66
OLEH : HJ SHAARI BIN HJ OMAR KJ JABATAN SAINS IPG KAMPUS KOTA BHARU TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF - · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

  • Upload
    phamdat

  • View
    254

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

OLEH :

HJ SHAARI BIN HJ OMAR

KJ JABATAN SAINS

IPG KAMPUS KOTA BHARU

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Page 2: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Memahami perkataan kognitif

Jean Piaget: Bila kita berfikir, menilai dan mencuba merasai

sesuatu dari sekeliling kita, kita melibatkan aktiviti kognitif.

Bila anda berfikir atau bila anda belajar, anda biasanya

menggunakan kemahiran kognitif anda.

Page 3: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

PERKEMBANGAN KOGNITIF

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

• Kanak-kanak yang baru lahir bukan sahaja berkembang dari segi fizikal sahaja tetapi berkembang juga dari segi sosial atau lebih tepat kognitif mereka.

• Perkembangan kognitif kanak-kanak pada asasnya adalah perkembangan dari segi keupayaan berfikir, belajar dan menyelesaikan masalah.

• Seseorang bayi belajar meneroka alam sekelilingnya dengan menggunakan tangan dan mata. Bagi bayi berumur 4 tahun telah boleh mengira.

• Realitinya kanak-kanak mula belajar dari ia dilahirkan ke dunia hinggalah ia melalui pelbagai tahap kehidupan dimana perkembangan ini semakin kompleks seiring dengan kematangan yang dicapai oleh mereka.

Page 4: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

KOGNITIF KANAK-KANAK

MENGGAMBARKAN KEUPAYAAN MEREKA

UNTUK:

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Mengkelaskan

Memahami konsep ruang

Memahami konsep nombor

Memahami konsep sains

Menyelesaikan masalah-masalah.

Page 5: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

KEMAJUAN KOGNITIF

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Boleh berkembang bila kanak-kanak berinteraksi atau

bermain dengan sesuatu perkara yang mudah tersedia

disekeliling mereka.

Kanak-kanak bermain dengan bahan-bahan yang tersedia

kesekelian kalinya dan merupakan pengalaman hidup yang

nyata.

Page 6: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Jean Piaget

Jerome Bruner

Robert Mills Gagne

Lev Semenovich Vygotsky.

Page 7: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Jean Piaget

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

• Bertanggungjawab memperkenalkan konsep kognitif

• Mengikut beliau, tahap pertama dari perkembangan kanak-

kanak ialah bertemakan pemikiran, penilaian dan memahami

dunia sekeliling bermula dari umur 2 tahun. Perkembangan

ini adalah perkembangan kognitif dan berlaku apabila kanak-

kanak itu berinteraksi dengan persekitaran mereka.

Page 8: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Piaget mengatakan

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Perkembangan Kognitif dilihat dari

pergerakan fizikal kanak-kanak.

Umur antara 0 hingga 2 tahun, kanak-

kanak secara fizikalnya aktif dalam

menyelidik, menonton, menggenggam

dan menghisap.

Sungguhpun begitu, perkembangan

kognitif akan lebih kompleks seperti

menyebut dan menggambarkan imej.

Kanak-kanak bermain

dengan blok.

Page 9: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Piaget percaya bahawa

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

• Kognitif adalah pengalaman dan pengumpulan semula sesuatu yang telah berlaku dan akan datang bagi menjadi asas kepada perkembangan seterusnya.

• sebagai contoh, pengalaman sebelum membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang pelbagai seperti menyusun blok dan memisahkan objek-objek mengikut warna dan saiz.

• Perkembangan kognitif adalah proses ingin tahu dalam kehidupan kanak-kanak. Mereka belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan ini membantu dalam perkembangan intelektual mereka seterusnya mereka belajar bagaimana untuk menghadapi cabaran hidup dalam dunia ini.

Page 10: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Mengikut Piaget

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

terdapat struktur-struktur logik atau skema dalam

perkembangan kita semenjak alam kanak-kanak. Struktur

logik ini menerangkan bagaimana kanak-kanak mengurus

objek dan peristiwa-peristewa yang berlaku dalam kehidupan

seharian mereka. Kelakuan dan cara berfikir mereka

menentukan struktur logik ini. Mereka menggunakan

struktur-struktur logik ini untuk menentukan bagaimana

mereka menyelesaikan sesuatu masalah.

Page 11: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

STRUKTUR LOGIK BOLEH DIUKUR

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

• Bila kanak-kanak 0 hingga 2 tahun, kanak-kanak telah terlibat dalam aktiviti menghisap, memerhati dan menyelidik.

• Bila pertumbuhan bertambah struktur logik menjadi lebih terkehadapan. Maka kanak-kanak mula melibatkan aktiviti-aktiviti intelektual seperti membuat sebutan, mengimbas dan menyusun perkataan. Berdasarkan pengalaman lepas dan pengumpulan semula maklumat, kanak-kanak lebih maju dan mampu menentukan aktiviti-aktiviti seperti membezakan objek samada diperbuat dari plastik atau kayu dan membuatkan pengelasan objek hidup dengan bukan hidup.

Page 12: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Mengikut Piaget

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

• Kanak-kanak adalah aktif dan mereka akan memperkembangkan kognitif mereka dengan pengalaman baru.

• Perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berterusan, bergerak dari satu tahap ke tahap seterusnya. Pada setiap tahap kanak-kanak mendapat pengalaman dari sesuatu yang baru .

• Pengalaman ini akan disimpan sebagai maklumat yang akan digunakan sebagai asas kepada kemajuan tahap seterusnya.

• perkembangan kognitif adalah berbeza antara seorang kanak-kanak dengan yang lain.

Page 13: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Element-Elemen Dalam Perkembangan

Kognitif

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Piaget menekankan dua elemen penting dalam perkembangan

kognitif kanak-kanak iaitu –

Asimilasi

Akomodasi

Page 14: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Asimilasi

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Terjadi apabila kanak-kanak menyepadukan maklumat baru ke dalam

pemikiran dan kelakuan yang sediaada. Sebagai contoh, bayi pegang

satu objek dan kemudian memasukkan ke dalam mulutnya. Ini

menunjukkan bayi itu tahu tentang bentuk dan tekstur objek yang

dipegangnya. Kemudian, ia akan cuba menyimpan maklumat yang

baru diterima itu untuk dia gunakan kemudiannya.

Page 15: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Akomodasi

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

• Berlaku apabila bayi mengakomodasikan struktur logik sediada untuk menerima maklumat yang baru dipelajari. Contoh, seorang bayi belajar bahawa bukan semua objek yang dimasukkan ke dalam mulutnya mempunyai rasa yang menyenangkan. Dia memasukkan sekeping biskut ke dalam mulutnya dan membuat asimilasi tentang biskut itu. Bayi itu telah belajar bahawa biskut itu adalah satu makanan.

Menyuap makan

• Tetapi sebaliknya, jika sekeping roti dimasukkan ke dalam mulutnya pada kali pertama dimana bayi itu akan mengaitkan kepingan roti tersebut dengan struktur biskut yang sudah dipelajarinya. Kemudian dia akan nyatakan bahawa struktur roti adalah berbeza dengan struktur biskut yang lebih awal dipelajarinya. Jadi proses untuk menerima roti tadi sebagai satu struktur makanan baru ialah proses akomodasi.

Page 16: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

RINGKASAN PIAGET

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

• Perkembangan kognitif merujuk kepada cara kanak-kanak berfikir, membuat keputusan dan memahami dunia di sekeliling mereka.

• Piaget menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui pengalaman dan memori dimana kedua-duanya adalah asas penting bagi perkembangan seterusnya.

• Peroses kognitif adalah penting bagi kehidupan kanak-kanak sebab melaluinyalah kanak-kanak belajar menyesuaikan diri.

• Proses asimilasi dan akomodasi berlaku apabila kanak-kanak menerima maklumat baru dan cuba memadankannya kepada maklumat yang telah sediada.

Page 17: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

REHAT

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Page 18: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Jerome Bruner

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Page 19: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Jerome Bruner

HJ SHAARI BIN OMAR

KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

• Secara keseluruhannya, Bruner bersetuju dengan apa yang

telah diperkatan oleh Piaget mengenai perkembangan kognitif

kanak-kanak.

• Mengikut Bruner, bahasa adalah paling utama dalam peroses

perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau percaya bahawa

perkembangan kognitif tidak akan berlaku tanpa bahasa. Oleh

sebab itu kanak-kanak perlu berinteraksi dengan yang lain

bagi mengembangkan kognitif mereka.

• Bagi Bruner (1966) telah mengenalpasti tiga thema bagi

memahami perkembangan kognitif tersebut.

Page 20: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Thema Pertama

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS

IPG KAMPUS KOTA BHARU

Ianya berkait dengan cara bagaimana kita mengurus dan

menyatakan pengalaman kita. Bruner menyatakan bahawa

kanak-kanak melalui tiga tahap iaitu enaktif, ikonik dan

simbolik. Setiap tahap ditunjukkan oleh kanak-kanak secara

unik mengikut pengalaman mereka.

Page 21: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Thema Kedua

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Gabungan perkembangan kanak-kanak dengan pengaruh

budaya. Bruner percaya bahawa perkembangan kognitif

kanak-kanak bukan semata-mata disebabkan oleh pengaruh

dalaman tetapi juga dipengaruhi oleh pengaruh luaran.

Page 22: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Thema Ketiga

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG

KAMPUS KOTA BHARU

Berkait dengan sejarah perkembangan manusia. Bruner percaya bahawa kita akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang menyelubungi kita .

Belajar melalui interaksi

Page 23: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

RINGKASAN BRUNER

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Sebagai tambahan kepada apa yang diutarakan oleh Piaget.

Bruner melihat bahawa bahasa adalah aspek yang penting

dalam perkembangan kognitif.

Mengikut beliau, berfikir tidak terjadi tanpa bahasa.

Perkembangan kognitif terjadi melalui interaksi sosial kanak-

kanak dengan yang lain.

Page 24: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

REHAT SEBENTAR

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Page 25: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

David Paul Ausubel

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Dilahirkan dalam tahun

1918 di New York, belajar

di New York university dan

merupakan pengikut Jean

Piaget.

Page 26: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Semasa Bruner menekankan teori pembelajaran secara

penemuan, Ausubel berpendapat bukan itu sahaja yang

penting tetapi gaya penerimaan pelajaran itu lebih penting.

Ini dikenali sebagai pembelajaran Bermakna (meaningful

learning). Pembelajaran bermakna mengikut Ausubel, ialah

yang boleh dicapai mengikut ciri-ciri tertentu iaitu:

Bahan logik yang signifikan.

Bahan yang signifikan dari segi saikologi

Sikap pelajar yang baik.

Page 27: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Dua Jenis Pembelajaran Menurut

Ausubel

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

1. Pembelajaran Bermakna (Meaningfull Learning)

Pembelajaran bermakna bila maklumat yang dipelajari MURID disusun sesuai dengan struktur kognitif yang dimiliki murid sehingga murid itu dapat mengaitkan maklumat barunya dengan struktur kognitif yang dimilikinya. Sehingga murid menjadi kuat ingatannya dan pemindahan ilmu mudah dicapai. Struktur kognitif berupa fakta-fakta, konsep-konsep maupun generalisasi yang telah diperolehi atau dipahami sebelumnya oleh murid.

2. Pembelajaran Menghafal (Rote Learning)

Bila struktur kognitif yang sesuai dengan fenomena baru itu belum ada maka maklumat baru tersebut harus dipelajari secara menghafal. Belajar menghafal ini perlu bila seseorang memperoleh maklumat baru yang tidak ada kaitan dengan apa yang telah diketahui sebelumnya.

Page 28: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Dua Dimensi Pembelajaran Bermakna

Menurut Ausubel

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

1. Cara maklumat pelajaran itu diberikan kepada murid melalui penerimaan atau penemuan.

2.Bagaimana murid dapat mengaitkan maklumat itu dengan struktur kognitif yang sediada. Jika murid hanya menghafal maklumat baru itu tanpa menghubungkan dengan struktur kognitifnya, maka terjadilah belajar dengan hafalan. Sebaliknya jika murid menghubungkan atau mengaitkan maklumat baru itu dengan struktur kognitifnya maka yang terjadilah pembelajaran bermakna.

Page 29: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Empat Jenis Pembelajaran Menurut

Ausubel

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Page 30: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

1. Pembelajaran Melalui Penemuan

Yang Bermakna

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Maklumat yang dipelajari ditentukan secara bebas oleh

murid. Murid kemudiannya menghubungkan pengetahuan

yang baru itu dengan struktur kognitif yang dimiliki.

Misalnya murid diminta menemukan sifat-sifat suatu bujur

sangkar. Dengan mengaitkan pengetahuan yang sudah

dimiliki, seperti sifat-sifat persegi panjang, murid dapat

menemui sendiri sifat-sifat bujur sangkar tersebut.

Page 31: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

2. Pembelajaran Melalui Penemuan

Tidak Bermakna

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Maklumat yang dipelajari ditentukan secara bebas oleh murid,

kemudian ia menghafalnya. Misalnya, murid menemui sifat-sifat

bujur sangkar tanpa tahu sifat-sifat geometri yang berkaitan

dengan segiempat dengan sifat-sifatnya, yaitu dengan penggaris

dan jangka. Dengan alat-alat ini dia menemui sifat-sifat bujur

sangkar dan kemudian menghafalnya.

Page 32: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

3. Pembelajaran Menerima Yang

Bermakna

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Maklumat yang telah tersusun secara logik di beri kepada

murid dan murid menghubungkan pengetahuan yang baru itu

dengan struktur kognitif yang dimiliki. Misalnya murid akan

mempelajari persamaan kuadrat. Guru mempersiapkan

bahan-bahan yang akan diberikan yang susunannya diatur

sedemikian rupa sehingga bahan persamaan kuadrat tersebut

dengan mudah tertanam kedalam konsep persamaan yang

sudah dimiliki murid. Karena pengertian persamaan lebih

inklusif daripada persamaan kuadrat, punca persamaan

tersebut dapat dipelajari murid secara bermakna.

Page 33: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

4. Pembelajaran Menerima Tidak

Bermakna

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Dari setiap jenis bahan yang diberi kepada pelajar dan pelajar

tersebut kemudian menghafalkannya. Di mana bahan yang

diberikan tadi tanpa mengambilkira pengetahuan yang sudah

dimiliki pelajar

Page 34: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Prasyarat Belajar Bermakna

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Page 35: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

1. Keadaan dan sikap pelajar terhadap

tugas, hendaknya bersesuaian dengan

Kebolehan murid.

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Apabila murid melaksanakan tugas dengan sikap bahwa ia ingin memahami bahan pelajaran dan mengaplikasikan bahan baru serta menghubungkan bahan pelajaran yang terdahulu, dikatakan murid itu belajar bahan baru dengan cara yang bermakna. Sebaliknya jika murid itu tidak berkehendak untuk mengaitkan bahan yang dipelajari dengan informasi yang dimiliki, maka belajar itu tidak bermakna. Ramai murid yang tidak berusaha memahami sains, mengalami kegagalan dan akhirnya membenci sains.

Page 36: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

2. Sesuai dengan struktur kognitif

murid

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Tugas-tugas yang diberikan kepada murid harus sesuai dengan struktur kognitif murid sehingga murid tersebut dapat mengasimilasi bahan baru secara bermakna.

Belajar bermakna pada tahap mula-mula memberikan pengertian kepada bahan baru sehingga bahan baru itu akan terserap dan kemudian diingat murid. Ia tidak menghafal rangsangan-respon yang terpisah-pisah.

Page 37: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

3.Tugas haruslah sesuai dengan tahap

perkembangan intelektual murid

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Murid yang masih di dalam tempoh operasi konkrit, bila

diberi bahan sains yang abstrak tanpa contoh-contoh konkrit

dari bahan tersebut, akan mengakibatkan murid itu tidak

mempunyai keinginan secara bermakna. Dengan demikian

murid hanya menghafal pelajaran tadi tanpa pengertian

sehingga murid mempelajari sains dengan pernyataan-

pernyataan ucapan yang tidak cermat dan tepat.

Page 38: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi

Belajar Bermakna

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Faktor-faktor utama yang mempengaruhi belajar bermakna menurut Ausubel adalah struktur kognitif yang ada, stabiliti, dan kejelasan pengetahuan dalam suatu bidang pembelajaran tertentu dan pada waktu tertentu. Sifat-sifat struktur kognitif menentukan kesahan dan kejelasan erti-erti yang timbul sewaktu informasi baru masuk ke dalam struktur kognitif itu; demikian pula sifat proses interaksi yang terjadi.

Jika struktur kognitif itu stabil, dan diatur dengan baik, maka erti-erti yang sahih dan jelas atau tidak meragukan akan timbul . Tetapi sebaliknya jika struktur kognitif itu tidak stabil, meragukan, dan tidak teratur, maka struktur kognitif itu cenderung menghambat proses pembelajaran.

Page 39: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Situasi Belajar Bermakna

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

1. Menjelaskan hubungan atau relevansi bahan-

bahan baru dengan bahan- bahan lama.

2. Lebih dahulu diberikan idea yang paling umum

dan kemudian hal- hal yang lebih terperinci.

3. Menunjukkan persamaan dan perbezaan antara

bahan baru dengan bahan lama.

4. Mengusahakan agar idea yang telah ada

dikuasai sepenuhnya sebelum idea yang baru

diberikan.

Page 40: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Tiga Kelebihan Belajar Bermakna

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

1. Informasi yang dipelajari secara bermakna

lebih lama diingat.

2. Informasi yang dipelajari secara

bermakna memudahkan proses belajar

berikutnya untuk bahan pelajaran yang serupa.

3. Informasi yang dipelajari secara bermakna

mempermudah belajar hal-hal yang serupa

walaupun telah terjadi lupa.

Page 41: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Dua Kelemahan Belajar Bermakna

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

1. Informasi yang dipelajari secara hafalan tidak lama diingat.

2. Jika pelajar berkeinginan untuk mempelajari sesuatu tanpa

mengaitkan hal yang satu dengan hal yang lain yang sudah

diketahuinya maka baik proses maupun hasil pembelajarannya

dapat dinyatakan sebagai hafalan dan tidak akan bermakna

sama sekali baginya.

Page 42: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Penerapan Pembelajaran Bermakna

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Ausubel berpendapat bahwa guru harus dapat mengembangkan potensi kognitif pelajar melalui proses belajar yang bermakna. Sama seperti Bruner dan Gagne, Ausubel beranggapan bahwa aktiviti belajar pelajar, terutama mereka yang berada di peringkat pendidikan rendah akan bermanfaat kalau mereka banyak dilibatkan dalam kegiatan langsung.

Namun untuk pelajar pada peringkat pendidikan lebih tinggi, maka kegiatan langsung akan memakan banyak waktu. Untuk mereka, menurut Ausubel, lebih efektif kalau guru menggunakan penjelasan, peta konsep, demonstrasi, diagram, dan ilustrasi. Inti dari teori belajar bermakna Ausubel adalah proses belajar akan mendatangkan hasil atau bermakna kalau kandungan pelajaran yang baru dapat menghubungkannya dengan konsep yang relevan yang sudah ada dalam struktur kognitif pelajar.

Page 43: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Asimilasi

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Semasa Belajar Bermakna pelajar dapat mengasimilasi

pembelajaran bermakna secara penerimaan, kandungan pelajaran

disajikan dalam bentuk akhir, sedangkan pembelajaran bermakna

secara penemuan, pelajar diharapkan dapat menemukan sendiri

informasi konsep atau dari kandungan pelajaran yang disampaikan.

Pembelajaran bermakna terjadi jika pelajar mampu mengkaitkan

kandungan pelajaran baru dengan struktur kognitif yang sudah ada.

Struktur kognitif tersebut dapat berupa fakta-fakta, konsep-konsep

maupun generalisasi yang telah diperoleh atau bahkan dipahami

sebelumnya oleh pelajar . Bruner memandang manusia sebagai

pemproses, pemikir, dan pencipta informasi.

Page 44: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

PENYESUAIAN DIRI

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Kanak-kanak harus menyesuaikan dirinya untuk melakukan

hal itu, sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak

menemukan sebuah benda yang menghalangi jalan bagi

mainannya (kereta mainan misalnya), Kanak-kanak tersebut

menemukan penyelesaian yang membuat dirinya dapat

memudahkan benda yang menghalangi itu dan mainannya

dapat berjalan lagi. Asimilasi di lain pihak, adalah kemampuan

Kanak-kanak mengubah untuk memenuhi apa yang ia

imajinasikan. Kanak-kanak memiliki idea apa yang ia inginkan

dan memodifikasi lingkungan untuk mencapai hal tersebut.

Page 45: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Modifikasi

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Kanak-kanak mungkin melakukan modifikasi melalui aktiviti

mental, misalnya seorang kanak-kanak berumur 4 tahun

menganggap penyedut minuman sebagai tongkat ajaib atau

lempengan plastik dianggapnya sebagi pedang yang ampuh.

Namun, dapat juga ia melakukannya dengan aktiviti fisikal,

misalnya seorang anak membuat istana pasir. Hal ini sering

dihubungkan dengan ‘bermain’ (play), yang sangat disukai

oleh anak-anak. Memang antara asimilasi dan bermain

terdapat hubungan yang sangat erat.

Page 46: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Bermain

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Kanak-kanak suka bermain dan asimilasi menjelaskan mekanisme psikologi mengenai hal itu. Dalam bermain kanak-kanak mentransformasikan objek-objek untuk memenuhi imajinasi yang ada pada dirinya. Secara mudah dapat dikatakan bahwa asimilasi melibatkan proses transformasi pengalaman di dalam pikiran, sedangkan akomodasi melibatkan proses penyesuaian pikiran terhadap pengalaman yang baru. Pada sembarang tahap (stage) perkembangan, akomodasi atau asimilasi salah satu untuk sementara mendominasi dan baru kemudian digantikan oleh yang lain. Akhirnya suatu keseimbangan (equilibrium) akan diperoleh (untuk tahapan tertentu) melalui proses penyeimbangan atau ekuilibrasi (equilibration). Ekuilibrasi adalah kemampuan kanak –kanak untuk menyusun dan mengatur.

Page 47: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Kaedah Ekspositori (Pendedahan)

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

David P. Ausubel berpendapat bahwa Kaedah ekspositori yang

baik merupakan cara mengajar yang paling efektif dan efisien

dalam menanamkan belajar bermakna. Murid tidak hanya

mendengar dan membuat catatan. Tetapi juga membuat

soalan latihan dan bertanya kalau tidak mengerti.

Beberapa hasil kajian (di Amerika Syarikat) menyatakan

kaedah ekspositori merupakan cara mengajar yang paling

efektif dan efisien. Demikian pula keyakinan sementara ahli

teori belajar-mengajar.

Page 48: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

2 Cara Belajar Ausubel

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

a. Belajar dengan menerima (reception learning)

Kandungan pelajaran yang disajikan kepada pelajar lengkap sampai bentuk akhir yang berupa rumus atau pola bilangan, maka cara belajar pelajar dikatakan belajar menerima. Misalnya luas segitiga diberikan lengkap sampai rumus .

b. Belajar melalui penemuan (discovery learning)

Belajar melalui penemuan, bentuk akhir yang berupa rumus, pola, atau aturan itu harus ditemukan sendiri oleh pelajar. Proses penemuannya dapat dilakukan sendiri atau dapat pula dengan bimbingan.

Page 49: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Belajar dengan menerima dan melalui penemuan kedua-duanya boleh menjadi belajar dengan menghafal atau belajar dengan pengertian

a. Belajar dengan menghafal (rote learning),

Jika dua orang pelajar belajar ; seorang belajar dengan menerima dan yang seorang lagi belajar dengan penemuan, tetapi selanjutnya mereka hanya menghafal bentuk akhir itu sebagai aturan untuk melakukan pembagian dengan pecahan, maka belajar mereka akhirnya hanya belajar menghafal saja.

b. Belajar dengan pengertian (meaningful learning).

Kalau seorang pelajar belajar teori Phytagoras lengkap hingga rumusnya dengan cara menerima, selanjutnya rumus itu selalu dikaitkan dengan hubungan antara ukuran segitiga , maka belajar menerima itu menjadi belajar dengan pengertian. Juga, bila seorang pelajar memperoleh teori Phytagoras itu melalui penemuan dan kemudian rumusnya selalu dikaitkannya dengan hubungan antara ukuran-ukuran segitiga , maka belajar dengan penemuan itu menjadi belajar dengan pengertian.

Page 50: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Pendekatan Deduktif

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Pendekatan deduktif merupakan cara menarik kesimpulan dari hal yang umum menjadi khusus. Penarikan kesimpulan secara deduktif biasanya menggunakan pola berpikir yang disebut silogisme. Ini terdiri dari 2 macam pernyataan yang benar dan sebuah kesimpulan. Kedua pernyataan pendukung silogisme disebut hipotesis . Kesimpulan diperoleh sebagai hasil penalaran deduktif berdasarkan hipotesis itu.

Mengajarkan konsep dengan pendekatan deduktif dimulakan dengan contoh-contoh yang dapat diberikan oleh guru atau oleh murid. Karena itu, guru harus dapat memperkirakan pendekatan mana sebaiknya yang dipakai untuk mengajarkan bahan tertentu di suatu kelas. Ada baiknya, para guru sains bertukar pendapat mengenai pendekatan yang lebih sesuai dipakai untuk mengajarkan bahan tertentu di suatu kelas berdasarkan pengalaman. Fakta yang diperoleh dari pengalaman merupakan salah suatu sumber pengetahuan.

Page 51: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

KESIMPULAN

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Menurut Ausubel ada dua jenis belajar : (1) Belajar bermakna (meaningful learning) dan (2) belajar menghafal (rote learning).

Belajar bermakna adalah suatu proses belajar di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dipunyai seseorang yang sedang belajar. Sedangkan belajar menghafal adalah peserta didik berusaha menerima dan menguasai bahan yang diberikan oleh guru atau yang dibaca tanpa makna.

Kaedah ekspositori sama seperti kaedah ceramah yang berpusatkan guru sebagai pemberi informasi (bahan pelajaran). Tetapi pada kaedah ekspositori dominasi guru banyak berkurang, karena tidak terus-menerus bicara. Ia berbicara pada awal pelajaran, menerangkan bahan dan contoh dan pada waktu-waktu yang diperlukan saja. Pelajar tidak hanya mendengar dan membuat catatan. Tetapi juga membuat soalan latihan dan bertanya kalau tidak mengerti.

Pendekatan Deduktif adalah pendekatan yang menggunakan penalaran deduktif dengan cara definisi diberikan terlebih dahulu, kemudian para pelajar diajak untuk menerapakan teori-teori melalui contoh yang sesuai dengan bahan yang diberikan sebelumnya oleh guru, atau dengan kata lain pendekatan yang menggunakan pola pikir logik untuk menarik suatu kesimpulan dari hal umum ke hal yang khusus.

Page 52: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940.

Gagne (1970) mengemukakan bahwa belajar adalah perubahan yang terjadi dalam kemampuan manusia yang terjadi setelah belajar secara terus menerus, bukan hanya disebabkan oleh proses pertumbuhan saja. Belajar terjadi apabila suatu rangsangan bersama dengan isi ingatan mempengaruhi murid sehingga perbuatannya (performance) berubah dari waktu sebelum ia mengalami situasi itu ke waktu setelah ia mengalami situasi tadi.

Robert Mills Gagne

lahir 21 Ogos 1916, di North

Andover, Massachusetts

Page 53: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Teori Pembelajaran Gagne

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

memperkenalkan 5 jenis atau peringkat pembelajaran. Setiap

jenis atau peringkat pembelajaran itu memerlukan arahan

yang berlainan. Faktor luaran dan dalaman adalah berbeza

mengikut setiap peringkat /jenis pembelajaran.

Keberkesanan utama pembelajaran pada peringkat ini adalah

untuk mengenalpasti keperluan dan pengisian bagi

melengkapkan pembelajaran peringkat tersebut.

Page 54: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Lima Peringkat Pembelajaran Gagne

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

1. Maklumat lisan – Kebolehan menggunakan simbol,label dan fakta dalam pembelajaran.

2. Kemahiran Intelek – Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses pembelajaran dan pemikiran.

3. Strategi Kognitif – Kebolehan memproses maklumat dan menyelesaikan masalah(menguasai prosesnya)

4. Kemahiran Motor- Memanipulasi dan kordinasi fizikal

eg: menulis ,berenang .

5. Sikap – mempamerkan tingkah laku dan tindakan (didedahkan kepadarole model dan perbincangan yang berhemah dan menarik,

Page 55: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Lapan Syarat Pembelajaran Gagne

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

1. Pembelajaran Isyarat berlaku secara semulajadi .

Contoh : bunyi loceng menandakan murid rehat

2. Pembelajaran rangsangan gerak balas merupakan satu

proses peneguhan.

Contoh : Pujian diberikan bagi memotivasikan murid

3. Pembelajaran melalui rangkaian iaitu satu gabungan beberapa

rangsangan.

Contoh : permainan bola jaring

4. Pertalian Bahasa , iaitu gabungan lebih daripada satu

rangsangan,murid dapat kaitkan yg dilihat dengan yang disebut

(menulis dan menyebut)

Page 56: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Lapan Syarat Pembelajaran Gagne

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

5. Pembelajaran diskriminasi iaitu pembelajaran yang

dapat membezakan pelbagai rangsangan walaupun kecil .

Contoh : Bezakan haiwan,kenal ciri-ciri.

6. Pembelajaran Konsep – Membina dan membentuk konsep

melalui contoh yang jelas.

Contoh : mengenal ciri-ciri haiwan mamalia

7. Pembelajaran hukum – Gabungan dua atau lebih konsep untuk

membentuk hukum . Melibatkan rumus,prinsip,teori dan

generalisasi (Contoh: Matematik)

8. Pembelajaran penyelesaian masalah – Melibatkan prinsip dan

rumus untuk menyelesaikan masalah situasi baru.

Page 57: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN

KOGNITIF DALAM PROSES P&P

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

1.Merangsang ingatan kanak-kanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan

pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses

pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif

dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya,

ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan

mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan

pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti

kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan

pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini

tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

Page 58: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN

KOGNITIF DALAM PROSES P&P

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

2. Membantu murid-murid mengingat semula.

Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

Page 59: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Rumusan Teori Gagne

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Pembelajaran berlaku daripada yang konkrit kepada abstrak.

Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid

mencapai celik akal dalam proses pembelajaran. Dalam

pengajaran dan pembelajaran, teori ini menekankan Proses

Penanggapan dan Pemprosesan Maklumat. Teori ini juga

menekankan proses peneguhan supaya pengajaran dan

pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan

Page 60: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

REHAT

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Page 61: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Lev Semenovich Vygotsky

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

• Vygotsky (1988) menekankan aspek kognitif seperti pemerhatian, memori dan kesedaran adalah lahir dari interaksi sosial manusia. Teori beliau merujuk kepada:

• Instrumen Rangsangan: Mengikut Vygotsky, kita menyesuaikan diri kita mengikut rangsangan yang diterima dan menggunakannya untuk mengawal kelakuan kita. Teori ini melihat individu sebagai agen di mana bentuk pembelajaran dan perkembangan adalah mengikut individu.

• Budaya: Vygotsky melihat bahasa sebagai alat budaya dalam pengurusan cara individu berfikir.

• Genetik: interaksi dengan yang lain akan meningkatkan keupayaan individu untuk berfikir dari aras bawah ke aras tertinggi. Ini dapat dilihat dalam perkembangan kanak-kanak di mana melibatkan tahap stabil, krisis dan tahap transformasi. Perkembangan individu boleh tersembunyi atau berkurangan pada ketiga-tiga tahap ini.

Page 62: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

TAHAP –TAHAP PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

TAHAP UMUR

Bayi 0.2 - 1 tahun

Awal Kanak-Kanak 1 - 3 tahun

Prasekolah 3 - 6 tahun

Sekolah Rendah 7 - 13 tahun

Remaja 13 17 tahun

Vygotsky divides the child’s development into various stages

Page 63: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Perkembangan Kanak-Kanak

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

• Pada setiap tahap pengalaman kanak-kanak tahap yang stabil

adalah pada permulaan dan akhir tahap krisis.

• Bila bayi berumur 12 bulan, dia mula merasa krisis atau tahap

transformasi yang menggabungkan tiga perkembangan baru

iaitu berjalan, bercakap dan bereaksi secara emosi.

• Mengikut Vygotsky, perkembangan bahasa adalah proses yang

penting dan menekankan kemahiran berucap

menggambarkan kompetensi intelektual dan berfikir. Pada

tahap ini kanak-kanak berterusan bertanyakan soalan dan

meningkatkan perbendaharaan kata mereka.

Page 64: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Mengikut Vygotsky

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Pembelajaran berlaku disebabkan pengaruh sosial pada

individu. Individu belajar untuk berinteraksi dengan

persekitarannya.

Kemajuan dalam perkembangan kanak-kanak boleh

meningkat jika kanak-kanak berintraksi dengan orang dewasa

berbanding secara perseorangan.

Bermain dengan orang dewasa.

Page 65: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

Dalam satu kajian, ibu yang mengajar

anaknya yang berumur 4-5 tahun

mengajukan lima set arahan seperti

berikut:

HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

BHARU

• Menyediakan kanak-kanak untuk pengucapan awam

• Memberi arahan sebutan yang khusus.

• Menyediakan bantuan dalam memilih bahan-bahan bagi tugasan yang diberi

• Menyediakan bahan-bahan untuk dikumpulkan dalam tugasan yang diberi dan

• Menunjukcara kepada kanak-kanak.

Page 66: TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF -  · PDF fileoleh : hj shaari bin hj omar kj jabatan sains ipg kampus kota bharu teori perkembangan kognitif

SEKIAN DAN TERIMA KASIH

HJ SHAARI BIN HJ OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS

KOTA BHARU