32
Dasar Latihan PERHEBAT Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010 1 PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Dasar Latihan PERHEBAT

Embed Size (px)

DESCRIPTION

education

Citation preview

Page 1: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

1

PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Page 2: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

2

1.0 PENDAHULUAN

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah

ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera

berkuatkuasa mulai 30 Ogos 1994 dengan fungsi (Pindaan Tahun 2005):

Menjalan dan menguruskan apa-apa bentuk aktiviti yang berhubungan

dengan program latihan bagi personel bersara dan personel akan

bersara

Mengadakan kemudahan latihan dan mengawal serta mengawasi

pelaksanaan program latihan itu.

PERHEBAT juga tertakluk kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera

(PMAT) bil 5/2005 yang memperuntukkan tanggungjawab bagi mengurus

pelaksanaan Latihan Peralihan kepada personel akan bersara ATM.

Program Latihan Peralihan merupakan satu program khas yang disediakan

oleh Kerajaan kepada anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan

agar mereka memperolehi suatu kemahiran dan pengalaman supaya dapat

menyesuaikan diri dengan corak penghidupan baru selepas tamat

perkhidmatan.

Sejajar dengan Perintah LTAT dan PMAT di atas, tumpuan aktiviti operasi

PERHEBAT adalah seperti berikut:

a) Melaksanakan program-program latihan dan pendidikan kepada

personel akan bersara dan personel bersara ATM di dalam bidang

kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan yang dikenali

sebagai Program Latihan Peralihan dan dilaksanakan dalam tiga (3)

kategori iaitu:

i) Pra Latihan Peralihan

ii) Latihan Peralihan

iii) Pasca Latihan Peralihan

Page 3: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

3

b) Mewujud dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti

yang menyokong kepada usaha untuk melaksana program latihan yang

merangkumi;

i) Memperkasakan kurikulum latihan selaras dengan keperluan

pelanggan, pasaran kerja, kemajuan teknologi dan keperluan industri

semasa (industry driven)

ii) Kepelbagaian pengiktirafan dalam dan luar negara

iii) Memperkasakan tenaga pengajar

iv) Meningkatkan prasarana latihan

Page 4: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

4

VISI

Menjadi Sebuah Kolej Universiti Pada 2015

MISI

Menyediakan Latihan Kemahiran Tinggi Dan

Keusahawanan Bagi Meningkatkan Sosio Ekonomi

Anggota ATM

SLOGAN

Kecemerlangan Melalui Inovasi dan Kreativiti

Page 5: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

5

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk merancang dan melaksanakan program Latihan Peralihan yang berkualiti dan menepati keperluan pelanggan dengan :-

1. Memaklumkan kepada pasukan ATM tentang kursus Latihan

Peralihan yang akan ditawarkan 12 bulan sebelum kursus bermula.

2. Menyediakan 20% peruntukan tempat dalam program Latihan

Peralihan kepada personel bersara ATM dan awam.

3. Menjalankan sekurang-kurangnya 90% daripada kursus yang

dirancang setiap tahun.

4. Memastikan 90% pelatih lulus penilaian mengikut piawaian yang

ditetapkan.

5. Memastikan prasarana dan semua keperluan latihan berfungsi

dengan baik serta siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu (1)

hari sebelum kursus bermula.

6. Memastikan perkhidmatan sokongan sajian dan penginapan

mendapat skor purata penilaian tidak kurang daripada skala 5.0

berdasarkan MS ISO 9001:2008

7. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja

mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

8. Memastikan 85% daripada kursus-kursus yang dilaksanakan diiktiraf

oleh badan pengiktirafan dalam dan luar negara.

9. Melaksanakan penyelidikan, pembangunan dan penyelarasan

Kompetensi ATM ke atas 40% daripada jumlah keseluruhan tred

dalam ATM.

10. Memberi maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam

tempoh tidak lewat dari dua (2) hari bekerja.

Piagam Pelanggan ini dikemaskini pada Julai 2010

Page 6: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

6

PELANGGAN MISI

MinDef dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

PELANGGAN PROSES

Personel Akan Bersara, Personel Bersara dan Awam

Page 7: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

7

2.0 TUJUAN

Dasar ini diwujudkan sebagai sumber dan garispanduan dalam pengurusan

pelaksanaan Sistem Latihan PERHEBAT serta membantu dan menyelaras

Pembangunan & Pengiktirafan Modal Insan Anggota ATM.

3.0 TAKRIFAN

Takrifan berikut digunakan dalam Dasar Latihan ini:

a) “SISTEM LATIHAN” bermaksud proses pengurusan dan pelaksanaan

latihan peralihan, pra dan pasca bagi memberi ketrampilan yang

diperlukan mengikut piawaian yang ditetapkan.

b) “LATIHAN PERALIHAN” bermaksud latihan kemahiran yang

dilaksanakan dalam tempoh di antara 3 hingga 18 bulan mengikut

kelayakan anggota ATM.

c) “PRA LATIHAN PERALIHAN” bermaksud latihan penyesuaian

berkaitan Latihan Peralihan yang tempohnya tidak melebihi dua (2)

minggu yang boleh diikuti oleh anggota ATM dalam tempoh 24 bulan

sebelum tarikh Tamat Tempoh Perkhidmatan (TTP).

d) “PASCA LATIHAN” bermaksud latihan berterusan untuk peningkatan,

tambah nilai atau kepelbagaian kemahiran yang diberikan berkaitan

dengan kerjaya/bidang sedia ada atau bidang baru mengikut keperluan

veteran ATM dan awam.

e) “KETRAMPILAN” bermaksud kebolehan melaksanakan sesuatu tugas

melalui tahap pengetahuan, kemahiran, pengalaman kerja dan sikap

yang positif mengikut piawaian yang ditetapkan.

Page 8: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

8

f) “NILAI TAMBAH” bermaksud modul/subjek tambahan yang

dilaksanakan samada dalam atau luar bidang bagi memantap dan

meningkatkan pengetahuan serta kemahiran.

g) “PENGIKTIRAFAN” bermaksud menyelaras dan berperanan sebagai

pusat bagi mendapatkan pentauliahan dan pengiktirafan persijilan

melalui badan-badan pentauliahan dalam dan luar negara.

h) “KURIKULUM” bermaksud suatu rancangan pendidikan melalui

pembelajaran dan pengajaran yang meliputi ilmu pengetahuan,

kemahiran, nilai-nilai dan norma yang berteraskan pembelajaran dewasa

(Andragogi).

i) “LATIHAN DALAM INDUSTRI” bermaksud penempatan latihan dalam

industri bagi tujuan pendedahan sebenar kepada pelatih dari segi

pengalaman kerja dan teknologi terkini untuk memantap kemahiran serta

berdaya saing.

j) “AGENSI BERPUSAT PENTAULIAHAN” membawa maksud sebuah

Jabatan yang diwujudkan oleh PERHEBAT bagi penyelarasan

pembangunan dan pengiktirafan khusus untuk ATM bagi anggota dan

pegawai yang masih dalam perkhidmatan dengan menyelaras

pelaksanaan dan pengurusan penilaian latihan; menyelaras

penyelidikan dan pembangunan kurikulum; menyelaras pelaksanaan

kursus induksi Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Pengesah Dalaman

(PPD) untuk ATM ; bekerjasama dengan JPK dalam perkara berkaitan

pembangunan NOSS yang melibatkan tred-tred dalam ATM; dan

memastikan pematuhan syarat-syarat pentauliahan yang ditetapkan oleh

JPK ke atas pusat bertauliah; Menyelaras urusan persijilan anggota ATM

melalui SPKM; Mengendalikan program pembangunan pengajar bagi

peningkatan kemahiran Jurulatih dan Staf Latihan ATM; serta

pematuhan syarat-syarat pentauliahan berdasarkan piawaian badan

persijilan / profesional / perlesenan dalam dan luar negara mengikut

keperluan dan keutamaan mana-mana yang berkaitan.

Page 9: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

9

k) “MODAL INSAN ATM” membawa maksud adalah anggota ATM yang

mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang bagi keperluan organisasi

dan juga dapat menyumbang kepakaran kepada negara apabila bersara.

l) “JURULATIH ATM” membawa maksud adalah tenaga pengajar di

pusat-pusat latihan ATM/pusat bertauliah dalam ATM.

4.0 JAWATANKUASA BERKAITAN LATIHAN

Jawatankuasa berikut telah ditubuhkan untuk mengurus pelaksanaan

Sistem Latihan:

4.1 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN KURIKULUM (JKPK)

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menilai sama ada sesuatu

kursus atau program latihan yang dicadangkan oleh pihak luar atau

dalam, sesuai mengikut kehendak dan keperluan Dasar Latihan

PERHEBAT. Semua kursus baru yang dipersetujui oleh JKPK akan

dimajukan kepada Lembaga Pengarah PERHEBAT untuk kelulusan.

Jawatankuasa ini bermesyuarat pada setiap tiga bulan sekali atau

empat kali setahun atau boleh juga diadakan apabila perlu.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh Ketua Pengarah sebagai

Pengerusi, Pengarah Kanan Pengurusan, Pengarah Kanan Latihan,

Pengarah Bahagian Pengajian dan Pengarah Bahagian Penyelidikan

dan Pembangunan Kurikulum bertindak sebagai Setiausaha.

4.2 JAWATANKUASA PIAWAIAN PEMBANGUNAN LATIHAN

PERALIHAN (JPPLP)

Jawatankuasa ini bertanggungjawab bagi mengawal selia standard

dan pembangunan Latihan Peralihan. Mesyuarat ini dipengerusikan

Page 10: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

10

oleh Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA).

4.3 JAWATANKUASA BADAN PERSIJILAN DAN VERIFIKASI

Jawatankuasa ini diadakan khusus untuk membincangkan tentang

verifikasi portfolio pelatih dan peperiksaan akhir yang dilakukan oleh

Pegawai Pengesah Luaran (PPL) mengikut ketetapan Badan

Pentauliahan dalam dan luar negara. Mesyuarat ini menentukan

tarikh yang sesuai bagi PPL hadir dan dianggotai oleh semua Ketua

Seksyen dan dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Latihan.

4.4 JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNIKAL (TAC)

Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah sekurang-kurangnya seorang

wakil industri bagi setiap bidang dan dilantik sebagai pengerusi dan

berperanan untuk memberi nasihat, menilai, memilih dan

mengesahkan soalan untuk peperiksaan akhir Persijilan Kemahiran

Malaysia. Wakil industri ini adalah mereka yang mempunyai

kepakaran dalam sesuatu bidang/program. Pegawai Pengesah

Dalaman (PPD) bagi setiap program/bidang dan pegawai Bahagian

Penyelidikan dan Pembangunan Kurikulum bertindak sebagai

sekretariat.

4.5 BADAN PENASIHAT

Merupakan sebuah badan tertinggi yang bertindak sebagai badan

berkecuali untuk tujuan semak & imbang (check & balance) bagi

pengurusan latihan serta pengurusan penyelarasan pembangunan

dan pengiktirafan modal insan anggota ATM. Jabatan Kompetensi

ATM bertindak sebagai sekretariat. Badan ini dianggotai oleh

stakeholder, wakil industri dan wakil institusi pengajian tinggi awam

dan swasta. Jabatan Kompetensi bertindak sebagai sekretariat yang

terdiri daripada stakeholder, wakil industri dan wakil institusi

pengajian tinggi awam dan swasta.

Page 11: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

11

5.0 KATEGORI LATIHAN PERALIHAN

Latihan Peralihan dibahagikan kepada enam kategori yang diperakui seperti berikut: 5.1 LATIHAN/KURSUS DI PERHEBAT.

a) Skim Latihan Utama Skim latihan ini adalah

i) Perantisan Dalam Industri.

Perantisan berasaskan Sistem Latihan dan Penilaian

Berasaskan Keterampilan (LPBK/CBTA) yang merangkumi

latihan asas dan lanjutan. Setelah tamat perantisan, peserta

akan dianugerahkan dengan sijil PERHEBAT dan/atau SKM

yang dikeluarkan oleh JPK atau mana-mana agensi latihan

diiktiraf oleh kerajaan.

ii) Kursus Peningkatan Kemahiran.

Kursus ini khusus untuk anggota yang telah memiliki

kemahiran teknikal yang diiktiraf semasa dalam perkhidmatan

dan berhasrat mempertingkatkan tahap kemahirannya.

Sebagai contoh: SKM Tahap 2 dan ke atas dalam bidang

kemahiran tertentu boleh dipertingkatkan ke peringkat lebih

tinggi.

iii) Latihan/Kursus Bidang Perniagaan.

Latihan/Kursus ini untuk memberi ilmu dan pendedahan

kepada anggota yang cenderung dalam bidang perniagaan.

b) Skim Keusahawanan Latihan dalam bidang keusahawanan ini khusus untuk anggota

yang terpilih dan mempunyai minat untuk menjadi usahawan.

Page 12: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

12

5.2 LATIHAN/KURSUS VOKASIONAL DAN TEKNIKAL

Latihan/Kursus bagi kategori ini boleh diikuti oleh anggota di institusi

latihan dalam bidang pilihannya. Ini termasuk latihan atau kursus

peningkatan tahap kemahiran dan persijilan bagi anggota yang telah

sedia memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh

Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK) dalam bidang kemahiran tertentu.

5.3 LATIHAN/KURSUS PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

Latihan/Kursus peralihan bagi bidang pertanian atau penternakan di

institusi latihan berkaitan.

5.4 LATIHAN SAMBIL KERJA (LSK)

Anggota boleh ditumpangkan mengikut pilihan di organisasi kerajaan

atau bukan kerajaan dalam bidang kemahiran tertentu. Latihan

Sambil Kerja ini membolehkan anggota dilatih dan terus mendapat

pekerjaan selepas TTP.

5.5 LATIHAN/KURSUS BIDANG PENGURUSAN.

Kategori latihan/kursus ini merupakan pendedahan dan peningkatan

kemahiran kepada anggota yang akan menceburi dalam bidang

pengurusan di organisasi kerajaan atau bukan kerajaan selepas TTP.

Latihan/kursus tersebut juga boleh dilaksanakan di institusi pengajian

awam atau swasta.

Page 13: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

13

5.6 LATIHAN SECARA PERSENDIRIAN.

Anggota yang ingin memilih kursus mengikut minat, pengetahuan,

pengalaman serta kecenderungan sendiri (tidak mahu terikat dengan

majikan atau pihak tertentu), boleh mengikuti latihan secara

persendirian. Kelulusan bagi latihan ini dibuat secara terpilih atas

pertimbangan Ketua Perkhidmatan ATM.

Page 14: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

14

6.0 DASAR LATIHAN

6.1 TERAS DASAR LATIHAN:

Dasar Latihan ini adalah berteraskan pelaksanaan perkara-perkara

berikut:

a) Memperkasakan sistem latihan peralihan

b) Memperkasakan kurikulum latihan selaras dengan keperluan

pelanggan, pasaran kerja dan kemajuan teknologi industri

(industry driven)

c) Kepelbagaian pengiktirafan dalam dan luar negara

d) Memperkasakan kemahiran tenaga pengajar

e) Meningkatkan prasarana latihan

PERNYATAAN DASAR LATIHAN

PERHEBAT bertanggungjawab menyedia dan

melaksanakan sistem latihan serta penyelarasan

pengiktirafan kepada Personel Akan Bersara dan Personel

Bersara ATM untuk meningkatkan

kualiti kehidupan mereka

Page 15: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

15

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN DASAR LATIHAN

Strategi Pelaksanaan Dasar Latihan memberi fokus kepada perkara berikut:

7.1 KEMAHIRAN ASAS

a) Tempoh Kursus 18 Bulan

i. Komponen: - SKM 1, 2 & 3 - Keusahawanan - Nilai Tambah - Latihan Dalam Industri (LDI) ATAU - 12 bulan kursus Kemahiran Asas SKM 1 & 2 - 3 bulan kursus Nilai Tambah (termasuk keusahawanan) - 3 bulan Latihan Dalam Industri (LDI)

ii. Kumpulan Sasar - Personel ATM tanpa Tred (Non Tradesman) - Awam, tertakluk kepada pra syarat JPK/Badan

Pentauliahan

iii. Yuran Pengajian

- Akan ditetapkan dari masa ke masa

Page 16: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

16

b) Tempoh Kursus 12 Bulan

i. Komponen: Pra syarat : memiliki SKM 1: - SKM 2 & 3 - Keusahawanan - Nilai Tambah - Latihan Dalam Industri (LDI)

ATAU

- 12 bulan kursus Kemahiran Asas SKM 1 & 2 - Nilai tambah ATAU - 6 bulan SKM 2 (prasyarat : memiliki SKM 1) - 3 bulan kursus Nilai Tambah (termasuk keusahawanan) - 3 bulan Latihan Industri (LDI)

ii. Kumpulan Sasar - personel ATM - Awam, tertakluk kepada pra syarat JPK/Badan

Pentauliahan

iii. Yuran Pengajian - Akan ditetapkan dari masa ke masa

Page 17: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

17

c) Tempoh Kursus 6 Bulan

i. Komponen:

Pra syarat : memiliki SKM 1 & 2: - Kemahiran SKM 3 - Keusahawanan - Nilai Tambah - Latihan Dalam Industri (LDI) ATAU - 6 bulan kursus kepelbagaian kemahiran serta elemen nilai tambah ATAU - 3 bulan kursus Kemahiran Asas - 3 bulan Latihan Dalam Industri (LDI)

ii. Kumpulan Sasar - Personel ATM tanpa Tred (Non Tradesman) - Awam, tertakluk kepada pra syarat Badan Pentauliahan

iii. Yuran Pengajian - Akan ditetapkan dari masa ke masa

Page 18: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

18

d) Tempoh Kursus 3 Bulan

i. Komponen - Latihan berbentuk teori menjurus kepada pengurusan

/keusahawanan - Nilai Tambah

ii. Kumpulan Sasar - Untuk pegawai berpangkat Mejar/Lt Kdr dan ke atas - Awam

iii. Yuran Pengajian

- Akan ditetapkan dari masa ke masa

Page 19: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

19

7.2 PENINGKATAN KEMAHIRAN Meningkatkan kemahiran sedia ada kepada tahap yang lebih tinggi

atau mendapatkan;

a) Pengiktirafan / Pentauliahan daripada badan-badan

pentauliahan seperti di Kembaran A.

i. Kumpulan Sasar - Anggota dengan Tred (Tradesman) dan Pesara

- Awam, tertakluk kepada pra syarat Badan Pentauliahan

ii. Yuran Pengajian

- Akan ditetapkan dari masa ke masa

b) Peningkatan Persijilan

i. Komponen

Pra syarat - Ada SKM:

- Tahap kemahiran yang lebih tinggi

- Nilai Tambah

- Latihan Dalam Industri (OJT)

ii. Kumpulan Sasar

- Personel ATM dengan Tred (Tradesman) dan Pesara ATM

- Awam, tertakluk kepada pra syarat Badan Pentauliahan

iii. Yuran Pengajian

- Akan ditetapkan dari masa ke masa

Page 20: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

20

7.3 KEUSAHAWANAN

Untuk membimbing dan menggalakkan Bakal Pesara dan Pesara

Tentera menceburi bidang keusahawanan

a) Tempoh Kursus 6 Bulan

i. Komponen - Teori

- Latihan Dalam Industri (LDI)

ii. Kumpulan Sasar - Terbuka

iii. Yuran Pengajian

- Akan ditetapkan dari masa ke masa

b) Tempoh Kursus 12 bulan kursus

i. Komponen

- Teori

- Latihan Dalam Industri (LDI)

ii. Kumpulan Sasar

- Terbuka

iii. Yuran Pengajian

- Akan ditetapkan dari masa ke masa

Nota : Kursus boleh dilaksanakan secara modular mengikut

permintaan

Page 21: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

21

7.4 PROGRAM KHAS PELANGGAN (CUSTOMIZED)

Program latihan atau kursus yang direkabentuk mengikut kehendak

dan keperluan pelanggan.

i. Kumpulan Sasar

- Terbuka

ii. Yuran Pengajian

- Akan ditetapkan dari masa ke masa

7.5 PENYELARASAN PENGIKTIRAFAN

i. Komponen

- Verifikasi

- Pengiktirafan Setara (Conversion)

- Program Kejurulatihan (T.O.T) / Pegawai Latihan Vokasional

(VTO)

ii. Kaedah/Metodologi

- Kolaborasi

- Usahasama Pintar (Smart Partnership)

- Program Berkembar

Page 22: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

22

7.6 KAWALSELIA

i. Memastikan :

- Pelaksanaan latihan mematuhi piawaian

- Tempat latihan bersesuaian

- Pelatih mematuhi peraturan

- Jaringan industri dilaksanakan

ii. Kategori kawalselia:

- Latihan di PERHEBAT

- Latihan Sambil Kerja

- Pertanian & Penternakan

- Pengurusan

- Persendirian

- Latihan Teknikal & Vokasional

Page 23: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

23

8.0 PELAKSANAAN DASAR LATIHAN

Pelaksanaan Dasar Latihan PERHEBAT adalah seperti jadual dibawah:

8.1 KAJIAN SEMULA KURSUS/KURIKULUM

KAEDAH :

a) Mengkaji kesesuaian kurikulum sekurang-kurangnya sekali dalam

tempoh lima (5) tahun.

b) Semua kursus hendaklah dikaji dan diluluskan oleh Jawatankuasa

Pembangunan Kurikulum

8.2 PELAKSANAAN KURSUS BARU

KAEDAH :

a) Permulaan kursus dilaksanakan di luar PERHEBAT (outsource)

b) Wujudkan panel penyedia latihan

c) Kursus akan dilaksanakan secara dalaman selepas 3 tahun sekiranya

mendapat sambutan dan kelulusan.

Page 24: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

24

8.3 PELAKSANAAN KURSUS KHAS

KAEDAH :

a) Pelaksanaan kursus secara usahasama pintar (smart partnership)

b) Program Berkembar

c) Program Kolaborasi

d) Program Khas Pelanggan (Customized) atas permintaan

e) Program Secara Modular

f) Program Jarak Jauh

g) Program E-Learning

8.4 KURSUS BERPAKEJ

KAEDAH :

a) Gabungan beberapa kursus dalam bidang yang sama

8.5 KURSUS NILAI TAMBAH

KAEDAH :

a) Menyediakan kursus nilai-tambah kepada latihan yang dilaksanakan.

Page 25: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

25

8.6 LATIHAN DALAM INDUSTRI

KAEDAH :

a) Tertakluk kepada keperluan kursus

b) Pemantauan oleh Unit Kawal Selia/PERHEBAT Negeri/Kampus Zon

c) Kesesuaian tempat LDI ditentukan oleh Jabatan Latihan

8.7 KURSUS PRA LATIHAN PERALIHAN

KAEDAH :

a) Menyediakan kursus Pra-Latihan Peralihan untuk memberi

pendedahan awal sebelum LP

8.8 KURSUS PASCA

KAEDAH :

a) Menyediakan peluang kursus kemahiran seperti kepelbagaian,

peningkatan dan tambah nilai

b) Kursus sepenuhnya atau secara modular

Page 26: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

26

8.9 TEMPOH JAM MENGAJAR MINGGUAN

KAEDAH :

Bil Kategori Tempoh Mengajar

(Jam)

Persediaan (Jam)

Pentadbiran (Jam)

Penyelidikan (Jam)

1 Ketua Pusat 5 3 20:30 8

2 Ketua Seksyen 20 5 6:30 5

3 Pengajar Pakar

(20P&22) 15 6:30 5 10

4 Pengajar

(19P&21P) 25 8:30 3 -

8.10 PENJUMUDAN KURSUS

KAEDAH :

a) Kursus yang tidak mendapat permintaan selama enam semester

berturut-turut atau 3 tahun akan dijumud setelah mendapat kelulusan.

b) Mengkaji kerelevanan kursus terhadap keperluan industri

Page 27: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

27

8.11 NISBAH KUMPULAN PELATIH DAN PENGAJAR

KAEDAH :

a) Teknikal dan Vokasional mengikut International Labour Organization

(ILO):

- 16 orang pelatih : satu kelas

- 2 kumpulan : 3 orang pengajar

b) Bukan teknikal mengikut Pembangunan Sumber Manusia Berhad

(PSMB):

- 30 orang pelatih : satu kelas

- 2 kumpulan : 3 orang pengajar

8.12 PENGIKTIRAFAN

KAEDAH :

a) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

b) Badan-badan pengiktirafan lain yang diperakui oleh industri dalam dan

luar negara

Page 28: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

28

9.0 PENUTUP

Dasar latihan yang telus dan jelas adalah penting bagi memastikan

pengurusan pelaksanaan latihan yang sistematik serta membantu dan

menyelaras pembangunan dan pengiktirafan modal insan anggota ATM.

Pengurusan latihan dan penyelarasan pengiktirafan adalah berdasarkan

kehendak ATM dan memenuhi keperluan industri melalui pelbagai

pengiktirafan dalam dan luar negara. Hasil daripada pelaksanaan langkah-

langkah dasar ini, PERHEBAT yakin dapat memberi latihan yang berkualiti

tinggi serta komprehensif untuk meningkatkan kompetensi anggota ATM

dan kualiti hidup personel akan bersara serta personel bersara ATM.

Page 29: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

29

KEMBARAN A

PERSIJILAN DAN PENGIKTIRAFAN LATIHAN DI PERHEBAT

Nota :

SKK – Sijil Kemahiran Ketukangan CIDB – Construction Industrial Development Board

BIL KURSUS PERSIJILAN PENGIKTIRAFAN

1 Mekanik Kenderaan Motor SKM 1 & 2 JPK

2. Mekanik Motosikal SKM 1 & 2 JPK

3. Mengetuk dan Mengecat Kenderaan SKM 1 & 2 JPK

4. Perapian dan Pengalasan Kenderaan SKM 1 & 2 JPK

5. Jahitan Pakaian Wanita SKM 1 & 2 JPK

6 Mekanik Teknologi Elektronik Industri SKM 1 & 2 JPK

7 Juruelektrik Domestik SKM 1 & 2 JPK

8. Mekanik Penyejukbekuan dan Penyaman Udara

SKM 1 & 2 JPK

9. Teknologi Komputer SKM 1 & 2 JPK

10. Pegawai Latihan Vokasional SKM 3 JPK

11 Pembantu Juruteknik Komputer Peribadi SKM 2 JPK

12. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu SKM 1 & 2 JPK

13 Jurubina Bangunan SKM 1 & 2 JPK

14 Pembuat Perabot SKM 1 & 2 JPK

15 Jurukerja Paip SKM 1 & 2 JPK

16 Pemasangan Jubin SKK CIDB

17 Jurukimpal Arka Logam Berperisai SKM 1 & 2 JPK

18 Pereka Grafik SKM 1 & 2 JPK

19 Fotografi SKM 1 & 2 JPK

20 Juruteknik Sistem Komputer Peribadi SKM 2 JPK

Page 30: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

30

PERSIJILAN DAN PENGIKTIRAFAN LATIHAN DI PERHEBAT

BIL KURSUS PERSIJILAN PENGIKTIRAFAN

21 Usahawan Pelancongan SKM 1,2 & 3 JPK

22 Usahawan Pusat Peranginan, Penginapan dan Penyajian Makanan

SKM 1, 2 & 3 JPK/ KKM

23 Usahawan Perkhidmatan Dobi PERHEBAT PERHEBAT

24 Usahawan Perkhidmatan Restoran SKM 1 & 2 JPK/KKM

25 Sijil Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Sijil SHO NIOSH/JKKP

26 Pembantu & Penyedia Bakeri SKM 1 & 2 JPK/ KKM

27 Pembantu & Penyedia Makanan SKM 1 & 2 JPK/ KKM

28 Pembantu & Penyedia Pastri SKM 1 & 2 JPK/ KKM

29

Pakej Pengurusan Perkhidmatan Makanan

- Masakan Komersial - Kontraktor Pembekal Makanan Mentah

dan Bermasak

PERHEBAT KKM

30 Masakan Komersial PERHEBAT KKM

31 Kontraktor Pembekal Makanan Mentah dan Bermasak

PERHEBAT KKM

32 Industri Kecil & Sederhana PERHEBAT PERHEBAT

Nota : KKM – Kementerian Kesihatan Malaysia JKKP – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Page 31: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

31

LATIHAN USAHASAMA INSTITUT LATIHAN LUAR (TEMPATAN)

BIL

INSTITUT LATIHAN PERSIJILAN PENGIKTIRAFAN

35 Teknikal & Vokasional PGM SKM 1 & 2 JPK

36 Teknikal & Vokasional ILP SKM 1,2 & 3 JPK

37 Teknikal & Vokasional Kolej Komuniti SKM 1 & 2 JPK

38 Teknikal & Vokasional IKM SKM 1,2 & 3 JPK

39 Peruncitan PERNAMA PERNAMA PERNAMA

40 Safety & Health Officer CONSIST/ MIFFA Sijil SHO DOSH

41 Usahawan LPG BHPetrogas BHPetrol Gas BHPetrol Gas -

42 Gas Safety AMOSH SPACE-UTM SPACE-UTM

43 Jurugegas Gas AMOSH SPACE-UTM SPACE-UTM

44 Kontraktor Pemasangan Paip Gas

AMOSH SPACE-UTM SPACE-UTM

45 Ternakan Lembu AZA Farm Institut Pertanian Institut Pertanian

46 Deck Watch Keeping Officer ALAM/ PELITA

Academy Sijil

Kekompetenan

JLSM

47 Master & Chief Mate JLSM

48 Sijil Pengajar dan Usahawan Institut Latihan Memandu

Metro Driving Academy (MDA)

MDA JPJ

49 Program Inkubator Usahawan Tani

Institut Pertanian Pertanian Institut Pertanian

50 Amalan Perladangan

PPKS SKM 1 & 2,

SESCO

JPK

51 Teknikal dan Vokasional JPK, SESCO, PETRONAS

52 Masakan

Kolej SATT

SKM 1 & 2 JPK

53 Pastri dan Bekeri SKM 1 & 2 JPK

54 Pengurusan Perladangan

Harina Consultancy

SKM 1 & 2 JPK

55 Operasi Perkilangan Sawit SKM 1 & 2 JPK

56 Jurukerja paip

ABM Sarawak

SKM 1,2 & SKK JPK & CIDB

57 Plant Operation SKK, H & I CIDB

58 Pengurusan Keselamatan AP Security dan

MALSEC Dot Com SKM 3 JPK

59 Jahitan Pakaian Pusat bertauliah JPK SKM 1 & 2 JPK

Page 32: Dasar Latihan PERHEBAT

Dasar Latihan PERHEBAT

Diluluskan Lembaga Pengarah PERHEBAT

Bil 61/3/2010 bth 28 Sept 2010

32

LATIHAN USAHASAMA INSTITUT LATIHAN LUAR (ANTARABANGSA)

BIL KURSUS PERSIJILAN PENGIKTIRAFAN

60 Pengurusan Pembangunan Profesional (Hotel Katering)

Sijil NRA NRA (USA)

61 Motor Vehichle Engineering SFA & SPA City & Guilds (UK)

62 Food Preparation SFA & SPA City & Guilds (UK)

63 Food & Beverage Service SFA & SPA City & Guilds (UK)

64 CSWIP Visual Welding Inspector TWI TWI (UK)

65 CSWIP Welding Inspector TWI TWI (UK)

66 CSWIP Senior Welding Inspector TWI TWI (UK)

67 CSWIP Plant Inspection TWI – 1 & 2 TWI (UK)

68 Cathodic Protection TWI TWI (UK)

69 Fitness – Service Assessment TWI TWI (UK)

70 CSWIP 3.1U and 3.2U NDT Inspection Diver TWI TWI (UK)

71 CSWIP 3.4U – NDT Inspection Controller TWI TWI (UK)

72 CSWIP 3.3U – ROV Inspector TWI TWI (UK)

Nota:

1. SFA – Skills Foundation Awards 2. SPA – Skills Proficiency Awards