38
Latar Belakang Bendera & Jata Negara Malaysia Bendera Malaysia JALUR GEMILANG Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah

BENDERA DAN JATA NEGERI

  • Upload
    -

  • View
    254

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BOLEH DIPRINT DAN TAMPAL DISUDUT-SUMBER SAHABAT FB GPM

Citation preview

Page 1: BENDERA DAN JATA NEGERI

Latar Belakang Bendera & Jata Negara Malaysia

Bendera Malaysia JALUR GEMILANG Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan

putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Page 2: BENDERA DAN JATA NEGERI

Jata Negara MalaysiaLambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.

Page 3: BENDERA DAN JATA NEGERI

Latar Belakang Bendera Negeri Wilayah Persekutuan

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar

berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.

Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.

Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi.

Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.

Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.

Page 4: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah

berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru

melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang

berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna

Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo

Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya

menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan

dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan

matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Page 5: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.

Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.

Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.

Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.

Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.

Page 6: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA NEGERI SABAH

Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

Page 7: BENDERA DAN JATA NEGERI

LAMBANG NEGERI SABAH

Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi

Page 8: BENDERA DAN JATA NEGERI

melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

BENDERA NEGERI SARAWAK

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

Page 9: BENDERA DAN JATA NEGERI

LAMBANG NEGERI SARAWAK

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang:

terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua

lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik

pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan

keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

Page 10: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA NEGERI TERENGGANU

Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia

melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna

Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat

baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama

negeri.

Page 11: BENDERA DAN JATA NEGERI

LAMBANG NEGERI TERENGGANU

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan

pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula

merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya

ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang

di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai

melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.

Page 12: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA NEGERI SELANGOR

Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya

daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa

dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai

Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam

ditunjukkan dengan warna putih.

Page 13: BENDERA DAN JATA NEGERI

LAMBANG NEGERI SELANGOR

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak

merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah

Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah

Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara

Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong

yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman

dahulu.

Page 14: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA PULAU PINANG

Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling

pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman

damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon

dari mana pulau itu mendapat namanya.

Page 15: BENDERA DAN JATA NEGERI

LAMBANG NEGERI PULAU PINANG

Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang

berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau

Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang

menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan

Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu

pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di

negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalur-jalur biru dan

putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu

warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan

lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

Page 16: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA NEGERI PERLIS

Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.

LAMBANG NEGERI PERLIS

Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

Page 17: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA NEGERI SEMBILAN

Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi

yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga

segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi

Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

Page 18: BENDERA DAN JATA NEGERI

LAMBANG NEGERI SEMBILAN

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan

buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna

merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa

yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk

Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang

Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri

dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu

tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah

"Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.

Page 19: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA NEGERI MELAKA

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna

Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah

sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan

bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri

dan Malaysia.

Page 20: BENDERA DAN JATA NEGERI

LAMBANG NEGERI MELAKA

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah

negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang

pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan

dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.

Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat

namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk

memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah

menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan

untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

Page 21: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA NEGERI KELANTAN

Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk,

rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian

Raja negeri ini.

Page 22: BENDERA DAN JATA NEGERI

LAMBANG NEGERI KELANTAN

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris

maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan

dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya

bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan

dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua

negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri

Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu

kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang

emas dicap dengan gambar binatang itu.

"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah

cogankata negeri ini.

Page 23: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA NEGERI PAHANG

Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna

iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama

lebar.Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan

bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang

adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah

melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini

membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang

mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga

membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-

keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata

susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai

negeri beraja dan berdaulat.

Page 24: BENDERA DAN JATA NEGERI

LAMBANG NEGERI PAHANG

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada

emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu

ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan

hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal

yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang

bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu

gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang

sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La

Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak

menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang

berguna.

Page 25: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA NEGERI PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna

berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama

lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning

melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda

Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli

Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Page 26: BENDERA DAN JATA NEGERI

LAMBANG NEGERI PERAK

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata

ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga

padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit

menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi

menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

Page 27: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA NEGERI KEDAH

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya

Page 28: BENDERA DAN JATA NEGERI

LAMBANG NEGERI KEDAH

Lingkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak

bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.

Page 29: BENDERA DAN JATA NEGERI

BENDERA NEGERI JOHOR

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja

yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna

hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna

biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

Page 30: BENDERA DAN JATA NEGERI

LAMBANG NEGERI JOHOR

Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih

itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu

Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan

Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau

yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-

binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di

negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai

maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal

bagi negeri ini.

"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.