RPH Matematik (Pecahan)

Embed Size (px)

Citation preview

CONTOH BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMODUL LATIHAN KONSTEKTUAL Tajuk Tempoh Masa Objektif Hasil Pembelajaran Pecahan 1 jam

Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajarDi akhir pembelajaran, murid dapat memahami konsep pecahan setara

Kandungan Pengajaran

Pendekatan Konstektual, Pembelajaran Koperatif danKreatif

PECAHANPengenalan Murid sudah mempelajari dan mengetahui pecahan wajar dan pecahan tak wajar. Guru boleh menggunakan pengalaman murid-murid ini untuk menguasai konsep pecahan setara. Objektif Selepas menjalani aktiviti ini, murid-murid dapat membezakan pecahan wajar dan tak wajar Mengenalpasti pecahan setara bagi pecahan wajar Alatan Kad imbasan pecahan, kertas A4, marker pen Kaedah Konstektual

a) Guru membawa murid ke kawasan yang lebih terbuka contohnya ke dewan sekolah untuk membuat aktiviti luar. b) Guru menyediakan 12 keping kad imbasan yang mengandungi pecahan-pecahan wajar dan tak wajar.1 2 3 2 5 3 2 4 2 10 6 5 3 9 1 5 7 2 1 3 4 3 8 5

c) Guru mengarahkan 12 orang murid untuk mengambil kad imbasan tersebut dan membentuk dua kumpulan iaitu kumpulan pecahan wajar dan kumpulan pecahan tak wajar.1 2 2 4 1 5 2 10 1 3 3 9 8 5 7 2 4 3 6 5 5 3 3 2

Kumpulan pecahan wajar

Kumpulan pecahan tak wajar

a) Guru meminta murid daripada kumpulan pecahan wajar untuk tampil ke hadapan. b) Tanpa menerangkan maksud pecahan setara, murid harus meneka dengan mencari pasangan pecahan setara masingmasing. c) Dalam aktiviti ini, kemungkinan daripada tiga pasangan ini ada murid yang tersalah pilih pasangannya. d) Dari situlah, baru guru memberi penekanan maksud pecahan setara kepada semua murid. (induction method) Andaian jawapan1 2 1 5 2 4 2 10 1 3 3 9

a) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai tiga orang ahli. b) Setiap kumpulan diberikan tiga helai kertas A4 putih dan marker pen pelbagai warna (merah, hitam dan biru) c) Guru mengarahkan agar : Murid 1 : melipat kertas A4 kepada 4 bahagian dan lorekkan 1 bahagian dan namakan pecahan Murid 2 : melipat kertas A4 kepada 8 bahagian dan lorekkan 2 bahagian dan namakan pecahan Murid 3 : melipat kertas A4 kepada 16 bahagian dan lorekkan 4 bahagian dan namakan pecahan

1 4

2 8

4 16

1 4

2 8

4 16

d) Guru menerangkan bahawa ketiga-tiga pecahan ini merupakan pecahan setara. Walaupun penyebut dan pengangkanya berbeza tetapi nilai pecahan itu tetap sama (kawasan berlorek yang sama besar). e) Guru menerangkan cara yang paling mudah untuk mendapat kan pecahan setara selain menggunakan gambar. (guna kaedah darab penyebut dan pengangka dengan angka yang sama).1 4 2 2 2 8 2 2 4 16

a) Permainan Happy Fraction Family (seperti permainan kad Happy family) b) Bilangan pemain : 3 pemain setiap kumpulan c) Bahan : kad pecahan, kad nama pecahan, kad bergambar

3 4

Tiga per empat

Enam per lapan

6 8

d) Peraturan permainan : Pemain perlu memadankan kad tersebut mengikut padanannya. Semasa permainan dijalankan, pemain perlu menyoal kepada pemain lain untuk mendapatkan padanan contohnya Boleh saya mendapatkan kad bergambar tiga per empat? Langkah tersebut diteruskan sehingga padanan kad e) Di akhir permainan, guru menyoal sama ada kad padanan dari mencukupi. keluarga satu adalah setara dengan padanan keluarga kedua.

a) Guru mengedarkan kertas lembaran kerja kepada murid sebagai latihan pengukuhan. b) Murid menjawab soalan latihan secara individu. c) Guru dan murid membuat perbincangan jawapan serta jalan kerja yang betul. d) Murid membuat pembetulan.

a) Guru menayangkan semula kad imbasan yang mempunyai nilai pecahan yang berbeza. b) Pilih murid secara rawak untuk menyebut pecahan setara bagi kad pecahan yang ditunjukkan. c) Ulang aktiviti untuk beberapa keping kad pecahan yang lain sebagai aktiviti peneguhan.