text_BH_20160109_001

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/26/2019 text_BH_20160109_001

    1/1

    Publication: Berita Harian

    Date of publication:Jan 9, 2016- Headline:TPPA bakal beri impak positif eksport komoditi- Section

    Heading:Berita Sawit- Page Number:001- Byline / Author:Oleh Noor Asmawati Abdul Samad- Zone:

    A-All- Length count:305

    Putrajaya: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) diyakini akan memberi impak positif dan membuka

    pasaran yang lebih luas bagi produk komoditi negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,

    Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Beliau berkata, dalam pasaran global, masih banyak lagi ruang untuk MPIC meningkatkan usaha bagi

    memperteguhkan eksport komoditi negara.

    "MPIC terbabit dari awal lagi dalam rundingan TPPA yang membabitkan 12 negara Asia Pasifik yang

    dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015 lalu.

    "Negara-negara TPPA adalah di antara pasaran terbesar bagi produk komoditi Malaysia, di mana pada tahun

    2014 sahaja, dianggarkan RM32.64 bilion eksport komoditi dicatatkan di kalangan tersebut," katanya ketika

    berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang di

    MPIC, baru-baru ini.

    Beliau berkata, berdasarkan analisa awal yang dibuat, TPPA bakal memberikan kelebihan perdagangan bagi

    produk komoditi negara berbanding negara pesaing seperti Indonesia dan Thailand yang bukan ahli TPPA.

    "Di bawah TPPA, Malaysia bakal menikmati akses pasaran yang lebih baik terutamanya bagi produk sawit,

    kayu-kayan dan perabot di pasaran Amerika Syarikat, Mexico, Peru dan Canada melalui penghapusan tarifyang akan berkuat kuasa serta-merta (entry into force) apabila perjanjian tersebut ditandatangani," ujarnya.

    Kekal elemen kritikal

    Katanya lagi, Malaysia juga berjaya mengekalkan elemen yang kritikal seperti kadar cukai eksport dan ses.

    "Produk komoditi yang sensitif diberikan tempoh adaptasi serta perlindungan yang bersesuaian untuk

    memastikan industri kita dapat terus dibangunkan.

    Beliau turut menggesa semua agensi dan majlis di bawah MPIC menggandakan usaha bagi memastikan

    pencapaian eksport produk komoditi terus diperkukuhkan.

    Pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) bagi

    tahun 2014 kepada anggota MPIC dan agensi.

    Anugerah ini adalah penghargaan Kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam yang bukan sahaja

    mempamerkan perkhidmatan cemerlang, bahkan mereka juga terbabit dalam pelbagai aktiviti luar yang telah

    mengharumkan nama Kementerian.

    NSTP PDF report 05/31/16 15:22:15 1/1