22
KANDUNGAN Isi kandungan m/s 1.0 Pengenalan 3 2.0 Cabaran-cabaran dalam pembelajaran atas talian 5 3.0 Cadangan untuk mengatasi cabaran-cabaran 8 pembelajaran atas talian 4.0 Kesimpulan 13 5.0 Rujukan 14 1

Tugasan Oum

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Cabaran-cabaran dalam pembelajaran atas talian cadangan untuk mengatasinya

Citation preview

Page 1: Tugasan Oum

KANDUNGAN

Isi kandungan m/s

1.0 Pengenalan 3

2.0 Cabaran-cabaran dalam pembelajaran atas talian 5

3.0 Cadangan untuk mengatasi cabaran-cabaran 8

pembelajaran atas talian

4.0 Kesimpulan 13

5.0 Rujukan 14

1

Page 2: Tugasan Oum

1.0 PENGENALAN

‘Multimedia Super Corridor’ telah diujudkan bagi memcapai matlamat agenda IT

Kebangsaan yang telah dilancarkan pada Disember 1996. Salah satu dari bidang yang

dikenal pasti untuk diberi tumpuan ialah pembelajaran yang berasaskan elektronik.Ia

berkait rapat dengan pembelajaran atas talian di mana proses pengajaran dan

pembelajaran menggunakan rangkaian elektronik untuk menyampaikan isi kandungan,

interaksi atau sebagai pemudahcaraan. Bahan pengajaran dan pembelajaran seperti modul

krusus, nota kuliah, komunikasi yang merangkumi e-mail, forum dan chat , polisi dan

prosedur pembelajaran boleh disampaikan melalui media elektronik.. Proses pengajaran

dan juga pembelajaran turut menerima gelombang perubahan. Ahli pendidikan sentiasa

memperbaiki kaedah pengajaran selaras dengan kemajuan teknologi maklumat dan

komunikasi.

Terdapat banyak istilah untuk pendidikan atas talian. Di antaranya ialah pendidikan

maya, pendidikan berasaskan internet, pendidikan berasaskan web, pendidikan melalui

komunikasi komputer sebagai pengantara. Secara asasnya pembelajaran atas talian ialah

satu konsep atau program pendidikan yang menggunakan media elektronik sebagai

pengantara untuk menyampaikan maklumat atau data dari pensyarah atau institusi yang

terlibat kepada pelajar atau sebaliknya. Ia merupakan kaedah terbaru menggunakan

teknologi terkini bagi meningkatkan tahap pendidikan pembelajaran atas talian

merupakan satu sistem pembelajaran yang fleksibel serta berorientasikan pelajar di mana

latihan dan pendidikan disampaikan melalui media elektronik.

Revolusi teknologi telah membawa perubahan yang besar dalam dunia

pendidikan. Salah satu hasil dari perubahan ialah, kini pendidikan tidak lagi berpusat

2

Page 3: Tugasan Oum

kepada guru tetapi beralih kepada pelajar (Mansor, Fadzil dan Ramli, Bahroom,2003) Ini

bermaksud pembelajaran atas talian fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar yang harus

lebih berdikari dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Pelajar harus memainkan

peranan yang lebih aktif untuk memastikan kejayaan pembelajaran mereka. Pelajar harus

membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan insiatif sendiri.

Kaedah ini membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan secara lebih berkesan.

Pelajar boleh memilih masa, kandungan serata hala tuju pembelajaran mereka. Teknologi

moden dan inovasi canggih digunakan sebagai media pembelajaran. Capaian maklumat

juga lebih luas dibandingkan dengan pembelajaran tradisional.

Pembelajaran tradisional pula berfokus kepada guru atau pensyarah . Sebarang

perancangan berpusatkan kepada individu ini. Dalam pembelajaran tradisi, komunikasi

sehala banyak berlaku di mana guru atau pensyarah memainkan peranan utama

menyalurkan maklumat. Peranan pelajar hanya sebagai pendengar dan mengambil nota

secara bertulis. Dalam kelas tradisional , pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan dan

kebolehan yang berbeza menerima isi kandungan pembelajaran yang sama. Pelajar

terikat kepada masa, kelas, isi kandungan pelajaran , bahan pembelajaran yang telah

ditetapkan.

. Tujuan tugasan ini mengupas beberapa cabaran yang harus dilalui oleh pelajar

atas talian. Kebanyakkan pelajar atas talian merupakan individu yang telah berusia,

mempunyai keluarga dan kerjaya. Kebanyakan mereka menpunyai pengalaman lalu

belajar menggunakan kaedah tradisional. . Sistem pendidikan atas talian ini memberi

pilihan kepada individu ini untuk menimba ilmu dengan cara yang berbeza dari

pendidikan formal. Tugasan ini juga membincangkan langkah-langkah relevan yang

boleh diambil untuk mengatasi cabaran yang dihadapi mereka.

3

Page 4: Tugasan Oum

2.0 CABARAN-CABARAN DALAM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Cabaran boleh didefinasikan sebagai rintangan atau halangan yang dihadapi oleh

pelajar yang akan membawa kesan negatif terhadap mereka dalam menjalani

pembelajaran atas talian. Menurut Muhammad Sukri ,Mohd Anuar & Ting, (2007),

(dipetik dari Giles,1999;Schilke,2001)Halangan pembelajaran didapati membawa kesan

terhadap sesaorang individu dalam pembelajaran dan tahap kepuasan.

2.1 CABARAN PENGURUSAN MASA

Pembahagian masa di antara pelajaran ,keluarga, kerjaya dan aktiviti sosial

merupakan satu cabaran bagi pelajar atas talian. Bagi yang baru menempuh alam

pembelajaran atas talian, ianya merupakan satu kejutan budaya bagi mereka. Mereka

masih tercari-cari cara yang sesuai untuk mengimbangi semua komitment tersebut.

Menurut Abdul Rahim Hamdan dan Rafie Md Dali (2011) ,(dipetik dari Ahmad Fadzli

Yusof (2004), Hassan (1996) dan Sharifah Hassan, (2007) ) mendapati terdapat beberapa

kelemahan dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh pelajar dan mahasiswa dalam

pengurusan masa belajar khususnya yang telah berkeluarga.

Masa itu emas. Ini menggambarkan betapa berharganya masa dalam kehidupan

seharian. Kegagalan mengurus masa dengan cekap akan membawa kesan yang negatif

terhadap pekerjaan yang dilakukan, samada pekerjaan itu dibuat secara berkumpulan atau

individu. Sebagai pelajar , mereka perlu masa untuk mengulangkaji dan menyiapkan

tugasan dalam masa yang ditetapkan. Sekiranya mereka tidak bijak mengurusi masa, ia

akan membawa impak yang negatif terhadap kehidupan mereka dan mereka juga gagal

memberi fokus yang baik terhadap pembelajaran. Seterusnya mereka akan gagal

mencapai matlamat pembelajaran mereka.

4

Page 5: Tugasan Oum

2.2 CABARAN GANGGUAN STRES

Gangguan stres adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia normal. Menurut Mastura Mahfar, Fadilah Zaini dan Nor Akmar Nordin(2007), stres boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti seharian. Pelajar-pelajar atas talian juga tidak terkecuali dari merasa stres atau tertekan dengan bebanan kerjaya, keluarga dan pembelajaran. Tugasan atau pekerjaan yang perlu disiapkan dalam masa yang tertentu biasanya akan mengundang stres dikalangan pelajar-pelajar. Kegagalan menyeimbangkan pelbagai tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh mereka akan menyebabkan mereka mengalami stres.

Pelajar baru lebih mudah terdedah kepada stres disebabkan proses transisi yang mereka lalui. Mereka masih dalam proses penyesuaian dengan kaedah dan persekitaran pembelajaran, pengurusan masa antara kerjaya ,pelajaran dan keluarga, peningkatan bebanan kerja dan penerimaan tanggungjawab yang baru. Faktor lain yang boleh menyebabkan stres ialah bebanan kewangan yang bertambah dan kurang sokongan dari keluarga, majikan atau rakan sekerja. Stres boleh menyebabkan pelajar mengalami pelbagai keadaan seperti rasa sunyi dan kesaorangan, rasa marah, kurang keriangan, kurang tidur, keresahan, kebimbangan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Stres jika tidak dikawal akan menyebabkan kehidupan dan pergaulan sesaorang pelajar akan terjejas sehingga memberi kesan yang negatif terhadap pencapaian akademik, personaliti, tahap kesihatan dan interaksi sosial mereka.

2.3 CABARAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

Penguasaan Bahasa Inggeris menjadi suatu kelebihan kepada individu yang dapat menguasainya terutamanya untuk melanjutkan pelajaran dan dalam bidang pekerjaan. Bahasa Inggeris merupakan bahasa global dan penguasaannya ditekankan kerana bahasa tersebut merupakan bahasa sejagat yang digunakan dengan meluas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Suka atau tidak , sebahagian besar informasi di internet tersedia dalam bahasa Inggeris. Ini menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi yang sangat penting. Bagi

pelajar atas talian yang mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah akan mengalami kesukaran untuk mentafsir maklumat.

Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa sumber yang penting. Kebanyakan buku ensiklopedia, buku rujukan, maklumat, penyelidikan dan

5

Page 6: Tugasan Oum

khazanah ilmu terungkap dalam bahasa Inggeris. Bagi pelajar yang menguasai bahasa Inggeris, soal memahami isi-isi tidak menjadi halangan tetapi bagi pelajar yang tidak menguasai bahasa Inggeris, ia akan menjadi satu cabaran yang besar kerana ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yang optima. Menurut Sharil Effendi Ibrahim, Ahmad Munawar dan Mohamad Anuar (2011), bahasa merupakan antara masalah utama bagi pihak Perpustakaan, tidak kira institusi pendidikan tinggi konvensional mahupun institusi Open & Distance Learning (ODL).Kesukaran mendapatkan buku-buku rujukan dalam Bahasa Malaysia terutama dalam bentuk elektronik merupakan masalah sejak sekian lama. Di OUM sendiri, hampir semua buku elektronik dalam bahasa Inggeris dan sebilangan kecil dalam bahasa-bahasa lain seperti Perancis dan Spanyol. Jelas di sini kepentingan pelajar atas talian untuk menguasai bahasa Inggeris agar ia tidak menjadi cabaran yang menghalang mereka meneroka ilmu ke tahap maksimum.

2.4 CABARAN PENGURUSAN KEWANGAN

Bagi pelajar yang menpunyai keluarga, kerja dan agak berusia., melanjutkan pelajaran bererti menambahkan bebanan kewangan yang sedia ada. Pendapatan yang diperolehi harus dibahagi kepada kos pembelajaran, keperluan keluarga, melunaskan hutang rumah dan kereta, keperluan harian dan lain-lain. Sebagai pelajar mereka juga perlu melengkapi diri mereka dengan peralatan pembelajaran seperti komputer, kemudahan telekomunikasi, buku-buku rujukan dan perbelanjaan untuk hadir ke kuliah. Menurut Che Rugayah Che Ismail (2001) kebanyakan pelajar masa kini menghadapi krisis kewangan dan ramai daripada mereka tidak memiliki pengetahuan dan pendedahan yang diperlukan untuk mengurus kewangan mereka.

Keperluan hidup dan keperluan seorang pelajar akan sentiasa meningkat tanpa hadnya. Sekiranya pengurusan kewangan tidak dirancang dengan bijak oleh pelajar-pelajar ia akan membawa kepada permasalahan atau krisis belanjawan diri pelajar. Masalah ini akan menjadi lebih besar sekiranya aliran keluar wang melebihi pendapatan. Permasalahan ini akan membawa kepada stres dan menjejaskan tahap akedemik mereka.

2.5 CABARAN TEKNOLOGI

` Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan penting dalam konteks penjanaan ilmu untuk mereka yang mengikuti pembelajaran atas talian. Peranan ICT dalam pendidikan tiada hadnya terutama dalam era globalisasi yang

6

Page 7: Tugasan Oum

memerlukan kecekapan dan kepantasan dalam mencari bahan rujukan, memahami dan memproses maklumat, perbincangan di alam maya dan informasi terkini dari pihak institusi pendidikan. Oleh itu setiap pelajar atas talian harus mempunyai kemahiran dalam menggunakan ICT untuk membantu dan memudahkan proses pembelajaran mereka. Pelajar harus tahu mencari, mencapai dan menilai kandungan maklumat yang ingin digunakan. Menurut Zuraini Zakaria,Fatimah Hassan, Hasmawati Hassan dan Noresah Hj. Mohd. Shariff (2006) bagi pelajar , aplikasi teknologi dalam pendidikan bukan sekadar memiliki computer tetapi perlu mengintergrasikan secara berkesan dan efisyen penggunaanya agar membawa makna dengan cepat, mudah dan tepat. Kelemahan dalam menggunakan teknologi juga akan menyebabkan tugasan secara dalam talian juga mungkin tidak dapat disempurnakan dalam masa yang ditetapkan.

Di OUM sendiri ICT digunakan dalam kesemua aspek pentadbiran seperti pembelajaran, pengurusan dan perkhdmatan sokongan. Di dalam pembelajaran, OUM menggunakan LMS sebagai platform untuk menyalurkan bahan pembelajaran serta interaksi. OUM juga menyediakan perpustakaan digital untuk membantu pelajar mengakses sumber ilmu secara atas talian. Bagi pelajar yang mempunyai tahap kemahiran yang rendah dalam menggunakan ICT, pasti mereka akan menghadapi masalah dalam pembelajaran mereka. Individu yang menjalani pembelajaran atas talian perlu melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan internet yang secukupnya, serta mempunyai tahap kompetensi penggunaan computer. Sekiranya mereka masih di tahap lama ,kemahiran menggunakan ICT pasti akan menjadi cabaran bagi mereka untuk berdaya saing dan mereka akan kebelakangan dalam semua aspek.

3.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI CABARAN-CABARAN

PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

3.1 KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA

Pengurusan masa yang berkesan amat penting bagi pelajar yang mempunyai lebih dari satu komitment pada satu masa. Pengurusan masa ialah penguasaan ilmu yang berkaitan dengan kaedah dan cara sesaorang individu mengurus, mengatur dan membahagi masa supaya masa sehariannya dapat digunakan sebaik mungkin.

Pembelajaran atas talian dari sudut positifnya memberi kelonggaran kepada pelajar untuk menentukan sendiri masa pembelajaran mereka kerana ia bersifat fleksibel. Salah satu model pembelajaran di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) ialah pembelajaran kendiri. Menurut Mansur Fadzil dan Ramli Bahroom(2003) Pembelajaran

7

Page 8: Tugasan Oum

kendiri memerlukan pelajar belajar bersendirian mengikut rentak dan masa sendiri. Pelajar harus mengatur pembahagian masa untuk keluarga, kerja dan pelajaran agar seimbang.

Pelajar harus berkemahiran menyusun jadual agar pembelajaran mereka berjalan dengan lancar dan efektif. Dengan adanya jadual pengurusan masa ia mampu membantu pelajar mengatur aktiviti mereka dengan lebih sistematik.Menurut Abdul Rahim Hamdan et al.(2011)(dipetik dari Hassan Ali(1996) )merancang jadual yang baik bererti sesaorang pelajar itu merancangkan penggunaan masa dengan teratur kerana jadual adalah alat yang berkesan untuk membantu seseorang pelajar mengingatkan objektif yang ingin dicapai dan menggelakkan diri menyimpang dari objektif yang ditentukan.

Pelajar harus tahu mengatur masa dengan berkesan dan berkualiti dengan mengikut konsep yang utama perlu diutamakan. Tanpa pengurusan masa yang cekap pelajar akan mudah terlibat dengan amalan–amalan yang merugikan seperti melengahkan kerja. Pelajar harus peka pada tarikh sesuatu tugasan atau aktiviti. . Senaraikan segala tugas, pekerjaan, temujanji dan masa untuk belajar dalam buku harian supaya segala aktiviti berjalan dengan lancar. Pelajar harus sedar kemahiran menguruskan masa merupakan faktor yang penting dalam menentukan kejayan mereka.

3.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN STRES

Sebagai manusia yang normal, pelajar tidak boleh lari dari merasa stres. Untuk

mengatasi stres, pelajar harus tahu teknik-teknik menguruskan stress dengan baik dan

berkesan. Stres terdiri dari stres yang positif yang mampu membantu pelajar lebih peka,

memotivasikan pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran dan membantu untuk

penyelesaian masalah. Sebaliknya stres yang negative pula akan melemahkan pelajar.

Untuk mengatasi stres pelajar harus tahu bagaimana untuk mengurus masa dan

diri sendiri dengan efektif. Pelajar harus kenal diri sendiri dan peka kepada tanda-tanda

yang membawa kepada stres. Pelajar harus sentiasa memberi tindakbalas yang positif

kepada diri sendiri dan tahu menghargai diri sendiri. Pelajar juga mesti bersikap rasional

dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Individu yang berfikiran positif mampu

berfungsi normal dalam kehidupan mereka.Menurut Mastura Mahfar et al.(2007) (dipetik

dari Ellis(2002) ) menyatakan bahwa strategi berbentuk pemikiran adalah berkesan jika

ianya dikawal dengan pemikiran yang rasional dan logikal.

8

Page 9: Tugasan Oum

Menurut Mastura Mahfar et al (2007) (dipetik dari Neville (2006) ), gaya

pemakanan yang seimbang dan berkhasiat boleh membantu tahap stress seseorang

individu tetapi hendaklah disertai dengan aktiviti riadah yang teratur.Jelas, riadah dan

diet yang betul membantu fizikal menjadi lebih mantap , bertenaga , merasa lebih

gembira dan dapat mengurangkan stres.

3.3 KEMAHIRAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

Dalam konteks dunia pendidikan hari ini, seseorang pelajar perlu menguasai

bahasa Inggeris bertujuan untuk memahami bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris

sebagai bahasa utama dunia. Ia dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk

dunia berinteraksi secara mudah dan berkesan di era perkembangan pesat dan teknologi

moden seperti pengenalan televisyen satelit, telefon selular dan rangkaian computer

malahan hampir 99 peratus maklumat dalam internet adalah dalam bahasa Inggeris

(Adibah Abdul Latif dan Azizah Abu Hanifah) ( dipetik dari Ahmad Zahri Jamil, 2002).

Jelas di sini, kepentingan penguasaan bahasa Inggeris amat perlu bagi seseorang pelajar

atas talian. Menguasai bahasa Inggeris membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran dan

teknologi maklumat yang kebanyakanya bersumberkan bahasa Inggeris.

Untuk mengatasi masalah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar atas

talian, beberapa langkah boleh diambil . Pelajar boleh menghadiri kelas pemantapan

bahasa Inggeris dan memperbanyakkan bahan bacaan bahasa Inggeris. Mereka harus

berusaha memperbaiki diri mereka dan jangan malu bertanya kepada yang lebih

arif .Menurut Adibah Abdul Latif et al (2010) (dipetik dari Klein (1986), jika sesorang

ingin

mempelajari sesuatu bahasa, maka dia perlulah selalu berkomunikasi dengan

menggunakan bahasa tersebut. Klein juga mengatakan bahawa salah satu aspek yang

diperlukan dalam pembelajaran bahasa kedua ialah menggunakan bahasa tersebut setiap

hari. Oleh itu pelajar harus membuang sifat malu dan mesti lebih yakin diri untuk

9

Page 10: Tugasan Oum

berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris amat penting untuk melayakkan

diri berada setaraf dengan era globalisasi pada masa sekarang dan akan datang.

3.4 KEMAHIRAN PENGURUSAN KEWANGAN

Dalam menjalankan apa juga pekerjaan atau aktiviti , kos memainkan peranan

yang penting. Pelajar harus mempunyai kemahiran dalam pengurusan kewangan kerana

mereka terikat dengan pelbagai tanggungjawab seperti keperluan keluarga, kerjaya dan

diri sendiri.

Menurut Che Rugayah Che Ismail (2001)Masalah selalunya timbul kerana para

pelajar tidak mampu mengawal tabiat berbelanja secara rasional dan kurang arif dalam

mengenalpasti antara barang keperluan dan barang kehendak mereka. Setiap pelajar mesti

sedar bahawa mereka seharusnya bijak dalam membuat perancangan perbelanjaan dan

pengurusan wang mereka. Pembaziran akan berlaku sekiranya item yang dibeli tidak

menggambarkan keperluan hidup pelajar tersebut. Pelajar harus menjadi pembeli yang

bijak dan tau membezakan antara keinginan dan keperluan. Pelajar perlu mencatatkan

aliran keluar wang agar mereka peka dengan kedudukan wang semasa .

Pelajar harus merancang belanjawan sendiri dengan mengutamakan perkara yang

penting dari mengutamakan keseronokan. Pelajar juga perlu merekod bagi setiap

pembelian di mana mereka perlu menyimpan resit-resit pembelian dan bil-bil

pembayaran. Perkara yang paling penting sekali, pelajar harus mengelak dari berhutang

kerana berhutang bererti berbelanja melebihi kemampuan diri.

Kebanyakan pelajar atas talian yang bekerja mendapat bantuan kewangan untuk

melanjutkan pelajaran dalam bentuk biasiswa atau pinjaman dari kerajaan atau majikan..

Institusi pendidikan pula menyediakan perkhidmatan untuk membantu pelajar seperti

perpustakaan digital. Mereka boleh mendapatkan bahan-bahan atau buku rujukan tanpa

kos tambahan. Selain dari pengurusan kewangan yang bijak dan terancang pelajar juga

mesti merebut kemudahan yang diberikan agar terus mencapai matlamat mereka.

10

Page 11: Tugasan Oum

3.4 KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pelajar atas talian harus mempunyai kemahiran teknologi maklumat dan internet

yang secukupnya mengikut peredaran masa. Untuk meningkatkan kemahiran dalam

bidang teknologi maklumat pelajar boleh menghadiri kursus jangka pendek, bertanya

kepada yang lebih mahir dan melalui bahan-bahan bacaan. Amalan penggunaan

komputer yang berterusan juga mampu mempertingkatkan kemahiran kerana pelajar

tidak boleh menguasai sesuatu berlandaskan teori sahaja.

Mengikut Mansor Fadzil et al (2003), salah satu isu yang perlu ditangani ialah isu

berkaitan kemahiran pelajar untuk menggunakan kemudahan ICT dengan sepenuhnya. Di

OUM , pihak universiti dan perpustakaan telah berkerjasama dalam menghasilkan modul

bagi krusus “OUMH1103-Learning Skills for open & Distance Learning Studentas”.

Krusus ini wajib diambil oleh semua pelajar semester pertama bagi mempelajari teknik

pembelajaran dalam bentuk “Open Learning Distance “(ODL) ini. Ini secara tidak

langsung dapat membantu pelajar ODL dalam kemahiran “Information Literacy” mereka.

11

Page 12: Tugasan Oum

KESIMPULAN

Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan. Bagi pelajar atas talian, yang

majoritinya merupakan individu yang berkerja dan berkeluarga tidak terlepas dari

mengharungi beberapa cabaran untuk berjaya dalam pembelajaran mereka. Mereka

memerlukan daya tahan yang kuat dan berdisiplin demi memajukan diri dalam era

globalisasi ini.

Mereka harus tahu matlamat mereka melanjutkan pelajaran dan berusaha

mengatasi cabaran tersebut dengan mengaplikasikan kemahiran yang perlu. Kemahiran

itu penting agar pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan proses

pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Sekiranya pelajar gagal menguruskan

cabaran-cabaran tersebut dengan baik akan wujud masalah dan kesan yang buruk.

Walaupun kaedah pembelajaran atas talian berbeza dengan kaedah tradisional

sepertimana yang biasa dilalui oleh pelajar sebelum ini, mereka harus memandangnya

dari sudut yang positif. Cabaran harus dilihat sebagai alat yang meningkatkan motivasi

diri dan bukannya sebagai penghalang untuk terus berjuang.

(2716 patah perkataan )

12

Page 13: Tugasan Oum

RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan & Dafie Md Dali (2011). Pengurusan Masa Di Kalangan Pelajar

Program Khas Pensiswazahan Guru Besar(PKPGB) Ambilan 1, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai. [Online]. Available:

eprints.utm.my/12020/1/Pengurusan_Masa_Di_Kalangan_Program_Khas_Pensis

wazahan_Guru_Besar.pdf. . [2011 , November 3}]

Adibah Abdul Latif & Azizah Abu Hanifah (2010) .Penguasaan Dan Penggunaan Bahasa

Inggeris Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar PKPG Kemahiran Hidup Univerisiti

Teknologi Malaysia [Online]. Available:http:// eprints.utm.my

/10799/1/PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS

DALAM KALANGAN PELAJAR.pdf. [2011,November 3]

Che Rugayah Che Ismail (2001). Pengurusan Kewangan Pelajar: Satu Tinjauan Awal

kepada Keperluan Kaunseling Kewangan. . [Online]. Available:

eprints.utm.my/1251/1/24_pages_from_PENGURUSAN_KEWANGAN_PELAJ

AR_SATU_TINJAUAN_AWAL_Kepada_KEPERLUAN_AWAL_KEPADA_K

EPERLUAN_ KAUNSELING_KEWANGAN.pdf [2011, November 3]

Dato’ Dr Zaiton Osman, Prof Dr Abtar kaur, Sharipah Hanon Bidin, Halimatolhanin

Mohd Khalid, Harvinder Kaur, Hazna Ahmad & Thami Munisah Mohd Yusoff.

(2010). OUMH 1103. Learning Skills for Open Distance Learners(12th ed)

Selangor: Open University Malaysia.

Jamil, Ahmad, Dr and Norlia , Goolamally (2008).Pentadbiran dan Pengurusan Sistem

Pendidikan Malaysia Ke arah Pendidikan Berkualiti. In: Panitia Diklat

13

Page 14: Tugasan Oum

Mahajemen Guru Internasional 2008, 4-5 Jun 2008. [Online] Available:

http://eprints.oum.edu.my/160/1/pentadbiran.pdf. [2011, Oktober 23]

Mansor Fadzil & Ramli Baharom. (2003). Peranan ICT dalam sistem pendidikan jarak

jauh. [Online] . Available: eprints.oum.edu.my/347/. [2011, oktober 23]

Mastura Mahfar, Fadilah Zaini & Nur Akmar Nordin (2007). Analiss faktor stress di

kalangan pelajar. [Online]. Available: eprints.utm.my/8125/1/MMahfar2007-

Analisis Faktor Penyebab Stress Di. Pdf. [2011, November 3]

Muhammad Sukri Saud, Mohd. Anuar Abdul Rahman, Ting Kung Shiung(2007). Kajian

Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran(E-Learning) Di kalangan pelajar Jurusan

Pendidikan Teknikal dan Vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri

Johor. [Online]. Available: eprints.utm.my/6011/1/144.sukri.pdf. [2011, Oktober

23]

Shahril Effendi, Ibrahim and Ahmad Munawardan Mohmad Anuar(2011). Amalan-

amalan terbaik perpustakaan Open University Malaysia dalam menyediakan

perkhidmatan kepada pelajar jarak jauh (ODL) tanpa kos tambahan. In: Seminar

Kebangsaan Perpustakaan Akademik (SKPA) 2011, 5-7 July 2011, Kota

Bharu. (OUM Digital Collection). [2011, November 3]

Zuraini et al. (2006). Cabaran pendidikan secara jarak jauh : kesedaran dan pendedahan

dalam era teknologi maklumat dak komunikasi ICT. [Online]. Available:

http//eprints.usm.my/5590/1/Cabaran_Pendidikan_Secara_Jarak_Jauh_Kesedaran

_Dan_Pendedahan_Dalam_Era_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi_(ICT)

pdf. [2011, Oktober 23]

14