15
Aplikasi kaedah pelbagai deria (multisensory method) bagi membantu menangani masalah ADHD kanak-kanak prasekolah melalui perangsangan visual, audio dan motor BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan Pembincangan mengenai latar belakang sejarah penggunaan audio, visual dan kemahiran motor dalam bidang pendidikan dan kepentingannya kepada murid-murid yang mengalami ADHD di sekolah kebangsaan akan dikemukakan dalam bahagian ini. Seterusnya kajian ini akan memfokus kepada penggunaan audio, visual dan kemahiran motor dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Pernyataan masalah bagi kajian ini dibentangkan bersama dengan Kerangka Konseptual, Objektif Kajian, Kepentingan Kajian, Batasan Kajian, Definisi Pembolehubah Dan Rumusan. 1.1 Latar Belakang Kajian Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan atau ADHD adalah salah satu tingkah laku yang terdapat dalam banyak kanak-kanak dan orang dewasa . Murid-murid yang mempunyai ADHD mempunyai masalah untuk memberi perhatian di sekolah ataupun di rumah . Mereka boleh menjadi lebih aktif dan atau impulsif daripada apa yang biasa untuk umur mereka. Tingkah laku ini menyumbang kepada masalah besar dalam perhubungan, pembelajaran dan tingkah laku. Atas sebab ini , kanak-kanak yang mempunyai ADHD kadang-kadang dilihat sebagai " sukar " atau sebagai mempunyai masalah tingkah laku Di Malaysia kaji selidik yang diadakan untuk ADHD menunjukkan bahawa 1 daripada 5 kanak-kanak Malaysia mempunyai masalah psikiatri . Kanak-kanak lelaki adalah 4 kali lebih berisiko daripada kanak-kanak perempuan untuk mengidapi masalah ADHD . Untuk mempastikan ADHD kanak-kanak perlu mempunyai simptom untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan tetapi permulaan atau kemunculan simptom boleh di kesan sehingga umur 12 tahun. Walaupun kehiperaktifan umumnya merangkumi sebelum tahun prasekolah, rujukan kepada doktor selalunya ditangguhkan sehingga awal tahun persekolahan. Ini adalah peringkat apabila tempoh perhatian kanak- kanak dan masalah pembelajaran akan menjadi semakin menyusahkan dan tidak boleh ditangani.

subatrasproposal (1)

Embed Size (px)

Citation preview

Aplikasi kaedah pelbagai deria (multisensory method) bagi membantu menangani masalah ADHD kanak-kanak prasekolah melalui perangsangan visual, audio dan motorBAB 1

PENDAHULUAN

PengenalanPembincangan mengenai latar belakang sejarah penggunaan audio, visual dan kemahiran motor dalam bidang pendidikan dan kepentingannya kepada murid-murid yang mengalami ADHD di sekolah kebangsaan akan dikemukakan dalam bahagian ini. Seterusnya kajian ini akan memfokus kepada penggunaan audio, visual dan kemahiran motor dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Pernyataan masalah bagi kajian ini dibentangkan bersama dengan Kerangka Konseptual, Objektif Kajian, Kepentingan Kajian, Batasan Kajian, Definisi Pembolehubah Dan Rumusan.1.1 Latar Belakang KajianKecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan atau ADHD adalah salah satu tingkah laku yang terdapat dalam banyak kanak-kanak dan orang dewasa . Murid-murid yang mempunyai ADHD mempunyai masalah untuk memberi perhatian di sekolah ataupun di rumah . Mereka boleh menjadi lebih aktif dan atau impulsif daripada apa yang biasa untuk umur mereka. Tingkah laku ini menyumbang kepada masalah besar dalam perhubungan, pembelajaran dan tingkah laku. Atas sebab ini , kanak-kanak yang mempunyai ADHD kadang-kadang dilihat sebagai " sukar " atau sebagai mempunyai masalah tingkah lakuDi Malaysia kaji selidik yang diadakan untuk ADHD menunjukkan bahawa 1 daripada 5 kanak-kanak Malaysia mempunyai masalah psikiatri . Kanak-kanak lelaki adalah 4 kali lebih berisiko daripada kanak-kanak perempuan untuk mengidapi masalah ADHD .Untuk mempastikan ADHD kanak-kanak perlu mempunyai simptom untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan tetapi permulaan atau kemunculan simptom boleh di kesan sehingga umur 12 tahun. Walaupun kehiperaktifan umumnya merangkumi sebelum tahun prasekolah, rujukan kepada doktor selalunya ditangguhkan sehingga awal tahun persekolahan. Ini adalah peringkat apabila tempoh perhatian kanak-kanak dan masalah pembelajaran akan menjadi semakin menyusahkan dan tidak boleh ditangani.

Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengambil langkah awal dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah ADHD. Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid-murid ini boleh mendapat pendidikan ke peringkat yang tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah perlu bagi kanak-kanak kurang upaya dan cara untuk mengajar mereka perlu di ubahsuai untuk merangkumi setiap murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran.

Kewujudan Sekolah Pendidikan Khas dan juga Kelas Pendidikan Khas untuk menampung masalah ini menunjukan keseriusan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan peluang pembelajaran untuk setiap kanak-kanak di Malaysia dalam bentuk program Prasekolah, Pelajaran Rendah, Pelahjaran Menengah, dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Dalam semangat pendidikan, cara yang terbaik untuk mengatasi masalah pembelajaran masih tidak boleh pastikan. Oleh itu, memandangkan bahawa murid-murid mengalami masalah menumpukan perhatian, kajian ini bertujuan membincangkan keberkesanan penggunaan media audio, visual dan motor dalam pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid yang mengalami masalah ADHD.1.2 Penyataan MasalahADHD boleh memberi kesan kepada hampir setiap sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak. Ia adalah sukar bagi kanak-kanak dengan ADHD untuk melakukan perkara-perkara seperti memfokus dalam kelas, mengambil ujian, membuat kerja rumah, tidak boleh bermain rakan-rakan mereka ataupun tugas harian , seperti berpakaian atau melakukan kerja-kerja rumah. Perubatan dan terapi boleh membantu kanak-kanak dengan ADHD bersaing di sekolah dan mengawal tingkah laku masalah mereka . Namun rawatan ini mungkin tidak meliputi setiap isu yang dihadapi oleh murid-murid. Juga penggunaan pil untuk menangani masalah ini tidak semestinya berkesan.

Tanggapan masyarakat dimana permainan alat video boleh menyebabkan kanak-kanak menyerap unsur-unsur negatif telah dibuktikan oleh para penkaji selidik sebagai tidak berasas. Malah beberapa kajian telah menunjukkan bahawa bermain permainan video sebenarnya boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak dengan ADHD dan bukan membahayakan mereka.Kajian ini akan memfokuskan kepada berkesanan alatan audio visual dan motor dalam melatih murid-murid ADHD untuk menumpukan perhatian lebih lama. Faktor ini akan membantu memperkuatkan kaedah penyelidikan ini untuk membuktikan bahawa penggunaan alatan audio visual akan membantu meningkatkan tempoh perhatian muri-murid.

Selain itu, penggunaan alatan permainan video boleh diklasifikasikan sebagai alat bantu mengajar (ABM). ABM yang dibina khas untuk mengajar murid-murid ADHD dapat meningkatkan minat pelajar di samping meningkatkan kefahaman pelajar. Menurut Norshuhaney dalam kajian "Game Based Learning For Mild Level Of Attention Deficit Hyperactivity Disorder ADHD Children Courseware, memberi kesimpulan bahawa tidak ada sebarang permainan alatan video yang dicipta khas untuk murid-murid ADHD dan disarankan supaya lebih tumpuan diberikan untuk pembuatan permainan video. Ini juga bermakna bahawa permainan video boleh membantu mengatasi masalah ADHD.1.3 Kerangka Konseptual

Rajah 1 : Faktor yang mempengaruhi pembelajaran efektif untuk murid-murid ADHDBerdasarkan kepada rajah di atas, tiga faktor diatas menjadi fokus dalam kajian ini, iaitu faktor visual (video), faktor pendengaran (audio) dan faktor pergerakan (motor). Pernyataan masalah dan Objektif kajian berdasarkan kepada rajah diatas. Rajah diatas bermaksud bahawa semua faktor ini akan memberi peluang untuk murid-murid ADHD menumpu perhatian lebih dalam pembelajaran kelas.1.4 Objektif KajianObjektif kajian ini akan melihat berkesanan faktor-faktor yang dibentangkan memberi kesan keatas pembelajaran dan pemahaman murid-murid ADHD dengan menumpukan di atas pemanjangan tempoh perhatian murid-murid. Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada objektif-objektif berikut :

1.4.1 Untuk mengenalpasti stimulasi VISUAL (Video) , PENDENGARAN (Audio) dan PERGERAKAN (Motor) dalam mengekalkan perhatian murid-murid ADHD

1.4.2 Untuk mengenalpasti berkesanan faktor Video, Audio dan Motor dalam menangani masalah ADHD

1.4.3 Untuk membina program yang sesuai yang merangkumi ketiga-tiga faktor ini untuk membantu guru-guru dan ibubapa mengendalikan masalah ADHD di kalangan murid-murid

1.5 Soalan KajianBagi tujuan kajian ini, beberapa soalan telah wujud berdasarkan tajuk dan faktor. Ini membolehkan kajian ini di jalankan bedasarkan soalan-soalan ini sebagai panduan.

1.5.1 Adakah faktor video, audio dan motor memainkan peranan dalam murid-murid ADHD untuk menumpu perhatian dalam pembelajaran?

1.5.2 Tanpa faktor video, audio dan motor, bolehkah murid-murid ADHD memberi perhatian penuh dalam pembelajaran?

1.5.3 Sejauh manakah faktor video, audio dan motor berkesan dalam membantu murid-murid ADHD dalam pembelajaran?

1.5.4 Perlukah murid-murid ADHD membelajar sukatan pelajaran kebangsaan atau mereka boleh diberi sukatan yang khas?

1.5 Kepentingan KajianAkhbar The Star (2 March 2014), telah melaporkan bahawa ADHD menjejaskan sebanyak 5%-10% kanak-kanak di seluruh dunia dan sebanyak 3.6% di Malaysia sahaja. Angka ini adalah terlalu tinggi bedasarkan atas bilangan kanak-kanak adalah hampir mencapai 9 juta orang, (Indexmundi (http://www.indexmundi.com/malaysia/demographics_profile.html). Ini bermakna kadar kebarangkalian kanak-kanak mengidapi ADHD adalah terlalu tinggi. Masalah ini adalah salah satu sebab Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengasaskan Sekolah Pendidikan Khas untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah ini. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit ( CDC ), kanak-kanak ADHD ditakrifkan sebagai yang tidak teratur dan tidak dapat menyelesaikan tugas tanpa panduan yang berterusan daripada penjaga kerana mereka sering beralih daripada satu perkara ke perkara yang lain. Kanak-kanak ini mudah terganggu dan adalah sukar untuk mereka mengikut arahan, walaupun perkara yang senang seperti perbualan boleh menjadi suatu cabaran.

Secara umumnya, terdapat tiga ciri utama yang diperhatikan pada kanak-kanak dengan ADHD, - yang tidak memberi tumpuan, hiperaktif dan impulsif . Selain itu, beberapa ciri-ciri sekunder termasuk kecerdasan terjejas dan pencapaian akademik , masalah sosialisasi dan masalah emosi. Rawatan tingkahlaku juga boleh meningkatkan prestasi akademik dan tingkah laku sosial orang dengan gejala ADHD.

Akan tetapi adakah cara yang lain dimana ubat-ubat tidak digunakan untuk mencapai keputusan yang sama? Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor yang boleh meneutralkan keadan ini disekolah supaya guru-guru boleh diberi kaedah baru untuk membimbing kanak-kanak ini. Guru-guru perlu bersiap sedia dengan lengkap untuk mengenalpast ciri-ciri ataupun simptom ADHD supaya rawatan awal boleh diberikan kepada murid-murid yang terbabit.

Kajian ini juga akan menentukan peranan media dalam membolehkan ADHD di tangani.

1.6 Batasan Kajian Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Batasan-batasan kajian meliputi tempat kajian, sampel kajian, aspek kajian yang dipilih serta masa kajian yang digunakan. Tempat kajian yang dilakukan adalah di Sekolah Kebangsaan Wawasan, Seremban. Kajian ini hanya terbatas kepada murid-murid yang mengalami masalah ADHD. Pengkaji akan memilih 5 orang pelajar daripadanya secara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Oleh itu, jumlah keseluruhan sampel kajian adalah sebanyak 5 orang responden sahaja. Responden ini akan di kaji mengikut tahap perhatian dengan dan tanpa permainan video. Kanak-kanak ini akan diperhatikan tanpa pengetahuan untuk mengkaji tahap penumpuan mereka. Kerjasama dari pihak ibubapa juga diperlukan supaya makan yang seimbang dan yang sama diberikan kepada responden ini. Ini adalah supaya pembolehubah boleh di kurangkan. Kajian ini perlu dijalankan pada waktu pagi supaya mereka tidak akan merasa penat dan mereka boleh bekerjasama untuk menjayakan kajian ini.

1.7 Definisi pembolehubahPembolehubah boleh ditakrifkan sebagai aspek teori yang boleh mengubah atau menukar sebagai sebahagian daripada interaksi dalam teori . Dalam erti kata lain , pembolehubah adalah apa-apa yang boleh memberi kesan atau mengubah keputusan kajian . Setiap kajian mempunyai pembolehubah seperti ini kerana ia diperlukan untuk memahami perbezaan dalam keputusan kajian. Terdapat dua jenis konsep : konsep yang merujuk kepada satu fenomena yang tetap dan konsep yang berbeza dalam kuantiti , kesungghan ataupun jumlah ( contohnya jumlah pendidikan ) . Jenis kedua konsep dan langkah-langkah konsep adalah pembolehubah. Pembolehubah ditakrifkan sebagai apa-apa yang berbeza-beza atau perubahan dalam nilai . Pembolehubah mengambil dua nilai atau lebih . Oleh kerana pembolehubah yang mewakili kualiti yang boleh menunjukkan perbezaan dalam nilai , biasanya magnitud atau kekuatan , ia boleh dikatakan bahawa pemboleh ubah yang umumnya adalah apa-apa yang boleh menganggap nilai angka atau kategori yang berbeza .. Ada beberapa pembolehubah yang boleh memberi efek kepada keputusan kajian ini. Cara kanak-kanak dibesarkan adalah berlainan dari semua keluarga. Makanan yang diberi kepada murid-murid ini adalah berlainan juga. Ini tertakluk ke pedapatan keseluruhan setiap keluarga. Suasana dalam keluarga berdasarkan status kewangan juga memainkan peranan dalam masalah ADHD. Umur murid-murid juga boleh memberi kesan yang berbeza dalam kajian ini.

1.9 Kesimpulan

ADHD merupakan masalah yang besar yang membabitkan 10% rakyat Malaysia. Masalah ini lebih cenderung di kalangan kanak-kanak kerana mereka tidak mempunyai kematangan untuk mengawal diri sendiri untuk menumpukan perhatian dalam sesuatu perkara yang dibuat. Kebanyakan ibu bapa masih tidak dapat membezakan diantara sikap normal dan sikap ADHD. Rakyat perlu diberi pendidikan untuk mengenali masalah ini di kalangan kanak-kanak. Bahan-bahan yang mudah menarik perhatian pengidap ADHD perlu disediakan. Salah satu bahan yang sedia ada adalah ialah permainan video. Permainan video menggunakan rangsangan visual, auditori dan pergerakan badan. Ini akan membuat pengidap ADHD menumpukan perhatian untuk memain permainan video ini. Bila perhatian diberikan dalam permainan video, murid-murid ini akan membelajar secara tidak langsung untuk tidak melompat dari satu perkara ke perkara lain. Dan dalam permainan video ini, murid-murid akan menggunakan mata untuk melihat gambar yang menarik dan muzik yang mengikuti permainan ini sementara badan mereka akan mengikut pergerakan dan rentak permaina video ini.

Oleh itu, bahan yang merangkumi multisensory boleh membantu menangani masalah ADHD kanak-kanak pra sekolah.BAB 2

TINJAUAN PUSTAKA

PengenalanDi dalam bab ini, pengkaji membuat tinjauan kajian-kajian lepas berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup. Tinjauan kajian memberi tumpuan kepada empat faktor utama iaitu pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi. Di samping itu, pengkaji juga cuba mengenal pasti faktor-faktor lain yang dapat menyumbang kepada fokus kajian yang dijalankan.

2.1 Kajian Keberkesanan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara efisien, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pada abad ke 21, kepentingan menguasai kemahiran TMK dilihat sebagai satu perkara yang amat penting kepada sesebuah institusi terutamanya institusi pendidikan. Keupayaan setiap individu dalam menguasai penggunaan TMK dapat membantu mengharungi dunia ledakan maklumat yang semakin pantas. Justeru, pendedahan kepada alam perkomputeran perlu dilakukan pada peringkat awal secara sistematik dan terancang agar budaya perkomputeran dapat dibina dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif. Bagi menyahut cabaran ledakan TMK, semua pihak tidak terlepas untuk merealisasikan cabaran ini kerana penggunaan TMK yang efektif akan dapat menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat terdapat faktor-faktor utama yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dibuktikan melalui pembacaan kajian-kajian penyelidik yang lepas yang mana faktor-faktor keberkesanan itu adalah terdiri daripada pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi.

2.1.1 Keberkesanan Dari Aspek PengurusanMerujuk kepada artikel Applications Of Technology In Accounting Education And Analysis Of Its Use Among Faculty yang ditulis oleh Nas Ahadiat, terdapat sebilangan badan-badan professional yang telah meminta supaya pihak fakulti menggunakan teknologi dalam kursus yang disediakan. Berdasarkan The Association to Advance Collegiate Schools of Business (1993), di dalam artikel ini juga meminta pihak fakulti menyediakan serta menggunakan teknologi instruksional yang bersesuaian. Penggunaan TMK juga didapati boleh mengesan sebarang kesilapan human errors. Ini bukan sahaja membolehkan tugastugas perakaunan dilakukan dengan cekap, malah lebih tepat dan jitu.

Walau bagaimanapun, hasil kajian jurnal Factors that May Influence or Hinder Use of Instructional Technology among Accounting Faculty oleh Nasrollah Ahadiat (2005) mendapati pihak fakulti kurang memberi penekanan berkaitan penggunaan teknologi. Ini adalah berpunca daripada kekurangan masa dan minat terhadap teknologi, bahan kursus yang tidak relevan, ketiadaan peralatan serta perisian teknologi yang terkini, kurangnya sokongan dari aspek pentadbiran dan aspek teknologi. Maka, pentadbiran universiti atau pengarah program harus berikhtiar mencari langkah-langkah yang terbaik untuk memberikan kemahiran komputer dan teknologi keseluruhannya kepada semua pihak seperti staf akademik dan pelajar. Di samping itu, sokongan dari pihak pentadbiran juga amatlah penting dalam menyalurkan tahap teknologi yang sebenarnya kepada pihak fakulti.

Manakala, kajian yang dijalankan oleh Rohaila, Faridah dan Norasmah (2007) dalam jurnal Kesan Strategi Pembelajaran Pengalaman Terhadap Pembangunan Kompetensi: Perspektif Pendidikan Perakaunan, mendapati kelemahan graduan dalam mempamerkan kompetensi yang diharapkan terhadap diri mereka menyebabkan banyak pihak yang menuding jari kepada pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak fakulti supaya inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran diberikan perhatian sewajarnya agar pembangunan kompetensi pelajar dijadikan sebagai agenda utama. Bidang pendidikan yang dianggap tunjang dalam pembangunan modal insan perlu diberi perhatian. Induk kepada pendidikan iaitu amalan pengajaran dan pembelajaran haruslah menjurus ke arah menyediakan pelajar agar dapat menjadi tenaga kerja yang bertaraf antarabangsa dalam semua bidang kerjaya dan mampu bersaing dalam pasaran kerja tempatan dan global.

Di samping itu, Suryanti Awang (2008) dalam jurnal ICT: Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan, menjelaskan bahawa terdapat juga universiti di Malaysia yang menyediakan nota atas talian (online notes) kepada pelajarnya. Para pelajar perlu ke laman yang disediakan dan memuat turunkan nota berkenaan. Sesetengah universiti membenarkan sesiapa sahaja yang melayari laman berkenaan untuk mencapai nota yang disediakan dan ada juga yang hanya boleh dicapai oleh para pelajar mereka sahaja dengan menyediakan kata laluan dan kata kunci. Terdapat laman web yang menyediakan perkhidmatan secara percuma untuk membaca buku elektronik atau nota atas talian. Laman tersebut juga menyediakan nota pensyarah secara percuma. Pengguna boleh memasuki laman tersebut untuk melihat kandungan buku elektronik berkenaan dan memuat turunnya dalam bentuk PDF.

Berdasarkan kajian-kajian lepas di atas, penggunaan TMK dapat membantu meningkatkan keberkesanan sesebuah pengurusan kerana TMK dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi yang membolehkan pelajar dan pihak tertentu daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.

2.1.2 Keberkesanan Dari Aspek Pengetahuan Dan KemahiranMerujuk kepada artikel Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh Norazen, Hassan Ash dan Mohd Ruzman pula, pengetahuan dan kemahiran mengguna serta mengintegrasikan TMK dapat membantu meringankan beban tugasan di kolej. Kelebihan seseorang pensyarah dalam menyepadukan alat teknologi pendidikan seperti komputer di dalam pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan rangsangan pelajar untuk menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat memotivasikan pelajar berfikir secara kreatif di samping menambahkan keseronokan kepada pensyarah itu sendiri dalam proses pendidikan (Budin, Kendall & Lengel, 1986). Pengkaji berpendapat adaptasi TMK dalam proses pengajaran pensyarah dapat meringankan beban tugas pensyarah yang semakin mencabar dewasa ini. Justeru itu, inovasi dalam pendidikan adalah merupakan agenda penting yang perlu direalisasikan oleh para pensyarah selaras dengan apa yang terkandung di dalam misi reformasi pendidikan negara.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari segi pengajaran memerlukan perancangan yang cekap dan efisien supaya ilmu pengetahuan dapat disampaikan kepada setiap pelajar mengikut gaya pembelajaran masing-masing. Teknologi maklumat dan komunikasi yang digunakan dalam pengajaran juga dapat memberi peluang pembelajaran yang lebih dinamis, menarik minat serta meningkatkan ilmu pengetahuan yang relevan dan berguna kepada pelajar. Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugas ini pensyarah seharusnya bijak dan kreatif mendidik serta merancang pelbagai strategi, kaedah dan pendekatan dengan jayanya melalui bantuan TMK ini.

Berdasarkan kajian Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh Norazen, Hassan Ash dan Mohd Ruzman, pensyarah atau tenaga pengajar perlu menguasai seberapa banyak pengetahuan dan kemahiran seiring dengan keperluan semasa mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini. Kajian ini menunjukkan kebanyakan pensyarah mempunyai sikap positif terhadap komputer dan ICT apabila hasil kajian yang diperolehi memberikan perbezaan min yang ketara iaitu 0.81 berbanding 0.00. Justeru itu, pengetahuan dan kemahiran pensyarah adalah kompeten terhadap penggunaan komputer. Menurut Gage dan Berliner (1984) dalam kajian ini juga sikap positif terhadap penggunaan komputer merupakan faktor penting dalam meningkatkan motivasi pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, menurut Hawa binti Rahmat, Rohaidah Mashudi dan Noor Watee Rahman (2008) dalam artikel Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui IT Di Peringkat Universiti, mendapati hasil kajian yang dijalankan melalui temu bual dengan responden (di kalangan pensyarah) dalam keberkesanan penggunaan IT dapat dilihat berdasarkan kepada Academic Evaluation System (AES). Melalui AES pensyarah akan dinilai oleh pelajar mereka pada setiap semester dan penilaian tersebut akan diakui sah sekiranya jumlah pelajar melebihi daripada 100 orang maka peratus penilai haruslah lebih 50 peratus. Seramai 70 peratus daripada 30 responden menyatakan bahawa AES mereka semakin menunjukkan kemajuan hasil penggunaan IT di dalam kelas.

Menurut Campeau dan Higgins (1995), dalam kajian Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor yang ditulis oleh Ting Kung Shiung (2007), pengguna yang mempunyai tahap kecekapan diri yang tinggi akan kurang mengalami halangan ketika menggunakan e-pembelajaran. Menurut Eastin & LaRose (2000) dalam kajian tersebut juga seseorang yang memiliki tahap kecekapan diri terhadap Internet yang kurang akan merasa tidak yakin terhadap kebolehan beliau mengakses Internet dan tidak cekap dalam menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan.

Pengetahuan juga memainkan peranan yang penting untuk meramalkan kecekapan diri seseorang menggunakan komputer. Tsai et al. (2001) dalam kajian Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor oleh Ting Kung Shiung (2007), mendapati pengetahuan sedia ada seseorang menggunakan Internet akan mempengaruhi sikap seseorang pelajar terhadap internet. Pelajar yang berpengetahuan menggunakan internet mempunyai sikap yang positif terhadap Internet begitu juga dengan penggunaan komputer. Menurut Tsai et al. (2001) dalam kajian tersebut, pengetahuan membantu pengguna mempunyai sikap yang lebih positif terhadap Internet terutama kepada seseorang yang mempunyai sikap bimbang dan kurang berkeyakinan terhadap Internet.

Menurut Tina dan Lim Swee Kim (2004) dalam kajian bertajuk Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang ditulis oleh Azwan Ahmad, Abdul Ghani, Mohamad Zohir et al (2005), pula mendapati penggunaan ICT dalam P&P membolehkan pelajar bersikap aktif dalam pencarian maklumat dan membina pengetahuan daripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluang menghubungkait pengetahuan merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak.

2.1.3 Keberkesanan Dari Aspek TeknologiMenerusi kajian Aplikasi Tm Dalam Pembelajaran Penulisan Ilmiah: Tinjauan Dari Aspek Kemahiran dan Persepsi Pelajar oleh Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud dan Faizah Ahmad, Hansman dan Wilson (1998) mengatakan bahawa komputer merupakan alat yang membolehkan para pelajar menguasai proses penulisan dengan lebih mudah berbanding kertas dan pen. Walaupun pada peringkat permulaan, komputer berfungsi sebagai mesin taip untuk menaip draf akhir sahaja, lama-kelamaan komputer menggantikan pen dan kertas sebagai alat menulis. Komputer dikatakan sebagai alat menulis dan dapat membantu mewujudkan suasana kerjasama sama ada dalam menulis atau belajar menggunakan teknologi.

Menurut Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud dan Faizah Ahmad dalam kajian Aplikasi Tm Dalam Pembelajaran Penulisan Ilmiah: Tinjauan dari Aspek Kemahiran dan Persepsi Pelajar, Hansman dan Wilson (1998) berpendapat komputer juga amat berguna dalam pencarian maklumat atau bahan. Para pelajar dapat menggunakan komputer untuk mencari artikel dan jurnal-jurnal tertentu melalui pangkalan data perpustakaan online. Merujuk kajian ini juga Caverly (2000) menyatakan keadaan ini akan dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Nor Hafidah (2002) dalam kajian yang sama turut menjelaskan bahawa selain pelajar, guru-guru juga menggunakan komputer, khususnya Internet bagi tujuan mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti mencari bahan-bahan rujukan.

Selain itu, kajian Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh Norazen, Hassan Ash dan Mohd Ruzman, mendapati bahawa penggunaan alat bantu mengajar dapat meningkatkan minat serta merangsang minda para pelajar dan diakui sebagai pemangkin kepada proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps,1994; Slavin,1995; Jonassen,1996; Mackenzie & Jansen,1998; Heinich et al,1999). Antara teknik yang boleh digunakan bagi mempelbagaikan penyampaian ialah penggunaan perisian Ms PowerPoint Presentation yang dapat dipersembahkan dalam pelbagai bentuk grafik, animasi, warna, suara dan video. Alat-alat teknologi yang digunakan secara efisien dan efektif bukan sahaja dapat menarik minat dan rangsangan pelajar untuk menguasai pelajaran dengan mudah malah dapat memotivasikan mereka untuk berfikir secara kreatif (Budin, Kendall & Lengel, 1986).

Pada masa yang sama juga, kajian oleh Abdul Razak (2005) yang bertajuk Penggunaan Perisian Komputer dan LCD Sebagai Bahan Bantu Mengajar dan Pemudahcara, turut menyatakan bahawa penggunaan teknologi seperti perisian komputer iaitu PowerPoint dan Excel serta penggunaan LCD sebagai bahan bantu mengajar perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran IT. Melalui hasil kajian itu, beliau telah dapat mengenalpasti keberkesanan penggunaan perisian komputer dan LCD dalam subjek tersebut. Ini dibuktikan dengan berlakunya peningkatan kemahiran pelajar setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan perisian serta LCD dalam merekod dokumen perniagaan.

Kajian Computer Based Accounting Education Techniques: A Response to A Dynamic Information Technology Environment yang ditulis oleh Kathie Cooper dan Vivienne Coomb (2004) pula melihat kepada beberapa teknik dalam penggunaan teknologi kepada para pelajar. Sebagai contoh, salah satu teknik dalam Computer Managed Learning (CML) iaitu computer based assignment membolehkan pelajar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan menyiapkan tugasan seperti penyediaan jurnal, pengeposan ke lejar, imbangan duga, kunci kira-kira dan penyata kewangan.

Irfan Naufal Umar (2004) menerusi kajian Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor oleh Ting Kung Shiung (2007) pula mendapati penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; serta membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.

Hasil kajian Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor oleh Ting Kung Shiung (2007) terhadap 306 orang responden menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 81.4% responden menyatakan bahawa e-pembelajaran adalah berguna untuk pengajian mereka. Sebanyak 15.4% orang responden tidak pasti sama ada e-pembelajaran berguna atau sebaliknya terhadap pengajian mereka. Manakala, hanya 3.3% responden yang mengatakan e-pembelajaran tidak berguna untuk mereka. Ini bermakna e-pembelajaran telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru untuk menyokong kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan yang lama.

Menurut Wallace (1999) dalam jurnal Technology Readiness, Internet Self-Efficacy and Computing Experience of Professional Accounting Students yang ditulis oleh Ming-Ling Lai (2008), menjelaskan bahawa mata pelajaran yang lebih menekankan kepada pembacaan dan pemahaman seperti dari jabatan social and Human Science (SAHS) yang merangkumi, Psikologi, Moral dan Etika, Pengajian Islam, Malaysia Studies, dan pembangunan Manusia, 75 peratus memberikan reaksi positif terhadap keputusan AES mereka apabila mereka menggunakan banyak gambar dan animasi di dalam kelas berbanding hanya menggunakan white board dan juga transparensi sahaja. Di samping itu juga, komen daripada pelajar melalui AES menyatakan mereka sangat berpuas hati sekiranya pensyarah atau pengajar dapat menggunakan pendekatan IT di dalam kelas. Ini disebabkan oleh persembahan yang berwarna warni dan penuh emosi bukan sahaja dapat membantu penghayatan pelajar, bahkan juga cara penyampaian pensyarah menjadi lebih yakin dan bersemangat.

Menurut Hawa binti Rahmat, Rohaidah Mashudi dan Noor Watee Rahman (2008), dalam artikel yang bertajuk Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui IT di Peringkat Universiti, hasil daripada pemerhatian dan temu bual ke atas pensyarah yang tidak mengkhusus di dalam bidang IT juga turut memberikan reaksi yang positif (70 peratus) terhadap kemahiran mereka mengendalikan komputer, aplikasi komputer dan internet. Para pensyarah boleh memuat naik nota mereka ke dalam MMLS sendiri. Mereka tidak perlu menggunakan khidmat juruteknik atau pensyarah komputer untuk memuat naik nota-nota mereka. Nota-nota tersebut bukan hanya dalam bentuk Ms words bahkan juga menggunakan perisian terkini seperti flash. Dengan kemudahan MMLS juga mereka boleh berbual melalui chat room dengan pelajar dan memuat naik markah.

Dalam jurnal Technology Readiness, Internet Self-Efficacy and Computing Experience of Professional Accounting Students oleh Ming Ling Lai (2008), Wallace (1999) melihat kesan teknologi kepada para pelajar iaitu mereka tidak perlu beratur di bilik pensyarah atau merasa kecewa pensyarah yang ditunggu tiada di bilik. Ini berikutan 80 peratus memberikan respon positif ke atas kecanggihan IT pada masa sekarang yang membantu para pelajar menggunakan talian komunikasi sebagai alat hubungan untuk mendapatkan informasi mengenai pembelajaran mereka. Sebagai contoh khidmat General Packet Radio Service (GPRS) membolehkan pelajar menerima data seperti gambar, email, penggunaan Internet dan Intranet.

Menurut Suryanti Awang (2008), dalam jurnal yang bertajuk ICT: Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan, kaedah pembelajaran e-Pembelajaran memberikan beberapa impak kepada keberkesanan dalam penyampaian ilmu dan maklumat kepada pengguna. Antara kesan yang positif dari kaedah pembelajaran ini ialah penjimatan masa, lokasi dan kos, capaian maklumat yang tidak terhad disebabkan maklumat yang di arkibkan serta mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan bilangan pelajar apabila ia di sebarkan melalui Internet. Pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan e-Pembelajaran selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang celik IT. Kebanyakan universiti terutamanya Universiti Multimedia menggunakan e-Pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran di mana semua maklumat berkaitan pembelajaran dimasukkan ke dalam e-Pembelajaran bagi memudahkan pelajar mencapai maklumat yang diperlukan sama ada nota, tutorial ataupun mendapatkan markah.

Bates (1997) dalam jurnal ICT: Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan oleh Suryanti Awang (2008) pula percaya terdapat empat tujuan utama yang menyebabkan penggunaan teknologi di Institusi Pendidikan Tinggi, antaranya termasuk membaiki kualiti pembelajaran, membaiki pengaksesan kepada pendidikan dan latihan, mengurangkan kos pendidikan serta membaiki kos efektif bagi pendidikan. Walaupun begitu, penggunaannya yang meluas dalam bidang pendidikan adalah dipengaruhi oleh iklim atau persekitaran tempat seseorang itu belajar, institut atau kampusnya, kelompok dan juga masyarakatnya.

2.2 KesimpulanBerdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dibincangkan, dapatlah disimpulkan bahawa aspek pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi adalah faktor-faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup. Maka, pengkaji terdorong untuk mengadakan kajian terhadap empat faktor tersebut ke atas pelajar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi memastikan faktor-faktor tersebut mempunyai hubungan signifikan yang amat positif dengan keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

PengenalanMetodologi penyelidikan merujuk Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud & Faizah Ahmad (2002), merupakan suatu kajian yang berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklumat. Pengumpulan maklumat melibatkan proses yang memerlukan tempoh masa yang agak panjang, rumit serta mahal. Oleh itu, kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data secara efisien akan menghasilkan maklumat yang kurang relevan serta akan meningkatkan perbelanjaan sesuatu penyelidikan. Sehubungan itu, bab ini akan membincangkan reka bentuk untuk kajian yang telah dijalankan, populasi dan sampel yang terlibat dalam kajian yang telah dijalankan, instrumen kajian yang telah digunakan dalam kajian, prosedur-prosedur dalam menjalankan kajian ini serta penganalisisan data iaitu bagaimana data dianalisis selepas kerja lapangan dijalankan.

3.1 Reka Bentuk KajianReka bentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Khususnya, rekabentuk sesuatu penyelidikan membincangkan bagaimana untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan. Rekabentuk merupakan keseluruhan rangka projek penyelidikan yang menyatakan apakah corak jenis kajian yang hendak dilaksanakan, jenis maklumat yang perlu dikumpul, daripada mana sumber maklumat boleh didapati dan dengan kaedah apa maklumat boleh diperolehi. Sekiranya penyelidikan direkabentuk dengan berhati-hati, reka bentuk akan memastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah sesuai dengan persoalan masalah yang ingin diselesaikan. Di samping itu, maklumat yang dikumpul akan diperolehi dengan kaedah yang paling berkesan (Mohd. Majid Konting, 2005). Reka bentuk kajian ini dibuat dengan cara mengumpulkan maklumat atau data-data tentang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup.

Menurut Mohd. Majid Konting (2005), reka bentuk kajian ini adalah bersifat kuantitatif dan mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang merujuk kepada ketekalan maklumat yang diperolehi daripada responden. Selain itu, kaedah ini juga lebih cepat dari segi masa pengutipan data serta penyiapan tinjauan. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dan deskriptif. Kaedah tinjauan adalah satu cara yang spesifik untuk mengumpulkan maklumat mengenai populasi. Kaedah tinjauan sering dijalankan dalam penyelidikan pendidikan. Dua jenis tinjauan yang penting dan sering dilakukan dalam bidang pendidikan ialah tinjauan sekolah dan tinjauan komuniti (Mohd. Majid Konting, 2000). Kaedah tinjauan digunakan kerana kajian ini memfokus kepada pemboleh ubah yang dianggap boleh diukur. Selain itu, data yang akan perolehi adalah bersifat empirikal. Melalui kaedah tinjauan, dengan melibatkan sekumpulan elemen yang kecil dan terperinci, maka maklumat yang banyak boleh dikumpul dan direkodkan.

Walau bagaimanapun data yang lengkap atau mendalam jarang sekali dapat dihasilkan namun data yang dikumpulkan adalah tepat. Strategi tinjauan ini juga sesuai digunakan kerana penyelidikan yang dijalankan ini hanyalah untuk membuat kenyataan umum tentang sesuatu populasi (Mohamad Najib Ghaffar, 1999). Justeru, pengkaji menyelaraskan teknik tinjauan terlebih dahulu untuk menentukan cara dan alat penyelidikan yang sesuai dengan praktikal dengan mengambil kira beberapa kriteria seperti faktor masa, kos dan peraturan-peraturan organisasi tempat kajian dijalankan.

Penyelidikan deskriptif pula merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku, kaedah deskriptif digunakan. Seringkali juga penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Sekiranya penyelidikan bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang, penyelidikan yang dijalankan adalah berbentuk penerokaan. Kaedah penyelidikan deskriptif tidak memerlukan usaha mengawal sesuatu olahan. Ini adalah kerana penyelidikan tidak menentukan terlebih dahulu faktor-faktor yang mendatangkan kesan ke atas sesuatu peristiwa (Mohd Majid Konting, 1993:96).

Sungguhpun setiap penyelidikan akan menentukan teknik masing-masing, secara umumnya boleh dibezakan antara teknik yang dipilih oleh penyelidikan kualitatif dan penyelidikan kuantitatif. Dalam penyelidikan ini borang soal selidik digunakan telah digunakan untuk mengambilkira keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup yang mana ia menjurus kepada objektif kajian ini. Amir Hasan Dawi (2006), berpendapat teknik menggunakan borang soal selidik mempunyai kelebihan dan kekurangan. Teknik soal selidik dapat merangkumi jumlah sampel yang ramai, lebih cepat dan sesuai untuk soalan-soalan yang sensitif. Namun penyediaan soalan-soalan mungkin memakan masa, tidak dapat mencungkil data secara mendalam dan kemungkinan sampel tidak mengisi borang soal selidik berkenaan.

3.2 Populasi Dan PersampelanSebelum memilih sampel, populasi kajian ditentukan terlebih dahulu. Populasi ialah satu kumpulan perkara yang mengandungi unsur, objek, individu atau ciri-ciri yang dipertimbangkan dalam suatu kajian yang ingin di ambil oleh penyelidik (Azhar Harun dan Nawi Abdullah, 2004:52). Dalam kajian ini pengkaji telah memilih kaedah persampelan rawak mudah (Simple Random Sampling). Dalam kaedah ini kebiasaannya dengan menggunakan nombor rawak atau angka rawak sama ada bercetak atau digunakan secara elektronik. Teknik ini dipilih kerana jumlah populasi yang sedikit dan mempunyai variasi yang kecil di antara unit-unit dalam populasi. Ini bermakna perbezaan yang terdapat antara ahli dengan ahli yang lain adalah tidak ketara. Oleh itu, mana-mana ahli yang dipilih sebagai sampel mampu mewakili ciri-ciri populasinya. Tiap-tiap ahli dalam populasi berkenaan mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel.

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Populasi kajian adalah pelajar yang mengambil kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup di universiti tersebut dan sampel kajian terdiri daripada pelajar Program Kemahiran Hidup yang berada dalam semester empat yang pernah mengambil kursus Simpankira / Pendidikan Perakauan. Saiz sampel bagi kajian ini adalah 60 orang pelajar yang dipilih secara rawak dalam semester yang dinyatakan. Maka, jumlah keseluruhan responden dalam kajian ini ialah 60 orang pelajar dari Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan.

3.3 Instrumen PenyelidikanInstrumen penyelidikan yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soalan soal selidik yang ditadbirkan kepada 60 orang pelajar Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebanyak 60 set soal selidik diedarkan kepada responden. Soal selidik merupakan alat untuk mengumpul data bagi penyelidik sains sosial. Soal selidik sebenarnya tidak lebih daripada satu borang yang dibentuk khusus untuk mengisi maklumat yang diberikan oleh setiap responden dalam temu bual (Ahmad Mahdzan Ayob, 2005). Bagi satu-satu kajian, satu soal selidik yang sama hendaklah digunakan untuk semua responden. Ini bagi memastikan keseragaman dalam jawapan yang diberikan. Keseragaman bermaksud semua mereka memberi jawapan yang sama, tetapi jawapan itu diletakkan di ruang yang sama bagi membolehkan pemprosesan data melalui komputer. Soalan itu juga dikemukakan mengikut urutan yang sama (Ahmad Mahdzan Ayob, 2005).

Dalam kajian ini, soal selidik yang dibuat adalah diambil daripada soalan-soalan yang terdapat di dalam jurnal dan kajian yang dikaji oleh pengkaji. Soal selidik tersebut terdiri daripada empat bahagian. Bahagian A mengandungi maklumat responden yang terdiri daripada 4 soalan yang berbentuk nominal iaitu yang berkaitan diri responden mengikut jantina dan opsyen. Bahagian B, C dan D ialah soal selidik berkenaan empat faktor yang diandaikan oleh pengkaji yang dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup seperti pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi.

Bahagian B soal selidik ialah bagi faktor yang pertama iaitu pengurusan oleh fakulti dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di kalangan pelajar Progaram Kemahiran Hidup. Bahagian ini adalah soalan berbentuk checklist di mana pelajar dikehendaki memberikan jawapan sama ada Ya atau Tidak bagi setiap pernyataan yang telah diberikan. Bahagian C pula adalah soalan-soalan berkaitan faktor kemahiran dan pengetahuan. Di bahagian ini pengkaji ingin melihat tahap pengetahuan kemahiran dan pengetahuan para pensyarah serta pelajar terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ini. Dalam kajian soal selidik bahagian C ini pengkaji menggunakan kod skala Likert, dan sebagai contoh respon yang disediakan ialah :

Sila bulatkan nombor jawapan. Pilihan anda mengikut skala berikut sekiranya anda:

Sangattidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju1 2 3 4 5

Jadual 1 : Kod skala likert

Akhir sekali, dalam bahagian D terdapat 14 soalan yang berkisarkan faktor teknologi. Di bahagian ini responden perlu membuat pilihan berdasarkan penyataan yang diberikan sama ada teknologi menjadi penghalang atau tidak kepada mereka untuk menggunakan TMK.

3.4 Kaedah Analisis DataBagi kaedah analisis data ia bermula di mana borang soal selidik akan diedarkan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Sebelum memulakan analisis, borang-borang soal selidik akan ditapis dahulu bagi memastikan hasil yang diperolehi adalah tepat dan menjawab persoalan kajian.Untuk soal selidik, data-data yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis secara prosedur statistik deskriptif. Skor-skor mentah akan dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai untuk menentukan keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup.

3.5 Prosedur KajianProsedur kajian ialah langkah-langkah kajian yang perlu diambil oleh pengkaji untuk melaksanakan kajian dari awal hingga kajian berakhir. Ini termasuklah menyediakan cadangan penyelidikan, melaksanakan modul dan menganalisis data serta menyediakan laporan akhir penyelidikan. Segala prosedurnya perlu diperjelaskan secara terperinci dan satu persatu. Untuk menjalankan kajian ini, prosedur-prosedur kajian adalah seperti berikut:i. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan iaitu proposal.ii. Mengenal pasti masalah dan menyatakan objektifiii. Mencadangkan hipotesisiv. Menyediakan instrumen kajianv. Memproses dan menganalisis data yang melibatkan pemprosesan maklumat daripada soal selidik yang diedarkan.vi. Menulis laporan akhir kajian.

3.6 KesimpulanSecara keseluruhannya pengkaji menjelaskan tentang kaedah penyelidikan yang digunakan dari segi reka bentuk kajian, pemilihan populasi dan sampel, instrumen penyelidikan, kaedah menganalisis data dan prosedur kajian. Semua kaedah ini dilakukan secara berturutan bagi memudahkan pengkaji mencapai objektif kajian ini.