27
BEBERAPA PANDUAN UTAMA PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 1. RPH ialah dokumen penting yang mesti disediakan sebelum pelaksanaan pengajaran-pembelajaran. 2. RPH mengandungi maklumat perancangan pengajaran harian yang terdiri daripada: a. butiran asas: tarikh, tempoh/masa, tahun, bilangan murid, tema, dan tajuk; b. huraian hasil pembelajaran: penyataan fokus utama dan aras serta penyataan fokus sampingan dan aras; c. objektif: olahan penyataan eksplisit, khusus dan konkrit berdasarkan HHP; d. sistem bahasa: pilihan beberapa aspek sistem bahasa; e. pengisian kurikulum: elemen-elemen nilai ilmu, nilai murni (17 nilai), kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah (KBT); f. langkah-langkah pengajaran-pembelajaran: penyataan pada tiga lajur utama (isi pelajaran, aktiviti p-p, dan catatan). Lajur isi biasanya dinyatakan dalam bentuk kata nama. Lajur aktiviti biasanya dalam bentuk kata kerja. Lajur catatan biasanya memuatkan maklumat pengisian kurikulum untuk mengingatkan guru agar tidak mengabaikan pengisian elemen berkenaan. 3. Dalam menyediakan RPH, guru perlu merujuk HSP tahun berkenaan, Buku Teks dan Buku Panduan Guru (BPG) tahun berkenaan , kamus, buku tatabahasa dan sumber lain untuk memastikan perancangan p-p tepat, jelas, dan lengkap. 4. RPH juga perlu merealisasikan aspek-aspek strategi (pendekatan, kaedah, dan teknik) p-p, konsep ”5P” dan konsep p-p bestari.

RPH contoh norliza

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rph

Citation preview

BEBERAPA PANDUAN UTAMA PENYEDIAAN

BEBERAPA PANDUAN UTAMA PENYEDIAAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)1. RPH ialah dokumen penting yang mesti disediakan sebelum pelaksanaan pengajaran-pembelajaran.2. RPH mengandungi maklumat perancangan pengajaran harian yang terdiri daripada:

a. butiran asas: tarikh, tempoh/masa, tahun, bilangan murid, tema, dan tajuk;

b. huraian hasil pembelajaran: penyataan fokus utama dan aras serta penyataan fokus sampingan dan aras;

c. objektif: olahan penyataan eksplisit, khusus dan konkrit berdasarkan HHP;

d. sistem bahasa: pilihan beberapa aspek sistem bahasa;

e. pengisian kurikulum: elemen-elemen nilai ilmu, nilai murni (17 nilai), kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah (KBT);f. langkah-langkah pengajaran-pembelajaran: penyataan pada tiga lajur utama (isi pelajaran, aktiviti p-p, dan catatan). Lajur isi biasanya dinyatakan dalam bentuk kata nama. Lajur aktiviti biasanya dalam bentuk kata kerja. Lajur catatan biasanya memuatkan maklumat pengisian kurikulum untuk mengingatkan guru agar tidak mengabaikan pengisian elemen berkenaan. 3. Dalam menyediakan RPH, guru perlu merujuk HSP tahun berkenaan, Buku Teks dan Buku Panduan Guru (BPG) tahun berkenaan , kamus, buku tatabahasa dan sumber lain untuk memastikan perancangan p-p tepat, jelas, dan lengkap.

4. RPH juga perlu merealisasikan aspek-aspek strategi (pendekatan, kaedah, dan teknik) p-p, konsep 5P dan konsep p-p bestari. 5. RPH hendaklah menjelmakan/menzahirkan hasrat SP, HSP dan aplikasi tatabahasa serta apresiasi sastera menerusi amalan berkomunikasi (interpersonal, intrapersonal, mendengar dan bertutur), membaca (ADD, MDD, MDK, komsas) dan menulis (berkarya). Perhatian

Sila teliti empat contoh RPH yang diedarkan. Sila akur format yang ditetapkan dan murnikan mana-mana butiran mengikut keperluan serta kesesuaian p-p anda.

Penyelaras KPLI BM Major:MOHAMAD BIN MUSIP, PJKKetua Unit Linguistik JPM

CONTOH RPH 1Tarikh

:19 Januari 2008

Masa

:8.45 9.45 pagi (60 minit)

Tahun

:4 Arif

Bil. Murid:45 orang

Tema

:Keluarga

Tajuk

:Cerita Sang Kelembai dan Si Kula

Hasil Pembelajaran

Fokus Utama:1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan dan nada yang sesuai.

Aras 1: Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau dilihat atau dibaca.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1: Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan:8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras 1: Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. berbual tentang perkara yang dibaca dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan dan nada yang sesuai;

2. membaca kuat petikan cerita perkataan, frasa dan ayat (tunggal dan majmuk) dengan sebutan dan intonasi yang betul; 3. menulis perkataan dan ayat (tunggal dan majmuk) berdasarkan cerita yang ditonton dan dibaca.

Sistem Bahasa: Tatabahasa ayat tunggal dan ayat majmuk

Sebutan dan intonasi ayat penyata

Kosa kata kesaktian, ayat penyata

Kosa kata kesaktian, bertimbang rasa, mentah, menakjubkan

Pengisian Kurikulum: Ilmu kesusasteraan dan TMK

Nilai kasih sayang

Kemahiran Bernilai Tambah:

KBf membanding beza

KMD membuat ramalan

BCB pengurusan grafik (LPG)

TMK Perisian MS Word

Bahan Bantu Mengajar: Petikan teks, slaid cerita/LCD, komputer, borang pengurusan, dan gambar bersiri

Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah membaca cerita-cerita dongeng di perpustakaan

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Pergerakan kreatif ikan dan gergasi

(Guru digalakkan menunjukkan contoh dahulu)Set Induksi (3 minit)

1. Guru memilih beberapa orang murid untuk melakukan pergerakan kreatif 2. Murid-murid lain diminta meneka pergerakan kreatif yang dilakukan

3. Pergerakan kreatif dihubungkaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.

KP kinestatik

Teknik: Tunjuk cara

Slaid Cerita Sang Kelembai dan Si Kula (rujuk Lampiran A)Langkah 1 (8 minit)

1. Murid menonton slaid cerita

Sang Kelembai dan Si Kula

2. Murid menjawab soalan guru berdasarkan cerita yang ditonton.

BBM: Slaid cerita, LCD

Mencapai objektif.

Teks Sang Kelembai dan Si Kula (rujuk Lampiran B)Langkah 2 (20 minit)

1. Beberapa orang murid dipilih untuk membaca teks dengan kuat.

2. Secara berpasangan, murid- murid diminta berbual-bual tentang bahan yang dibaca.

3. Beberapa orang murid diminta

menceritakan semula bahan yang dibaca.

4. Murid melengkapkan borang pengurusan grafik banding beza

tentang watak dan perwatakan

yang berkaitan dengan bahan di atas.

5. Guru membimbing murid yang lemah.

6. Guru mempamerkan hasil kerja murid melalui LCD dan membincangkannya.

BBM: Petikan teks cerita

KBf: Membanding beza

BCB: Pengurusan

Grafik

Mencapai objektif.

Contoh Ayat Tunggal

1. Sang Kelembai tinggal di dalam hutan.

2. Si Kula tinggal di dalam hutan.

Contoh Ayat Majmuk

Sang Kelembai dan Si Kula tinggal di dalam hutan.

Langkah 3 (15 minit)

1. Murid melihat gambar bersiri melalui paparan LCD.

2. Murid diminta membina sekurang-kurangnya dua ayat tunggal bagi setiap gambar dengan menaip di komputer.

3. Murid diminta menggabungkan kedua-dua ayat tunggal yang dibina untuk menjadi dua ayat majmuk.

4. Guru memaparkan jawapan beberapa orang murid dan perbincangan secara kelas turut dilaksanakan.

BBM: LCD, komputer

TMK penggunaan komputer

Mencapai objektif ....

Soalan Guru

1. Pada pandangan anda,

adakah kasih sayang yang ditunjukkan oleh

Sang Kelembai terhadap

anaknya itu baik?

2. Apakah yang akan terjadi jika secara tiba- tiba ikan tiada lagi di dunia?

Langkah 4 (10 minit)

1. Secara berkumpulan, murid- murid diminta meneliti dan memberi pandangan tentang kasih sayang Sang Kelembai terhadap Si Kula.

2. Murid-murid dimintga membuat

ramalan sekiranya tiada lagi

Ikan di dunia ini menggunakan alat roda masa depan.Nilai: kasih sayang

KMD: Ramalan

Nilai/Pengajaran

Bertindak tanpa berfikir akan merugikan diri sendiri.Penutup (10 minit)

Guru meminta murid menyatakan pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup mereka berdasarkan pelajaran hari ini.

Penutup kognitif

Kerja susulan:

Refleksi:

CONTOH RPH 2:

Tarikh

: 6 Mac 2008

Masa : 8.45 9.45 pagi (60 minit)

Tahun : 4 Amanah

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Tema : Kebersihan

Tajuk : Amalan Kebersihan Diri

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 2 (i) Membaca dan mengecam isi penting dan isi sampingan

daripada pelbagai bahan bacaan.

Fokus Sampingan:

11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

Aras 2 (i) Menyatakan pendapat tentang perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca.

Objektif :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

1. menyenaraikan tiga isi penting dan tiga isi sampingan yang terdapat dalam petikan yang bertajuk Amalan Kebersihan Diri;

2. menyatakan tiga cara menjaga kesihatan diri dengan menggunakan ayat yang gramatis;

3. menyatakan pendapat tentang akibat tidak menjaga kesihatan diri.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa: Morfologi: Kata berimbuhan

Pengisian Kurikulum :

Ilmu - Moral / Agama / PJK

Nilai - Menjaga kebersihan

- Berdisiplin

Kemahiran Bernilai Tambah:

- Pembelajaran Konstruktivisme

- Kecerdasan Pelbagai

- Belajar Cara Belajar

- Kemahiran Berfikir

Sumber P&P: Petikan rencana, alat perakam, borang pengurusan grafik (PG)

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid pernah berbincang tentang cara menjaga kebersihan diri.

Isi PelajaranAktiviti Pengajaran

PembelajaranCatatan

Rakaman bunyi orang sedang mandi, diikuti dua soalan:

i. Berdasarkan bunyi yang anda dengar, apakah yang dapat anda gambarkan?

ii. Apakah perasaan anda apabila mendengar bunyi tersebut?

Set Induksi (3 minit)

i. Murid diperdengarkan rakaman bunyi orang mandi di bilik air.

ii. Murid berfikir dan menjawab dua soalan guru.SPP:

Alat perakam

KBT :

Pembelajaran

Konstruktivisme

Petikan

Amalan Kebersihan Diri (Rujuk Lampiran A)

Soalan:

1. Mengapakah kita menjaga kebersihan diri?

2. Bagaimanakah cara menjaga kebersihan diri?

3. Nyatakan amalan kebersihan diri yang biasa dilakukan.Langkah 1 (15 minit)

i. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.

ii. Murid diedarkan petikan.

iii. Murid membaca petikan secara akaliah selama lima minit.iv. Berdasarkan soalan yang diajukan, murid mencari tiga isi penting.

v. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan isi penting dan isi sampingan dalam borang PG.

BCB :

Kemahiran

membaca secara

akaliah

Kemahiran

Berfikir:

- Menganalisis - Membuat keputusan

- Borang PG

Tiga fakta tentang cara menjaga kebersihan diri mengikut amalan tradisional dan amalan moden.

Langkah 2 (15 minit)

i. Murid menyatakan tiga cara menjaga kebersihan diri, berdasarkan teks dan pendapat sendiri.

ii. Murid secara berkumpulan diminta membandingkan cara menjaga kebersihan diri (cara tradisional dan cara moden).

iii. Ketua kumpulan melaporkan hasil perbincangan.

Kemahiran

Berfikir

- Membuat

keputusan

- Memberi

Pendapat

Pendapat tentang akibat tidak menjaga kebersihan diri.Langkah 3 (10 minit)

i. Setiap kumpulan diberikan borang PG akibat tidak menjaga kebersihan diri.

ii. Murid mengemukakan idea hasil daripada perbincangan kumpulan tentang maklumat daripada borang PG.

iii. Setiap ketua kumpulana diminta mempamerkan hasil perbincangan dan membacakannya.

iv. Guru memberikan komen terhadap hasil pembentangan murid.

Borang PG - Akibat tidak menjaga kebersihan diri

Kecerdasan

Pelbagai:

Interpersonal

KBT:

Pembelajaran Konstruktivisme

Kata Berimbuhan

- awalan

- akhiran

- apitan

Permainan Bahasa

(Rujuk Lampiran B)Langkah 4 (10 minit)

i. Murid menyenaraikan kata berimbuhan daripada teks.

ii. Murid mengklasifikasikan kata berimbuhan mengikut jenis awalan, akhiran, dan apitan.

iii. Murid melaksanakan aktiviti permainan bahasa cepu emas. (kata-kata berimbuhan dipadankan mengikut jenis dalam borang PG di papan tulis 5 minit)

PG

Permainan Bahasa

KBT:

Kecerdasan Pelbagai

- Kinestetik

- Visual Ruang

- Interpersonal

Lagu:

Bangun pagi

gosok gigi,

bersih diri selalu,

cuci muka, pakai baju,

nampak kemas selalu.

(2X)

Penutup (5 minit)

i. Murid menyanyikan lagu

Bangun Pagi beramai-ramai.

ii. Guru membuat rumusan dan menyerapkan nilai murni yang berkaitan. KBT:

Kecerdasan

Pelbagai

- Kinestetik

- Muzik

Nilai Murni:

Kebersihan sebahagian daripada iman

Lampiran A

PETIKAN

Amalan Kebersihan Diri

Kebersihan diri amat penting dijaga. Kebersihan diri membantu kita untuk menjadikan kita sihat dan cergas. Badan kita juga hendaklah sentiasa bersih. Jika kita sentiasa menjaga kebersihan, diri kita akan terhindar daripada sebarang penyakit. Oleh sebab itu, kita mesti menjaga kebersihan diri. Tubuh badan yang sihat menjadikan minda, rohani, dan jasmani kita cemerlang.

Kita boleh menjaga kebersihan diri dengan mandi tiga kali sehari. Sewaktu mandi, kita hendaklah menggunakan sabun untuk menghilangkan kekotoran dan menjadikan badan kita berbau wangi.

Mencuci tangan adalah salah satu cara untuk menjaga kebersihan diri. Mencuci tangan adalah cara terbaik untuk mengelakkan daripada diri kita dijangkiti pelbagai penyakit. Oleh itu, sebelum makan kita hendaklah membasuh tangan dengan menggunakan sabun. Dan selepas makan pula kita hendaklah menggosok gigi untuk menghilangkan sisa makanan. Dengan cara tersebut, gigi kita tidak akan menjadi cantik dan tidak rosak. Apabila gigi kita cantik, senyuman kita akan bertambah manis.

Amalam kebersihan diri termasuklah memotong kuku. Amalan ini bertujuan untuk menghilangkan kekotoran yang terlekat pada kuku. Kuku yang kotor akan mengakibatkan jangkitan kuman. Potonglah kuku kita sekurang-kurangnya sekali seminggu, sebaik-baiknya pada hari Jumaat.

Rambut ialah mahkota diri seseorang. Oleh yang demikian, rambut perlu dibersihkan dan disikat rapi supaya nampak kemas. Rambut yang panjang dan tidak terurus haruslah dipotong. Jika perlu gunalah pencuci rambut untuk mencuci rambut agar rambut kita kelihatan lembut dan cantik.

Apabila kita menjaga kebersihan diri, kita mudah mendapat kawan. Oleh itu, kebersihan diri patut dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

(Dipetik dan diubahsuai daripada .........................................................)

Lampiran B

Senaraikan 10 kata berimbuhan berdasarkan teks. Kemudian, berikan kata dasar bagi setiap kata berimbuhan tersebut:

Bil.Kata BerimbuhanJenis Kata ImbuhanKata Dasar

1.KebersihanImbuhan AwalanBersih

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Lampiran B

Berdasarkan teks yang diberikan anda diminta menyenaraikan isi penting yang terdapat dalam petikan teks tersebut.Bil.Isi Penting

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

CONTOH RPH 3:

Tarikh

: 19 Jun 2008

Masa : 7.45 pagi 8.45 pagi

Tahun : 4 Cemerlang

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Kesihatan

Tajuk : Amalan Kebersihan Diri

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 2

i. Membaca dan mengecam isi penting dan isi sampingan daripada pelbagai bahan bacaan.

Fokus Sampingan

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2

ii. Menyatakan isi-isi penting berdasarkan bahan yang dibaca.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

a. membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul;

b. mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga isi penting yang terdapat dalam petikan;

c. memberi pendapat tentang petikan yang dibaca;

d. menyenaraikan 10 kata berimbuhan dan kata dasar daripada teks.

Sistem Bahasa :

~ Tatabahasa : Kata Berimbuhan

Pengisian Kurikulum

~ Ilmu : Kesihatan

~ Nilai : Menjaga kesihatan, prihatin

~ Kemahiran Bernilai Tambah :

Kemahiran Berfikir

Belajar Cara Belajar

Pembelajaran kumpulan

Pembelajaran Kontekstual

Kecerdasan Pelbagai

Verbal Linguistik

Kinestetik

Muzik

Isi PelajaranAktiviti Pengajaran dan

PembelajaranCatatan

Alat-alat Kebersihan

DiriSet Induksi (5 minit)

i. Murid memerhatikan alat-alat.

ii. Murid menceritakan tentang alat-alat untuk menjaga kebersihan diri.BBM :

~ berus gigi

~ ubat gigi

~ sikat

Pembelajaran

Kontekstual

Petikan

- Amalan Kebersihan

Diri

(Rujuk Lampiran)Langkah 1 (15 minit)

i. Murid membaca secara senyap.

ii. Murid membaca kuat dengan intonasi dan sebutan yang betul.

iii. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. BBM

(Petikan )

BCB

- imbasan /

scanning

Kemahiran Berfikir

- mencari

maklumat

Isi-isi Penting

Contoh :

1. Badan kita hendaklah

sentiasa bersih.

2. Badan yang bersih

terhindar daripada

penyakit.

3. Tubuh badan sihat

menjadikan murid

cemerlang minda,

rohani dan jasmani.Langkah 2 (15 minit)

i. Murid membentangkan isi-isi penting yang dicetak mengikut kumpulan.

ii. Murid membaca dan menulis isi-isi penting yang diperoleh di papan

tulis.KB

- Menjana idea

Kecerdasan Pelbagai

- Verbal

Linguistik

- Kinestetik

Pendapat

Soalan Pemahaman

- Apakah yang akan berlaku jika kita tidak menjaga

kebersihan diri?

- Apakah jenis makanan yang sesuai dimakan?

- Apakah makanan yang perlu kita jauhi?

Langkah 3 (15 minit)

i. Murid memberi pendapat tentang cara- cara menjaga kebersihan diri.

ii. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.Kemahiran Berfikir:

- memberi

pendapat

- menjana idea

Kecerdasan Pelbagai:

- Verbal -

Linguistik

Kata Berimbuhan dan

Kata Dasar

~ kebersihan

~ menjaga

~ terhindar

~ penyakitLangkah 4 (15 minit)

i. Murid diminta mencari dan menggariskan 10 perkataan berimbuhan yang terdapat dalam

petikan.

ii. Murid mencatat perkataan- perkataan berimbuhan serta kata

dasarnya.

iii. Murid membacakan perkataan- perkataan tersebut berdasarkan

lembaran kerja.BBM :

Lampiran 1

KB :

- menjana idea

- menyenarai

Nyanyian :

Bangun pagi

Gosok gigi

Cuci muka

Mandi pagi

Pakai baju

Minum kopi

Makan roti

Saya suka hatiPenutup (5 minit)

Murid menyanyi lagu Bangun Pagi secara berkumpulan.Kecerdasan Pelbagai

- Kinestetik

- Muzik

CONTOH RPH 4:

Tarikh

: 20 Jun 2008

Masa : 60 minit

Tahun : 4 Merah

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Kokurikulum

Tajuk : Lawatan

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu tajuk.

Aras1

i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Fokus Sampingan

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 2

i. Membaca dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan kepada intonasi berdasarkan tanda baca.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

a. membina dua ayat tunggal dan dua ayat majmuk dengan betul;

b. membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul;

c. memberi makna lima perkataan sukar dengan betul.

Sistem Bahasa : Sintaksis: Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Sinonim

Pengisian Kurikulum: Ilmu : Kokurikulum

Nilai : Patriotisme

Kemahiran Bernilai Tambah

Kajian Masa Depan

Pembelajaran Kontekstual

Belajar Cara Belajar

Kemahiran Berfikir

Kecerdasan Pelbagai

Isi PelajaranAktiviti Pengajaran

dan PembelajaranCatatan

Gambar Pemandangan

Kuala LumpurSeti Induksi (5 minit)

1. Murid mencantumkan gambar di papan tulis.

2. Murid bersoal jawab tentang gambar

tersebut.

BBM :

- Cantuman gambar

KBT :

- Kajian Masa Depan

- Kecerdasan Pelbagai :

Visual- ruang

Petikan :

Lawatan ke Kuala

Lumpur

(Rujuk Lampiran A)Langkah 1 (10 minit)

1. Murid membaca teks yang

diberi dengan kuat dalam kelas

kumpulan dan individu.

2. Murid mencari makna sekurang- kurangnya lima perkataan sukar

dalam kumpulan.

3. Murid menulis makna perkataan

sukar di papan tulis.BBM

- Lampiran A

- Kad perkataan

KBT

- Pembelajaran

Kontekstual

(mengalami)

- Belajar Cara Belajar

(kemahiran membaca)

Ayat Tunggal dan

Ayat Majmuk

(Contoh disediakan oleh guru)Langkah 2 (25 minit)

1. Murid mendapat penerangan tentang

ayat tunggal dan ayat majmuk.

2. Setiap kumpulan menyalin ayat

tunggal dan ayat majmuk daripada

petikan.

3. Wakil kumpulan membentangkan

hasil perbincangan.KBT

~ Kemahiran Berfikir

~ Belajar Cara Belajar

- pembelajaran

secara kumpulan

- kemahiran menulis

Pembelajaran Kontekstual

- bekerjasama

Ayat Tunggal dan

Ayat Majmuk

Langkah 3 (15 minit)

1. Murid membina dan menulis

tiga ayat tunggal dan tiga ayat

majmuk berdasarkan gambar

di dalam buku latihan.Belajar Cara Belajar

- kemahiran menulis

Lagu Kuala Lumpur

(Rujuk lirik di Lampiran B)

Penutup (5 minit)

Murid menyanyikan lagu.Kecerdasan Pelbagai

- muzik

BBM

- Pita Rakaman

(Lampiran B )

Lampiran A

10, Taman Saga,

28700 Bentong,

Pahang Darul Makmur.

3 Oktober 2007

Menemui sahabatku, Yong Teck Chong yang berada di Triang, Pahang dengan selamatnya.

Saudara,

Apa khabar saudara sekarang? Saya di sini sihat. Pada minggu hadapan, sesi persekolahan akan bermula. Ke manakah saudara bercuti pada masa cuti baru-baru ini ? Saya telah melawat ke Kuala Lumpur. Saya pergi bersama-sama keluarga.

Untuk pengetahuan saudara, saya telah berpeluang melawat Putrajaya. Saya sungguh tertarik dan kagum dengan kecanggihan pusat pentadbiran negara. Selepas itu, kami pula ke KLCC. Di sana, saya dapat bermain di taman permainan sambil melawat Petrosains. Sebelum pulang, saya sempat makan dan membeli-belah di Suria KLCC.

Sampai di sini sahaja buat kali ini. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara dan keluarga.

Yang benar,

Yvonne

Lampiran B

KUALA LUMPUR

Sungguh indah pandangan panorama

Kuala Lumpur .. Kuala Lumpur

Kota indah permai yang aku cinta

Melambangkan negara maju jaya.

Hidup aman damai yang aku pinta

Adat resam dan kebudayaannya.

Tempat tumpuan segala perniagaan

Dari kecil hingga yang terbesar

Nadi dan pusat pembangunan negara

Namamu harum di muka dunia.

Contoh Hasil Perbincangan Murid:

Ayat Tunggal Ayat Majmuk

1. Saya sihat di sini. 1. Saya sungguh tertarik dan kagum akan

Kecanggihan pusat pentadbiran

negara.

2. Pada minggu hadapan, sesi 2. Di sana, saya dapat bermain di taman

persekolahan akan bermula. permainan sambil melawat Petrosains.

3. Saya pergi bersama-sama keluarga. 3. Saya sempat makan dan membeli- belah di Suria KLCC.Senarai Kemahiran Berfikir

Bil.Kemahiran BedrfikirBil.Kemahiran Berfikir

1.Mencirikan12.Membuat inferens

2.Membanding dan membeza13.Mengitlak

3.Mengumpul14.Meramal

4.Membuat urutan15.Membuat gambaran mental

5.Menyusun mengikut keutamaan16.Mensintesis

6.Menganalisis17.Membuat hipotesis

7.Mengesan kecondongan18.Menganalogikan

8.Menilai19.Mereka cipta

9.Membuat kesimpulan20.Mengkonsepsikan

10.Menjana idea21.Menyelesaikan masalah

11.Menghubungkaitkan22.Membuat keputusan

Senarai Nilai Moral

Bil.Nilai MoralBil.Nilai Moral

1.Kepercayaan kepada Tuhan12.Hormat dan taat kepada anggota keluarga

2.Kebersihan fizikal dan mental13.Tanggungjawab terhadap keluarga

3.Harga diri14.Tanggungjawab terhadap masyarakat

4.Kerajinan15.Toleransi dalam masyarakat

5.Hemah tinggi16.Peka terhadap isu sosial

6.Kasih sayang17.Kebersihan dan keindahan persekitaran

7.Kesederhanaan18.Menyayangi alam sekitar

8.Kejujuran19.Peka terhadap alam sekitar

9.Baik hati20.Hormat dan setia kepada pemimpin, Raja dan Negara

10.Berterima kasih21.Semangat bermasyarakat

11.Kasih sayang terhadap keluarga22.Patuh kepada peraturan dan undang-undang

* Senarai nilai murni KBSR/KBSM yang berjumlah 17 hendaklah digabungjalinkan dengan nilai-nilai moral di atas.

Prinsip-prinsip KBSR

1. Kemahiran asas

2. Kemahiran berfikir

3. Bahasa merentas kurikulum

4. Alam sekitar merentas kurikulum

5. Nilai, patriotisme dan kewarganegaraan merentas kurikulum

6. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid

7. Penilaian berterusan

8. Pengukuhan, pengayaan dan pemulihan

9. Prinsip mudah ubah (lentur/luwes)

10. Sains dan teknologi merentas kurikulum

PAGE 7