokan atau kenikmatan)pada zaman

Yunani ditonjolkan oleh Aristippus dari aliran Cyrenaic dan Epicurus, pengasas aliran Epicureanisme.

Pengamal hedonism menekankan bahawa pencapaian keseronokkan terhasil melalui pengrealisasian

kebaikan tertinggi dalam kehidupan dan juga berusaha menjauhi kesakitan.

Pandangan hedonism atau utilitarianisme yang melihat nilai baik atau buruk berdasarkan kepada

kesan telah mendapat tentangan daripada Immanuel Kant.

Kant, menganggap seseorang itu beretika ia hendaklah diasaskan kepada pelaksanaan tanggungjawan

atau amanah bukannya berdasarkan keseronokan atau kesan lain.

Teori Deontologi

Deontologi berasal daripada gabungan dua perkataan yunani, deon yang bermaksud tanggungjawab

moral, dan logos bermaksud ilmu.

Prinsip asas teori deontology adalah sesuatu yang baik tidak semestinya bergantung kepada sesuatu

yang baik yang akan dihasilkan.

Page 20: sejarah-falsafah

20

Doktrin al-Salah dan as-Aslah Muktazilah menyatakan bahawa kebaikan atau keburukan sesustu itu

adalah kerana hakikatnya yang demikian yang ditentukan oleh Alaah bukannya dalil al-Quran dan al-

Sunnah.

Teori Subjektif

Teori subjektif ini melahirkan aliran egoism dalam falsafah barat yang melihat kepentingan diri

sebagai standard sebenar terhadap sesuatu tingkah laku.

Pada zaman Yunani idea subjektivisme/egoism ini dipelopori oleh golongan Sophis dan kemudiannya

dipopularkan oleh ahli falsafah moden seperti David Hume dan Westermack.

Teori objektif

Teori ini menegaskan bahawa standard atau kod moral wujud secara bebas daripada sebarang

keutamaan individu.Bagi pendokong aliran objektivisme, nilai akhlak mesti bersifat objektif kerana

manusia sebagai pelaku moral mempunyai persetujuan bersama terhadap sesuatu nilai baik atau

buruk.

Teori naturalisme

Teori ini menganggap penilaian terhadap perilaku moral mengandungi fakta tentang fenomena alam.

Ini memberi maksud sesuatu perbuatan sama ada baik atau tidak bergantung kepada pengalaman

keseronokkan atau pengamatan bersifat empirikal.

Pertimbangan moral adalah berdasarkan pertimbangan empirical untuk mengadili sama ada perbuatan

itu betul atau salah, iaitu salah untuk melihat pertimbangan moral di luar fakta empirikal.

Teori bukan naturalisme

Sebuah teori yang menafikan perkataan moral boleh didefinisikan dalam bentuk sifat manusia seperti

mentafsir melalui fakulti kognitif ataupun introspeksi tetapi melaluipencerapan intuitif.

Pandangan golongan bukan-naturalis ini disangkal oleh golongan berfahaman emotivisme yang

menyatakan sekiranya nilai etika tidak boleh difenisikan bermakna perkataan moral seperti baik,

buruk, kedekut dan sebagainya tidak akan memberi apa-apa makna.

Teori Relativisme

Ia merupakan sebuah teori yang melihat apa yang baik bagi sesebuah masyarakat A mungkin

dianggap tidak baik dalam masyarakat B.

Golongan berfahaman relativisme mempunyai dua alas an mengapa fahaman ini patut dipertahankan.

Pertama mereka yakin tiada siapa dapat menjelaskan mengapa nilai moral mesti bersifat mutlak dan

tiada sumber menyatakan moral bersifat mutlak.

Kedua, menolak pandangan mengatakan moral bersumberkan emosi dan adat.

Page 21: sejarah-falsafah

21

Teori Absolutisme

Prinsip moral berbeza antara satu budaya atau masyarakat dengan satu budaya atau masyarakat lain.

Semua masyarakat mesti mempunyai suatu asas prinsip akhlak tertinggi seperti kebaikan.

Falsafah akhlak islam

Penilaian sesuatu perbuatan berdasarkan kepada empat sumber iaitu al-quran, al-sunnah, ijmak dan

qias.

Umumnya islam tidak menolak kesemua teori nilai moral yang dibincangkan falsafah barat kerana

sebahagiannya mempunyai kebenaran dan kesesuaian dengan islam.

Persoalan semasa falsafah etika:Euthanasia

Euthanasia disebut sebagai „pembunuh ihsan‟.Suatu kaedah mematikan seseorang tanpa rasa sakit

setelah diminta oleh pesakit.

Dalam islam membunuh diri adalah haram dan siapa yang melakukannya telah berdosa disisi Alaah

S.W.T.

Falsafah politik(Bab 8)

Perkataan politik berasal daripada perkataan Yunani politikos berkenaan negara,, polites warganegara

atau negara, polis negara dan politeiea hak warganegara.

Hari ini isitlah politik difahami sebagai suatu aktiviti yang ditadbir oleh peraturan dan piawaian nilai

atau cara seseorang itu memahami bahawa peraturan tersebut mempengaruhi tindakannya.

Dua aliran kontemporari iaitu aliran instrumental dan aliran expressivist yang mentafsirkan makna

politik. Persepsi aliran instrumental, politik adalah satu cara yang digunakan oleh individu bagi

mempertahankan perjanjian demi mendapatkan faedah daripada proses bekerjasama dan mengelak

diri daripada tidak bekerjasama.

Aliran expressivist, politik adalah suatu cara bagaimana manusia menyatakan dirinya sebagai

makhluk social dan bekerjasama dalam menikmati kewujudan yang saling bergantung antara satu

sama lain.

Perspektif falsafah politik

Falsafah politik boleh difahami sebagai suatu ilmu(sains) berkaitan dengan perkara politik yang

berhubung dengan kehidupan politik.

Karya Plato, Republic adalah antara karya yang terawal yang cuba membincangkan persoalan

tersebut.

Falsafah politik Aristotle

Pemikiran Aristotle mengenai politik dapat diperhatikan melalui karyanya politics(Politica). Teori

beliau dengan menganggap sebuah negara itu sebagai sebuah pertubuhan atau organisasi yang

dibentuk untuk mencapai kebaikan.

Page 22: sejarah-falsafah

22

Kritikan beliau terhadap pembahagian kelas masyarakat yang dikemukakan oleh Plato ialah alam

semula jadi berperanan menyusun struktur sesebuah Negara memberi autoriti kepada pemerintah

seperti memberi kuasa tuan kepada hamba.

Kedua, pembentukan kampong, iaitu gabungan beberapa buah rumah yang disatukan bagi memenuhi

sesuatu keperluan lebih dari keperluan harian

Rakyat dan hak rakyat

Aritotle cuba memberikan definisi yang tepat mengenai rakyat sesebuah negara kerana ketika itu tidak

ada definisi jelas siapa sebenarnya yang dimaksudkan dengan rakyat.

Pertama, rakyat adalah mereka yang tinggal dalam sesebuah negara.Kedua ialah siapa sahaja yang

menetap di suatu tempat. Ketiga, orang yang dikenakan proses undang-undang yang mungkin boleh

menghukum dan dihukumkan.

Perlembagaan dan pemimpin terbaik

Negara yang terbaik bagi seseorang rakyat jika dia memilik perlembagaan yang terbaik

untuknya.Tiada siapa menafikan tiga perkara penting dalam hidupnya, iaitu kesihatan tubuh badan,

intelektual dan nilai moral.

Pendidikan

Aristotle menjelaskan bahawa kehidupan dan karektor seseorang dipengaruhi oleh tiga unsur iaitu

sifat, tabiat dan akal.

Aristotle menggariskan empat aspek yang perlu diajar kepada pelajar iaitu membaca dan menulis,

latihan fizikal, muzik dan lukisan.

Falsafah politik Machiavelli

Niccolo Machiavelli dilahirkan pada 3 Mei 1469M.di Florence, Itali. Beliau seorang yang banyak

menghabiskan masa dengan politik dan patriotisme.Karyanya, The Prince semata-mata untuk

memuaskan dan memikat hati pemerintah.Ia berlaku apabila Machiavelli kehilangan jawatannya

dalam kerajaan dan begitu terdesak kembali ke alam politik.

Machiavelli jatuh sakit dan meninggal dunia pada 1527M dan sehingga kini masih dikenali sebagai

seorang oportunis yang menyokong kerajaan korup.

Machievelli adalah Renaissance Itali yang telah melakukan penentangan terhadap mazhab Katolik dan

menjadi pengasas kepada sejarah politik moden.

Realiti politik dalam sesebuah Negara

Menurut Machievelli, sesebuah kerajaan dibentuk melalui dua cara: Pertama, melalui perwarisan

daripada kerajaan sebelumnya. Jika mana-mana pemerintah memperolehi cara ini, maka ia merupakan

satu keuntungan nasib dalam hidupnya.

Kedua, Pembentukan sebuah negara baru yang terbentuk melalui proses penggabungan kerajaan sedia

ada dengan Negara yang baru ditakluk.

Page 23: sejarah-falsafah

23

Politik tanpa moral

Machievelli menyimpulkan bahawa tugas utama seorang pemerintah ialah mencari, melengkap dan

menjadikan kuasa sebagai elemen utama dalam pengukuhan politik.

Beliau memulakan teori politiknya dengan cara seseorang itu boleh mendapatkan kuasa untuk

memerintah.

Umumnya kuasa terhasil melalui nasib yang baik, melalui warisan daripada keturunan atau

penaklukan ke atas negara lain.Dalam konteks penaklukan, bagi mengekalkan kuasa, langkah paling

utama dilakukan ialah dengan menghapuskan semua pencabarnya dari kerajaan terdahulu.

Kuasa menjadi milik seseorang melalui pendapat dan pendapat pula bergantung kepada propaganda.Ia

merupakan satu kelebihan kepada propaganda keran lebih berhikmah berbanding penentangan secara

langsung.

Ciri pemerintah yang baik

Machievelli melalui karyanya The Prince menggariskan beberapa ciri sebagai asas utama dalam

mengekalkan kuasa. Antaranya ialah; tidak bersikap pemurah, bersikap kejam dan ditakuti, bersikap

hipokrit dan mengelak daripada aib dan kebencian.

Falsafah politik Rousseau

Jean Jacques Rousseau seorang ahli falsafah Perancis yang dilahirkan di Geneva, Switzerland.Beliau

menganut beberapa mazhab agama Kristian seperti Katolik dan Protestan.Karyanya yang terkenal

ialah Dua contrat social.

Rousseau melalui karyanya Emile menggambarkan ciri seorang ahli masyarakat yang baik.Antaranya,

bersifat sederhana, berfikiran matang, tidak suka membodek dan mencari kemasyhuran.

Perubahan masyarakat kepada Negara yang zalim

Rosseau menjelaskan kerosakkan sesebuah Negara oleh dua factor utama iaitu keburukkan dan

kejahatan yang dibawa ke dalam masyarakat bersama salah laku moral individu dan kebobrokan

politik.

Fahaman teoripolitik demikian menunjukkannya terpengaruh dengan teori politik negara ideal oleh

Plato yang melihat unsur kekayaan, kuasa dan ketidakadilan membawa kepada pembentukan Negara

yang zalim.

Falsafah agama (Bab 9)

Falsafah agama gabungan dua perkataan iaitu falsafah dan agama.Ahli falsafah member tanggapan

yang berbeza terhadap konsep falsafah agama.

Pandangan pertama, konsep falsafah agamaberdasarkan peranan atau sumbangan falsafah terhadap

agama.Pandangan kedua ialah peranan falsafah agama adalah bersifat defensive dan apologetik dan

berkeadaan preamble kepada kepercayaan keagamaan.

Pandangan ketiga, melihat falsafah tidak memberi sumbangan yang besar kepada agama.Pandangan

keempat, melihat falsafah agama sebagai persoalan analatikal atau meta-logical. Pandangan kelima,

wujudnya suasana yang tidak harmoni antara falsafah dan agama.

Page 24: sejarah-falsafah

24

Isu falsafah agama

Teori dua kebenaran

Diperkenalkan teori dua kebenaran ‘Two Truth’ bagi menharmonikan falsafah dan agama serta untuk

membuktikan kewujudan tuhan.

Dalam tradisi islam, titik permulaan gerakan mengutamakan akal dalam pemikiran dilakukan secara

intensif oleh ahli kalam daripada aliran Jabariyyah, Muktazilah dan Ashaariyyah.

Tradisi ini kemudian diterap dan dikembangkan secara meluas oleh falsafah islam dalam bentuk

philosophical theology berdasarkan acuan pemikiran Plato, Aristotle dan Neoplatonis.

Pendokong kuat falsafah Platonisme dari Paris,al-Razi mengemukakan suatu pendapat rasional dan

kontroversi terhadap agama iaitu: Falsafah merupakan peniruan terhadap Allah yang maha agung

yang boleh diusahakan oleh manusia.

Manakala al-Farabi berusaha mengharmonikan falsafah Platonik-Aristotelia dengan agama islam dan

berhujah bahawa agama disampaikan dalam suatu bentuk yang ringkas dan terbatas sebaliknya apa

yang dipersembahkan oleh falsafah adalah lebih bersifat sejagat dan lebih tepat.

Al-Farabi meletakkan ahli falsafah dan para Nabi pada suatu tahap yang mana kedua-duanya

menerima wahyu dan mereka berhubung terus dengan al-A‟lam al-Mufariq.

Teori „dua kebenaran‟ dilanjutkan secara meluas oleh seorang ahli falsafah Sepanyol, Ibn Rushd yang

banyak mempengaruhi pemikiran falsafah barat.

Menurut Ibn Rushd, terdapat tiga peringkat pentafsiran dan pemahaman makna al-Quran. Pertama,

mereka yang dapat memahami al-Quran secara demonstrasi falsafah.Kedua, mereka yang memahami

al-Quran secara agakan atau andaian dan berhujah secara dialektikal untuk memahaminya.

Ketiga, golongan retorik atau orang awam biasa yang memahami wahyu secara sajak dan

kiasan.Kesimpulannya, teori „teori dua kebenaran‟ memperlihatkan kepada kita bagaimana wujudnya

nilai sejagat dalam al-Quran.

Sebelum kemunculan Ibn Rushd, al-Ghazali mempunyai pandangannya yang tersendiri hubungan

antara falsafah dan agama.Bagi al-Ghazali, falsafah hanya membawa masalah kepadanya iaitu

kegagalan membawa dirinya kepada makrifat Allah dan kedua, falsafah adalah bertentangan dengan

al-Quran dan agama.

Al-Ghazali member tiga kesimpulan, pertama, bahagian yang wajib dikafirkan, kedua, bahagian yang

wajib dibidaahkan dan ketiga bahagian yang tidak wajib diingkari sama sekali.

Hayy Ibn Yaqazan

Novel berlatar belakangkan sebuah pulau beriklim khatulistiwa di lautan hindi. Kisah seorang anak

yang bernama hay. Kehidupan Hayy melalui tujuh proses atau peringkat, pertama: Peringkat bayi-

tujuh tahun, kedua, umur 8-21, sekembali dari mencari makanan didapati rusa berada didalam

keadaan kaku.

Page 25: sejarah-falsafah

25

Peringkat ketiga, umur 22-28, mula menyelidik alam bersifat fizikal di sekelilingnya. Peringkat

keempat, umur 29-35, hay memandang ke arah langit dan memikirkan sama ada planet di langit

bersifat finiti atau infiniti.

Peringkat kelima 36-49 tahun, peringkat dewasa sejajar dengan apa yang dinyatakan dalam al-Quran.

Masalah kejahatan

Permasalahan tentang kejahatan atau keburukan wujud selari dengan kewujudan manusia. Istilah ini

lebih difahami apabila dikaitkan dengan tiga sikap manusia, iaitu sama ada bersikap fahaman

optimism, pesimisme atau meliorisme terhadap kejahatan atau keburukan.

Falsafah Islam(10)

Polemik konsep falsafah islam

Ibrahim Bayyumi Madkour(1983), baginya falsafah islam tumbuh dan berkembang dalam suasana

islam dan ditulis menggunakan bahasa arab, tidak bermakna ia adalah terhasil daripada unsur arab.

Penamaan falsafah islam disebabkan dua alasan:

Pertama, islam bukan sekadar agama tetapi adalah sebuah tamadun. Kedua, jika dilihat kepada ciri

asasnya, falsafah ini bersifat islamik dan islamlah yang membentuk falsafah ini dengan mengumpul

pengajaran dan pandangan berlatar belakangkan pelbagai budaya dan aliran pemikiran.

Sejarah falsafah islam

Perkembangan falsafah islam selari dengan perkembangan islam kepada lima peringkat:Pertama,

bermula pada abad pertama tahun hijrah(7M) sehinggalah zaman kejatuhan kerajaan Baghdad.

Periode pertama dikenali sebagai Abad Awal yang mengandungi empat aliran pemikiran, iaitu aliran

teologi dan falsafah, aliran mistik, aliran falsafah dan saintifik dan aliran jalan pertengahan.

Kedua, fasa bertahan yang memakan masa selama setengah abad. Ketiga, dikenali abad terkemudian

yang bermula daripada awal abad ke-8 Hijrah(14M) sehingga awal abad ke12 Hijrah(18M) yang

disifatkan zaman keemasan kedua bagi dunia islam.

Peringkat keempat, bermula pada satu abad setengah selepasnya dikenali sebagai zaman gelap dunia

islam. Kelima, bermula pada pertengahan abad ke13 Hijrah(19M) merangkumi zaman Renaissance

dan moden.

Ini menunjukkan falsafah islam telah mengalami dua zaman kegemilangan dan dua zaman kejatuhan

dan satu zaman ke arah kebangkitan semula.

Yang terakhir, merujuk kepada zamanperjuangan membebaskan diri daripada kuasa asing dan

kebebasan daripada kongkongan kehidupan dan pemikiran.

Perkembangan falsafah islam sepanjang lima abad tersebut tidak dapat dinafikan mengandungi

resapan daripada unsur-unsur luaran, terutama daripada unsur falsafah Yunani atau Greek.

Page 26: sejarah-falsafah

26

Gerakan terjemahan karya-karya Greek dilakukan secara meluas pada abad 8M dan 9M banyak buku

perubatan dan falsafah diterjemahkan ke bahasa arab atas galakan Khalifah al-Makmun.

Penubuhan Baitul Hikmah diBnghdad yang menaungi gerakan penterjemahan dibawah tampuk

pemerintahan Khalifah al-Makmun bukan sahaja menjadi pusat penterjemahan negara, tetapi juga

menjadi pusat perkembangan sains dan falsafah.

Praktis falsafah islam

Falsafah islam adalah lambang dan roh gerakan keintelektualan islam. Falsafah islam bukanlah ilmu

tersendiri, tetapi ia terangkum dalam empat bidang iaitu ilmu kalam, usul fiqh, tasawauf dan ilmu

praktis.

Tasawug juga diistilahkan sebagai falsafah mistik tidak terlepas daripada membincangkan isu-isu

falsafah termasuk ketuhanan dan epistemologi.

Hubungan antara ilmu falsafah dan ilmu praktis, perbincangan falsafah islam tidak terlepas daripada

membicarakan ilmu sains, politik, sosial, matematik, astronomi, geografi. Pada zaman kecemerlangan

islam di Banghdad dan Andalus tiada pemisahan antara ilmu falsafah, sains dan agama.

Geografi falsafah agama

Falsafah dunia islam dibahagikan kepadad dua bahagian, iaitu falsafah islam di dunia Timur dan

falsafah islam di dunia Barat. Sekalipun terdapat perbezaaan geografi, namun dari aspek metode,

matlamat dan ciri falsafah adalah sama.

Falsafah islam di dunia Timur

Apabila kerajaan Abasiyyah ditubuhkan di Baghdad pada 750M, pusat ilmu yang bertaburan di

Iskandariah dan Athens beralih ke Bandar tersebut. Pada peringkat awal, umat islam menghadapi

dilemma sama ada menerima atau menolak falsafah Greek. Kemunculan ahli kalam Muktazilah yang

terpengaruh dengan gaya dialektikal falsafah Greek yang membicarakan persoalan ketuhanan. Ini

ditambah lagi dengan sikap pemerintahan Khalifah al-Makmun yang cenderung kepada pemikiran

rasional Muktazilah dan menerima baik unsur rasional falsafah Greek.

Ahli falsafah tersohor kelahiran Baghdad ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, al-Razi dan al-Ghazali.

Falsafah islam di dunia Barat

Semasa Andalus dibawah kepimpinan Abdul Rahman III dan puteranya al-Hakam II Cordoba dikenali

sebagai The Athens of the western kerana kecemerlangan ilmu pengetahuan terutamanya apabila

falsafah Greek mendapat tempat.

Jika di Baghdad terkenal dengan Bait al-Hikmah, di Andalus terkenal dengan al-Mustansariyyah yang

mengandungi pelbagai buku daripada pelbagai bidang.

Kerajaan Almoravid atau lebih popular dengan Murabitun, pemerintah Ali Ibn Yusuf telah

mengharamkan pembelajaran falsafah dan membakar buku bidang berkenaan termasuk Ihya Ulum al-

Din karya al-Ghazali.

Page 27: sejarah-falsafah

27

Muncul penulis novel membawa mesej pengharmonian antara akal dan wahyu, Ibn Bajjah dengan

karyanya Hayy Ibn Yaqazan.

Dibawah kerajaan al-Mohad atau lebih dikenali Muwahiddin di pimpinan Ibn Tumart, falsafah

kembali bernafas.Pada zaman khalifah Abu Yaakub, falsafah benar-benar berada di zaman kemuncak

dengan kemuculan ahli falsafah tersohor, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd.

Antara ahli falsafah tersohor kelahiran Andalus ialah Ibn Masarrah, Ibn Hazm, Ibn Bajjah, Ibn Tufayl

dan Ibn Rushd.

Falsafah islam pasca Ibn Rushd

Setelah kejatuhan Andalus ke tangan pemerintahan Kristian, dunia falsafah islam di Andalus mula

malap, akibat karya-karya falsafah islam dimusnahkan.

Ahli falsafah yang muncul selepas Ibn Rushd tidak menonjolkan kecenderungan kepada falsafah

parepatetik sebaliknya lebih menumpukan kepada falsafah mistik atau pengkhususan kepada satu

bidang falsafah sahaja.

Berbanding dengan usaha perseorangan falsafah aliran parepatetik oleh al-Tusi, aliran falsafah

isyraqiyyah atau illuminasi(mistik) lebih menonjol pada era ini.

Perpindahan pusat ilmu dari Baghdad dan Andalus ke Parsi adalah gambaran perpindahan

rasionalisme kepada kejumudan atau hidup mistik.

Kemunculan golongan anti rasionalisme yang diasaskan Ibn Taimiyah yang berpegang kepada

mazhab Hanbali yang menolak penggunaan rasionalisme dalam agama.

Page 28: sejarah-falsafah

28