Pwr Point Penyakit

Preview:

Citation preview

PENYAKIT KANAK- KANAK ( PENCEGAHAN DAN RAWATAN )

PENYAKIT KUKU DAN MULUT

• Sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.

Penyebab

• Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Penyakit

- Demam panas - Sakit tekak - Kurang selera makan - Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah) - Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasan lampin)

Rawatan

• Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:

- Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan).

- Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak.

- Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut.

• Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan.

• Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kuku dan mulut:

- Pastikan ianya berehat di rumah hingga sembuh.- Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak

hingga sembuh. - Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga. - Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang

berdekatan.

Langkah-Langkah Pencegahan

- Sentiasa menjaga kebersihan diri.

- Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan.

- Jangan berkongsi barang-barang persendirian.

- Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin.

- Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih.

- Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.

CIRIT – BIRIT

Cirit-birit ialah kekerapan membuang air besar yang cair serta kehilangan pergerakan usus. Biasanya ia tidak serius dan berakhir dalam sehari dua sahaja.

Penyebab dan gejala • Mengambil makanan yang mengandungi kuman virus, bakteria dan parasit • Memakan makanan yang tercemar atau telah rosak • Alahan • Tekanan perasaan • Terlalu banyak mengambil ubat julap • Kesan dari ubat-ubat tertentu (antibiotik seperti Tetrasiklin, Klindamisin dan

Ampicillin boleh menyebabkan cirit-birit) • Diverticulitis (penyakit usus) • Penyakit keradangan usus seperti penyakit Colitis Ulseratif atau penyakit

Cronh

Cecair yang boleh diberi/diminum: ( RAWATAN )

– Air o Jell-o (cecair/pepejal) – Sup – Teh cair dengan gula – Minuman tenaga seperti 100 Plus – Campuran 4 sudu teh gula dan 1 sudu teh garam bersama-sama 4

cawan air, larutkan – Larutan garam rehidrasi (ORS) yang boleh didapati dari mana-mana

klinik atau hospital.

• Jangan meminum minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

• Jangan beri kanak-kanak minum jus epal dan susu kerana ia akan memburukkan lagi cirit-birit.

• Makan sedikit sahaja dan elakkan makanan pepejal untuk permulaan. Jell-o boleh diambil kerana ia berbentuk cair.

Pencegahan

– Pencegahan merupakan langkah penjagaan yang terbaik. Selalu membasuh tangan sebelum menyediakan makanan atau sebelum makan.

– Secara amnya, jauhi tangan dari mulut anda. – Basuh tangan selepas bersalaman dengan orang ramai. – Basuh tangan selepas ke tandas.– Jaga kebersihan di sekitar rumah anda.

Ikuti petua berikut jika cirit-birit disebabkan oleh jangkitan:

– Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum makan – Basuh tangan sebelum anda memasak atau menyentuh makanan – Jangan berkongsi tuala mandi – Keringkan tangan dengan kertas tisu dan buang selepas digunakan

DENGGI

• Penyakit yang berjangkit yg merbahaya dan boleh membawa maut.

• Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya.

• Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi.

• Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi.• Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di

kaki.• Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:

1. Aedes aegypti 2. Aedes albopictus

Cara jangkitan:

• Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk.

• Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk.

• Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk.

• Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya.

• Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia.

• Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

• Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal.

- Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot.

- Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian.

- Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.

ii) Demam denggi berdarah.

- Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun.

- Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri.

- Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.

Tanda-tanda atau gejala:

Demam denggi klasikal

- Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut.

- Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas.

- Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat.

- Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.

- Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

Demam denggi berdarah

- Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.

- Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah.

- Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan.

- Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi.

- Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS).

Rawatan demam denggi klasikal:

• Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

• Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. • Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh

itu demam patut dikawal dengan antipiretik. • Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat

dikesan awal.• Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh.

• Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

•Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit akibat daripada jangkitan virus (kuman), vibrio cholera.

•Tanda-tanda penyakit cholera adalah keadaan cirit birit (kadangkala muntah-muntah) yang teruk yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan air yang banyak dan mengakibatkan dehirasi (dehydration).

•Tanda-tanda dihidrasi adalah lemah dan tidak bermaya, keadaan mulut yang kering. dan juga tidak aktif bagi kanak-kanak. Jika seseorang itu lambat mendapat bantuan., ianya boleh menyebabkan maut.

Bagaimana Cholera Merebak

• Cholera boleh merebak melalui:• Kuman Cholera (Vibrio Cholera) boleh merebak melalui

medium air, samada air sungai, air minuman, air perigi dan sebagainya. Seseorang yang mengidap cholera boleh menjangkiti orang lain dari najisnya (seperti membuang air di sungai), tanganya, dan juga makanan yang disediakan atau dijual.

• Penyakit ini boleh merebak melalui:

1. Air yang tidak bersih contohnya ialah air perigi yang telah dicemari. termasuk air batu yang dibuat dari air yang tidak bersih. Cuba elakkan dari menggunakan perigi atau sungai yang tercemar dengan Cholera.

2. Makanan yang tercemar.

3. Tangan yang tercemar dari orang lain. Elakkan dari makan di gerai makanan yang kotor dan dimana orang yang menyediakan makanan tidak menjaga kebersihan diri.

• Tiga langkah yang asas untuk mengelakkan Cholera:

1. MASAK MAKANAN 2. REBUS AIR MINUMAN (Merebus air membunuh

kuman itu) 3. BASUH TANGAN .

• memasak makanan dengan betul 1. Masak makanan dengan sempurna samada daging, ikan atau sayuran 2. Makan makanan ketika panas

• Membasuh Tangan Menjauhi dari Cholera

1. Basuh tangan sebelum memasak atau menyaji makanan. 2. Basuh pinggan mangkuk dengan sabun dan air 3. Basuh Alas pemotong makanan dengan air dan

sabun.

• Mengupas buah-buahan boleh menjauhi dari Cholera bagi buah-buahan yang boleh dikupas kulitnya.

• Basuh tangan Anda:

1. Selepas menggunakan tandas atau membersihkan anak-anak anda. 2. Sebelum menyediakan makanan. 3. Sebelum makan dan sebelum meberi makan pada anak-anak.

• Bagaimana membasuh tangan dengan betul: • Gunakan sabun dan air

Gunakan air bersih yang banyak. Basuh kesemua bahagian tangan, tapak tangan, belakan tangan, di celah jari dan di bawah kuku.

Bolehkan Cholera Dirawat:

• Cholera boleh dirawat• Jika mengalami cirit birit dan terdapat kes Cholera di

kawasan, cuba minum banyak air dan Garam Rehydrasi (Oral Rehydration Salt).

DEFINASI

• Malaria adalah satu istilah yang diperkenalkan oleh Dr. Francisco Torti pada abad ke 17. Ianya berasal dari perkataan Itali iaiti Mal = kotor manakala Aria = udara ataupun ‘udara kotor’.

FAKTOR PENYEBAB

• Penyakit ini berkaitan dengan kawasan paya di kawasan Tropika kerana keadaan cuaca yang baik akan memberikan habitat yang sesuai untuk pembiakan nyamuk yang menjadi vektor tularan kepada penyakit ini. Selain daripad itu, peningkatan suhu dunia juga menjadi salah satu faktor penyebab berlakunya penyakit Malaria.

SEJARAH MALARIA• Pada zaman purba, Malaria telah mula menjangkiti

manusia pada zaman tersebut. Pernyataan ini terkandung dalam buku pada zaman Greek iaitu Hippocrates. Dalam buku tersebut menyatakan penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan empat perkara yang berada dalam tubuh manusia iaitu kahak, cecair kuning, cecair hitam dan darah. Ketidakseimbangan ini berlaku apabila pada waktu malam cacing yang tidak kelihatan akan masuk dalam badan pesakit dan akan mengganggu keseimbangan tersebut. Maka rawatan untuk pesakit ini adalah dengan cara mengeluarkan darah yang telah tercemar dengan cacing yang tidak kelihatan ini, menyelubungkan pesakit dengan kain lembab dan pesakit hendaklah berehat dengan secukupnya.

JENIS PARASIT

• Terdapat empat spesies utama parasit ini iaitu Plasmodium falciparum, Plasmodium vivax, Plasmodium ovale dan Plasmodium malarie. Diantara keempat-empat jenis parasit ini, hanya Plasmodium malarie yang menunjukkan gejala yang berulang setiap 72 jam manakala tiga spesies yang lain menunjukkan gejala berulang setiap 48 jam.

SIMPTON MALARIA

• Apabila seseorang manusia itu mendapat Malaria, simpton-simpton yang di tunjukkan ialah demam Malaria. Demam Malaria ini merujukkan kepada demam sejuk panas yang berlanjutan antara 4 hingga 10 jam.

• Selain itu pesakit juga akan mengalami anemia ataupun kekurangan eritrosit. Ini terjadi kerana banyak eritrosit yang pecah akibat daripada serangan merozoit. Selain itu juga pesakit ini menunjukkan simpton-simpton seperti hati dan limfa besar.

• Malaria otak juga adalah salah satu gejala yang akan diperolehi oleh pesakit Malaria. Seperti yang kita sedia maklum otak adalah satu organ yang sentiasa memerlukan bekalan oksigen bagi mengawal aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh tubuh manusia. Darah juga sentiasa dibekalkan ke otak melalui salur darah yang sempit. Apabila eritrosit diserang jangkitan parasit ini terutama sekali Plasmodium falciparum, jangkitan ini menyebabkan eritrosit menjadi melekit dan akan bergumpal antara satu sama lain. Keadaan eritrosit yang tergumpal ini akan menyebabkan salur darah yang berada di otak tersumbat mengakibatkan salur darah ini pecah. Maka pendarahan berlaku di otak yang akan menyebabkan pesakit ini koma seterusnya membawa maut.

DIAGNOSIS

• Malaria boleh dikesan dengan mengambil sampel darah pesakit dan dilihat di bawah mikroskop elektron untuk mengenal pasti kehadiran parasit tersebut. Selain daripada itu antibodi pesakit juga diuji untuk mengenal pasti pembentukan antibodi yang spesifik terhadap parasit tersebut. Ini adalah untuk mengesan jenis parasit Malaria yang telah menular di dalam tubuh seseorang pesakit.

RAWATAN• Rawatan yang paling berkesan untuk mengubat penyakit

Malaria dengan menjadikan kulit kayu pokok kuinin sebagai ubat. Pokok kuinin atau nama sainsnya Cinchona officinalis, pada mulanya di Pergunungan Andes. Hakikat itu disedari apabila penduduk kawasan tersebut tidak dijangkiti Malaria. Pada ketika itu mereka menjadikan kulit kayu pokok kuinin dalam bentuk serbuk. Serbuk itu kemudiannya ditambah air dan diminum.

KAWALAN

• Terdapat tiga jenis kawalan yang boleh diambil oleh seseorang itu untuk mengelakkan diri dari dijangkiti Malaria. Pertama, kawalan profilaksis iaitu individu boleh mengambil dahulu vaksin tertentu untuk mempertahankan diri sebelum dijangkiti Malaria. Kedua, kawalan vektor iaitu dangan menggunakan racun serangga dalam rumah seperti B. Thuringiensis untuk menghapuskan larva nyamuk ataupun dengan memelihara ikan yang boleh memakan larva tersebut. Ketiga, kawalan peribadi iaitu dengan menggunakan bahan semburan anti-nyamuk, lingkaran ubat nyamuk atau kelambu berubat yang mengandungi pyrethroid.