RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PJ TAHUN 4
Kelas Tahun 4
Tema Rekreasi dan Kesenggangan
Bil Murid 20 Orang
Tajuk Ting-ting Gula Batu
Masa 0730-0800
Standard Pembelajaran 1.14.3
2.14.3
5.3.1
5.4.3
Objektif Pembelajaran 1.14 Murid boleh melakukan aktiviti rekreasi dan
kesenggangan
2.14 Mengaplikasi pengetahuan dan strategi dalam aktiviti
rekreasi dan kesenggangan.
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
1) Memanaskan Badan
Permainan Cabut Ekor
i. Kumpulan A bertindak sebagai ‘mangsa’ dan
diletakkan surat khabar di belakang seluar sebagai
‘ekor’.
ii. Kumpulan B bertindak sebagai “pemangsa” yang
mengejar ‘mangsa’ untuk mendapatkan ‘ekor’.
iii. ‘Mangsa’ yang berjaya ditangkap akan keluar dari
gelanggang.
iv. Tukar peranan.
2) Ting-Ting Berirama
i. Guru menyediakan CD 1 Dunia muzik tahun 3, Trek 6:
Hey Kawan.
ii. Guru memperdengarkan irama muzik tersebut dan
membuat tunjuk cara perlakuan ting-ting berirama
iii. Guru meminta murid mendengar muzik dan melompat
sebelah kaki mengikut tempo perlahan, sederhana dan
laju.
3) Permainan Kecil
Mari Main Ting-Ting Gula Batu
i. Guru membahagi murid kepada kumpulan terdiri
daripada tiga orang murid.
ii. Guru mengajar lagu Ting-Ting gula batu kepada murid
Cin-cin gula batu
Bunyi loceng pukul Satu
mak-mak buka pintu
Adik takut burung hantu
iii. Setiap ahli kumpulan akan memegang tangan secara
membelakang dengan membentuk bulatan
iv. Murid pertama dalam kumpulan akan melipatkan kaki
ke belakang dan letakkan di atas pergelangan tangan
rakan yang lain.
v. Diikuti pemain kedua akan melakukan perkara yang
sama, tetapi perlu meletakkan lipatan dibahagian buku
lalinya di atas lipatan lutut kaki pemain pertama
vi. Pemain ketiga akan melakukan perkara yang sama
tetapi kaki pemain ketiga akan menjadi pengunci bagi
ketiga-tiga pemain tersebut
vii. Setiap kumpulan akan membuat lompatan serentak
sambil bertepuk tangan dan menyanyi lagu Ting-Ting
Gula Batu.
viii. Setiap kumpulan akan bertahan agar jalinan yang
dibina mereka tidak jatuh.
ix. Kumpulan yang paling lama bertahan dikira sebagai
pemenang.
4) Cooling Down
Melakukan regangan mengikut situasi yang diberikan guru.
i. Murid bebas berada dalam kawasan yang ditetapkan.
ii. Murid akan melakukan apa yang guru arahkan.
iii. Guru akan memberikan situasi.
Berjalan ke kedai. Ternampak sebuah pondok kecil di sebelah kanan. Ternampak pokok epal di sebelah kiri. Cuba mencapai buah epal di atas pokok. Kutip epal yang jatuh di atas tanah Lihat ke atas pokok. Ranting – ranting pokok sedang jatuh. Jauhkan diri dari pokok. Angin bertiup sepoi – sepoi. Menghirup udara segar.
iv. Pergerakan dilakukan mengikut kreativiti murid.
Elemen Merentas
Kurikulum
Kreativiti dan inovasi
Bahan Bantu Belajar CD dunia Muzik Tahun 3, Radio,
Penilaian Pengajaran dan
pembelajaran
Menilai kemahiran murid pada akhir pembelajaran.
Refleksi
1. SK NANGA ENGKAMOP2. SK NANGA BUKU3. SK NANGA JAMBU4. SK ULU ENTABAI
Recommended