11
5.0 STRATEGI PENGAJARAN PEMULIHAN TERHADAP TIGA KESILAPAN DALAM KEMAHIRAN MENGARANG MASALAH 1 = Pelajar keliru antara huruf ‘b’ dan ‘d’. Strategi mengatasi 1. “Warm Up” – Penglihatan Guru seharusnya memberi “warm up” terlebih dahulu untuk mengelakkan kekeliruan dalam membezakan huruf ‘b’ dan ‘d’. “Warm up” boleh dilaksanakan dengan mengadakan latihan diskriminasi bentuk. Dalam peringkat permulaan, guru tidak semestinya menunjukkan bentuk huruf b dan d. Padahal, guru boleh membuat aktiviti dengan menyuruh murid menyusun atau mengelaskan bunga-bunga yang berbeza mengikut bentuknya masing-masing. Pelbagai jenis daun juga boleh digunakan dalam aktiviti ini yang lebih menjurus kepada pengamatan penglihatan pelajar pemulihan tersebut. 2. Tayangan Gambar Guru juga boleh menayangkan gambar-gambar yang bermula dengan huruf b dan d bagi meningkatkan pemahaman pelajar pemulihan Guru boleh meminta nama gambar tersebut semasa menayangkannya. Hal ini kerana pelajar-pelajar pemulihan lebih senang mempelajari sesuatu jika disertakan dengan gambar kerana mungkin 15

Strategi Pengajaran Pemulihan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

education

Citation preview

5.0 STRATEGI PENGAJARAN PEMULIHAN TERHADAP TIGA KESILAPAN DALAM KEMAHIRAN MENGARANG

MASALAH 1 = Pelajar keliru antara huruf b dan d. Strategi mengatasi

1. Warm Up Penglihatan

Guru seharusnya memberi warm up terlebih dahulu untuk mengelakkan kekeliruan dalam membezakan huruf b dan d. Warm up boleh dilaksanakan dengan mengadakan latihan diskriminasi bentuk. Dalam peringkat permulaan, guru tidak semestinya menunjukkan bentuk huruf b dan d. Padahal, guru boleh membuat aktiviti dengan menyuruh murid menyusun atau mengelaskan bunga-bunga yang berbeza mengikut bentuknya masing-masing. Pelbagai jenis daun juga boleh digunakan dalam aktiviti ini yang lebih menjurus kepada pengamatan penglihatan pelajar pemulihan tersebut.

2. Tayangan Gambar

Guru juga boleh menayangkan gambar-gambar yang bermula dengan huruf b dan d bagi meningkatkan pemahaman pelajar pemulihan Guru boleh meminta nama gambar tersebut semasa menayangkannya. Hal ini kerana pelajar-pelajar pemulihan lebih senang mempelajari sesuatu jika disertakan dengan gambar kerana mungkin gambar yang ditayangkan oleh guru berkait rapat dengan pengalaman sedia ada (PSA) pelajar pemulihan. PSA murid akan membantu mereka untuk mengingat kembali dan menyimpan di dalam memori ingatan mereka. Gambar yang ditayangkan oleh guru haruslah jelas supaya dapat mengelakkan kesukaran untuk pelajar tersebut memahami gambar tersebut. Sebagai contoh :

Huruf b

Huruf d

3. Perbandingan Hurud (Sebut Huruf Awal)

Guru boleh mengadakan aktiviti perbandingan hurud dengan pelajar-pelajar pemulihan. Aktiviti ini boleh dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah dengan meminta pelajar untuk menyebut huruf awal dalam kad perkataan yang ditunjukkan. Guru seharusnya menggunakan warna yang lain untuk huruf b dan d supaya pelajar dapat melihat perbezaan huruf tersebut dengan jelas. Sebagai contoh, para guru boleh membuat kad perkataan sebegini yang ditunjukkan di bawah dan mengaplikasikannya dengan pelajar pemulihan :-

Huruf bbolabaju

Huruf ddagudadu

4. Tulis huruf awal berdasarkan gambar

Menulis huruf awal berdasarkan gambar juga akan memperkuatkan ingatan pelajar pemulihan dalam meningati dan membezakan huruf b dan d. Sebagai contoh, guru boleh menunjukkan beberapa keping gambar kepada pelajar dan memberi sedikit masa untuk mereka memerhatikan gambar tersebut. Hal ini kerana kebiasaannya pelajar-pelajar pemulihan mengambil masa yang lama untuk menyerap sesuatu maklumat ataupun input. Selepas itu, guru harus meminta murid untuk menulis huruf awal berdasarkan gambar tersebut. Guru mesti membimbing pelajar ketika menulis dan membetulkan kesilapan pelajar serta merta jika ada supaya pelajar tidak salah konsep. Aktiviti ini juga boleh diadakan sebagai aktiviti mengisi tempat kosong. Contohnya :-

_adu_aju

5. Tulis huruf yang guru sebut tanpa gambar

Selepas membuat aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di atas, guru sepatutnya melatih pelajar pemulihan menulis huruf b dan d tanpa merujuk apa-apa bahan bantu mengajar seperti kad gambar dan kad perkataan. Dalam langkah ini, guru seharusnya meminta pelajar untuk menulis huruf yang guru sebut di di dalam buku tulis. Guru harus membimbing setiap pelajar supaya mereka tidak keliru dengan huruf b dan d. Guru juga boleh memilih pelajar secara rawak dan meminta mereka menulis huruf yang guru sebut di papan tulis. Hal ini kerana pelajar akan berasa lebih yakin dan berasa dirinya dihargai oleh guru mereka.MASALAH 2 = Pelajar mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil semasa menulis sesuatu perkataan. Strategi mengatasi

1. Warm Up Tayangan Slaid Powerpoint

Guru seharusnya memberi warm up terlebih dahulu untuk mengelakkan pelajar pemulihan mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil semasa menulis sesuatu perkataan. Guru boleh mengadakan warm up ini dengan menayangkan slaid powerpoint yang mengandungi gambar-gambar yang kecil, sederhana besar dan besar. Sambil menayangkan gambar-gambar tersebut, guru harus meminta pelajar untuk membezakan saiz gambar-gambar tersebut. Dalam aktiviti ini, murid akan lebih mengetahui tentang besar kecil sesuatu gambar.

2. Kad imbasan

Guru juga boleh menggunakan kad imbasan yang mengandungi huruf besar dan huruf kecil. Guru seharusnya memperkenalkan huruf kecil terlebih dahulu sebelum mengajar huruf besar kepada pelajar. Hal ini kerana pelajar lebih menggunakan huruf kecil dalam penulisan mereka berbanding huruf besar. Contoh kad imbasan adalah seperti berikut :

Huruf besarMHECA

Huruf kecilmheca

3. Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang

Guru juga boleh mengadakan latihan menekap huruf mengikut acuan yang diperbuat daripada kad yang berlubang dengan pelajar-pelajar pemulihan. Guru harus memastikan pelajar menekap huruf besar dan kecil tersebut dengan menggunakan jari mereka dan dapat merasakan perbezaan antara kedua-dua huruf besar dan kecil tersebut. Pelajar akan lebih memahami perbezaan huruf besar dan kecil melalui aktiviti ini kerana mereka dapat menggunakan pelbagai deria iaitu deria lihat dan sentuh di mana ia membawa kepada pengalaman atau penglibatan diri pelajar itu sendiri. Selepas menekap, guru seharusnya meminta pelajar tersebut mengenalpasti sama ada huruf yang ditekap itu huruf kecil ataupun huruf besar.

4. Latihan menggunakan pasir

Guru boleh mengajar pelajar-pelajar pemulihan huruf besar dan huruf kecil dengan menggunakan pasir. Aktiviti boleh dijalankan oleh guru sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Guru harus menyediakan satu dulang yang berisi dengan pasir yang halus. Selepas itu, guru boleh memilih setiap pelajar tampil ke hadapan dan menulis huruf kecil yang disebut oleh guru di atas pasir. Aktiviti ini harus diteruskan dengan menyuruh pelajar menulis huruf besar.

5. Permainan Pancing Ikan

Guru juga boleh mengadakan permainan pancing ikan ini. Untuk aktiviti ini, guru harus menyediakan satu bekas air dan memasukkan ikan buatan di dalam air tersebut. Di badan setiap ikan tersebut akan mengandungi huruf besar dan huruf kecil. Murid harus menangkap ikan tersebut dengan menggunakan joran yang disediakan oleh guru. Ikan yang berjaya ditangkap harus diasingkan mengikut huruf besar dan huruf kecilnya.MASALAH 3 = Keselarasan saiz huruf yang tidak seragam

Strategi mengatasi

1. Warm Up Pengasingan pen

Guru seharusnya memberi warm up terlebih dahulu kepada pelajar pemulihan untuk meningkatkan keselarasan saiz huruf yang seragam semasa mereka menulis perkataan ataupun ayat. Guru boleh mengadakan warm up ini dengan membekalkan beberapa jenis batang pen yang berbeza saiz bentuknya kepada pelajar. Selepas itu, guru boleh menyuruh pelajar untuk mengkelaskan pen-pen tersebut mengikut bentuknya yang sama. Selepas aktiviti tersebut, guru boleh menyoal tentang bentuk pen tersebut.

Asingkan pen mengikut bentuk yang sama.

Kumpulan 1

Kumpulan 2

2. Kedudukan menulis dan cara menulis

Guru harus memastikan kedudukan menulis pelajar dalam keadaan yang betul dan selesa terlebih dahulu. Hal ini kerana posisi duduk salah seseorang pelajar boleh membawa kepada bentuk huruf yang tidak seragam ketika menulis. Guru seharusnya menunjukkan gaya duduk, cara memegang alat tulis, letak buku dan lain-lain dengan betul. Guru harus memastikan bahawa pelajar tidak memegang pensel dengan terlalu kuar ketika menulis. Hal ini kerana keselarasan huruf akan terganggu jika pensel ditekan dengan kuat. Selain itu, kedudukan bangku, meja, kerusi dan sebagainya harus memberi keselesaan kepada pelajar semasa menulis. Guru juga harus memastikan bahawa kedua-dua tangan pelajar terletak di atas meja dan tangan kiri menyokong badan ketika menulis. Pensel juga mestilah dipegang dengan jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu.

3. Penggunaan buku garis 3 atau buku matematik berkotak sederhana

Guru juga boleh menggunakan buku garis tiga atau buku matematik berkotak sederhana untuk melatih pelajar menulis sesuatu perkataan yang mengandungi huruf yang bentuknya seragam. Guru sepatutnya memberi arahan yang jelas tentang penggunaan kedua-dua buku ini. Guru harus memberi latihan yang banyak dalam buku ini supaya ia menjadi kebiasaan kepada mereka. Guru juga harus memastika pelajar menulis dengan betul sesuatu huruf itu dalam buku-buku tersebut. Dengan menggunakan buku ini, pelajar boleh meningkatkan keselarasan saiz huruf menjadi seragam dan sedap mata untuk memandang. Guru juga mesti membetulkan kesilapan pelajar secara serta merta.

4. Garis sambungan yang menyatukan huruf

Guru juga boleh membantu pelajar untuk menyelaraskan saiz huruf dengan memberi latihan yang berbentuk menyambung garis putus-putus untuk menyatukan satu huruf yang sempurna. Dengan aktiiti sebegini, pelajar dapat membiasakan diri mereka dengan menulis huruf-huruf yang tidak lari dari bentuk asalnya. Guru juga harus menyuruh pelajar untuk menulis di dalam buku tulis tanpa bantuan garis sambungan. Hal ini untuk mengelakkan pelajar lebih tergantung kepada garis putus-putus ini setiap kali menulis perkataan atau ayat. Contoh aktiviti menyambung garis putus-putus adalah seperti berikut :-

5. Latih Tubi

Guru harus membiasakan diri pelajar pemulihan dengan memberi banyak latih tubi. Guru boleh memberi latih tubi ini dalam bentuk kerja rumah di mana pelajar akan mempunyai masa untuk membuatkannya. Guru juga harus menilai hasil kerja murid setiap ali diberi tugasan. Hal ini kerana pelajar boleh mengenali kawasan kelemahan mereka dan dapat memperbaikinya pada masa yang akan dating. Dengan adanya latih tubi sebegini pelajar mampu membiasakan diri mereka dengan penulisan dan secara tidak langsung mereka dapar memastikan keselarasan saiz huruf dalam sesuatu perkataan atau ayat itu seragam. Guru juga boleh memberi peneguhan positif kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam menulis. Peneguhan positif tersebut boleh berbentuk pujian, hadiah kecil, alat tulis, senyuman dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung akan memotivasikan pelajar untuk terus memperbaiki diri mereka dalam kawasan kelemahan mereka. 22