48
STRES DIKALANGAN GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DALAM BIDANG PENDIDIKAN 1.0 PENGENALAN Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion ini sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat dan memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, dalam Abd Rahim Hamdan, 2006: 1). Menurut Musgrave dalam Amir Hasan Dawi (2006: 212), tugas yang dianggap profesion ialah hanya menggunakan ilmu yang dimiliki untuk faedah pelanggannya. Sungguhpun begitu untuk menterjemahkan konsep profesion perguruan dalam satu ayat yang lengkap bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan kerana ia perlu dijelaskan daripada pelbagai perspektif. Namun terdapat ciri-ciri umum untuk menerima sesuatu pekerjaan sebagai profesion iaitu mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang khusus, mempunyai latihan khas dan sebagainya. Profesion perguruan dianggap satu profesion yang mencabar. Guru memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang pendidik yang berkesan. Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus 1

Stress Dikalangan Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Artikel ini sesuai untuk kursus pengurusan sumber manusia dan pengurusan pendidikan..

Citation preview

Page 1: Stress Dikalangan Guru

STRES DIKALANGAN GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

DALAM BIDANG PENDIDIKAN

1.0 PENGENALAN

Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik dan

diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang

terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion ini sahaja yang berkemampuan memberi

perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat dan memberi kesan yang besar terhadap

perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad

Mahdzan, dalam Abd Rahim Hamdan, 2006: 1). Menurut Musgrave dalam Amir Hasan

Dawi (2006: 212), tugas yang dianggap profesion ialah hanya menggunakan ilmu yang

dimiliki untuk faedah pelanggannya. Sungguhpun begitu untuk menterjemahkan konsep

profesion perguruan dalam satu ayat yang lengkap bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan

kerana ia perlu dijelaskan daripada pelbagai perspektif. Namun terdapat ciri-ciri umum untuk

menerima sesuatu pekerjaan sebagai profesion iaitu mempunyai ilmu pengetahuan dan

kepakaran dalam bidang yang khusus, mempunyai latihan khas dan sebagainya. Profesion

perguruan dianggap satu profesion yang mencabar. Guru memainkan pelbagai peranan untuk

menjadikan dirinya seorang pendidik yang berkesan.

Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh

mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan

terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian

matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan

pelbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan

tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar. Di Malaysia, fenomena stres di kalangan

guru kini sedang hebat diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan,

kajian-kajian yang lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya

yang menghadapi stres kerja yang tinggi (Cooper 1995, Hart et al.,1995) dalam Mokhtar

(1998).

Hatta Sidi dan Mohamed Hatta ( 2005), mentakrifkan stres sebagai tindak balas

minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan ( atau cabaran ) mengikut sesuatu

1

Page 2: Stress Dikalangan Guru

keadaan atau tempat. Stres melibatkan perasaan subjektif, yang pada mulanya di terima oleh

diri seseorang secara aman, tetapi lama-kelamaan menjadi semakin “kacau” apabila

permintaan atau cabaran semakin bertambah. Stres terjadi akibat perubahan yang berlaku di

dalam tubuh dan mempunyai kaitan dengan alam sekeliling. Menurut Nor Hanani ( 2007 )

pula stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan

gemuruh, enxieti, kemurungan dan hilang daya. Gejala stres ini terhasil apabila seseorang itu

berasa yang keperluan melebihi daripada keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.

Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para professional pendidikan untuk

bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di

samping usaha peningkatan dan perlaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau

sekurang-kurangnya pernah berasa tertekan dengan ‘demand’ tinggi bebanan kerjaya

pendidikan ini. Menurut Sapora Sipon (2007), stres terhadap guru memang

berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami

tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbingan. Guru yang gagal mengawal diri akibat stres

akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan murid dan juga mutu pengajaran dan

pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga

profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah

masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan mutu pendidikan.

2.0 DEFINISI KONSEP

Menurut Burhanuddin Abdul Jalal (2010), stress merupakan suatu ungkapan yang

sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif seperti gila, gelisah, tertekan, tidak mampu

berfikir, jiwa yang resah, pemarah dan hal-hal negatif yang lain. Kita barangkali amat biasa

dengan istilah atau ungkapan ini. Ini mungkin kerana setiap hari kita mengalami stress.

Mengapakah ini berlaku? Stress berlaku apabila keadaan tubuh badan atau jiwa kita

mengalami suatu keadaan atau situasi di luar kebiasaan kita.

Tekanan boleh didefinisikan sebagai tindak balas emosi yang tidak spesifik terhadap

desakan sama ada yang sebenar atau yang diimaginasikan. Ia merupakan satu fenomena

semula jadi yang tidak boleh dielakkan sekiranya seseorang itu membuat kerja-kerja

profesional. Tekanan merupakan normal dalam kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan

kesibukan. Setiap orang akan mengalami tekanan (stres) dalam kehidupan seharian mereka.

2

Page 3: Stress Dikalangan Guru

Tekanan (stres) yang berterusan dan keterlaluan boleh mengganggu kesihatan mental

mahupun kesihatan fizikal.

Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan

kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar

dan kompleks. Kepelbagaian dan kekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya

“Sindrom Baru” yang menyerang manusia iaitu tekanan atau lebih dikenali sebagai “stres”.

Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) stres merupakan sebahagian

daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut

peredaran masa. Stres bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Stres

biasanya dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak

menyeronokkan. Stres akan menjadi lebih teruk dan semakin sukar dikawal apabila

timbulnya perasaan marah. Contohnya, kesan-kesan stress seperti kenaikan tekanan darah,

hilang sabar dan cepat marah akan menjadi lebih teruk apabila kemarahan memuncak.(Mohd.

Razali Salleh, 2010).

Tekanan atau stres adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas

permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan

menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan

tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas

individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Smither (1994),

kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa tekanan sebagai

kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu

permintaan terhadap diri seseorang. Tambahan pula, Fontana (1989), juga menyatakan

bahawa tekanan adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk

menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat

menerima dan menangani permintaan tersebut, maka tekanan tersebut akan mendatangkan

kesan yang positif.

Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada

tahap kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan

yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka

sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi

dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan

menghadapi masalah yang lebih besar. Sementara itu, menurut Levine dan Ursin (2009),

3

Page 4: Stress Dikalangan Guru

tindakbalas tekanan ini adalah satu perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku terhadap

mereka yang menghadapi tekanan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, tekanan bukanlah satu

perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk

berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti

bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan,

penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau

sekecil mana sekalipun tekanan tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu

membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat. Namun

semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat

membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima tekanan tersebut secara

positif.

Tekanan kerja pada tahap yang tinggi juga akan membawa kepada ketidakpuasan

dalam membuat kerja dan akhirnya sikap suka mengelak dan mengabaikan kerja akan

terhasil. Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal

(keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala dan tekanan darah tinggi) dan

berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Akibat

suasana kerja yang teruk akan menyumbang kepada faktor tekanan dan seterusnya membawa

kepada ketidakpuasan kerja serta keinginan untuk meninggalkan profesion keguruan.

Kyriacou & Sutcliffe (1978), menyatakan bahawa tekanan guru adalah berpunca dari

aspek kerja mereka yang akhirnya menganggu emosi. Gangguan emosi ini akhirnya

menimbulkan rasa marah, perasaan tidak selesa, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan

yang tinggi. Dalam hal ini , guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat

mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk

memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi manusia yang

berguna. Oleh itu, bagi mewujudkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan guru-

guru terpaksa melakukan kerja lebih masa bagi menyediakan alat bantu mengajar, menghadiri

kursus dan bengkel sepanjang minggu bagi membuat penyesuaian terhadap kaedah

pengajaran yang baru. Pada masa yang sama pula guru perlu melakukan kerja-kerja

pengkeranian dan ini telah meningkatkan tekanan di kalangan guru di sekolah.

Namun begitu, dalam perspektif pendidikan, sejak tahun lapan puluhan Kyriacou

(1987) telah menjelaskan bahawa terdapat bukti yang kukuh menunjukkan stres yang

berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru. Seterusnya kajian

4

Page 5: Stress Dikalangan Guru

Jamaliyah (1999) juga menunjukkan stres membawa risiko ke atas kesihatan seseorang guru.

Di samping itu, menurut kajian Ali Murat Sunbul (2003) pula, terlalu banyak stres yang

dihadapi oleh guru juga boleh mendatangkan pelbagai kesan yang negatif dan boleh

mengganggu prestasi serta kepuasan kerja seseorang guru. Kebanyakan guru melaporkan

stres dalam pekerjaan mereka dan mengalami “burn out” pada peringkat tertentu dalam

pengalaman perkerjaan mereka (Cormaks, 2000).

            Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang

sungguh mencabar. (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Semenjak beberapa tahun kebelakangan

ini, pelbagai usaha dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam

meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai reformasi

ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar.Tekanan terhadap

guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung,

mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri

akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu

pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga

profesion perguruan.

Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah

masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan

mutu pendidikan. (Dr.Sapora Sipon, 2007). Peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di

Malaysia yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawa  guru berada

pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding pekerjaan-pekerjaan

yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya. Statistik ini membuktikan bahawa tugas

guru ini bukan tugasan biasa dan mudah seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak.

Satu kajian telah dijalankan oleh Mohamad Abdillah Royo dan Woo Sew Fun dari Fakulti

Pendidikan Universiti Malaya bagi mengenalpasti punca sebenar dan jalan penyelesaian bagi

masalah ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelbagai perkara yang dikenalpasti

menyumbang kepada masalah ini antaranya bebanan tugas, kerenah murid, kurang motivasi

dan sebagainya.

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap

manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang berpunca daripada peristiwa-peristiwa dalam

kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial mahupun psikologikal. Kesan tekanan ke atas

5

Page 6: Stress Dikalangan Guru

seseorang individu banyak bergantung pada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk

mengatasinya. Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan

psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan

sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindak balas kepada permintaan

terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang

dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya

keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, maka tekanan itu akan

mendatangkan kesan yang positif.

Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajian-

kajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antaranya ialah

kajian oleh Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan

Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan Hui

(1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990),

Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997).

Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan

tekanan dalam kalangan guru-guru. Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion

perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang

bertekanan, moral guru yang rendah, dan peletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan

kegawatan sekarang). Di Malaysia, persoalan tekanan dalam kalangan guru bukan lagi

setakat bahan kajian ilmiah, malah menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995)

, kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

(KONGRES) menunjukkan guru-guru mengeluh terhadap kerja-kerja persediaan guru seperti

menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan, dan harian.

Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari

Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan telah

menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak telah meninggalkan profesion

perguruan (semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara alasannya ialah masalah peribadi,

tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan dengan keluarga, persekitaran kerja yang

tidak sesuai dan beban tugas yang berat (Borneo Post, 1996). Perubahan yang berlaku dalam

dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu SSB, dan perubahan dasar

yang tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut perubahan pandangan guru terhadap

persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru.

6

Page 7: Stress Dikalangan Guru

Menurut Za’ba (1963), stres adalah satu paksaan atau desakan kepada sesuatu perkara

yang diutamakan atau yang terpenting. Hans Selye (1963) pula, mendefinisikan stres sebagai

suatu tindakbalas tubuh kepada tuntutan-tuntutan dalaman dan luaran terhadap dirinya

sehingga melibatkan kadar ’Wear and tear of the living body’ . Menurutnya lagi, stres

merupakan satu komponen kehidupan yang memberikan kesan positif mahupun sebaliknya

terhadap seseorang. Kesan yang positif disebut sebagai ’eutress’ dan kesan negatif pula

dipanggil ’distress’. Stres boleh menjadi positif sekiranya dipandang sebagai satu cabaran

yang boleh meningkatkan potensi diri dan produktiviti.

3.0 FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB STRES

Daripada beberapa definisi yang diberikan di atas, maka boleh dikatakan tekanan

terbukti mempunyai hubungan dengan faktor dalaman dan luaran seseorang. Faktor luaran ini

bermaksud persekitaran fizikal seperti tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap

perhubungan dengan manusia lain, keadaan fizikal kediaman, tahap kebisingan, kesesakan

jalanraya dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia. Faktor

dalaman pula bermaksud faktor yang mempengaruhi seseorang di dalam menangani faktor-

faktor luaran tadi seperti tahap kesihatan fizikal dan mental, emosi dan perasaan serta rehat

yang mencukupi. Bagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi, kemungkinan

untuk mereka menghadapi tekanan disebabkan perkara yang remeh-temeh adalah rendah dan

cara mereka bertindakbalas juga adalah secara sederhana. Manakala mereka yang mempunyai

tahap kesihatan yang rendah mempunyai kemungkinan untuk mengalami tekanan dan

bertindakbalas secara agresif walaupun atas sebab-sebab yang kecil akibat ketahanan mental

dan fizikal yang lemah.

Kadar stres yang dirasai oleh seseorang guru terhadap sesuatu perkara atau isu

adalah berbeza. Perbezaan stres yang dialami oleh sesorang guru bukan sahaja disebabkan

oleh faktor luaran tetapi juga oleh faktor dalaman.

7

Page 8: Stress Dikalangan Guru

Rajah 1 : Model Tekanan Stres Guru oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni

Rajah 1 di atas menunjukkan model stres yang dihadapi oleh guru. Model ini dibentuk

oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni. Model dibina berpandukan kepada lima sumber yang

dimaksudkan ialah beban kerja, karenah murid, pengiktirafan professional, sumber

pengajaran dan perhubungan dengan rakan sekerja yang kurang baik. Dalam konteks

perguruan, stress berpunca dari faktor luaran diri individu seperti faktor organisasi atau pun

majikan, pekerjaan, dan hubungan sosial.

Stres boleh berlaku kepada semua guru sama ada guru sekolah menengah mahupun

rendah. Satu kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya dan Norliza Othman mengenai  punca

sebenar berlakunya masalah stres dalam kalangan guru matematik di negeri Johor. Hasil

kajian mendapati bahawa faktor yang paling  mempengaruhi stres adalah faktor masalah

disiplin pelajar yang mencatatkan nilai min keseluruhan tertinggi iaitu 3.83. Kajian juga

dijalankan oleh Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 2009  menunjukkan bahawa guru

tidak terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan

hati. Antara contoh perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah

datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bermula,

tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah dan bersikap biadap dengan guru.

Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak drastik dan

berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

Walaupun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala

emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras. Terdapat banyak

contoh kes sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin berdasarkan emosi yang

dilakukan oleh guru yang berkait dengan masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah kejadian

8

Beban kerja ( Workload)

Karenah Pelajar ( Student Misbehaviour)

Tekanan StresPengiktirafan Professional

( Professional Recognition)

Sumber Pengajaran (Classroom Resources)

Perhubungan Kurang Baik Dengan Rakan Sekerja

(Poor Colleaque Relations)

Page 9: Stress Dikalangan Guru

di mana 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak yang

telah dihukum dengan cara berendam di dalam sebuah kolam yang kotor oleh warden asrama

mereka disebabkan masalah disiplin (Utusan Malaysia, 28 Julai 2007). Setahun sebelum

itu,seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Kelantan telah bertindak memukul

seorang pelajar berulang kali di kawasan sekolah kerana memakai seluar jeans pada hari

terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ( Berita Harian, 20 Mei 2006 ).

           

            Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi

juga berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang memberikan harapan yang amat tinggi kepada

para guru untuk menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Hal ini dapat

dibuktikan menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan Psikologi,

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2006 yang mendapati bahawa 83% daripada

guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa pelajar

yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk menjadikan anak-anak

mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik.

Kajian yang sama juga menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan

sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah sambil

mengharapkan anak mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Abu

Bakar Hamzah dalam artikelnya yang dimuatkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23

Februari 2007 mengatakan bahawa ibu bapa kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak

seseorang pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-

aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat

daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak

masa mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan

bagi memastikan harapan ibu bapa dipenuhi.

            Selain itu, faktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga menyebabkan guru-guru

mengalami masalah stres. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus

pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai

yang hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk

menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang disangkakan. Guru juga

dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran sekolah contohnya merancang

9

Page 10: Stress Dikalangan Guru

dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus

yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya.

Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia merupakan

bebanan yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis

kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari.

Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga

menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga. Ia

menjadi menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia sehingga wujudnya satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji bebanan tugas guru

yang terlampau banyak. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don

yang mempengerusikan jawatankuasa itu, beberapa cadangan sudah dikenalpasti bagi

menangani masalah ini. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memberi maklumbalas terhadap

aduan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) terhadap

bebanan tugas guru dalam satu sidang media yang diadakan pada tarikh 30 Mac 2010. Ini

membuktikan bahawa banyak pihak yang menyedari akan bebanan tugas guru yang semakin

mencabar.

            Bagi pekerja di setiap organisasi, etika kepimpinan seseorang pemimpin atasan

memainkan peranan yang penting dalam memajukan organisasi tersebut. Perkara yang sama

juga berlaku di sekolah apabila etika kepimpinan pengetua atau guru besar yang memainkan

peranan yang sangat penting di dalam kemajuan dan pembangunan sekolah serta sumber

manusianya. Guru sememangnya bergantung harap kepada guru besar untuk memastikan

kelancaran pentadbiran di sekolah di samping menjaga kebajikan mereka sebaik-baiknya.

Sekiranya perkara ini tidak berlaku, guru akan mengalami tekanan kerana persekitaran tempat

kerja yang tidak membantu mereka untuk menjadi lebih produktif di dalam perkhidmatan.

Hal ini kerana, adakalanya dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah, terdapat corak

pentadbiran dan tindakan pengetua yang kurang disenangi di sekolah. Malahan, ada juga

program yang diatur bukanlah untuk kepentingan sekolah atau pelajar sebaliknya untuk

kepentingan peribadi pengetua dan guru besar semata-mata.

Keputusan-keputusan tentang peraturan dan dasar sekolah yang tidak adil dan kerap

berubah juga akan membangkitkan ketidakpuasan hati guru. (Hamedah binti Wok Awang,

2004). Selain itu, ada juga pengetua yang menyalahgunakan peruntukan sekolah untuk

10

Page 11: Stress Dikalangan Guru

kegunaan peribadi seperti hanya menumpukan usaha membesar dan mencantikkan bilik guru

besar dan pengetua sahaja walaupun peruntukan tersebut sebenarnya harus digunakan untuk

pembangunan fizikal sekolah serta kebajikan kakitangan dan pelajar. Isu ini telah dilaporkan

oleh BERNAMA pada 17 Februari 2000, apabila Kementerian Pendidikan akan mengambil

tindakan segera terhadap pengetua yang menyalahgunakan kuasa mereka termasuk yang

terlibat dalam rasuah.

Menurut mantan Menteri Pelajaran Malaysia, hal ini kerana terdapat beberapa kes

yang diterima oleh pihak kementerian setiap tahun yang menyebabkan tindakan tegas perlu

diambil secara serta merta. Hal ini secara langsung akan mengundang tekanan emosi terhadap

guru kerana mereka akan berasa kurang senang dengan keputusan-keputusan yang dibuat

tanpa mengambil kira kebajikan perkhidmatan mereka. Apabila keadaan ini semakin

berlarutan, ianya akan menghakis kepercayaan guru terhadap kredibiliti dan ketelusan

pengetua dan guru besar terbabit. Akhirnya perasaan hormat guru akan hilang dan mereka

akan kehilangan motivasi untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang menyebabkan berlakunya

tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, keperluan penghargaan, kekangan masa dan

tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah sumber, dan hubungan

interpersonal. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia seperti mana yang dinyatakan oleh

Faridah dan Zubaidah (1999) di mana guru berhadapan dengan masalah sosial, anak muda

yang terbiar dan masalah disiplin yang menakutkan serta disusuli pula oleh tekanan kerja

yang kuat. Di dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang

mana faktor ini dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru-guru di sekolah menengah

menghadapi tekanan. Guru-guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang

suka membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas

(contoh, kelas tingkatan peralihan kerana masalah berkomunikasi dalam bahasa Melayu).

Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan merupakan faktor yang

boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada

penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan

cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Terdapat guru-guru yang benar-benar memberi

komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan yang

sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak berpeluang

11

Page 12: Stress Dikalangan Guru

untuk kenaikan pangkat dan masih diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan.

Adakalanya pandangan, pendapat dan suara guru-guru terhadap kebaikan sekolah tidak

dihargai atau kurang mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga

boleh menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru-guru itu

menjadi kurang proaktif lagi. Terdapat segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak

seimbang dengan tugasnya sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan

tugas-tugas yang ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru-guru tersebut memegang sesuatu

jawatan atau tugas yang berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani

kerja yang banyak.

Faktor kekangan masa dan sumber merupakan faktor seterusnya yang menjadi

penyebab berlakunya tekanan kerja kepada guru. Kekangan sumber merujuk kepada

kekurangan peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran, keadaan bilik guru,

kekurangan kelas, tuntutan sukatan pelajaran dan lain-lain. Kekangan masa pula ialah

kekurangan masa guru-guru untuk mengajar, menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar,

pelajar dan masa rehat yang singkat. Pelbagai kursus juga perlu dihadiri oleh guru, kadang

kala memakan masa yang lama sehingga terpaksa meninggalkan kelas yang diajar. Tambahan

pula, guru tersebut tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang

diajarnya. Setelah tamat kursus, guru perlu menghabiskan dan menyiapkan tugasan yang

tertangguh sebelum ini. Ini tentunya akan menambahkan tekanan kerja kepada guru tersebut.

Faktor hubungan interpersonal dalam sekolah juga merupakan faktor yang

menyebabkan berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Hubungan antara personal ini

merujuk kepada hubungan guru dengan guru, guru dengan pengetua, guru dengan pegawai

dan jabatan pendidikan, hubungan guru dengan staf sokongan, hubungan guru dengan pelajar

dan hubungan antara guru dengan ibu bapa, penjaga atau waris pelajar. Perhubungan yang

ada kalanya dingin antara guru-guru dengan personel yang terdapat di sekolah akan

mempengaruhi dan memberikan implikasi yang kurang baik terhadap kualiti kerja guru-guru

tersebut.

Walau bagaimanapun, geografi juga menjadi faktor penting dalam menentukan

tekanan kerja di kalangan guru. Kedudukan sekolah dan masyarakat di kawasan

sempadan adalah berbeza dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Antara tempat yang

agak unik dan perlu dibuat kajian ialah kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand. Ini

12

Page 13: Stress Dikalangan Guru

dapat kita lihat di Rantau Panjang, Kelantan di mana 35 peratus pelajar di sekolah menengah

berasal dari Sungai Golok, Thailand. Pelajar-pelajar di sini adalah terdiri daripada pelajar

Melayu dan mereka berulang-alik melalui jambatan dan sebahagian lagi datang dengan

menaiki sampan. Budaya hidup di sini agak berlainan dengan tempat lain di Malaysia kerana

sedikit sebanyak budaya dari Thailand telah mempengaruhi masyarakat di Rantau Panjang.

Selain daripada itu, satu lagi kelainan jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain kegiatan

penyeludupan yang menjadi sumber pendapatan penduduk di sini.

Sebahagian besar penduduk di sini tidak menganggap kegiatan ini sebagai satu

kesalahan, malah ia dianggap sebagai satu mata pencarian. Guru baru yang ditempatkan di

sini memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan keadaan dan guru lama di sini mungkin

telah menerima aktiviti ini sebagai satu kenyataan. Tidak mustahil sekiranya guru-guru yang

ditempatkan di sini mengalami masalah tekanan kerja yang lebih berat dari tempat-tempat

lain.Satu kajian telah dibuat oleh NUTP, pada tahun 2005 mengenai stres di kalangan

kakitangan perguruan. Seramai 9328 guru telah memberikan maklumbalas terdiri daripada

guru kelas, pengetua, pensyarah dan pegawai jabatan pelajaran. Daripada kajian itu, didapati

seramai 69 peratus responden bersetuju bekerja dalam keadaan stres dan faktor utama yang

menyebabkan stres ialah tekanan daripada ibu bapa dan pelajar yang sering menimbulkan

masalah sehingga ada yang ingin menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke

mahkamah.

Faktor lain seperti bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak

mencukupi iaitu daripada 320 000 orang guru, hanya 40 000 kekosongan sahaja untuk

kenaikan pangkat. Oleh yang demikian, ramai guru yang kecewa sehingga mereka bersara.

Ini ditambah lagi dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua

sedangkan prestasi guru cemerlang. Akibatnya stres berpanjangan ketidakpuasan dalam

bekerja menyebabkan guru ingin berhenti kerja atau meluahkan ketidakpuasan melalui

tingkahlaku yang tidak sepatutnya.

13

Page 14: Stress Dikalangan Guru

4.0 JENIS-JENIS STRES

Quick dan Quick (1984) mengkategorikan jenis stres menjadi dua, iaitu:

4.2.1  Eustress, hasil dari respon terhadap stres yang bersifat sihat, positif, dan

konstruktif (bersifat membangun). Hal tersebut termasuk kesejahteraan individu dan juga

organisasi yang diuruskan dengan pertumbuhan, fleksibel, kemampuan adaptasi, dan tahap

pencapaian yang tinggi.

4.2.2 Distress, hasil dari respon terhadap stres yang bersifat tidak sihat, negatif, dan

destruktif (bersifat merosak). Hal tersebut termasuk konsekuensi individu dan juga organisasi

seperti penyakit kardiovaskular dan tingkat ketidakhadiran (absenteeism) yang tinggi, yang

ditonjoikan dengan keadaan sakit, penurunan, dan kematian.

4.2.3 Systemic stres yang didefinisikan oleh Selye (dalam Holahan, 1981) sebagai

respon non fisik dari tubuh terhadap beberapa tuntutan lingkungan. Selye

mengidentifikasikan 3 tahap respon sistemik tubuh terhadap kondisi-kondisi penuh stres, Yng

diistilahkan General Adaption Syndrome (GAS). Tahap pertama adalah alarm reaction.

Tahap ini ditakrifkan sebagai pertahanan tubuh, tahap kedua adalah resistance atau adaptasi

dan tahap ketiga adalah exhaustion atau kelelahan.

5.0 PUNCA-PUNCA STRES DI KALANGAN GURU

Stres atau tekanan boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah rendah,

menengah atau peringkat pengajian tinggi. Punca stres di kalangan guru boleh dibahagikan

kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi.

5.1 Punca professional

5.1.1 Persekitaran kerja

Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres

di kalangan guru.  Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh

menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah

yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu

pendidikan dalam negara.

14

Page 15: Stress Dikalangan Guru

5.1.2 Perubahan

Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup

dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar

menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan

profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya sistem

keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak perubahan telah

berlaku dalam mobiliti masyarakat Amerika Syarikat pada hari ini. Antaranya,

penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kurang

fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Oleh itu, hal ini memberikan

tekanan kepada guru Bahasa Inggeris untuk memenuhi kurikulum pendidikan.

5.1.3 Punca Peribadi

(i) Kesihatan – Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan

atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga.

(ii) Perhubungan – Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada

hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan

hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku

perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stres terhadap guru tersebut.

(iii) Kewangan – Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain

membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru.

(iv)Taraf hidup – Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati

dan memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu,

memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.

(v) Aktiviti riadah – Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan

aktiviti riadah bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

15

Page 16: Stress Dikalangan Guru

6.0 TANDA-TANDA STRES

Stres yang dialami oleh seseorang dapat dikenali melalui tanda-tanda berikut :

6.1 Tanda-Tanda Fizikal

Rasa keletihan dan ketandusan

Kerap sakit kepala

Gangguan penghadaman

Sukar untuk tidur

6.2 Tanda- Tanda Perlakuan

Mudah marah

Sukar mengawal perasaan

Mudah menangis

Rasa beban tugas

6.3 Tanda-Tanda Burn Out

Terlalu penat, jemu dengan kerja rutin/ berulang-ulang dalam jangka masa

yang panjang

Kurang kemahiran

Penempatan kerja yang tidak sesuai

Rasa tidak dihargai

Masalah peribadi

a. Personaliti

b. Psikososial

c. Psikopersonal

d. Perkahwinan

e. Kesihatan

f. Kewangan

g. Ahklak/ Agama

16

Page 17: Stress Dikalangan Guru

Stres jika tidak dapat dikawal akan memberikan pelbagai kesan kepada seseorang guru.

Antara kesan yang mungkin dialaminya adalah seperti berikut :

i. Keletihan emosi

Terlalu letih sehingga tidak bermaya untuk melayan pelajar,rakan sekerja dan ahli keluarga.

Emosi tidak stabil, menjadi murung, cepat sedih, mudah terasa dan memandang negative terhadap sesuatu perkara atau perkataan yang diucapkan oleh orang lain.

Hilang tumpuan

ii. Kesan Fizikal

Kesihatan terjejas Kardiovaskular Gastrik Radang kulit Selalu cuti sakit/ kecemasan Mengasingkan diri Bergaduh secara terbuka

iii. Kesan organisasi

Penurunan produktiviti Pengurusan tentang cuti bertambah Kes tatatertib/ disiplin bertambah

7.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN STRES

Stres yang baik juga perlu dalam situasi individu mempertingkatkan taraf hidup. Ini

penting dalam diri kita kerana setiap individu punyai matlamat untuk capai ke satu tahap dan

mencapainya dalam jangka masa tertentu. Secara tidak langsung ia akan membuatkan kita

memaksa diri secara sihat dalam perkembangan jati diri, psikologi dan motivasi diri. Menurut

kajian sarjana barat, stres akan hanya dialami oleh pekerja-pekerja yang bermotivasi tinggi,

dedikasi, kuat bekerja dan komited. Prosesnya bermula apabila sikap dan tingkah laku

golongan professional berubah kepada negatif disebabkan oleh ketegangan dan tekanan

kerja yang tinggi.

Terdapat aliran mendadak guru berhenti awal sejak 1993, disebabkan ‘faktor hilang

semangat kerja’ akibat tekanan kerja, bebanan waktu mengajar dengan lebih 30 waktu

seminggu dan keletihan kerana perkhidmatan yang memerlukan pelbagai pengorbanan

17

Page 18: Stress Dikalangan Guru

daripada golongan pendidik, sama ada berbentuk material, wang ringgit, masa mahupun

tenaga. Dalam satu kajian peringkat kedoktoran (Ph.D) yang dilakukan oleh penyelidik

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Zubaidah Aman, di enam buah

sekolah di Selangor mendapati 41.5 peratus guru mengakui mereka tidak mendapat kepuasan

bekerja dalam profesion itu. Sebanyak 23.9 peratus lagi menyatakan mereka bercadang

meletak jawatan, dan 52.8 peratus lagi mahu bersara awal. Dapatan beliau juga menunjukkan

sebanyak 62 atau 38.9 peratus guru mengalami tahap keletihan yang tinggi.

8.0 CARA DAN KAEDAH MENGATASI STRES

Peningkatan masalah stres yang dialami oleh para guru masa kini tidak boleh

dipandang ringan oleh semua pihak terutama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika

ianya tidak diatasi dengan cara atau kaedah yang betul bukan sahaja merugikan guru itu

sendiri tetapi juga akan melibatkan pengurusan pengajaran dalam pembelajaran di sekolah

terganggu, kemerosotan pencapaian pelajar akan kita lihat bila guru – guru yang sepatutnya

berada di sekolah kerap tidak hadir ke sekolah kerana mendapat cuti sakit, bercuti atau tidak

hadir langsung ke sekolah untuk bertugas. Seorang guru yang gagal menjalankan

tanggungjawab dan tugas akan memberi mudarat kepada seluruh generasi (Chek Mat, 2008 ).

Terdapat dua cara untuk mengatasi masalah stres ini, ianya adalah daripada cadangan pakar

psikologi, hasil dari kajian moden dan dengan mempraktikkan kaedah - kaedah perubatan

Islam.

8.1 Kaedah Moden

Diantara kaedah moden yang telah berjaya dilakukan ialah dengan menjalani sesi

Fisioterapi Khas yang diperkenalkan oleh Mohd Rozaimi Che Kamaruddin dari Great Life

Physio and Rehabilation.

8.1.1 Fisioterapi Khas

Program ini telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

Bukit Gading, Sungai Buluh, Selangor yang melibatkan 135 orang guru dan

kakitangan sekolah tersebut. Program tersebut bertujuan mendedahkan cara dan

panduan menguruskan stres semasa bertugas.

18

Page 19: Stress Dikalangan Guru

8.1.2 Pemeriksaan Kesihatan Berskala

Guru – guru perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berskala di klinik -

klinik kesihatan untuk memastikan tahap kesihatan diri. Memastikan tekanan darah

sentiasa berada pada tahap yang baik. Pengambilan ubat – ubatan diperingkat awal

dapat mencegah gejala ini daripada semakin merebak. Tahap kesihatan yang rendah

akan mengundang masalah stres dikalangan guru – guru di sekolah. Terkecuali

daripada penyakit – penyakit kronik yang lain dapat menyediakan mental dan fizikal

guru di tahap yang tinggi untuk melaksanakan tugas – tugas yang telah diamanahkan.

8.1.3 Perbincangan antara Rakan Sejawatan.

Cara ini boleh dipraktikkan bersama rakan – rakan setugas semasa berada di

sekolah pada bila – bila masa. Guru boleh menggunakan masa terluang bersama –

sama rakan berbincang perkara – perkara yang berkaitan dengan masalah pengajaran

dan pembelajaran, tugasan – tugasan yang diberi tanggungjawab oleh pihak pentadbir

sekolah untuk diselesaikan. Perlakuan menyimpan permasalahan dalam diri sendiri

akan mengundang stres .

8.1.4 Senaman Pernafasan

Stres boleh menyebabkan seseorang bernafas secara sukar dan adakalanya

terpaksa bernafas secara kerap tanpa teratur atau dikenali sebagai simptom

hyperventilation yang menyebabkan mangsa stress berasa panik secara tiba – tiba.

Pengoksigenan darah yang dibawa ke otak mendatangkan banyak manfaat kepada

seseorang. Ia boleh melegakan otot dan mententeramkan minda kita. Oksigen yang

cukup di dalam otak kita akan memastikan ia dapat berfungsi dengan baik tanpa

tekanan dan dapat berfikir dengan cara yang positif semasa mengalami sebarang

masalah. Cara senaman penafasan ialah dengan menarik nafas secara perlahan – lahan

dan kuat , kemudian lepaskan udara melalui hidung, lakukan berulang – ulang kali.

Cara ini boleh dilakukan dimana- mana sahaja dan ia ternyata dapat memberi kesan

positif dengan serta merta.

8.1.5 Tafakur ( Meditasi )

Bertafakur secara sendirian tanpa sebarang ganggu membolehkan otak kita

kembali tenang dan ia dapat membebaskan hormon anti anxiety. Minda yang tenang

19

Page 20: Stress Dikalangan Guru

dapat melegakan tekanan otak kita semasa menhadapi sebarang permasalahan.

Tempoh tafakur yang dicadangkan adalah diantara 10 minit ke 15 minit secara

minimum.

8.1.6 Menghapuskan Halangan

Keadaan fizikal tempat kita bekerja juga menjadi punca kepada stress yang

kita hadapi, di antara contohnya meja kerja yang berselerak, kekurangan

pencahayaan, pengudaraan yang kurang menyenangkan, kebisingan yang melampau

dan bauan yang tidak menyenangkan. Tindakan drastik perlu dilakukan agar punca -

punca masalah ini dapat diatasi dengan segera.

Di antara langkah- langkah positif ialah dengan menyusun kembali kedudukan

meja kerja guru tersebut, mengumpul semua buku - buku atau alatan di atas meja

kerja dengan susunan yang teratur, buang atau simpan segala buku atau bahan-bahan

yang tidak diperlukan di atas meja. Mengalih kedudukan meja kerja ke arah cahaya

agar kedudukan meja dan kerusi kerja berada dalam keadaan yang terang, cara ini

dapat menampak keadaan yang bersih dan melapangkan keadaan sekeliling. Jika perlu

letakkan meja kerja berdekatan dengan tingkap agar udara dapat melalui ruang meja

kita, udara yang segar dan pemandangan luar dari bilik guru dapat menyegarkan

minda.

Kebisingan yang melampau boleh mengganggu aliran pemikiran seseorang,

cari sudut atau ruang yang jauh dari kebisingan yang tidak diperlukan. Letakkan

haruman yang disukai di atas meja atau mencantikkan meja kerja dengan hiasan

bunga – bungaan yang disukai agar kelihatan berwarna warni dan harum. Bauan yang

menyegarkan dapat mengurangkan tekanan stres yang dialami. Ia merupakan salah

satu terapi diri yang sangat berkesan.

8.1.7 Penggambaran ( Visualisasi )

Penggambaran atau memgambar adalah satu kaedah yang dimana kita

membayangkan kejayaan dalam mencapai sesuatu tujuan atau pun cita cita contohnya

seperti menjadi sihat dan tenang, menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik

serta berjaya. Cara ini dapat menenangkan perasaan dan minda daripada terlalu takut

dalam menghadapi sebarang cabaran atau masalah.

20

Page 21: Stress Dikalangan Guru

8.1.8 Pengurutan

Terapi ini sudah lama diamalkan di Negara India. Cara ini dapat

mengurangkan denyutan jantung dan melegakan otot – otot yang kejang semasa

menghadapi atau melakukan tugasan. Khidmat bantu boleh didapati dari seseorang

yang profisional .

8.1.9 Kelegaan Otot

Anda perlu berbaring di tempat yang selesa dan lapang, biarkan otot – otot

seperti otot mata, muka, tengkuk, tangan, bahu mengendur dengan secara sendiri

selama sekurang – kurang tiga minit. Cara ini dapat mengalirkan darah secara normal

kembali, aliran darah yang baik akan menyegarkan anda kembali setelah menghadapi

tekanan. Pastikan anda berbaring ditempat yang lembut dan suhu tidak panas atau

terlalu kering.

8.1.10 Muzik

Kita ketahui muzik adalah satu hiburan yang amat digemari oleh semua

manusia dalam semua peringkat. Ia sentiasa didengar dan didendangkan untuk

memenuhi halwa telinga. Muzik juga merupakan terapi minda jika alunan muzik itu

dipilih dengan betul. Dalam satu kajian terbukti muzik dapat menenangkan seorang

bayi didlam kandungan ibunya. Muzik dapat menenangkan tekanan darah, melegakan

badan dan memenangkan fikiran mereka yang tertekan perasaan. Pilihlah rentak

muzik yang lembut dalam keadaan yang santai.

8.1.11 Pengurusan masa

Pastikan menyusun kerja harian dengan mengikut keutamaan dan menetapkan

masa untuk pelaksanaannya, dengan cara ini kerja – kerja yang penting dapat

diselesaikan dengan tanpa tekanan dan dapat memastikan sikap berlengah – lengah

dapat dikurangkan ataupun terus dibuang. Kerja – kerja atau perbuatan yang tidak

mendatangkan faedah seperti berbual – bual kosong, bergossip, memerhatikan dan

memperkatakan perbuatan buruk seseorang. Memenuhi masa berinteraksi dan

berkomunikasi juga dapat digunakan untuk menenangkan fikiran dan melepaskan

tekanan stress.

21

Page 22: Stress Dikalangan Guru

8.11.12 Bersenam ( Beriadah )

Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan dapat

dilepaskan apabila kita bersenam atau beriadah. Melakukan senaman yang kerap dan

beriadah juga dapat mengurangkan stress seseorang. Aktiviti ini juga dapat

mengurangkan pertumbuhan hormon stres yang dikenali sebagai epinephrine dalam

diri seseorang. Kesan ketegangan otot akibat sres akan mengakibatkan sakit kepala,

migraine dan kekejangan otot dianggota badan. Bersenam merupakan ubat semulajadi

untuk mengubati penyakit kesukaran untuk tidur, mengurangkan kegelisahan

( anxiety ) dan dapat menyegarkan tubuh terutama otot badan seseorang.

Senaman boleh dilakukan di dalam rumah dan di luar rumah seperti di taman –

taman permainan, taman bunga ataupun di sekitar halaman kediaman. Menghadirkan

diri dalam kelas – kelas aerobik juga salah satu kaedah untuk menghilangkan stres.

Aktiviti – aktiviti psikomotor yang dilakukan dapat memantapkan kecergasan fizikal

dan minda seseorang. Lakukan senaman dalam masa sekurang – kurangnya tiga puluh

minit dalam satu hari. Lakukan senaman ringan seperti berjalan laju, larian perlahan

di kawasan yang sesuai agar dapat membina otot yang kuat dan menenangkan minda.

8.1.13 Bercuti

Pilih masa yang sesuai dengan bercuti ke tempat – tempat yang boleh

membuat seseorang itu berasa tenang dan tidak terlalu berfikir tentang beban kerja

yang ditanggung. Luangkan waktu pada waktu itu untuk bersendirian dengan melihat

dan menikmati keindahan tempat tersebut.

8.1.14 Disiplin Diet Pemakanan.

Pengambilan atau amalan makan makanan yang berlebihan juga dapat

menyumbangkan kepada terjadinya stres. Kita perlulah memastikan makanan yang

kita ambil seharian mempunyai zat yang berguna kepada kestabilan kesihatan mental

dan fizikal kita. Pengamalan makanan yang yang terlalu banyak dan tidak teratur akan

mengakibatkan kita mengalami berat badan atau obesiti, kandungan kolestrol yang

terlalu tinggi yang mana punca kepada beberapa penyakit seperti darah tinggi dan

kencing manis. Bebanan kerja dan masalah kesihatan akan membuatkan seseorang itu

mengalami simptom stres dan jika ini tidak dapat dikawal masalah akan bertambah

teruk bila gejala awal masalah jantung dapat dikesan. Langkah yang berkesan untuk

22

Page 23: Stress Dikalangan Guru

mengelakkan terjadi masalah ini ialah dengan mendapatkan nasihat pakar – pakar

pemakanan yang diiktiraf.

8.2 Kaedah Islam

Manusia adalah sebaik – baik kejadian yang diciptakan oleh Allah, walaupun

bagaimanapun perlu menghadapi segala masalah dengan cara yang bijak dengan

menggunakan akal yang telah dianugerahkan olehNya. Kerunsingan dan stres akan

membuatkan seseorang itu berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tidak mampu berfikir

secara positif dan kesannya ia membuatkan seseorang itu berubah tingkah laku dan

perwatakan. Mungkin pada awalnya seseorang itu memiliki sifat yang lemah lembut tetapi

kerana menghadapi gejala stres beliau telah bertukar menjadi seorang yang panas baran, tidak

mampu membuat pertimbangan secara waras, tidak bermotivasi dan berkelakuan kasar bila

berhadapan dengan orang lain. Jika beliau seorang guru, perangainya akan menjadi perengus,

cepat lupa dan ada kalanya menghukum pelajar – pelajar dengan hukuman yang tidak masuk

akal seperti yang terjadi di Sekolah Menengah Bawang Assan, Sarawak pada tahun 2007,

dimana seramai 200 pelajar perempuan dipaksa berendam di dalam kolam yang mengandungi

air limbahan dan kes yang melibatkan seorang pelajar dipukul berulang – ulang kali di

Kelantan pada tahun 2006. Di antara kaedah – kaedah untuk mengendurkan stress yang

dialami oleh seseorang adalah dengan mengamalkan beberapa cara, iaitu:

8.2.1 Sentiasa Berwuduk.

Bukan sahaja berwujud semasa ingin melaksanakan rukun solat tetapi sentiasa

memastikan anggota badan dibasahi dengan air wuduk. Wuduk dapat memelihara kita

dari melakukan perkara – perkara yang tidak baik atau melampaui batas. Ia juga dapat

mengingatkan seseorang tentang kekuasaan Allah Taala dan dapat memastikan

pemikiran yang rasional jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

8.2.2 Membaca Al Quran.

Kaedah ini amat berkesan kerana kekerapan membaca Al Quran dapat

menenangkan jiwa yang mungkin mengalami masalah tidak tenang, bimbang dan

terhimpit oleh sesuatu kejadian yang tidak dijangka akan berlaku. Menurut pengamal

perubatan berdasar Al Quran Dato Harun Sani yang memperkenalkan Pusat Perubatan

Darul Syifah, segala penyakit kecuali mati dapat diubati dengan mengamalkan ayat –

ayat tertentu di dalam Al Quran. Mengamalkan bacaan Al Quran juga dapat

23

Page 24: Stress Dikalangan Guru

mengindari diri daripada mengalami stres yang keterlaluan yang mungkin

membuatkan seseorang yang mengalami tekanan stress. Tahap penat atau kelesuan

dengan menamatkan riwayat mereka kerana pada tahap ini seseorang itu tidak lagi

berpegang kepada realiti hidup dan sentiasa dipengaruhi oleh kemurungan serta hilang

kepercayaan kepada orang di sekelilingnya.

8.2.3 Solat Sunat.

Selain melaksanakan rukun wajib solat lima waktu, kita juga digalakkan

melakukan solat sunat bagi memberi ketenangan jiwa. Di antara solat sunat yang

boleh dilakukan adalah solat sunat taubat, dhuha, hajat, tasbih dan hajat. Amalan –

amalan ini bukan sahaja memberi kesihatan kepada tubuh badan tetapi juga mampu

menenangkan dan menajamkan tahap pemikiran seseorang agar sentiasa dapat berfikir

dan bertindak secara rasional.

8.2.4 Berdoa Kepada Allah Taala.

Digalakkan sentiasa berdoa dalam apa juga keadaan kepada Allah. Dengan

sentiasa berdoa seseorang itu dikurniakan kekuatan dalaman dan dapat melipat

gandakan usaha dalam mengecapi kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Antara waktu yang paling mustajab untuk melakukan doa adalah pada malam Jumaat,

sepertiga malam. Pagi sebelum waktu Subuh juga digalakkan, pagi hari raya, ketika

azam berkumandang dan semasa iqamah. Waktu sujud semasa solat juga amat

digalakkan kerana pada waktu itu kita dikatakan terlalu hampir dengan Allah Taala.

Berdoalah dengan secara seikhlas ikhlasnya dan kita perlu sedar kemakbulan sesuatu

hanya Allah yang menentukannya. Lambat atau cepat sesuatu doa itu makbul juga

adalah hak mutlak Allah Taala.

8.2.5 Bersangka Baik dengan Allah

Sebagai manusia biasa yang dilahirkan ke dunia ini tidak akan terlepas

daripada dugaan atau cabaran kerana ia adalah resam dan rencah kehidupan. Ujian

demi ujian sepanjang hayat perlu ditempuhi kerana ia adalah sebahagian daripada

ujian Allah melihat keimanan seseorang. Kita mesti sentiasa bersangka baik kepada

maha pencipta kita iaitu Allah Taala dalam semua kejadiaan yang menimpa kita

kerana sesungguhnya segala ujian itu telah Allah ukur dengan kemampuan keimanan

dalam diri kita , apa yang perlu kita buat adalah redha dan menempuhi semuanya

24

Page 25: Stress Dikalangan Guru

dengan penuh ketakwaan dan sentiasa berfikiran positif kerana ada hikmat

disebaliknya.

8.2.6 Hargai Kebolehan Diri Sendiri

Meningkatkan keyakinan diri adalah satu cara untuk menghilangkan tekanan

stres. Melihat sesuatu tugasan atau kerja yang diamanahkan itu bukan sebagai

bebanan tetapi sebagai tanggungjawab dan kita diberi kepercayaan oleh ketua jabatan

untuk melaksanakannya. Melaksanakannya mengikut kebolehan atau kepakaran yang

dimiliki dan melakukannya dengan penuh komitmen. Cara ini dapat mengelakkan

stres menguasai diri. Keyakinan diri yang tinggi dapat mengelakkan diri kita daripada

terpengaruh dengan hasutan - hasutan daripada pihak yang berfikir negatif dari rakan

– rakan sejawat kita yang berkemungkinan tidak berapa menyukai kita atau cemburu

dengan kejayaan kita.

8.2.7 Tersenyum

Senyum yang sederhana akan mampu menciptakan kekuatan (power).

Senyuman yang kadang-kadang dianggap hal yang tidak penting mampu memberikan

sesuatu yang luar biasa. Senyum merupakan ekspresi wajah yang terjadi akibat

bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua hujungnya atau pula di

sekitar mata. Kebanyakan orang tersenyum untuk menampilkan rasa bahagia dan

senang. Apabila seseorang tersenyum, maka wajahnya akan kelihatan lebih menarik,

menyenangkan dan nyaman untuk dipandang, daripada ketika berada keadaan biasa

atau bahkan ketika sedang marah. Senyum juga merupakan simbul perdamaian dan

persahabatan (Thobrani, 2010).

Dalam ajaran Islam memberi senyuman kepada orang lain bernilai ibadah, kerana

tersenyum kepada orang lain sama dengan bersedekah, tentu saja senyum yang tulus.

Suatu saat ketika Anda tidak tahu harus berbuat apa ? atau memberi apa kepada orang

lain, Anda masih punya senyuman, maka tersenyumlah. Yakinlah bahawa setiap

senyuman membawa manfaat. Senyum membuat fikiran lebih jernih, segar dan

terhindar dari stres.

25

Page 26: Stress Dikalangan Guru

Stres boleh dikurangkan dan boleh dihapuskan dengan pelbagai cara. Kaedah –

kaedah moden dan keagamaan boleh digabungkan dalam memastikan minda sentiasa

cerdas dalam melakukan sebarang kerja yang semakin hari semakin mencabar kepada

golongan pendidik dalam memastikan pelaksanaan tugas berpandukan dasar – dasar

yang diperkenalkan untuk memajukan kecemerlangan dan kejayaan para pelajar

dibawah tanggungjawab seorang pendidik. Kemampuan mengatasi tekanan stres

dalam diri seorang pendidik dapat menyumbangkan kejayaan negara menuju negara

maju demi Wawasan 2020.

9.0 IMPLIKASI STRES TERHADAP PROFESSION PERGURUAN

Punca-punca stres seperti yang dinyatakan di atas akan membawa kepada tekanan

terhadap guru dan menyebabkan mereka mengambil jalan-jalan tertentu untuk

menyelesaikannya. Guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan

tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara yang menyalahi

undang-undang dan etika pengurusan. Ponteng kerja adalah perkara serius yang dilakukan

oleh individu-individu yang tertekan ( Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2011 ).

Perkara ini dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar Berita Harian bertarikh

12 Disember 2009 iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di

Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja di mana ada sesetengahnya yang tidak hadir ke

tempat kerja selama tiga bulan.

Satu laporan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 27 Mac 2008 menyebutkan isu

seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari

tanpa alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan

mengambil tindakan disipilin yang tegas terhadap guru terbabit dan mungkin akan memecat

beliau dari perkhidmatan perguruan. Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh

Ho (1997) bahawa guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran

terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak dapat

diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan pelajaran dan kelewatan

menganjurkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran

yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal

menyebabkan perancangan baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar akan

26

Page 27: Stress Dikalangan Guru

mendapat impak yang sangat negatif apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan

peperiksaan dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan-peperiksaan umum

seperti UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak

lancar.

Selain daripada ponteng kerja, guru-guru juga akan cenderung untuk melakukan tindakan

yang lebih besar iaitu berhenti kerja kerana tidak lagi mampu untuk bertahan dalam kerjaya

ini. Tekanan-tekanan yang datang dari bebanan tugas yang melampau, etika kepimpinan

pihak atasan sekolah dan tahap disiplin pelajar yang rendah merupakan faktor utama

mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya utama mereka. (Azrul Hisham Abdul Manaf,

2009). Isu ini turut disentuh oleh satu kajian kes yang telah dijalankan oleh Erkultu dan

Chafra (2006) yang menyebut bahawa tekanan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan

pekerja berfikir untuk meletakkan jawatan. Justeru, tidak hairanlah para guru yang

sememangnya berhadapan dengan bebanan kerja yang tinggi akan berniat untuk menarik diri

daripada jawatan ini. Kajian juga telah dijalankan oleh Jesus (2000), beliau mendapati 50

peratus daripada guru yang menjawab borang soal selidik mengakui bahawa mereka mahu

mencari kerja lain akibat tekanan yang berlebihan di sekolah. Pada pandangan saya, adalah

menjadi satu kerugian yang sangat besar sekiranya kebanyakan guru yang menghadapi

masalah tekanan ini meneruskan niat untuk meletakkan jawatan kerana ianya akan

mengganggu keseluruhan proses pendidikan di sekolah. Selain itu, kerajaan juga terpaksa

mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan masa yang panjang untuk memberi latihan

kepada guru-guru baru bagi menggantikan kekosongan tersebut.

Pelbagai langkah yang telah diambil bagi menangani masalah stres dalam kalangan

guru yang semakin parah. Antaranya ialah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas

untuk golongan-golongan guru di seluruh Negara. Menurut pengarah urusan Great Life

Physio and Rehabilation, Mohd Rozaimi Che Kamaruddinata, program itu disediakan khas

oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana

menguruskan stres semasa bertugas. Program ini telah berjaya dijalankan di Sekolah

Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh Selangor dengan melibatkan 135 orang

guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program ini disokong penuh oleh pengetua sekolah

tersebut, Siti Endon Mohamad Dahlan yang berpendapat bahawa program itu banyak

memberi kesedaran kepada guru dalam menangani masalah stres di tempat kerja.

27

Page 28: Stress Dikalangan Guru

        Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu memberikan

tumpuan kepada pengajaran sahaja. Memetik ucapan presiden NUTP, Hashim bin Adnan,

beliau mengatakan bahawa pada hari ini, kita dapat melihat bahawa tugas guru bukan sahaja

mengajar sebaliknya melakukan tugas-tugas pengurusan yang lain, di mana tugas-tugas

tersebut sepatutnya dijalankan oleh individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data murid

dan sekolah menggunakan aplikasi atas talian yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini .

Menurut Jaafar Muhammad (2003), kebanyakan individu bekerja selama 45 jam

dalam masa seminggu. Baki masa yang selebihnya pula sepatutnya digunakan untuk

mengukuhkan perhubungan sosial dengan masyarakat setempat seperti berkomunikasi,

menyelesaikan masalah dan melakukan aktiviti bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-

rakan mahupun ahli bagi persatuan yang disertai oleh mereka. Sekiranya guru tidak

mempunyai masa yang cukup untuk dihabiskan bersama masyarakat setempat, mereka akan

membawa masalah-masalah di luar pejabat ke sekolah untuk diselesaikan. Perkara ini

seterusnya akan mengganggu pula komitmen mereka terhadap tugas-tugas hakiki di sekolah.

Hal ini akan menjadi semakin serius apabila murid-murid mendapat implikasi negatif seperti

gagal dalam peperiksaan utama dan seterusnya negara mengalami kerugian besar terhadap

penghasilan sumber manusia.

10.0 KESIMPULAN

Tekanan kerja merupakan satu fenomena yang memang wujud dalam kalangan guru

di sekolah. Ia boleh dianggap sebagai satu petunjuk kepada kesihatan mental guru.

Pengurusan stres memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam

organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatangkan kesan yang buruk

bukan sahaja kepada individu terbabit, tetapi juga imej organisasi.

Secara kesimpulannya, kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup

mencabar. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang

terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan

sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang

lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Guru-guru juga haruslah sentiasa positif dalam

menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus

berada dalam keadaan stres dan menjejaskan karier mereka sebagai guru. Dalam pada itu,

28

Page 29: Stress Dikalangan Guru

setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang

dihadapi oleh guru ini. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru

sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut.

Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh guru bagi memastikan

mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang

mendatang.

Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang

guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan

tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir

lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala

kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia

pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak

ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula

menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang

dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.

            Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak guru besar dan pengetua

sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat

kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan

berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-

luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik. Keprihatinan terhadap

beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan

kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris

negara berterusan dan tidak terhenti.

29

Page 30: Stress Dikalangan Guru

11.0 BIBLIOGRAFI

Abd. Rahim Abd Rashid (2005).Prof esionalisme Keguruan:Prospek dan Cabaran.

Selangor:Dawama Sdn. Bhd.

Burhanuddin Abdul Jalal. et..al., (2010). Pengurusan Stres Secara Holistik.

.Kuala Lumpur : Blue-T Publication Sdn. Bhd.

Malek Muhamat Said (2004). Siri Motivasi : Studi Smart. Kuala Lumpur: PTS

Publication and Distribution Sdn. Bhd.

Mohd. Razali Salleh (2010). Pengendalian Stres Dan Kebimbangan:Penilaian

Kognitif dan Tingkah Laku.Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Mok Soon Sang (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku: Siri Pengajian

Profesional. Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Sidang Pengarang (2000). Tekanan dan Cara Mengendalikannya Dengan Berkesan.

Skudai Post:Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (Januari).

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon (2010). Guru dan Cabaran

Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.  

http://kulanzsalleh.com/stress-di-kalangan-guru/

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/

http://beritasemasa.com/guru-bermasalah-di-sekolah

http://lhakim-suarahati.blogspot.com

30