Contoh RPH sejarah Tahun 4

Preview:

DESCRIPTION

Sejarah cogan kata, visi dan misi sekolah

Citation preview

MATA PELAJARAN KELASSejarahTahun 4 USM

TEMA / TAJUKMari Belajar Sejarah Sejarah, Cogan kata, visi dan misi sekolah

MASA8.15 8.45 pagi (1 jam)

FOKUS PEMBELAJARAN

Standard Kandungan1.3 Sejarah SekolahStandard Pembelajaran1.3.3 Menceritakan sejarah penubuhan sekolah.1.3.4 Menyatakan cogan kata, visi dan misi sekolah.K1.3.8 Mengenal pasti usaha-usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah.

OBJEKTIF PEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-1. Mengetahui sejarah penubuhan sekolah.2. Melengkapkan cogan kata, visi dan misi sekolah.3. Menyenaraikan usaha-usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah.

AKTIVITI1. Guru mengedarkan teks Sejarah Penubuhan Sekolah dan murid membaca teks tersebut.2. Guru dan murid bersoal jawab tentang teks yang telah dibaca.3. Murid bercerita tentang sejarah penubuhan sekolah berdasarkan teks yang dibaca.4. Murid dibawa melawat ke bangunan sekolah yang terdapat cogan kata, visi dan misi sekolah.5. Murid membuat catatan tentang cogan kata, visi dan misi sekolah pada lembaran yang disediakan.6. Guru dan murid mengadakan perbincangan hasil catatan yang dibuat.7. Murid menyatakan cara-cara mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah dan membuat pembentangan di hadapan kelas.

EMKNilai Sayang akan sekolah, mementingkan kebersihan, kerjasama, semangat patriotismeKPS - Elemen Asas SejarahDimensi Kewarganegaraan Berbangga akan pencapaian sekolah

BAHAN BANTU BELAJARGambar sekolah, Teks Sejarah Penubuhan Sekolah, Lembaran kerja, Kad manila

STANDARD PRESTASITP3 Murid boleh menerangkan tentang sejarah sekolah dengan memberikan contohTP4 - Murid boleh menguasai maklumat tentang sejarah sekolah dalam pelbagai situasi.