18
sharifahafidahSESMA 1

CH2F4

  • Upload
    cgsha

  • View
    1.108

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

sharifahafidahSESMA 1

sharifahafidahSESMA 2

LATAR BELAKANG1. Berkembang di Semenanjung Greece dan pulau sekitarnya.

2 Bermula dengan pembentukan petempatan manusia (negara kota

@ polis) yang terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampungdan bandar, contoh Athens, Sparta dan Corinth.

3 Setiap negara kota mempunyai sebuah kota dan dalam kotaterdapat pasar, kubu, kuil dan istana.

4 Negara kota mempunyai corak pemerintahan dan undang-undangtersendiri serta memiliki beberapa tuhan.

5 Peperangan sering berlaku antara negara kota.

sharifahafidahSESMA 3

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRANAthen:~Mulanya mengamalkan sistem beraja dibantu konsul.Apabila kuasakonsul kuat,kuasa raja merosot. Konsul membentuk pmrinthnoligarki..Darpd konsul, lahir glg aristokrasi(bangsawn kaya).Berlakurampasan kuasa sehingga trbtuk pmrinthn tirani oleh diktator(glgkaya/tentera). Glg ini ditentang, lahir pula demokrasi.1 Memperkenalkan sistem Demokrasi.

2 Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis.

3 Semua warga lelaki dewasa Athens berpeluang menjadi anggota DewanPerhimpunan.

4 Dewan bersidang tiga kali dalam sebulan dan keputusan dikendali olehMajlis.

5 Ahli Majlis, majistret dan juri dilantik oleh Dewan.

Sparta : mengamalkan sistem pemerintahan tentera.

Anak-anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar

sharifahafidahSESMA 4

PERUNDANGAN

1 Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal undang-undang.

2 Menurut Plato, negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka

cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang.

PERLUASAN KUASA

1 Zaman Pemerintahan Philip II kerajaan Macedonia dan Yunani disatukan.

Alexander The Great menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand dan

seluruh kawasan Laut Mediterranean.

2. Zaman pemerintahannya memperlihatkan penyebaran dan

perkembangan kebudayaan Hellenistik ke seluruh Timur iaitu campuran

antara kebudayaan Yunani dan Parsi serta kebudayaan timur yang lain

EKONOMI

Hampir semua negara kota memberi tumpuan utama kepada aktiviti

perdagangan kecuali Sparta keranan keadaan muka bumi Yunani yang

bergunung ganang dan tidak sesuai untuk pertanian

sharifahafidahSESMA 5

PENDIDIKAN

1. Pendidikan di Athens bertujuan melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannyadari sudut rohani dan jasmani manakala di Sparta untuk melahirkan warga negaratentera yang sempurna, gagah dan setia kepada negara kotanya.

2. Banyak sekolah falsafah tumbuh dan berkembang di negara kota seperti Athens.DiAthens – pendidikan, sukan, muzik, seni berpidato, membaca, menulis dititikberatkanmanakala di Sparta lebih mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakansenjata.

3. Sekolah melahirkan sejarawan dan pemikir dalam bidang sains dan teknologi.

FALSAFAH

1 Ahli falsafah Yunani mengajar manusia secara rasional dan mengambil sikap ingintahu.

2 Ahli falsafah Yunani seperti Herodotus, Socrates, Aristotle dan Plato.

3 Herodotus menghasilkan karya ‘History of Persian Wars’.

4 Socrates merupakan pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab.

5 Plato menghasilkan karya ‘Republic’.

6 Aristotle menghasilkan karya ‘Politics’.

sharifahafidahSESMA 6

SAINS DAN TEKNOLOGI1. Thales mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.

2 Pythagoras memperkenalkan Teorem Pythagoras mengembangkan ilmu geometri.

3 Hippocrates terkenal sebagai bapa perubatan.

4 Archimedes sebagai ahli matematik dan fizik.

5 Ptolemy merupakan tokoh dalam bidang astronomi.

6 Wujud sistem angka iaitu herodianic dan ionic.

SENI BINAPembinaan Acropolis oleh Pericles adalah untuk tujuan keagamaan.Bentuk bangunan lebih

sempurna dengan ukiran unik berunsur keagamaan dan mempunyai nilai estetik.

BAHASA DAN KESUSASTERAANBahasa Yunani digunakan di wilayah dalam Yunani dan kawasan takluk Alexander The Great. Tokoh

sastera Yunani terkenal ialah Homer dan Hesiod. Hesiod menulis dua buah buku puisi iaitu

Theology dan Works and Days, manakala Homer menghasilkan dua buah epik iaitu Illiad dan

Odyssey.

SISTEM SOSIAL1 Athens membahagikan penduduk kepada 3 kumpulan iaitu warganegara, bukan warganegara dan

hamba.

2 Di Sparta terdapat tiga kelas sosial iaitu warga negara Sparta tulen (Pertama), para pekerja, artisan

dan pedagang (Kedua) serta Helot.

sharifahafidahSESMA 7

LATAR BELAKANG

1 Lahir di kawasan bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber, di LembahLatium.

2 Pemerintah Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar yang menjalankanpentadbiran di bandar berkenaan. Contoh bandar Pompei.

SISTEM PEMERINTAHAN1 Membentuk sebuah Republik, tiada pemerintah berkuasa mutlak.

2 Kuasa tertinggi terletak dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan senat.

3 Konsul dibantu oleh Dewan Senat.

4 Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyatnya.

5 Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untukdiluluskan

PERUNDANGAN1 Menggunakan undang-undang bertulis.

2 Undang-undang Rom yang pertama Hukum Kanun 12. Dipahat pada kayu dikenali sebagaiPapan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.

3 Maharaja Justinian telah mengumpul, menyatu dan membukukan undang-undang tersebut

dikenali Kod Undang-Undang Rom ( Undang-Undang Justinian).

sharifahafidahSESMA 8

PERLUASAN KUASA

Berlaku pada zaman pemerintahan Augustus Caesar.Zamannya, empayar Rom terdiri

daripada Britain, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, PergununganAtlas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin.

PENDIDIKAN1 Banyak mengambil dan menyerap unsur dari Yunani.

2 Menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom.

3Banyak melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan, jalan raya

serta ahli falsafah dan sejarawan

FALSAFAH1 Diasaskan daripada falsafah Stoisisme yang menekankan keadilan, tanggungjawab

keberanian dan perikemanusiaan.

2 Falsafah ini mengajar bahawa kebahagiaan hidup manusia dan nasib seseorang

bergantung pada hubungannya dengan alam.

sharifahafidahSESMA 9

SAINS DAN TEKNOLOGI1 Boethius sebagai ahli matematik dan mengaitkan matematik denganmuzik, geometri dan astronomi.2 Penciptaan kapal layar membantu meningkatkan aktiviti perdagangan.SINI BINA1 Pantheon adalah binaan berbentuk kubah dibina sebagai tempatmemuja dan menyimpan patung dewa dan kerja awam.2 Colloseum dibina sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan jugasebagai teater.3 Aqueduct ialah saliran air dan teknologinya adalah berasaskan sistemgraviti. BAHASA & KESUSASTERAAN1 Kesusasteraan Rom bertujuan untuk meningkatkan semangatpatriotisme.2 Dua orang penulis dan penyajak ialah Cicero dan Virgil.SISTEM SOSIALDibahagikan kepada warganegara Rom, bukan warganegara dan hamba.

sharifahafidahSESMA 10

LATAR BELAKANG1. Bertapak di Lembah Ganges menjelang abad ke 7 S.M.

2 Terdapat golongan pemerintah terdiri daripada golongan raja.

3 Dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan kecil (Janapada) dan kerajaan besar

(Mahajanapada).Kerajaan- kerajaan ini disatukan di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya.

SISTEM PEMERINTAHAN1 Sistem pemerintahan beraja iaitu raja mengamalkan kuasa mutlak.

2 Kedudukan raja diperkukuh dengan berbagai bentuk upacara ritual yang berasaskankepercayaan raja adalah suci dan harus dihormati.

3 Raja dibantu oleh golongan Brahmin dan golongan Ksyatria yang menjadi pemerintahtertinggi.Chandragupta Maurya telah mengubah status raja kepada Maharaja.

PERUNDANGAN1 Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu paling tua.

2 Raja dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang di samping Brahmin yang mahir tentang hukum hakam agama.

3 Zaman Dinasti Maurya, Undang-undang Maharaja disampaikan sebagai titah dan

perintah diraja. Diukir pada tiang batu dan didirikan di tepi jalan supaya dibaca oleh rakyatdikenali sebagai Tiang Asoka.

sharifahafidahSESMA 11

PERLUASAN KUASA

1 Berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya iaitu semasa

pemerintahan Chandragupta berjaya menguasai seluruh IndiaUtara hingga India Barat.

2 Di bawah Asoka, seluruh India menjadi kawasan takluk empayarMaurya.

EKONOMI1 Menjalankan aktiviti perdagangan termasuk dengan negara luar.

Contoh hubungan antara kerajaan Maurya dengan Mecadonia, Sri

Langka dan Asia Tenggara.

2 Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan ( sresthin) yang

bertujuan untuk mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja.

3 Mata wang digunakan sebagai medium jual beli.

4 Cukai dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan dan

cukai adalah untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan

raja.

sharifahafidahSESMA 12

PENDIDIKAN

1 Pendidikan pada zaman Vedik mementingkan keagamaan dan agama Hindu. Perhatian kepada

kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit.

2 Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia

menghadapi hari selepas mati.

3 Pendidikan dijalankan di istana, rumah dan kolej.

5 Pendidikan juga bertujuan untuk menambah ilmu, mengatasi masalah buta huruf serta

mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.

FALSAFAH

1 Wujud dalam dua bentuk pemikiran iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang

menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva

Veda. Sementara falsafah bukan aliran veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan

Buddhisme.

sharifahafidahSESMA 13

SAINS DAN TEKNOLOGI

Perkembangan dalam bidang astronomi, matematik dan ilmu perubatan.Ilmu perubatan

berkembang kerana kecenderungan masyarakat dalam fisiologi dan kaitannya dengan yoga.

Ahli matematik India memperkenalkan sistem nombor iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti.

SENI BINA

Berkembang berunsurkan keagamaan iaitu berteraskan agama Hindu dan Buddha. Contoh

binaan kompleks kuil di Gua Ajanta dan komples kuil di Gua Ellora.Terdapat menara pelbagai

bentuk seperti kon, kubah dan pagoda.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Masyarakat Dravidia, bahasanya adalah seperti Telegu, Malayalam, Kannada. Manakala

masyarakat Indo-Arya, bahasanya Hindi, Urdu, Punjabi, Kasmiri. Bahasa dasarnya bahasa

Sanskrit. Dua epik terkenal ialah Mahabharata dan Ramayana

SISTEM SOSIAL Wujudnya sistem kasta dimana terdapat empat kasta utama iaitu Brahmin,

Ksyatria, Vaisya dan Sudra. Keempat-empat kasta mempunyai tanggungjawab berbeza.

sharifahafidahSESMA 14

LATAR BELAKANG1 Terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke selatan China.

2 Dinasti Chin di bawah pemerintah Shih Huang Ti meluaskan jajahan takluk hingga terbentuk

sebuah empayarnya.

SISTEM PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN

1 Menjalankan sistem pemerintahan berbentuk pentadbiran berpusat.

2 Konsep raja bertukar kepada Maharaja.

3 Sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam ditubuhkan. Ahli dilantik oleh Maharaja.

4 Perlantikan pegawai diasaskan pada pencapaian peperiksaan awam.PERUNDANGAN1 Sistem perundangan berteraskan dua prinsip, iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.

2 Teras undang-undang daripada falsafah legalisme iaitu undang-undang yang tegas dan kukuh

dapat mengawal tingkah laku manusia yang diperkenalkan oleh Han Fei Tzu.

3 Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan.

4 Undang-undang ini bertentangan dengan ajaran Confucius yang menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat.

sharifahafidahSESMA 15

PERLUASAN KUASA

1. Perluasan kuasa pada zaman Dinasti Chin di bawah pemerintahan Shih

Huang Ti berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China danmemerintah secara autokratik iaitu tegas dan mutlak.

2 Zaman Dinasti Han di bawah pemerintahan Han Wu Ti berjayameluaskan pengaruh China hingga ke Jepun dan Turkistan.

3 Beliau mengarahkan pembinaan Tembok Besar Cina bagimempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar.

EKONOMI1 Menjalankan aktiviti pertanian, perdagangan dan perusahaan.

2 Kemajuan dalam pertanian seperti tenggala diperkenalkan untuk

membuat batas tanaman, penciptaan alat kegunaan pertanian, sistem

penanaman bergilir untuk menjaga kesuburan tanah, kawasan bukitditebas dan sistem perairan dibina.

3 Perusahaan logam dan tembikar turut berkembang

sharifahafidahSESMA 16

PENDIDIKAN1 Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.

2 Pendidikan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pendidikan rendah, menengah dan tinggi.

3 Peringkat rendah, pendidikan tertumpu kepada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan

Ideogram, peringkat menengah tumpuan terhadap karangan dan sastera manakala peringkattinggi untuk menterjemah buku suci.

4 Peperiksaan awam Cina mengandungi tiga tahap iaitu Hsiu Tai (pertama), Chun-Jen (kedua)

dan Chin Shih (ketiga)Pendidikan Cina lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran.

FALSAFAH1 Falsafah China memberi penekanan kepada hal berkaitan manusia, iaitu hubungan manusia

dengan manusia lain.

2 Sumbernya ialah Confucius dengan ajarannya Confucianisme, Lao Tze, Taoisme dan Mo Tzu.

3 Mo Tzu menolak beberapa ajaran dalam Confucianisme.

4 Aliran legalisme percaya bahawa hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik danketertiban masyarakat.

sharifahafidahSESMA 17

SAINS DAN TEKNOLOGI1 Perkembangan dalam ilmu perubatan.

2 Konsep keseimbangan antara dua kuasa iaitu Yang (kuasa aktif) dan Yin (kuasapasif) yang membolehkan seseorang berkeadaan sihat.

3 Penciptaan teknologi membuat kertas, tembikar serta layar perahu dan kapal.

SENIBINA

Terdapat pelbagai jenis tembok, pintu gerbang dan jambatan. Contoh Tembok Besar

Cina dan Pagoda.

Pertanian:

Memperkenalkan tenggala untuk membuat batas tanaman.

·Kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta

sorong beroda.

·Sistem tanaman bergilir untuk menjaga kesuburan tanah.

·Membuat teres di kawasan berbukit untuk tanaman. Sistem kawalan banjir yang

sistematik

SEKIAN..

• Terima kasih..