11

Click here to load reader

Set_UPSR_011_3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Set_UPSR_011_3

MODEL TIGA 1 MASA : 50 MINIT

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga Soalan 19

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah

1 Peserta ekspedisi itu menghadapi kesukaran untuk sampai ________ kawasan pedalaman itu kerana tiada jalan raya.

A di B ke C dari

D kepada 2 Penduduk Kampung Damai telah berusaha mengumpulkan wang bagi ________ masjid. A membesar B dibesarkan C memperbesar D memperbesarkan 3 Adiknya mampu menghabiskan ________ biji tembikai merah yang sederhana besarnya. A setiap B seluruh C setengah D beberapa Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

4 Pada tahun ini, durian di dusun Pak Cik Yaakob ________ lebat buahnya.

A nian B betul C benar

D paling 5 Haji Murad memarahi budak itu kerana mereka ________ pokok durian di dusunnya. A mengelar B menebang C mencantas D memangkas

Page 2: Set_UPSR_011_3

MODEL TIGA 2 MASA : 50 MINIT

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

6 “Kereta itu tersadai di bahu jalan kerana ________ petrol,” kata pemuda itu kepada Remy. A terputus B keputusan C pemutusan D memutuskan Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah

7 Keindahan pemandangan ketika matahari hendak terbenam di pulau itu tidak ________ olehnya.

A tergambar B digambarkan C tergambarkan

D menggambarkan 8 Encik Ahmad Fadzly ________ isterinya sebentuk cincin emas bertatahkan berlian putih. A dihadiahi B terhadiah C menghadiahi D menghadiahkan 9 Halimah ________ menyertai lawatan ke Putrajaya anjuran Persatuan Bahasa Melayu jika

mendapat keizinan daripada ibu bapanya. A perlu B boleh C dapat D hendak 10 Penampilan Cikgu Wahidah sempena sambutan Hari Guru tahun ini ________ anggun. A paling amat B sangat amat C teramat sangat D sungguh sekali Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah

11 Dengan rasa ________, kami terpaksa meninggalkan rumah nenek untuk pulang semula ke kota.

A sakit hati B bulat hati C berat hati

D besar hati

Page 3: Set_UPSR_011_3

MODEL TIGA 3 MASA : 50 MINIT

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

12

Mesyuarat Kurikulum di Pejabat Pelajaran Daerah Larut, Matang dan Selama itu dihadiri oleh ________ sahaja.

A guru besar B guru-guru besar C guru besar-besar D guru besar-guru besar 13

Ayu hendak pergi ke Seremban, ________ menaiki KTM Komuter dari Stesen Komuter KL Sentral awal pagi lagi.

A dia B kita C kami D mereka Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah

14 Puan Rohaizat menyediakan ________ untuk keluarganya pada tengah hari itu.

A sajian B tersaji C disajikan

D menyajikan 15 Muka adik Aida nampak ________ selepas makan beberapa keping coklat “Cadbury”. A calar-balar B kusut-masai C comot-momot D compang-camping 16 Beberapa buah syarikat telekomunikasi terkemuka negara telah menawarkan ________. A rata kadar rendah B rendah kadar rata C kadar rata rendah D kadar rendah rata 17 Puteri Bongsu sedang ________ di dalam kamarnya sambil ditemani oleh beberapa orang

inang yang cantik rupawan. A bersantap B bersiram C bertitah D beradu

Page 4: Set_UPSR_011_3

MODEL TIGA 4 MASA : 50 MINIT

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

18

Kami sekeluarga menikmati panorama indah di Pulau Tioman ketika berkunjung ke sana pada hujung tahun lepas. Perkataan sama erti bagi menikmati ialah

A mendapati B mengingati C menghayati D menggemari 19 Guru Besar menyampaikan amanat kepada murid-muridnya semasa perhimpunan pagi.

Perkataan berlawan bagi amanat ialah A nasihat B teguran C renungan D cadangan 20

Kakak tiada di rumah. Dia baharu sahaja pergi ke Teluk Intan bersama-sama ibu.

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di atas.

A Kakak kamu dan ibu kamu pergi ke mana? B Bolehkah saya berjumpa dengan kakak kamu? C Benarkah kakak dan ibu kamu pergi ke Teluk Intan? D Sudah lamakah kakak dan ibu kamu pergi ke Teluk Intan? 21

Mengapakah suasana di dalam kelas Enam Inovatif itu riuh-rendah sahaja?

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di atas.

A Murid-murid di dalam kelas itu sungguh nakal. B Begitulah keadaan kelas itu apabila ketiadaan guru. C Guru jarang masuk ke dalam kelas yang riuh-rendah itu. D Suasana di dalam kelas itu riuh-rendah kerana ketiadaan guru. Soalan 22 dan Soalan 23

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

22 Haji Ali berasa gembira akan kejayaan anak-anaknya kerana dapat melanjutkan pelajaran

hingga ke menara gading. A Kejayaan anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke universiti kegembiraan Haji Ali. B Kejayaan anak-anak Haji Ali melanjutkan pelajaran ke universiti suatu kegembiraan. C Kejayaan Haji Ali melanjutkan pelajaran ke universiti mengembirakan anak-anaknya. D Kejayaan anak-anak Haji Ali melanjutkan pelajaran ke universiti mengembirakannya.

Page 5: Set_UPSR_011_3

MODEL TIGA 5 MASA : 50 MINIT

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

23 Suhada mengikuti program sukan itu setelah mendapat keizinan daripada bapanya. A Suhada mendapat kebenaran bapanya setelah mengikuti program sukan itu. B Program sukan itu disertai Suhada dan mendapat kebenaran daripada bapanya. C Kebenaran daripada bapanya membolehkan Suhada menyertai program sukan itu. D Selepas mendapat surat kebenaran bapanya, Suhada menyertai program sukan itu. Soalan 24 dan Soalan 25

Pilih penggunaan kata penguat yang betul.

24 A Bunyi halilintar itu benar kuat dan menakutkan. B Buah-buahan yang dijual di gerai itu betul segar. C Komputer riba model terbaru itu mahal amat harganya. D Nian indah pemandangan sawah yang sedang menguning itu. 25 A Fadhilah sungguh gemar sekali minum air kelapa muda. B Selepas hujan lebat, keadaan jalan raya terlalu licin sekali. C Kasut yang dipakai oleh adik perempuannya itu terlalu besar benar. D Sungai Kinta adalah antara sungai yang paling terpanjang di negeri Perak. Soalan 26 hingga Soalan 28

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26 I Nazim Sirajuddin kena marah kerana mengacau abang yang sedang tidur. II Mereka bergotong royong mengacau bubur lambuk itu di dalam periuk besar. III Ibu sedang mengacau baja pada pokok-pokok bunga yang baru ditanamnya itu. IV Desas-desus tentang keburukan anak lelakinya itu mengacau fikiran Puan Sabariah.

A B C D

I dan IV sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja

27 I Retak pada dinding bangunan itu semakin merisaukan orang ramai. II Dahan-dahan pohon rambutan yang retak itu dipotong lalu dibakarnya. III “Pinggan-mangkuk yang sudah retak, tidak elok digunakan,” kata emak. IV Hubungan mereka mulai retak, setelah berlakunya perselisihan pendapat.

A B C D

I dan III sahaja II dan IV sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

Page 6: Set_UPSR_011_3

MODEL TIGA 6 MASA : 50 MINIT

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

28 I Pak Long Dollah menyelak kain yang membaluti buah cempedak itu. II Zahora menyelak pintu dan tingkap rumahnya sebelum keluar dari rumah. III Yusran menyelak saku seluarnya untuk mencari beberapa keping wang syiling. IV Rahman masih asyik menyelak surat khabar, membaca tajuk dan melihat gambar.

A B C D

I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja

Soalan 29 dan Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

29 A Abdul Rahim Mukmin adalah ketua pasukan bola sepak sekolah saya. B Menjaga keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab kita bersama. C Tarian yang sungguh popular dalam suku kaum Iban adalah Tarian Ngajat. D Rumah Terbuka Malaysia adalah sambutan perayaan utama rakyat Malaysia. 30 I Puan Marina segera menyelongkar dapur kabinetnya untuk mencari panadol. II Anis bercita-cita mahu melakar kejayaan dalam bidang penulisan seperti idolanya. III Encik Yunan tersenyum puas bila menerima sekeping cek daripada pelanggannya. IV Hakimi tidak tahan melihat ibunya menjeruk hati disebabkan perangai abangnya itu.

A B C D

I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

Page 7: Set_UPSR_011_3

MODEL TIGA 7 MASA : 50 MINIT

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tasik Kenyir merupakan empangan jana kuasa elektrik hidro terbesar di Malaysia yang meliputi kawasan seluas 369 kilometer persegi. Empangan ini juga merupakan destinasi pelancongan yang sangat menarik. Kawasan yang suatu ketika dahulu adalah kawasan hutan, kini telah “dibanjirkan” dengan tujuan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Tasik Kenyir mempunyai lebih 300 buah pulau yang berasal daripada puncak-puncak bukit yang telah tenggelam. Sebanyak 30 batang sungai mengalir ke Tasik Kenyir. Perkataan “Kenyir” berasal daripada nama sungai Kenyir yang telah hilang daripada pandangan mata. Keunikan alam semula jadi yang dapat kita lihat di tasik ini ialah tunjang-tunjang pokok mati yang berselerakan dapat ditemui di sepanjang perjalanan. Keadaan ini seperti sebuah pengembaraan yang penuh cabaran yang terdapat dalam filem barat. Kayu-kayu balak yang terapung seolah-olah raksasa yang menghuni dasar tasik. Namun, perasaan menyeramkan kini hilang apabila terdengar nyanyian merdu unggas serta enjin bot memecah kesunyian. Memancing ikan air tawar adalah salah satu aktiviti pelancongan yang terkenal di sini. Ikan air tawar yang banyak terdapat di tasik tersebut seperti baung, toman, sebarau, kelah dan kelisa. Spesies ikan air tawar ini menjadi buruan kaki pancing yang datangnya dari seluruh rantau nusantara. “Jungle tracking” di kawasan hutan Tasik Kenyir adalah antara aktiviti yang wajib dilakukan. Malah Tasik Kenyir juga mempunyai 14 buah air terjun yang indah dengan deruan air yang memecah kesunyian hutan. Di sini juga sesuai untuk bermandi-manda, berkelah dan menangkap ikan kelah dengan menggunakan “penembak”. Jangan terperanjat jika para pengunjung terserempak dengan binatang liar lagi buas seperti harimau, seladang dan tapir di sepanjang perjalanan. Bagi peminat burung, di dalam hutan sekitar tasik ini terdapat banyak spesies burung yang sukar dilihat di tempat-tempat lain. Suasana sebegini amat mendamaikan. Keunikan serta keindahan alam flora dan fauna yang diceritakan ini hanyalah dapat dinikmati melalui khidmat perjalanan yang menyediakan kemudahan “rumah dalam bot”. Bot ini akan membawa pelancong menjelajah dan menyusuri keindahan kawasan Tasik Kenyir. Apa ditunggu lagi? Jom, Cuti-cuti Malaysia! 31 Tujuan utama Tasik Kenyir diwujudkan ialah A untuk aktiviti pelancongan B sebagai destinasi pelancongan C sebagai empangan elektrik hidro D untuk menghasilkan tenaga elektrik

Page 8: Set_UPSR_011_3

MODEL TIGA 8 MASA : 50 MINIT

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

32 Bagaimanakah pulau-pulau wujud di Tasik Kenyir? A Pulau ini berasal daripada tanah daratan. B Pulau ini berasal daripada bukit yang tenggelam. C Pulau ini berasal daripada daratan yang diairi oleh Tasik Kenyir. D Pulau ini berasal daripada 30 batang sungai yang mengalir ke tasik. 33 Mengapakah perjalanan mengharungi Tasik Kenyir menyeramkan? A Pokok mati ditemui di sepanjang perjalanan B Terdapat raksasa yang menghuni dasar tasik C Terdapat tunjang pokok mati dan kayu balak yang terapung D Perjalanan seperti pengembaraan yang terdapat dalam filem barat 34 Apakah aktiviti pelancongan yang terkenal di Tasik Kenyir? A Memancing ikan air tawar B Menyaksikan pelancong memancing C Menangkap ikan baung, toman, sebarau dan kelah D Menangkap ikan kelah dengan menggunakan penembak 35 Apakah keistimewaan air terjun yang terdapat di kawasan hutan itu? A Air terjun ini memecah kesunyian hutan B Airnya jernih dan sejuk, terdapat banyak ikan C Aktiviti “jungle tracking” boleh dijalankan di situ D Sesuai untuk bermandi-manda, berkelah dan menangkap ikan

Page 9: Set_UPSR_011_3

MODEL TIGA 9 MASA : 50 MINIT

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pergi sekolah selepas sarapan, Membawa buku mencari ilmu; Wahai kawan dengarlah pesanan. Agar hidup selamat selalu.

Wahai kawan dengarlah pesanan, Agar hidup selamat selalu; Ke mana pergi menjadi teladan, Di sanjung orang setiap waktu.

Ke mana pergi menjadi teladan, Disanjung orang setiap waktu; Berbudi bahasa menjadi sanjungan, Jadikan hiasan buat dirimu.

Berbudi bahasa menjadi sanjungan, Jadikan hiasan buat dirimu; Penuhkan dada dengan bekalan, Carilah ia dari gurumu. Penuhkan dada dengan bekalan, Carilah ia dari gurumu; Peliharalah kesucian dengan berkesan, Banggakan ayah dan juga ibu. Peliharalah kesucian dengan berkesan, Banggakan ayah dan juga ibu; Sekian sahaja pesananku teman, Jadikan panduan ikutan bertalu.

36 Puisi di atas berkaitan dengan A pantun jenaka B pantun nasihat C pantun orang tua D pantun kasih sayang

Page 10: Set_UPSR_011_3

MODEL TIGA 10 MASA : 50 MINIT

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

37 Penulis menujukan pantun tersebut kepada A ibu bapanya B adik-adiknya C anak-anaknya D rakan-rakannya 38 Apakah maksud “Jadikan panduan ikutan bertalu” pada baris akhir puisi? A Nasihat yang baik dijadikan amalan B Dengarlah selalu nasihat yang diberikan C Ikutlah segala panduan yang menjadi amalan D Amalkan apa-apa jua nasihat yang telah didengar 39 Selain daripada budi bahasa dan ilmu, apakah lagi yang akan membanggakan ibu bapa? A Menjaga maruah diri B Sentiasa menghias peribadi C Menjadikan kejayaan kebanggaan diri D Mendengar pesanan dan nasihat yang diberi 40 Semua pernyataan di bawah ini adalah maksud keseluruhan pantun di atas kecuali A mencari ilmu adalah tanggungjawab setiap manusia B pesanan dan nasihat yang baik patut dijadikan teladan C kesempurnaan diri kunci utama kebahagiaan seseorang D berbudi bahasa dan bersopan santun menjamin kejayaan

- KERTAS SOALAN TAMAT -

Page 11: Set_UPSR_011_3

MODEL TIGA 11 MASA : 50 MINIT

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

KERTAS MODEL TUNTAS BAHASA MELAYU 011 - MODEL TIGA

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

A C C D A B A C B B

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

C B A A C D D C B B

21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

D D C C A D C D B B

31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

C B C A D B D A A D

*Taburan Jawapan : A = 9 B = 10 C = 11 D = 10