Upload
arisyanurirdina
View
256
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SK KAMPONG CHAMEK
PALOH, KLUANG
JOHOR DARUL TAKZIM
LAPORAN KEM SUKAN SEKOLAH 1M1S
DISEDIAKAN OLEH:
UNIT KO-KURIKULUMSEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG CHAMEK
PALOH, KLUANG
LAPORAN KEM PENGURUSAN 1 MURID 1 SUKAN 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG CHAMEK, KLUANG
SESI PAGI (21 JUN 2014) – SABTU
Murid yang terlibat dengan Kem Pengurusan 1 Murid 1 Sukan seramai 53 orang
melapor diri pada pukul 7.00 pagi bertempat di Dewan Mutiara. Aktiviti dimulakan
dengan perhimpunan pagi serta nyanyian Lagu Negaraku. Kemudian aturcara
diteruskan dengan slot 1 adalah taklimat ringkas tentang objektif dan matlamat Kem
Pengurusan 1 Murid 1 Sukan diberikan supaya semua peserta tujuan penyertaan
mereka. Mereka juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pada slot 1 juga diajar
tentang apakah definisi yang tepat bagi memanaskan badan dan menyejukkan badan.
Pada pukul 9.00 pagi semua peserta menguruskan diri untuk menunaikan solat dan
minum petang. Slot ke-2 pula disambung dengan aktiviti penerangan oleh fasilitator
tentang kepentingan aktiviti pemanasan badan dan penyejukan badan sebelum dan
selepas melakukan kegiatan bersukan. Pada pukul 10:30 pagi semua peserta
melakukan pengurusan sesi aktiviti mengikut kumpulan masing-masing. Slot yang
keempat pada sesi pagi ialah asas permainan serta berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan dalam sukan. Sesi pagi berhenti untuk jamuan makan tengah hari dan
pengurusan diri.
SESI PETANG (21 JUN 2014) – SABTU
Pada sesi kedua, murid memulakan aktiviti pada pukul 2:30 petang sehingga 5:00 petang. Semua peserta berhimpun di dataran perhimpunan untuk aktiviti yang seterusnya sdehinggalah ke majlis penutup. Untuk sesi petang ada dua slot iaitu berkaitan dengan asas permainan dan liga asas permainan.
Pada pukul 2:30 petang, murid belajar mengenai asas permainan kategori jaring/dinding/memukul dan memadang. Muri juga mendengar taklimat di dalam dewan untuk slot yang kelima iaitu pengurusan dalam organisasi sukan dimana para peserta diberi penerangan tugas dan fungsi sebagai pemegang jawatan dalam setiap organisasi sukan. Dalam kumpulan, para peserta cuba membentuk organisasi sendiri dan
membuat pembentangan tugas dan fungsi jawatan yang mereka pegang. Pada pukul 4:00 petang pagi semua peserta rehat dan minum petang .
Slot keenam bersambung dengan sesi penerangan tentang sistem pertandingan (kalah mati dan liga) Guru melatih peserta mengurus sendiri sistem permainan yang bagaimana mereka akan buat berpandukan maklumat yang diterima oleh setiap kumpulan. Murid membuat pembentangan.
Pada pukul 2.30 petang, semua peserta berkumpul di dalam dewan untuk mengikuti slot yang kelima “Pengurusan Aktiviti Sukan Sekolah”. Setiap kumpulan diberikan tugas untuk mengendalikan beberapa tugasan untuk menjayakan sesuatu pertandingan sebagai contoh pertandingan bola baling. Antara tugas yang diberikan adalah sebagai AJK urusetia dan pendaftaran pertandingan, AJK persiapan tempat pertandingan, AJK keselamatan dan kecemasan, AJK makan minum pemain, AJK hadiah, AJK peralatan, AJK hakim dan pengadilan,
Setiap kumpulan harus membentangkan hasil perbincangan jawatankuasa mereka bagi merealisasikan pertandingan nanti. Selepas itu semua peserta rehat/minum petang dan solat asar. Pukul 4:30 petang semua peserta berkumpul di padang sekolah untuk slot seterusnya “Asas Permainan” Peserta akan ditunjuk ajar bagaimana cara yang betul untuk membuat balingan, menyambut serta menjaringkan gol ( Hoki ). Pada pukul 5:00 petang murid pulang ke rumah masing-masing.
Disediakan oleh Disahkan Oleh:
________________________ __________________(MOHD AFANDI BIN AWANG)SETIAUSAHA KEM 1M1SSK KAMPONG CHAMEKKLUANG, JOHOR.
GAMBAR AKTIVITI
Gambar 1 : Sebahagian peserta kem 1M1S
Gambar 2: Latihan dalam kumpulan
Gambar 3: Sesi perbincangan dalam kumpulan
Gambar 4: Penerangan dari Fasilitator
Gambar 5: Sebahagian peserta Kem Sukan 1M1S
Gambar 6 : Simulasi Pertandingan
LAPORAN PELAKSANAAN KEM SUKAN SEKOLAH 1M1S
Tarikh : 21 Jun 2014
Masa : 7:00 pagi Hingga 5:00 petang
Kumpulan Sasaran : 53 orang murid Tahun 4 hingga Tahun 6