View
74
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
Tarikh diserah : -------------------------- Diterima oleh : ------------------------
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKLAPORAN TUGASAN KERJA KURSUS
Pelajar dikehendaki mengisi bahagian ini:
Saya mengaku laporan tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri dan tidak mengandungi bahan-bahan yang diplagiat.
Tanda tangan: _______________________________________________ Tarikh ____________
KEGUNAAN PEJABAT
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Isi kandungan 2
2. Borang Kolabrasi 3
3. Biodata 4
4. Penghargaan 5
5. Pengenalan 6
1
Nama DEVARANI A/P KALI
No.metrik IPG/KPT/PPG/2011/MT/W004/028
No KP 820826-14-5868
Kumpulan/Unit PPG Ambilan Khas Februari 2014 Unit : Matematik :
(sila bulatkan)
Kod kursus BMM 3043E
Nama Kursus Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Nama Pensyarah En.ABDUL RAHIM MOHD YASIN
Laporan ini mengandungi tugasan berikut: (tandakan )
Tugasan Bahagian A
Tugasan Bagaian B
Tugasan Bahagian C
Refleksi keseluruhan tugasan
Lain-lain (sila nyatakan) ________________________________
6. Soalan 1
A.Karangan tentang pendekatan, kaedah dan teknik kemahiran mendengar dan bertutur
7-28
7. Soalan 2
B. Bahan bantu , gambar dan Rakaman video 29-34
8. LAPORAN PENILAIAN MURID 35-38
9. Rumusan 39
8. Refleksi 40
9. Bibliografi 41
10. Lampiran 42
11. Sekian Terima Kasih 43
2
BORANG KOLABORASI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
AMBILAN KHAS FEBRUARI 2014
BMM 3043E / Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
NAMA PELAJAR DEVARANI A/P KALI
820826-14-5868
KOD& NAMA KURSUS BMM 3043E / Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
NAMA PENSYARAH PENYELIA EN.ABDUL RAHIM BIN MOHD YASIN
TARIKH AKTIVITI KOMEN TANDA TANGAN
16.08.2014
Saya telah mendapat tugasan dan diterangkan oleh En.Ab.Rahim
Kami diberi penerangan
Dapat mengenali keperluan tugasan ini.
20.08.2014
Mencari maklumat di pusat sumber awam.
Perbincangan dengan kawan-kawan sekelas.
Dapat menyenaraikan langkah-langkah penting bagi tajuk tugasan.
25.08.2014
Mencari maklumat tentang Kaedah,pendekatan
saya dapat menghasilkan draf untuk soalan 1.
08.09.2014
Mencari maklumat teknik kemahiran mendengar dan bertutur.
Mendapat kepastian tentang tugasan yang dihasilkan dan draf tentang soalan 2
12.09.2014 Buat penyemakan daripada rakan sejawat
Dapat mengenalpasti kesilapan
18.09.2014 Membuat refleksi tugasan
Dapat menyeneraikan rintangan yang dihadapi.
27.09.2014 Menghantar tugasan Dapat menyiapkan tugasan ditetapkan.
3
Nama : Pn.Devarani a/p Kali
No.IC : 820826-14-5868
Umur : 32 Tahun
Hobi : Membaca buku Cerita /Memasak
Pengalaman : 9 Tahun dalam bidang Perguruan ini.
No/HP : 019-6208276
Anak : 1Lelaki ( Dasmendra Pillai) 4 Tahun
: 1 Perempuan ( Sri Hamshavani Pillai) 1 Tahun
Nama Suami : Sanker Pillai a/l Selvarajoo
Sekolah : SJK ( T ) Ladang Cheroh Raub Pahang
1.0 PENGHARGAAN
4
Salam sejahtera dan bersyukur tuhan limpah kurnianya dapatlah saya menyiapkan
tugasan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester 5. Tugasan ini banyak
memberi pengetahuan tentang kemahiran mendengar dan bertutur serta pendekatan kaedah
dan teknik mendengar dan bertutur dan Pengajaran kemahiran Bahasa Melayu
3043E .Sebagai seorang guru, pengisian ilmu perlulah diperbaharui seiring dengan
perkembangan pendidikan masa kini.
Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah, En.Abdul Rahim bin Mohd Yasin yang telah bertungkus-lumus dan sentiasa
memberikan nasihat dalam menyiapkan tugasan ini. meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.Saya mendapat banyak faedah daripada tugasan ini terutama dalam
mengaplikasikan pelbagai kaedah dan pendekatan serta teknik pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas Dengan kerjasama dan bimbingan yang telah dicurahkan oleh beliau amatlah
dihargai. Dengan ini saya juga merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan yang amat
menyumbangkan idea, bantuan,sokongan dan dorongan supaya saya dapat menyiapkan
tugasan ini melalui sesawang dan whatss up. Bagi rakan- rakan seperjuangan yang turut
menyumbangkan idea, jasa mereka amatlah dihargai. Segala kebaikan yang diberikan akan
dapat balasannya.
Sebelum saya melangkah jauh, saya bersyukur kerana dapatlah saya menyelesaikan
tugasan ini dengan sempurna. Akhir kata, saya berharap agar puan mendapat kepuasan dalam
kerja kursus ini apabila menyemak tugasan yang saya sediakan.Saya juga berharap hasil kerja
ini dapat membantu semua yang membaca tugasan saya. Saya juga ingin memohon sejuta
kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan saya ini., segala
kekurangan harap dimaafkan.Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari tuhan dan yang
buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..
SEKIAN, TERIMA KASIH
2.0 Pengenalan
5
Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewuju dan manusia
itu sendiri. Bayi dan kanak-kanak memperoleh bahasa secara semula jadi dan dipengaruhi oleh
alam sekitar. Ia berlaku sedikit demi sedikit dan berperingkat-peringkat mengikut perkembangan
otaknya. Kanak-kanak akan belajar bermula dengan bunyi-bunyian pada peringkat bayi, diikuti
dengan perkataan iaitu hasil gabungan beberapa bunyi dan seterusnya membentuk ayat secara
langsung dan tidak langsung tanpa kita sedari.Keupayaan individu berbahasa dengan berkesan
dapat melahirkan komunikasi yangamat diharapkan. Ini adalah kerana bahasa telah wujud
sebagai alat berkomunikasi antara satu sama lain seiring dengan kemajuan manusia.
Perhubungan sesame manusia adalah melalui bahasa yang digunakan semasa
berkomunikasi.Melalui bahasa, manusia dapat menyampaikan idea, pemikiran atau perasaan
dengan lebih berkesan.Dalam hal ini,bahasa merupakan alat perhubungan yang sangat
penting dalam penyampaian ilmu pengetahuan.
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah menekankan beberapa iaitu
kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti
pembelajaran yang seterusnya.Sebagai seorang guru , kita perlu memahami apa sahaja
masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang diajar. Oleh sebab itu , guru perlu memahami
bagaimana seorang kanak-kanak memperoleh bahasa dan menggalakkan mereka
menggunakan bahasa yang bersesuaian untuk berhubung dengan berkesan. Guru juga perlu
sentiasa sedar dan mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah kemahiran berbahasa
yang dihadapi oleh kanak-kanak agar proses pembelajaran berjalan lancar dan mencapai
objektifnya .
6
7
1.0 KEMAHIRAN BERTUTUR
Pengenalan
Dalam pendidikan bahasa Melayu, penguasaan kemahiran bertutur begitu
ditekankan. Melalui pelaksanaan kurikulum, penekanan aspek itu digambarkan melalui
kemahiran berkomunikasi dan melahirkan idea dengan meminta pelajar mengambil
bahagian dalam aktiviti bahasa yang dirancang.
Sebagai penutur natif bahasa Melayu, pelajar – pelajar Melayu tidak menghadapi
banyak masalah dalam menguasai kemahiran itu. Hal ini disebabkan mereka sudah
biasa menggunakannya dalam pertuturan harian. Namun, mereka sering menghadapi
kesukaran dalam menuturkan wacana ataupun tajuk perbincangan yang memerlukan
perngorganisasian idea supaya kelihatan lebih tersusun dan mudah difahami.
Kelemahan ini perlu ditangani dengan memberikan pendedahan pada tajuk yang mahu
dibincangkan serta latihan.
Sesetengah pelajar yang sedang belajar bahasa berfikir mereka perlu menunggu
bagi menguasai kemahiran bertutur sehingga mereka menguasai kemahiran asas
tatabahasa dan perbendaharaan kata. Mereka menganggap demikian kerana bimbang
membuat kesilapan dan pertuturannya tidak akan difahami. Walau bagaimanapun, cara
bagi mempelajari tatabahasa dan perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang baru
adalah dengan berlatih menggunakan dalam konteks yang berbeza. Oleh itu, sekiranya
tujuan pelajar mahu belajar sesuatu bahasa, ia sepatutnya memulakan latihan bertutur
secepat mungkin. Walau bagaimanapun, pelajar tidak boleh mengharapkan
penguasaan kemahiran bertutur yang begitu cepat terutama yang melibatkan
keupayaan bertutur bagi berkomunikasi.
8
Tujuan bertutur
Pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran
bahasa.pertuturan mendahuluibacaan dan latihan bertulis.murid-murid sepatutnya
boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturan sebelum ia membuat latihan
menulis…gerak kerja lisan memang ada dilakukan oleh guru pada setiap pembelajaran
bahasa.
Aspek-aspek pertuturan
Sebutan : Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi–bunyi setiap
huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat – ayat. Hal ini bertujuan melatih
mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus boleh menyebut
dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna.
Tekanan : Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan
memberikan tekanan pada tempat – tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada
suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan
Jeda( persendian) : Unsur ini disebut juga sebagai persendian. Ia di gunakan untuk
memisahkan elemen – elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat –
ayat. Dalam sesebuah ayat diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
Unsure ini boleh membawa makna yang berbeza jika ia digunakan.
Intonasi : Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu
ayat itu dilafazkan. Ia kadang kala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam
bahasa Malaysia biasanya tidak sama dan berbeza - beza mengikut jenis ayat yang
dituturkan. Ia boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya
biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula
mempunyai intonasi yang menurun.
9
Tatabahasa : Tatabahasa adalah satu system, peraturan atau undang – undang
menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peratutan – peraturan ini mempunyai
kaedah dan formula tertentu. Ia terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis.
Dalam bahasa pertuturan walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu
dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik
dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan.
Kelancaran : Kelancaran bermaksud murid – murid boleh bertutur atau bercakap
dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak menghadapi sebarang
masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung.
Kefasihan : Kefasihan bererti murid – murid boleh bercakap bukan sahaja dalam
bentuk yang kemas, licin, teratur dan lancar tetapi mereka juga bolah menyembunyikan
kata atau menyebut perkataan dan ayat – ayat yang dituturkan itu secara jelas dan
tepat. Mereka boleh bercakap seperti penutur jati yang terpelajar.
Laras bahasa : Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid – murid boleh
menggunakan bahasa dalam berbagai – bagai konteks, suasana dan situasi yang
sesuai. Tujuannya ialah supaya murid – murid boleh menggunakan bahasa itu untuk
tujuan – tujuan berkomunikasi secara berkesan.
Faktor – faktor yang mempengaruhi pertuturan
Kecerdasan : Ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan dengan kemampuan
menghasilkan bahasa.
Kesihatan : Ini bermaksud jika seseorang kanak – kanak itu mendapat sakit berlanjutan
di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak – kanak
yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.
10
Fizikal : Pertuturan biasanya terhasil daripada organ – organ vokal manusia. Jika
secara fizikalnya didapati organ – organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka pasti
kanak – kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.
Alam sekeliling : Biasanya factor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh
mempengaruhi perkembangan bahasa kanak – kanak.
Jantina : Melalui kajian – kajian yang telah dijalankan didapati kanak – kanak
perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak – kanak lelaki. Hal ini disebabkan
oleh perkembangan jasmani kanak – kanak perempuan yang berkaitan dengan urat
saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak – kanak lelaki.
Dwibahasa : Kanak – kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding
dengan kanak – kanak dwibahasa. Ini disebabkan oleh gangguan – gangguan bahasa
ibunda ( pertama ).
Peringkat – peringkat kemahiran bertutur
Peringkat awal
Pada peringkat awal kita haruslah melafazkan pengucapan tatabersusila. Selain
itu, kita harus mengajukan perkataan dan ayat – ayat didengar. Kita juga harus menyoal
untuk mendapatkan maklumat. Tambahan lagi, kita harus membuat teguran atau
kenyataan mengenai sesuatu situasi. Pelajar juga harus menyoalkan soalan – soalan
mudah berdasarkan situasi –situasi tertentu. Pelajar harus bertindak terhadap soalan –
soalan mudah. Justeru pelajar juga memberi arahan dan membuat ayat mengenai diri
sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya dan juga membuat ayat daripada gambar –
gambar.
Peringkat pertengahan
Pelajar membuat deskripsi tentang objek atau gambar. Pelajar haruslah bercerita
berdasarkan satu siri gambar atau gambar – gambar bersiri. Tambahan lagi, pelajar
11
mestilah mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa dan member satu siri arahan
untuk membuat sesuatu. Menyoal dan menjawab soalan – soalan berhubung dengan
peribadi seseorang masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya. Pelajar
membaca iklan, peraturan – peraturan, memberi ucapan pendek dan mudah dan
mengambil bahagian dalam perbualan mudah yang dapat membantu meningkatkan
proses pertuturan.
Peringkat maju
Pelajar mendeskripsi, sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan,
proses dan sebagainya. Pelajar bercerita dengan menggunakan alat pandang atau
tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau
dialog. Pelajar bertanya kepada kepada guru untuk mendapatkan maklumat. Memberi
ceramah , syarahan yang disediakan. Pelajar haruslah mengambil bahagian dalam
perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain – lain. Mengambil
bahagian dalam lakonan, drama atau mendeklamasi puisi, dan menyampaikan komen,
loparan atau ulasan.
Jenis – jenis aktiviti bertutur
Aktiviti berbual
Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik – baiknya berdasarkan sesuatu tajuk.
Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut,
oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid – murid sendiri memilih
kawanya. Mereka akan berbual – bual mengenai tajuk yang telah ditetapkan oleh guru
bahasa mereka. Dengan ini setiap murid berpeluang bercakap dalam satu waktu.
Dalam perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri tang
menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain – lain mengikut tajuk yang
menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu.
Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi :
12
1. Guru menyenaraikan isi – isi yang telah disebutkan oleh murid – murid
dalam perbualan itu.
2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk
dibincangkan secara lebih mendalam
Aktiviti bercerita
Dalam pengajaran lisan, bercerita memainkan peranan yang penting, bukan sahaja
dikalangan kanak–kanak malah juga di kalangan orang–orang dewasa
13
2.0 KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan
teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti
cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran
mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat
penerimaan (receptive level).
Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus
dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat
memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat.
Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan
untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.
Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau
memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk
mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi,
terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan
pendengaran.
Menurut Yahya Othman dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’ pula menyatakan
bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara
intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang
terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana
penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.
Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan
adalah bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar yang berkesan perlu ditekankan
supaya pelajar dapat menguasai semua mata pelajaran ketika di dalam kelas.
Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar mendengar pada jangka masa yang
lama sebelum mencuba untuk bertutur. Kemahiran mendengar juga memberikan
peluang kepada pelajar mendapatkan makna bagi mesej yang didengar bagi bahasa
itu. Hal ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki kemampuan dari segi
penggunaan bahasa dengan lebih baik lagi. Sekirannya pelajar tidak menguasai
kemahiran mendengar ini dengan baik, maka mereka tidak dapat menumpukan
sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa
14
pengajaran di dalam kelas.
Pendengaran (listening) merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama
dalam proses komunikasi. Tetapi, aktiviti ini diabaikan dan tidak diberikan perhatian
yang serius oleh kebanyakan orang.
Menurut seorang pakar komunikasi, Paul Rankin (1929), 70% daripada waktu
tidak tidur kita dalam sehari digunakan untuk berkomunikasi dan 45% pula digunakan
untuk mendengar sesuatu. Manakala 30% lagi digunakan untuk percakapan atau
perbualan, sebanyak 16% daripada masa komunikasi anda digunakan untuk bacaan
dan hanya 9 % masa anda dihabiskan untuk penulisan. Kajian yang telah dibuat oleh
kebanyakan pakar menunjukkan bahawa kira-kira 85% daripada pengetahuan kita
diperolehi melalui pendengaran.
Menurut Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya iaitu
‘Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia’ menyatakan , kajian
terhadap murid-murid sekolah tinggi pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah
menggunakan 46% daripada masa mereka di sekolah untuk mendengar sahaja dan
60% daripada aktiviti pendengaran itu adalah untuk mendengar percakapan guru.
Seterusnya, terdapat beberapa kaji selidik yang dijalankan yang berkaitan tentang
kepentingan kemahiran mendengar yang diajar di luar dan dalam bilik darjah.
Kesimpulannya, kemahiran mendengar ini merupakan sebahagian daripada proses
komunikasi antara manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana
kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.
Definisi Kemahiran Mendengar
Terdapat perbezaan antara “listening” dan “hearing”. Kedua-dua perkataan
bahasa Inggeris tersebut mempunyai maksud yang sama dalam bahasa Melayu.
Namun sebenarnya “hearing” adalah mendengar yang bersifat fizik, bermaksud ada
suara yang didengari oleh telinga kita, namun tidak diperhalusi oleh fikiran kita, jadi
apa-apa yang didengari oleh kita bersifat angin lalu, iaitu tidak berkesan. “Listening”
pula melibatkan usaha-usaha aktif dari fikiran kita dan perhatian penuh atas apa yang
kita dengar melalui telinga kita.
15
Dengan demikian mendengar yang efektif adalah seperti “listening” dalam Bahasa
Inggeris yang merupakan sebuah proses serius yang tidak boleh dilakukan hanya
dengan mengandalikan kebiasaan, refleks atau perasaan. Mendengar yang efektif
adalah upaya untuk menghubungkan titik-titik yang kadangkala menyatakan nasihat
yang tersembunyi yang perlu kita tahu.
Sayangnya kita kurang memberi perhatian tentang pentingnya mendengar
secara efektif, sehingga seringkali menyebabkan kesilapan dalam komunikasi, salah
menerima maklumat atau tindak balas dari pendengar yang tidak diharapkan.
Salah satu penelitian menunjukkan rata-rata orang menghabiskan satu pertiga daripada
waktunya dalam organisasi untuk mendengar. Sehingga jika kita memiliki kecekapan
mendengar yang baik, waktu yang kita habiskan untuk mendengar akan lebih
bermakna.
Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat
kemahiran. Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahsa
yang hampir sama seperti “b” dan “p” yang mewakili “badang” dan “padang”., “d” dan “t”
yang mewakili “datang” dan “tatang”.
Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti
perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung
kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar itu.
Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur
kefahaman seperti pengetahuan sedia ada pada pendengar, seperti fakta dan budaya
bahasa yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan. Sejurus itu adalah
pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar dan pengetahuan
tentang sistem bahasa.
Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami unsur
bahasa yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah suatu aktiviti
yang aktif. Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa.
Selain itu pendengar juga memilih dan menyimpan apa yan difahami dalam ingatannya.
Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas
selepas mendengar.
16
Implikasi kurangnya perhatian pada kecakapan mendengar secara efektif adalah fakta
bahawa menjadi pembicara yang efektif sudah seringkali kita dengar, namun latihan
untuk mendengar yang efektif rasanya jarang kita temui. Padahal kecekapan
mendengar sangatlah penting. Orang bijak mengatakan kita dikurniakan oleh Tuhan
dengan dua telinga untuk lebih banyak mendengar dan hanya satu mulut untuk lebih
sedikit berbicara.
Aspek-Aspek Penting Dalam Kemahiran Mendengar
Konsep-konsep Penting dalam Pendengaran.
Pendengaran boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara iaitu pendengaran
merupakan gabungan segala yang didengari, difahami dan diingati. Pedengaran
berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Individu lebih banyak mendengar melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan
otaknya.
Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran
Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan berkesan.
Juga , pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.
Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea
utama, hujah dan bukti. Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas
positif terhadap muzik, kesusasteraan, drama dan lain-lain bahan kreatif. Pendengaran
untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi.
Proses Mendengar
Proses mendengar sesuatu yang didengar melibatkan organ telinga untuk mendengar
sesuatu bunyi. Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat peringkat
iaitu yang pertama, mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa, kemudian memahami
bunyi-bunyi tersebut, menilai bunyi-bunyi tersebut dan yang keempat bertindak
terhadap bunyi-bunyi tadi
Kita sedia maklum organ pendengaran manusia terdiri daripada dedaun telinga,
17
gegendang telinga, bendalir, alat-alat deria telinga tengah dan telinga dalam. Organ
yang sensitif dan kompleks ini menangkap dan menafsir pelbagai bentuk bunyi
sehingga membolehkan kita mendengar sesuatu bunyi.
Pendengaran adalah satu unsur komunikasi dan tanpa seseorang pendengar
sesuatu komunikasi lisan tidak akan lengkap. Penutur yang merupakan punca sesuatu
komunikasi akan menubuhkan kod-kod tertentu bagi mesej yang hendak disampaikan
itu di dalam otaknya (encode). Kemudian menerusi alat pertuturannya, kod-kod tersebut
akan disampaikan sebagai bunyi bahasa. Bunyi tersebut akan diterima sebagai
gelombang bunyi yang menggentarkan gegendang telinga pendengar dan di situ
bermulalah satu getaran yang berakhir di bahagian telinga dalam pendengar.
Sehingga kini proses pendengaran yang berlaku hanyalah bersifat fisiologikal.
Pendengaran dengan kefahaman belum berlaku sehingga mesej yang diterima itu
dianalisis dan ditafsir oleh otak. Sebenarnya rangsangan bunyi tersebut sampai ke
bahagian otak dan saraf tunjang secepat kilat, sebagai satu desakan saraf yang
bertindak sebagai elektrokimia. Di bahagian otak, rangsangan bunyi itu mula diterima
sebagai bunyi berasingan ataupun sebagai satu kumpulan bunyi yang mesti
ditempatkan di dalam satu konteks tertentu. Kemudian barulah ia dikenali sebagai
simbol perkataan yang bermakna dalam sesuatu bahasa.
Seterusnya bahagian otak pendengar akan memadankan bunyi perkataan tadi
dengan pengalaman dan kumpulan makna yang telah sedia ada di dalam otaknya,
kemudian barulah pendengar dapat menjangka maksud sebenar bunyi bahasa yang
didengarnya. Secara sedar atau tidak ia telah menilai bunyi tersebut berdasarkan sikap,
nilai dan kepercayaannya sebelum memberi reaksi terhadap mesej penutur tadi. Segala
pengalaman dan maklumat yang diterima akan disimpan di dalam otak dan dalam
keadaan tertentu ia dapat diingat kembali.
Daripada model pendengaran tadi, kita dapat melakukan beberapa kesimpulan
bahawa makna atau maksud sesuatu ujaran itu didapati oleh seseorang pendengar
berdasarkan tanggapan, pengetahuan, pengalaman dan penghargaan sendiri tentang
perkataan itu, tidak semestinya sama dengan maksud yang hendak disampaikan oleh
penutur. Ketepatan maksud yang ditanggap oleh pendengar bergantung kepada
beberapa faktor lain seperti tahap kemesraannya dengan penutur, suasana sekeliling,
18
bahan pertuturan, kesediaan mendengar, penumpuan dan motivasinya.Perhatian,
penerimaan dan persepsi pendengar merupakan kemahiran yang boleh dilatih dan
dikuasai.
Kebiasaan dan tatatertib komunikasi merupakan beberapa perlakuan tertentu
daripada penutur dan pendengar supaya perhubungan itu dapat berjalan dengan lancar
dan berkesan. Kebiasaan mendengar yang buruk boleh merosakkan persefahaman,
tetapi ini dapat diperbaiki dengan kesedaran dan latihan.
2.1.5 Jenis - Jenis Kemahiran Mendengar
Terdapat dua jenis kemahiran mendengar. Yang pertama adalah mendengar
secara aktif. Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara
interaktif. Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan
pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut.
Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh mencelah dengan
mengemukakan soalan tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun
mengucapkan semula. Jadi, pelajar tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan
di dalam kelas. Mereka berpeluang mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui
perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran itu.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, masa yang
sedikit diperuntukkan tidak dapat membantu pelajar secara maksimum penguasaan
kemahiran itu. Pelajar tidak berpeluang menjadi pendengar yang baik. Hal ini
disebabkan guru lebih banyak meperuntukkan isi pengajarannya bagi menyediakan
pelajar dengan keperluan penguasaan kemahiran yang berkaitan dengan peperiksaan.
Penekanan ini juga menjadikan pelajar diabaikan dalam aspek kemahiran mendengar.
Penguasaan untuk menguasai kemahiran mendengar secara efektif yang terbatas
boleh mengakibatkan pelajar tersebut gagal dalam mengaplikasikan kemahiran
mendengar tersebut dalam kehidupan seharian
Dari segi kenyataan, aktiviti mendengar wujud dalam situasi yang berbeza
dengan penutur yang berbeza. Fikirkan semua individu berbeza yang sudah bertutur
dalam jangka masa 24 jam dengan kita. Anda sebenarnya mendengar beberapa
19
individu bertutur dengan cara yang berbeza. Berdasarkan kepelbagaian pengalaman
dalam aktiviti mendengar, pelajar sebenarnya memerlukan latihan tambahan untuk
menyediakan diri sebagai pendengar yang baik.
Pendengaran secara aktif juga merupakan suatu kemahiran dan seperti
kemahiran yang lain, latihan dan amalan adalah penting. Kita boleh mempelajarinya
untuk berbuatnya secara baik serta berkesan. Tambahan pula, kita boleh
menambahbaikkannya sepanjang hayat kita.
Pendengaran aktif adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan
kita. Kita perlu mengubah tabiat buruk pendengaran kita dan menjadi sebagai seorang
pendengar aktif yang baik. Anda menjadi pendengar aktif apabila anda membuat suatu
ringkasan atau rumusan mengenai hujah atau alasan penting yang dikemukakan oleh
seseorang, menilainya dan menanya soalan bagi mendapat penjelasan mengenai apa
yang diutarakan oleh seorang penutur. Tumpuan perhatian kepada minat ,kebimbangan
atau kerisauan, bunyi bising, gangguan dan rupa serta perawakan penceramah menjadi
halangan kepada pendengaran yang berkesan atau aktif.
Dalam mewujudkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam sesebuah
organisasi pelbagai cara dan kaedah boleh digunakan. Untuk menjadi pendengar yang
baik, kita perlu menghayati apa yang diperkatakan. Menghayati memerlukan perhatian,
penganalisisan dan mengingati setiap stimulasi yang didengar. Kedua-dua aspek ini
penting untuk membolehkan seseorang menjadi pendengar yang aktif. Mendengar
tanpa menghayati adalah perkara yang sia-sia sahaja. Sebagai panduan, adalah wajar
seseorang itu mendengar dengan aktif dan serius tentang apa yang diperkatakan dari
segi Intensif, empati membina kemahiran mendengar yang efektif, membina kemahiran
bertindak balas
20
Berikut merupakan kemahiran mendengar :
a) Intensif
Seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif
kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama mampu
menganalisis beribu jenis maklumat.
Sebenarnya otak manusia dikatakan mampu menerima kadar pertuturan
sekurang-kurangnya empat kali dari kelajuan purata pertuturan seseorang penutur.
Proses ini memberi peluang kepada minda untuk berfikir semasa mendengar.Otak
manusia juga dapat meringkaskan dan mengintegrasikan apa yang diperkatakan ketika
proses mendengar sedang berlaku.
b) Empati
Empati memerlukan pendengar menganggap diri mereka sebagai penutur.
Pendengar yang aktif sedia untuk menerima di samping meninjau lebih jauh apa yang
disampaikan oleh penutur. Cabaran kepada seseorang pendengar yang aktif ialah
menerima dan menganalisis apa yang diperkatakan dan menyimpan segala pertikaian
yang timbul dlam hatinya sehinggalah penutur selesai bercakap. Pendengar juga perlu
mempunyai kesanggupan untuk menerima masalah yang dihadapi di samping bersedia
emberi buah fikiran dari kacamata pendengar dan penutur.
c) Membina kemahiran mendengar yang efektif
Terdapat beberapa ciri penting untuk membina kemahiran mendengar yang
efektif. Antaranya ialah dengan mengadakan interaksi secara berhadapan.
Selain itu, individu perlu mengelakkan dari melakukan halangan dari segi gerakan
badan. Tanda pemahaman atau persetujuan seperti anggukan kepala, perubahan air
muka dan sebagainya juga peerlu ditunjukkan Juga, individu perlu mengutarakan
soalan yang berkaitan dengan ikhlas.
21
Elakkan diri dari mencelah kata-kata penceramah jika tidak perlu.Juga, individu tidak
keterlaluan ketika berbicara sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam
kalangan pendengar. Aliran maklumat yang sempurna antara penutur dan pendengar
perlu diwujudkan.
d) Membina kemahiran bertindak balas
Tindak balas yang diperlukan dalam kemahiran mendengar ialah tindak balas
yang positif bukannya tindak balas yang negatif. Untuk membina kemahiran tindak
balas yang positif seseorang itu perlulah menumpukan kepada gelagat tertentu dan
bukannya secara umum. Contohnya memberi pujian serta- merta terhadap kerja yang
baik oleh subordinat serta memberi alasan mengapa dia perlu mendapat pujian. Jika
dia membuat kesalahan, maka perlulah ditegur dengan baik dan ikhlas supaya dapat
diperbaiki .
Selain itu, menjadikan tindak balas tersebut sesuatu yang tidak formal dengan
tidak mengkritik orang lain secara individu atas sesuatu kegagalan yang berlaku kerana
ini akan menyentuh emosi seseorang. Sebaliknya perlu ditegur dengan teguran yang
membina dan dapat diterima oleh penutur. Hal ini juga dikatakan tindak balas yang
positif dalam kemahiran mendengar.
Untuk membina kemahiran bertindak balas secara positif, seseorang itu perlu
menjadikan tindak balas tersebut bertepatan dengan masa supaya tindak balas
tersebut lebih rasional dan praktik. Hal ini juga adalah untuk tindak balas tersebut
mudah difahami dan diterima oleh semua pendengar.
Jenis yang kedua adalah mendengar secara pasif. Mendengar secara pasif tidak
melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar. Seringkali juga wujud situasi
mendengar secara pasif ini dalam kalangan pelajar semasa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar yang mendengar semasa guru sedang mengajar tidak
berpeluang memberikan respons secara verbal terhadap mesej yang didengar.
Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan suasana berkomunikasi yang baik,
pendengar perlu bersedia dengan situasi itu. Hal ini terjadi di mana pendengar tidak
22
boleh mencelah dengan mengemukakan soalan ataupun ingin mendapatkan
penjelasan yang terperinci dari penyampai.
Mendengar jenis ini dipanggil juga sebagai mendengar secara tidak interaktif.
Secara ringkasnya, pendengar tidak berupaya mengambil bahagian dalam mewujudkan
hubungan dua hala seperli mendengar kuliah, radio, menonton televisyen, filem
ataupun siaran langsung.
Peringkat - Peringkat Kemahiran Mendengar
Terdapat 3 peringkat kemahiran mendengar. Pada peringkat awal kemahiran
mendengar, pelajar akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Mereka
juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-
ayat dalam petikan. Pada peringkat ini juga, pelajar akan melakukan perkara dan aktiviti
yang disuruh oleh guru. Sebagai contoh, guru menyuruh pelajarnya menggayakan gaya
seekor kucing, maka pelajar tersebut akan bertindak balas dengan menggayakan aksi
seekor kucing mengikut kekreatifan masing-masing. Selain itu, pada peringkat awal ini,
pelajar cepat bertindak terhadap soalan yang mudah. Para pelajar juga dapat
mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat.
Pada peringkat kedua atau peringkat pertengahan dalam kemahiran mendengar
ini, pelajar didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat
dan terperinci. Pelajar juga diajar untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau
maklumat khusus. Sebagai contoh, guru memberitahu pelajar tentang sebuah
kemalangan yang terjadi baru-baru ini. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar
serta pelajar dapat mengetahui cara-cara untuk mengelakkan kemalangan itu. Pada
peringkat ini juga, pelajar didedahkan untuk mengenali sebab dan akibat sesuatu
tindakan yang dibuat. Selain itu, pelajar ini akan diajar untuk mengenal perhubungan
orang-orang yang berinteraksi dalam kehidupan sosial serta diterapkan ilmu dalam
aspek mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap. Mereka akan dipupuk untuk
menjadi seorang pendengar yang baik dengan sentiasa menumpukan perhatian
terhadap penyampai. Hal ini adalah untuk mengelakkan pelajar tersebut menjaga
perasaan penyampai serta ilmu dan maklumat yang disampaikan itu dapat memberi
manfaat kepada pelajar terbabit.
23
Peringkat ketiga pula ialah peringkat maju dalam kemahiran mendengar. Pada
peringkat ini, pelajar dilatih untuk mengenal isi-isi penting. Sebagai contoh, dalam
sebuah karangan, guru akan mengajar bagaimana untuk mencari isi-isi utama dalam
karangan tersebut. Pelajar akan dapat mengenal peranan dan perhubungan orang yang
bercakap.
Selain daripada itu, pelajar akan diajar untuk mentafsirkan maksud orang yang
bercakap. Pelajar tersebut juga dapat membezakan tekanan dan intonasi dalam
sesebuah pertuturan. Contohnya, dalam sukatan pelajar Tahun Empat, pelajar diajar
mendengar dan mengecam intonasi yang betul dalam soalan tanpa kata tanya. Mereka
juga diajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang didengar
sama ada merujuk kepada guru atau kawan-kawan.
Pada peringkat ini juga, pelajar akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog
atau perbualan serta mereka dapat menafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai
bentuk struktur nahu.
Bentuk - Bentuk Kemahiran Mendengar
Menurut Kamarudin Haji Husin di dalam buku ‘Ilmu Bahasa dan Kecekapan
Berbahasa’ menyatakan bahawa kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai
bentuk. Biasanya ia boleh dibahagikan kepada sembilan kategori. Antaranya adalah
mendengar Secara pasif.
Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah.
Pada peringkat ini pendengar biasanya tidak berupaya memahami makna keseluruhan
yang diucapkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarinya.
Pendengar juga kurang memahami dan mengingati serta menyebutkan semula
perkataan yang didengar itu.
Banyak perkara yang dapat mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif.
Antaranya adalah mungkin bahan yang diperdengar itu kurang menarik minat mereka
atau mungkin kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada
24
mereka. Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran mendengar dalam
sesuatu bahasa tentu tidak dapat memahami sepenuhnya pertuturan bahasa tersebut.
Keadaan menjadi lebih buruk lagi jika mereka diganggu oleh pengaruh bahasa ibunda,
dialek, terhadnya perbendaharaan kata atau sebagainya.
Yang kedua adalah mendengar Secara Bertelau-telau. Mendengar secara
bertelau-telau ini biasanya berlaku dalam kalangan pelajar bahasa kedua atau mereka
yang mempelajari bahasa asing. Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya berbanding dengan
kemahiran mendengar secara pasif. Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang
mampu mendengar bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan.
Mereka tidak berjaya untuk membentuk konsep dan gagal memahami ujaran yang
diperdengarkan kepada mereka itu.
Keadaan ini biasanya berlaku kerana pelajar tersebut masih lemah dalam
bahasa yang dipelajari. Mereka kurang didedahkan dengan suasana berbahasa dalam
bahasa tersebut serta kurang biasa mendengar dan bertutur serta berkomunikasi dalam
bahasa tersebut.
Seterusnya adalah mendengar tanpa tindak balas.Mendengar tanpa tindak balas
bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas
itu. Hal ini berlaku kerana pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu.
Mungkin pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna antara perkataan
yang diucapkan dalam ayat. Dengan kata lain, mereka tidak memberi sebarang reaksi
sama ada marah, sedih, gembira, simpati dan sebagainya.
Juga adalah mendengar secara menebuk-nebuk. Hal ini berlaku dalam kalangan
pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk perkataan atau rangkai kata
yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Pada peringkat ini kemahiran
mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu masih rendah.
Kemahiran mendengar yang menebuk-nebuk ini juga berlaku dalam kalangan
pelajar bahasa ibunda. Hal ini kerana mereka sudah pasti yang mereka berupaya
memahami dan mampu menggunakan bahasa sendiri. Walhal, kadar kefahaman
mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah.
Seterusnya adalah mendengar dengan beremosi. Pada peringkat ini, pendengar
sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Pendengar
25
sudah dapat merasakan sesuatu sehingga memberangsangkan emosinya. Mereka
sudah mula mendengar, memahami dan bertindak terhadap ujaran yang didengarinya
itu.
Walau bagaimanapun, implikasi daripada keadaan emosi yang marah itu
mungkin menyebabkan orang-orang yang terlibat akan bertindak positif, iaitu dengan
meningkatkan tekad untuk bekerja keras dan berjaya dalam hidup mereka. Namun, ada
kemungkinan juga akan berlaku tindak balas negatif seperti berlakunya pergaduhan,
pertengkaran dan sebagainya.
Mendengar secara beremosi ini berlaku kerana perkataan yang dilafazkan
membawa makna yang berbeza-beza. Kemungkinan orang yang menuturkannya tidak
tahu atau faham adat resam, tradisi dan budaya orang yang mendengarnya. Perkataan
yang dilafazkan secara tidak berhati-hati dan tidak mengambil kira lingkungan geografis
dan budaya boleh menimbulkan salah faham apabila pendengar tersilap membuat
tafsiran.
Juga adalah mendengar secara berhati-hati. Mendengar pada peringkat ini
memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh.
Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata, rangkai kata demi
rangkai kata dan ayat demi ayat dalam sesuatu pengucapan itu. Tujuan mendengar
setiap ujaran yang dilafazkan dengan teliti adalah untuk menentukan supaya setiap
butiran yang dituturkan dapat difahami dengan tepat dan betul.
Kemahiran mendengar secara berhati-hati ini boleh dicapai dengan memberikan
banyak latihan mendengar kepada pelajar. Mereka dilatih untuk mempelajari bahasa
lisan secara formal lebih berkesan daripada pembelajaran yang dilakukan secara tidak
formal.
Seterusnya adalah mendengar Secara kritikal. Mendengar secara kritikal
biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan
baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar telah mencapai tahap yang tinggi.
Pendengar bukan sahaja dapat memahami sesuatu pertuturan dengan baik,
bahkan berupaya memilih dan menentukan perkara-perkara yang benar dan yang
palsu. Seseorang dapat menentukan kesahihan sesuatu faktor yang didengarnya dan
menyedari akan sesuatu kelemahan yang terdapat dalam pertuturan dan sebagainya.
26
Mendengar secara kritikal memerlukan seseorang itu berfikir secara kritis dan analitis.
Untuk mencapai ke peringkat ini, pelajar harus diberi latihan mendengar dan berfikir
secara intensif. Kemahiran ini boleh dilakukan melalui proses pembelajaran secara
tidak sengaja.
Juga adalah mendengar dengan pengamatan. Kemahiran mendengar jenis ini
biasanya berlaku dalam kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir secara kritikal.
Mendengar cara ini akan lebih bermakna apabila proses mendengar itu berdasarkan
kepada pengalaman pendengar. Hal ini bermakna, pendengar akan lebih mudah
memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan apabila ujaran-ujaran itu ada pertalian
dengan pengalamannya.
Yang seterusnya adalah mendengar secara kreatif. Kemahiran mendengar
secara kreatif ini pula merupakan kemahiran yang paling tinggi dan ia menjadi matlamat
pengajaran dan pembelajaran lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini,
pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah dia
dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan itu. Hal ini bermakna dia dapat
memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik.
Seseorang itu juga dapat membuat tafsiran, mengkritik, menganalisis, membuat
ulasan dan komen yang bernas dan jitu. Biasanya pelajar yang mampu mendengar
secara kreatif adalah yang terdiri daripada mereka yang boleh berfikir dengan baik,
cekap dan bijak. Mereka itu telah mempelajari dan menguasai bahasa yang hendak
digunakan itu dengan baik.
2.8 Faktor- Faktor Mempengaruhi Kemahiran Mendengar
Salah satu faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar adalah faktor
fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai pendengaran yang semula jadi sejak
dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang ada yang mempunyai
pendengaran tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam
cacat pendengaran.
27
Faktor yang seterusnya adalah jantina. Terdapat perbezaan kemahiran
mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Apabila kanak-kanak lelaki
berumur 7 hingga 9 tahun, mereka kurang kefahaman tentang kemahiran mendengar
berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan mereka.
Yang ketiga adalah status ekonomi. Latar belakang keluarga seperti kemudahan
rumah, pengaruh ahli keluarga serta interaksi antara ahli keluarga boleh mempengaruhi
kemahiran mendengar kana-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan
dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.
Juga adalah gangguan bunyi. Semasa mendengar, terdapat banyak gangguan
seperti persekitaran dan bunyi bising. Ini mempengaruhi pengamatan dan kemahiran
mendengar seseorang itu.
Yang terakhir adalah mental. Kemahiran mendengar ini berkait rapat dengan
daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan
melalui proses mental untuk bertindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan
mempengaruhi kecekapan mereka mendengar
28
29
3.0 HARI PERTAMA
GAMBAR-GAMBAR KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
30
GAMBAR-GAMBAR HARI KEDUA
31
GAMBAR- GAMBAR HARI KETIGA
32
33
4.0
34
35
5.0
Nama : M.Linggeswaran
Tahun : Tahun 2
Masalah : Kemahiran Mendengar (kurang peka) dan Kemahiran Bertutur ( pelat)
Sebelum Bimbingan secara Analitik
Melalui tugasan yang saya perolehi, saya telah mengambil seorang murid tahun
2 yang mengalami masalah perdengaran dan bertutur. Murid mempunyai masalah
sejak kecil lagi. Murid berada dalam lingkungan murid linus di sekolah. Murid ini
mengalami kesusahan untuk berkomunikasi kerana mengalami pelat. Daripada analisis
yang saya buat murid ini tidak diperuntukan masa dengan baik dirumah dan tidak
mempunyai bimbingan yang kukuh daripada ahli keluarga. Tambahan lagi, keteraturan
gigi murid ini tidak sama yang menyebabkan ketika dia berkomunikasi dia mengalami
masalah pelat. Oleh itu, murid ini mengalami masalah kekeliruan dalam membezakan
bunyi yang menyebabkan murid ini tidak dapat menguasai perkataan dengan baik.
Contoh perkataan yang telah dianalisis seperti perkataan “badang” dan “padang”
dimana membawa bunyi yang sama maksud. Selain itu, gangguan bunyi semasa
proses pembelajaran di dalam kelas boleh menyebabkan proses ini terbantut. Murid
akan lebih cenderung kearah bunyi yang menyebabkan mereka tidak akan fokus pada
bunyi perkataan yang menyebabkan kelemahan murid dalam memahami apa yang
didengar. Justerunya kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran
kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk
mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan
mendengar mereka. Murid ini juga mempunyai masalah dalam mentafsirkan maklumat
yang didengar dan hal ini meyebabkan murid ini tidak berkomunikasi atau membaca.
36
Selepas Bimbingan Analitik
Setelah saya sudah mentafsir masalah yang dihadapi oleh murid saya. Saya telah
menggunakan satu kaedah berbentuk audiolingual. Kaedah ini bermaksud dua
gabungan kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Biasanya
kemahiran ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti kemahiran mendengar dan
bertutur yang mempunyai masalah dalam kemahiran ini. Dalam kaedah ini saya
menggunakan beberapa bahan bantu mengajar boleh membantu mengatasi masalah
murid ini. Antara bahan yang saya gunakan ialah pita perakaman dan juga kad gambar
bagi menyatakan bunyi telah selepas mendengar pita rakaman. Melalui kaedah ini
murid dapat mengingat dan memudahkan mereka mengingat maklumat yang didengar
dan boleh mentafsirnya. Kaedah ini merupakan satu kaedah didik hibur kepada murid-
murid. Oleh itu, saya menjalankan kaedah ini terhadap murid disekolah saya. Kaedah
banyak memberikan perubahan kepada diri murid tersebut. Antara perubahan yang
ketara yang dapat saya lihat pada diri murid ini ialah dari aspek sebutan. Murid ini dapat
membunyikan huruf dan suku kata dengan jelas mengikut bunyi yang didengar dari pita
rakaman. Aspek ini sangat penting terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai
sama ejaan. Tambahan lagi, guru juga membuat penekanan yang khusus terhadap
murid untuk menyebut dan memberi tekanan yang kepada perkataan bagi tujuan
menegaskan keras dan lembutnya sesuatu pengucapannya. Selain itu, murid juga
bertutur dengan lancar, kemas dan baik dimana ia mempengaruhi proses pembelajaran
dan pengajaran yang berlangsung. Murid ini juga dapat menguasai aspek tatabahasa
dengan baik. Aspek tatabahasa amat penting kerana ia dapat meluaskan
perbendaharaan kata murid ini dan boleh digunakan semasa bertutur. Aspek
tatabahasa ini juga dapat meningkatkan dan memantapkan fonologi, semantik dan
sintaksis yang juga boleh digunakan untuk aktivit menulis. Bagi murid ini, aktiviti yang
dicadangkan adalah bersesuaian dengan tahapnya yang bersesuaian dengan murid
37
tersebut. Guru ini mempratikikan huruf vokal kepada murid tersebut. Beliau
menggunakan bahan bantu mengajar yang berbentuk audiolingual dengan
menggunakan telefon bimbit dan juga kad huruf vokal. Aktiviti ini adalah bagi
mempratikikan murid untuk memahami huruf vokal melalui proses pengulangan selama
3 hari dengan pelbagai kaedah dan teknik diaplikasikan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran terhadap murid tersebut. Contoh huruf vokal yang digunakan ialah huruf
vokal a dan i. Kesimpulannya, murid ini dapat memberi impak yang positif ketika guru
menjalankan proses pembelajaran dan murid ini dapat memberitahu huruf vokal dengan
betul melalui proses pengulangan yang dilakukan dengan audiolingual.
38
6.0 RUMUSAN
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran
berbahasa dan. Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan jelas. serta Bahan
rangsangan penting untuk meningkatkan minat dalam menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur.
Ia juga Memberi peluang murid terlibat secara aktif dapat mempercepat penguasaan
kemahiran. dan Memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan
tatabahasa. Maka Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep
dan keahiran yang digunakan .Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-
sama supaya kemahiran yang diajar itu boleh dikecapi serta dapat mengurangkan
masalah murid yang sering dihadapi dalam kemahiran mendengar dan bertuturnya.
Murid di beri latihan yang dijalankan hendaklah berteraskan sesuatu sesuatu tugasan
yang boleh membawa kepada sesuatu aktiviti. Manakala Setiap aktiviti dan kemahiran ,
membolehkan murid menunjukkan kefahaman mereka melalui bahasa, aksi atau cara-
cara lain yang berkesan. Guru harus memberi peluang kepada murid berlatih
mendengar sebanyak yang mungkin dan berserta dengan motivasi dan bahan bbm
yang menarik serta berfaedahnya.
39
7.0 Refleksi
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya, saya
dapat menyempurnakan tugasan kursus BMM3043E dan tanggungjawab yang telah
diberikan dengan sempurna mengikut jadual yang telah disediakan.
Walaubagaimanapun, saya mengakui agak tertekan dalam menyiapkan tugasan ini
lantaran hambatan masa dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sama ada
tanggungjawab di sekolah atau di rumah. Tugasan kali ini agak mencabar minda saya
kerana saya perlu menghuraikan kemahiran bahasa, pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran bahasa serta kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.Bukan
itu sahaja , malah perlu menganalisis masalah mendengar dan bertutur seorang murid
tahap 1 dan menggunakan salah satu kaedah ini bagi menyelesaikan masalah murid
ini.
Sesungguhnya, dalam menyiapkan tugasan ini, saya didapati bahawa dalam
mengenalpasti masalah murid sebenarnya bukanlah satu tugas mudah dan boleh
dibuat sambil lewa sahaja. Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik adalah komponen
penting dalam menyelesaikan masalah kemahiran mendengar dan bertutur..
Saya juga dapati bahawa kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah saling berkaitan dan tidak boleh
dipisahkan. Harus diakui bahawa dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran,
keempat-empat kemahiran tersebut mesti ada. Hanya yang membezakan kemahiran
tersebut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti lisan(dengar dan tutur),
bacaan atau tulisan.
Sebagai seorang guru, kita perlu menjalankan pelbagai aktiviti melalui teknik-teknik
yang boleh menarik minat pelajar. Ini penting bagi membolehkan murid-murid
menguasai kemahiran berbahasa dan mencapai matlamat kurikulum Bahasa Melayu
40
sekolah rendah iaitu menjadi murid yang berketerampilan berbahasa dan
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, perhubungan
sosial dan memperoleh ilmu.
8.0 Bibliografi
Abd. Aziz Abd. Talib ( 2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Ee Ah Meng ( 1993). Pedagogi satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Kamarudin bin Jeon, Zainal Arifin bin Yusof, Shamsul Yusli bin Mohamad Yusop, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin bin Jeon, Zainal Arifin bin Yusof, Shamsul Yusli bin Mohamad Yusop, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd.Nasar bin Sukor,Syamsul Yusli bin Mohamad Yusop,Mohamad bin Musip, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 6 Sekolah Kebangsaan Buku Teks.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd.Nasar bin Sukor,Syamsul Yusli bin Mohamad Yusop,Mohamad bin Musip, Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 6 Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru.Dewan Bahasa dan Pustaka
http://www.scribd.com/doc/30396978-Pendekatan-Kaedah-Teknik-Dan-Strategi (22.02.2012)
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn.Bhd
Khairuddin Mohamad, (2011). Literasi Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Kamaruddin Hj. Husin, (1999). Kemahiran Mendengar dan Bertutur.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
41
Jabatan Pendidikan Khas (1999a). Buku panduan perlaksanaan program
pendidikan pemulihan khas. Kuala Lumpur.
42
43
Recommended