66
OLEH : HJ SHAARI BIN HJ OMAR KJ JABATAN SAINS IPG KAMPUS KOTA BHARU TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

TEORI+PERKEMBANGAN+KOGNITIF (1).pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • OLEH :

    HJ SHAARI BIN HJ OMAR

    KJ JABATAN SAINS

    IPG KAMPUS KOTA BHARU

    TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

  • KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Memahami perkataan kognitif

    Jean Piaget: Bila kita berfikir, menilai dan mencuba merasai

    sesuatu dari sekeliling kita, kita melibatkan aktiviti kognitif.

    Bila anda berfikir atau bila anda belajar, anda biasanya

    menggunakan kemahiran kognitif anda.

  • PERKEMBANGAN KOGNITIF

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Kanak-kanak yang baru lahir bukan sahaja berkembang dari segi fizikal sahaja tetapi berkembang juga dari segi sosial atau lebih tepat kognitif mereka.

    Perkembangan kognitif kanak-kanak pada asasnya adalah perkembangan dari segi keupayaan berfikir, belajar dan menyelesaikan masalah.

    Seseorang bayi belajar meneroka alam sekelilingnya dengan menggunakan tangan dan mata. Bagi bayi berumur 4 tahun telah boleh mengira.

    Realitinya kanak-kanak mula belajar dari ia dilahirkan ke dunia hinggalah ia melalui pelbagai tahap kehidupan dimana perkembangan ini semakin kompleks seiring dengan kematangan yang dicapai oleh mereka.

  • KOGNITIF KANAK-KANAK

    MENGGAMBARKAN KEUPAYAAN MEREKA

    UNTUK:

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Mengkelaskan

    Memahami konsep ruang

    Memahami konsep nombor

    Memahami konsep sains

    Menyelesaikan masalah-masalah.

  • KEMAJUAN KOGNITIF

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Boleh berkembang bila kanak-kanak berinteraksi atau

    bermain dengan sesuatu perkara yang mudah tersedia

    disekeliling mereka.

    Kanak-kanak bermain dengan bahan-bahan yang tersedia

    kesekelian kalinya dan merupakan pengalaman hidup yang

    nyata.

  • TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Jean Piaget

    Jerome Bruner

    Robert Mills Gagne

    Lev Semenovich Vygotsky.

  • Jean Piaget

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Bertanggungjawab memperkenalkan konsep kognitif

    Mengikut beliau, tahap pertama dari perkembangan kanak-

    kanak ialah bertemakan pemikiran, penilaian dan memahami

    dunia sekeliling bermula dari umur 2 tahun. Perkembangan

    ini adalah perkembangan kognitif dan berlaku apabila kanak-

    kanak itu berinteraksi dengan persekitaran mereka.

  • Piaget mengatakan

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Perkembangan Kognitif dilihat dari

    pergerakan fizikal kanak-kanak.

    Umur antara 0 hingga 2 tahun, kanak-

    kanak secara fizikalnya aktif dalam

    menyelidik, menonton, menggenggam

    dan menghisap.

    Sungguhpun begitu, perkembangan

    kognitif akan lebih kompleks seperti

    menyebut dan menggambarkan imej.

    Kanak-kanak bermain

    dengan blok.

  • Piaget percaya bahawa

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Kognitif adalah pengalaman dan pengumpulan semula sesuatu yang telah berlaku dan akan datang bagi menjadi asas kepada perkembangan seterusnya.

    sebagai contoh, pengalaman sebelum membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang pelbagai seperti menyusun blok dan memisahkan objek-objek mengikut warna dan saiz.

    Perkembangan kognitif adalah proses ingin tahu dalam kehidupan kanak-kanak. Mereka belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan ini membantu dalam perkembangan intelektual mereka seterusnya mereka belajar bagaimana untuk menghadapi cabaran hidup dalam dunia ini.

  • Mengikut Piaget

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    terdapat struktur-struktur logik atau skema dalam

    perkembangan kita semenjak alam kanak-kanak. Struktur

    logik ini menerangkan bagaimana kanak-kanak mengurus

    objek dan peristiwa-peristewa yang berlaku dalam kehidupan

    seharian mereka. Kelakuan dan cara berfikir mereka

    menentukan struktur logik ini. Mereka menggunakan

    struktur-struktur logik ini untuk menentukan bagaimana

    mereka menyelesaikan sesuatu masalah.

  • STRUKTUR LOGIK BOLEH DIUKUR

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Bila kanak-kanak 0 hingga 2 tahun, kanak-kanak telah terlibat dalam aktiviti menghisap, memerhati dan menyelidik.

    Bila pertumbuhan bertambah struktur logik menjadi lebih terkehadapan. Maka kanak-kanak mula melibatkan aktiviti-aktiviti intelektual seperti membuat sebutan, mengimbas dan menyusun perkataan. Berdasarkan pengalaman lepas dan pengumpulan semula maklumat, kanak-kanak lebih maju dan mampu menentukan aktiviti-aktiviti seperti membezakan objek samada diperbuat dari plastik atau kayu dan membuatkan pengelasan objek hidup dengan bukan hidup.

  • Mengikut Piaget

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Kanak-kanak adalah aktif dan mereka akan memperkembangkan kognitif mereka dengan pengalaman baru.

    Perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berterusan, bergerak dari satu tahap ke tahap seterusnya. Pada setiap tahap kanak-kanak mendapat pengalaman dari sesuatu yang baru .

    Pengalaman ini akan disimpan sebagai maklumat yang akan digunakan sebagai asas kepada kemajuan tahap seterusnya.

    perkembangan kognitif adalah berbeza antara seorang kanak-kanak dengan yang lain.

  • Element-Elemen Dalam Perkembangan

    Kognitif

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Piaget menekankan dua elemen penting dalam perkembangan

    kognitif kanak-kanak iaitu

    Asimilasi

    Akomodasi

  • Asimilasi

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Terjadi apabila kanak-kanak menyepadukan maklumat baru ke dalam

    pemikiran dan kelakuan yang sediaada. Sebagai contoh, bayi pegang

    satu objek dan kemudian memasukkan ke dalam mulutnya. Ini

    menunjukkan bayi itu tahu tentang bentuk dan tekstur objek yang

    dipegangnya. Kemudian, ia akan cuba menyimpan maklumat yang

    baru diterima itu untuk dia gunakan kemudiannya.

  • Akomodasi

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Berlaku apabila bayi mengakomodasikan struktur logik sediada untuk menerima maklumat yang baru dipelajari. Contoh, seorang bayi belajar bahawa bukan semua objek yang dimasukkan ke dalam mulutnya mempunyai rasa yang menyenangkan. Dia memasukkan sekeping biskut ke dalam mulutnya dan membuat asimilasi tentang biskut itu. Bayi itu telah belajar bahawa biskut itu adalah satu makanan.

    Menyuap makan

    Tetapi sebaliknya, jika sekeping roti dimasukkan ke dalam mulutnya pada kali pertama dimana bayi itu akan mengaitkan kepingan roti tersebut dengan struktur biskut yang sudah dipelajarinya. Kemudian dia akan nyatakan bahawa struktur roti adalah berbeza dengan struktur biskut yang lebih awal dipelajarinya. Jadi proses untuk menerima roti tadi sebagai satu struktur makanan baru ialah proses akomodasi.

  • RINGKASAN PIAGET

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Perkembangan kognitif merujuk kepada cara kanak-kanak berfikir, membuat keputusan dan memahami dunia di sekeliling mereka.

    Piaget menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui pengalaman dan memori dimana kedua-duanya adalah asas penting bagi perkembangan seterusnya.

    Peroses kognitif adalah penting bagi kehidupan kanak-kanak sebab melaluinyalah kanak-kanak belajar menyesuaikan diri.

    Proses asimilasi dan akomodasi berlaku apabila kanak-kanak menerima maklumat baru dan cuba memadankannya kepada maklumat yang telah sediada.

  • REHAT

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

  • Jerome Bruner

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

  • Jerome Bruner

    HJ SHAARI BIN OMAR

    KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Secara keseluruhannya, Bruner bersetuju dengan apa yang

    telah diperkatan oleh Piaget mengenai perkembangan kognitif

    kanak-kanak.

    Mengikut Bruner, bahasa adalah paling utama dalam peroses

    perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau percaya bahawa

    perkembangan kognitif tidak akan berlaku tanpa bahasa. Oleh

    sebab itu kanak-kanak perlu berinteraksi dengan yang lain

    bagi mengembangkan kognitif mereka.

    Bagi Bruner (1966) telah mengenalpasti tiga thema bagi

    memahami perkembangan kognitif tersebut.

  • Thema Pertama

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS

    IPG KAMPUS KOTA BHARU

    Ianya berkait dengan cara bagaimana kita mengurus dan

    menyatakan pengalaman kita. Bruner menyatakan bahawa

    kanak-kanak melalui tiga tahap iaitu enaktif, ikonik dan

    simbolik. Setiap tahap ditunjukkan oleh kanak-kanak secara

    unik mengikut pengalaman mereka.

  • Thema Kedua

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Gabungan perkembangan kanak-kanak dengan pengaruh

    budaya. Bruner percaya bahawa perkembangan kognitif

    kanak-kanak bukan semata-mata disebabkan oleh pengaruh

    dalaman tetapi juga dipengaruhi oleh pengaruh luaran.

  • Thema Ketiga

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG

    KAMPUS KOTA BHARU

    Berkait dengan sejarah perkembangan manusia. Bruner percaya bahawa kita akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang menyelubungi kita .

    Belajar melalui interaksi

  • RINGKASAN BRUNER

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Sebagai tambahan kepada apa yang diutarakan oleh Piaget.

    Bruner melihat bahawa bahasa adalah aspek yang penting

    dalam perkembangan kognitif.

    Mengikut beliau, berfikir tidak terjadi tanpa bahasa.

    Perkembangan kognitif terjadi melalui interaksi sosial kanak-

    kanak dengan yang lain.

  • REHAT SEBENTAR

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

  • David Paul Ausubel

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Dilahirkan dalam tahun

    1918 di New York, belajar

    di New York university dan

    merupakan pengikut Jean

    Piaget.

  • HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Semasa Bruner menekankan teori pembelajaran secara

    penemuan, Ausubel berpendapat bukan itu sahaja yang

    penting tetapi gaya penerimaan pelajaran itu lebih penting.

    Ini dikenali sebagai pembelajaran Bermakna (meaningful

    learning). Pembelajaran bermakna mengikut Ausubel, ialah

    yang boleh dicapai mengikut ciri-ciri tertentu iaitu:

    Bahan logik yang signifikan.

    Bahan yang signifikan dari segi saikologi

    Sikap pelajar yang baik.

  • Dua Jenis Pembelajaran Menurut

    Ausubel

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    1. Pembelajaran Bermakna (Meaningfull Learning)

    Pembelajaran bermakna bila maklumat yang dipelajari MURID disusun sesuai dengan struktur kognitif yang dimiliki murid sehingga murid itu dapat mengaitkan maklumat barunya dengan struktur kognitif yang dimilikinya. Sehingga murid menjadi kuat ingatannya dan pemindahan ilmu mudah dicapai. Struktur kognitif berupa fakta-fakta, konsep-konsep maupun generalisasi yang telah diperolehi atau dipahami sebelumnya oleh murid.

    2. Pembelajaran Menghafal (Rote Learning)

    Bila struktur kognitif yang sesuai dengan fenomena baru itu belum ada maka maklumat baru tersebut harus dipelajari secara menghafal. Belajar menghafal ini perlu bila seseorang memperoleh maklumat baru yang tidak ada kaitan dengan apa yang telah diketahui sebelumnya.

  • Dua Dimensi Pembelajaran Bermakna

    Menurut Ausubel

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    1. Cara maklumat pelajaran itu diberikan kepada murid melalui penerimaan atau penemuan.

    2.Bagaimana murid dapat mengaitkan maklumat itu dengan struktur kognitif yang sediada. Jika murid hanya menghafal maklumat baru itu tanpa menghubungkan dengan struktur kognitifnya, maka terjadilah belajar dengan hafalan. Sebaliknya jika murid menghubungkan atau mengaitkan maklumat baru itu dengan struktur kognitifnya maka yang terjadilah pembelajaran bermakna.

  • Empat Jenis Pembelajaran Menurut

    Ausubel

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

  • 1. Pembelajaran Melalui Penemuan

    Yang Bermakna

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Maklumat yang dipelajari ditentukan secara bebas oleh

    murid. Murid kemudiannya menghubungkan pengetahuan

    yang baru itu dengan struktur kognitif yang dimiliki.

    Misalnya murid diminta menemukan sifat-sifat suatu bujur

    sangkar. Dengan mengaitkan pengetahuan yang sudah

    dimiliki, seperti sifat-sifat persegi panjang, murid dapat

    menemui sendiri sifat-sifat bujur sangkar tersebut.

  • 2. Pembelajaran Melalui Penemuan

    Tidak Bermakna

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Maklumat yang dipelajari ditentukan secara bebas oleh murid,

    kemudian ia menghafalnya. Misalnya, murid menemui sifat-sifat

    bujur sangkar tanpa tahu sifat-sifat geometri yang berkaitan

    dengan segiempat dengan sifat-sifatnya, yaitu dengan penggaris

    dan jangka. Dengan alat-alat ini dia menemui sifat-sifat bujur

    sangkar dan kemudian menghafalnya.

  • 3. Pembelajaran Menerima Yang

    Bermakna

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Maklumat yang telah tersusun secara logik di beri kepada

    murid dan murid menghubungkan pengetahuan yang baru itu

    dengan struktur kognitif yang dimiliki. Misalnya murid akan

    mempelajari persamaan kuadrat. Guru mempersiapkan

    bahan-bahan yang akan diberikan yang susunannya diatur

    sedemikian rupa sehingga bahan persamaan kuadrat tersebut

    dengan mudah tertanam kedalam konsep persamaan yang

    sudah dimiliki murid. Karena pengertian persamaan lebih

    inklusif daripada persamaan kuadrat, punca persamaan

    tersebut dapat dipelajari murid secara bermakna.

  • 4. Pembelajaran Menerima Tidak

    Bermakna

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Dari setiap jenis bahan yang diberi kepada pelajar dan pelajar

    tersebut kemudian menghafalkannya. Di mana bahan yang

    diberikan tadi tanpa mengambilkira pengetahuan yang sudah

    dimiliki pelajar

  • Prasyarat Belajar Bermakna

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

  • 1. Keadaan dan sikap pelajar terhadap

    tugas, hendaknya bersesuaian dengan

    Kebolehan murid.

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Apabila murid melaksanakan tugas dengan sikap bahwa ia ingin memahami bahan pelajaran dan mengaplikasikan bahan baru serta menghubungkan bahan pelajaran yang terdahulu, dikatakan murid itu belajar bahan baru dengan cara yang bermakna. Sebaliknya jika murid itu tidak berkehendak untuk mengaitkan bahan yang dipelajari dengan informasi yang dimiliki, maka belajar itu tidak bermakna. Ramai murid yang tidak berusaha memahami sains, mengalami kegagalan dan akhirnya membenci sains.

  • 2. Sesuai dengan struktur kognitif

    murid

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Tugas-tugas yang diberikan kepada murid harus sesuai dengan struktur kognitif murid sehingga murid tersebut dapat mengasimilasi bahan baru secara bermakna.

    Belajar bermakna pada tahap mula-mula memberikan pengertian kepada bahan baru sehingga bahan baru itu akan terserap dan kemudian diingat murid. Ia tidak menghafal rangsangan-respon yang terpisah-pisah.

  • 3.Tugas haruslah sesuai dengan tahap

    perkembangan intelektual murid

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Murid yang masih di dalam tempoh operasi konkrit, bila

    diberi bahan sains yang abstrak tanpa contoh-contoh konkrit

    dari bahan tersebut, akan mengakibatkan murid itu tidak

    mempunyai keinginan secara bermakna. Dengan demikian

    murid hanya menghafal pelajaran tadi tanpa pengertian

    sehingga murid mempelajari sains dengan pernyataan-

    pernyataan ucapan yang tidak cermat dan tepat.

  • Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi

    Belajar Bermakna

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Faktor-faktor utama yang mempengaruhi belajar bermakna menurut Ausubel adalah struktur kognitif yang ada, stabiliti, dan kejelasan pengetahuan dalam suatu bidang pembelajaran tertentu dan pada waktu tertentu. Sifat-sifat struktur kognitif menentukan kesahan dan kejelasan erti-erti yang timbul sewaktu informasi baru masuk ke dalam struktur kognitif itu; demikian pula sifat proses interaksi yang terjadi.

    Jika struktur kognitif itu stabil, dan diatur dengan baik, maka erti-erti yang sahih dan jelas atau tidak meragukan akan timbul . Tetapi sebaliknya jika struktur kognitif itu tidak stabil, meragukan, dan tidak teratur, maka struktur kognitif itu cenderung menghambat proses pembelajaran.

  • Situasi Belajar Bermakna

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    1. Menjelaskan hubungan atau relevansi bahan-

    bahan baru dengan bahan- bahan lama.

    2. Lebih dahulu diberikan idea yang paling umum

    dan kemudian hal- hal yang lebih terperinci.

    3. Menunjukkan persamaan dan perbezaan antara

    bahan baru dengan bahan lama.

    4. Mengusahakan agar idea yang telah ada

    dikuasai sepenuhnya sebelum idea yang baru

    diberikan.

  • Tiga Kelebihan Belajar Bermakna

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    1. Informasi yang dipelajari secara bermakna

    lebih lama diingat.

    2. Informasi yang dipelajari secara

    bermakna memudahkan proses belajar

    berikutnya untuk bahan pelajaran yang serupa.

    3. Informasi yang dipelajari secara bermakna

    mempermudah belajar hal-hal yang serupa

    walaupun telah terjadi lupa.

  • Dua Kelemahan Belajar Bermakna

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    1. Informasi yang dipelajari secara hafalan tidak lama diingat.

    2. Jika pelajar berkeinginan untuk mempelajari sesuatu tanpa

    mengaitkan hal yang satu dengan hal yang lain yang sudah

    diketahuinya maka baik proses maupun hasil pembelajarannya

    dapat dinyatakan sebagai hafalan dan tidak akan bermakna

    sama sekali baginya.

  • Penerapan Pembelajaran Bermakna

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Ausubel berpendapat bahwa guru harus dapat mengembangkan potensi kognitif pelajar melalui proses belajar yang bermakna. Sama seperti Bruner dan Gagne, Ausubel beranggapan bahwa aktiviti belajar pelajar, terutama mereka yang berada di peringkat pendidikan rendah akan bermanfaat kalau mereka banyak dilibatkan dalam kegiatan langsung.

    Namun untuk pelajar pada peringkat pendidikan lebih tinggi, maka kegiatan langsung akan memakan banyak waktu. Untuk mereka, menurut Ausubel, lebih efektif kalau guru menggunakan penjelasan, peta konsep, demonstrasi, diagram, dan ilustrasi. Inti dari teori belajar bermakna Ausubel adalah proses belajar akan mendatangkan hasil atau bermakna kalau kandungan pelajaran yang baru dapat menghubungkannya dengan konsep yang relevan yang sudah ada dalam struktur kognitif pelajar.

  • Asimilasi

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Semasa Belajar Bermakna pelajar dapat mengasimilasi

    pembelajaran bermakna secara penerimaan, kandungan pelajaran

    disajikan dalam bentuk akhir, sedangkan pembelajaran bermakna

    secara penemuan, pelajar diharapkan dapat menemukan sendiri

    informasi konsep atau dari kandungan pelajaran yang disampaikan.

    Pembelajaran bermakna terjadi jika pelajar mampu mengkaitkan

    kandungan pelajaran baru dengan struktur kognitif yang sudah ada.

    Struktur kognitif tersebut dapat berupa fakta-fakta, konsep-konsep

    maupun generalisasi yang telah diperoleh atau bahkan dipahami

    sebelumnya oleh pelajar . Bruner memandang manusia sebagai

    pemproses, pemikir, dan pencipta informasi.

  • PENYESUAIAN DIRI

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Kanak-kanak harus menyesuaikan dirinya untuk melakukan

    hal itu, sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak

    menemukan sebuah benda yang menghalangi jalan bagi

    mainannya (kereta mainan misalnya), Kanak-kanak tersebut

    menemukan penyelesaian yang membuat dirinya dapat

    memudahkan benda yang menghalangi itu dan mainannya

    dapat berjalan lagi. Asimilasi di lain pihak, adalah kemampuan

    Kanak-kanak mengubah untuk memenuhi apa yang ia

    imajinasikan. Kanak-kanak memiliki idea apa yang ia inginkan

    dan memodifikasi lingkungan untuk mencapai hal tersebut.

  • Modifikasi

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Kanak-kanak mungkin melakukan modifikasi melalui aktiviti

    mental, misalnya seorang kanak-kanak berumur 4 tahun

    menganggap penyedut minuman sebagai tongkat ajaib atau

    lempengan plastik dianggapnya sebagi pedang yang ampuh.

    Namun, dapat juga ia melakukannya dengan aktiviti fisikal,

    misalnya seorang anak membuat istana pasir. Hal ini sering

    dihubungkan dengan bermain (play), yang sangat disukai

    oleh anak-anak. Memang antara asimilasi dan bermain

    terdapat hubungan yang sangat erat.

  • Bermain

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Kanak-kanak suka bermain dan asimilasi menjelaskan mekanisme psikologi mengenai hal itu. Dalam bermain kanak-kanak mentransformasikan objek-objek untuk memenuhi imajinasi yang ada pada dirinya. Secara mudah dapat dikatakan bahwa asimilasi melibatkan proses transformasi pengalaman di dalam pikiran, sedangkan akomodasi melibatkan proses penyesuaian pikiran terhadap pengalaman yang baru. Pada sembarang tahap (stage) perkembangan, akomodasi atau asimilasi salah satu untuk sementara mendominasi dan baru kemudian digantikan oleh yang lain. Akhirnya suatu keseimbangan (equilibrium) akan diperoleh (untuk tahapan tertentu) melalui proses penyeimbangan atau ekuilibrasi (equilibration). Ekuilibrasi adalah kemampuan kanak kanak untuk menyusun dan mengatur.

  • Kaedah Ekspositori (Pendedahan)

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    David P. Ausubel berpendapat bahwa Kaedah ekspositori yang

    baik merupakan cara mengajar yang paling efektif dan efisien

    dalam menanamkan belajar bermakna. Murid tidak hanya

    mendengar dan membuat catatan. Tetapi juga membuat

    soalan latihan dan bertanya kalau tidak mengerti.

    Beberapa hasil kajian (di Amerika Syarikat) menyatakan

    kaedah ekspositori merupakan cara mengajar yang paling

    efektif dan efisien. Demikian pula keyakinan sementara ahli

    teori belajar-mengajar.

  • 2 Cara Belajar Ausubel

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    a. Belajar dengan menerima (reception learning)

    Kandungan pelajaran yang disajikan kepada pelajar lengkap sampai bentuk akhir yang berupa rumus atau pola bilangan, maka cara belajar pelajar dikatakan belajar menerima. Misalnya luas segitiga diberikan lengkap sampai rumus .

    b. Belajar melalui penemuan (discovery learning)

    Belajar melalui penemuan, bentuk akhir yang berupa rumus, pola, atau aturan itu harus ditemukan sendiri oleh pelajar. Proses penemuannya dapat dilakukan sendiri atau dapat pula dengan bimbingan.

  • HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Belajar dengan menerima dan melalui penemuan kedua-duanya boleh menjadi belajar dengan menghafal atau belajar dengan pengertian

    a. Belajar dengan menghafal (rote learning),

    Jika dua orang pelajar belajar ; seorang belajar dengan menerima dan yang seorang lagi belajar dengan penemuan, tetapi selanjutnya mereka hanya menghafal bentuk akhir itu sebagai aturan untuk melakukan pembagian dengan pecahan, maka belajar mereka akhirnya hanya belajar menghafal saja.

    b. Belajar dengan pengertian (meaningful learning).

    Kalau seorang pelajar belajar teori Phytagoras lengkap hingga rumusnya dengan cara menerima, selanjutnya rumus itu selalu dikaitkan dengan hubungan antara ukuran segitiga , maka belajar menerima itu menjadi belajar dengan pengertian. Juga, bila seorang pelajar memperoleh teori Phytagoras itu melalui penemuan dan kemudian rumusnya selalu dikaitkannya dengan hubungan antara ukuran-ukuran segitiga , maka belajar dengan penemuan itu menjadi belajar dengan pengertian.

  • Pendekatan Deduktif

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Pendekatan deduktif merupakan cara menarik kesimpulan dari hal yang umum menjadi khusus. Penarikan kesimpulan secara deduktif biasanya menggunakan pola berpikir yang disebut silogisme. Ini terdiri dari 2 macam pernyataan yang benar dan sebuah kesimpulan. Kedua pernyataan pendukung silogisme disebut hipotesis . Kesimpulan diperoleh sebagai hasil penalaran deduktif berdasarkan hipotesis itu.

    Mengajarkan konsep dengan pendekatan deduktif dimulakan dengan contoh-contoh yang dapat diberikan oleh guru atau oleh murid. Karena itu, guru harus dapat memperkirakan pendekatan mana sebaiknya yang dipakai untuk mengajarkan bahan tertentu di suatu kelas. Ada baiknya, para guru sains bertukar pendapat mengenai pendekatan yang lebih sesuai dipakai untuk mengajarkan bahan tertentu di suatu kelas berdasarkan pengalaman. Fakta yang diperoleh dari pengalaman merupakan salah suatu sumber pengetahuan.

  • KESIMPULAN

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Menurut Ausubel ada dua jenis belajar : (1) Belajar bermakna (meaningful learning) dan (2) belajar menghafal (rote learning).

    Belajar bermakna adalah suatu proses belajar di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dipunyai seseorang yang sedang belajar. Sedangkan belajar menghafal adalah peserta didik berusaha menerima dan menguasai bahan yang diberikan oleh guru atau yang dibaca tanpa makna.

    Kaedah ekspositori sama seperti kaedah ceramah yang berpusatkan guru sebagai pemberi informasi (bahan pelajaran). Tetapi pada kaedah ekspositori dominasi guru banyak berkurang, karena tidak terus-menerus bicara. Ia berbicara pada awal pelajaran, menerangkan bahan dan contoh dan pada waktu-waktu yang diperlukan saja. Pelajar tidak hanya mendengar dan membuat catatan. Tetapi juga membuat soalan latihan dan bertanya kalau tidak mengerti.

    Pendekatan Deduktif adalah pendekatan yang menggunakan penalaran deduktif dengan cara definisi diberikan terlebih dahulu, kemudian para pelajar diajak untuk menerapakan teori-teori melalui contoh yang sesuai dengan bahan yang diberikan sebelumnya oleh guru, atau dengan kata lain pendekatan yang menggunakan pola pikir logik untuk menarik suatu kesimpulan dari hal umum ke hal yang khusus.

  • HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940.

    Gagne (1970) mengemukakan bahwa belajar adalah perubahan yang terjadi dalam kemampuan manusia yang terjadi setelah belajar secara terus menerus, bukan hanya disebabkan oleh proses pertumbuhan saja. Belajar terjadi apabila suatu rangsangan bersama dengan isi ingatan mempengaruhi murid sehingga perbuatannya (performance) berubah dari waktu sebelum ia mengalami situasi itu ke waktu setelah ia mengalami situasi tadi.

    Robert Mills Gagne

    lahir 21 Ogos 1916, di North

    Andover, Massachusetts

  • Teori Pembelajaran Gagne

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    memperkenalkan 5 jenis atau peringkat pembelajaran. Setiap

    jenis atau peringkat pembelajaran itu memerlukan arahan

    yang berlainan. Faktor luaran dan dalaman adalah berbeza

    mengikut setiap peringkat /jenis pembelajaran.

    Keberkesanan utama pembelajaran pada peringkat ini adalah

    untuk mengenalpasti keperluan dan pengisian bagi

    melengkapkan pembelajaran peringkat tersebut.

  • Lima Peringkat Pembelajaran Gagne

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    1. Maklumat lisan Kebolehan menggunakan simbol,label dan fakta dalam pembelajaran.

    2. Kemahiran Intelek Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses pembelajaran dan pemikiran.

    3. Strategi Kognitif Kebolehan memproses maklumat dan menyelesaikan masalah(menguasai prosesnya)

    4. Kemahiran Motor- Memanipulasi dan kordinasi fizikal

    eg: menulis ,berenang .

    5. Sikap mempamerkan tingkah laku dan tindakan (didedahkan kepadarole model dan perbincangan yang berhemah dan menarik,

  • Lapan Syarat Pembelajaran Gagne

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    1. Pembelajaran Isyarat berlaku secara semulajadi .

    Contoh : bunyi loceng menandakan murid rehat

    2. Pembelajaran rangsangan gerak balas merupakan satu

    proses peneguhan.

    Contoh : Pujian diberikan bagi memotivasikan murid

    3. Pembelajaran melalui rangkaian iaitu satu gabungan beberapa

    rangsangan.

    Contoh : permainan bola jaring

    4. Pertalian Bahasa , iaitu gabungan lebih daripada satu

    rangsangan,murid dapat kaitkan yg dilihat dengan yang disebut

    (menulis dan menyebut)

  • Lapan Syarat Pembelajaran Gagne

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    5. Pembelajaran diskriminasi iaitu pembelajaran yang

    dapat membezakan pelbagai rangsangan walaupun kecil .

    Contoh : Bezakan haiwan,kenal ciri-ciri.

    6. Pembelajaran Konsep Membina dan membentuk konsep

    melalui contoh yang jelas.

    Contoh : mengenal ciri-ciri haiwan mamalia

    7. Pembelajaran hukum Gabungan dua atau lebih konsep untuk

    membentuk hukum . Melibatkan rumus,prinsip,teori dan

    generalisasi (Contoh: Matematik)

    8. Pembelajaran penyelesaian masalah Melibatkan prinsip dan

    rumus untuk menyelesaikan masalah situasi baru.

  • IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN

    KOGNITIF DALAM PROSES P&P

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    1.Merangsang ingatan kanak-kanak semula.

    Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan

    pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses

    pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif

    dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya,

    ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan

    mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan

    pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti

    kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan

    pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini

    tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

  • IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN

    KOGNITIF DALAM PROSES P&P

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    2. Membantu murid-murid mengingat semula.

    Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

  • Rumusan Teori Gagne

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Pembelajaran berlaku daripada yang konkrit kepada abstrak.

    Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid

    mencapai celik akal dalam proses pembelajaran. Dalam

    pengajaran dan pembelajaran, teori ini menekankan Proses

    Penanggapan dan Pemprosesan Maklumat. Teori ini juga

    menekankan proses peneguhan supaya pengajaran dan

    pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan

  • REHAT

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

  • Lev Semenovich Vygotsky

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Vygotsky (1988) menekankan aspek kognitif seperti pemerhatian, memori dan kesedaran adalah lahir dari interaksi sosial manusia. Teori beliau merujuk kepada:

    Instrumen Rangsangan: Mengikut Vygotsky, kita menyesuaikan diri kita mengikut rangsangan yang diterima dan menggunakannya untuk mengawal kelakuan kita. Teori ini melihat individu sebagai agen di mana bentuk pembelajaran dan perkembangan adalah mengikut individu.

    Budaya: Vygotsky melihat bahasa sebagai alat budaya dalam pengurusan cara individu berfikir.

    Genetik: interaksi dengan yang lain akan meningkatkan keupayaan individu untuk berfikir dari aras bawah ke aras tertinggi. Ini dapat dilihat dalam perkembangan kanak-kanak di mana melibatkan tahap stabil, krisis dan tahap transformasi. Perkembangan individu boleh tersembunyi atau berkurangan pada ketiga-tiga tahap ini.

  • TAHAP TAHAP PERKEMBANGAN

    KANAK-KANAK

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    TAHAP UMUR

    Bayi 0.2 - 1 tahun

    Awal Kanak-Kanak 1 - 3 tahun

    Prasekolah 3 - 6 tahun

    Sekolah Rendah 7 - 13 tahun

    Remaja 13 17 tahun

    Vygotsky divides the childs development into various stages

  • Perkembangan Kanak-Kanak

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Pada setiap tahap pengalaman kanak-kanak tahap yang stabil

    adalah pada permulaan dan akhir tahap krisis.

    Bila bayi berumur 12 bulan, dia mula merasa krisis atau tahap

    transformasi yang menggabungkan tiga perkembangan baru

    iaitu berjalan, bercakap dan bereaksi secara emosi.

    Mengikut Vygotsky, perkembangan bahasa adalah proses yang

    penting dan menekankan kemahiran berucap

    menggambarkan kompetensi intelektual dan berfikir. Pada

    tahap ini kanak-kanak berterusan bertanyakan soalan dan

    meningkatkan perbendaharaan kata mereka.

  • Mengikut Vygotsky

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Pembelajaran berlaku disebabkan pengaruh sosial pada

    individu. Individu belajar untuk berinteraksi dengan

    persekitarannya.

    Kemajuan dalam perkembangan kanak-kanak boleh

    meningkat jika kanak-kanak berintraksi dengan orang dewasa

    berbanding secara perseorangan.

    Bermain dengan orang dewasa.

  • Dalam satu kajian, ibu yang mengajar

    anaknya yang berumur 4-5 tahun

    mengajukan lima set arahan seperti

    berikut:

    HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

    BHARU

    Menyediakan kanak-kanak untuk pengucapan awam

    Memberi arahan sebutan yang khusus.

    Menyediakan bantuan dalam memilih bahan-bahan bagi tugasan yang diberi

    Menyediakan bahan-bahan untuk dikumpulkan dalam tugasan yang diberi dan

    Menunjukcara kepada kanak-kanak.

  • SEKIAN DAN TERIMA KASIH

    HJ SHAARI BIN HJ OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS

    KOTA BHARU