22
KESALAHAN BAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN PELAJAR CINA : KAJIAN ANALISIS DOKUMEN Zamri Mahamod Fakulti Pendidikan, UKM ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam penulisan karanga. Kajian ini telah menggunakan 30 buah karangan yang ditulis oleh 30 orang pelajar Cina Sekolah Mengah Kebangsaan Datok Lokman. Karangan yang ditulis diperiksa dan dianalisis. Daripada kajian ini didapati bahawa pelajar Cina nelakukan kesalahan dari segi morfologi dan sintaksis. Kesalahan morfologi yang paling kerap dilakukan termasuklah kesalahan penggunaan imbuhan dan kesalahan sintaksis yang paling kerap dilakukan ialah kesalahan struktur ayat majmuk dan struktur ayat tergantung. Kajian ini juga mendapati bahawa pelajar lelaki Cina lebih kerap melakukan kesalahan bahasa daripada pelajar perempuan Cina. PENDAHULUAN Dalam Perlembagaan Negara, tercatat dalam Fasal 152 bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Mengikut Dasar Pendidikan Negara, Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah kerana dirasakan bahawa dasar ini akan menghasilkan sebuah masyarakat yang akan berhubung dalam satu bahasa yang sama. Kesungguhan kerajaan jelas apabila dalam Sistem Persijilan Terbuka Malaysia yang bermula pada tahun 2000, para pelajar mesti memperoleh gred lulus dalam Bahasa Melayu untuk melayakkan diri menerima sijil. Namun begitu masih terdapat pelajar yang masih belum mampu menguasainya. Dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Ramli Md. Salleh, Ismail Salleh, Idris Aman, dan Mohammad Fadzeli Jaafar (2000), penguasaan pelajar-pelajar di sekolah menengah di FELDA Negeri Sembilan masih berada pada tahap yang lemah. Hal ini terbukti melalui Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia tentang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2000 bahawa seramai 49,9666 pelajar gagal memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia kerana gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

KESALAHAN BAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN PELAJAR CINA :KAJIAN ANALISIS DOKUMEN

Zamri MahamodFakulti Pendidikan, UKM

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam penulisan karanga. Kajian ini telah menggunakan 30 buah karangan yang ditulis oleh 30 orang pelajar Cina Sekolah Mengah Kebangsaan Datok Lokman. Karangan yang ditulis diperiksa dan dianalisis. Daripada kajian ini didapati bahawa pelajar Cina nelakukan kesalahan dari segi morfologi dan sintaksis. Kesalahan morfologi yang paling kerap dilakukan termasuklah kesalahan penggunaan imbuhan dan kesalahan sintaksis yang paling kerap dilakukan ialah kesalahan struktur ayat majmuk dan struktur ayat tergantung. Kajian ini juga mendapati bahawa pelajar lelaki Cina lebih kerap melakukan kesalahan bahasa daripada pelajar perempuan Cina.

PENDAHULUAN

Dalam Perlembagaan Negara, tercatat dalam Fasal 152 bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Mengikut Dasar Pendidikan Negara, Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah kerana dirasakan bahawa dasar ini akan menghasilkan sebuah masyarakat yang akan berhubung dalam satu bahasa yang sama. Kesungguhan kerajaan jelas apabila dalam Sistem Persijilan Terbuka Malaysia yang bermula pada tahun 2000, para pelajar mesti memperoleh gred lulus dalam Bahasa Melayu untuk melayakkan diri menerima sijil. Namun begitu masih terdapat pelajar yang masih belum mampu menguasainya. Dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Ramli Md. Salleh, Ismail Salleh, Idris Aman, dan Mohammad Fadzeli Jaafar (2000), penguasaan pelajar-pelajar di sekolah menengah di FELDA Negeri Sembilan masih berada pada tahap yang lemah. Hal ini terbukti melalui Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia tentang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2000 bahawa seramai 49,9666 pelajar gagal memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia kerana gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hal yang sama terjadi dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2003. walaupun prestasi keputusan peperiksaan dilaporkan meningkat ekoran peningkatan mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu 90.9 peratus, namun masih terdapat 9.1 peratus daripada 420,220 orang pelajar seluruh negara yang mengambil peperiksaan tersebut gagal memperoleh sijil. Sebilangan besar yang gagal dalam mata pelajaran itu terdiri daripada calon bukan bumiputera, khususnya calon berbangsa Cina. Hal ini menggambarkan bahawa penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar berada pada tahap kurang memuaskan. Secara tidak langsung, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan belum boleh dibanggakan.

Awang Sariyan (2001) menyatakan bahawa ramai pelajar yang gagal mendapat pencapaian yang baik dalam kertas Bahasa Melayu kerana faktor kesalahan bahasa dalam penulisan. Semakin banyak kesalahan bahasa, khususnya dari segi morfologi dan sintaksis, semakin rendahlah markah yang diperoleh oleh mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Menurut beliau lagi, kemerosotan pelajar Cina dalam pemelajaran Bahasa Melayu ialah faktor gangguan bahasa ibunda. Hal ini bertepatan dengan dapatan Nordin Mamat (2001) yang menyatakan bahawa kebanyakan pelajar menggunakan bahasa lain (Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda) dan menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu apabila membuat latihan menulis karangan. Akibatnya, bahasa yang ditulis merupakan bahasa terjemahan yang janggal bunyinya

Page 2: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

daripada struktur ayat dan tidak menepati pola ayat Bahasa Melayu. Keadaan ini kebanyakannya melibatkan pelajar-pelajar Cina yang mendapat pendidikan di peringkat rendah di sekolah-sekolah Cina.

Nik Safiah Karim (1981), menyatakan bahawa punca kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar berlaku kerana para pelajar tidak menguasai sistem Bahasa Melayu. Pelajar juga dikatakan melakukan kesalahan bahasa ekoran aspek luaran ataupun dalaman. Hal luaran berpunca darpda pengaruh media massa dan masyarakat sekeliling, dan hal dalaman pula berpunca daripada pelajar sendiri seperti gangguan bahasa ibunda, kekeliruan yang berpunca daripada kecuaian dan kekurangan pengetahuan tentang bentuk yang betul (Azman Wan Chik 1989).

Oleh yang demikian, satu kajian tentang kesalahan bahasa pelajar Cina perlu dilakukan bagi memperoleh maklumat yag berguna, khususnya kepada guru Bahasa Melayu untuk merangka strategi yang sesuai bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan.

PERNYATAAN MASALAH

Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan pelajar Cina menyebabkan mereka sering melakukan kesalahan dalam penggunaan Bahasa Melayu. Coder S. P (1973), menganggap bahawa kesalahan bahasa berpunca daripada tindakan penutur melakukan pertukaran, pengalihan atau penghilangan sesuatu ujaran seperi bunyi, morfem, perkataan atau rangkai kata hingga menyebabkan ayat-ayat yang dibentuk mengandungi kesalahan. Hal ini bersesuaian dengan kenyataan Juriah et. al. (1994) yang menyatakan bahawa kesalahan bahasa adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem yang diterima sebagai buku penutur jati yang terpelajar dan kesalahan ini meliputi aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan kata dan istilah. Mengikut Awang Sariyan (1984) dan Nik Safiah (1986) kesalahan bahasa berlaku kerana terdapat penggunaan aspek bahasa yang tidak sempurna daripada tatabahasa yang baku.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1993), kesalahan penggunaan perkataan atau istilah berlaku bukan sahaja dalam kalangan pelajar bukan bumiputera, tetapi juga dalam kalangan pelajar bumiputera. Namun begitu, kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar bukan bumiputera lebih berbanding pelajar bumiputera. Kesalahan bahasa yang kerap mereka lakukan termasuklah disebabkan pengaruh bahasa ibunda. Keadaan ini menyebabkan pelajar bukan bumiputera khususnya pelajar Cina terus-terusan melakukan kesalahan bahasa.

Abd. Aziz Abd. Talib (2000) berpendapat bahawa penutur Bahasa Melayu berketurunan Cina paling banyak menghadapi masalah gangguan bahasa ibunda dan pengaruh dialek tempatan dalam Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana struktur Bahasa Cina berbeza sama sekali dengan struktur Bahasa Melayu.

Farid M. Onn dan Ajid Che Kob (1981) menyatakan bahawa persepsi pelajar Cina tentang linguistik Bahasa Cina telah mantap dalam sistem kognitif mereka. Aspek semantik, leksikal dan idiom bahasa ibunda mempengaruhi unsur-unsur linguistik dalam bahasa kedua (Bahasa Melayu). Akibatnya, apabila pelajar menggunakan bahasa Melayu mereka akan melakukan kesalahan kosa kata Bahasa Melayu tersebut (Alias Shamsuddin, 1969; Abdul Hamid Mahmood, 1990).

KERANGKA KONSEPTUAL

2

Page 3: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

Kajian ini berlandaskan teori yang diperkenal oleh Corder S.P yang mengatakan bahawa kesalahan bahasa berlaku dari segi morfologi, sintaksis dan aspek mekanis. Namun dalam kajian ini, pengkaji hanya melihat kesalahan bahasa dari segi morfologi dan sintaksis. Oleh itu, rangka konsep kajian ini adalah seperti berikut :-

Dalam kerangka ini kesalahan bahasa merujuk kepada kesalahan morfologi dan sintaksis. Kesalahan morfologi termasuklah kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata ganda, kesalahan penggunaan kata sendi nama dan kesalah penggunaan kata hubung. Manakala dalam kajian ini, kesalahan sintaksis termaksuk kesalahan struktur ayat majmuk, kesalahan struktur ayat pasif, kesalahan struktur ayat saduran Bahasa Inggeris dan kesalahan ayat tergantung.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kesalahan bahasa dalam karangan pelajar Cina. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk”

1. Mengenal pasti kesalahan morfologi, sintaksis, dan aspek mekanis yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam karangan.

2. Menilai tahap kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam karangan.

PERSOALAN KAJIAN

Beradasarkan tujuan kajian di atas, secara khususnya kajian ini akan menjawab soalan berikut:

1. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam karangan? 2. Sejauhmanakah pelajar Cina melakukan kesalahan morfologi, dan sintaksis dalam karangan?

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting kerana kajian ini dapat :1. Dimanfaatkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk menggubal kurikulum.

3

PELAJAR

KESALAHAN MORFOLOGI Imbuhan Kata ganda Kata sendi nama Kata hubung

KESALAHAN SINTAKSIS Ayat majmuk Ayat pasif Ayat saduran BI Ayat tergantung

Page 4: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

2. Memberi sedikit gambaran kepada guru-guru Bahasa Melayu tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Cina dalam mempelajari Bahasa Melayu.

3. Menjadi asas kepada guru-guru dalam merancang dan merangka strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang lebih berkesan dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu pelajar.

4. Membantu guru-guru Bahasa Melayu merancang dan menentukan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya dijalankan dalam ruang lingkup seperti berikut:-1. Kajian ini hanya tertumpu kepada 30 orang pelajar Cina Tingkatan Lima Sekolah

Menengah Kebangsaan Datok Lokman, Kuala Lumpur.2. Kajian ini hanya tertumpu kepada dua kesalahan bahasa yang kerap dilakukan oleh para

pelajar dalam karangan, iaitu kesalahan morfologi dan kesalahan sintaksis. DEFINISI ISTILAH

Terdapat beberapa istilah yang akan digunakan dalam kajian ini.

Kesalahan Bahasa

Corder (1981) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati dan menganggap kesalahan bahasa yang dibuat ialah kegagalan memadankan bahasa dengan situasi yang sesuai.

Dalam kajian ini kesalahan bahasa membawa maksud sebagai bentuk-bentuk bahasa yang menyimpang daripada bentuk yang baku iaitu suatu bentuk bahasa yang digunakan dalam hubungan-hubungan formal. Bentuk ini benar-benar mematuhi tatabahasa dan bebas daripada pengaruh dialek daerah dan bahasa pertuturan yang tidak formal.

Bahasa Melayu

Dalam laporan jawatankuasa Mengkaji Bahasa Melayu (1982) menjelaskan bahawa Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Dalam Perkara 152 perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi.Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat awal Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah, khususnya sekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Melayu.

Dalam kajian ini Bahasa Melayu merujuk kepada subjek Bahasa Melayu yang diajar di sekolah-sekolah. Dalam kalangan pelajar Cina masalah kelemahan penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu sering diperkatakan. Oleh itu mereka dikatakan sering melakukan kesalahan bahasa semasa dalam penulisan karangan dan ini menyebabkan mereka gagal mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan.

TINJAUAN LITERATUR

Terdapat beberapa kajian yang dijalankan di dalam negara dan di luar negara tentang gaya pembelajaran walaupun gaya pembelajaran merupakan satu bidang yang baru. Kajian-kajian yang

4

Page 5: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

telah dilakukan yang berkait dengan kesalahan bahasa oleh penyelidik-penyelidik atau pengkaji-pengkaji bahasa di luar mahupun di dalam Negara, dapat diperjelaskan mengikut jenis-jenis dan kategori kesalahan bahasa dalam kajian ini, iaitu kesalahan morfologi dan kesalahan sintaksis.

Kesalahan Morfologi

Kesalahan morfologi merangkumi kesalahan penggunaan imbuhan dan kesalahan jenis kata atau golongan kata. Kesalahan ini termasuklah kesalahan penggunaan kata ganti diri, sendi nama, kata kerja, kata tugas, kata nama dan sebagainya.

Koh Boh Boon (1975) dalam kajiannya terhadap pelajar-pelajar bukan Melayu mendapati bahawa pelajar ini lemah dalam penggunaan imbuhan kata kerja dan imbuhan kata nama. Kesalahan ini disebabkan kesalahtanggapan tentang pembentukan kata dalam Bahasa Melayu. Menurut Koh Boh Boon, bagi pelajar Cina, mereka menghadapi masalah imbuhan kerana imbuhan tidak wujud dalam bahasa Cina. Oleh itu pelajar Cina sering mengabaikan imbuhan sama ada dalam pertuturan ataupun penulisan. Dapatan ini bersesuaian dengan dapatan kajian Md. Daud Taha (1992) yang mengatakan bahawa kesalahan imbuhan dan kata sendi paling kerap dilakukan oleh pelajar hingga mencapai 31.2 peratus.

Raminah Hj. Sabran (1983) membuat penyelidikan terhadap guru pelatih yang seramai 100 orang dan mempunyai latar belakang akademik yang berbeza. Tiga ujian menulis karangan dalam waktu yang berlainan digunakan untuk melihat sama ada terdapat atau tidak perbezaan jumlah kesalahan bahasa. Dapatan menunjukkan bahawa hamper 80 peratus kesalahan yang dilakukan oleh sample adalah dalam aspek penggunaan perkataan dan pembentukan frasa. Dapatan ini sama dengan dapatan Yap Soon Hock (1973) yang mendapati bahawa pelajar-pelajar Melayu melakukan kesalahan pembentukan kata yang paling tinggi kekerapan, iaitu sebanyak 51 peratus.

Kajian yang dibuat oleh Noor Ainah Dani (1993) tentang pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Dusun mendapati bahawa bahasa ibunda mempengaruhi kesalahan pemakaian imbuhan terutama imbuhan beR-, ke-, me-, dan –an. Mengikut Arpan Shahbudin (1998) pelajar didapati lemah dalam penguasaan kemahiran menggunakan imbuhan dan kata sendi nama.

Dapatan kajian Zafdah Haji Metussin (1990) yang mengkaji tentang pola-pola penggunaan kata sendi nama dalam penulisan karangan pelajar tingkatan satu mendapati bahawa pelajar banyak melakukan kesalahan sendi nama di dan pada di tempat diperlukan dan ramai pelajar keliru dalam penggunaan sendi nama di dalam dan di antara.

Menurut kajian Media Sandra Kasih (2003) mendapati pelajar Cina sukar mempelajari Bahasa Melayu kerana ketiadaan kelas kata dalam bahasa Cina. Pelajar Cina juga didapati kerap melakukan kesalahan dari segi ejaan.

Kesalahan Sintaksis

Kesalahan sintaksis bermaksud binaan bahasa yang meyimpang daripada struktur ayat yang betul dalam suatu bahasa. Kesalahan sintaksis ini termasuklah kesalahan pada frasa dan ayat yang disebabkan oleh kejanggalan konsituen-konsituen yang mengisi gitra subje, predikat dan objek. Hal ini termasuk juga bentuk-bentuk kata dan frasa tertentu yang mewujudkan kegramatisan sesuatu ayat.

5

Page 6: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

Supian Mohamad Noor (1994) mendapati bahawa 249 orang pelajar Tingkatan Empat telah melakukan 617 kesalahan penggunaan frasa kerja. Md Daud Taha (1992) dalam kajiannya menunjukkan bahawa kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar ialah jenis ayat-ayat tidak betul susunannya (33.1 peratus), ayat tidak lengkap atau tergantung (35.8 peratus) dan ayat yang berbelit-belit (17.3 peratus). Dalam kajian ini juga, beliau mendapati bahawa kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar dipengaruhi oleh struktur ayat asing.

Seterusnya Abdul Hamid Mahmood (1989), dari hasil kajiannya menunjukkan bahawa kesalahan ayat disebabkan oleh pelajar-pelajar kurang memahami struktur ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif dan ayat pasif. Akibatnya, ayat-ayat yang ditulis itu kerap janggal dan menyalahi hukum-hukum tatabahasa Bahasa Melayu. Koh Boh Boon (1994) membuat tanggapan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu kerana mereka tidak mengetahui teori asas tatabahasa. Tanggapan ini ialah hasil kajian yang dilakukan kepada guru-gru pelatih terhadap dua jenis ayat pasif. Sebanyak 70 peratus guru pelatih tidak dapat membetulkan kesalahan ayat pasif.

Menurut kajian Mohd Daud Yusof (1990) mendapati bahawa dalam kalangan pelajar yang menjadi sampel seramai 78 orang pelajar membuat kesalahan menerbitkan ayat yang tidak lengkap, iaitu tidak ada subjek dan predikat.

Tuntasnya, kajian ini diterangkan beberapa dapatan kajian daripada pengkaji tempatan. Melalui kajian literatur terdapat pelbagai jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar kerana tidak menguasai sistem sesuatu bahasa.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen yang melibatkan 30 buah karangan yang ditulis oleh 30 orang pelajar Cina Tingkatan Lima.

Responden kajian merupakan 30 orang pelajar Cina Tingkatan Lima aliran sastera Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, Kuala Lumpur. Responden kajian ini telah dipilih secara berkelompok.

Kajian ini dimulakan dengan mengenal pasti masalah kajian, dan merangka jangka masa kajian . Pengkaji kemudian memohon kebenaran untuk menjalankan kajian. Pengkaji mula menjalankan kajian setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.

Setiap responden kajian diminta menulis sebuah karangan pada masa dan tempoh yang berlainan. Ini bererti karangan yang dijadikan bahan kajian berjumlah 30 buah karangan. Setiap karangan yang ditulis dalam had panjang 350 patah perkataan dalam masa 1 jam 30 minit. Ini bererti pengkaji akan memeriksa dan mencari kesalahan bahasa pada had 350 patah perkataan sahaja. Selebihnya tidak diambil kira. Ujian menulis karangan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman pada 24 Februari 2005. Tajuk karangan yang digunakan bagi ujian kajian berupa tajuk karangan jenis fakta, iaitu salah satu jenis tajuk karangan yang ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Lima.

Kertas karangan yang ditulis oleh responden kajian, diperiksa berdasarkan penentuan kesalahan. Segala maklumat yang diperoleh dicatat dan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Penganalisisan data yang dibuat secara kuantitatif akan menggunakan statistik deskriptif iaitu analisis dalam bentuk peratusan, dan frekuensi sahaja.

6

Page 7: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

Kesimpulannya, kajian ini merupakan kajian analisis dokumen yang menggunakan reka bentuk kualitatif dan kuantitatif. Penganalisisan data menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan dan frekuensi bagi melihat kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar Cina.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian bertujuan untuk membincangkan tentang latar belakang responden, apakah kesalahan yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam karangan dan Sejauhmanakah pelajar Cina melakukan kesalahan morfologi, dan sintaksis dalam karangan?

Maklumat Latar Belakang Responden

Bahagian ini menjelaskan profil responden yang terlibat dalam kajian ini. Profil responden kajian yang diambil kira ialah jantina.

Jadual 1 : Maklumat latar diri responden________________________________________________________________________ Frekuensi Peratusan (%)________________________________________________________________________JantinaLelaki 13 43.3Perempuan 17 56.7________________________________________________________________________

Jadual 1 menunjukkan maklumat latar diri responden. Daripada Jadual 1 ternyata bahawa responden terdiri daripada 43.3% (13 orang) pelajar lelaki dan 56.7% (17 orang) pelajar perempuan.

Kesalahan yang Dilakukan oleh Pelajar

Sebanyak tidak kurang daripada 10500 patah perkataan telah ditulis oleh pelajar Cina Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman. Daripada jumlah itu terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dikenal pasti dilakukan oleh para pelajar tersebut. Kesalahan-kesalahan tersebut adalah dalam morfologi dan sintaksis yang menjadi fokus kajian ini.

1. Kesalahan Morfologi

Antara kesalahan morfologi yang dikenal pasti dilakukan oleh pelajar Cina ialah kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata ganda, kesalahan penggunaan kata sendi nama, dan kesalahan kata hubung.

(a) Kesalahan Penggunaan Imbuhan

Kajian ini mendapati bahawa kesalahan penggunaan imbuhan ini terjadi kerana pelajar tidak menggunakan imbuhan, dan silap menggunakan imbuhan. Kesalahan tidak menggunakan imbuhan ini terjadi akibat daripada pengaruh bahasa ibunda yang struktur ayatnya dipermudah dan diringkaskan tanpa mengunakan imbuhan. Misalnya, pelajar menulis bentuk kata:

i. mainkan peranan yang sepatutnya dieja sebagai memainkan peranan. ii nasihati anak-anak remaja yang sepatutnya dieja menasihati anak-anak remaja.

7

Page 8: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

iii. bimbing remaja yang sepatutnya dieja membimbing remaja.

Pelajar juga didapati terkeliru dalam menggunakan imbuhan kata kerja transitif menN…kan dan meN...i. Penggunaan imbuhan apitan yang tepat ialah apabila objek selepas kata kerja mendukung maksud pergerakan atau sebaliknya. Misalnya:

i. …..berdamping ia sebagai teman sepatunya ditulis ….mendampingi ia sebagai teman.ii. ……seharusnya penyiaran rancangan sepatutnya ditulis ….seharusnya menyiarkan rancangan.

(b) Kesalahan Penggunaan Kata Ganda

Hasil daripada penyelidikan didapati bahawa kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pelajar ialah menggandakan kata nama yang didahului oleh kata bilangan yang mendukung maksud jamak. Misalnya:

i. banyak kes-kes gejala sosial sepatutnya ditulis banyak kes gejala sosial. ii. pelbagai langkah-langkah telah diambil sepatutnya ditulis pelbagai langkah telah

diambil.iii. kebanyakan remaja-remaja mudah terpengaruh sepatutnya ditulis kebanyakan remaja mudah terpengaruh.

Menurut Nik Safiah Karim et. al. (1994), kata nama yang didahului oleh kata yang bermaksud jamak tidak perlu digandakan. Melalui kajian ini juga didapati bahawa pelajar kerap menggandakan kata ganda yang tidak perlu digandakan. Misalnya:

i. masyarakat-masyarakat tidak seharusnya sepatutnya ditulis masyarakat tidak seharusnya

ii. golongan-golongan remaja sepatutnya ditulis golongan remaja.iii. mereka-mereka hanya tahu sepatutnya ditulis mereka hanya tahu.

(c) Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama

Daripada karangan yang ditanda, didapati pelajar turut melakukan kesalahan menggunakan kata sendi nama. Antara kata sendi nama yang salah digunakan ialah kata dari, dan daripada. Kata dari digunakan untuk menunjukkan tempat dan waktu, kata sendi nama daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti menyatakan manusia, unsure abstrak, perbandingan dan sebagainya (Nik Safiah et. al 1994). Misalnya:

i. dari mereka melepak sepatutnya ditulis daripada mereka melepakii. kurang kasih sayang dari ibu bapa sepatutnya ditulis kurang kasih sayang

daripada ibu bapa.

Pelajar juga didapati tidak menggunakan kata sendi di tempat yang sepatutnya. Misalnya:

i. berpura-pura pergi sekolah sepatutnya berpura-pura pergi ke sekolah.ii. tetapi masa ini sepatutnya ditulis tetapi pada masa ini.iii. duduk kaki lima kedai sepatutnya ditulis duduk di kaki lima kedai.

Pelajar juga didapati menggunakan kata sendi nama di tempat yang tidak diperlukan. Antara kesalahan tersebut ialah :

8

Page 9: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

i. kerjasama di antara kerajaan dan masyarakat sepatutnya kerjasama antara kerajaan dan masyarakat.

ii. Selain daripada itu, kerajaan juga sepatutnya Selain itu, kerajaan juga.iii. mendapat tempat di dalam kumpulan sepatutnya mendapat tempat dalam

kumpulan.

(d) Kesalahan Penggunaan Kata Hubung

Pelajar juga didapati melakukan kesalahan penggunaan kata hubung seperti contoh ayat berikut:

i. para remaja sepatutnya sedar bahawa kelalaian mereka itu…. sepatutnya ditulis para remaja sepatutnya sedar kerana kelalaian mereka itu….ii. mereka sering beranggapan yang mereka telah dewasa… sepatutnya ditulis mereka sering beranggapan bahawa mereka telah dewasa….iii. ibu bapa, guru-guru perlu memainkan peranan mereka…. sepatutnya ditulis ibu bapa dan guru-guru perlu memainkan peranan mereka….

Selain itu, pelajar juga didapati melakukan kesalahan kerana tidak menggunakan kata hubung dalam ayat yang sepatutnya memerlukan kata hubung yang dan bahawa. Misalnya:

i. ….golongan remaja terpengaruh beranggapan mereka…. sepatutnya ditulis golongan remaja yang terpengaruh beranggapan bahawa mereka….

ii. ….mereka berani mengatakan pada zaman ini….. sepatutnya ditulis .....mereka berani mengatakan bahawa pada zaman ini.....

iii. .....sebagaimana telah kita ketahui golongan remaja…. sepatutnya ditulis ….sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa golongan remaja….

2. Kesalahan Sintaksis

Antara kesalahan sintaksis yang dikenal pasti dilakukan oleh pelajar Cina ialah kesalahan struktur ayat majmuk, kesalahan struktur ayat pasif, dan kesalahan struktur ayat saduran Bahasa Inggeris.

(a) Kesalahan Struktur Ayat Majmuk

Daripada pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, didapati bahawa kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar adalah seperti berikut:

i. Ibu bapa bertanggungjawab menjaga mereka dan memberi mereka pelajaran. sepatutnya ditulis.... Ibu bapa bertanggungjawab menjaga dan memberi mereka pelajaran.

ii. Ibu bapa juga haruslah mengawal gerak geri anak-anak mereka jika ada yang mencurikan dan sentiasa berfikiran terbuka dalam mengatasi masalah. sepatutnya ditulis.... Ibu bapa juga haruslah mengawal gerak geri anak-anak mereka jika ada gerak-geri yang mencurigakan dan sentiasa berfikiran terbuka dalam mengatasi masalah.

iii. Pada masa ini ibu bapa hanya sibuk mengejar kemewahan sampaikan tidak ada masa untuk mendidik anak-anak. Sepatutnya ditulis...... Pada masa ini ibu bapa hanya sibuk mengejar kemewahan sehingga tidak ada masa untuk mendidik anak-anak.

iv. Remaja-remaja menjadi liar atas pengaruh dari rakan-rakannya. Sepatutnya ditulis... Remaja-remaja menjadi liar kerana pengaruh daripada rakan-rakannya.

9

Page 10: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

(b) Kesalahan Struktur Ayat Pasif

Pelajar juga didapati sering melakukan kesalahan struktur ayat pasif dalam penulisan karangan, antaranya seperti berikut:

i. Remaja-remaja ini perlu ibu bapa bimbing……..sepatutnya ditulis Remaja- remaja ini perlu dibimbing oleh ibu bapa ........

ii. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu diadakan pihak sekolah......sepatutnya ditulis Perkhismatan Bimbingan dan Kaunseling perlu diadakan oleh pihak sekolah.....

(c) Kesalahan Struktur Ayat Saduran Bahasa Inggeris

Struktur ayat saduran bahasa Inggeris bermaksud pengaruh ayat Bahasa Inggeris dan kata-kata Bahasa Inggeris yang digunakan dalam sintaksis Bahasa Melayu (Awang Sariyan 1998). Daripada pemerhatian yang telah dibuat terdapat beberapa ayat yang dikenal pasti terdapat saduran daripada Bahasa Inggeris seperti contoh ayat berikut:i. Masalah ini kebanyakannya berpunca di rumah yang mana ibu bapa kurang

memberi perhatian yang penuh.Sepatutnya ditulis ... Masalah ini kebanyakannya berpunca dari rumah kerana ibu bapa kurang memberi perhatian sepenuhnya kepada remaja.

ii. Masalah ini dikeruhkan lagi di mana ibu bapa sibuk bekerja mengejar kemewahan dan mengabaikan anak-anak.

Sepatutnya ditulis ... Masalah ini dikeruhkan lagi kerana ibu bapa sibuk mengejar kemewahan hidup sehingga mengabaikan anak-anak.

(d) Ayat Tergantung

Pelajar juga didapati melakukan kesalahan membina struktur ayat yang tergantung. Pelajar kerap menghilangkan subjek ayat seperti contoh ayat berikut:

i. Ini berpunca daripada kesibukan ibu bapa bekerja. Sepatutnya ditulis... Hal ini berpunca daripada kesibukan ibu bapa bekerja.

ii. Ada yang keluar pada waktu pagi dan pulang pada lewat malam. Sepatutnya ditulis..... Ada ibu bapa yang keluar bekerja pada waktu pagi dan pulang pada lewat malam.

iii. Ini menyebabkan ketandusan kasih sayang. Sepatutnya ditulis.... Hal ini menyebabkan anak-anak ketandusan kasih sayang.

Tahap Kesalahan Bahasa Pelajar Cina

Tahap kesalahan bahasa pelajar Cina dikaji dari segi morfologi dan sintaksis.

1. Tahap Kesalahan Morfologi Pelajar Cina

Dapatan kesalahan morfologi dalam kalangan pelajar dipaparkan dalam Jadual 2. Jadual 2 menunjukkan kekerapan kesalahan morfologi dalam kalangan pelajar Cina yang dikaji.

Jadual 2 : Kekerapan kesalahan morfologi yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam penulisan karangan.

________________________________________________________________________Jenis Kesalahan Lelaki % Perempuan % Jumlah %

10

Page 11: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

________________________________________________________________________K1 45 39.47 38 39.58 83 39.71K2 13 11.41 9 9.38 21 10.05K3 45 39.47 34 35.42 79 37.80

K4 11 9.65 15 15.62 26 12.44________________________________________________________________________Jumlah 114 100 96 100 209 100________________________________________________________________________K1 = Imbuhan K2 = Kata ganda K3 = Kata sendi namaK4 = Kata hubung

Berdasarkan Jadual 2, terdapat empat kesalahan morfologi, iaitu kesalahan dari segi imbuhan (K1), kesalahan penggunaan kata ganda (K2), kesalahan penggunaan kata sendi nama (K3), dan kesalahan penggunaan kata hubung (K4). Beberapa contoh kesalahan morfologi seperti kebanyakkan, pelbagai-bagai, banyak kes-kes, dan sebagainya. Kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh pelajar Cina ialah kesalahan penggunaan imbuhan, iaitu sebanyak 83 kesalahan ataupun 39.71 peratus. Hal ini kerana pelajar Cina masih terikut dengan struktur ayat Bahasa Cina yang tidak mempunyai imbuhan.

Daripada jadual juga menunjukkan bahawa pelajar lelaki paling kerang melakukan kesalahan morfologi, iaitu sebanyak 114 kesalahan berbanding pelajar perempuan sebanyak 96 kesalahan.

2. Tahap Kesalahan Sintaksis Pelajar Cina

Kesalahan sintaksis dalam karangan pelajar Cina juga banyak dilakukan. Dapatan kesalahan sintaksis dipaparkan dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Kekerapan kesalahan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam penulisan karangan

________________________________________________________________________Jenis Kesalahan Lelaki % Perempuan % Jumlah %________________________________________________________________________K1 38 31.7 40 36.7 78 34.1K2 29 21.2 26 23.9 55 24.0K3 17 14.1 13 11.9 30 13.1K4 36 30.0 30 27.5 66 28.8Jumlah 120 100 109 100 229 100________________________________________________________________________K1 = Ayat majmukK2 = Ayat PasifK3 = Ayat Saduran Bahasa InggerisK4 = Ayat Tergantung

Jadual 3 menunjukkan kesalahan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar Cina. Kesalahan ini ialah kesalahan ayat majmuk (K1), kesalahan ayat pasif (K2), kesalahan ayat saduran Bahasa Inggeris (K3) dan kesalahan ayat tergantung (K4). Kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah kesalahan ayat majmuk, iaitu sebayak 34.1 peratus (78 kesalahan). Hal ini bermakna kebanyakan

11

Page 12: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

pelajar masih terkeliru tentang jenis ayat majmuk pancangan keterangan, gabungan dan komplemen. Selain itu, pelajar juga didapati kerap kali melakukan kesalahan ayat tergantung. Terdapat 55 kesalahan ayat tergantung atau 28.8 peratus daripada keseluruhan kesalahan sintaksis. Daripada Jadual 3, didapati pelajar lelaki Cina paling banyak melakukan kesalahan sintaksis, 120 kesalahan berbanding dengan pelajar perempuan Cina, iaitu 109 kesalahan.

PERBINCANGAN DAPATAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesalahan morfologi dan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar Cina Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman dalam penulisan karangan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat tahap kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar Cina semasa menulis karangan.

Kajian ini merupakan kajian kes yang dijalankan melalui kaedah analisis Dokumen yang melibatkan 30 buah karangan pelajar Cina yang dipilih secara kelompok. Karangan yang dikumpulkan kemudian disemak dan dimasukkan dalam borang inventori kesalahan bahasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Secara khusus, dapatan kajian dapat diperincikan seperti berikut:

1. Dalam kesalahan morfologi, pelajar Cina didapati melakukan kesalahan dari segi penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata ganda, kesalahan penggunaan kata sendi nama dan kesalahan penggunaan kata hubung.

2. Daripada kajian ini didapati bahawa kesalahan penggunaan imbuhan mencatatkan bilangan yang lebih tinggi berbanding dengan kesalahan morfologi yang lain.

3. Dalam kesalahan sintaksis pula, pelajar Cina didapati melakukan kesalahan kesalahan ayat majmuk, kesalahan ayat pasif, kesalahan ayat saduran Bahasa Inggeris, dan kesalahan ayat tergantung.

4 Daripada kajian ini juga mendapati bahawa pelajar Cina kerap melakukan kesalahan ayat majmuk kerana kekeliruan mereka terhadap ayat majmuk pancangan keterangan, gabungan dan komplemen.

5. Berdasarkan kajian ini juga, didapati bahawa pelajar lelaki kerap melakukan kesalahan dari segi morfologi dan sintaksis berbanding pelajar perempuan dalam penulisan karangan.

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Kajian ini selaras dengan kajian yang dilakukan Md Daud Taha (1992) dan Noor Ainah Dani (1993) yang mendapati bahawa pelajar sering melakukan kesalahan dari segi penggunaan imbuhan. Pelajar Cina didapati masih gagal menggunakan imbuhan dengan baik dan kerap melakukan kesalahan tersebut. Hal ini bersesuai dengan dapatan Koh Boh Boon (1975) yang mengatakan bahawa pelajar Cina lemah dalam penggunaan imbuhan kata kerja dan imbuhan kata nama. Hal ini kerana dalam Bahasa Cina tidak terdapat sebarang imbuhan (Media Sandra Kasih; 2003)

Daripada kajian juga mendapati bahawa pelajar Cina turut melakukan kesalahan penggunaan kata sendi. Hal ini selaras dengan dapatan Md. Daud Taha (1992) dan Raminah Hj. Sabran (1983) yang mengatakan bahawa kesalahan penggunaan kata sendi nama juga kerap dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar Cina kerap melakukan kesalahan dari segi sintaksis. Kesalahan dari segi sintaksis yang kerap dilakukan oleh pelajar Cina ialah kesalahan ayat majmuk dan ayat tergantung. Pelajar Cina juga didapati melakukan kesalahan ayat pasif dan kesalahan ayat saduran Bahasa Inggeris. Hal

12

Page 13: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

ini berlaku kerana pelajar Cina didapati tidak dapat menguasai pola ayat Bahasa Melayu dengan baik. Hal ini bertepatan dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Abdul Hamid Mahmood (1989) yang mendapati bahawa kesalahan ayat majmuk berlaku kerana pelajar-pelajar kurang memahami struktur ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif dan ayat pasif.

Kajian juga mendapati bahawa pelajar lelaki Cina lebih kerap melakukan kesalahan dalam penulisan karangan berbanding daripada pelajar perempuan Cina. Hal ini selaras dengan dapatan kajian yang dibuat oleh Kadir Amin (1981) mendapati bahawa kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar lelaki lebih tinggi daripada kekerapan kesalahan murid perempuan dalam kesalahan morfologi dan sintaksis. Hasil dapatan ini juga disokong melalui dapatan Kamarudin Husin (1986) yang mendapati bahawa guru pelatih lelaki berketurunan Cina dan India lebih kerap melakukan kesalahan bahasa berbanding dengan guru pelatih perempuan berketurunan Cina dan India.

Tegasnya, dapatan kajian ini mempunyai implikasi tertentu terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

1. Guru-guru Bahasa Melayu dapat memberi lebih banyak latihan tatabahasa bagi mengatasi masalah kesalahan bahasa.

2. PPK perlu menyediakan satu model pengajaran dan pembelajaran bahasa bagi mengatasi kesalahan bahasa yang kerap dilakukan oleh pelajar.

KESIMPULAN

Kajian ini berupa kajian kes yang tidak dapat menggambarkan penguasaan Bahasa Melayu yang sebenarnya oleh para pelajar Cina di Malaysia. Oleh itu, banyak kajian yang berhubung dengan analisis kesalahan bahasa boleh dibuat sebagai lanjutan kajian ini. Cadangan kajian lanjutan pada masa akan datang seperti berikut :

1. Kajian seperti ini patut dijalankan terhadap penguasaan bahasa secara bahasa lisan dalam kalangan pelajar Cina pada semua peringkat.

2. Kajian perbandingan juga boleh dijalankan untuk melihat tahap pengusaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Cina dengan pelajar Melayu.

3. Selain aspek morfologi dan sintaksis, aspek semantik, dan wacana bahasa juga patut dijadikan fokus kajian bagi melihat pengaruh aspek tersebut terhadap penguasaan bahasa Melayu pelajar Cina.

4. Kajian seperti ini juga seharusnya dijalankan dengan mengambil sampel dari semua negeri di Malaysia bagi memastikan dapatan yang diperoleh lebih berkesan.

RUJUKAN

Abd. Aziz Abd. Talib. 2000. Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur : Utusan Publication.

Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader. 1989. Kesalahan bahasa dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka

Abdul Hamid Mahmood. 1989. Kesalahan ayat. Pelita Bahasa, 1, Bil. 3 : 40 – 1. Abdul Hamid Mahmood. 1993. Betulkan kesalahan bahasa anda. Kuala Lumpur :

Ensimal (M) Sdn. Bhd. Arpan Shahbudin Latip. 1998. Bahasa Melayu : Kesilapan tatabahasa satu analisis. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

13

Page 14: ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa

Awang Sariyan. 1984. Kesalahan umum penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Awang Sariyan. 1988. Pengaruh sintaksis Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu dengan rujukan khusus terhadap laras bahasa ilmiah. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Awang Sariyan 1995. Konsep kesalahan bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka..

Awang Sariyan. 2001. Sikap punca Bahasa Melayu terabai. Berita Harian : 4 Mac.Awang Sariyan. 1989. Kesilapan penggunaan Bahasa Malaysia oleh murid-murid Melayu dalam

Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader (ed.). Kesalahan bahasa dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Azman Wan Chik. 1982. Trend-trend baru dalam bidang pendidikan bahasa. Kuala Lumpur : Utusan Publication.

Corder, S.P. 1981. Error analysis and interlanguage. London : Oxford University Press.Juriah Long. 1975. Masalah pencapaian murid-murid bukan Melayu dalam peperiksaan Malaysia

di peringkat Malaysian Certificate of Education. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.Kadir Amin. 1981. Satu analisis kesilapan penggunaan Bahasa Malaysia murid-murid melayu

Darjah 6 di dua buah sekolah rendah di Melaka. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Kamarudin Hj. Husin. 1986. Penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan pelajar bukan Melayu di maktab-maktab perguruan di Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Sains. Universiti Putra Malaysia.

Koh Boh Boon. 1989. Perseptif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Labov. W. 1980. The social origins of sound change. Cambridge: Cambridge University Press.Marsis Muhamad Nasir. 1998. Permasalahan pemelajaran Bahasa Melayu di institusi pendidikan.

Jurnal Bahasa, 42, (3) : 223-300Media Sandra Kasih. 2003. Analisis kontrastif dan keanekabahasaan. Jurnal Bahasa, 47, (10):

36-40Md. Daud Taha. 1992. Masalah penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di

tingkatan menengah atas di Negara Brunei Darussalam. Tesis Sarjana Sains. Universiti Putra Malaysia.

Mohd Afif Abidin. 1998. Aspek sosiolinguistik dalam konteks Malaysia. Jurnal Bahasa, 7 (1) : 81-86.

Mohd Daud Yusof. 1990. Penguasaan Bahasa Malaysia baku di kalangan pelajar Tingkatan 2 (KBSM) : Satu kajian kes di Maktab Sultan Ismail Kota Bahru, Kelantan. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa, & Abdul Hamid Mahmood. 1994. Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Nor Ainah Dani. 1993. Pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran Bahasa Malaysia pelajar-pelajar Dusun. Tesis Sarjana Sains.Universiti Putra Malaysia.

Raminah Hj. Sabran. 1983. Satu analisis kesilapan nahu penutur jati Bahasa Melayu di kalangan guru pelatih. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Roksana Bibi Abdullah. 2002. Peralihan bahasa : Sebab dan akibat. Jurnal Bahasa, 46 (9) : : 52-55.

Supian Mohammad Noor. 1994. Analisis kesalahan penggunaan frasa kerja Bahasa Melayu di kalangan pelajar Tingkatan 4 KBSM : Satu kajian kes. Tesis Sarjana Sains. Universiti Putra Malaysia.

Teo Kok Seng. 1998. Teori dan penelitian linguistik kes sosiolinguistik. Jurnal Bahasa, 42 (1) : 59-67

Zamri Mahamod. 2002. Pemindahan bahasa dalam pengajaran – pemelajaran bahasa kedua. Jurnal Bahasa, 44 (5) : 602-615.

14