Upload
mohamad-rizzal-wahab
View
133
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN
MTE 3109
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANGBINTANGOR, SARAWAK
NAMA PELAJAR : MOHAMAD RIZZAL BIN WAHAB
NOMBOR KAD PENGENALAN : 800624-13-5153
KUMPULAN : MATEMATIK 2(PPG KOHOT 1)
KOD MATA PELAJARAN : MTE 3109
NAMA PENSYARAH KURSUS : EN. PANTING BELUBAU
TARIKH SERAHAN : 24 OGOS 2013
Pengenalan
Kemahiran Pedagogi ialah satu aspek yang amat penting bagi guru untuk
menyampaikan isi kandungan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran pedagogi bermaksud guru dapat menguasai kaedah, teknik dan strategi
yang bersesuaian dalam pengajaran dengan tujuan membantu murid memahami
dan menguasai sesuatu konsep. Seorang guru matematik yang efektif perlu arif
tentang langkah- langkah perkembangan yang perlu diambil kira dalam pembinaan
sesuatu konsep khususnya bagi nombor bulat.
Penguasaan pelajar terhadap isi pengajaran dan pembelajaran adalah
berbeza mengikut individu. Terdapat pelajar yang boleh meguasai isi pembelajaran
dan pengajaran dengan mudah dan terdapat pelajar yang terdiri dari golongan
sederhana seterusnya pelajar yang memerlukan bimbingan terperinci dari guru.
Oleh itu, kebijaksanaan seseorang guru untuk menyempurnakan objektif
pembelajaran adalah penting. Kepelbagaian kaedah serta teknik mengajar adalah
menjadi kunci utama kejayaan pelajar. Terutamanya pelajar yang digolongkan dalam
golongan lemah yang pada masa sekarang dikenali dengan nama baru iaitu pelajar
linus. Untuk matapelajaran matematik pelajar ini dibimbing di bawah program linus
numerasi.
Tahap perkembangan pelajar ini sepatutnya melalui beberapa langkah
tertentu. Ianya perlu dilakukan secara berlarutan dari konsep mudah kepada konsep
yang lebih sukar. Namun demikian, bagi pelajar linus ianya perlu ditelitikan dan lebih
dititikberatkan dengan terperinci.
Dalam kajian ini saya telah menggunakan satu teknik yang diberi nama “sapu
calit”. Kaedah ini digunakan untuk mengajar topik tambah dan tolak yang melibatkan
pengumpulan semula. Di mana pelajar yang menjadi pelaksana adalah dari
golongan pelajar yang baru melepasi ujian saringan dua. Walaupun melepasi
saringan dua, pelajar ini masih memerlukan bimbingan penuh dari guru supaya
boleh mengikuti pembelajaran dalam arus perdana.
Abstrak
Murid-murid perlu diberi perhatian khusus apabila tidak dapat menguasai
operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Tidak semua murid
dapat menguasai kemahiran asas dalam tempoh yang sama. Tujuan kajian ini
adalah untuk mengesan dan membimbing murid-murid yang belum dapat
menguasai kemahiran menolak. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencari kaedah
yang sesuai untuk membantu murid-murid yang lambat menguasai kemahiran
tersebut.
Kajian ini melibatkan 4 orang murid-murid tahun 1 yang mempunyai jantina
yang berbeza. Mereka ini baru melepasi ujian Linus dan perlu diberi perhatian
supaya mereka tidak terus ketinggalan. Kajian ini ditumpukan kepada operasi tolak
dengan menggunakan kaedah “sapu calit”. Tinjauan awal yang dilakukan ialah
mengenalpasti masalah murid melalui menyemak latihan murid, latihan congak,
pemerhatian dan temu bual. Pengesanan awal terhadap masalah kemahiran
menolak yang mereka hadapi dapat membantu saya menentukan kaeadah yang
sesuai dan mereka dapat mempelajari teknik baru yang boleh dipraktikkan untuk
masa akan datang.
Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Berdasarkan abstrak yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh pensyarah
pembimbing saya telah membuat pemilihan topik yang perlu diajar. Berdasarkan
abstrak, topik yang boleh diajar menggunakan teknik ini adalah topik tambah dan
tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Topik ini merupakan satu topik yang
agak susah dikuasai oleh pelajar. Pelajar dalam arus perdana juga memerlukan
masa untuk menguasai topik ini. Ramai di kalangan pelajar yang keliru terhadap
proses mengumpul semula.
Secara terperinci saya telah memilih untuk melaksanakan teknik sapu calit
untuk operasi tolak. Pelajar arus perdana asal telah meguasai sepenuhnya tajuk ini.
Maka sasaran saya adalah kepada empat orang pelajar yang baru lulus daripada
saringan linus numerasi. Sebelum ini, mereka lebih banyak didedahkan dengan
aktiviti linus dan hanya mengikuti pembelajaran perdana untuk separuh masa
sahaja. Oleh itu mereka masih memerlukan bimbingan yang sewajarnya untuk
memastikan mereka tidak ketinggalan.
Sebelum menggunakan teknik sapu calit ini, saya telah memberikan satu
latihan ringkas kepada pelajar ini. Latihan ini pada saya adalah satu ujian diagnostik
untuk menguji pemahaman mereka terhadap penyelesaian yang melibatkan operasi
tolak. Set ujian terdiri daripada 10 soalan. Di mana hasilnya adalah seperti berikut.
Nama Bilangan soalan yang dijawab dengan betul
Mohamad Iqmar B Mossdi 2
Fernandez Ak Tony 3
Hafizul b Sarimi 4
Nadirah Sakinah Bt Irrwandy 3
Daripada ujian ini, saya dapat menyatakan bahawa mereka memang tidak
menguasai tajuk ini. Berdasarkan jawapan yang diberikan mereka telah melakukan
kesilapan dari pelbagai aspek. Di antara kesalahan yang saya kesan adalah
a) Tidak melakukan penolakan dengan betul
Contohnya: kesilapan pada fakta asas tolak ( 7 – 2 = 4)
b) Menolak nombor besar dengan nombor kecil tidak mengira kedudukan
52 – 9 = 5 2
- 1 9
4 7
c) Menyusun kedudukan nombor pada tempat yang salah
41 – 3 =
Memperkenalkan aktiviti “ sapu calit”
Sasaran saya adalah menggunakan dua waktu pengajaran untuk
memperkenalkan teknik ini kepada pelajar. Berdasarkan ujian diagnostik yang telah
diberikan saya percaya pelajar-pelajar ini boleh melakukan operasi tolak dengan
betul sekiranya diberikan panduan yang diperlukan.
Penerangan langkah pengajaran menggunakankan kaedah sapu calit
a) Letakkan nombor dan simbol mengikut kedudukan rumah dengan
menggunakan kad nombor. Sebelum ini murid telah menguasai nilai tempat
dan nilai digit. Kedudukan nilai tempat sesuatu nombor perlu tepat
contohnya : 32 – 4 =
x √
4 1
- 3
1 1
Pu Sa
3 2
- 4
Pu Sa
3 2
- 4
b) Penerangan langkah penolakan yang harus dilakukan dari rumah sa terlebih dahulu. Diikuti dengan digit yang berada dalam rumah puluh.
Contoh soalan. (contoh tanpa proses menggumpul semula)
48 – 4 =
c) Selepas murid menguasai proses penolakan dilakukan dari rumah sa, murid diajar untuk melakukan penolakan yang melibatkan nombor lebih dari 10. Dalam proses ini kad simbol akan digunakan untuk memudahkan murid menolak nombor dengan menggumpul semula. Teknik sapu digunakan bermula dari peringkat ini. Pelajar dikehendaki menandakan bilangan proses yang dilakukan pada kad simbol yang digunakan.
Contoh
d) Penerangan langkah penyelesaian
/ / / / / / / / / / / / /
Pu Sa
4 8
- 4
4 4
Pu Sa
4 3
- 4
1
e) Selepas murid memahami cara penggunaan kad symbol, murid dilatih
membuat garisan sendiri dengan menggunakan istilah calit dan diberikan
nombor berlainan.
Perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Saya telah menjalankan pengajaran dam pembelajaran untuk aktiviti ini
bersama dengan empat orang pelajar saya di luar masa pengajaran dan
pembelajaran sebenar. Dengan ini saya mempunyai cukup masa untuk memberi
sepenuhnya perhatian terhadap pelajar saya agar mampu menggunakan teknik
sapu calit ini dengan berkesan.
Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan penerangan langkah-
langkah pengajaran sepertimana yang telah saya rancangkan sebelumnya. Pada
peringkat awal penerangan, mereka belum mampu menjawab soalan dengan baik.
Saya telah menjalankan aktiviti penerangan menggunakan 5 soalan yang berbeza.
Walaupun pada asalnya saya menjangkakan pelajar ini mampu menguasai selepas
diberi penerangan. Ternyata pelajar ini masih mengharapkan bantuan tunjuk ajar
penuh dari guru.
/ / / / / / / / / / / / /
Pu Sa
4 3
- 4
3 9
13
Selepas membuat penerangan saya telah menyediakan soalan latihan dalam
set lembaran kerja. Lima soalan disediakan. Murid berbincang bersama-sama
menjawab soalan. Semasa murid menjawab soalan, bimbingan diteruskan. Setiap
kesalahan akan ditegur serta merta. Semasa proses menjawab soalan, masih
terdapat pelajar yang melakukan kesalahan yang sama seperti kesalahan
meletakkan kedudukan digit.
Perkara terakhir yang dijalankan adalah ujian pos. Ujian ini dijalankan setelah
sesi pengajaran menggunakan kaedah sapu dan calit diperkenalkan. Sebanyak 10
soalan diberikan kepada pelajar dan ianya perlu diselesaikan dalam tempoh masa
20 minit. Keputusan pelajar dicatat.
Keputusan ujian pos
Nama pelajar Bilangan jawapan betul Peratus
Mohamad Iqmar B Mossdi 5 50
Fernandez Ak Tony 6 60
Hafizul b Sarimi 7 70
Nadirah Sakinah Bt Irrwandy 6 60
Ujian pra dan ujian pos ini diberikan dalam bentuk ayat matematik. Murid
dikehendaki menjawab setiap soalan menggunakan bentuk lazim mengikut cara
pengiraan yang betul. Selepas membuat perbandingan di antara dua ujian ini,
terdapat peningkatan terhadap pencapaian pelajar selepas penggunaan teknik sapu
calit.
Refleksi dan penilaian
Sasaran utama setiap sesi pengajaran dan pebelajaran adalah untuk
memastikan penguasaan maksimum daripada pelajar. Sesuatu tajuk atau topik yang
diajar perlu diterangkan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang berbeza
bergantung kepada pengusaan ataupun aras pemahaman pelajar. Seseorang guru
perlu bijak untuk menyampaikan isi pembelajaran kepada pelajar.
Daripada kajian ini, saya telah menemui satu lagi kaedah untuk
menyampaikan penerangan kepada pelajar untuk mengajar operasi tolak.
Berdasarkan aktiviti yang dijalankan terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan
dalam aktiviti ini.
Kekuatan
Teknik sapu calit ini merupakan satu aktiviti yang sesuai dijalankan kepada
pelajar yang penguasaan terhadap teknik pengajaran biasa adalah lemah. Teknik ini
mampu menambahkan pemahaman pelajar terhadap teknik mencari jawapan
terhadap operasi tolak terutama sekali pengiraan yang melibatkan pengumpulan
semula.
Dengan menggunakan teknik ini kesilapan terhadap langkah pengiraan boleh
dikurangkan. Ianya lebih mirip kepada penggunaan bahan maujud yang sebelum ini
digunapakai semasa penerangan awal teknik penolakan. Di mana melalui
penggunaan benda maujud, tidak terdapat masalah untuk pelajar melakukan aktiviti
penolakan. Pelajar-pelajar ini hanya menghadapi masalah apabila pengiraan
penolakan nombor yang lebih besar di mana mustahil untuk menyediakan benda
maujud sebanyak itu.
Setiap kesilapan yang dilakukan oleh pelajar boleh dikesan menggunakan
teknik ini. Contohnya kesilapan ketika melakukan bilangan calit. Pelajar boleh
mengira semula bilangan yang telah dicalit dan membuat pembetulan terhadap
kesilapan yang telah dilakukan.
Penggunaan kad-kad warna yang pelbagai bentuk mampu menarik minat
pelajar untuk melakukan aktiviti. Aktivti menjadi lebih menarik apabila terdapat
persaingan antara pelajar untuk mencuba menjawab soalan yang diberikan. Pelajar
menjadi lebih berani untuk mencuba kerana minat terhadap penggunaan bahan
pengajaran.
Kelemahan
Walaupun terdapat banyak kelebihan aktiviti ini, namun ianya masih terdapat
beberapa kelemahan yang menyebabkan pencapaian prestasi pelajar yang tidak
maksima. Secara purata, pencapaian pelajar hanya pada tahap 50% hingga 60 %
sahaja. Bermaksud 50% lagi adalah kegagalan.
Kelemahan pertama pada saya adalah proses pemahaman konsep yang
belum ditelitikan. Ianya lebih kepada teknik menjawab soalan dan kurang
menerangkan secara lengkap proses penolakan. Pada peringkat rendah, pelajar
akan berjaya menyelesaikan masalah tetapi sekiranya konsep sebenar tidak
dikuasai adalah sukar untuk mereka apabila berada pada tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya adalah kebergantungan kepada bahan bantu mengajar.
Sekiranya menggunakan bahan yang digunakan semasa proses penerangan,
pelajar mampu menjawab dengan betul. Namun setelah mereka dikehendaki
menjawab soalan dalam ujian pos tanpa menggunakan bahan tersebut, mereka
seperti malas untuk mengira. Ini menyebabkan banyak soalan yang dijawab dengan
salah.
Kajian yang dijalankan ini juga tidak menerangkan dengan lengkap proses
perlaksanaan aktiviti sapu calit. Idea yang dikeluarkan adalah baik, tetapi ianya tidak
diterangkan dengan terperinci. Ianya menyukarkan saya unutk melakukan aktiviti
bersama murid. Mungkin saya tidak melaksanakan aktiviti sepertimana yang di
harapkan oleh pihak pengkaji.
Tempoh masa perlaksanaan aktiviti juga adalah terlalu singkat. Cadangan
daripada pengkaji untuk melaksanakan aktiviti sapu calit ini dalam tempoh masa 60
minit adalah tidak mencukupi. Keberkesanan teknik ini tidak mampu dijelmakan
kerana kekangan masa. Saya juga tidak mempunyai masa untuk menjalankan
aktiviti kerana kekangan masa dengan aktiviti sekolah. Kebetulan tugasan ini perlu
disiapkan dalam tempoh ujian pertengahan semester dan cuti hari raya.
Cadangan penambahbaikan.
Aktiviti sapu calit ini boleh dimurnikan lagi dengan menambah baik pada
proses pemahaman konsep penolakan. Perkara ini sering menjadi masalah kepada
saya semasa proses mengajar penolakan. Semasa penerangan menggunakan
benda maujud dan gambarajah murid memahami dan menjawab setiap soalan
dengan mudah. Namun demikian mereka gagal untuk menjawab soalan yang
diberikan dalam ayat matematik dan disempurnakan dalam proses pengiraan bentuk
lazim.
Penekanan kepada fakta asas juga boleh diterapkan dalam proses
menjalankan aktiviti ini. Pada saya fakta asas adalah satu elemen penting untuk
memastikan penguasaan maksimum terhadap pemahaman konsep. Apabila fakta
asas sudah dikuasai sepenuhnya, adalah mudah untuk menjawab sebarang soalan
walaupun ianya adalah pada aras yang lebih tinggi.
Penggabungjalinan bersama model-model asas penolakan oleh dilakukan.
Ianya lebih mudah untuk menarik perhatian pelajar lemah terhadap penerangan
penolakan. Penggabungjalinan bersama Model Take Away, Model perbandingan,
Model Missing Addend dan Model garis nombor akan meneguhkan konsep asas
penolakan.
Sekiranya aktiviti ini dijalankan dengan tempoh masa yang lebih lama,
penguasaan pelajar akan lebih bertambah. Aktiviti ini dijalankan hanya untuk sekali
sahaja. Sekiranya masih ada masa untuk melakukan aktiviti ini pencapaian pelajar
akan lebih bertambah. Mungkin untuk mencapai 100% penguasaan mengambil
masa yang lebih lama namun ianyanya adalah tidak mustahil.
Refleksi keseluruhan tugasan
Tugasan MTE 3109 ini telah diserahkan kepada kami pada 20 Julai
2013(tutorial ke 2). Tugasan ini mengkehendaki kami untuk memilih mana-mana isu
mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik dari mana-mana jurnal
pendidikan muris ekolah rendah. Di mana topik yang boleh dibuat kajian adalah dari
empat topic iaitu Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan.
Proses memilihan tajuk jurnal telah diterangkan oleh pensyarah pembimibng
pada tutorial pertama. Di mana beliau mengkehendaki kami untuk mencetak mana-
mana abstrak daripada jurnal yang terdapat dari pelbagai sumber untuk dijalankan
sebagai aktiviti individu.
Pada peringkat awal menyiapkan tugasan saya menghadapi masalah untuk
memahami kehendak tugasan. Oleh itu saya telah menjalankan perbincangan
bersama rakan-rakan seperjuangan tentang kehendak tugasan.
Saya telah memilih tiga jurnal dari tajuk-tajuk yang berbeza. Selepas
menjalankan perbincangan bersama pensyarah pembimbing, saya bersetuju untuk
menjalankan aktiviti “sapu calit” sebagai tugasan saya.
Saya menghadapi masalah kekangan masa untuk menjalankan aktiviti.
Tugasan ini diserahkan kepada kami tepat pada masa ujian pertengahan semester
berlangsung. Seterusnya dua minggu cuti untuk hari raya. Saya hanya mempunyai
satu minggu masa untuk menjalankan aktiviti bersama pelajar. Di mana pada saya
ianya adalah terlalu terhad. Saya hanya mampu menjalankan aktiviti sebanyak
sekali sahaja. Saya telah menggunakan masa di luar masa pengajaran dan
pembelajaran sebenar untuk menjalankan aktivti.
Sebagai penambahbaikan, saya mencadangkan agar aktiviti ini dapat
dijalankan selama dua minggu atau lebih. Ini kerana jika dijalankan dengan lebih
kerap pengusaan pelajar akan lebih bertambah dan keberkesanan kaedah ini akan
terbukti.