20
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN ANDA

SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

  • Upload
    ngokiet

  • View
    250

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

SIMPANANKWSP DAN

PERSARAANANDA

Page 2: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan
Page 3: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

KandunganCukupkah Simpanan Persaraan Anda?

Apakah Kepentingan Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Persaraan?

Apakah Manfaat Simpanan KWSP?

Apakah Simpanan Asas?

Skim Pilihan Pelaburan Ahli

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M)

4

6

8

10

12

15

3

Page 4: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

Cukupkah Simpanan Persaraan Anda?

TAHUKAHANDA?

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) tahun 2007 mendapati penduduk Malaysia mempunyai purata jangka hayat sihat selama 66 tahun sahaja.

Dengan purata jangka hayat 75 tahun, penduduk Malaysia dijangka menjadi warga emas yang lemah dan berpenyakit bagi tempoh 8 ke 10 tahun terakhir sebelum meninggal dunia.

Cukupkah simpanan anda untuk persaraan?

Kecukupan simpanan persaraan bergantung kepada beberapa faktor seperti :-

• Jangka hayat, umur persaraan, gaya hidup, tahap kesihatan, tanggungan keluarga dan kos hidup; dan

• Bagaimana anda merancang kewangan sebelum bersara dan merancang penggunaan simpanan selepas bersara.

Berapa yang anda perlukan apabila bersara?

• Bergantung kepada keperluan, tahap kesihatan dan gaya hidup anda.

• Jika anda ingin membelanjakan RM820 sebulan bagi tempoh 20 tahun (55 tahun – 75 tahun), simpanan yang diperlukan pada umur 55 tahun adalah sebanyak RM196,800.

• Jika anda ingin membelanjakan RM820 sebulan bagi tempoh 15 tahun (andaian anda bersara pada umur 60 tahun), simpanan yang diperlukan pada umur 60 tahun adalah sebanyak RM147,600.

Mulai 1 Julai 2013, umur persaraan pekerja sektor swasta telah ditetapkan pada 60 tahun. Purata jangka hayat penduduk Malaysia ialah 75 tahun, ini bermakna anda perlu menyara kehidupan selama 15 tahun selepas bersara.

69% ahli KWSP yang berumur 54 tahun pada tahun 2013 mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah. 50% pesara menghabiskan simpanan KWSP dalam tempoh5 tahun.

4

Page 5: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

Apakah inisiatif KWSP bagi meningkatkan simpanan ahli?

Mulai tahun 2007, KWSP telah menambahbaik Skim KWSP untuk meningkatkan simpanan persaraan ahli dan menggalakkan ahli untuk tidak menghabiskan simpanan dalam tempoh yang singkat seperti berikut:-

• Meningkatkan peratusan simpanan persaraan dalam Akaun 1 daripada 60% kepada 70%;

• Memperkenalkan Pengeluaran Umur 55 Tahun yang lebih fleksibel di mana ahli boleh memilih bayaran pengeluaran sama ada secara sekaligus, bulanan, sebahagian atau kombinasi; dan

• Tempoh tanggungan mencarum (wajib) dilanjutkan daripada umur 55 tahun kepada 75 tahun, jika ahli masih bekerja.

Bagaimana meningkatkan simpanan persaraan anda?

Antara tip yang boleh membantu anda meningkatkan simpanan persaraan adalah:-

• Mempelbagaikan sumber pendapatan persaraanPelbagaikan sumber pendapatan persaraan dan tidak hanya bergantung kepada simpanan KWSP untuk membiayai persaraan kelak;

• Mulai menyimpan dari awalLebih awal anda mula menyimpan, lebih banyak simpanan yang dapat dikumpul apabila bersara. Jadikan tabiat menyimpan untuk persaraan sebagai budaya dalam kehidupan;

• Rancang keperluan jangka panjangKenalpasti keperluan utama apabila bersara dan berapakah jumlah dan sumber pendapatan yang diperlukan untuk membiayai keperluan jangka panjang berkenaan. Rancang keperluan kewangan dan perbelanjaan serta simpan sebahagian pendapatan untuk keperluan jangka panjang tersebut;

• Penjagaan kesihatanLakukan pemeriksaan kesihatan secara berterusan dan jalani gaya hidup sihat. Tubuh badan yang sihat akan membolehkan anda terus bekerja dengan lebih lama dan meningkatkan simpanan persaraan anda. Dengan ini, simpanan persaraan tidak perlu dihabiskan untuk membiayai kos rawatan kesihatan, sebaliknya ia boleh digunakan untuk membiayai kos sara hidup yang lain; dan

• Melabur dengan bijakPelabur yang bijak adalah pelabur yang berpengetahuan. Ketahui risiko dalam pelaburan dan sentiasa membuat penilaian terhadap pelaburan secara berterusan. Elakkan melabur ke dalam ‘Skim Cepat Kaya’ dan syarikat pelaburan yang tidak berdaftar.

Bagi memastikan simpanan persaraan mencukupi, anda seharusnya:-

Melewatkan persaraan dan terus bekerja selagi terdaya;

Mengeluarkan simpanan persaraan apabila benar-benar memerlukan; dan

Merancang penggunaan simpanan persaraan yang boleh menjana pendapatan sepanjang hayat.

5

PERHATIAN!

Page 6: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

Anda tidak seharusnya bergantung kepada simpanan KWSP sahaja sebagai sumber pendapatan untuk membiayai kehidupan persaraan.

Apakah Kepentingan Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Persaraan?

Secara umumnya, simpanan KWSP sahaja tidak mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan. Ini kerana jangka hayat yang panjang, gaji rendah dan bersara awal pada umur 55 tahun menyebabkan simpanan KWSP tidak mencukupi dan habis dalam tempoh yang singkat.

Sejak KWSP ditubuhkan pada 1 Oktober 1951, umur pengeluaran kesemua simpanan kekal pada umur 55 tahun walaupun jangka hayat penduduk Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun. Ini bermakna, simpanan KWSP perlu digunakan selama 20 tahun selepas bersara.

1. Statistik KWSP tahun 2013 bagi ahli berumur 54 tahun pula menunjukkan:-

• 69% ahli mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah;-• 54% ahli mempunyai simpanan RM20,000 dan ke bawah; dan• Hanya 31% ahli yang masih bekerja pada umur 54 tahun.

Jumlah simpanan ini tidak mencukupi untuk membiayai tempoh persaraan lebih kurang 20 tahun.

Apakah Kepentingan Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Persaraan?

6

Page 7: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

2. Anda perlu mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan supaya:-• Tidak bergantung kepada simpanan KWSP sahaja;• Menerima pendapatan persaraan secara berterusan; dan• Mengurangkan risiko kehabisan simpanan persaraan dalam

tempoh yang singkat.

Apakah jenis sumber pendapatan persaraan yang ada?

Anda boleh mempelbagaikan pendapatan persaraan melalui sumber berikut:-

• Simpanan KWSPSimpanan KWSP iaitu skim simpanan persaraan wajib bagi pekerja sektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam;

• Simpanan Konvensional Dan Perlindungan Selain menyimpan pendapatan di bank, Tabung Haji, ASB atau ASW, anda digalakkan untuk mendapatkan perlindungan kewangan seperti polisi insurans yang meliputi perlindungan kesihatan, pendidikan, kemalangan, hilang upaya kekal dan kematian;

• Caruman SukarelaSelain daripada caruman wajib kepada KWSP, anda juga boleh menyumbang sejumlah pendapatan anda secara sukarela dalam Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme – PRS) atau melalui Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia (SP1M);

• Skim Bantuan Orang TuaBagi melindungi warga emas daripada menjadi miskin, Kerajaan memberikan Bantuan Orang Tua (BOT) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada warga emas yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,500 sebulan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Selain itu, terdapat juga bantuan dari Baitulmal, Lembaga Zakat; dan

• Sumbangan Tidak FormalBantuan tidak formal seperti bantuan / sokongan keluarga, perkhidmatan kesihatan percuma daripada klinik dan hospital awam, pendapatan daripada sewaan hartanah, dividen / pulangan pelaburan, faedah daripada simpanan tetap, bantuan kewangan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan sebagainya.

Apakah sumber pendapatan lain untuk pesara?

Menjalankan kerja-kerja sampingan seperti membuka perniagaan kecil dari rumah, menjadikan hobi sebagai sumber pendapatan, bekerja separuh masa dan lain-lain lagi. Anda juga boleh membeli anuiti yang akan memberikan pendapatan bulanan tetap sehingga ke akhir hayat.

Bak kata pepatah, ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’. Mempunyai pelbagai sumber pendapatan akan menjamin keselesaan persaraan anda.

7

PERHATIAN!

Page 8: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

8

Apakah ManfaatSimpanan KWSP?Simpanan KWSP adalah simpanan persaraan untuk hari tua anda.Ia terbahagi kepada dua akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 di mana :-

• Akaun 1 - 70 peratus daripada simpanan dan khusus untuk persaraan; dan

• Akaun 2 - 30 peratus daripada simpanan dan khusus untuk pengeluaran pra-persaraan yang boleh menambah nilai kepada simpanan persaraan.

Bilakah pengeluaran / pemindahan simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2 boleh dibuat?

Bilakah simpanan dalam Akaun 1 boleh dikeluarkan?Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 55 tahun.

Bolehkah ahli melaburkan simpanan dalam Akaun 1?Sebahagian simpanan dalam Akaun 1 boleh dilaburkan dalam unit saham amanah melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh KWSP.

Bilakah simpanan dalam Akaun 2 boleh dikeluarkan?Simpanan ini boleh dikeluarkan bagi menambah nilai kepada keperluan persaraan. Pengeluaran yang dibenarkan daripada Akaun 2 ini adalah:-

• Pengeluaran PerumahanMembolehkan ahli memiliki sebuah rumah yang selesa sebagai tempat perlindungan apabila bersara;

• Pengeluaran PendidikanMembolehkan ahli membiayai Yuran Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam atau luar negara bagi peringkat diploma dan ke atas. Pendidikan yang baik akan dapat meningkatkan pendidikan dan kerjaya ahli / anak ahli serta menambah simpanan persaraan mereka;

• Pengeluaran KesihatanMembolehkan ahli membiayai kos rawatan penyakit kritikal dan / atau membeli peralatan bantuan kesihatan bagi penyakit yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli / keluarga yang dibenarkan. Pengeluaran ini dapat meringankan beban kewangan dan membolehkan ahli atau keluarga terus bekerja;

• Pengeluaran Umur 50 TahunMembolehkan ahli membuat persediaan dan perancangan sebelum bersara;

Page 9: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

• Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 jutaAhli yang mempunyai simpanan melebihi RM 1 juta boleh mengeluarkan semua simpanan yang melebihi RM 1 juta tersebut, tertakluk kepada jumlah minimum RM50,000 (ini bermakna ahli mesti mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1.05 juta) bagi melayakkan mereka membuat pengeluaran ini setiap 3 bulan sekali; dan

• Pengeluaran HajiMembantu ahli membiayai sebahagian kos ahli menunaikan ibadah haji. Pengeluaran hanya menampung perbelanjaan asas sahaja dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji.

Bilakah pengeluaran kesemua simpanan KWSP boleh dibuat?

Kesemua simpanan dalam Akaun 1 & Akaun 2 boleh dikeluarkan apabila ahli :-• Mencapai umur 55 tahun; • Meninggalkan negara;• Disahkan tidak berupaya daripada segi fizikal dan / atau mental

untuk bekerja setelah mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI);

• Meninggal dunia dengan bayaran dibuat kepada penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat; dan

• Anggota perkhidmatan awam yang telah diberi taraf berpencen atau anggota perkhidmatan awam yang memilih untuk bersara secara pilihan layak mendapat semua simpanan beserta dividen bahagian pekerja, manakala bahagian majikan (kerajaan) beserta dividen dipulangkan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Apakah manfaat tambahan menjadi ahli KWSP?

Bagi Pengeluaran Kematian dan Hilang Upaya, waris ahli atau ahli layak menerima bayaran tambahan (bukan simpanan ahli) sebagai tanda simpati KWSP terhadap waris ahli atau ahli. Kelayakan bantuan adalah seperti berikut :-

• Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 dengan syarat permohonan pengeluaran kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian ahli dan ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun; dan

• Bantuan Hilang Upaya sebanyak RM5,000 dengan syarat permohonan pengeluaran hilang upaya dibuat dalam tempoh 1 tahun daripada tarikh ahli hilang pekerjaan / tamat perkhidmatan disebabkan oleh hilang upaya dan belum mencapai umur 55 tahun.

Nota :Bantuan KWSP ini adalah hasil pelaburan KWSP dan bukannyadaripada simpanan ahli.

Pengeluaran pra-persaraan (Akaun 2) akan mengurangkan jumlah simpanan persaraan ahli kelak.

“Simpanan KWSP untuk persaraan, bukan untuk keperluan semasa”.

9

PERHATIAN!

Page 10: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

ApakahSimpanan Asas?Diperkenalkan pada Februari 2008, Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan pada umur 55 tahun yang dianggap mencukupi untuk membiayai keperluan asas persaraan seperti makanan dan pakaian.

Ia ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya sebanyak RM196,800 (RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun) di dalam akaun KWSP ketika berumur 55 tahun.

Simpanan Asas juga digunakan untuk menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Skim Pilihan Pelaburan Ahli (SPPA).

Kuantum Simpanan Asas diperolehi berdasarkan andaian berikut :-1. Kenaikan gaji sebanyak 3% setahun;2. Kadar dividen tahunan KWSP adalah sebanyak 4% setahun; dan3. Kadar caruman berkanun KWSP adalah 23% daripada upah

bulanan.

Kuantum Simpanan Asas semasa mengikut umur adalah seperti berikut :-

10

JADUAL SIMPANAN ASAS KWSP(BERKUATKUASA 1 JANUARI 2014)

Umur Simpanan Asas (RM)

Umur Simpanan Asas (RM)

Umur Simpanan Asas (RM)

18 1,000 31 30,000 44 95,000

19 2,000 32 34,000 45 102,000

20 4,000 33 37,000 46 109,000

21 5,000 34 41,000 47 117,000

22 7,000 35 46,000 48 125,000

23 9,000 36 50,000 49 134,000

24 11,000 37 54,000 50 143,000

25 13,000 38 59,000 51 153,000

26 15,000 39 64,000 52 163,000

27 18,000 40 69,000 53 174,000

28 21,000 41 76,000 54 185,000

29 24,000 42 81,000 55 196,800

30 27,000 43 88,000

Page 11: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

Adakah Simpanan Asas akan disemak semula?

Simpanan asas akan disemak semula berdasarkan kadar pencen minimum kakitangan sektor awam atau pada setiap tiga (3) tahun, mengikut mana yang terdahulu.

Nota:Kuantum Simpanan Asas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

11

Simpanan Asas adalah simpanan minimum yang perlu ada pada umur 55 tahun.

PERHATIAN!

Page 12: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

12

Apa tujuan Skim Pilihan Pelaburan Ahli?

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk tujuan pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan ahli.

Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Ianya bertujuan untuk menghadkan pendedahan risiko pelaburan ke atas simpanan persaraan ahli.

Siapa yang layak menyertai Skim Pilihan Pelaburan Ahli?

1. Warganegara Malaysia.

2. Bukan warganegara Malaysia yang :-

• Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU• Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR).

Berapakah amaun yang layak dilaburkan ke IPD?

Ahli boleh melabur seperti berikut :-

• Amaun yang layak dilaburkan ialah tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1;

• Formula : (Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%;• Jumlah minimum amaun pelaburan adalah RM1,000;• Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan ;• Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa; dan• Pelaburan seterusnya boleh dibuat dengan IPD yang sama atau

IPD lain yang diluluskan.

Skim Pilihan Pelaburan Ahli

Page 13: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

13Contoh pengiraan kelayakan pelaburan adalah seperti di bawah:

Bagaimanakan cara untuk memohon?

• Permohonan boleh dikemukakan di mana – mana IPD yang dilantik dengan mengemukakan Borang KWSP 9N (AHL) dan salinan MyKad.

• Pihak IPD akan mengemukakan permohonan ahli kepada KWSP untuk diproses.

IPD Yang Dibenarkan

Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai terkini IPD yang diluluskan, sila rujuk Senarai Institusi Pengurusan Dana terkini yang boleh diperolehi di mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran atau dengan melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my

Pengembalian Wang Pelaburan Kepada KWSP

• Ahli hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual sebelum umur 55 tahun. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1.

• Ahli tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun (‘no leakages’) daripada jumlah yang dilaburkan di IPD.

Umur ahli 30 tahun

Jumlah simpanan Akaun 1 RM35,000

Simpanan Asas pada umur 30 tahun(rujuk Jadual Simpanan Asas)

RM27,000

Simpanan Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas RM8,000

Amaun yang layak dilaburkan di bawah Skim Pelaburan Ahli ialah: 20% x RM8,000 = RM1,600 (Minimum pelaburan RM1,000)

RM1,600

Page 14: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

14 Dividen Tahunan KWSP Atas Amaun Yang Dilaburkan

Ahli tidak akan memperoleh sebarang dividen yang diisytiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan kerana simpanan ini tidak dilaburkan oleh KWSP.

Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan

KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan ahli di IPD apabila ahli mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan ahli di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.

Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan adalah di antara ahli / waris dengan pihak IPD. Penamaan

Amaun yang dilaburkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli di KWSP. Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkenaan.

Ahli bertanggung-jawab sepenuhnya ke atas pelaburan ini. Sekiranya berlaku kerugian, KWSP tidak akan bertanggung-jawab ke atas pelaburan tersebut.

PERHATIAN!

Page 15: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

15

Orang bekerja sendiri, suri rumah dan mereka yang tiada pendapatan tetap juga berhak mempunyai perlindungan persaraan yang formal seperti yang dinikmati oleh pekerja sektor swasta (simpanan KWSP) dan penjawat awam (skim pencen).

Apa itu SP1M?

• SP1M diperkenalkan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.

• Kemudahan skim ini adalah bertujuan menggalakkan golongan di atas untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan bagi tujuan simpanan persaraan.

• Skim ini juga menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada golongan ini melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.

Siapa yang layak menyertai SP1M?

• Mana-mana orang yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap seperti pemandu teksi, penjaja, petani, nelayan, perunding bebas dan lain-lain.

• Suri rumah.

• Kakitangan perkhidmatan awam yang telah berpencen.

Berapa kadar caruman SP1M?

Caruman SP1M adalah tertakluk kepada kemampuan anda. Anda boleh mencarum secara sukarela pada bila-bila masa dengan amaun minimum sebanyak RM50 dan jumlah maksimum RM60,000 setahun.

Apa manfaat menyertai SP1M?

• Simpanan akan mendapat dividen tahunan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%.

• Layak mendapat Bantuan Kematian (RM2,500) dan Bantuan Hilang Upaya (RM5,000), tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M)

Page 16: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

16 • Boleh mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 bagi tujuan perumahan, pendidikan, kesihatan dan apabila mencapai umur 50 tahun.

• Kesemua atau sebahagian simpanan boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 55 tahun.

Apa insentif Kerajaan kepada ahli SP1M?

• Mendapat pelepasan cukai sehingga RM6,000 setahun (bersama insurans hayat) bagi orang yang bekerja sendiri.

• Mendapat sumbangan kerajaan sebanyak 10% setahun tertakluk kepada jumlah maksimum RM120 setahun. Sumbangan Kerajaan ini hanya untuk tempoh 4 tahun (tahun 2014 – 2017). Sumbangan ini terhad kepada ahli yang berumur di bawah 55 tahun sahaja dan akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 iaitu akaun persaraan.

Bagaimana menyertai SP1M?

Anda perlu menjadi ahli KWSP terlebih dahulu dengan mengisi Borang KWSP 3 dan menyertakan salinan Kad Pengenalan. Selepas itu, anda boleh memohon menyertai SP1M dengan mengisi Borang Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia iaitu Borang KWSP 16G(1M).

Bagaimana membuat bayaran SP1M?

• Menggunakan Borang Bayaran Simpanan Persaraan 1Malaysia - KWSP 6A(2) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau laman web KWSP.

• Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai / cek di saluran berikut :-

• Kaunter Peresitan KWSP atau Mel;

• Kaunter Ejen Bank yang dilantik seperti RHB Bank, Maybank Bhd, Public Bank Bhd dan BSN; dan

• Perbankan Internet yang dilantik seperti Maybank Bhd dan Public Bank Bhd.

Adakah terdapat jenis caruman sukarela yang lain?

• Mana-mana orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap juga boleh mencarum secara sukarela ke dalam KWSP melalui Caruman Pilihan Sendiri.

• Anda boleh menambah simpanan Akaun 1 pasangan (suami / isteri) atau ibubapa anda melalui Penambahan Simpanan (Topping Up).

Anda mempunyai pilihan untuk menyimpan bagi tujuan persaraan.

Buatlah pilihan bijak demi hari tua anda.

Simpan sedikit, lama kelamaan menjadi bukit.

PERHATIAN!

Page 17: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

17

Page 18: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

Semakan Tahap Kewangan Individu Penilaian boleh dibuat dengan mengisi jadual Pendapatan, Simpanan

dan Perbelanjaan Bulanan di bawah:

Nota : Jumlah Perbelanjaan (D) sepatutnya kurang daripada Jumlah Pendapatan (B) – Jumlah Simpanan (C) ; (D < B - C)

PENDAPATAN BULANAN (RM) PERBELANJAAN BULANAN (RM)

Gaji Bersih (A) Pinjaman Perumahan

Pendapatan Pasangan Pinjaman Sewa Beli

Pendapatan Sewa Rumah Pinjaman Kenderaan

Pendapatan Perniagaan Lain-lain Pinjaman

Dividen / Bonus Siaran BerbayarContoh:- Astro, Internet, Telefon Mudah Alih dan lain-lain

Lain-lain Pendapatan

PenyelenggaraanContoh :- Yuran Penyelengaran Rumah, Cukai Taksiran Harta dan lain-lain.

JUMLAH PENDAPATAN (B) Makanan & Isi Rumah

PenyelenggaraanKenderaan

SIMPANAN BULANAN (RM) Pengangkutan Awam

Caruman KWSP (11% x Gaji Bersih (A))

Utiliti

Simpanan Dalam Bentuk Pelaburan Yang Lain (sekurang-kurangnya 7% x Gaji Bersih (A)). Contoh :-Insurans, Anuiti, Unit Amanah, Saham, ASB , Simpanan Haji dan lain-lain.

Perbelanjaan Pendidikan

Perbelanjaan Perubatan

Perbelanjaan Anak-anak

Hiburan

Lain-lain Perbelanjaan

JUMLAH SIMPANAN (C) JUMLAH PERBELANJAAN (D)

(Simpanan yang disyorkan adalah 30% daripada gaji (11% caruman KWSP ahli, 12% caruman KWSP majikan dan 7% simpanan dalam bentuk pelaburan yang lain.)

KWSP kini menyediakan Khidmat Nasihat Persaraan (Retirement Advisory Service (RAS)) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang kepentingan perancangan persaraan kepada ahli KWSP. Ahli boleh mendapatkan perkhidmatan ini melalui :

• Kaunter KWSP (walk-in)• Temujanji menerusi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000

18

Page 19: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan
Page 20: SIMPANAN KWSP DAN PERSARAAN · PDF filesektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak diletakkan di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam; • Simpanan Konvensional Dan Perlindungan

Cetakan : Februari 2015

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Info Penting

Laman Web

www.kwsp.gov.myPusat Panggilan KWSP

03-8922 6000Maklum Balas Pelanggan

http://enquiry.kwsp.gov.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

KWSPBuzz