Transcript
Page 1: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

1

PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Oleh

BAYREI BIN ASRIN

NORHASLIZAWATI ABDULLAH

NURUSHIDA AZWIN BT SHAHARUDDIN

ROHAYA BTE KAMIS

ROSEIDAYU BTE ELIAS

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

6 OKTOBER 2008

1.0 PENGENALAN

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan

pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas

pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan

ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu

mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang

merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran

pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan

dengan pendidikan prasekolah. Pengetahuan ini dapat membantu guru dalam

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kanak-

kanak prasekolah mempunyai pelbagai latar belakang, karenah serta tabiat yang

telah dibiasakan semasa di rumah. Oleh itu, guru harulah pandai dan kreatif dalam

mengurus tingkah laku kanak-kanak ini apabila berada dalam bilik darjah.

1.1 Definisi Pengurusan

Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali

‘maneggiare’ iaitu ‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada

perkataan Latin – ‘manus’ (tangan). Perkataan bahasa Perancis

‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud

Page 2: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

2

perkataan Bahasa Inggeris ‘management’ pada abad-abad ke 17 dan 18.

Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri

daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri

daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan

dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu

matlamat. Ia seringya merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan,

teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk

kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi

pengurusan’.

James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa

‘pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan

mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-

sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang

ditetapkan’ Wan Azmi Ramli merumuskan pengurusan adalah aktiviti

perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau

organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-

peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu

(Mohammad Fauzi, 2008).

Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni

bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan

secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.

1.2 Definisi Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku

sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran. Ianya terbahagi kepada tingkah laku positif

dan tingkah laku negatif.

Page 3: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

3

2.0 TINGKAH LAKU

Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku

negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat

belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi

kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dab sikap bergantung.

2.1 Tingkah Laku Positif

Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan

tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan

adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk

melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin

tahu kanak-kanak akan membantu guru dlam meransang pemikiran kanak-

kanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap

ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih

melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka

pada aktiviti seperti ini.

Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang

positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses

pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru Cuma perlu fikirkan

aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang

proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif

berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif

merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka

bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas

jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus

pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.

Page 4: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

4

2.2 Tingkah Laku Negatif

Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu

memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja

kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang

seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang

mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan

tingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang

sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang bertujuan

menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk

dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan

tersebut. Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku

distruktif.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula,

kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat

bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif

merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat

dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang

lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering

mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai

nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung

pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak

yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai

tingkah laku pergantungan.

Page 5: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

5

3.0 MODIFIKASI TINGLAH LAKU

Langkah-langkah yang teratur dan sistematik perlu diambil bagi menghasilkan

perubahan yang spesifik bagi tingkah laku yang tidak diingini. Antaranya adalah

dengan menentukan strategi, melaksanakan strategi yang dipilih, memastikan

matlamat tercapai, mengenal pasti matlamat yang dikehendaki, mengaplikasikan

teknik pembelajaran dan teknik psikologi yang sudah dikaji bagi mengubah

tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang dikehendaki.

Saayah Abu (2008) mengatakan tujuan modifikasi tingkah laku adalah

supaya guru memahami persekitaran murid-murid dan bertimbang rasa apabila

mengambil sebarang tndakan yang melibatkan tingkah laku mereka. Satu cara

mengendalikan disiplin bilik darjah daripada tingkah laku yang paling kecil

kepada yang paling sukar dikawal adalah tidak memberi perhatian apabila murid

ini selalu bergerak di dalam kelas. Seterusnya menunjukkan tingkah laku dan

berkelakuan menyendiri dan kurang mahu berinteraksi dengan orang lain di

sekelilingnya. Antara tingkah laku yang boleh dikenal pasti ialah ingkar, tidak

mahu berkongsi dan bersifat egosentrik. Tingkah laku yang dikehendaki akan

diulangi kerana mengharapkan peneguhan positif berupa ganjaran menyusul

selepas perbuatan. Contohnya apabila murid rajin menyiapkan kerja rumah yang

diberikan, guru akan memberikan pujian. Keadaan tersebut akan mendorong

murid untuk terus menyiapkan lagi kerja rumah yang diberikan kerana

mengharapkan pujian seterusnya daripada guru. Situasi ini dikenali sebagai

tingkah laku yang dikehendaki.

Peneguhan negatif pula adalah tingkah laku diulangi kerana individu

hendak mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan yang

tidak menyeronokkan ataupun menyakitkan. Contohnya Ridhwan mengemaskan

semula mainannya kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya. Tingkah laku yang

dikehendaki adalah mengemaskan mainannya.

Page 6: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

6

3.1 Faktor Persekitaran Yang Menyebabkan Salah Laku

Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran

rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.

Faktor-faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum

terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan

menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran

dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka

mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid

bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan

bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif.

(Saayah Abu:2008).

3.2 Penderaan Kanak-Kanak

Penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik yang sering

dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau

penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping

penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk

ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini

menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan

fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat

oleh orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan

terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak

suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan

dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah

daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang

dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain di

sekelilingnya.

Page 7: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

7

Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu

(2008) kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk

dirinya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti

aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan akibat penderaan

emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam

satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila

emosi mereka didera.

3.3 Persamaan Emosi Yang Diluahkan Dengan Penderaan

Menurut Leff et al., 1985 dalam Saayah Abu (2008), terdapat tiga kategori

tingkah laku ibu bapa yang disifatkan sebagai tingkah laku mendera emosi

kanak-kanak, penolakan, pengasiangan dan sikap tidak peduli didapati

mempunyai persamaan dengan tingkah laku penjaga ataupun ahli keluarga

pesakit skizofrenia. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku

menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat

menetukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang

menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap

mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi.

Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang

menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar

pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan cukup.

Page 8: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

8

4.0 MODEL-MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Ada banyak model pengurusan tingkah laku. Antaranya adalah model disiplin

tegas (assertive discipline model). Model ini diperkenalkan oleh Lee Canter

(1976), dimana perkara-perkara yang melanggar peraturan bilik darjah

dinyatakan, peraturan bilik darjah yang dibentuk oleh guru dan diamalkan di

dalam bilik darjah. Canter percaya, sistem disiplin tegas membolehkan guru

menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan. Apabila murid melanggar

peraturan, namanya akan dicatat sama ada pada papan hijau, papan klip ataupun

buku catatan. Murid yang namanya dicatat lebih daripada sekali akan dihantar

berjumpa guru besar ataupun ibu bapanya dipanggil berjumpa guru.

Canter juga menegaskan, sistem disiplin bercirikan tanggapan murid

adalah bertujuan mengganggu guru dan mengelak daripada belajar ataupun

supaya guru tidak mengajar. Satu lagi masalah dengan disiplin tegas adalah guru

menganggap murid dapat melakukan sesuatu mengikut disiplin. Guru yang

berpengalaman menganggap murid dapat mengetahui yang sesetengah tingkah

laku boleh diterima di sekolah dan sebahagiaannya tidak. Guru yang percaya

murid mempunyai keinginan kuat hendak belajar menganggap tanggapan ini tidak

wajar. Mereka tahu belajar biasanya mengambil masa, perlu bimbingan dan

ulangan pengalaman. Sistem disiplin tegas menganggap apabila murid diberitahu

peraturan dan manghukum mereka yang melanggarnya akan mengelakkan

perlakuan yang tidak diingini.

Pendekatan ini mengawal tingkah laku murid pada waktu itu, tetapi murid

tidak tahu mengapa perlakuan itu tidak diterima atau pun adakah mereka belajar

menyesuaikan diri pada situasi yang lain. Sistem pengurusan tingkah laku yang

menguatkuasakan peraturan oleh golongan dewasa yang berautoriti tidak

membantu murid belajar bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, sistem ini

mengajar murid mematuhi peraturan yang diamalkan melalui kuasa yang tegas.

Page 9: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

9

Ada masanya ornag dewasa perlu tegas dan menuntut serta-merta contohnya

mengelakkan kecederaan ataupun kecemasan seperti kebakaran.

Orang dewasa perlu mengawal disiplin sehingga murid memahami kenapa

mereka perlu mengawal tingkah laku dalam keadaan demikian. Walau

bagaimanapun, mengawal tingkah laku murid dengan kuasa dan menuntut

kepatuhan serta merta tidak semestinya sebagai cara mengurus tingkah laku.

Gartrell (1987) menegaskan, disiplin tegas akan merosakkan konsep kendiri

murid dan menjadikan guru ‘pengurus teknikal’. Bukan setakat itu sahaja, malah

ia menyebabkan murid tidak dapat memastikan tingkah laku yang sesuai dan tidak

membina rasa tanggungjawab dalam diri mereka.

Model disiplin tegas gagal memastikan sebab berlakunya tingkah laku

mengganggu. Sistem ini diaplikasikan tanpa mengambil kira kurikulum, susun

atur bilik darjah ataupun jadual waktu sedangkan semua sistem disiplin perlu

mengambil kira semua sedangkan semua sistem disiplin perlu mengambi kira

semua faktor dan individu yang terlibat dalam situasi pengajaran. Jones & Jones

(1990) melaporkan, sesetengah sekolah yang mengamalkan program disiplin

tegas tidak lagi mengamalkannya kerana:

● ramai guru kecewa kerana murid bermasalah kurnag berkait dengan

prosedur itu

● murid yang tidak memerlukan kaedah disiplin tegas merasa aib ataupun

bimbang

● guru yang sering melaungkan, ‘Duduk!”, ‘Diam!”, “Keluar!” semasa di

bilik darjah gagal memenuhi keperluan asas akademik murid.

● Guru lebih banyak menggunakan disiplin tegas bagi mengelakkan tingkah

laku mengganggu daripada menilai kaedah pengajarannya.

Page 10: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

10

4.1 Model Glasser

Model ini menyediakan banyak pilihan yang baik bagi murid dan

menguruskan gangguan yang berlaku secara tenang dan logik. Glasser

percaya pilihan yang baik menghasilkan tingkah laku yang baik dan

pilihan yang tidak baik menyebabkan tingkah laku sebaliknya. Tingkah

laku individu menggambarkan keinginannya memenuhi keperluannya.

Sekiranya sekolah mempunyai disiplin yang baik, ia menjadi tempat

dimana murid ataupun guru yang kecewa dalam memenuhi keperluan

masing-masing adalah kurang.

Antara keperluan yang dikenalpasti adalah keperluan dimiliki,

kebebasan dan keperluan berjenaka ataupun bergembira. Sekolah yang

muridnya tidak mempunyai perasaan memiliki (sense of belonging)

ataupun tiada peluang membuat pilihan adalah sekolah yang sering

mengalami masalah disiplin. Glasser juga mencadangkan guru

menstruktur pengalaman pembelajaran murid supaya mereka memunyai

motivasi yang tinggi bagi bekerja dalam kumpulan dan murid yang pandai

membantu murid yang lemah. Ini memberi peluang kepada murid yang

pandai memenuhi keperluan memimpin dan yang lemah menyumbang

kepada kumpulannya.

Dalam model Glasser, mesyuarat kelas antara murid akan

membincangkan peraturan dan tingkah laku di dalam bilik darjah. Walau

bagaimanapun, model ini sering digunakan bagi murid menengah dan

berfokus pada menyelesaikan maslaah, pilihan yang disediakan gruu dan

cara guru membantu murid bermasalah dengan cara yang sesuai.

Page 11: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

11

4.2 Model Ginott

Hasil kajian beliau adalah disiplin tingkah laku adalah berdasarkan

pengelolaan iklim. Ini bermaksud, bilik darjah yang kondusif pelru

diwujudkan bagi membina suasana disiplin yang baik. Interaksi melalui

komunikasi berkesan antara guru dengan murid juga penyumbang dalam

perkara ini. Selain itu, beliau percaya disiplin adalah proses berterusan

yang perlu dicapai sepanjang masa. Prinsip model ini adalah sebagai

mesej membaiki kepada murid dalam menangani maslaah. Ginott

menggunaakan istilah komunikasi kongruen (setimpal) bagi menerangkan

tindak balas yang harmoni dengan perasaan murid berkenaan sesuatu

situasi atau pun diri mereka. Beliau juga menggalakkan kerjasama dan

bukan memaksa. Guru yang menggunakan cadangan Ginott tidak melabel

murid dan berkomunikasi berdasarkan kerelaan mereka bagi membantu

murid menyelesaikan masalah.

Page 12: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

12

5.0 CARA MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Seperti di perkenalkan oleh Lee Center (1976) iaitu model disiplin tegar. Model

ini adalah sistem peraturan tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh guru.

Apabila kanak-kanak melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada papan

kenyataan dan guru memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga

mencadangkan supaya nama itu direkod dan dihantar kepada pengetua. Selain itu,

model ini membantu guru mengajar dengan lebih berkesan tanpa sebarang

gangguan. Kebanyakkan dilaksanakan di sekolah rendah memandangkan sesuai

untuk mengurus tingkah laku kanak-kanak supaya memahami pentadbiran

sekolah. Walaubagaimanapun, ia kurang berjaya melatih kanak-kanak supaya

bertanggungjawab. Selain itu, kelemahannya adalah tidak menghiraukan

kurikulum,struktur dan susun atur di dalam bilik darjah.

5.1 Konsep Menghukum

Objektif bagi menghukum adalah mewujudkan tingkah laku positif yang

membina. Menghukum berkaitan denda yang di lakukan bagi mencegah

tingkah laku yang tidak diingini dengan mengaitkannya dengan

rangsangan yang menyakitkan. Contoh-contoh hukuman yang biasa

dijalankan adalah menukar tempat duduk, hilang keistimewaan, pertemuan

perseorangan dengan murid, pertemuan dengan ibu bapa,kawalan yang

mudah, teguran, pembetulan, penggantian, pemencilan murid dan boleh

juga dirujuk kepada guru besar.

5.2 Tingkah Laku Merosakan

Kerap berlaku kepada pelajar berumur 10 hingga 14 tahun. Jenis tingkah

laku merosakkan adalah seperti permusuhan yang nyata, vendalisme,

mengugut guru, meyertai kumpulan liar serta mencalarkan kereta dan

motor guru.

Page 13: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

13

5.3 Permusuhan Yang Nyata

Keadaan yang terdapat pada tingkah laku fizikal ataupun lisan yang

bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya anda sedang beratur hendak

membeli makanan, tiba-tiba barisan anda di potong oleh pelajar lain.

Mengikut ahli psikologi, tiga pandangan utama berkenaan permusuhan

nyata adalah setiap individu mempunyai desakan agresif bagi

menimbulkan permusuhan yang nyata. Permusuhan ini wujud daripada

pengalaman lampau yang mengecewakan.

Tingkah laku agresif ataupun permusuhan yang nyata adalah

tingkah laku yang dipelajari. Cara membantu mengurangkan permusuhan

yang nyata adalah :-

• Menerapkan nilai-nilai murni

• Kenal pasti pelajar yang agresif

• Mengadakan program pendidikan moral

• Menubuhkan bimbingan rakan sebaya

• Merujuk pelajar bermasalah kepada guru kaunseling

• Menggalakkan perbincangan sihat antara pelajar

• Mengadakan pembentangan teknik menyelesaikan masalah

5.4 Tingkah Laku Bergantung

Ia adalah tingkah laku seseorang yang bergantung pada orang lain sama

ada guru atau rakan bagi melakukan sesuatu. Individu seperti ini tidak

mampu untuk membuat keputusan sendiri. Pendirianya kurang tegas dan

tiada tujuan. Faktor-faktor yang menimbulkan keadaan kurang bergantung

berlebihan adalah ibu bapa yang mengamalkan perlindungan yang

melampau seperti terlalu manjakan anak dan kurang yakin kebolehan

mereka mendidik anak-anak. Selain itu faktor lain adalah konsep kendiri

pelajar yang lemah. Kesannya menjadikan kanak-kanak kurang yakin.

Page 14: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

14

Selain itu, pelbagai masalah akan timbul di sebakan mereka sukar

membuat keputusan sendiri dan tidak mampu untuk menyelesaikan

masalah. Ada juga yang terlalu peka pada orang lain seperti pokok semalu.

Akhirnya kehidupan yang dilalui tidak ceria, tertekan dan jiwa tidak

tenteram.

Seterusnya pendekatan pengejaran yang lebih berpusat kepada

guru. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sukar dijalani oleh para

pelajar dan kurang sesuai menyebabkan murid banyak bergantung kepada

guru. Situasi ini menyebabkan tekanan kepada murid. Sebaik-baiknya

guru mengadakan aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar memberi

pandangan atau berhujah. Aktiviti yang dijalankan perlu sejajar dengan

kebolehan pelajar. Beri layanan yang sepatutnya kepada murid-murid

yang lemah seperti mengadakan klinik peningkatan kendiri. Dedahkan

teknik membuat keputusan yang bijak. Wujudkan suasana pembelajaran

mesra dan aman yang dapat mententeramkan kanak-kanak yang aktif.

Secara tidak langsung ia akan menjernihkan suasana tegang dan dapat

memperbaiki banyak perkara.

5.5 Pengunduran Diri

Pengunduran diri da pelbagai situasi dan ada di antaranya adalah helah

bela diri. Ia bermaksud penarikan diri daripada situasi yang kurang

selamat. Contohnya Jazimin merupakan murid yang pemalu, dia dikatakan

mengamalkan pengunduran diri apabila diminta bercerita di hadapan kelas

kerana bimbang dia tidak pandai berinteraksi di khalayak ramai. Kesan

buruk akibat pengunduran diri adalah pembentukan konsep diri yang

rendah. Pelajar sukar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru dan

tidak yakin berinteraksi dengan murid yang lain. Ini mengakibatkan

perkembangan sosial, emosi dan intelek terjejas. Apabila dewasa, pelajar

kurang berkeupaya menghadapi cabaran-cabaran baru. Penguduran diri

Page 15: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

15

menjadikan seseorang kurang popular. Lama-kelamaan dia akan merasa

terancam dan kurang selamat di dalam kelas. Individu yang mengamalkan

pengunduran diri kurang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi

dan kurang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Akhirnya dia

sentiasa mengalami kebimbangan dan ketakutan.

Peranan guru dalam mengurangkan masalah pengunduran diri

adalah guru perlu memberi tumpuan dan dengar cadangan –cadangan

murid. Perlu bersikap tegas dan adil dalam menjalankan peraturan dan

konsisten. Kenal pasti pelajar yang malu dan menarik diri. Usah kedekut

memberi pujian kepada pelajar yang melakukan kebaikan. Jangan

menengking dan berleter sehingga mewujudkan ketegangan. Sediakan

aktiviti-aktiviti yang menarik serta digemari oleh pelajar. Pastikan aras

pencapaian yang ditetapkan tidak terlalu tinggi. Galakkan penyertaan

pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberi

ganjaran dan pujian bagi mendorong penyertaan pelajar. Beri peluang

kepada mereka meluahkan kehendak ataupun masalah.

Selain itu, guru perlu membantu pelajar yang mengalami kesulitan

semasa menguruskan tugasan (mentoring). Perbanyakkan jenis aktiviti

supaya pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan dapat menikmati

kejayaan . Elakkan menghukum pelajar sekiranya beliau kurang berjaya

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya perlu, adakan

perancangan dengan ibu bapa yang sentiasa mendenda, mendera,

memukul dan keterlaluan dalam memarahi anaknya.

Page 16: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

16

6.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya pendidikan prasekolah penting kerana ia meliputi aspek

fizikal, mental, bahasa, sosial, moral, pekerti, emosi dan agama walaupun

kepentingan ini sukar ditentukan secara objektif. Implikasi yang besar akan

berlaku sekiranya pendidikan awal kanak-kanak ini diabaikan oleh ibu bapa.

Keluarga sedemikian dianggap sebagai pendera emosi pesakit skizofrenia dan

tidak kurang bezanya dengan pendera emosi pada kanak-kanak. Ini menunjukkan

betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam mengawal sikap dan layanan pada

mereka yang sakit dan lemah supaya mereka cepat sembuh.

Jika kanak-kanak hidup dengan galakan

Mereka belajar menjadi lebih berkeyakinan

Jika kanak-kanak hidup dengan pujian

Mereka belajar menghargai kehidupan

Jika kanak-kanak hidup dengan keadilan

Mereka belajar dalam suasana keharmonian

Jika kanak-kanak hidup dengan jaminan

Mereka belajar menaruh kepercayaan

Jika kanak-kanak hidup dengan kerestuan

Mereka belajar menyayangi diri dan penyayang

Jika kanak-kanak hidup dalam persaudaraan

Mereka belajar menemui kasih sayang sesama insan

Tuhan akan mengabulkan permintaan doa daripada hambanya.

Page 17: 7416802 Pengurusan Tingkah Laku Kanakkanak(1)

17

BIBLIOGRAFI

Jamila K.A Mohamed.(2006).Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa.Batu

Caves,Selangor : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Diperolehi

pada September 26, 2008 daripada http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07

/pengurusan-definisi-sejarah-dan-konsep-siri-1/

Nordin Mamat.(2005).Asas Sosial Kanak-kanak.Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn

Bhd.

Prof Madya Dr.Rohani Abdullah,Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad.(2004). Panduan

Kurikulum Pra Sekolah.Universiti Putra Malaysia : PTS Publication &

Distributors Sdn Bhd.

Rohani Abdullah.(2001).Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio.

Universiti Putra Malaysia : Penerbit UPM.

Saayah Ramli.(2008).Menjadi Guru Tadika.Batu Caves,Selangor : PTS Publication &

Distributors Sdn Bhd.