Rph Matematik Tahun 2(Linus)

Preview:

DESCRIPTION

rph

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN MATEMATIK KSSR (BERSERTA LINUS)

Hari : Khamis Tarikh : 16 Oktober 2014

KELAS / MASA / MATA

PELAJARAN

KANDUNGAN REFLEKSI / CATATAN

2 Damai910 - 1010

Matematik

Tajuk : Darab

Standard Kandungan : 4.2 melengkap ayat Matematik darab.

Standard Pembelajaran :4.2 (i)Membina sifir dua dengan

berpandukan objek konkrit

Objektif Pembelajaran : Murid berupaya untuk:

i. murid perdana: membina sifir dua dengan betul berpandukan bahan konkrit

ii. murid linus: memahami sifir dua dengan menggunakan bahan konkrit

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:1. Guru menerangkan konsep asas darab2. Guru menerangkan konsep 2 x 1 = 2

2 mewakili bilangan kumpulan manakala 1 mewakili bilangan objek di dalam setiap kumpulan dan jawapannya adalah mewakili jumlah objek.

3. Guru mengedarkan bahan konkrit dan lembaran kerja kepada setiap kumpulan.

4. Guru mengajar murid nyanyian sifir(sifir siti)

Murid Perdana (bridging up)

1. Guru membimbing murid membina sifir dua berdasarkan bahan konkrit yang ditunjukkan

2. Murid menjawab soalan yang diberikan mengikut arahan di dalam lembaran kerja.

Murid LINUS (bridging down)

1. Guru meminta murid mengisikan bilangan objek di dalam setiap kumpulan menggunakan bahan konkrit.

2. Murid juga diminta memberikan jawapan dengan mengira semua jumlah objek.

EMKkreativiti dan inovasi

BBMguli dan lembaran kerja

REFLEKSI20 daripada 25 orang murid dapat membina sifir dua dengan betul. Aktiviti pemulihan diberikan kepada 5 orang murid yang tidak menguasai objektif pembelajaran.