21
MODEL ANALISIS WACANA Siti Nurjannah Binti Abdul Halim D20131063365

Model Analisis Wacana

Embed Size (px)

Citation preview

MODEL ANALISIS WACANA

Siti Nurjannah Binti Abdul HalimD20131063365

PENGENALAN

Wacana (discourse) ialah kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan yang memperlihatkan kesinambungan fikiran, sama ada dari aspek komunikasi mahupun konteks.

Wacana dianalisis kerana penggunaan wacana sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Semua perkara yang dilakukan oleh manusia yang melibatkan bahasa ialah wacana.

Wacana ialah sebuah konsep yang meliputi semua aspek komunikasi manusia. Hal ini membuktikan bahawa wacana bukan sahaja merupakan sebuah komunikasi bertulis yang melibatkan antara penulis dan pembaca, bahkan ia juga melibatkan komunikasi lisan antara penutur dan pendengar.

MODEL SATO HIROBUMI (RAHMAT ABDULLAH)

Konsep Runtut

an

Tahap Tujuan Tahap Penerimaan Tahap Maklumat Tahap Keadaan

Konsep Struktur Makluma

tMaklumat Lama Merupakan

maklumat sedia ada dalam diri penerima

mesej

Maklumat Baru Dapat dikenali

melalui tanda tinggi dan apabila ada

penanda

Kaedah perujukan, penggantian, pengulangan, pengulangan sebahagian,

penghilangan, leksikal, dan prafrasa

Maklumat baru tambahan, maklumat

baru kontrastif, maklumat baru

pemberitaan neutral, maklumat baru fokus

Maklumat LamaKaedah Huraian Contoh ayat

Kaedah perujukan • Kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk

• Contoh, usman dan saya dapat menggunakan rujukan kata ganti nama kami

A.1 Usman dan saya baru sahaja lepas menonton wayang gambar dan sedang kami beriang-riang terlihat beberapa buah lori sedang tersusun dihadapan pawagam.

Kaedah penggantian • Unsur yang disebut ganti dengan bentuk baru secara semantik.

• Misalnya ialah, bukan kau seorang menggantikan frasa kita

A.2 Kata saya: “bukan kau seorang sahaja yang terpaksa masuk ke dalam

lori itu.”

A.3 “kita semuanya, termasuk aku.”

Kaedah Huraian Contoh ayat Kaedah pengulangan • Kaedah yang mengulang

rangkai kata tanpa perubahan.

A.4 Pada mulanya banyak juga orang-orang tua ditangkapnya dengan tidak sengaja, tetapi orang-orang tua itu dilepaskannya.

Kaedah pengulangan sebahagian

• Wujud perubahan kategori pada rangkai kata yang mengulang.

• Contohnya ialah, beberapa buah lori besar sedia tersusun diulang menjadi lori-lori yang tersusun itu

A.5 ...apabila kami terlihat beberapa buah lori besar sedia tersusun di hadapan panggung itu. Bagi kami lori-lori yang tersusun itu tidaklah bererti apa-apa pada kami.

Kaedah Huraian Contoh ayat Kaedah elipsis • Maklumat yang

menghilang atau mesej yang ingin disampaikan tidak disampaikan sepenuhnya.

• Elipsis 01 (yang telah menonton wayang gambar), 02 (oleh soldadu-soldadu jepun yang bengis), dan 03 (yang besar)

A.6 Beberapa banyak orang muda 01, menurutnya, telah ditangkap dan ditangkap 02 dipaksa masuk ke dalam lori 03 itu.

Kaedah leksikal • Pertalian antara perkataan dengan wacana secara semantik.

• Contohnya, tubuh badan manusia kepada anggota badan termasuk kepala, mata, dan leher.

A.7 Di tubuh badan kita maka bukan sedikit anggota-anggota kita yang bulat keadaannya – kepala, mata, lengan, leher, dan jari kita pun bukankah bulat?

Kaedah Huraian Contoh ayat Kaedah prafrasa • Penyataan idea yang

sama tetapi berbeza

• Menunjukkan hubungan makna tetapi struktur berlainan.

A.8 Fadhil mendapat tempat pertama. Tempat pertama milik Fadhil.

Maklumat Baru

Maklumat Lama:Judul

- Maklumat Baru Tambahan

- Cerita

Huraian

Bulat - apa yang ganjil pada bulat?

• cerita berkaitan dengan judul dianggap maklumat baru.

• subjek yang berada di hadapan ayat adalah maklumat lama manakala predikat yang berada di belakang subjek dikenali sebagai maklumat baru.

Maklumat Lama:Judul

- Maklumat Baru Kontrastif

- Cerita

Huraian

Barangkali bintang

Bulat

01 (bintang)

- yang banyak itu pun (K1)

- keadaannya (K2)

- jika boleh dilihat dekat (K3)

• Dua atau lebih klausa berlainan dari segi semantik.

• Setiap klausa mempunyai amanat tersendiri serta dapat menepati maksud maklumat baru konstraktif.

• Frasa nama yang banyak itu pun (K1), frasa adjektif keadaannya (K2), dan frasa kerja jika boleh dilihat dekat (K3)

Maklumat Baru Fokus:Judul

- Maklumat Lama:- Cerita

Huraian

Sesungguhnya apakah yang ganjil

Ya-tiada ganjil

Dan tidak ada pentingnya

- pada bulat?

- 01 (pada bulat)

- pada bulat

• Pendepanan predikat supaya menjadi subjek atau judul cerita supaya berfungsi sebagai judul atau tema.

• Frasa nama sesungguhnya apakah yang ganjil dikategorikan maklumat baru fokus setelah ayat disongsangkan.

• Frasa nama ya-tiada yang ganjil dan tidak ada pentingnya berfungsi sebagai maklumat baru fokus setelah mengalami proses yang sama.

MODEL SANAT MD. NASIR Teori Atqakum

Beliau mengatakan bahawa tatabahasa yang kukuh harus memperlihatkan hubungan makhluk dengan khaliqnya.

Oleh itu, beliau telah mengemukakan sebuah teori tatabahasa wacana yang diberi nama Teori Atqakum.

Teori ini mengambil kira persoalan qalb, roh dan nafs yang terangkum dalam diri pengguna bahasa Melayu.

Tujuan bahasa adalah untuk mewujudkan hubungan antara manusia dan hubungannya dengan Pencipta (khaliq).

Teori Atqakum bukan sahaja sebuah teori malah memainkan peranan yang lebih penting daripada itu. Teori ini memerintahkan penutur dan pendengar supaya bertaqwa dan menjadi insan yang paling bertaqwa di sisi Allah SWT.

“Teori ini turut mengambil kira konsep-konsep yang diajukan, iaitu dari segi asal usul bahasa, fungsi bahasa, moden dan tradisional, korpus,

sejagat dan kenekaan, fitrah, tahap keyakinan, komunikatif, Khaliq dan makhluk, makna tinggi dan rendah, dan tatabahasa yang lebih lua”

(Sanat Md. Nasir, 1998: 123) Teori Atqakum merujuk kepada segala penulisan yang dibuat harus

bermatlamat untuk bertaqwa dan mengajar manusia ke arah kebaikan. Teori ini mampu mengungkap segala persoalan berkaitan dengan

kebahasaan. Selain itu, teori ini turut selari dengan tatabahasa Wacana Plus kerana

bahasa tidak dilihat secara terpisah dari agama dan bahasa perlu dijadikan sebagai alat untuk beribadah

Konsep Tautan

Ciri-ciri

Konsep

Tautan

Perulangan

Perulangan Sebahagian

Paralisme

Parafrasa

Elipsis

Bentuk

Ciri-ciri Huraian Contoh Ayat Perulangan o Pengulangan yang

berlaku secara terus sesuatu unsur linguistik tanpa ada perubahan.

o Frasa yang digunakan pada awal ayat akan diulang tanpa ada pengguguran unsur linguistik frasa tersebut pada ayat kedua.

o Misalnya, ayat berikut mengulang frasa orang-orang tua.

A.1 Pada mulanya banyak juga orang-orang tua ditangkapnya dengan tidak sengaja, tapi orang-orang tua itu dilepaskannya.

Ciri-ciri Huraian Contoh ayat Perulangan sebahagian o Pengulangan unsur

yang sama dengan mengubah unsur linguistik yang digunakan sebelumnya.

o Contoh ayat berikut mengalami proses pengulangan sebahagian kepada frasa nama dari beberapa buah lori besar sedia tersusun ditukar kepada frasa lori-lori yang tersusun itu.

A.2 ...apabila kami terlihat beberapa buah lori besar sedia tersusun di hadapan panggung itu. Bagi kami lori-lori yang tersusun itu tidaklah bererti apa-apa pada kami.

Ciri-ciri Huraian Contoh ayat Tautan perulangan

paralisme o Pengulangan struktur

yang sama tetapi unsur lain digunakan untuk menggantikan unsur sebelumnya.

A.3 Ayah membaca buku. Ibu pula membaca majalah. Unsur ibu dan majalah menggantikan unsur ayah dan buku.

Tautan perulangan parafrasa

o Pengulangan isi atau wacana yang sama tetapi diganti dengan unsur lain.

A.4 Tarmizi mendapat tempat pertama. Tempat pertama milik Tarmizi.

Tautan perulangan elipsis o Pengulangan struktur dan unsur yang sama tetapi menghilangkan sebahagian ujarannya.

o Misalnya terdapat pengguguran pada kata nama farid dan kata kerja pulang dihilangkan.

A.5 Azirun sudah pulang? Belum. (Azirun belum pulang.)

Ciri-ciri Huraian Contoh ayat prinsip rujukan o Menggunakan kata

ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk untuk menghasilkan kaitan.

A.6 Halim rajin belajar. Dia bijak.

Konsep Tema Struktur tema merujuk kepada struktur dalam ayat yang ditandai

dengan tema (T) dan juga rema (R). Hal ini dapat dirumuskan dengan menggunakan rumus T + R = ST.

Menurut Mohd Rashid (2007: 77) dalam sesebuah klausa tema biasanya berada di hadapan, iaitu menjadi titik mula amanat dan perhatian dalam klausa. Seterusnya tema didikuti oleh rema yang bertugas sebagai penerang. Segala ayat yang selepas tema dikenali sebagi rema.

Menurut Sanat Md Nasir, konsep struktur tema adalah struktur dalam ayat yang ditandai dengan tema dan rema. Struktur tema dilihat sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat. Klausa sebagai struktur amanat terdiri daripada tema dan rema. Tema harus berada di hadapan klausa atau awal klausa. Rema pula berada selepas tema.

Misalnya (Farah) (pergi ke sekolah) Farah merupakan tema dalam klausa ini dan pergi ke sekolah pula merupakan rema dalam klausa.

TEMA REMA(saya pernah mendengar) (seorang jiran

menceritakan perihal askar-askar Jepun yang menunggu

penonton-penonton di luar panggung wayang dengan beberapa

buah lori yang besar-besar.)

Berdasarkan contoh tersebut, struktur tema berada di hadapan ayat yang berfungsi sebagai benda atau subjek dalam klausa. Kemudian, tema diikuti oleh rema yang berperanan untuk menceritakan tema dalam klausa tersebut.

KESIMPULAN

Sato Hirobumi dan Sanat Md. Nasir merupakan tokoh yang sangat bergiat aktif dalam bidang kajian wacana. Mereka mengemukakan beberapa prinsip yang berkaitan dengan bidang tatabahasa.

Sanat Md. Nasir telah mengemukakan Teori Atqakum, konsep tautan, dan konsep struktur tema dalam sesebuah wacana.

Sato Hirobumi atau Rahmat Abdullah pula telah memperkenalkan konsep runtutan dan struktur maklumat yang terdiri daripada maklumat lama dan maklumat baharu.

Hasil kajian mereka ini telah menjadi panduan kepada penyampai wacana pada masa kini sebagai panduan bagi menghasilkan wacana mereka.