26
SHARIFAH AFIDAH SESMA 1

CH6F4

  • Upload
    cgsha

  • View
    846

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 1

Page 2: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 2

Kerajaan Khulafa al-Rasyidin

• Setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada 632 M sistem pemerintahan Islam yang telah diasaskan oleh baginda telah diteruskan melalui sistem pemerintahan yang diketuai oleh khalifah. Zaman pemerintahan khalifah dikenali sebagai Zaman Khulafa al-Rasyidin.

• Kewujudan sistem pengantian pemerintahan ini menunjukkan bahawa umat Islam tetap bersatu bagi mengatasi masalah yang timbul selepas kewafatan Rasulullah. 4 khalifah tersebut ialah:

1. Abu Bakar al Siddiq2. Umar al-Khattab3. Uthman bin Affan 4. Ali bin Abi Talib

Page 3: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 3

Cara pemilihan:•Musyawarah atau syura (perundingan). Contohnya semasa perlantikan Khalifah Saidina Abu Bakar.•Cadangan satu nama sahaja. Contohnya semasa perlantikan Khalifah Saidina Umar yang diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya. •Pemilihan beberapa orang calon. Contohnya semasa perlantikan Saidina Uthman Affan yang dipilih dari nama 6 calon.•Pencalonan oleh sekelompok masyarakat seperti perlantikan Saidina Ali Abu Talib.

Syarat:Lelaki yang merdeka, beragama Islam, memiliki pengetahuan tentang Islam; mematuhi perintah Allah, sanggup melaksanakan hukum Allah, adil, berakhlak baik, tubuh yang sihat dan sempurna, berfikiran cerdas, warak dan pandai mentadbir kerajaan.

Konsep KhalifahKhalifah ialah perkataan Arab yang bererti pengganti. Pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Dalam konteks agama, khalifah bertanggungjawab memelihara keharmonian Islam.mengekalkan keharmonian dan kestabilan umat Islam.

Page 4: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 4

SEBAGAI KETUA NEGARA •memelihara kedudukan agama Islam•mentadbir negara mengikut hukum syariah•menitik beratkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya seimbang antara keperluan rohani dan jasmani

DALAM POLITIK

•memastikan kelicinnan pentadbiran negara•mempertahankan negara dari ancaman musuh.•melantik atau melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara.

DALAM SOSIAL

•menjaga kebajikan rakyat•menjaga dan meneruskan ajaran Allah.•mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep syura•memantapkan sistem perundangan Islam

DALAM EKONOMI• mengurus hal ehwal kewangan /perbendaharaan

negara serta Baitul Mal• mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.

TUGAS KHALIFAH

Page 5: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 5

KHALIFAH ABU BAKAR AL SIDDIQ

Sumbangannya1. Mengatasi masalah pepecahan umat Islam selepas

kewafatan Rasulullahi berpunca daripada golongan murtad dan golongan al Riddah yang tidak mahu membayar zakat.

2. Mempertahankan Madinah dari ancaman Parsi dan Rom Timur (Byzantine).

3. Menghantar Khalid al-Walid menentang Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan.

4. Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah dan melantik amir setiap wilayah. Contoh Makkah dan Taif.

5. Memperkenalkan sistem bayaran gaji untuk tentera, undang-undang dan hak golongan mawali.

6. Mengumpul tulisan ayat-ayat al-Quran dan mmerintah Zaid bin Thabit supaya

menghimpunkan tulisan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang dan tulang serta menyalinnya semula.

7. Digelar Penyelamat Umat Islam.

LatarbelakangBerketurunan Bani Tamin. Dilahirkan pada 573 M.Nama sebenarnya Abdullah Abu Quhafah. Digelar al-Siddiq bererti yang membenarkan kerana sentiasa membenarkan kata-kata Rasulullah.Bersifat jujur, ikhlas dan setia kepada Rasulullah.

PemilihannyaDicadangkan oleh Saidina Umar setelah dipersetujui oleh golongan Ansar dan Muhajirin.

Page 6: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 6

KHALIFAH UMAR AL KHATTAB

Politik:1. Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai.2. Menubuhkan Majlis Syura.3. Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan

melantik seorang wali atau gabenor untuk mentadbirnya.4. Menubuhkan bebarpa jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis,

Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara yang diketuai oleh katib atau setiausaha.

5. Memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan lain bagi lain bagi mengelak salah laku hakim dan hakim diberi gaji bulanan yang tinggi.

Sosial:1.Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat belajar

di masjid.2. Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan

pendidikan.3.Memperkenalkan kalendar Islam menggunakan tahun Hijrah.4. Menyusun sistem ketenteraan iaitu tentera tetap dan sukarela.5. Membina markas tentera di bandar-bandar utama seperti Madinah dan

Kufah dan kubu pertahanan di sempadan negara.

Ekonomi:1. Membina terusan dan tali air untuk menambah hasil pertanian.2. Menggalakkan rakyat meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah

terbiar untuk pertanian3. Memperkenalkan pelbagai jenis cukai seperti cukai jizyah kepada golongan

zimmi dan kharaj4. Mendirikan Baitul Mal bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara.

Latarbelakang:Berketurunan dari Bani Adi, dilahirkan pada 583 M. Nama sebenarnya Umar bin al-Khattab bin Naufal. Bersifat berani, tegas dan berterus terang.Zamannya dianggap zaman keemasan kerajaan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang dilakukan.Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.

CARA PEMILIHANNYA:Dicadangkan oleh Abu Bakar al-Siddiq ketika baginda sakit dan dipersetujui para sahabat dan orang ramai.

Page 7: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 7

KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

• SUMBANGANNYAPolitik• Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke

Afganistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli.• Mengukuhkan pertahanan negara dengan

membina angkatan tentera laut Islam yang dianggap pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Sosial• Menyelaraskan cara bacaan al-Quran dengan

mengisytihar kan sebuah naskhah al-Quran dikenali sebagai Mushaf Uthmani.

• Membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat untuk pengembara.

Ekonomi• Mengukuhkan peranan Baitulmal dan

menggunakannya untuk pembangunan negara dan pertahanan.

• Mengekalkan jizyah, cukai kepada penduduk bukan Islam bagai sumber pendapatan Baitul Mal.

LATAR BELAKANGNYA:Berketurunan Bani Umaiyah, dilahirkan pada 576 M. Nama sebenarnya Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah.Seorang hartawan yang dermawan, bersifat lemah lembut, bertolak ansur dan amat bersimpati kepada golongan yang memerlukannya.Digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwini dua orang puteri Rasulullah selepas seorang darinya meninggal dunia.PEMILIHANNYA:Sebelum Saidina Umar meninggal dunia, enam orang calon yang layak dicadangkan termasuklah Saidina Uthman dan Saidina Ali Abu Talib. Setelah Saidina Umar meninggal dunia, Saidina Ali dan Saidina Uthman mendapat undi yang sama banyak. Akhirnya, dengan persetujuan orang ramai Saidina Uthman telah dilantik menjadi khalifah

Page 8: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 8

KHALIFAH ALI ABI TALIB

• SUMBANGANNYASosial• Membantu menyelesaikan masalah

yang berhubung dengan masyarakat dan perundangann Islam.

• Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara Contohnya dalam Perang Siffin, beliau sanggup berdamai walaupun beliau hampir memenangi peperangan itu.

• Membina markas tentera di Parsi dan sempadan Syria.

EkonomiMeneruskan kutipan jizyah.

LATAR BELAKANGNYA:Lahir pada 602 M, berasal dari bani Hasyim, berketurunan Quraisy.Sepupu kepada Nabi Muhammad s.a.w.Sifatnya berani, berwatak tegas serta berpengetahuan luas dalam perundangan Islam.CARA PEMILIHANNYA:Perlantikan beliau hasil pencalonan oleh sekelompok masyarakat dan mendapat sokongan terbanyak

Page 9: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 9

Pembentukannya:

Selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, pemerintahan kerajaan Islam diteruskan oleh

kerajaan Bani Umaiyah yang diasaskan oleh Muawiyah bin Abi Suffian berikutan penyerahan kuasa oleh

Saidina Hassan bin Ali. Perlantikan khalifah semasa pemerintahan Bani Umaiyyah adalah secara warisan. Ia terbahagi kepada 2 tahap.

Kerajaan Bani Umaiyyah

Page 10: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 10

Bani Umaiyah Tahap Pertama (661 - 750 M)

Pengasas: Muawiyah bin Abu Suffian.Pusat Pentadbiran: Damsyik.Pemimpinnya menggunakan gelaran khalifah.

SumbangannyaPolitik1. Mewujudkan 4 aspek utama pentadbiran iaitu: a. Meneruskan sistem khalifah iaitu perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah. b. Mengadakan sistem wazarah iaitu perlantikan wazir mengetui pentadbiran pusat dan gabenor di peringkat wilayah. c. Mewujudkan sistem urus setia iaitu pentadbiran negara dibahagikan kepada bahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian polis, bahagian ketenteraan dan bahagian kehakiman. d. Mengadakan sistem hijabah iaitu seorang pegawai dilantik untuk memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah sebagai pemegang amanah. 2. Menubuhkan 4 jabatan iaitu Jabatan Cukai, Surat-menyurat, Urusan Am dan Jabatan ,Urusan Cap Mohor Pemerintah.3. Memperkemaskan sistem ketenteraan.Sosial :1. Memperkembangkan ilmu pengetahuan dengan menjadikan Basrah pusat ilmu.2. Melahirkan ilmuan seperti Khalil Ahmad (bahasa dan filologi Arab), Sibawayhi (nahu Arab), Ibn Jarih (tafsir al Quran), Hassan al Basri (usuluddin).3. Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara.4. Memperkenalkan tanda bunyi atau baris pada tulisan al-Quran.5. Meningkatkan taraf kesihatan dengan mendirikan hospital.6. Penterjemahan buku rujukan ke dalam bahasa Arab.7. Mewujudkan sistem perundangan di mana hukuman berdasarkan ijtihad berpandukan al-Quran, sunnah dan ijmak.

Kerajaan Bani Umaiyyah tahap pertama runtuh akibat serangan gerakan Abbasiyah.

Page 11: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 11

Bani Umaiyah Tahap Kedua (756 – 1031 M)

Pengasas: Abd.Rahman al-Dakhil..Pusat Pentadbiran: Cardova. Pemimpinya menggunakan gelaran amir.Sosial:1. Perkembangan ilmu pengetahuan di mana Cardova menjadi pusat ilmu di Eropah sehingga dianggap sebagai jambatan pengetahuan dunia Islam dan Eropah.2. Perpustakaan dan pusat-pusat pengajian dibina di Andalusia di Seville, Toledo dan Granada.3. Mendirikan pusat penterjemahan untuk menterjemah karya Yunani ke Bahasa Arab di Toledo.4. Mewujudkan seni bina Islam yang mengkagum mengkagumkan seperti Masjid Cardova.Ekonomi:1. Mengadakan sistem Baitul Mal untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara.2. Cardova menjadi pusat perdagangan antarabangsa.3. Mengembangkanan kemahiran pembuatan barangan tembikar dan erhiasan dari emas dan perak.4. Mengadakan kilang memproses kulit dan membuat senjata.5. Mengadakan sistem saliran untuk menyubur dan memajukan tanah pertanian.6. Melakukan penyelidikan untuk mendapatkan benih yang berkualiti supaya hasil pertanian dapat ditingkatkan.Runtuh akibat penentangan dari dalam dan luar negara, sikap khalifah yang mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat dan ajaran Islam serta penentang puak Syiah dan Khawarij.

Page 12: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 12

Kerajaan Bani Abbasiyyah

Pembentukkannya

Diasaskan pada 750 M melalui Revolusi Abbasiyah untuk menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah. Gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdulah dan meneruskan kempen untuk menjatuhkan Bani Umaiyah dengan menggunakan nama Ahlul Bait ( keluarga Nabi Muhammad s.a.w.) untuk mendapatkan sokongan. Gerakan ini diperkukuhkan dengan keanggotaan Abu Salmah al-Khallal (mengetuai gerakan di Kufah) dan Abu Muslim al-Khurasani (mengetuai gerakan di Khurasan). Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau monarki.

Kejatuhan kerajaan Abbasiyah ini adalah disebabkan pemerintahnya semakin lemah dan kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki seperti kerajaan Saljuk yang akhirnya berkembang ,membentuk kerajaan

Turki Uthmaniyah. Kerajaan ini berakhir pada 1258 M, apabila ibu kotanya ditawan oleh tentera Mongol.

Page 13: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 13

Sumbangan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan

Menjadikan kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu terutama semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya al-Makmun.

Pembinaan Baitul Hikmah di Baghdad sebagai institusi keilmuan, pusat penterjemahan karya falsafah dan sains terutamanya dari bahasa Yunani .

Menggiatkan kegiatan penulisan melalui 3 tahap iaitu pertamanya; mencatat segala idea atau percakapan, keduanya, mengumpul idea atau hadis Nabi Muhammad dalam sebuah buku dan ketiganya, mengarang.

Melibatkan golongan ulamak dalam penulisan menyebabkan lahir ramai ilmuan agama dalam pelbagai bidang seperti Iman Malik (penyusunan buku al-Muwatta’), Ibn Ishaq (penyusunan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.).

Page 14: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 14

Memperkembangkan kegiatan penterjemahan daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani yang mempunyai dua kepentingan iaitu;

i ) Di samping menterjemah, orang Islam telah mencipta dan membuat penambahbaikan terhadap karya tersebut dengan membuat keterangan dan ulasan. ii ) Orang Islam telah memelihara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka menerima hasil penulisan ketika orang Eropah berada pada zaman Gelap.

Mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan hingga tersebar ke Eropah, diterjemahkan kebahasa asing sehingga membawa kepada kebangkitan Eropah.

Kegiatan ilmuan berjaya membuka mata ilmuan Eropah sehingga melahirkan Zaman Renaissance.

Berjaya meninggalkan warisan yang sangat bernilai kepda generasi kemudiannya.

Memberi banyak faedah kepada golongan Islam kerana keterbukaan dan kesediaan masyarakat menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing.

Page 15: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 15

Kerajaan Turki UthmaniyyahPembentukannya

Diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul, seorang gabenor kerajaan Saljuk sebelah barat Anatolia (Turki ) yang menghadapi ancaman besar dari wilayah lain bersempadannya.

Pada 1301, Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine menyebabkan ramai tentera dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman. Zaman perluasan empayar

diteruskan sehinggalah pengukuhan empayar pada zaman Mehmed II. Pengukuhan ini berlanjutan dari tarikh penguasaan Istanbul (1453) hinggalah ke tarikh kematian

Suleiman I (1566). Empayar ini berlanjutan hingga awal abad ke 20

Kerajaan ini merosot kerana kelemahan pemimpin, keruntuhan sistem pungutan cukai, pemberontakan dan petambahan penduduk yang terlalu pesat sehingga sukar dikawal.

Page 16: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 16

1. Mampu bertahan sehingga 600 tahun dengan penguasaan empayar yang luas.

2. Kewujudan sebuah empayar membuktikan kesatuan orang Islam di seluruh dunia.

3. Menjadikan Istanbul sebagai pusat Pentadbiran Dunia Islam.

4. Memperkenalkan Kanun Suleiman yang mempertahankan dan membela nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengenal bangsa dan agama.

5. Menjadikan jawatan Kadi dan Mufti sebagai sebahagian daripada organisasi pentadbiran agama Islam.

6. Memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam iaitu ketua ulama untuk mengeluarkan fatwa yang dirujuk dan digunakan hingga kini.

SUMBANGAN TURKI UTHMANIYAH Pentadbiran

Page 17: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 17

SUMBANGAN TURKI UTHMANIYAH Ekonomi

1. Menjadikan Istanbul pusat perdagangan yang menghubungkan Timur dan Barat serta antara Dunia Islam dan Dunia Bukan Islam. 2. Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul.3. Memperkenalkan sistem menggalakkan kecemerlangan individu dan hasil usaha individu itu sendiri sehingga menyebabkan berlaku mobiliti sosial yang libih luas dalam masyarakat Eropah.

Page 18: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 18

SUMBANGAN TURKI UTHMANIYAH

Sosial

Memperkembangkan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan.Memperkembangkan institusi madrasah sebagai institusi pendidikan selain daripada sekolah akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.Menggalakkan golongan intelektual menulis ensiklopedia.Menggalakkan penubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah.Memajukan seni bina Islam seperti seni bina masjid.

Page 19: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 19

FAKTOR PENYEBARAN

ISLAM KE EROPAH

Page 20: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 20

1. Kejayaan penaklukan ke atas Constantinople (Istanbul) oleh Mehmed Fatih pada 1453 telah berjaya membawa Islam ke Eropah Timur atau kawasan Balkan.

2. Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi menjadi tunjang penyebaran Islam ke Eropah khususnya semasa kerajaan Bani Umaiyah dan Uthmaniyah.

3. Tentera Islam mempunyai semangat ghazi iaitu semangat kepahlawanan yang tidak gentar dan sanggup berkorban untuk penyebaran Islam.

5. Adanya kumpulan tentera elit (Janissari) yang terlatih dalam selok belok peperangan.

4. Sistem ketenteraan yang tersusun dan penggunaan senjata moden seperti meriam besar, armada laut yang kuat, tentera berkuda dan kumpulan infantri yang kuat.

6. Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah, akibat daripada pertelingkahan pemimpin dan peperangan di antara kerajaan-kerajaan kecil. Contohnya; kemasukan tentera Islam Uthmaniyah ke Eropah pada peringkat awalnya adalah atas permintaan Maharaja John VI Cantacuzens dalam usaha beliau mendapatkan takhta kerajaan Byzantine.

Page 21: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 21

7. Kejatuhan Byzantine telah memberi laluan kepada tentera Islam ke Balkan.

8. Masalah penyalahgunaan kuasa, pergaduhan pemimpin, dan kekurangan kewangan dalam institusi gereja Ortodoks pada masa itu menyebabkan ramai penganut agama Kristian tertarik dengan agama Islam.

9. Kebijaksanaan Kerajaan Utmaniyah yang menjalankan dasar diplomasi dan toleransi dalam menyebarkan agama Islam. Rakyat tidak dipaksa memeluk Islam malah kedudukan Gereja Ortodok juga tidak diganggu.

10. Dasar sosial Islam yang meletakkan kecemerlangan individu adalah atas usahanya bukan dari keturunan telah menarik minat orang Kristian memeluk Islam. Kerajaan Uthmaniyah juga membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan untuk rakyat.

11. Penghijrahan orang Turki ke Balkan pada abad ke-14 M dan 15 M dan usaha kumpulan mubaligh Islam atau kumpulan sufi yang menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran mereka telah menarik minat orang Kristian memeluk Islam.

Page 22: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 22

Cara

Pertembungan

Perdagangan dan Perniagaan

Sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi, ketika berniaga ke Syam (Syria) telah melihat tamadun lain di sini. Apabila tentera Islam menguasai Teluk Parsi, Laut Merah dan timur Maditerranean berlaku pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain. Begitu juga di China, orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton sejak akhir abad ke 7 M.

Kebudayaan

Kemasukan Islam ke Sepanyol menyebabkan wujudnya golongan Mozarab, orang tempatan beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Arab dan berbahasa Arab.

Penaklukan dan Ketenteraan

Apabila menakluk sesuatu kawasan, kerajaan Islam bertembung dengan tamadun lain. Contohnya: penaklukan Iraq dan Iran menyebabkan bertembungnya dengan tamadun Parsi.

Intelektual

Pertembungan intelektual antara pemikir Islam dan bukan Islam di Eropah telah berjaya memperkembangkan lagi ilmu itu menurut pandangan Islam.

Hubungan Diplomatik

Kerajaan Bani Umaiyah pernah menghantar kumpulan peneroka ke Gibratal dan mereka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan orang bukan Islam di Cardova, Vcalencia dan Rhonda.

Page 23: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 23

Kesan PertembunganIslam mengubah sistem kehidupan penganutnya dan mereka yang di bawah taklukannya terutama dari segi akidah. Sifatnya yang sarwajagat mudah diterima. Walau bagaimanapun Islam tidak menghapuskan terus cara hidup, adat dan budaya masyarakat setempat

Perluasan kawasan penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah orang Islam. Melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat dalam dunia Islam seperti kerajaan Delhi Mughal di India. Walaupun terdapat perbezaan pemerintahan namun persamaan dari segi akidah dan syariah adalah sama dalam dunia Islam.

Membolehkan orang Islam menguasai ekonomi terutamanya perdagangan dengan lebih berkesan terutamanya apabila laluan perdagangan dijamin keselamatannya.Perkembangan Islam di Eropah telah mempengaruhi proses urbanisasi & organisasi sosial di bandar dan kawasan sekitarnya.

Page 24: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 24

Orang Islam juga mempengaruhi tata tertib kehidupan orang Eropah seperti cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik terutamanya hasil peranan golongan Mudejar.

Membolehkan cendekiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat antara satu sama lain.Mempertingkatkan kegiatan penterjemahan dan intelektual dengan adanya Baitul Hikmah semasa pemerintahan Abbasiyah sehingga melahirkan satu budaya keilmuan yang tinggi di kalangan orang Islam.Melahirkan ramai cendekiawan Islam seperti al Razi dalam bidang perubatan dengan kitab / ensiklopedia al-Hawi. Beliau juga menterjemah karya Galen, ahli perubatan Greek yang terkemuka. Begitu juga al Zahrawi, pakar perubatan dan farmasi. Lain-lain tokoh seperti al-Khawarizmi, al-Battani, Abu Ishaq, al-Biruji dan al-Bitruni.

Pengaruh Islam dalam pendidikan terutama dalam kurikulumnya yang memberi penekananbukan sahaja dari segi agama, malah sains, matematik dan teknologi, logik, sejarah , mantik dan sebagainya.

Page 25: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 25

Dunia menerima pemikiran politik dan undang-undang dari pemikir Islam seperti al-Farabi, Al-Miskawayh dan al-Mawardi.

Dunia menerima pemikiran usuluddin, falsafah sains, pemikiran kritis dan kesedaran agama dari tokoh-tokoh seperti Ibn Sina, al-Kindi, Fakhr al-Din, ai-Razi, Ibn Rushd dan Imam Ghazali.

Kesenian Islam seperti seni bina dan seni ukir turut mempengaruhi perkembangan tamadun dunia. Contohnya seni bina masjid Cardova di Sepanyol dan istana Alhambra di Granada.

Perkembangan kesusasteraan seperti puisi dan novel dari tokoh Islam seperti Omar Khayyam dan Rabi’ah al-Adawiyah yang menghasilkan karya bertemakan ketuhanan.Perkembangan kesusasteraan seperti puisi dan novel dari tokoh Islam seperti Omar Khayyam dan Rabi’ah al-Adawiyah yang menghasilkan karya bertemakan ketuhanan. Penguasaan ilmu pengetahuan telah berjaya meletakkan ilmuan dan tamadun Islam ke kemuncak kecemerlangan. Eropah turut menerima pengaruhnya sehingga keluar dari Zaman Gelap seterusnya mengalami Revolusi Perindustrian.

Page 26: CH6F4

SHARIFAH AFIDAH SESMA 26

sekian terima kasih……