of 8 /8
Bulan Sukan Negara anjuran Kementerian Belia dan Sukan telah membuka tirai pada 1 Oktober 2019 dengan menyasarkan sebanyak lima juta penyertaan dari seluruh negara yang merangkumi pelbagai acara sukan di peringkat daerah dan negeri. Mengetengahkan elemen 3M iaitu murah, mudah dan menarik, acara tahunan ini akan diisi aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan berbentuk pertandingan, persembahan dan riadah. JPM menerusi Badan Kebajikan dan Sukan JPM tidak ketinggalan menyahut program ini yang dilaksanakan dalam jangka masa satu minggu bermula 21 hingga 24 Oktober 2019. Pembuka tirai bagi Sambutan Bulan Sukan Negara @JPM 2019 ini adalah Majlis Kick Off yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ TKSUK pada 21 Oktober 2019 di Lobi B8, Kompleks JPM. Antara acara yang dipertandingkan adalah Kejohanan Futsal Piala TKSUK, Kejohanan Bola Jaring Piala Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JPM, Kejohanan Bola Tampar Piala TKSUK (P) dan Kejohanan Ping Pong Piala TKSUK (K&P). Semua bahagian dan penggabungan bahagian dan unit di Pentadbiran AM JPM telah terlibat secara langsung dalam kejohanan-kejohanan tersebut. Semoga semangat sukan yang ditunjukkan dapat dijadikan salah satu cara hidup semua warga kerja JPM serta menjadikan elemen work life balance dalam memastikan semua warga kerja dapat menyeimbangkan keperluan kerja dan sukan. Tahniah warga JPM! Edisi Oktober 2019

Tahniah warga JPM! JPM...3M iaitu murah, mudah dan menarik, acara tahunan ini akan diisi aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan berbentuk pertandingan, persembahan dan riadah. JPM

  • Author
    others

  • View
    4

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Tahniah warga JPM! JPM...3M iaitu murah, mudah dan menarik, acara tahunan ini akan diisi aktiviti...

  • Bulan Sukan Negara anjuran Kementerian Belia dan Sukan telah membuka tirai pada 1 Oktober 2019 dengan menyasarkan sebanyak lima juta penyertaan dari seluruh negara yang merangkumi pelbagai acara sukan di peringkat daerah dan negeri. Mengetengahkan elemen 3M iaitu murah, mudah dan menarik, acara tahunan ini akan diisi aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan berbentuk pertandingan, persembahan dan riadah.

    JPM menerusi Badan Kebajikan dan Sukan JPM tidak ketinggalan menyahut program ini yang dilaksanakan dalam jangka masa satu minggu bermula 21 hingga 24 Oktober 2019. Pembuka tirai bagi Sambutan Bulan Sukan Negara @JPM 2019 ini adalah Majlis Kick Off yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ TKSUK pada 21 Oktober 2019 di Lobi B8, Kompleks JPM. Antara acara yang dipertandingkan adalah Kejohanan Futsal Piala TKSUK, Kejohanan Bola Jaring Piala Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JPM, Kejohanan Bola Tampar Piala TKSUK (P) dan Kejohanan Ping Pong Piala TKSUK (K&P). Semua bahagian dan penggabungan bahagian dan unit di Pentadbiran AM JPM telah terlibat secara langsung dalam kejohanan-kejohanan tersebut.

    Semoga semangat sukan yang ditunjukkan dapat dijadikan salah satu cara hidup semua warga kerja JPM serta menjadikan elemen work life balance dalam memastikan semua warga kerja dapat menyeimbangkan keperluan kerja dan sukan.

    Tahniah warga JPM!

    Edisi Oktober 2019

  • CLOTHING BANK FOR DISASTER RELIEF PROJECT (CB4DR) SEMPENA BULAN KESIAPSIAGAAN NASIONAL 2019

    9 Oktober 2019 - Bulan Oktober setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Bulan Kesiapsiagaan Nasional yang bertujuan untuk memupuk budaya pengurusan risiko bencana di semua peringkat pentadbiran dan masyarakat. Selaras dengan itu, pelbagai program dilaksanakan di peringkat pusat dan tempatan.

    Antara program yang dilaksanakan pada tahun ini adalah Clothing Bank for Disaster Relief Project (CB4DR). CB4DR merupakan cetusan idea Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali semasa lawatan Pertubuhan Kebajikan Amal Silatulrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia) ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 4 Mac 2019. CB4DR melibatkan pengumpulan pakaian baharu atau terpakai, penyusunan dan pembungkusan pakaian secara sistematik serta penyimpanan dan agihan. Bagi memastikan pelaksanaan CB4DR mencapai matlamatnya, PUSPANITA Kementerian/Jabatan terlibat dan bertindak menyelaras pengumpulan pakaian yang disumbangkan dengan sasaran jumlah pakaian yang perlu dikumpul oleh Kementerian/Jabatan adalah 1,000 helai.

    Bagi tujuan ini, Jabatan Perdana Menteri telah menyahut kempen ini dengan mengadakan Majlis Pelancaran CB4DR yang telah diadakan pada 9 Oktober 2019 yang disempurnakan oleh YBhg. Datin Roslina binti Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Perdana Menteri. PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Perdana Menteri bertindak menyelaras pengumpulan sumbangan daripada warga Jabatan Perdana Menteri yang akan diserahkan kepada NADMA selaku sekretariat program pada 29 Oktober 2019.

    Syabas PUSPANITA Cawangan Kecil JPM di atas inisiatif murni ini!

  • 23 Oktober 2019 - Majlis Perhimpunan Bulanan TKSUK Bersama Warga JPM bagi bulan Oktober 2019 yang diadakan di Auditorium Blok B1, JPM kali ini telah dihoskan bersama oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) dengan tema “Syariah Asas Keadilan” yang merujuk kepada Institusi Kehakiman iaitu sebuah institusi yang menjalankan tugas keadilan di antara pihak-pihak yang bertikai, memberikan hukuman kepada yang menzalimi dan menyatakan hak kepada yang teraniaya. Institusi kehakiman adalah penting kepada pembangunan tamadun manusia, untuk menjadikan kehidupan manusia lebih tersusun dan berdisiplin. Justeru itu, bidang kehakiman adalah merupakan tugas yang mulia di samping memikul beban tanggungjawab serta amanah yang sangat berat.

    Sehubungan dengan itu, Dato’ Hasnol dalam ucapannya menyeru agar menjaga akhlak dan tatasusila sebagai rakyat Malaysia yang memang terkenal dengan masyarakat yang kaya akhlak, budaya dan perpaduan. Beliau juga memohon agar semua warga JPM menghindarkan diri

    daripada perilaku jenayah sama ada jenayah sivil, mahupun syariah kerana jenayah itu

    bukan sahaja membawa padah, malah akan memusnahkan sesuatu institusi bahkan boleh menghancurkan negara keseluruhannya.

    TEMA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN TKSUKBERSAMA WARGA JPM BAGI BULAN OKTOBER 2019

    “Syariah Asas Keadilan”

  • 23 Oktober 2019 – Sempena dengan Minggu Kesihatan JPM, Seksyen Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, JPM dengan kerjasama Kelab Bukit Perdana JPM telah menganjurkan program Hari Terbuka Psikologi JPM Tahun 2019 bertempat di Blok B1, Kompleks JPM bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

    Seramai 150 orang warga PAJPM termasuk ahli AKRAB JPM dan Polis Bantuan ini telah berjaya menghadiri program yang dapat membentuk kesedaran mengenai kepentingan persepsi positif di kalangan penjawat awam dan warga JPM khususnya. Selain itu, para peserta juga telah didedahkan mengenai kepentingan serta sumbangan persepsi positif terhadap kesejahteraan sesebuah organisasi dalam kehidupan seharian menerusi aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang program ini.

    Tahniah Seksyen Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, JPM di atas penganjuran Hari Terbuka Psikologi 2019.

    JABATAN PERDANA MENTERI 2019

    SEKSYEN PENGURUSAN PSIKOLOGIBAHAGIAN SUMBER MANUSIAJABATAN PERDANA MENTERI

    Hari Terbuka

    #PersepsiPositifPemangkinKesejahteraanOrganisasi

    P s i k o l o g i

  • PUSPANITA Cawangan JPM menggiatkan lagi program murni melalui Kembara Memperkasa Wanita dan Ziarah Semurni Kasih (CSR) ke Pulau Langkawi, Kedah pada 11 hingga 13 Oktober 2019 dengan melibatkan sebanyak 36 peserta yang diketuai oleh YBhg. Datin Roslina Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA JPM.

    Program seliaan Biro Sosial dan Lawatan, PUSPANITA Cawangan JPM ini telah memberi ruang kepada peserta untuk saling mengenali antara satu sama lain terutamanya kepada ahli PUSPANITA yang baru dilantik. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan ukhwah antara Ahli Jawatankuasa Induk PUSPANITA Cawangan JPM dan ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil. Selain itu, menerusi program ini ia sedikit sebanyak dapat membuktikan kepada masyarakat setempat bahawa peranan wanita di dalam Perkhidmatan Awam melalui PUSPANITA adalah besar dan mampu menyumbang tenaga dan idea ke arah pembangunan negara.

    Sepanjang program kembara ini, beberapa lokasi telah dijelajah dengan pengisian beberapa aktiviti yang bermanfaat dengan masyarakat setempat iaitu:

    Semoga program murni sebegini dapat dilaksanakan secara berterusan bagi mendekatkan lagi ahli PUSPANITA dengan masyarakat setempat demi untuk memartabatkan peranan wanita dalam perkhidmatan awam, kekeluargaan dan juga program kebajikan.

    a. Kampung Nelayan Pulau Toba, Langkawi

    b. UNIESCO Global Geopark, Langkawi

    Aktiviti PertandinganMembuat Kerabu Ikan KebasiPenyampaian sumbangan

    kepada Keluarga Asnaf

    KEMBARA MEMPERKASA WANITA DAN ZIARAH SEMURNI KASIH

  • WARGA BAHARU JPMBAGI BULAN OKTOBER 2019Jabatan Perdana Menteri merakamkan ucapan Selamat Datang kepada warga kerja baharu Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Oktober 2019. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat meningkatkan lagi prestasi cemerlang Jabatan Perdana Menteri dan terus unggul dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti.

    HAFIZA BINTI YAAKOBJuruaudit W52 (M)Bahagian Audit DalamTarikh Lapor Diri : 01 Oktober 2019

    SITI KHADIJAH BINTI SAAIDINPenolong Pegawai Tadbir N32 (M)Bahagian PembangunanTarikh Lapor Diri : 01 Oktober 2019

    AZRINA BINTI KAMISPenolong Pegawai Tadbir N29 Bahagian Sumber ManusiaTarikh Lapor Diri : 17 September 2019

  • JABATAN PERDANA MENTERI

    Diterbitkan oleh:UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

    Aras -1 Blok B8Jabatan Perdana Menteri

    Kompleks Jabatan Perdana MenteriPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62502 PutrajayaMalaysia

    www.jpm.gov.my

    Jab.PerdanaMenteri

    @jpmgov_

    jabatanperdanamenteri