14
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 5 TAHUN : 5 BIDANG : Mengenal kraf tradisional TARIKH : 26 Februari 2015 AKTIVITI : Alat perhiasaan diri TEMA : Objek buatan manusia TAJUK : Rantai Leher MASA : 12.15-1.15 tengah hari BILANGAN MURID : 5/5 JENIS-JENIS MEDIA : Alat : Gunting Bahan: Kertas warna, gam, lidi, manik BAHAN BANTU MENGAJAR : Contoh hasil rantai leher, alat perhiasan diri yang sedia ada, lembaran kerja, slide powerpoint ELEMEN MERENTAS KURIKULUM : Kreativiti dan inovasi, keusahawanan, Teknologi maklumat dan komunikasi NILAI DAN SIKAP : Kesabaran, ketekunan, kerajinan, hormat- menghormati STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu jalinan, bentuk, warna, imbangan, dan penegasan yang terdapat pada objek alam benda dalam penghasilan alat perhiasan diri.

Bidang Mengenal Kraf-rantai Leher

Embed Size (px)

DESCRIPTION

n n

Citation preview

Page 1: Bidang Mengenal Kraf-rantai Leher

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 5

TAHUN : 5

BIDANG : Mengenal kraf tradisional

TARIKH : 26 Februari 2015

AKTIVITI : Alat perhiasaan diri

TEMA : Objek buatan manusia

TAJUK : Rantai Leher

MASA : 12.15-1.15 tengah hari

BILANGAN MURID : 5/5

JENIS-JENIS MEDIA : Alat : Gunting

Bahan: Kertas warna, gam, lidi, manik

BAHAN BANTU MENGAJAR : Contoh hasil rantai leher, alat perhiasan diri yang sedia ada, lembaran kerja, slide powerpoint

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM : Kreativiti dan inovasi, keusahawanan, Teknologi maklumat dan komunikasi

NILAI DAN SIKAP : Kesabaran, ketekunan, kerajinan, hormat-menghormati

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu jalinan, bentuk, warna,

imbangan, dan penegasan yang terdapat pada objek alam benda dalam

penghasilan alat perhiasan diri.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan

media dan teknik dalam penghasilan alat perhiasan diri.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam

penghasilan karya.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,

sejarah seni dan budaya.

Page 2: Bidang Mengenal Kraf-rantai Leher

OBJEKTIF PEMBELAJARAN4.1 Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada

alat perhiasan diri.

4.2 Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan

teknik dalam penghasilan alat perhiasan diri.

4.3 Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual, media, serta

proses dan teknik dalam penghasilan karya alat perhiasan dirisecara kreatif.

4.4 Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan

pada aspek bahasa seni visual.

STANDARD PEMBELAJARAN2.1 PERSEPSI ESTETIK

4.1.1 Unsur seni

4.1.1.1 Jalinan - sentuh

4.1.1.2 Bentuk - konkrit

4.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau tertier

4.1.2 Prinsip rekaan

4.1.2.1 Imbangan - simetri

4.1.2.3 Penegasan - hiasan pada rekaan

2.2 APLIKASI SENI4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

4.2.1.1 Alat - gunting

4.2.1.2 Bahan - box board atau kad manila, kertas warna gam atau pita

perekat, labuciatau manik atau bahan lain yang sesuai

4.2.2 Mengeta hui penggunaan bahan, teknik dan proses dalam penghasilan karya.

2.3 EKSPRESI KREATIF4.3.1 Memilih dan memanipulasi media secara kreatif

4.3.2 Menghasilkan alat perhiasan diri secara kreatif

4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan alat

perhiasan diri

2.4 APRESIASI SENI4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan

4.4.2 Memberikan ulasan karya sendiri dan rakan secara lisan

4.4.3 Menyatakan fungsi alat perhiasan diri

Page 3: Bidang Mengenal Kraf-rantai Leher

STANDARD PEMBELAJARAN ILLUSTRASI AKTIVITI CATATAN1.0 SET INDUKSI (5 MINIT)

Guru menayangkan sebuah klip video.

Murid menonton video yang ditayangkan.

Guru menyoal murid mengenai video yang ditayangkan tadi.

Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru secara lisan.

Guru memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini. - menghasilkan rantai

leher.

SOALAN:1. Apa yang anda dapat

lihat dalam video tadi?

2. Bagaimanakan dengan penampilan mereka?

JAWAPAN:1. Pelakon2. Dengan alat

perihiasan diri

BBM: Klip video

KECERDASAN PELBAGAI: visual linguistik

EMK: Teknologi

maklumat dan komunikasi

1.1 PERSEPSI ESTETIK (10 MINIT) Guru menanyakan soalan

yang berkaitan dengan alat perhiasan diri.

Guru menunjukkan gambar meniup yang berkaitan dengan kehidupan seharian dalam bentuk peta buih menerusi slide powerpoint.

Guru memberi sedikit maklumat mengenai tiupan.

Menggunakan papan hitam untuk menerangkan alat perhiasan diri dalam bentuk peta buih.

Guru memberi sedikit maklumat mengenai alat perhiasan diri.

SOALAN:1. Apa itu alat perhiasan

diri?

JAWAPAN:1. Menghiaskan diri.

KECERDASAN PELBAGAI: linguistik

PENDEKATAN Deduktif (umum – khusus)

KEMAHIRAN BERFIKIR memerhati

Page 4: Bidang Mengenal Kraf-rantai Leher

Guru menunjukan alat perhiasan diri dalam bentuk maujud.

Guru menunjukan contoh-contoh gambar alat perhiasan diri iaitu gelang, tangan, rantai leher, rantai kaki, subang dan sebgainya.

Guru menunjukan alat

STRATEGI Pembelajaran

Konstruktivisme

BBM: Slide powerpoint

yang mempunyai gambar alat perhiasan diri

alat perhiasan diri dalam bentuk maujud

PENDEKATAN Induktif (umum – khusus)

KECERDASAN PELBAGAI: linguistik visual

KBAT Peta buih

UNSUR SENI Jalinan Warna Bentuk

PRINSIP REKAAN Penegasan Imbangan

Page 5: Bidang Mengenal Kraf-rantai Leher

perhiasan diri daripada hasilan tangan menerusi slaid powerpoint.

Guru bersoaljawab mengenai bahasa seni visual yang terdapat dalam hasil rantai leher yang ditunjukkan.

guru menunjukkan bahasa seni visual yang berkaitan dengan hasil tersebut.

Page 6: Bidang Mengenal Kraf-rantai Leher

1.2 APLIKASI SENI (10 MINIT) Guru menunjukkan contoh

hasil rantai leher yang siap dihasil.

Guru bersoaljawab murid mengenai bahasa seni visual yang terdapat dalam hasil tersebut.

Guru menunjukan alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan hasil rantai leher

Guru menunjukan klip video mengenai cara penghasilan rantai leher.

Guru menerangkan sekali lagi cara penghasilan melaui carta alir gambar menerusi slide powerpoint.

Murid mendengar penerangan guru.

SOALAN:1. Unsur seni dan

prinsip rekaan yang anda dapat lihat dalam hasil karya tersebut?

UNSUR SENI Bentuk Jalinan Warna

PRINSIP REKAAN Imbangan Penegasan

Senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan rantai leher.

BBM: Contoh rantai

leher yang dihasil klip video slide powerpoint

KECERDASAN PELBAGAI:

visual linguistik

STRATEGI Penerangan Pemudahcara

EMK: Teknologi

maklumat dan komunikasi

KBAT: carta alir

1.3 EKSPRESI KREATIF (25 MINIT) Guru mengedarkan kertas

warna dan manik Guru memberi arahan

EMK: Kreativiti dan

inovasi.

Page 7: Bidang Mengenal Kraf-rantai Leher

supaya murid menyediakan alat dan bahan yang lain yang diperlukan.

Guru memberi arahan supaya mula menghasilkan rantai leher dengan menggunakan bahan yang disediakan mengikut kreativiti masing-masing.

CARA PENGHASILAN: Menyedikan alat dan bahan

yang diperlukan. Menggunting kertas warna

yang mempunyai garisan tiga segi panjang.

Menggulung kertas yang digunting dengan menggunakan lidi dan gamkan yang terlebih.

Masukan kertas yang digulung dan bahan yang laian ke dalam benang mengikut kreativiti masing-masing.

Hasil rantai leher yang telah siap

NILAI: Kesabaran Ketekunan Kerajinan

1.4 APRESIASI SENI (10 MINIT) Guru mengarahkan murid

mempamerkan hasil karya masing-masing.

Murid mempamerkan hasil rantai leher mereka.

Murid menceritakan perihal rantai leher yang dihasilkan kepada rakan sekelas.

Guru membuat penilain berdasarkan hasil karya

Murid menggunakan Pendekatan Feldman untuk membuat apresiasi tentang hasil karya mereka.

deskripsi interpretasi analisis penilaian

KECERDASAN PELBAGAI: visual linguistik

UNSUR SENI Jalinan Bentuk

Page 8: Bidang Mengenal Kraf-rantai Leher

mereka. Membuat penilaian berdasarkan

bahasa seni visual kekemasan kreativiti kebersihan

Warna

PRINSIP REKAAN Imbangan Penegasan

NILAI: menghormati

orang lain.

1.5 PENUTUP (5 MINIT) Guru memberi lembaran

kerja mengenai tajuk yang dipelajari.

Guru memberi arahan supaya menyiapkan lembaran kerja yang diberi.

Guru menilai tahap pemahaman murid mengenai tajuk yang diajar.

Guru bersoaljawab tentang tajuk hari.

Guru memberi pujian dan memilih murid yang terbaik dalam minggu ini.

Guru mengakhiri tajuk pada hari ini.

Guru memastikan kebersihan kelas.

SOALAN1. Apakah yang anda

lakukan hari ini?2. Apa itu alat

perhiasan diri?

KECERDASAN PELBAGAI: linguistik

KBAT soalan mengenai

tajuk hari ini

REFLEKSI:SET INDUKSI

KEKUATAN :Murid seronok ketika menonton video yang ditayangkan. Ini kerana, video yang ditayangkan melakon oleh pelakon-pelakon india yang terkenal, mempunyai lagu dan muzik dan juga mereka sangat minat tengok pelakon-pelakon india. Dengan ini, mereka sangat aktif dan seronok.

Page 9: Bidang Mengenal Kraf-rantai Leher

PERSEPSI ESTETIK:

KEKUATAN : Mereka mendapat menjawab soalan yang ditujukan oleh guru. Mereka juga dapat memberitahu sedikit maklumat mengenai alat perhiasan diri. Dengan ini, dapat mewujudkan interaksi dua hala serta mereka memberi respon yang sangat aktif.

KELEMAHAN :Langkah penerangan ini mengambil masa yang agak lama. Ini melambatkan langkah seterusnya untuk dimula.

CADANGAN : Pada masa yang akan datang, saya cuba mengurangkan penerangan mengenai tajuk yang disampaikan.

PENAMBAHBAIKAN

APLIKASI SENI:

KEKUATAN : Murid juga berkeyakinan untuk mempelajari cara penghasilan rantai leher. Selain itu, mereka juga dapat menyebut cara membuat rantai leher dengan jelas. Mereka juga menanyakan beberapa soalan mengenai cara penghasilan. Mereka aktif menonton video cara penghasilan.

Page 10: Bidang Mengenal Kraf-rantai Leher

KELEMAHAN : Guru tidak menunjukan demonstrasi cara menggulung kertas dan guru juga lupa untuk bersoaljawab mengenai unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat pada hasilan rantai leher yang telah disiap.

EKSPRESI SENI:

KEKUATAN :Murid melibatkan diri dengan aktif dan suasana kelas sangat gembira dan seronok. Murid berkongsi alat dan bahan yang dibawa. Mereka juga menghasilkan rantai leher mengikut kreativiti masing-masing.

KELEMAHAN :Murid mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan rantai leher. Ini melambatkan langkah seterusnya untuk dimulakan.

CADANGANPENAMBAHBAIKAN :Pada masa yang akan datang, guru cuba

memotivasikan murid untuk menyiapkan sendiri.

APRESIASI SENI:

KEKUATAN : Murid dapat membuat apresiasi seni tentang karya yang dihasil dan mereka menghasilkan rantai leher pada masa yang ditetapkan. Murid juga meluahkan perasaan mereka dengan rakan sekelas.

Page 11: Bidang Mengenal Kraf-rantai Leher

KELEMAHAN : Tidak ada masa untuk memanggil semua murid untuk membuat apresiasi. Kerana, ada segelintir murid tidak dapat menghasilkan karya pada masa yang sama.

PENUTUP:

KEKUATAN :Murid dapat menjawab soalan yang ditujukan. Mereka juga memahami mengenai alat perhiasan diri.

KELEMAHAN : Tidak dapat menilai murid berdasarkan lembaran kerja yang diberi. Ini kerana, tidak ada masa untuk menjalankan.